kementerian pendidikan malaysia kurikulum standard … · tahun empat. bahagian pembangunan...

42
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN EMPAT

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

    BAHASA MALAYSIA MASALAH PEMBELAJARAN

    TAHUN EMPAT

  • DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

    (MASALAH PEMBELAJARAN)

    BAHASA MALAYSIA

    MASALAH PEMBELAJARAN

    TAHUN EMPAT

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

  • Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  • RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

    seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi

    kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

    terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif

    yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

    tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

    berterusan ke arah lebih memperkembangkan

    potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk melahirkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

    emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

    bertujuan untuk melahirkan warganegara

    Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

    terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

  • KANDUNGAN MUKA SURAT

    1 PENDAHULUAN 1

    2 MATLAMAT 1

    3 OBJEKTIF 1

    4 STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

    5 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3

    6 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 4

    7 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

    8 FOKUS MATA PELAJARAN

    i. Matlamat

    ii. Objektif

    iii. Pelaksanaan Subjek Modul

    6

    9 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 11

    10 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 17

    11 PENTAKSIRAN 17

  • 1

    PENDAHULUAN

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan

    (KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan

    bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang

    pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid

    dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pembelajaran

    bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan

    murid selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan

    Pendidikan.

    Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan

    pembelajaran di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

    dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan

    Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “Guru-guru

    boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau

    pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata

    pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan

    matlamat Pendidikan Khas”.

    KSSRPK Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang

    diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan

    seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti

    secara optimum kepada murid-murid Masalah Pembelajaran

    supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan

    berjaya dalam kehidupan.

    MATLAMAT

    KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk

    memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara

    menyeluruh, seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap

    kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi,

    rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis

    dan berakhlak mulia.

    OBJEKTIF

    KSSRPK Masalah Pembelajaran membolehkan murid:

    i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

    menguruskan kehidupan seharian yang lebih

    bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

    ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

    berdikari dalam kehidupan seharian

  • 2

    iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

    kehidupan bekerjaya

    iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan

    diri dengan sempurna

    v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk

    berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan

    menepati tatasusila masyarakat majmuk

    vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan

    seharian bagi yang beragama Islam

    vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

    seharian

    viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

    ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

    x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

    komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

    STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

    Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dicadangkan bagi

    membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

    berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain

    utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

    membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

    dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

    i. Komunikasi

    ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

    iii. Kemanusiaan

    iv. Sains dan Teknologi

    v. Fizikal dan Estetika

    vi. Keterampilan Diri

    Rajah 1: Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

  • 3

    KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

    KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan

    Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu

    dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard

    Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang

    mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah

    dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

    STANDARD KANDUNGAN

    Pernyataan tentang disiplin ilmu di mana murid patut ketahui dan

    boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi

    aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    STANDARD PEMBELAJARAN

    Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan

    pencapaian bagi setiap Standard Kandungan yang dinyatakan.

    KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

    Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang

    seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

    bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

    berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad

    ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

    untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan

    dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid

    akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,

    etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran

    berfikir.

    Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

    1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

    (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras

    rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

    Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan

    kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk

    mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

    membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

    membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

  • 4

    KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,

    menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

    KBAT Penerangan

    Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan

    nilai dalam situasi berlainan untuk

    melaksanakan sesuatu perkara

    Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

    kecil untuk memahami dengan lebih

    mendalam serta hubung kait antara

    bahagian berkenaan

    Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan

    menggunakan pengetahuan, pengalaman,

    kemahiran, dan nilai serta memberi

    justifikasi

    Mencipta menghasilkan idea atau produk atau

    kaedah yang kreatif dan inovatif

    Jadual 1: Penerangan KBAT

    Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata

    pelajaran.

    KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti

    berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah

    dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti

    peta pemikiran, peta minda, dan ThinkingHats serta penyoalan aras

    tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid

    berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.

    ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

    Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah

    diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

    Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif

    dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan

    Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR

    dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen

    Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi.

  • 5

    Kreativiti dan Inovasi

    Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara

    umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,

    pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana

    idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.

    Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang

    diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam

    menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu

    dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka

    berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan

    seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan

    warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai

    matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

    pelajaranTeknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang

    berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan

    secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan

    menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang

    difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat.

    Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan

    kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan,

    kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan

    kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

    Keusahawanan

    Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020

    adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

    keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan

    keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan

    murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

    Mengamalkan sikap keusahawanan;

    Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

    pengurusan perniagaan;

    Memformulasikan konsep, proses atau produk

    keusahawanan; dan

    Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam

    keusahawanan.

    Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap

    kebolehan murid sekolah rendah.

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

    Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk

    memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

    Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,

    perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer

    menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

  • 6

    berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam

    mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh

    dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

    Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam

    KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:

    Belajar mengenai TMK

    Belajar melalui TMK

    Belajar dengan TMK

    FOKUS MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA

    Matlamat

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Masalah Pembelajaran

    digubal untuk membolehkan murid menguasai asas berbahasa dan

    boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,berdikari,

    memperoleh asas pengetahuan, ilmu, kemahiran, mendapatkan

    maklumat, nilai dan idea serta bersosial bagi mencapai kehidupan

    bermakna.

    Fokus

    Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum

    StandardSekolah Rendah Masalah Pembelajaran berkeupayaan

    dapat:

    i. Mendengar, mengecam, mengajuk, memahami dan

    menyebut bunyibahasa perkataan, frasa dan ayat dengan

    betul;

    ii. Mendengar, memahami dan memberi respon berdasarkan

    arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;

    iii. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang

    sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal

    dengan betul dan bertatasusila;

    iv. Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara

    mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;

    v. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada

    pelbagai bahan dan memberi respons dengan betul;

    vi. Membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperkayakan

    kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;

    vii. Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

    viii. Menulis secara mentalis dengan betul dan kemas;

    ix. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan

    betul;

  • 7

    x. Menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan,

    pembacaan dan penulisan; dan

    xi. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,

    semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti

    berbahasa.

    Kemahiran Bahasa

    Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran

    bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran

    bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

    i. Kemahiran Mendengar

    Kemahiran mendengar meliputi keupayaan murid

    mendengar denganteliti, memahami dan menghayati

    secara lisan perkara yang didengar dalam situasi

    bercerita dan mendiskriminasikan perkataan serta

    memberirespons

    ii. Kemahiran Bertutur

    Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran berkomunikasi

    untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan

    maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif

    dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul

    secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga

    diberikanpada penggunaan tatabahasa yang betul

    iii. Kemahiran Membaca

    Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid

    membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan

    kelancaran yang betul. Penekanan perludiberikan pada

    aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai

    bahansecara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik

    membaca. Di samping itu murid dapat menghayati teks

    yang dibaca.

    iv. Kemahiran Menulis

    Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid

    menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai

    jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan

    dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan

    perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang gramatis,

    tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas

    dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan

    kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur

    pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran

    bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam

    pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

  • 8

    Aspek Seni Bahasa

    Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami,

    mengungkapdan menghargai bahasa yang indah melalui

    pembelajaran yangmenyeronokkansecara didik hibur. Murid

    memperolehi bahasa yang indahsecara didik hibur daripada teknik

    bercerita dan berpuisi. Seni bahasa inimenampakkan

    keindahanbahasa dari aspek pembentukan ayat yangmenggunakan

    personafikasi yang terdapat dalam bercerita dan berpuisi.Idea

    ini dapat dilahirkan dalam bentuklisan dan penulisan.

    Aspek Tatabahasa

    Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan

    tatabahasa denganbetul dan tepat dalam konteks yang diajarkan

    secara terancang

    Sistem Bahasa

    Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata,

    sebutandan intonasi. Perlaksanaan sisitem bahasa dalam

    pengajaran danpembelajaran. Bahasa Malaysia membolehkan

    murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.

    Penjelasan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

    Tatabahasa

    Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis

    i. Morfologi

    Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk

    dangolongankata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran

    ataulambang ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

    Bentuk kata pula ialahunit tatabahasa sama ada bentuk tunggal.

    Golongan katapula ialah prosesmenjeniskan perkataan

    berdasarkan keserupaanbentuk atau fungsi dengan anggota yang

    lain dalamgolongan yangsama;

    a) Struktur kata majmuk pola suku kata bagi:

    i) kata asli bahasa Melayu

    b) Bentuk kata terdiri daripada:

    i) kata tunggal

    c) Golongan kata terdiri daripada:

    i) kata nama

    ii) kata kerja

    iii) kata adjektif

  • 9

    ii) Sintaksis

    Sintaksis ialah bidang bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan

    binaan ayat. Ini bermakna bidang sintaksis ialah kajian tentang

    hukum ataurumus tatabahasa yang menjadi dasar kaedah

    penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok

    perkataan untuk membentuk ayat.

