kementerian kemajuan luar bandar dn wilayah … · bab 1 kenyataan tawaran bab 2 arahan dan...

52
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DN WILAYAH KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA 1. Sebut Harga adalah dipelawa di kalangan syarikat-syarikat yang layak dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi pembekalan berikut: No. Sebut Harga Tajuk Sebut Harga Pendaftaran Kementerian Kewangan Dalam Kod Bidang berikut Harga Dokumen Taklimat / Lawatan Tapak Tarikh Pelawa / Tutup Sebut Harga KKLW.SH. 439/2015 SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHIAS DAN MEMBUKA BOOTH PROMOSI KKLW SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN 2015 221305 : PENYEDIAAN PENTAS/PAMERAN PERTUNJUKAN, TAMAN HIBURAN DAN KARNIVAL/PESTARIA PERCUMA Tarikh Pelawa: 15 JULAI 2015 (RABU) Tarikh Tutup : 27 JULAI 2015 (JUMAAT) 2. Dokumen Manual yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut Harga pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 27 JULAI 2015 (ISNIN) di alamat berikut: BAHAGIAN PEROLEHAN, ARAS 15, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62100 PUTRAJAYA 4. Tawaran Sebut Harga yang diserahkan selepas jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup Sebut Harga tidak akan diterima atau dipertimbangkan oleh Kementerian ini. 5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DN WILAYAH

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

1. Sebut Harga adalah dipelawa di kalangan syarikat-syarikat yang layak dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi pembekalan berikut:

No. Sebut Harga Tajuk Sebut Harga Pendaftaran Kementerian Kewangan Dalam Kod Bidang berikut Harga Dokumen Taklimat /

Lawatan Tapak Tarikh Pelawa / Tutup

Sebut Harga

KKLW.SH. 439/2015

SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHIAS DAN MEMBUKA BOOTH PROMOSI KKLW SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN 2015

221305 : PENYEDIAAN PENTAS/PAMERAN PERTUNJUKAN, TAMAN HIBURAN DAN KARNIVAL/PESTARIA

PERCUMA

Tarikh Pelawa:

15 JULAI 2015 (RABU)

Tarikh Tutup :

27 JULAI 2015 (JUMAAT)

2. Dokumen Manual yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut Harga pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 27 JULAI 2015 (ISNIN) di alamat berikut:

BAHAGIAN PEROLEHAN,

ARAS 15, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62100 PUTRAJAYA

4. Tawaran Sebut Harga yang diserahkan selepas jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup Sebut Harga tidak akan diterima atau dipertimbangkan oleh Kementerian ini. 5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.

LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini No. Sebut Harga: KKLW.SH.439/2015

(Kew.284-Pin.5/94)

KERAJAAN MALAYSIA NEGERI: WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHIAS DAN MEMBUKA BOOTH PROMOSI KKLW SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN 2015

Kepada (Nama Syarikat) No Telefon: ………………………….. No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan: …………………………….. Kod Bidang Pendaftaran yang relevan: 221305

Pelawaan Sebut Harga dikeluarkan oleh: Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah No. 47, Persiaran Perdana Presint 4 62606 Putrajaya No. Telefon: 03 – 8000 8000 Tarikh: 14 Julai 2015

1. Sila beri sebut harga untuk perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan / Penyempurnaan:

1.1.1 Perkhidmatan dan pembekalan hendaklah memenuhi syarat

dan spesifikasi yang ditetapkan;

1.1.2 Perkhidmatan dan bekalan yang ingin diserahkan mestilah mendapat persetujuan oleh Kementerian terlebih dahulu;

1.1.3 Kementerian berhak untuk memulangkan atau tidak

menerima perkhidmatan yang tidak memenuhi syarat dan spesifikasi dan sebarang kos penyempurnaan perkhidmatan tersebut ditanggung oleh syarikat; dan

1.2 Tarikh Penyerahan / Penyempurnaan dikehendaki: 10 Ogos hingga 10 September 2015

1.3 Arahan Pengiriman :

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah No. 47, Persiaran Perdana Presint 4 62606 Putrajaya

1.4 Dokumen Tawaran Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti

tawaran yang berkenaan di alamat di atas sebelum atau pada 27 Julai 2015 (Isnin) jam 12.00 tengah hari.

1.5 Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah sembilan puluh (90) hari

selepas tarikh tutup. 1.6 Pemilihan sebut harga ini adalah tidak tertakluk kepada harga terendah

yang ditawarkan. Keputusan mesyuarat adalah muktamad.

Tarikh: 14 Julai 2015 Nama Pegawai : ZARAURAH BINTI MOHAMAD @

MAN Jawatan : Ketua Penolong Setiausaha

Bahagian Perolehan KKLW

Bil. Perihal Bekalan/

Perkhidmatan dan Syarat-syarat Khas

Unit Ukuran

Kuantiti/ Kekerapan

Kadar (RM)

Harga (RM)

Untuk diisi oleh Kementerian Untuk diisi oleh Penyebut Harga

Nota: 1. Sila sertakan sesalinan Sijil

Pendaftaran Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan

2. Kadar harga yang dinyatakan perlulah mengambil kira caj perhidmatan e-Perolehan sebanyak 0.8%.

JUMLAH (i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh penyerahan / penyempurnaan ialah

10 Ogos hingga 10 September 2015

Saya/Kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini. Tandatangan

Penyebutharga

:

……………………………………

Nama dan K/P

: ……………………………………

Alamat Syarikat

: ………………………………………………………………………………………………………………

Tarikh : ………………………………………..

Sila rujuk LAMPIRAN B – Jadual Harga

SYARAT-SYARAT AM Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga. 1. KEADAAN BARANG

Semua barang yang dibekalkan hendaklah baru, tulen, belum digunakan serta berkualiti dan mampu berfungsi dengan baik.

2. HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN

Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

4. BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5. PERSETUJUAN

(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah

atau mana-mana sebut harga; dan (ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang

berasingan. 6. PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk

memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau

pengujian apabila dikehendaki . 7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan / perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8. PENOLAKAN (i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan

yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak; (ii) Apabila penolakan di laksanakan, penyebut harga hendaklah

memindahkan barang yang ditolak itu serta segala kos pindah itu akan ditanggung oleh penyebutharga, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan

(iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak

Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

10. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11. INSURANS

Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja

bungkusan dan belanja pembungkusan; dan (ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau

pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

14. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

KKLW.SH. 439/2015

DOKUMEN SEBUT HARGA

BAGI

SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHIAS DAN MEMBUKA BOOTH

PROMOSI KKLW SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN 2015

KOD BIDANG PENDAFTARAN: 221305

PERINGATAN PENTING: PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DENGAN TELITI

DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI

SULIT

  2 

SULIT

ISI KANDUNGAN PERKARA PERIHAL

PERINGATAN PENTING DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT DOKUMEN SEBUT HARGA

PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

SEKSYEN 1

BAB 1 Kenyataan Tawaran

BAB 2 Arahan dan Syarat-syarat Sebut Harga

BAB 3 Format Penyediaan dan Serahan Dokumen Tawaran Sebut Harga

BAB 4 Skop Kerja dan Spesifikasi Teknikal

BAB 5 Jadual Harga dan Keterangan Mengenai Syarikat Penyebut Harga

SEKSYEN 2

LAMPIRAN A Jadual Spesifikasi Teknikal

LAMPIRAN B Jadual Harga

LAMPIRAN C Profil Syarikat

LAMPIRAN D Keterangan Mengenai Pengalaman Syarikat Penyebut Harga

LAMPIRAN E Surat Akuan Dokumen Sebut Harga

LAMPIRAN F Surat Akuan Penyebut Harga

LAMPIRAN G Contoh Surat Setuju Terima Pelawaan Sebut Harga

LAMPIRAN H Contoh Bon Jaminan

LAMPIRAN I Contoh Sijil Pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan

LAMPIRAN J Senarai Semak

SULIT

    

SULIT

PERINGATAN PENTING DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT DOKUMEN SEBUT HARGA

1) Penyebut Harga dikehendaki membaca dengan teliti dan memahami butir-butir, arahan dan syarat dalam Dokumen Sebut Harga sebelum mengemukakan tawaran sebut harga. Kegagalan penyebut harga untuk mematuhi sebarang arahan dan syarat akan menyebabkan tawaran ditolak atau tidak dipertimbangkan.

