kenegaraan malaysia

19
SKP 2101 Kenegaraan Malaysia Tajuk : Dasar dan Hubungan Luar Malaysia (Kumpulan 6) Tarikh Pembentangan : 11/12/2014 Tarikh Serahan : 18/12/2014 Nama No. Matrik Lona Felithia Matan 179055 Nurul Faiqah Faqihah binti Zainal Abidin 178435 Hari Haran A/L Nadarajan 181038 Lua Hwee Ying 177647 Muhammad Fitri bin Muhd Zulkeple 174910 Ho Yik Jeng 179946

Upload: hari-haran

Post on 08-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

This is about Malaysia's local and international relation ship with other countries.

TRANSCRIPT

SKP 2101 Kenegaraan Malaysia

Tajuk :Dasar dan Hubungan Luar Malaysia(Kumpulan 6)

Tarikh Pembentangan : 11/12/2014Tarikh Serahan : 18/12/2014

NamaNo. Matrik

Lona Felithia Matan179055

Nurul Faiqah Faqihah binti Zainal Abidin178435

Hari Haran A/L Nadarajan 181038

Lua Hwee Ying177647

Muhammad Fitri bin Muhd Zulkeple174910

Ho Yik Jeng179946

1

Isi Kandungan

KandunganMuka Surat

1.0 Pengenalan1

2.0 Dasar dan Hubungan Luar Malaysia 2.1 Kerjasama Serantau 2.2 Kerjasama Antarabangsa22-56-8

3.0 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) 3.1 Objektif 3.2 Keanggotaan 3.3 Struktur Institusi 3.4 Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan OIC. 3.5 Persidangan Menteri- Menteri Luar OIC 3.6 Sumbangan Malaysia dalam OIC 3.7 Faedah-faedah yang diperoleh daripada OIC.99101010111212

4.0 Penutup13-14

5.0 Rujukan15

6.0 Lampiran16

1.0 PENGENALAN

Asia Tenggara meliputi dua jenis masyarakat besar iaitu negeri-negeri di Tanah Besar dan negeri-negeri kepulauan yang terdiri daripaa Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina. Kerjasama serantau meliputi tiga aspek besar iaitu kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik, dan diplomasi serta perdagangan dan ekonomi.Sejarah kerjasama serantau di Asia Tenggara selepas kemerdekaan adalah hasil daripapada cadangan Tunku Abdul Rahman. Kerjasama serantau pertama yang ditubuhkan ialah Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara ( Southeast Asian Friendship and Economic Treaty (SEAFET) ) pada tahun 1959 melibatkan Tanah Melayu dan Filipina. Kedua diikuti dengan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 melibatkan Tanah Melayu, Thailanad, Filipina. Ketiga ialah MAPHILINDO yang ditubuhkan pada tahun 1963 dan dianggotai oleh Tanah Melayu , Filipina dan Indonesia. Keempat Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan pada tahun 1967 dan dianggotai oleh 10 buah negara secara berperingkat iaitu Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Kemboja, Hanoi.Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan bergiat secara aktif seperti dalam Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan dan Pertubuhan Persidangan Islam (0IC). Komanwel dianggotai oleh Negara-negara bekastanah jajahan British. Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel, 1989. ASEAN pula, Malaysia berusaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali melalui Perisytiharan Kuala Lumpur 1971. OIC dianggotai oleh Negara-negara islam. Di mana, Tunku bdul Rahman menjadi Setiausaha Agung yang pertama. NAM pula, Malaysia berpegang kepada dasar berkecuali dan menjalin hubungan sama juga dengan semua kuasa besar. Akhir sekali, PBB, Malaysia memainkan permainan aktif dan berpegang teguh kepada piagam PBB. Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1965 dan 1989-1990.

2.0 DASAR DAN HUBUNGAN LUAR MALAYSIA

i. Hubungan BilateralHubungan secara terus dengan Negara-negara tertentu. Contohnya,Malaysia mengutamakan hubungan dengan Negara-negara jiran antaranya termasuklah Singapura, Indonesia,Thailand dan Vietnam.ii. Hubungan MultilateralHubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan. Contohnya, Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan persidangan Islam, Pergerakan Negara- Negara Berkecuali.