    Aspek tumpuan sintaksis adalah seperti berikut:

    a) Unsur utama yang terdiri daripada kata,

    frasa, klausa dan aspekpembinaannya

    serta pembahagian subjek dan predikat.

    b) Jenis ayat iaitu ayat penyata dan ayat

    tanya

    c) Binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal

    dan ayat majmuk

    iii) Tanda Baca

    Tanda baca perlu dikuasai dalam

    komunikasi tulisan untuk memastikan

    keselarasan dan juga makna yang tepat.

    Contohnya, koma dan tanda

    noktahmewakili hentian di dalam pertuturan.

    Penggunaan tanda baca yang yang

    betuldapat mewakili intonasi dalam bacaan

    dan tulisan.

    iv) Sistem Ejaan

    Perkara yang diberi penekanan ialah:

    a)Pola keselarasan huruf vokal

    b) Ejaan kata pinjaman

    c) Ejaan kata dasar

    v) Sebutan dan Intonasi

    Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid

    dapat menyebutperkataan danayat yang betul

    serta memahami intonasi dan jeda.

    Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan

    mengenal pasti danmembezakan pelbagai

    aspek dalam sebutan dan intonasi supaya

  • 10

    murid dapat menyampaikan maksud dengan

    tepat.

    a) Sebutan

    Sebutan diajarkan supaya murid dapat

    menyebut sesuatu katadengan betul.

    Sebutan bahasa Malaysia yang diajarkan di

    Sekolahhendaklah menggunakanbahasa

    Melayu baku.

    b) Intonasi

    Intonasi ayat bahasa Melayu yang betul

    hendaklah diajarkanmengikut pola ayat

    yangberikut:

    i) ayat penyata

    ii) ayat tanya

    iii) ayat perintah

    iv) ayat aktif

    v) ayat pasif

    c) Kosa kata

    Kosa kata daripada kata umum dan istilah.

    Penguasaan kosakata perlu

    dipertingkatkan dan diperkembangkan agar

    muriddapat mengungkapkanmaklumat dan

    buah fikiran selaras dengan penambahan

    ilmu dalam mana-manamata pelajaran

    yang dipelajari di peringkat ini.

    Pelaksanaan Modul

    Modul Pengajaran

    Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard

    Kurikulum Mata pelajaran bahasa Malaysia untuk membantu

    guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru

    boleh mengubahsuai atau membina modul yang

    bersesuaian mengikut keperluan murid. Penglibatan murid

    yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

    Modul Pembelajaran

    Modul pembelajaran Mata pelajaran Bahasa Malaysia juga

    disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi

    lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan

    murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard

    Pembelajaran.

  • 11

    PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Penekanan 5P

    Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran

    dan pembelajaran Bahasa Malaysia perlu menekankan prinsip 5P

    iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan

    pengayaan. Hal ini selaras dalam usaha memenuhi konsep

    bersepadu dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi

    pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti berikut;

    i. Penggabungjalinan

    Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini,

    beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga

    dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

    Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran

    mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat

    dalam standard kandungan.

    ii. Penyerapan

    Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia,

    unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh

    diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan

    disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.

    iii. Penilaian

    Penilaian dianggap sebahagian daripada proses pengajaran

    dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk

    mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan

    pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.

    Penilaian perlukan dijalankan secara berterusan dalam

    prose pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses

    penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti

    dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap

    seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau

    pengayaan.

  • 12

    iv. Pemulihan

    Program pemulihan disediakan untuk membantu murid

    menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai

    dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini

    terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan,

    dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-

    peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.

    Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar

    kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

    v. Pengayaan

    Program pengayaan disediakan untuk memantapkan

    kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid

    hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan

    secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan

    bacaan tambahan kad, permainan dan bahan aktiviti boleh

    diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran

    dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal

    daripada jangka masa yang ditentukan.

    Pendekatan berpusatkan murid

    Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran

    Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan

    mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui

    pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina kenyakinan

    berbahasa.