2) Semua Lampiran dalam Dokumen Sebut Harga ini adalah sebahagian daripada pelawaan sebut harga ini dan ia WAJIB dibaca bersekali dengan Dokumen Sebut Harga. Penyebut Harga dilarang untuk merujuk Lampiran semata-mata tanpa membaca isi kandungan Dokumen Sebut Harga terlebih dahulu.

3) Semua data dan maklumat dalam Dokumen Sebut Harga

ini adalah SULIT. Penyebut Harga dilarang untuk mendedahkan atau mengedarkan data dan maklumat sulit ini kepada pihak lain yang tidak berkepentingan sama ada semasa tempoh sebut harga berkuat kuasa atau selepas selesai urusan sebut harga. Kerahsiaan data dan maklumat sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga yang memasuki pelawaan sebut harga ini dan juga kepada Penyebut Harga yang berjaya.

4) Semua data dan maklumat dalam Dokumen Sebut Harga ini hanya bertujuan untuk rujukan Penyebut Harga bagi urusan pelawaan sebut harga ini SAHAJA. Penyebut Harga dilarang untuk menggunakan data dan maklumat ini untuk tujuan yang lain.

SULIT

    

SULIT

PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

1) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi

apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Balai Polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

3) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan

tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekalkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

SULIT

    

SULIT

SEKSYEN 1

SULIT

    

SULIT

BAB 1

KENYATAAN TAWARAN 1.1 PELAWAAN SEBUT HARGA

1.1.1 Pelawaan Sebut Harga ini adalah terbuka kepada pembekal-

pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah pecahan kod bidang:

a. 221305 : Penyediaan Pentas/Pameran Pertunjukan, Taman

Hiburan Dan Karnival/Pestaria

SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHIAS DAN MEMBUKA BOOTH PROMOSI KKLW SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN 2015 NO. SEBUT HARGA: KKLW.SH.439/2015

1.1.2 Penyebut Harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang

ditetapkan apabila menyertai sebut harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah ini membolehkan tawaran Penyebut Harga ditolak.

1.2 TARIKH NOTIS 1.2.1 Tarikh notis ini adalah pada 15 Julai 2015 (Rabu) . Penyebut Harga

yang ingin menyertai Sebut Harga ini boleh memuat turun Dokumen Sebut Harga di laman sesawang www.eperolehan.gov.my.

1.3 TARIKH TUTUP

1.3.1 Tarikh tutup mengemukakan tawaran Sebut Harga ini adalah sebelum atau pada 27 Julai 2015 bersamaan hari Isnin pada jam 12.00 tengah hari.

1.3.2 Penyebut Harga dikehendaki menghantar Dokumen Manual (melalui

Peti Sebut Harga)

Dokumen wajib (hardcopy) perlu dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga KKLW sebelum jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup.

SULIT

    

SULIT

Dokumen Manual ini perlu dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat berikut:

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Bahagian Perolehan Aras 15, No.47, Persiaran Perdana Presint 4 62100 PUTRAJAYA

1.3.3 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN

DIPERTIMBANGKAN.

SULIT

    

SULIT

BAB 2

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

2.1 KELAYAKAN MENYERTAI SEBUT HARGA 2.1.1 Pelawaan Sebut Harga ini adalah terbuka kepada pembekal-

pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah pecahan kod bidang:

a. 221305 : Penyediaan Pentas/Pameran Pertunjukan, Taman Hiburan Dan Karnival/Pestaria

2.1.2 Penyebut Harga dikehendaki menyertakan salinan Sijil Akuan

Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan salinan Pendaftaran Bumiputera (jika berkaitan) bersama-sama Dokumen Tawaran Sebut Harga. Penyebut Harga perlu memastikan tarikh sah laku sijil tersebut masih berkuat kuasa dan belum tamat tempoh sepanjang pelaksanaan perkhidmatan ini.

2.1.3 Penyebut Harga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang

kukuh iaitu mempunyai aliran tunai yang baik atau mendapat kemudahan kredit daripada pihak bank / institusi kewangan yang diiktiraf oleh Bank Negara.

2.1.4 Penyebut Harga DIWAJIBKAN untuk menghantar salinan Penyata

Akaun Bank tiga (3) bulan terakhir/terkini daripada pihak bank / institusi kewangan yang diiktiraf oleh Bank Negara bersama dengan Dokumen Tawaran Sebut Harga.

2.1.5 Penyebut Harga dikenakan caj perkhidmatan bagi perolehan secara

elektronik sebanyak 0.8% (bayaran penuh) atau sebanyak 0.4% (bayaran berperingkat) bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi pesanan Kerajaan yang melebihi RM1.2 juta. Caj yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem e-Perolehan.

2.1.6 Keputusan Tawaran Sebut Harga yang dikeluarkan adalah

muktamad dan tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia.

2.1.7 Penyebut Harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang

ditetapkan apabila menyertai pelawaan sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan ditolak dan tidak dipertimbangkan.

SULIT

    

SULIT

2.2 PEMBIAYAAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyebut Harga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan dan penghantaran Dokumen Tawaran Sebut Harga. Pihak Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas kos yang terlibat dalam proses penyediaan Dokumen Tawaran Sebut Harga ini.

2.3 PINDAAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.3.1 Pihak Kerajaan berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup

penghantaran Dokumen Tawaran Sebut Harga oleh Penyebut Harga meminda Dokumen Sebut Harga ini dengan menyediakan addendum di atas apa-apa sebab atas inisiatif sendiri atau atas permintaan penjelasan daripada Penyebut Harga.

2.4 PEMATUHAN SYARAT-SYARAT DAN SPESIFIKASI SEBUT HARGA 2.4.1 Pelawaan ini adalah terikat kepada syarat-syarat Sebut Harga dan

spesifikasi teknikal yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini serta syarat-syarat Perjanjian Kontrak yang akan dipersetujui di antara pihak Kerajaan dengan Penyebut Harga yang berjaya kelak.

2.4.2 Penyebut Harga mestilah mematuhi semua syarat-syarat Sebut Harga

dan spesifikasi teknikal. Tawaran Penyebut Harga yang gagal mematuhi mana-mana daripada syarat-syarat Sebut Harga dan spesifikasi teknikal akan ditolak.

2.4.3 Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan dan mengisi segala

butiran di dalam borang/lampiran/surat yang diperlukan dalam sebut Harga ini dengan lengkap, betul dan sempurna serta teratur mengikut format yang ditetapkan. Tawaran dari Penyebut Harga yang tidak lengkap, tidak betul dan tidak teratur akan ditolak.

2.5 JANGKA MASA SAH LAKU DOKUMEN SEBUT HARGA

Dokumen Sebut Harga mestilah sah laku dalam jangka masa sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup Sebut Harga.

2.6 TEMPOH KONTRAK Tempoh kontrak bagi perkhidmatan perolehan ini adalah untuk jangka masa 10 Ogos hingga 30 Oktober 2015.

SULIT

    

SULIT

2.7 PEMBETULAN KESALAHAN 2.7.1 Segala pindaan atau pembatalan dalam borang, lampiran atau surat

pada Dokumen Tawaran Kewangan hendaklah ditandatangani oleh Penyebut Harga dan tandatangan ini hendaklah diberi tarikh dan di cop dengan cop syarikat. Penggunaan pemadam dakwat adalah tidak dibenarkan.

2.7.2 Jika terdapat apa-apa perbezaan dalam pengiraan di dalam

Dokumen Sebut Harga, ianya akan dibetulkan oleh Kerajaan seperti berikut:

a. Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka

dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambil kira.

b. Jika terdapat perbezaan di antara kadar seunit dan jumlah

yang didapati daripada pendaraban kadar seunit dan bilangan, kadar seunit yang dicatatkan akan diambil kira.

2.7.3 Jumlah yang dinyatakan di para 2.8.2(a) dan 2.8.2(b) dalam

Dokumen Sebut Harga akan diubah oleh Kerajaan mengikut prosedur di atas bagi pembetulan kesalahan dan Penyebut Harga adalah terikat pada perubahan ini.

2.8 HARGA 2.8.1 Harga bagi semua perkara dan bidang kerja mestilah dalam

RINGGIT MALAYSIA (RM) sahaja dan hendaklah termasuk semua kos penghantaran, pemasangan, pengujian, penyenggaraan. Nilai yang ditawarkan tidak termasuk dengan nilai kenaan 6% cukai GST (sekiranya berdaftar). Harga ini mestilah sah laku sepanjang tempoh sah laku tawaran.

2.8.2 Harga ini mestilah sah laku sepanjang tempoh sah laku tawaran. 2.8.3 Sekiranya terdapat masalah berhubung dengan harga, maka harga

seunit tiap-tiap butiran akan diambil kira. 2.8.4 Penyebut Harga dikenakan caj perkhidmatan bagi perolehan secara

elektronik sebanyak 0.8% (bayaran penuh) atau sebanyak 0.4% (bayaran berperingkat) bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi pesanan Kerajaan yang melebihi RM1.2 juta. Caj yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem e-Perolehan.

SULIT

    

SULIT

2.9 KENAAN 6% CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GOODS AND SERVICE TAX – GST)

2.9.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja

Malaysia (JKDM) di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [ Akta 762] dibenarkan mengenakan caj enam peratus (6%) GST ke atas perolehan Kerajaan.

2.9.2 Kadar kenaan 6% GST dikenakan semasa pengeluaran Surat Setuju

Terima kepada pembida yang berjaya. Kenaan 6% GST tidak terpakai semasa penialaian sebut harga ini dilaksanakan.

2.9.3 Perolehan bekalan Kerajaan adalah diberi pelepasan daripada kenaan

GST kecuali bagi kenderaan import dan petroleum (RON97). Pelepasan daripada kenaan GST akan dibuat oleh Kerajaan melalui pengeluaran Sijil Perlepasan GST (CoGSTR).

2.9.4 Penyebutharga yang berdaftar harus mengemukakan surat

Pendaftaran syarikat di bawah Seksyen 21 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk semakan oleh pihak Kerajaan.

2.9.5 Penyebutharga yang mengemukakan sebarang maklumat palsu akan

ditolak dan dikenakan tindakan/hukuman tetatertib yang telah digariskan di dalam 1PP/PK8/2013 Perenggan 2.

2.9.6 JKDM mempunyai hak untuk mendapatkan sebarang maklumat

perolehan ini atau maklumat pepenyebutharga yang berjaya sekiranya perlu.

2.10 KAEDAH PEMBAYARAN

2.10.1 Semua pembayaran adalah dibuat dalam RINGGIT MALAYSIA (RM)

sahaja. 2.10.2 Penyebut Harga boleh membuat tuntutan pembayaran setelah

perkhidmatan telah sempurna dan diserahkan kepada Kerajaan.

2.11 PEMBERITAHUAN TAWARAN DAN SURAT SETUJU TERIMA 2.11.1 Kerajaan akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat Setuju

Terima Pelawaan Sebut Harga kepada Penyebut Harga yang berjaya apabila tawaran sebut harganya dipersetujui dalam jangka masa sah laku Dokumen Sebut Harga.

2.11.2 Notis itu mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai tambahan kepada syarat-syarat atau sebagai pengubahsuaian syarat-syarat

SULIT

    

SULIT

yang dilampirkan bersama ini. Oleh yang demikian tawaran Penyebut Harga itu tidak boleh disifatkan sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada Penyebut Harga menyatakan bahawa syarat-syarat tambahan atau yang diubahsuai itu telah disetuju terima.

2.11.3 Apabila dipersetujui maka suatu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara pihak Kerajaan dengan Penyebut Harga mengikut syarat-syarat kontrak yang dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau yang diubahsuai yang tersebut di atas, jika ada) dan tidak ada sebarang perjanjian atau syarat lain walau dari apa jenis pun boleh disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini.

2.11.4 Penyebut Harga yang berjaya adalah diwajibkan mengikat satu

kontrak perjanjian dengan pihak Kerajaan.

2.12 BON PELAKSANAAN 2.12.1 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki mengemukakan cagaran

keselamatan atau Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank/ Syarikat Kewangan/ Insurans, dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh Surat Setuju Terima Pelawaan Sebut Harga dikeluarkan, dalam jumlah dua perpuluhan lima peratus (2.5%) daripada jumlah nilai keseluruhan kontrak.

2.12.2 Jaminan pelaksanaan ini hendaklah sama ada dalam bentuk :

a. Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank-bank / syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau

b. Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank

berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau

c. Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat

insurans berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di Malaysia; atau

d. Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang

berlesen di bawah Akta Takaful 1984 yang beroperasi di Malaysia; atau

SULIT

    

SULIT

e. Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana (SME Bank).

2.12.3 Penyebut Harga yang berjaya dan telah mengikat kontrak dengan

Kerajaan dikehendaki membayar tuntutan ganti rugi sekiranya didapati pihak Penyebut Harga melanggar syarat-syarat kontrak (breach of contract) dan disabitkan kesalahan.

2.13 PERJANJIAN KONTRAK

2.13.1 Penyebut Harga yang berjaya adalah diwajibkan mengikat suatu

Perjanjian dengan Kerajaan.

2.13.2 Syarat-syarat dalam Dokumen Sebut Harga ini, Tawaran Kewangan (Jadual Harga) dan Tawaran Teknikal (Jadual Spesifikasi Teknikal) serta syarat-syarat dalam Surat Setuju Terima Pelawaan Sebut Harga adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat Perjanjian.

2.13.3 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menyediakan salinan-salinan dokumen Perjanjian.

2.13.4 Segala perbelanjaan bagi penyediaan dokumen Perjanjian dan

proses mematikan setem adalah ditanggung oleh Penyebut Harga yang berjaya.

2.14 HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK DOKUMEN TAWARAN

SEBUT HARGA

2.14.1 Kerajaan berhak menerima atau menolak mana-mana Dokumen Tawaran Sebut Harga dan membatalkan proses Sebut Harga pada bila-bila masa sebelum kontrak dimeterai tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada Penyebut Harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak Kerajaan untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada Penyebut Harga yang terlibat.

2.14.2 Pihak Kerajaan adalah berhak mempersetujui nilai Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya.

2.14.3 Pertimbangan Sebut Harga ini adalah berasaskan tawaran teknikal,

harga tawaran dan keupayaan Penyebut Harga serta lain-lain faktor yang difikirkan sesuai. Walau bagaimanapun, dalam semua keadaan: a. keputusan Kerajaan adalah muktamad;

b. Kerajaan juga berhak untuk mengubah spesifikasi dalam

pelawaan Sebut Harga ini jika perlu;

SULIT

    

SULIT

c. Kerajaan berhak sama ada mempersetujui kesemua tawaran

Sebut Harga atau sebahagiannya;

d. Kerajaan tidak perlu memberi sebab penolakan mana-mana Dokumen Tawaran Sebut Harga; dan

e. sebarang surat-menyurat mengenai keputusan Sebut Harga

tidak akan dilayan.

2.15 JAMINAN ATAS DOKUMEN SEBUT HARGA 2.15.1 Setiap Penyebut Harga mestilah berdaftar dengan Kementerian

Kewangan.