2.1 Kerjasama Serantau

2.1.1 Maksud pertubuhan serantau

Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang anggotanya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967

2.1.2 Sebab-sebab perlunya kepada kerjasama serantau.

Sebagai sebuah negara yang baru dibebaskan dari belenggu penjajahan dan menghirup angin kemerdekaan , negara-negara di Asia Tenggara menghadapi pelbagai masalah dalam mengatur dasar luar negara mereka. Ini menyebabkan timbulnya tekanan ke atas soal-soal menubuhkan satu pakatan kerjasama di rantau Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini:

a) Terdapatnya tekanan nasionalismanya sendiri agar negara yang baru merdeka itu mengambil mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima sebagai setaraf dengan negara lain di dunia,

b) Kemampuan yang begitu terhad serta keadaan dalam negara yang serba kekurangan seperti keadaan politik yang tidak stabil, masyarakat yang terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu lemah,

c) Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik tetapi paling lemah kerana berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman sejarah menunjukkan bahawa keadaan sedemikian memudahkan kuasa-kuasa besar dunia menjadikanya sebagai gelanggang pertelagahan. Dalam era Perang Dingin, Asia Tenggara menjadi salah satu tumpuan perebutan kuasa Barat dengan komunis.

d) Negara-negara Asia Tenggara sedang menghadapi tugas-tugas besar dalam menegakkan perpaduan negara dan memperbaiki ekonomi yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang tidak stabil akan memberatkan lagi tugas-tugas ini. Di samping itu terdapat pelbagai gejala yang dapat mencetuskan pertikaian sesama sendiri terutama dalam soal-soal yang belum selesai hasil kolonialisma seperti isu sempadan negara, taburan ethnik dan semangat kedaerahan serta wujudnya perbezaan pandangan dan ideolgi setiap negara serantau. Burma dengan neutral-ssosialis, Thai- terikat kuat pada Amerika Syarikat, Indonesia militant-nationalist, Filipina dianggap sebagai ranting Asia Ameria Syarikat, Vietnam Utara, nationals / communist dan sebagainya.

Di atas kesedaran ini maka Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal menyedari akan hakikat pentingnya kepada penubuhan kerjasama serantau ini membuat satu kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara serantau di Asia Tenggara tidak akan terjamin selagi ianya masih hidup berpecah-belah dan membawa haluan masing-masing. Perpaduan adalah mesti untuk membangunn dengan lebih sempurna terutama dari terus bergantung pada kuasa-kuasa luar.

Kerjasama ini dapat dilihat dalam peringkat ASEAN dan dunia luar dalam aspek politik dan keselamatan, ekonomi dan sosial. Dalam peringkat kerjasama dalam ASEAN tujuannya adalah demi kepentingan pengukuhan ASEAN manakala kerjasama ASEAN dengan dunia luar adalah lebih berperanan dalam perdagangan antarabangsa atau lebih kepada kepentingan ekonomi. Dalam hal ini Malaysia telah mengatur langkah-langkah tertentu di arena politik antarabangsa . Oleh itu, penekanan diberikan kepada soal-soal menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan satu jaminan keselamatan yang membolehkan tenaga ditumpukan ke arah penglibatan isu-isu politik dunia mengikut kemampuan dan kepentingan nasional dari semasa ke semasa. Dalam usaha membina dan mengukuhkan kerjasama serantau ini Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan dan penglibatan dalam beberapa isu di Asia Tenggara. 2.1.3 MAPHILINDO

Mafilindo atau Mapilindo(Malaysia, Pilipinas, Indonesia)

