kemahiran membaca

24
Kemahiran Membaca 1.0 Pengenalan Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melalui pengalaman – pengalaman biasa yang lain. Pembacaan membawa seseorang itu kea lam imaginasi, di luar daripada situasi kehidupan yang dilaluinya sehari – hari. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang. Oleh itu kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam – dalamnya kepada murid – murid sejak awal – awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan sebaik baiknya !emenjak kebelakangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang di atas masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum lagi dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini. "i antara projek yang dijalankan sekarang ialah Kelas #ntensi$ %wal Membaca dan menulis & K#%'M ( yang dikhas bagi murid – murid )ahun 1 dan P*O)#M bagi murid – murid )ahu + yang masih lagi belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. "alam tugasan saya kali ini kita akan membincangkan tentang masalah Kemahiran Membaca dikalangan murid – murid di sekolah rendah. '.0 K M%-#*% M M/% % '.0.1 Pengertian "an )ujuan Menurut %tan ong membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang – lambang itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. 2ntuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh mengenal dan menyebut lambang – lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan $ahamannya. /amberger pula mentakri$kan membaca adalah satu proses yang mengubahkan simbol – simbol gra3k & tulisan ( kepada konsep – konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental. "aniels dan "iack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah huru$ – huru$ dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat – ayat kepada bunyi – bunyi yang mempunyai makna. ado menta$sirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola – pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis .

Upload: syedshahrulnizar

Post on 04-Oct-2015

108 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

Kemahiran Membaca

1.0 Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melalui pengalaman pengalaman biasa yang lain. Pembacaan membawa seseorang itu kea lam imaginasi, di luar daripada situasi kehidupan yang dilaluinya sehari hari. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.

Oleh itu kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam dalamnya kepada murid murid sejak awal awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan sebaik - baiknya

Semenjak kebelakangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang di atas masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum lagi dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek yang dijalankan sekarang ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid murid Tahu 6 yang masih lagi belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. Dalam tugasan saya kali ini kita akan membincangkan tentang masalah Kemahiran Membaca dikalangan murid murid di sekolah rendah.

2.0 KEMAHIRAN MEMBACA2.0.1 Pengertian Dan Tujuan

Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang lambang itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh mengenal dan menyebut lambang lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya.

Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah satu proses yang mengubahkan simbol simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.

Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah huruf huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat ayat kepada bunyi bunyi yang mempunyai makna.

Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis .Daripada definisi definisi dan tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui bahawa membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang kompleks. Membaca mengabungkan beberapa kemahiran , iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif ( untuk mengenal dan membezakan bentuk bentuk huruf ), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambang lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat ( otak ) untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya. Tegasnya membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca dia mestilah mempunyai kemahiran kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini boleh kita klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah.

Apakah tujuan kemahiran membaca ? Pada amnya tujuan kemahiran membaca ini adalah untuk membolehkan murid murid mengenal huruf huruf, menyebut nama dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan perkataan yang dibentuk melalui jalinan huruf huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam pertuturan. Secara tidak langsungnya membolehkan murid murid membina kebiasaan menutur ayat ayat yang gramatis sebangaimana dalam bahan bacaan yang dibaca oleh mereka.Juseru itu ianya dapat menambah ilmu pengetahuan disamping dapat memudahkan mereka untuk meyelesaikan masalah masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri ataupun masyarakat amnya. Dengan itu juga membolehkan mereka mengerti an memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekelilingnya.

2.0.2 Masalah Kemahiran Membaca Yang Dikenal Pasti.

Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca. Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara dalam penguasaan penulisan dan pengiraan.

Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial.