2.15.2 Pendaftaran Penyebut Harga di Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas tawaran Sebut Harga yang dikemukakan. Sekiranya Penyebut Harga menarik balik tawaran sebelum tawaran Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran sebelum Surat Setuju Terima Pelawaan Sebut Harga dikeluarkan, tindakan akan diambil ke atas Penyebut Harga mengikut 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PK 8/2013.

2.16 PELAKSANAAN PERKHIDMATAN

2.16.1 Penyebut Harga dikehendaki mematuhi tempoh pembekalan dan

penghantaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini supaya pembekalan dan penghantaran dapat dibuat dalam masa yang ditetapkan.

2.16.2 Kerajaan adalah berhak menentukan tarikh permulaan kerja.

2.17 DENDA

2.17.1 Penyebut Harga yang berjaya mestilah menyempurnakan

perkhidmatan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. 2.17.2 Penyebut Harga yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya

kelewatan penyempurnaan yang berlaku adalah berpunca daripada Penyebut Harga sendiri. Kaedah pengiraan denda tersebut adalah mengikut formula berikut:

SULIT

    

SULIT

Formula bagi pengiraan denda: Denda : V ( T + D ) x 5% T di mana V : Nilai harga perkhidmatan yang lewat dilaksanakan

T : Tempoh pelaksanaan perkhidmatan mengikut kontrak (dalam hari)

D : Bilangan hari yang lewat

2.18 MANUAL DAN DOKUMENTASI 2.18.1 Penyebut Harga dikehendaki menyediakan dan membekalkan semua

manual dan dokumentasi sekiranya berkaitan. 2.18.2 Penyebut Harga dikehendaki menyediakan semua manual dan

dokumentasi ini dalam bentuk hardcopy. Salinan hardcopy iaitu salinan bercetak perlu disediakan mengikut jumlah yang ditetapkan oleh Kerajaan.

2.19 BANTAHAN Penyebut Harga boleh mengemukakan bantahan rasmi secara bertulis kepada Kerajaan seperti di alamat berikut berserta dengan bukti-bukti kukuh bagi perolehan secara Sebut Harga ini. Bantahan tersebut hendaklah disalinkan kepada Perbendaharaan dan perlu sampai kepada Kerajaan dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh notis Sebut Harga dipaparkan atau tarikh taklimat yang mana terkemudian. Bantahan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

BAHAGIAN PEROLEHAN, ARAS 15, NO. 47, PERSIARAN PERDANA

PRESINT 4 62100 PUTRAJAYA

(u.p : Setiausaha Bahagian Perolehan)

SULIT

    

SULIT

2.20 PERTANYAAN 2.20.1 Sepanjang tempoh sebelum penyerahan tawaran sebut harga,

Penyebut Harga boleh meminta penjelasan mengenai Dokumen Sebut Harga atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya daripada KKLW.

2.20.2 Pertanyaan tersebut hendaklah disalurkan secara bertulis.

Pertanyaan tersebut hendaklah dibuat sekali gus dan bukan secara sedikit demi sedikit (piece-meal).

2.20.3 Maklumat yang diperoleh secara tidak rasmi tidak boleh dijadikan

sebagai bahan sokongan bagi sesuatu cadangan yang dikemukakan, melainkan bahan/maklumat berkenaan diperoleh secara rasmi (permohonan bertulis kepada pihak Kerajaan).

2.20.4 Sebarang pertanyaan hendaklah dirujuk kepada:

Urus Setia Bahagian Perolehan

Puan Zaraurah binti Mohamad@Man E-mel : [email protected] No Telefon : 03 – 8891 5772

Urus Setia Teknikal

Encik Meor Hafizan bin Abdul Ghani E-mel : [email protected] No Telefon : 03 – 8891 5944

SULIT

    

SULIT

BAB 3

FORMAT PENYEDIAAN DAN SERAHAN DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA

3.1 FORMAT DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyebut Harga dikehendaki untuk menyediakan dan mengemukakan Dokumen Tawaran Sebut Harga dalam dua (2) format seperti berikut iaitu:

3.1.1 Penyerahan Dokumen Atas Talian (Melalui Sistem ePerolehan) Dokumen Wajib yang dimasukkan (key-in) ke dalam Sistem ePerolehan (Modul Sebut Harga) adalah seperti berikut: - LAMPIRAN A : Jadual Spesifikasi Teknikal - LAMPIRAN B : Jadual Harga

3.1.2 Penyerahan Dokumen Manual (Melalui Peti Sebut Harga)

Dokumen yang perlu dikemukakan secara manual (hardcopy) melalui Peti Sebut Harga adalah seperti berikut:

i. Lampiran A - Jadual Spesifikasi Teknikal (Wajib);

ii. Lampiran B - Jadual Harga (Wajib);

iii. Lampiran C – Profil Syarikat Penyebut Harga (Wajib);

iv. Lampiran D - Jadual Pengalaman Syarikat (Wajib);

v. Lampiran E – Surat Akuan Dokumen Sebut Harga (Wajib);

vi. Lampiran F – Surat Akuan Penyebut Harga (Wajib);

vii. Lampiran J – Senarai Semak (Wajib);

viii. Lampiran Q – (Arahan Perbendaharaan 170) (Wajib);

SULIT

    

SULIT

ix. Salinan Penyata Akaun Bank tiga (3) bulan terakhir/terkini (Wajib);

x. Cadangan lakaran (design) booth dan spesifikasi penuh

cadangan yang ditawarkan (Wajib); dan

xi. Pendaftaran syarikat di bawah Seksyen 21 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi yang mendaftar (Wajib).

PERINGATAN: MANA-MANA PENYEBUT HARGA YANG TIDAK MENGEMUKAKAN DOKUMEN WAJIB, TAWARAN PENYEBUT HARGA AKAN DITOLAK PADA PERINGKAT AWAL PENILAIAN.

3.2 CARA MENYEDIAKAN DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA SECARA

MANUAL (HARDCOPY) MELALUI PETI SEBUT HARGA 3.2.1 Dokumen Tawaran Sebut Harga iaitu Dokumen Tawaran Teknikal

dan Dokumen Tawaran Kewangan hendaklah disediakan dan diisi dengan lengkap dan tepat dalam Bahasa Melayu.

3.2.2 Dokumen tersebut hendaklah ditaip menggunakan komputer dan

dicetak dengan kemas, teratur dan terang. Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam borang, lampiran atau surat hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebut Harga dan diberi tarikh.

3.2.3 Dokumen tersebut yang telah dicetak perlu diikat (binding/stapler)

dalam bentuk yang lebih kemas untuk mengelakkan keciciran helaian dokumen tersebut.

PERINGATAN: PENYEBUT HARGA DILARANG MENZAHIRKAN/ MENYATAKAN NAMA, ALAMAT DAN LOGO SYARIKAT ATAU APA-APA TANDA PENGENALAN SYARIKAT PADA SETIAP MUKASURAT DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL.

3.3 FORMAT PENYERAHAN DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA SECARA MANUAL MELALUI PETI SEBUT HARGA

SULIT

    

SULIT

3.3.1 Sampul Surat Berlakri (Sealed)

SAMPUL yang mengandungi salinan hardcopy hendaklah dimasukkan ke dalam satu Sampul Surat Berlakri (sealed) dan dilabel di sudut sebelah atas kiri sampul surat tersebut seperti berikut:

DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN MEMBEKAL,

MEMASANG, MENGHIAS DAN MEMBUKA BOOTH PROMOSI KKLW SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN

2015

SEBUT HARGA KKLW.SH.439/2015

3.3.2 Alamat Sampul Surat dan Peti Sebut Harga KKLW Sampul Surat Berlakri (Sealed) yang disediakan seperti para 3.3.1 yang mengandungi dokumen tawaran manual (hardcopy) hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga KKLW di alamat seperti berikut:

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Bahagian Perolehan Aras 15, No. 47, Persiaran Perdana Presint 4 62100 PUTRAJAYA. (U.P : Bahagian Perolehan)

3.3.3 Surat Menyurat Penyerahan Dokumen Tawaran Sebut Harga ini hendaklah disertakan dengan satu Surat Iringan (Covering Letter) yang mengandungi butir-butir seperti berikut:

i. Nama syarikat, alamat, nombor telefon dan nombor

faks. ii. Nama pegawai yang diberi kuasa untuk dihubungi dan

berkuasa membuat komitmen bagi pihak Penyebut Harga.