    Pendekatan Tematik

    Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia

    diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran

    bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan

    pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di

    samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih

    mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancagan dan penentuan

    tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian

    dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya

    kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.

    Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut:

  • 13

    i) Kebudayan, Kesenian dan Estetika

    Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi

    elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat

    pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya.

    Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni

    budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas

    pembentukan jati diri warga Malaysia.

    ii) Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan

    Tema jati diri, patriotisma dan kewarganegaraan merujuk

    kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan

    yang seimbang dari segi fizikal, mental , emosi dan rohani

    serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban

    demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk

    melahirkan masyarakat madani yang mempunyai semangat

    kekitaan dan setia kepada negara.

    iii) Sains, Teknologi dan Inovasi

    Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu

    pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji,

    dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu

    yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar

    dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk

    menghasilkan sesuatu yang berinovasi.

    iv) Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

    Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan

    murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk

    kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan

    bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema

    ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan perihatin serta

    bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan

    teknologi hijau.

    v) Pertanian dan Penternakan

    Tema pertanian dan perternakan memberi murid

    pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan

    secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan

    untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang

    bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.

  • 14

    vi) Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan

    Kewangan

    Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang

    perniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan

    dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan

    untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang

    ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam

    kehidupan.

    Kepelbagaian Kaedah dan Teknik

    Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas

    3M , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi

    mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard

    Pembelajaran. Antaranya adalah:

    i) Pembelajaran Koperatif

    Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran

    dan pembelajaran dalam kumpulan murid belajar

    bersama-sama, saling belajar dan membantu antara

    satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu

    tugasan. Ahli kumpulan bekerja, berkongsi idea,

    bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat

    sendiri dan kumpulan. Ia mewujudkan interaksi dan

    kerjasama serta semangat berpasukan di dalam

    kumpulan bagi mencapai matlamat pembelajaran.

    ii) Pembelajaran Kontekstual

    Pembelajaran kontekstual ialah kaedah

    pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan

    pengalaman harian individu, masyarakat dan

    persekitaran. Pembelajaran berlaku apabila murid

    berupaya berhubungkaitkan pengetahuan terbaharu

    secara bermakna dan menghayati proses

    pembelajaran dalam kehidupan mereka.

    iii) Kemahiran berfikir

    Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui

    pelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis

    dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur,

    membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama

    ada dari segi percambahan idea, menyelesaikan

    masalah atau membuat keputusan adalah penting

    dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada

    masa hadapan.

  • 15

    iv) Didik Hibur

    Didik Hibur adalah satu pendekatan dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran secara santai dan

    berhibur yang terancang dan bersistematik dengan

    penekanan pelaksanaannya terhadap dua elemen

    komponen sastera iaitu nyanyian dan puisi.

    v) Penyelesaian Masalah

    Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk

    perkataan, frasa dan ayat. Murid perlu

    menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang

    telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah

    yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid

    berfikir secara kritis dan kreatif.

    vi) Pembelajaran Berasaskan Projek

    Pembelajaran berasaskan Projek memastikan

    murid menggunakan maklumat lama dan baharu

    untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini

    melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu,

    menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Ini

    dapat membantu guru menilai perkembangan murid

    dan kualiti pembelajaran murid. Murid lebih

    bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu

    projek.

    vii) Pembelajaran Konstruktivisme

    Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan

    dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk

    membina pemahaman dan pengetahuan

    barumereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia

    ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih yakin,

    faham dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.

    viii) Kemahiran Belajar Cara Belajar

    Kemahiran ini memberikan murid kepada teknik

    belajar yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini

    membolehkan murid meningkatkan pengetahuan

    dan cekap bertindak untuk menghadapi situasi yang

    sentiasa berubah-ubah untuk pembelajaran

    sepanjang hayat.

    ix) Kajian Masa Depan

    Kajian masa depan ialah satu pendekatan

    pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin

    terhadap sesuatu perkara atau isu yang lampau,

    masa kini dan akan datang. Perkara seperti ini

  • 16

    memberikan murid untuk menjangka, meramal serta

    menangani perubahan semasa supaya mereka

    mendapat memanfaat sepenuhnya.

    x) Pembelajaran Akses Kendiri

    Pembelajaran akses kendiri ialah memberi peluang

    murid belajar secara kendiri dengan menggunakan

    bahan pembelajaran. Murid diberi peluang untuk

    memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau

    kemajuan mereka sendiri. Ini memberi peluang

    mereka bertanggungjawab terhadap hasil

    pembelajaran mereka.