PenubuhanJulai 1963

DimansuhkanKonfrontasi Indonesia-Malaysia

JenisPertubuhan pertahanan antarabangsa

Keahlian3 negara ahli

MafilindoatauMapilindo(singkatan kepada perkataanMalaysia,PilipinasdanIndonesia) merupakan suatu ikatan/cantuman/gugusan bersama tiga buah negara yang terlibat. Tujuan utama penubuhan ikatan ini adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antaraMalaysia-FilipinadanMalaysia-Indonesia. Pada mulanya, pertelingkahan diantara Malaysia dan kedua-dua negara tersebut adalah kerana cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia yang berdaulat. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia adalah kerana PresidenSoekarno menganggap pembentukan Malaysia adalah sebagai suatu bentukneokolonialismeatau penjajahan bentuk baru. Manakala, tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut negeriSabahyang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, dari inisiatifDiosdado Macapagaldikenali sebagaithe Macapagal PlanditandatanganiPersetujuan Manila, sesuai lampiran Resolusi Majlis Agung PBB 1541 (XV), 4 Prinsip 9,Malaysia telah mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga-tiga negara tersebut telah mencapai kata sepakat dengan memohon bantuanPBBuntuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia yang berdaulat dengan memasukkan sekali negeri Sabah dan Sarawak dalam persekutuan itu. PBB melalui perwakilannya ke Malaysia telah menubuhkanUnited Nations Malaysia Mission(UNMM) (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Misi Malaysia). UNMM secara rasminya telah dibentuk oleh Setiausaha Agungnya pada masa itu U Thantdengan menghantar wakil diplomatnya pada tahun 1963 yang bernamaLawrence V. Michael Moreuntuk meninjau secara terperinci tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. HasilnyaSuruhanjaya Cobbold,majoriti dari penduduk dan rakyat kedua-dua negeri berkenaan telah bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina tidak mengiktiraf hasil undian dan pandangan tersebut, kedua-dua negara tersebut terus memberi kecaman dan menentang pembentukan Persekutuan Malaysia yang berdaulat. Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi.Akhirnya, Indonesia telah mengadakan konfrontasi dengan Malaysia melalui dua langkah iaitu melalui penyataan Ganyang Malaysia serta mengadakan tindakan separa-tentera. Namun kedua-dua perkara ini dapat dipatahkan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui rundingan aman dan bantuan dari askar British. Filipina pula sampai sekarang masih menuntut hak kedaulatan Sabah untuk dijadikan sebagai sebahagian dari wilayahnya.

2.2 Kerjasama Antarabangsa

2.2.1 Komanwel Sebuah pertubuhan antarabangsa yg dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan British. Ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1931 & dinaungi oleh Ratu England.

Mewujudkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, & sosial di kalangan negara-negara anggota.Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan Negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain. Syarat-syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah Negara merdeka, persamaan taraf dan taat setia kepada Raja Britain. Pertubuhan ini dianggotai oleh 49 buah Negara termasuk Malaysia.Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

Tarikh keahlian (dalam kurungan) :

1. Eropah : United Kingdom (1931) (Alam Komanwel), Cyprus (1961), Malta (1964)

2. Amerika Utara : Kanada (1931) (Alam Komanwel), Jamaika (1962) (Alam Komanwel), Trinidad dan Tobago (1962), Barbados (1966) (Alam Komanwel), Bahamas (1973) (Alam Komanwel), Grenada (1974) (Alam Komanwel), Dominica (1978), St Lucia (1979) (Alam Komanwel), Saint Vincent dan the Grenadines (1979) (Alam Komanwel), Antigua dan Barbuda (1981) (Alam Komanwel), Belize (1981) (Alam Komanwel), St Kitts and Nevis (1983) (Alam Komanwel)

3. Amerika Selatan : Guyana (1966)

4. Afrika : Afrika Selatan (1931) (meninggalkan Komanwel antara 1961 - 1994), Ghana (1957), Nigeria (1960) (digantung antara 1995 - 1999), Sierra Leone (1961), Tanzania (1961), Uganda (1962), Kenya (1963), Malawi (1964), Zambia (1964), Botswana (1966), Lesotho (1966), Mauritius (1968), Swaziland (1968), Seychelles (1976), Namibia (1990), Mozambique (1995) (negara pertama bukan jajahan British), Cameroon (1995), Rwanda (2009) (negara kedua bukan jajahan British)