SULIT

    

SULIT

3.4 PERINGATAN 3.4.1 Penyebut Harga DILARANG menzahirkan/menyatakan Nama,

Alamat dan Logo Syarikat atau apa-apa tanda pengenalan syarikat di dalam mana-mana Dokumen Tawaran Teknikal. Nama, Alamat dan Logo Syarikat hanya perlu diturunkan/digunakan di atas Surat Iringan (Covering Letter) dan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Tawaran Kewangan SAHAJA.

3.4.2 Sebarang surat pengesahan/sokongan/pengiktirafan daripada

pihak-pihak tertentu hendaklah dimasukkan ke dalam Dokumen Tawaran Teknikal. Penyebut Harga hendaklah memastikan Nama, Alamat dan Logo Syarikat atau apa-apa tanda pengenalan syarikat TIDAK dizahirkan/dinyatakan di dalam surat pengesahan/ sokongan/ pengiktirafan tersebut.

3.4.3 Dokumen Tawaran Sebut Harga yang lewat dihantar tidak akan

dipertimbangkan. 3.4.4 Dokumen Tawaran Sebut Harga yang tidak lengkap, tidak mengikut

arahan dan tidak teratur akan ditolak. 3.4.5 Kementerian tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran

daripada Penyebut Harga. Keputusan mengenai Sebut Harga yang dikeluarkan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat mengenai keputusan Sebut Harga tidak akan dilayan.

3.4.6 Penyebut Harga yang tidak mengemukakan dokumen wajib akan

menyebabkan tawaran Penyebut Harga akan ditolak pada peringkat awal penilaian.

SULIT

    

SULIT

BAB 4

SKOP KERJA DAN SPESIFIKASI TEKNIKAL

4.1 SKOP KERJA

4.1.1 Penyebut Harga dikehendaki membekal, memasang, menghias dan

membuka booth bagi boot promosi KKLW Karnival Usahawan Desa 2015 seperti yang dinyatakan di LAMPIRAN A.

4.1.2 Penyebut harga perlu menjalankan penyuntingan bagi foto yang telah

dirakam dan mengemukakan kerja-kerja akhir kepada Kerajaan untuk dinilai sebelum serahan sepenuhnya dilaksanakan.

4.2 SPESIFIKASI TEKNIKAL

4.2.1 Penyebut Harga dikehendaki menawarkan perkhidmatan mengikut

spesifikasi yang dinyatakan dalam Jadual Spesifikasi Teknikal seperti di LAMPIRAN A.

4.2.2 Penyebut Harga dikehendaki mematuhi dan menepati syarat-syarat

dan spesifikasi yang dinyatakan di dalam LAMPIRAN A tersebut. 4.2.3 Penyebut Harga dikehendaki membaca dengan teliti arahan

penting yang terkandung dalam Dokumen Sebut Harga ini dan juga LAMPIRAN 1 sebelum menyediakan Dokumen Tawaran Teknikal untuk mengelakkan tawaran ditolak.

SULIT

    

SULIT

BAB 5

JADUAL HARGA DAN KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT PENYEBUT HARGA

5.1 JADUAL HARGA

5.1.1 Penyebut Harga dikehendaki untuk menghantar Jadual Harga

mengikut format seperti di LAMPIRAN B.

5.1.2 Semua arahan dan maklum balas yang dikehendaki dalam LAMPIRAN B hendaklah dipatuhi. Penyebut Harga dikehendaki menyatakan tawaran harga bagi setiap butiran dalam Jadual Harga.

5.1.3 Maklumat harga yang diberikan oleh Penyebut Harga mestilah

lengkap, jelas, terperinci dan tepat termasuk diskaun, cukai dan lain-lain pelarasan yang berkaitan.

5.1.4 Tawaran harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga merupakan

harga muktamad Penyebut Harga kepada Urus Setia Perolehan.

5.2 PROFIL SYARIKAT PENYEBUT HARGA

5.2.1 Penyebut Harga dikehendaki membekalkan maklumat Profil Syarikat

dengan menggunakan format seperti di LAMPIRAN C.

5.2.2 Penyebut Harga dikehendaki untuk mengemukakan Profil Syarikat yang lengkap dan tepat seperti mana yang dikehendaki.

5.3 KETERANGAN MENGENAI PENGALAMAN SYARIKAT PENYEBUT

HARGA 5.3.1 Penyebut Harga dikehendaki untuk membekalkan Keterangan

Mengenai Pengalaman Syarikat Penyebut Harga dengan menggunakan format seperti di LAMPIRAN D.

5.3.2 Penyebut Harga dikehendaki untuk mengemukakan pengalaman syarikat yang berkaitan atau sama dengan skop kerja perolehan ini dan juga lain-lain pengalaman dalam kod bidang yang sama.

5.3.3 Penyebut Harga DILARANG menzahirkan/menyatakan Nama,

Alamat dan Logo Syarikat atau apa-apa tanda pengenalan syarikat pada format LAMPIRAN D ini.

SULIT

    

SULIT

5.4 KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT PENYEBUT HARGA

5.4.1 Penyebut Harga dikehendaki untuk menghantar salinan Penyata

Akaun Bank tiga (3) bulan terakhir/terkini.

5.4.2 Penyebut Harga perlu memastikan salinan Penyata Akaun Bank disediakan atau difotokopi dengan jelas, terang dan boleh dibaca bagi setiap butiran dan setiap muka surat dalam salinan tersebut.

5.4.3 Salinan dokumen yang kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca tidak akan diterima dan tawaran Penyebut Harga akan ditolak.

SULIT

    

SULIT

SEKSYEN 2

SULIT

    

SULIT

JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHIAS DAN MEMBUKA BOOTH PROMOSI KKLW

SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN 2015

(KKLW.SH.439/2015)

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA:

1. Penyebut Harga dikehendaki untuk membaca dan memahami semua syarat-syarat Sebut Harga dan spesifikasi teknikal dalam Dokumen Sebut Harga ini termasuk semua Lampiran yang dikemukakan bersama.

2. Bagi LAMPIRAN A ini, Penyebut Harga WAJIB memberi maklumbalas dalam ruangan KEPATUHAN PENYEBUT HARGA sama ada jawapan YA atau TIDAK.

3. Penyebut Harga WAJIB memberi maklumbalas pada setiap spesifikasi yang dinyatakan dalam jadual di bawah ini.

4. Kegagalan pihak Penyebut Harga untuk berbuat demikian akan menyebabkan Cadangan Tawaran Sebut Harga tidak akan dipertimbangkan.

BIL ACARA

SPESIFIKASI TARAF

PERKARA (W - WAJIBU - UMUM)

PEMATUHAN (YA/TIDAK)

MAKLUM BALAS

PENYEBUT HARGA

BOOTH PROMOSI DI LOBI UTAMA KKLW

(10 OGOS HINGGA 6 SEPTEMBER 2015)

1.

Pintu gerbang masuk

Mempunyai logo KUD 2015 dan KKLW (penyebut harga bebas untuk memberi cadangan reka bentuk yang bersesuaian. Penyebut harga perlu menyatakan spesifikasi yang ditawarkan di ruangan maklum balas)

W

LAMPIRAN A

SULIT

    

SULIT

2. Kawasan promosi

Mempunyai backdrop, poster dan lain-lain alat promosi yang bersesuaian Hiasan bersesuaian (penyebut harga bebas untuk memberi cadangan reka bentuk yang bersesuaian. Penyebut harga perlu menyatakan spesifikasi yang ditawarkan di ruangan maklum balas)

W

3. Kawasan korporat

Mempunyai kaunter informasi, rak brosur dan lain-lain peralatan yang bersesuaian Hiasan bersesuaian (penyebut harga bebas untuk memberi cadangan reka bentuk yang bersesuaian. Penyebut harga perlu menyatakan spesifikasi yang ditawarkan di ruangan maklum balas)

W

4. Kawasan produk

Mempunyai rak produk, panel poster dan lain-lain peralatan yang bersesuaian Hiasan bersesuaian (penyebut harga bebas untuk memberi cadangan reka bentuk yang bersesuaian. Penyebut harga perlu menyatakan spesifikasi yang ditawarkan di ruangan maklum balas)

W

SULIT

    

SULIT

BOOTH PAVILLION DI PRESINT 3, PUTRAJAYA

(2 HINGGA 6 SEPTEMBER 2015)

1. Pintu gerbang masuk

Mempunyai logo KUD 2015 dan KKLW (penyebut harga bebas untuk memberi cadangan reka bentuk yang bersesuaian. Penyebut harga perlu menyatakan spesifikasi yang ditawarkan di ruangan maklum balas)

W

2.

Kaunter informasi

Mempunyai kaunter informasi, rak brosur, TV plasma, perabot dan lain-lain peralatan yang bersesuaian Hiasan bersesuaian (penyebut harga bebas untuk memberi cadangan reka bentuk yang bersesuaian. Penyebut harga perlu menyatakan spesifikasi yang ditawarkan di ruangan maklum balas)

W

3. Ruangan booth foto

Mempunyai pencahayaan, props dan lain-lain peralatan yang bersesuaian Hiasan bersesuaian (penyebut harga bebas untuk memberi cadangan reka bentuk yang bersesuaian. Penyebut harga perlu menyatakan spesifikasi yang ditawarkan di ruangan maklum balas)

W

SULIT

    

SULIT

JADUAL HARGA

SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHIAS DAN MEMBUKA BOOTH PROMOSI KKLW

SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN 2015 (NO. SEBUT HARGA: KKLW.SH.439/2015)

1. Jadual ini adalah wajib diisi dengan lengkap, jelas, terang dan ditaip dengan kemas.

2. Segala maklumat yang terdapat di dalam jadual ini akan dianggap sebagai tawaran

harga oleh Penyebut harga.

3. Segala maklumat yang tercatat di dalam jadual ini akan digunakan untuk tujuan

penilaian.

4. Dokumen ini dianggap tidak lengkap dan ianya tidak akan dinilai oleh Jawatankuasa

Penilaian sekiranya mana-mana bahagian di dalam jadual ini tidak diisi, tidak jelas,

maklumat tidak mencukupi atau berlaku ketidak seragaman maklumat.

5. Kadar harga sewaan seunit Jadual Harga di bawah adalah HARGA BERSIH dan tidak termasuk dengan kenaan 6% GST. Kadar kenaan 6% GST akan dimasukan

semasa tawaran Surat Setuju Terima kepada penyebut harga yang berjaya

sekiranya penyebut harga tersebut berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja

Malaysia.

BIL ITEM

JUMLAH (RM)

BOOTH PROMOSI DI LOBI UTAMA KKLW (10 OGOS HINGGA 6 SEPTEMBER 2015)

1.

Pintu gerbang masuk

2. Kawasan promosi

3. Kawasan korporat

4. Kawasan produk

JUMLAH KECIL

LAMPIRAN B

SULIT

    

SULIT

BOOTH PAVILLION DI PRESINT 3, PUTRAJAYA

(2 HINGGA 6 SEPTEMBER 2015)

1. Pintu gerbang masuk

2. Kaunter informasi

3. Ruangan booth foto

JUMLAH KECIL

JUMLAH KESELURUHAN

SULIT

    

SULIT

PROFIL SYARIKAT 1. Nama Syarikat (Penyebut Harga) : 2. Alamat Syarikat 2.1 Ibu Pejabat :

2.2 Cawangan : (sekiranya ada)

3. No. Telefon :

No. Faks . : Alamat E-mel : 4. No. Pendaftaran : Kementerian Kewangan 5. Tarikh Tamat Pendaftaran : (Sila sertakan salinan Sijil Pendaftaran) 6. Taraf Syarikat: Bumiputra / Bukan Bumiputra : (Sila sertakan Sijil Pengesahan Taraf Bumiputra) 7. Butir-butir Pemilik / Pemegang Saham Syarikat (Sila gunakan lampiran jika

ruangan tidak mencukupi)

7.1 Jika Milik Perseorangan:

NAMA PEMILIK NO. KAD PENGENALAN

LAMPIRAN C

SULIT

    

SULIT

7.2 Jika Milik Perkongsian:

BIL. NAMA PEMILIK NO. KAD PENGENALAN % MILIK

7.3 Jika Syarikat Sendirian Berhad:

BIL. LEMBAGA PENGARAH NO. KAD PENGENALAN

BIL. NAMA PEMEGANG SAHAM/ NO. KAD PENGENALAN

STATUS BUMIPUTERA/

BUKAN BUMIPUTERA

BILANGAN SAHAM/ % MILIK

SULIT

    

SULIT

8. Nama Bank : Alamat Bank : 9. Modal yang dibenarkan : 10. Modal Berbayar : 11. Kemudahan Kewangan : Nilai : (Overdraf, Urusan Pemfaktoran dll) 12. Nama Bank dan : Alamat Bank yang : memberi kemudahan 13. Nama Orang Yang Bertanggungjawab Dalam Urusan Sebut Harga Ini Dan Yang Akan

Menandatangani Kontrak Sekiranya Berjaya: Nama : No. Kad Pengenalan : Jawatan :

* Sila sertakan salinan resolusi Lembaga Pengarah (bagi syarikat Sendirian Berhad)

15. Dengan ini saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas adalah benar. Tandatangan Penyebut Harga: Cop Rasmi Syarikat: ............................................................... Nama : Jawatan : Tarikh :

SULIT

    

SULIT

KETERANGAN MENGENAI PENGALAMAN SYARIKAT PENYEBUT HARGA NO. SEBUT HARGA: KKLW.SH.439/2015

Sila nyatakan butir-butir pengalaman syarikat yang sama dan berkaitan dengan skop kerja dan pelawaan Sebut Harga ini dan juga pengalaman-pengalaman syarikat yang lain. (SILA NYATAKAN SEMUA PENGALAMAN SYARIKAT DENGAN TERPERINCI)

BIL. NAMA PROJEK/ BUTIRAN KERJA NAMA AGENSI

KATEGORI (Kerajaan/ Swasta)

TARIKH MULA TARIKH SIAP NILAI (RM)

**NAMA PEGAWAI

YANG BOLEH DIHUBUNGI

Pengalaman/Projek yang sama dengan skop kerja dan pelawaan Sebut Harga ini:

1.

2.

3.

Pengalaman/Projek yang lain:

1.

2. (Sila gunakan kertas berasingan jika ruang di atas tidak mencukupi) Nota: i. ** Pegawai Agensi Yang Boleh Dihubungi ii. Penyebut Harga TIDAK DIBENARKAN menzahirkan/menyatakan Nama, Alamat dan Logo syarikat atau apa-apa

tanda pengenalan syarikat pada LAMPIRAN ini.