    xi) Pembelajaran Luar Bilik Darjah

    Pembelajaran luar bilik darjah adalah aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang terancang,

    berstruktur dan berpusatkan murid. Kaedah ini

    mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep

    yang dipelajari di bilik darjah. Ia memberi

    pengalaman pembelajaran di dalam situasi yang

    sebenar untuk mengembangkan kemahiran sosial

    dan kerja berpasukan.

    xii) Pembelajaran Masteri

    Pembelajaran masteriadalah memastikan murid

    menguasai sesuatu hasil pembelajaran sebelum

    berpindah keunit seterusnya. Pembelajaran ini

    dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil untuk

    mudah dikuasai murid.

    Kepelbagaian Sumber Bahan

    Penggunaan kemudahan pusat sumber dan komputer adalah

    digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan

    yang berunsur ilmu dan disesuaikan dengan murid hendaklah

    digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Aksesinternetdapat memberi peluang kepada murid di dalam

    mendapatkan sumberpengajaran dan pembelajaran.

    RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

    Definisi Rancangan Pendidikan Individu:

    Rancangan Pendidikan Individu(RPI) adalah satu dokumen bertulis

    yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang

    dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan

    panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan

    boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

  • 17

    (Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid

    Berkeperluan Khas, 2000)

    RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai

    disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid

    pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan

    dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan

    penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang

    disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah

    tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut

    dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada

    kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid

    itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat

    negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan

    lain.

    RPI memperincikan antara lain:

    i. Tahap prestasi sedia ada murid

    ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

    iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

    iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

    v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

    mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

    vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

    vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

    perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

    viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

    membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

    mereka.

    PENTAKSIRAN SEKOLAH

    Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan

    mengukuhkan pembelajaran murid, dan meningkatkan pengajaran

    guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang

    telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.

    PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula

    daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen

    pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan

    dan pelaporan.

    PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak

    sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan

    seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang

    memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas

    daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan

    potensi setiap murid ke tahap maksimum.

  • 18

    PS mempunyai ciri-ciri berikut:

    Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan

    tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta

    pengamalan nilai murni.

    Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring

    dengan PdP.

    Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

    mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

    Merujuk Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran

    yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

    PS boleh dilaksanakan secara:

    - Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring

    denganprosesPdP.

    - Pentaksiransumatif yang dijalankan pada akhir unit

    pembelajaran, semester atau tahun.

    Pentaksiran Rujukan Standard

    Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi

    untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran

    serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses

    mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham

    dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

    berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan

    mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam

    dokumen kurikulum.

    Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan

    pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan

    prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang

    kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk

    kepada pernyataan standard.

    Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam

    masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran

    dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan individu lain. Pihak

    sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam

    bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek

    tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang

    bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

    dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting

    dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan

    negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-

    masing.

  • 19

    Standard Prestasi

    Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan

    pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

    menunjukkan tahap penguasaan murid dalam perkembangan atau

    kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu

    terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar

    (konstruk) dan perkembangan menegak (Tahap Penguasaan).

    Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier

    menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul

    menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambah

    baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran

    Rujukan Standard.

    Kerangka Standard Prestasi

    Tahap

    Penguasaan Huraian Tahap Penguasaan

    1 Sangat Terhad

    2 Terhad

    3 Memuaskan

    4 Baik

    Tahap

    Penguasaan Huraian Tahap Penguasaan

    5 Sangat Baik

    6 Cemerlang

    Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda

    aras tertentu yang disusun secara hieraki digunakan bagi

    tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok

    standard. Standard ialah satu pernyataan tentang

    sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan

    bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang

    individu.

    Tafsiran Umum Keseluruhan

    TAHAP PENGUASAAN

    MAKSUD TAFSIRAN UMUM

    1 Tahu Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau member respons terhadap perkara yang asas.

    2 Tahu dan Faham

    Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

  • 20

    TAHAP PENGUASAAN

    MAKSUD TAFSIRAN UMUM

    3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

    Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

    4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut proseduratau secara sistematik.

    5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.

    6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

    Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.