5. Asia : India (1947), Pakistan (1947) (meninggalkan Komanwel antara 1972 - 1989, digantung 1999 - 2004 dan 2007 - 2008), Sri Lanka (1948), Malaysia (1957), Singapura (1965), Bangladesh (1972), Maldives (1982), Brunei (1984)Australia dan Oceania : Australia (1931) (Alam Komanwel), New Zealand (1931) (Alam Komanwel), Samoa (1970), Tonga (1970), Papua New Guinea (1975) (Alam Komanwel), Kepulauan Solomon (1978) (Alam Komanwel), Vanuatu (1980), Tuvalu (1978) (Alam Komanwel), Kiribati (1979), Nauru (1999)

Ahli yang kini digantung:

Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 - 2001, digantung semula September 2009)

Bekas ahli:- Ireland meninggalkan Komanwel pada 1949- Newfoundland dijadikan wilayah di Kanada pada 1949- Zimbabwe meninggalkan Komanwel pada 2003.- Gambia meninggalkan Komanwel pada Oktober 2013.

Menyuarakan rasa tidak puas hati dantentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan. Menyokong sepenuhnya sekatanekonomi terhadap Afrika Selatan, ketikadasar apartheid dijalankan oleh orang kulitputih. Menyeru negara maju supaya memberiperhatian kepada Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telahmenganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur.

Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar. Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam getah kepada Sri Lanka. Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain- lain. Negara untuk belajar di negara kita.

Apabila Malaysia menyertai Komanwel, Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia. Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.

Sukan Komanwel XVI 1998 merupakan Sukan Komanwel telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998 yang merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan Sukan Komanwel terakhir untuk abad ke-20. Satu rekod 70 negara menyertai (34 daripadanya memperolehi pingat) dan membekalkan 3638 atlet.

3.0 Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ).

Pertubuhan persidangan Islam atau juga dikenali sebagai Organisation of Islamic Cooperation ( OIC ). Pertubuhan ini hanya khas untuk Negara-negara isalam sahaja. Di mana semua anggota pertubuhan ini terdiri daripada Negara-negara islam seperti Malaysia, Indonesia, Mesir, Abu Dhabi, Sudan dan negara-negara islam dari benua afrika yang lain. Pertubuhan ini merupakan ilham daripada Perdana menteri kita yang pertama Iaitu Tunku Abdul Rahman. Pertubuhan ini dicadangkan oleh Beliau kerana berlakunya pemberontakan dan kezaliman oleh puak zionis. Di mana, puak Zionis telah mencemari kesucian masjid Al-Aqsa dengan membakarnya serta menindas rakyat jelata yang beragama islam. Bagi menghindari berbuatan tersebut berulang serta memperjuangkan kepentingan umat islam dalam segenap bidang di seluruh dunia, beliau telah mencadangkan pertubuhan ini dan ia secara rasminya Secara ditubuhkan pada 25 September 1969 ( 12 Rejab 1389H ) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negera Maghribi. Tunku Abdul Rahman dengan secara rasminya telah dilantik sebagai setiausaha agung ( OIC ) yang pertama.

3. 1 Objektif.Objektif ( OIC ) adalah seperti berikut : Memupuk perpaduan di kalangan anggota keluarga. Menyeleras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, social, budaya, saintifik, dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa. Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk. Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanaan dan keselamatan berasakan keadilan. Memperjuangkan perjuangan umat islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka serta mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota dan dengan negara lain.

3.2 Keanggotaan.

OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu: Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbajian, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros,Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierre Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu ( UAE ), Uzbekistan, Yaman dan Malaysia.

3.3 Struktur Institusi.

Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ) mempunyai tiga badan utama : Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC. Persidangan menteri-menteri luar OIC Sekretariat OIC.