Mesyuarat memperkasakan Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 telah melaporkan tentang masalah kegagalan murid untuk menguasai kemahiran asas membaca. Pada masa kini masih ramai lagi kalangan pelajar kita yang belum lagi dapat menguasai kemahiran membaca ini. Ini jelas terbukti pada masa kini pihak Kementerian mengambil langkah yang derastik untuk mengatasi masalah ini salah satu projek yang dijalankan oleh pihak Kementerian ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid murid Tahun 1.Ini disebab laporan mengenai ramai dikalangan murid sekolah rendah yang menyambung pelajaran mereka ke sekolah menengah masih belum lagi menguasai kemahiran membaca ini. Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada :: Keupayaan berfikir yang rendah. Tidak dapat memberi tumpuan yang lama. Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata. Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna. Terdapat segelintir bilangan pelajar belum dapat mengenal dan membunyikan huruf. Tidak dapat melihat perbezaaan di antara perkataan dan gambar gambar. Murid belum dapat membezakan antara huruf dam himpunan huruf huruf ( perkataan ). Kemungkinan seseorang murid tersebut mempunyai kelemahan dari segi pendengaran. Masalah pertuturan, berkemungkinan seseorang murid itu pelat, gagap atau menghadapi kekurangan dalam sistem artikulasinya. Seseorang murid yang mempunyai masalah ini, tidak boleh menyebut atau membaca dengan betul. Berkemungkinan terdapat murid tidak mempunyai kesedaran bahawa huruf huruf itu boleh dibunyikan dan sesuatu perkataan terdiri daripada gabungan beberapa huruf atau bunyi. Kebolehan mental murid murid itu secara am, misalnya kebolehan dia mengingat sesuatu dan boleh menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu.

2.0.3 Implikasi Masalah Bacaan Terhadap Pelajar

Menurut Kamus Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka implikasi membawa maksud kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi.

Menurut laporan di akhir tahun tahun 70an terdapat ramai murid sekolah rendah terutamanya yang tinggal diluar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca atau cekap membaca bahasa mereka sendiri ( bahasa Malaysia ). Masalah sebegini banyak memberi implikasi terhadap murid itu sendiri dan juga negara. Di antara implikasinya ialah :

Negara kita akan mempunyai ramai orang yang buta huruf, justeru negara kita akan menjadi negara yang mundur di dunia ini. Maka akan wujud sekelompok manusia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Masalah seterusnya ialah seseorang murid itu sukar untuk bergaul dalam masyarakat. Kepincangan masyarakat jelas terbukti kerana masyarakat terutamanya terhadap pelajar tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya sesuatu perkara. Negara kita tidak dapat melahirkan masyarakat yang berkeliber, justeru itu kita tidak dapat dipimpin oleh ketua negara yang berpendidikan. Impak yang ketara sekali ialah wujudnya keciciran pelajar kerana pelajar tidak berminat untuk belajar. Seseorang pelajar itu akan berasa rendah diri seandainya seseorang murid itu tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Murid tidak dapat membina sikap yang baik dan tidak mempunyai cita cita dan fikiran yang terbuka dan positif . Seseorang murid itu tidak akan dapat memperolehi kemahiran ilmu pengetahuan yang yang tinggi. Seseorang pelajar itu tidak akan mempunyai kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan saksama. Sukar bagi seseorang murid itu untuk menyelesaikan masalah masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri dan masyarakat.

b ) Rancang dan bincangkan empat aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi mengatasi salah satu masalah tersebut. Kaitkan jawapan anda dengan teori yang sesuai serta penggunaan bahan yang boleh meningkatkan kemahiran tersebut.

1.0 Aktiviti Bacaan1.1 Kemahiran Membaca Secara Mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan kuat dan yang dipentingkan ialah sebutan huruf huruf dan bunyi bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Isi bahan bacaan biasanya terdiri daripada perkara perkara yang mudah, yang tidak memberatkan fikiran.