    Tafsiran Umum Keseluruhan Tahap Penguasaan Untuk

    Bahasa Malaysia

    Tahap ini menandakan pencapaian murid berdasarkan Dokumen

    Standard Kurikulum dan Prestasi Bahasa Malaysia KSSR

    dalam kemahiran bahasa.

    Tahap

    Penguasaan Tafsiran

    1

    Murid mempamerkan tahap

    pengetahuan bahasa dan kecekapan

    berbahasa yang sangat lemah, sangat

    terhad dan memerlukan banyak

    bimbingan, panduan, dan latihan dalam

    kemahiran bahasa.

    2

    Murid mempamerkan tahap

    pengetahuan bahasa dan kecekapan

    berbahasa yang lemah, terhad dan

    memerlukan sedikit bimbingan,

    panduan, dan latihan dalam kemahiran

  • 21

    Tahap

    Penguasaan Tafsiran

    bahasa.

    3

    Murid berupaya mempamerkan tahap

    pengetahuan bahasa dan kecekapan

    berbahasa yang sederhana dan

    berupaya mengungkapkan idea serta

    menguasai kemahiran berfikir yang

    asas tanpa bimbingan dalam

    kemahiran bahasa.

    4

    Murid berupaya mempamerkan tahap

    pengetahuan bahasa dan kecekapan

    berbahasa yang baik, dapat

    mengaplikasikan pengetahuan bahasa

    dengan berkesan, berupaya

    mengungkapkan idea, menguasai

    kemahiran berfikir yang kritis, dan

    mengamalkan pembelajaran kendiri

    secara minimum dalam kemahiran

    bahasa.

    Tahap

    Penguasaan Tafsiran

    5

    Murid berupaya mempamerkan tahap

    pengetahuan bahasa dan kecekapan

    berbahasa yang tinggi, berupaya

    mengungkapkan idea dengan jelas dan

    terperinci, berkomunikasi secara efektif,

    mengaplikasikan pengetahuan bahasa

    yang lebih kompleks, menguasai

    kemahiran berfikir yang kritis dan

    kreatif, serta mengamalkan

    pembelajaran secara kendiri dalam

    kemahiran bahasa.

    6

    Murid berupaya mempamerkan tahap

    pengetahuan bahasa dan kecekapan

    berbahasa yang cemerlang dan

    konsisten, berupaya mengungkapkan

    idea dengan jelas, terperinci dan

    tersusun, menguasai kemahiran berfikir

    yang kritis, kreatif dan inovatif,

  • 22

    Tahap

    Penguasaan Tafsiran

    berkomunikasi secara efektif dan penuh

    keyakinan, mengamalkan pembelajaran

    secara kendiri serta menjadi model

    teladan kepada murid yang lain dalam

    kemahiran bahasa.

    PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

    Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah

    dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard

    Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang

    dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada

    waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap

    keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah

    disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard

    pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap

    muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik

    dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

    Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari

    dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi

    panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti

    yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

    mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah

    dalam satu dokumen.

    Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh

    dijalankan adalah:

    Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek

    kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah

    pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,

    bukan hasil akhir yang diperoleh.

    Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan.

    Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif

    atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

    Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah

    penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan

    pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

    Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

    tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses

  • 23

    pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains

    adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

    Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara

    individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan

    folio.

    Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

    menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

  • 24

    KEMAHIRAN MENDENGAR

    STANDARD KANDUNGAN

    (Murid dibimbing untuk…..)

    STANDARD PEMBELAJARAN

    (Murid berupaya untuk…..)

    STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

    TAHAP PENGUASAAN

    TAFSIRAN

    1.1 Mendengar dan memahami arahan

    1.1.1 Mendengar arahan

    1.1.2 Mendengar dan memahami arahan

    1 Memberi respons secara lisan dan gerak laku terhadap arahan

    yang didengar

    2 Menyebut arahan yang didengar

    3 Menyusun ayat arahan yang didengar

    4 Menyampaikan arahan didengar berpandukan gambar

    5 Menyampaikan arahandidengar dengan tepat

    6 Menyampaikan arahan dengan yakin, kreatif dan mempengaruhi

    khalayak

    1.2 Mendengar dan memahami pesanan

    1.2.1 Mendengar pesanan

    1.2.2 Mendengar dan memahami pesanan

    1 Memberi respons secara lisan dan gerak laku terhadap pesanan

    yang didengar

    2 Menyebut pesanan yang didengar

    3 Menyusun ayat pesanan yang didengar

    4 Menyampaikan pesanan didengar berpandukan gambar

    5 Menyampaikan pesanan didengar dengan tepat

    6 Menyampaikan pesanan dengan yakin, kreatif dan mempengaruhi khalayak

  • 25

    STANDARD KANDUNGAN

    (Murid dibimbing untuk…..)