LAMPIRAN D

SULIT

    

SULIT

SURAT AKUAN DOKUMEN SEBUT HARGA Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Bahagian Perolehan Aras 15, No. 47, Persiaran Perdana Presint 4 62100 PUTRAJAYA (u.p : Bahagian Perolehan) Tuan, SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHIAS DAN MEMBUKA BOOTH PROMOSI KKLW SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN 2015 NO. SEBUT HARGA: KKLW.SH.439/2015 Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Sebut Harga, saya yang menurunkan tandatangan di bawah ini adalah dengan ini mengambil bahagian dalam Sebut Harga Untuk Perkhidmatan Membekal, Memasang, Menghias dan Membuka Booth Promosi KKLW Sempena Karnival Usahawan 2015 mengikut penentuan spesifikasi yang ditetapkan di dalam Dokumen Sebut Harga. 2. Saya yang menurunkan tandatangan di bawah ini bersetuju menerima serta mematuhi dan terikat dengan semua Syarat-syarat Kontrak dan Spesifikasi Dokumen Sebut Harga ini dan bersetuju di atas tawaran harga yang berjumlah RM ................................... bagi perkhidmatan yang telah dipesan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. 3. Dengan ini juga telah difahami bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah berhak menerima atau menolak sebarang Dokumen Tawaran Sebut Harga ini. Saya juga bersetuju untuk menerima kesemua atau sebahagian dari item-item yang ditawarkan dan sedia mengikut kehendak dan pertimbangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Saya juga bersetuju bahawa harga tawaran yang saya beri ini akan laku (valid) dan tidak ditarik balik dalam tempoh sembilan puluh (90) hari selepas daripada tarikh tutup. 4. Selanjutnya saya bersetuju sekiranya tawaran saya diterima, saya akan mengikat perjanjian kontrak serta memberi bon perlaksanaan seperti yang telah

LAMPIRAN E

SULIT

    

SULIT

ditetapkan dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh Surat Setuju Terima Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. 5. Saya juga mengesahkan, setelah menyemak sendiri iaitu semua dokumen yang digunakan untuk sebut harga ini adalah yang sebenar yang terdapat di dalam Dokumen Tawaran Sebut Harga. Tandatangan : ____________________________________________

Nama : ____________________________________________

No. Kad Pengenalan : ____________________________________________

Jawatan : ____________________________________________

Alamat : ____________________________________________

____________________________________________

____________________________________________

Tarikh : ____________________________________________

Cop Syarikat :

Tandatangan Saksi : ____________________________________________

Nama Saksi : ____________________________________________

No. Kad Pengenalan : ____________________________________________

Jawatan : ____________________________________________

Alamat : ____________________________________________

____________________________________________

____________________________________________

Tarikh : ____________________________________________

SULIT

   

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA

BAGI

SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHIAS DAN MEMBUKA BOOTH PROMOSI KKLW SEMPENA KARNIVAL

USAHAWAN 2015

(NO. SEBUT HARGA: KKLW.SH.439/2015) Saya, ........................................................................................, No Kad Pengenalan ...................................... yang mewakili ......................................................................... Nombor Pendaftaran ...................................... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil, iaitu: 2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan Malaysia. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Balai Polis yang berhampiran. Yang Benar, Cop Syarikat : .................................................. ( ) No. Kad Pengenalan : ..................................................

LAMPIRAN F

SULIT

    

SULIT

(CONTOH SURAT SETUJU TERIMA PELAWAAN SEBUT HARGA)

SURAT SETUJU TERIMA Rujukan : Tarikh : Nama dan Alamat Syarikat Penyebut Harga Yang Berjaya Tuan, SEBUT HARGA UNTUK PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG, MENGHIAS DAN MEMBUKA BOOTH PROMOSI KKLW SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN 2015 Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan sukacita memaklumkan

bahawa pihak Kerajaan bersetuju menerima tawaran tuan secara Sebut Harga pada

…………….. dengan harga ……………………. (Ringgit Malaysia: …………………………).

2. Dengan penerimaan tawaran tuan oleh Kerajaan, tuan adalah dinasihatkan bahawa

satu ikatan kontrak telah wujud antara Kerajaan dengan pihak tuan. Suatu kontrak rasmi

akan disempurnakan kemudiaannya dengan memasukkan semua terma – terma tawaran

seperti yang dipersetujui. Tuan akan diberitahu oleh Kerajaan apabila Dokumen Perjanjian

siap sedia untuk ditandatangani oleh tuan.

3. Tuan adalah diingatkan bahawa sebagai syarat – syarat tawaran, tuan dikehendaki

menyempurnakan perkara berikut:

3.1 Mendepositkan suatu Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank /

Jaminan Insurans yang tidak boleh batal dari sebuah Bank / Syarikat

Insurans yang diluluskan dan didaftarkan di Malaysia dengan jumlah

sebanyak ………………… (Ringgit Malaysia: ……………………………) yang merupakan dua perpuluhan lima peratus (2.5%) dari jumlah sebut

harga dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat ini.

LAMPIRAN G

SULIT

    

SULIT

3.2 Tempoh sah laku jaminan tersebut hendaklah dari tarikh ianya dikeluarkan

sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas

obligasi terakhir mengikut mana yang terkemudian.

Apa – apa kegagalan dalam mematuhi kehendak – kehendak para 3 ini dalam tempoh masa

yang dinyatakan, kecuali ia diabaikan dengan nyata oleh Kerajaan, akan menyebabkan

penerimaan ini terbatal dan selepas itu Kerajaan tidaklah dengan apa-apa cara juga

bertanggungjawab kepada tuan.

4. Tarikh permulaan sebagaimana yang disebutkan dalam syarat – syarat kontrak

adalah pada 1 hingga 2 minggu selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan tetapi tiada

bekalan atau perkhidmatan di bawah kontrak ini boleh dimulakan kecuali dan sehingga tuan

telah mematuhi peruntukan para 3 di atas.

5. Surat ini dihantar kepada tuan dalam tiga (3) salinan. Sila kembalikan surat asal dan

salinan kedua setelah ditandatangani dan disaksikan dengan sempurna, diruang yang

berkenaan kepada pejabat ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat ini dan

satu salinan untuk simpanan tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

.....................................................

Nama Penuh :

Jawatan :

SULIT

    

SULIT

Dengan ini yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan bersetuju dengan syarat-syarat

di atas dan mengaku penerimaan surat di atas, salinannya yang mana telah pun disimpan

dan mengesahkan bahawa tiada apa-apa terma, syarat atau stipulasi tambahan kepada

yang terkandung dalam para 2 di atas adalah merupakan keseluruhan tawaran harga yang

bertandatangan di bawah ini.

Yang Benar,

................................................... ..................................................... (Tandatangan Kontraktor) (Tandatangan Saksi) Nama penuh : ………………………………… Nama penuh : …………………………… Jawatan : ………………………………… Jawatan : …………………………… Alamat : ………………………………… Alamat : …………………………… …………………………………. …………………………… …………………………………. …………………………… Tarikh : ………………………………… Tarikh : …………………………… Meteri atau Cop Kontraktor:

SULIT

    

SULIT

CONTOH JAMINAN BANK/JAMINAN SYARIKAT KEWANGAN/ JAMINAN INSURANS UNTUK BON PELAKSANAAN

(KONTRAK BEKALAN/PERKHIDMATAN) Sebagai balasan kepada Kontrak No. yang dibuat antara Kerajaan Malaysia, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kerajaan”) dan , (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kontraktor”) bagi membekal/menyerah/melaksana/menyiap , (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kontrak”) kami yang bertandatangan di bawah, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Penjamin”) atas permohonan Kontraktor, mengaku janji yang tidak boleh batal untuk memberi Jaminan kepada Kerajaan ke atas pelaksanaan yang sepatutnya Kontrak tersebut mengikut cara sebagaimana yang terdapat kemudian daripada ini. MAKA, Penjamin dengan ini bersetuju dengan Kerajaan seperti berikut: 1. Apabila Kerajaan membuat tuntutan bertulis, maka Penjamin hendaklan dengan serta merta membayar kepada Kerajaan nilai yang ditentukan di dalam tuntutan tersebut tanpa mengira sama ada terdapat apa-apa bantahan atau tentangan daripada Kontraktor atau Penjamin atau mana-mana pihak ketiga yang lain dan tanpa bukti atau bersyarat. Ringgit (nyatakan nilai jaminan dalam perkataan) (RM ) dan bahawa tanggungan Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini tidak melebihi nilai tersebut di atas. 2. Kerajaan berhak untuk membuat apa-apa tuntutan sebahagian jika dikehendakinya dan jumlah kesemua tuntutan sebahagian itu hendaklah tidak melebihi nilai Ringgit (nyatakan nilai Jaminan dalam perkataan) (RM ) dan liabiliti Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan jumlah yang disebutkan terdahulu hendaklah dikurangkan dengan perkadaran yang bersamaan dengan apa-apa bayaran sebahagian yang telah dibuat oleh Penjamin. 3. Penjamin tidak boleh dibebaskan atau dilepaskan dari Jaminan ini oleh sebarang perkiraan yang dibuat antara Kontraktor dan Kerajaan sama ada dengan atau tanpa persetujuan Penjamin atau oleh sebarang perubahan tentang kewajipan yang diaku janji oleh Kontraktor atau oleh sebarang penangguhan sama ada dari segi pelaksanaan, masa, pembayaran atau sebaliknya. 4. Jaminan ini adalah Jaminan yang berterusan dan tak boleh batal dan hendaklah berkuat kuasa sehingga (kemudian daripada ini disebut “Tarikh Mati Asal”) (Initial Expiry Date) iaitu dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat Kontrak atau selepas penghantaran / penyiapan terakhir mengikut mana yang terkemudian atau di dalam keadaan di mana Kontrak dibatalkan, satu (1) tahun selepas tarikh Kontrak dibatalkan. Penjamin hendaklah melanjutkan Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) jaminan ini untuk tempoh tambahan selama tidak melebihi satu (1) tahun daripada Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) (kemudian daripada ini disebut “Tarikh Mati Lanjutan”) (Extended Expiry Date) apabila diminta oleh Kerajaan dan Jaminan ini adalah dengan ini dilanjutkan. Jumlah agregat maksimum yan Kerajaan berhak di bawah Perjanjian ini mestilah sentiasa dipastikan tidak melebihi jumlah Ringgit (nyatakan nilai Jaminan dalam perkataan) (RM ).

LAMPIRAN H

SULIT

    

SULIT

5. Apa-apa tanggungjawab dan tanggungan Penjamin di bawah Perjanjian ini hendaklah luput apabila Perjanjian tamat pada Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) atau Tarikh Mati Lanjutan (Extended Expiry Date) melainkan jika sebelumnya Kerajaan telah meminta secara bertulis kepada Penjamin untuk membayar sejumlah wang tertentu yang masih belum dijelaskan mengikut peruntukan kontrak. 6. SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN DENGAN JAMINAN INI, JIKA ADA, MESTILAH DITERIMA OLEH PIHAK BANK/SYARIKAT KEWANGAN/SYARIKAT INSURANS DALAM TEMPOH SAH LAKU JAMINAN INI ATAUPUN DALAM MASA EMPAT (4) MINGGU DARI TAMATNYA TARIKH JAMINAN INI, MENGIKUT MANA YANG LEBIH KEMUDIAN. PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meteri mereka pada hari dan tahun yang mula-mula tertulis di atas. Ditandatangani untuk ) ............................................................................

dan bagi pihak Penjamin ) Nama : ...................................................

di hadapan ) Jawatan : ...................................................

) Cop Bank/Syarikat

Kewangan/Syarikat Insurans:

...........................................................

(Saksi)

Nama : .

Jawatan : .

Cop Bank/Syarikat Kewangan/ Syarikat Insurans:

SULIT

    

SULIT

P.U. (A)273

AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

SIJIL DI BAWAH PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN

(PELEPASAN) 2014

Saya dengan ini mengesahkan bahawa barang yang diperihalkan di atas diperolehi daripada ………(Nama dan alamat pembida yang berjaya)………………………….. dibekalkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan pelepasan daripada pembayaran cukai barang dan perkhidmatan adalah dituntut di bawah Butiran disertakan dalam Lampiran. Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 tertakluk kepada syarat yang dinyatakan di dalamnya Tandatangan : …………(Pegawai Kerajaan)…………….. Nama : …………………………………………………….. No Kad Pengenalan: …………………………………………………. Pangkat :………………………………………………… Tarikh : …………………………………….. Nota:

(i) Bagi barang import, sijil ini hendaklah disertakan bersama Borang Kastam No. 1/ Borang Kastam No. 9.

(ii) Bagi barang yang diperoleh dalam Negara, orang yang menuntut pelepasan hendaklah mengesahkan pembelian dengan menandatangani pengisytiharan atas invois pembelian.

No. Sijil Pelepasan (CoGSTR) No. Surat Setuju Terima

LAMPIRAN I

SULIT

    

SULIT

Dokumen ini dicetak dari komputer dan telah ditandatangani secara digital. Tandatangan secara manual tidak diperlukan.

PEROLEHAN OLEH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Lampiran ini hendaklah disertakan dengan Sijil Pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan dilengkapkan oleh Ketua Jabatan atau Pegawai yang diberi kuasa. Perihal perolehan barang yang dilepaskan daripada pembayaran CBP: BIL NAMA PRODUK 1 2 3 4 5 Saya dengan ini mengaku bahawa barang tersebut hanya untuk kegunaan Jabatan dan tidak dijual mahupun dilupuskan kecuali dibenarkan oleh Ketua Jabatan. Kos perolehan berkenaan dicaj ke dalam vot Jabatan menggunakan Anggaran Peruntukan Persekutuan dan tidak diperolehi menggunakan peruntukan lain.

Ditandatangani ………………………………… Bertarikh …………………………… (Ketua Jabatan / Pegawai yang diberi kuasa)

Makluman kepada Pembekal Pembekal bertanggungjawab untuk memastikan barang yang dibekalkan adalah layak untuk diberikan pelepasan. Sijil Pelepasan dikeluarkan oleh Jabatan berkenaan sebelum pengeluaran inbois cukai dan disimpan serta dikemukakan bagi tujuan pemeriksaan oleh Pegawai Kastam apabila diperlukan.

No. Sijil Pelepasan (CoGSTR) No. Surat Setuju Terima

SULIT

   

SULIT

SENARAI SEMAK DOKUMEN SEBUT HARGA

NO. SEBUT HARGA: KKLW.SH.439/2015

BIL PERKARA / DOKUMEN SEMAKAN

OLEH SYARIKAT

SEMAKAN OLEH JAWATANKUASA

PEMBUKA DOKUMEN WAJIB

1

LAMPIRAN A: Jadual Spesifikasi Teknikal (Wajib)

2

LAMPIRAN B: Jadual Harga (Wajib)

3

LAMPIRAN C: Profil Syarikat (Wajib)

4

Salinan resolusi Lembaga Pengarah (bagi syarikat Sendirian Berhad)

5

LAMPIRAN D: Keterangan Mengenai Pengalaman Syarikat Penyebut Harga (Wajib)

6

LAMPIRAN E: Surat Akuan Dokumen Sebut Harga (Wajib)

7

LAMPIRAN F: Surat Akuan Penyebut Harga (Wajib)

8

LAMPIRAN J: Senarai Semak (Wajib)

9

LAMPIRAN Q: (Arahan Perbendaharaan 170) (Wajib)

10

Salinan Penyata Akaun Bank tiga (3) bulan terakhir/terkini (Wajib)

11

Cadangan lakaran (design) booth dan spesifikasi penuh cadangan yang ditawarkan (Wajib)

LAMPIRAN J

SULIT

   

SULIT

BIL PERKARA / DOKUMEN SEMAKAN

OLEH SYARIKAT

SEMAKAN OLEH JAWATANKUASA

PEMBUKA DOKUMEN SOKONGAN

13

Maklumat tambahan yang berkaitan atau lain-lain dokumen sokongan (Sekiranya Ada). Sila Nyatakan: ..................................................

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam Dokumen Sebut Harga ini. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : .................................................. Nama : Jawatan : Tarikh :

UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara berikut: ........................ (Nyatakan No. Bil. jika ada). Tandatangan : ................................................ Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : ................................................ Nama : Jawatan : Tarikh :