3.4 Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan OIC.

Sidang kemuncak ketua-ketua Negara dan kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara islam serta di peringkat antarabangsa menurut perspektif islam. Ia juga merukan forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan kea rah mencapai matlamat yang ditetapkan.

3.5 Persidangan Menteri-menteri Luar OIC.

Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara anggota.

3.5.1 Sekretariat.

Sekretariat OIC yang berpejabat di Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam OIC. Ia diketuai seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh Persidangan Menteri-menteri Luar OIC. Sekretariat OIC bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam.

3.6 Sumbangan3.6.1 Sumbangan OIC Memberikan bantuan kepada negara-negara islam yang menghadapi masalah seperti: Menghantar pasukan perubatan ke lubdan, Bosnia dan Afghanistan semasa diperlukan. Bantuan kewangan kepada negara-negara islam yang kurang maju sepert Sudan, Nigeria dan Chad. OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara-negara anggota yang memerlukannya.

3.6.2 Sumbangan Malaysia dalam OIC.

Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC pertama Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan iran-Iraq Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin- berjuang mendapatkan semula tanah air daripada Israel. Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada 1974 dan 2003. Menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada 2002 Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi.

3.7 Faedah-faedah yang diperoleh daripada OIC.

Malaysia memperoleh pinjaman kewangan daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota yang lain kerana memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara islam yang lain.

4.0 PENUTUP

Sebagai sebuah negara yang berusaha mencapai status sebuah negara maju seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia giat mempertingkatkan usaha ke arah memperkukuhkan kerjasama serantaunya. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan luar Malaysia. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai forum serantau dan antarabangsa telah berjaya menempatkan Malaysia di mata dunia malah peningkatan kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik membantu melonjakkan nama negara Malaysia. Di samping itu juga, Malaysia mampu menyuarakan pandangannya terhadap isu-isu yang tidak dapat disuarakan oleh negara-negara membangun yang lain. Hal ini disebabkan kebimbangan sekatan yang bakal diambil oleh kuasa-kuasa besar sekiranyamereka bersuara. Malaysia mampu melakukan kerana negara kita tidak bergantung kepada bantuan kuasa luar sepenuhnya.

Malaysia berusaha meningkatkan kerjasama serantau supaya rantau ini lebih dinamik dan dapat menggalakkan perdagangan terbuka dan bebas. Justeru itu, Malaysia akan terus memupuk kerjasama ekonomi serantau bagi menjamin satu sistem perdagangan yang adil dan terbuka serta menambah jumlah perdagangan dan pelaburan di kalangan negara anggota ASEAN. Selaras dengan iltizam yang kuat terhadap kerjasama serantau ini, Malaysia akan terus melaksanakan perjanjian-perjanjian yang bertujuan memajukan kerjasama ekonomi, social dan kebudayaan. Sebagai negara yang berkongsi sempadan dengan hampir kesemua negara ASEAN, Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam Forum Serantau mengenai keselamatan iaitu membenateras kegiatan lanun, mencegah penyeludupan, pertikaian wilayah bagi memastikan kestabilan yang berterusan di rantau ini.

Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranyaadalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha iplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Kesimpulannya adalah diharapkan Malaysia akan terus memainkan peranannya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai sumbangannya ke arah mengekalkan keamanan rantau ini justeru ke arah keamanan sejagat.

5.0 RUJUKAN

1. Persatuan Sejarah Malaysia,Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan, 1979, Kuala Lumpur, Persatuan Sejarah Malaysia, hal. 358-360.

2. UN General Assembly 15th Session The Trusteeship System and Non-Self-Governing Territories (pages:509- 510).

3. UN General Assembly 18th Session The Question of Malaysia (pages:41-44).

4. http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/peranan-dan-penglibatan-malaysia-untuk.html.

5. http://sejarah2u.blogspot.com/2010/01/maphilindo.html

6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Mafilindo.

6.0 LAMPIRAN

Gagasan Maphilindo

16