Lou E. Burmeister (1978), seorang pakar pendidikan bahasa Universiti Texas di El Paso, dalam Improving Speed of Comprehension in Reading menghuraikan tentang Aspek Mekanis Membaca dengan melontarkan beberapa pertanyaan. Bagaimana mata seseorang bergerak ketika mereka membaca? Apakah mata tersebut bergerak dengan lembut, seperti ketika mengawasi seekor burung yang sedang terbang atau menyaksikan pesawat terbang yang sedang mendarat? Atau apakah mata bergerak, berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi dan berhenti lagi? Salah satu metodologi yang digunakan untuk meneliti pergerakan mata, yang menurut pengasasnya dapat dilakukan oleh siapa saja dan bilaa bila masa dalam kelas pengajaran bahasa, adalah dengan meminta salah seorang memperhatikan mata seseorang ketika dia sedang membaca. Apakah mata si pembaca bergerak dengan lembut? Jika mata tersebut bergerak dengan lembut, maka dapat dipastikan bahawa dia tidak sedang membaca, kata Lou E. Burmeister. Lebih jauh pakar pendidikan ini mengatakan bahawa dalam kenyataannya, tentu saja berdasarkan hasil penelitiannya selama bertahun-tahun, kata (atau kata-kata) hanya dapat dibaca apabila mata tidak bergerak. Hanya apabila mata berhenti bergerak, atau terpusat pada satu bahagian dari kata, pada satu kata, atau pada satu frasa, maka barulah si pembaca mendapatkan apa yang dinamakan citra visual. Berikutnya, jika memang dikehendaki mata akan bergerak untuk kemudian berhenti lagi jika si pembaca ingin mendapatkan citra visual yang lain. Atau dengan kata lain, dalam membaca mata seorang pembaca haruslah berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi, dan seterusnya, jika dia menginginkan memahami apa yang dibacanya.1.2 Kemahiran Membaca Secara AkaliahBacaan akaliah adalah bacaan secara senyap. Aspek aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak diberatkan. Yang lebih ditekankan ialah kefahaman terhadap isi bahan yang dibaca. Dalam pengajaran bacaan di sekolah, kedua dua jenis bacaan ini ditekankan. Pada peringkat awalnya, proses pengajaran dan pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis. Guru memberikan contoh sebutan bunyi bunyi dan bacaan yang betuldengan kuat serta jelas dan kemudian diikuti oleh murid murid dengan kuat juga sama ada secara beramai ramai, berkumpulan ataupun secara individu. Setelah murid murid menunjukkan kemahiran membaca mekanis dengan memuaskan baharulah bacaan akaliah dijalankan. Murid murid diberi masa untuk membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan dan kemudian membincangkannya atau menjawab soalan soalan untuk menguji kefahaman mereka. Bacaan akaliah ini boleh juga diikuti dengan bacaan kuat. Apa yang umum diamalkan sekarang, di peringkat sekolah rendah, bacaan mekanis diutamakan sementara diperingkat sekolah menengah, bacaan akaliah yang ditekankan.2.0 Aktiviti Untuk Mengatasi Masalah BacaanTerdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan untuk mengatasi masalah kemahiran membaca ini. Seandainya masalah ini tidak di atasi diperingkat yang sepatutnya maka ianya akan menjadi duri dalam daging dan akan menimbulkan masalah pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Masalah begini begitu serius sekali dan perlu di atasi dengan segera. Di antara aktiviti aktiviti yang boleh mengatasi masalah ini ialah:

2.1 Aktiviti Peringkat Pra Bacaan.Peringkat kesediaan membaca adalah satu peringkat apabila faktor faktor persekitaran, keadaan metal dan tubuh badan telah menyediakan murid murid untuk menerima pengajaran bacaan. Peringkat mendirikan asas adalah satu peringkat yang penting dalam pengajaran bacaan. Satu kaedah yang digunapakai untuk mengajar pra bacaan adalah kaedah abjad. Kaedah ini telah lama digunakan oleh semua guru bahasa dikebanyakka sekolah. Kaeadah ini disebut kaedah huruf dan kaedah mengeja. Dalam kaedah ini murid murid dipekenalkan huruf A hingga Z. Setelah murid murid mengenal huruf huruf barulah dinyatakan huruf huruf vokal, iaitu a , e , i, o dan u dan daripadanya dibentuk suku kata untuk membentuk perkataan, iaitu dengan mengabungkan huruf huruf konsonan, misalnya : ba bi bu bo be be { taling } ca ci cu co ce ce { taling }da di du do de de { taling }ha hi hu ho he he { taling }ja ji ju jo je je { taling } Daripada suku kata itu dibentuk perkataan perkataan seperti baca, babu, cucu, dada, dahi, duda, budi dan sebagai. Perkataan perkataan dieja mengikut nama hurufnya dan kemudian disebut perkataannya. Gabungan suku kata dijadikan perkataan dan seterusnya perkataan menjadi ayat. Lihat lampiran I

