kemahiran mendengar dan bertutur

Upload: anis-atika

Post on 29-Feb-2016

322 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKAEDAHTEKNIKKOMUNIKATIFLATIH TUBIAUDIOLINGUALBERSOAL JAWABPERBINCANGANBERCERITAMAIN PERANANSIMULASIDISEDIAKAN OLEH: ANIS ATIKA BINTI TUKIRANKAEDAH AUDIOLINGUALKaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran mendengar(audio) dan bertutur(lingual).Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio, seperti radio, pita rakaman dan sebagainya.Murid-murid akan mendengar pita rakaman yang dimainkan. Kemudian, mereka akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat mengikut nada dan intonasi yang betul. Contoh: petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak.

Prinsip-prinsip kaedah audiolingualBahasa adalah alat pertuturan bukan penulisanBahasa merupakan satu kebiasaan atau kelazimanMurid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan diajar tentang pengetahuanbahasaBahasa ialah apa yang dituturkan oleh penuturBahasa berbeza antara satu sama lain.

KAEDAH KOMUNIKATIFKaedah ini mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur.Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.Contoh aktiviti: penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancaraTEKNIKLATIH TUBISOAL JAWABPERBINCANGANBERCERITAMAIN PERANANSIMULASILATIH TUBITeknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu.SOAL JAWABTeknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.

Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :untuk mengesan pengetahuan berbahasa muriduntuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritisuntuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

PERBINCANGANTeknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru.

Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :Guru menarik perhatian murid-murid dengan tajuk perbincangan yang akan dijalankan.Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua.Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya terarah.Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.

BERCERITATeknik Bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada murid.Sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.MAIN PERANANMain peranan merupakan teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skripAktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran.SIMULASISimulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan.Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah.Contohnya, kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja.