kemahiran penyoalan
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

1. KEMAHIRAN PENYOALAN 1
1. Hampir semua kativiti pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik penyoalan, samada peringkat permulaan, perkembangan atau penutup.
2. Di peringkat permulaan penyoalaan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali pengetahuan lepas berkaitan dengan pelajaran yang akan dipelajari.
3. Di peringkat perkembangan penyoalan digunakan bagi mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.
4. Di peringkat penutup penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objekif pelajaran.
NOTA; Penilaian formatif = dalam proses pengajaran
Sumatif = kenaikan dapat menetapkan gred dan lain-lain.
2. OBJEKTIF PENYOALAN
1. Menguji pengetahuan dan lefahaman murid.
2. Merangsang dan mencungkil fikiran murid.
3. Membiming murid menggunakan kaedah bagi membuat kesimpulan atau menyelesaikan masalah.
4. Menarik perhatian murid terhadap aktivit pengajaran guru atau kepada sesuatu penekanan.
5. Menilai keberkesanan npengajaran guru dan pencapaian obejktuf pelajaran.
6. Membantu mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi ujian/ peperiksaan.
7. Menjalin hubungan yang baik di antara guru dengan murid.
8. Membantu murid memperkukuhkan konsep dan kefahaman.
3. ARAS-ARAS PENYOALAN
1 5hb Februari 2011, hari sabtu (kuliah)
Form
at

Soalan – soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti penhajaran guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya “Taxonomu of education objektif membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan.
I. PenyoalanII. Kefahaman
III. AplikasiIV. AnalisisV. Sintesis
VI. Penialian
3.1. PENGETAHUAN
Soalan-soalan diperingkat berujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari
Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan, berikan, terangkan, sipa, apa, mana, bila dan senaraikan.
Contoh; siapa nama ayahnda Nabi Muhammad SAW.
3.2. KEFAHAMAN
Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon memahami, menterjemah dan menginterprestasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
Perkataan-perkataan yang biasa digunakan oalah terangkan, tuliskan , jelaskan, mengapa, huraikan dan lain-lain.
Contoh; huraikan maksud sam’iyat.
3.3. APLIKASI
Soalan-soalan di peringkat bertujuan kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
Perkataan – perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carukan, kirakan, gunakan, huraikan dan lain-lain.
Contoh; berdasarkan tajuk dan isi pelajaran amali ugama darjah 2, rancang dan huraikan langkah-langkah mengajar yang bersesuaian.
3.4. ANALISIS

Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain.
Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, analisis, cerkinkan (membahagikan-bahagikan), asingkan, bahagikan dan sebagainya.
Contoh; Bezakan maksud miqat makani dengan mikat zamani.
3.5. SINTESIS
Soalan-soalan di peringkat ini berutujuan menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencatumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi.
Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain.
Contoh; berdasarkan carta bergambar di atas rumuskan cara-cara berwudhu secara tertib.
3.6. PENILAIAN
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, menmberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan lain-lain.
Perkataan yang biasa digunakan speerti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan sebagainya.
Contoh; berikan kritikan puisi nelayan yang ditulis oleh Usman Awang.
4. KOMPENAN-KOMPENAN KEMAHIRAN PENYOALAN

PEMBENTUKAN SOALAN Jelas, ringkas, tepat
FOKUS TUNGGAL Soalan ditumpukan kepada satu idea. Soalan konvergen
FOKUS PELBAGAI Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea. Soalan divergen
SEBARAN Soalan disebarkan kepada seluruh kelas
HENTIAN Memberi masa kepada murid memikirkan
jawapan
MELAYANI JAWAPAN Memberi pujian Melengkapi jawapan Memperbaiki jawapan.
MEMBERI PETUNJUK JAWAPAN
Memberi petua atau petunjuk untuk membantu murid.
MENCUNGKIL FIKIRAN Mengemukakan satu ciri soalan untuk
mencungkil fikiran

penialian
sintesis
analisis
aplikasi
kefahaman
pengetahuan
kepayahan yang
mengikut urutan di
atas