2.2 Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis2.2.1 Bacaan IntensifBacaan Intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsirkan apa yang dibaca dengan tepat disamping mengkaji ciri ciiri tatabahasa seperti struktur ayat, frasa atau klausa, juga meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta maksud atau pengertiannya dalam konteks konteks yang berlainan.Guru harus membantu dan membimbing sambil menunjuk ajar murid supaya dapat mengatasi masalah mereka. Latihan bacaan intensif ini bertujuan umtuk memperolehi dan memperkembangkan kemahiran kemahiran berikut : Mengecam/ mengenal pasti maksud perkataan mengikut konteks yang berlawanan dengan tepat. Memahami dengan tepat maksud ataupun idea yang terkandung dalam sesuatu petikan. Membaca secara senyap dengan kepantasan yang wajar. Memahami dan menggunakan apa yang telah dibaca.Aktiviti bacaan ini boleh dijalankan dengan panduan panduan berikut : Petikan atau bahan bacaan yang dipilih mestilah menerik minat ataupun bermakna kepada murid murid. Seelok eloknya bahan itu beraneka jenis, meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Petikan ini diberikan kepada setiap murid dan berikan masa kepada mereka untuk membaca dan memahaminya. Mereka boleh membacanya secara bersendirian ataupun membincangkannya bersama rakan rakan. Elok juga petikan itu diberi lebih awal sebelum pelajaran dijalankan. Latihan bacaan hendaklah kerap kali dijalankan sekurang kurangnya seminggu sekali. 2.2.2 Bacaan EkstensifBacaan ekstensif atau bacaan meluas adalah satu aktiviti membaca yang dilakukan di luar bilik darjah dan bahan yang dibaca itu bukanlah buku buku teks tetapi buku buku seperti buku cerita, majalah, suratkhabar, jurnal, ensiklopedia dan buku buku rujukan yang lainnya. Bacaan ini dilakukan diluar masa sekolah, tanpa bimbingan daripada guru dan dihadapkan melalui bacaan ini, murid murid dapat kepuasan, keseronokan di samping menimba ilmu pengetahuan. Bagi menjalankan aktiviti ini ialah pada peringkat awalnya murid murid bolehlah digalakkan untuk membaca buku buku bagi menanam minat gemar membaca. Untuk menjalankan aktiviti ini lebih berkesan murid murid mestilah dilatih membaca mengikut teknik SQ3R iaitu : Mengkaji kandungan bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung dalam buku itu; Membuat soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca dan selepas membaca bahan bacaan itu mereka mestilah dapat menjawab soalan soalan yang mereka fikirkan/kemukan tadi; Membaca dengan cepat berdasarkan haluan yang telah ditentukan; Menjelaskan atau menerangkan isi isi penting ( untuk diri sendiri ) dan membuat kesimpulan di akhir setiap bahagian yang dibaca supaya mereka dapat menyatukan semua maklumat yang telah diperolehi daripda pembacaan mereka; Mengkaji semula keseluruhan bahan yang dibaca untuk memastikan bahawa tidak ada isi isi yang tertinggal.2.2.3 Penyampaian Kemahiran MembacaUntuk menarik minat murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan sempurna seseorang guru itu hendaklah mahir mengelolakan aktiviti bacaan kepada muridnya. Di antara langkah langkah bagi menyampaikan kemahiran membaca ini adalah seperti berikut : Mula mula bermain dengan bunyi bunyi, membezakan bunyi a daripada an dan mencari perkataan perkataan yang menerbitkan bunyi bunyi itu bunyi ba, bi, bu...dan sebagainya.Diajar dulu secara lisan. Kemudian kenalkan lambang lambang suku kata terbuka, didahului bunyi huruf saksi a, i, u, e ( bertanda ), e dan o kerana bunyi bunyi ini ialah bunyi bunyi dalam susunan bunyi bunyi Melayu: e kerana bunyinya lebih kerap berlaku dalam bahasa Melayu. Bunyi o diletakkan pada akhir susunan ini kerana tidak berapa berbeza dengan bunyi a . Seterusnya , baca terus pelajaran yang telah disediakan iaitu pelajaran yang dinamakan asas bacaan ( Lampiran II ) didahului daripada alatan membaca/mengajar sebelum membaca daripada buku. Menyambung lagi pelajaran suku kata terbukayang belum dikenalkan khas bunyi nya , nga dan lain lagi bunyi yang berkait seperti main , naik, jauh, kuih, buah,buat.... Bunyi h seperti jahit, pahit dsan perkataan perkataan tiga kerat bunyi seperti belajar, binatang,perempuan, sekolah, Melayu.... dan sebagainya. Mempelajari nama nama huruf sert mengenal huruf besar.( Lampiran III ). Tujuan untuk mengajar mengeja. Kenalkan bunyi bunyi berpandu dipangkal dihujung perkataan serta bunyi bunyi berpandu dua.3.0 Aktiviti Bacaan3.1 Aktiviti PraBacaanDiperingkat ini terlebih dahulu kita perlu mengetahui tentang pendekatan bunyi kata . Ia berasakan kepada hal hal berikut :( a ) sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistemik dan fonemik( b ) kebanyakkan suku kata dalam bahasa Malaysia adalah jelas dan mudah.( c ) Perkataan perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan ini telah diketahui maknanya oleh kebanyakkan murid.Berikut adalah aktiviti aktiviti yang boleh kita jalan diperingkat prabacaan : Aktiviti kita yang pertama ialah memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal : a , i , u. Gunakan kad imbasan dan buat latihan membunyikan huruf ini secara latih tubi, berselang seli. Kemudian barulah kita perkenalkan satu huruf konsonan, misalnya k dengan menggunakan kad imbasan, buat latihan ini berulang kali supaya murid dapat membunyikan lambang itu dengan jelas. Kemudian gabungkan kosonan k dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata : ka ki ku. Ulang sebutan suku kata itu berulang kali, Kemudian barulah kita cantumkan suku suku kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna, seperti : ka ki jadi Kakiku ku jadi KukuUlang sebutan beberapa kali, kemudian gabungkan perkataan perkataan itu menjadi frasa atau ayat yang bermakna. Misalnya :kaki kukuku kakikuku kaki kuKemudian permainan mencantum huruf huruf menjadi suku katadan suku kata menjadi perkataan dan ayat boleh dibuat daripada keratan keratan kad.Lihat Lampiran IV