    STANDARD PEMBELAJARAN

    (Murid berupaya untuk…..)

    STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

    TAHAP PENGUASAAN

    TAFSIRAN

    1.3 Mendengar dan memahami cerita

    1.3.1 Mendengar dan memberi respons kepada cerita yang diperdengarkan

    1.3.2 Memahami dan menyebut semula perkataan-perkataan yang didengar dalam cerita

    1.3.3 Memahami cerita berpandukan gambar

    1.3.4 Menyambung cerita berpandukan gambar

    1 Menyatakan maklumat daripada cerita yang didengar

    2 Memberi respons secara lisan dan gerak laku terhadap cerita yang didengar

    3 Menyusun ayat dari cerita yang didengar

    4 Menceritakan semula cerita didengar dengan betul berpandukan gambar

    5 Menyampaikan cerita yang didengar dengan betul

    6 Menyampaikan cerita dengan yakin, kreatif dan mempengaruhi khalayak

  • 26

    KEMAHIRAN BERTUTUR

    STANDARD KANDUNGAN

    (Murid dibimbing untuk…..)

    STANDARD PEMBELAJARAN

    (Murid berupaya untuk…..)

    STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

    TAHAP PENGUASAAN

    TAFSIRAN

    2.1 Bertutur

    2.2 Bercerita dengan sebutan yang jelas

    2.1.1 Bertutur tentang pengalaman atau gambar mengenai;

    i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah 2.2.2 Bercerita tentang pengalaman atau gambar mengenai; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

    1 Menyatakan maklumat mengenai; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

    2 Berbual mengenai; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

    3 Memberi respons secara lisan tentang; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

  • 27

    STANDARD KANDUNGAN

    (Murid dibimbing untuk…..)

    STANDARD PEMBELAJARAN

    (Murid berupaya untuk…..)

    STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

    TAHAP PENGUASAAN

    TAFSIRAN

    4 Bercerita mengenai; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

    5 Bekomunikasisecara bertatasusila mengenai; i. ahli keluarga ii. rakan iii. guru iv. Pembantu Pengurusan Murid v. sekolah

    6 Berceritamengenaiahlikeluarga, rakan, guru, PPM dansekolahdenganmenggunakanintonasi

    yang betul,sebutan yang jelasdankosa kata yang luas

  • 28

    KEMAHIRAN MEMBACA

    STANDARD KANDUNGAN

    (Murid dibimbing untuk…..)

    STANDARD PEMBELAJARAN

    (Murid berupaya untuk…..)

    STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

    TAHAP PENGUASAAN

    TAFSIRAN

    3.1 Membunyikan suku kata

    3.2 Mengeja dan membatangkan perkataan

    3.3 Membaca secara mekanis

    3.1.1 Membunyikan suku kata KVKK 3.2.1 Mengeja dan membatang perkataan VKVKK 3.2.2 Mengeja dan membatang perkataanVKKVK 3.2.3 Mengeja dan membatang perkataan KVKK 3.2.4 Mengeja dan membatang perkataan VKVKK 3.2.5 Mengeja dan membatang perkataan KVKVK 3.2.6 Mengeja dan membatang perkataan KVKKKV

    1

    Mengajuk dan membunyikan suku kata dan perkataan

    2

    Mengeja dan membatang suku kata dan perkataan

    3

    Menyatakan maksud perkataan,frasa dan ayat yang dibaca

  • 29

    STANDARD KANDUNGAN

    (Murid dibimbing untuk…..)

    STANDARD PEMBELAJARAN

    (Murid berupaya untuk…..)

    STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

    TAHAP PENGUASAAN

    TAFSIRAN

    3.2.7 Mengeja dan membatang perkataan KVKKVKK 3.2.8 Mengeja dan membatang perkataan KVKKKVKK 3.2.9 Mengeja dan membatang perkataan vokal berganding 3.3.1 Membaca kuat perkataan yang telah dipelajari 3.3.2 Membaca kuat frasa yang mengandungi perkataan telah dipelajari 3.3.3 Membaca kuat ayat tunggal yang mengandungi perkataan telah dipelajari

    4

    Membaca dan memahami maksud perkataan, frasa dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul

    5

    Membaca perkataan, frasa dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi

    6

    Memahami dan memindahkan maklumat daripada bahan grafik dan bahan bukan grafik

  • 30

    KEMAHIRAN MENULIS

    STANDARD KANDUNGAN

    (Murid dibimbing untuk…..)

    STANDARD PEMBELAJARAN

    (Murid berupaya untuk…..)

    STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

    TAHAP PENGUASAAN

    TAFSIRAN

    4.1 Menulis secara mekanis

    4.2 Menghasilkan penulisan mentalis

    4.1.1 Menulis suku kata KVKK 4.1.2 Menulis perkataan VKVK 4.1.3 Menulis perkataan VKKVK 4.1.4 Menulis perkataan KVKK 4.1.5 Menulis perkataan VKVKK 4.1.6 Menulis perkataan KVKVKK 4.1.7 Menulis perkataan KVKKKV

    1

    Menyalin suku kata dan perkataan

    2

    Menulis dan memahami suku kata dan perkataan

    3

    Membina dan menulis perkataan,frasa dan ayat berpandukan;

    i.gambar ii.perkataan

  • 31

    STANDARD KANDUNGAN

    (Murid dibimbing untuk…..)

    STANDARD PEMBELAJARAN

    (Murid berupaya untuk…..)

    STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

    TAHAP PENGUASAAN

    TAFSIRAN

    4.1.8 Menulis perkataan KVKKVKK 4.1.9 Menulis perkataan KVKKKVKK 4.1.10 Menulis perkataan vokal berganding 4.1.11 Membina dan menulis frasa berpandukan: i. gambar ii. perkataan 4.1.12 Membina dan menulis ayat tunggal 4.2.1 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif berpandukan gambar

    4

    Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber

    5

    Menghasilkan penulisan berbentuk naratif berpandukan gambar

    6

    Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara bertatasusila

  • 32

    KEMAHIRAN SENI BAHASA

    STANDARD KANDUNGAN

    (Murid dibimbing untuk…..)

    STANDARD PEMBELAJARAN

    (Murid berupaya untuk…..)

    STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

    TAHAP PENGUASAAN

    TAFSIRAN

    5.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian

    5.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas 5.1.2 Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku.

    1 Menyebut seni kata lagu.

    2 Menyebut dan memahami seni kata lagu.

    3 Menyanyi dengan gerak laku

    4 Mencatat maklumat yang betul berdasarkan seni kata lagu.

    5 Merekacipta seni kata lagu berdasarkan melodi yang didengar

    6 Mempersembahkan lagu secara kreatif

    5.2 Melafazkan dan memahami puisi dengan betul menggunakan bahasa yang indah

    5.2.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan gerak laku 5.2.2 Melafazkan dan memahami maksud pantun empat kerat dengan gerak laku

    1 Melafazkanpantun

    2 Melafaz dan memahami maksud pantun

    3 Berpantun dengan gerak laku

    4 Mencatat maksud pantun.

    5 Mencipta pantun secara kreatif

    6 Berpantun secara kreatif

  • 33

    KEMAHIRAN TATABAHASA

    STANDARD KANDUNGAN

    (Murid dibimbing untuk…..)

    STANDARD PEMBELAJARAN

    (Murid berupaya untuk…..)

    STANDARD PRESTASI (Murid boleh…..)

    TAHAP PENGUASAAN

    TAFSIRAN

    6.1 Mengenal dan menggunakan golongan kata mengikut konteks

    6.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia mengikut konteks 6.1.2 Mengenal dan menggunakan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

    1 Menyatakan dan memahami kata nama am dan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

    2 Menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas hidup manusia

    mengikut konteks

    3 Berkomunikasi menggunakan kata nama am dan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

    4 Membanding beza dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

    5 Menghubungkait dan membina ayat menggunakan kata nama am dan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

    6 Menghasilkan bahan grafik menggunakan kata nama am dan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

  • TERBITAN

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

    ARAS 4-8 BLOK E9

    KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604

    PUTRAJAYA

    Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

    http//www.moe. gov.my/bpk