3.2 Bacaan MekanisKad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini. Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti: KAD AYAT

1.Ibu memasak nasi lemak di dapur.

2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.

3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan

4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan

Kita juga boleh menyediakan Big Book . Big Book adalah sebuah buku yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti: a Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil pengetahuan am dan sedia ada. b. Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja. c Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai pengukuhan. d Penilaian Aktiviti ini boleh kita rujuk Lampiran V.4.0 Penutup4.1 Perihal Mengajar BacaanSetelah murid murid mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran bacaan, mereka mestilah dilatih pula untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas supaya kemahiran itu memberi feadah yang meluas kepada mereka. Mereka bukan sahaja perlu dilatih membaca dengan kuat, sebuan, intonasi dan gaya yang betul tetapi mestilah juga dilatih memahami dan meneliti dengan mendalam apa saja yang mereka baca. Dengan erti kata lain bacaan mereka mestilah boleh memberi kesan kepada mereka sama ada dari segi hiburan mahupun ilmu pengetahuan. Bagi melatih ini bacaan intensif dan eksensif mestilah dilaksanakan.Disamping kaedah dan pendekatan Bahan Bacaan Asas itu sendiri adalah elemen yang amat penting bagi menentukan kemampuan prestasi kaedah itu dan tingkat kemajuan dan kejayaan yang akan dicapai. Bagaimanupun kesimpulannya bagi saya semua kaedah yang telah digunakan di sekolah sekolah kita di Malaysia ini, baik kaedah lama atau baru telah pun menghasilkan kejayaan masing masing, cuma yang berbeza ialah lambat atau cepat dan besar atau kecil kejayaan itu dicapai, dan salah satu faktor utama yang memainkan peranan ang amat penting dalam menjayakan sesuatu kaedah it ialah kesungguhan seseorang guru itu dalam melaksanakan kaedah yang dipilihnya.Maka sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca( termasuk menulis dan mengira ) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru guru dan ibubapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga tiga kemahiran ini menjadi alat asas kanak kanak untuk mempelajari Ilmu Sains,Sejarah, Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, mata pelajaran Agama dan kemahiran yang lain.Kemahiran ini merupakan asas untuk kanak kanak meneroka ilmu pengetahuan, mencipta dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan ini amat diperlukan.PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA

1. Kesediaan Membaca

Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan tidak sama.

Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca apabila mereka berada di sekolah. Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca, guru hendaklah memberi perhatian kepada dua perkara yang berikut;(a) perasaan murid(b) bahasa murid

Guru hendaklah memberikan pengalaman kepada murid supaya mereka bersedia untuk membaca. Oleh itu, peringkat kesediaan murid ini penting bagi mencapai tujuan yang berikut;

1. Untuk memberi peluang kepada murid merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh menimbulkan keyakinan mereka.

2. Supaya dapat menimbulkan kemahiran dan keinginan murid untuk meluaskan lagi pengalamannya yang sedia ada.

3. Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca.

4. Melatih murid supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya.

Untuk mencapai tujuan ini langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru ialah:

1. Adakan aktiviti yang melibatkan murid seperti menyanyi, berlakon, bercerita dan sebagainya yang menarik hati.

2. Banyakkan bermain-main dengan murid misalnya berbual-bual, bersoal jawab dengan cara yang tidak formal.

3. Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke semasa secara tidak langsung.

4. Bina asas bahasa murid melalui pertuturan. Beri galakan dan pimpinan yang sepatutnya supaya murid mahu bertutur.

Pada peringkat kesediaan ini, guru hendaklah memerhati kesediaan murid sama ada murid telah bersedia untuk membaca atau sebaliknya. Oleh itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi menentukan sama ada murid telah bersedia atau belum ialah dengan menjawab soalan-soalan yang berikut;

1. Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta membezakannya?

2. Bolehkah murid itu faham atau dapat mengikuti percakapan orang lain terutama gurunya

3. Dapatkah dia melihat dengan baik? Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan dan lain-lain.

4. Dapatkah dia melahirkan perasaan atau fikirannya?

5. Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik?

6. Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya?

7. Bagaimana dengan latar belakang keluarganya?

Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca

1. Keadaan fizikal

penglihatan

pendengaran

pertuturan

umur

jantina

2. Pengalaman dan persekitaran

pendedahan bahan bacaan di rumah

3. Emosi dan motivasi

adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi?

adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku?

adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial?

adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu?

4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif

daya kecerdasan

kebolehan mental secara keseluruhan

adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara perkataan dengan gambar?

adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara huruf dengan perkataan?

2. Prabacaan

Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya,

Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.

Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.

3. Aktiviti prabacaan

Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah;

1. mengenal gambar yang berlainan

2. mengenal bentuk yang berlainan.

Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan seseorang kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu. Pada tahap ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

4. Mekanis

Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang.

Tujuan bacaan mekanis ialah;

1. Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

2. Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul.

3. Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.

4. Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain.

5. Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat.

Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut;

1. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid.

2. Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.

3. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.

4. Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.

5. Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir.

6. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka.

Contoh aktivitiAktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan kad imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti yang di bawah;

1. Kad huruf

Kad Huruf

2. Kad Suku Kata

Kad Suku Kata

3. Kad Perkataan

Kad Perkataan

4. Kad Frasa

Kad Frasa

5. Kad Ayat

Kad Ayat

5. Membaca dan Memahami

Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk;(a) mengumpul maklumat dan makna daripada bahan yang dibaca.(b) Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan yang dibaca.

Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami kandungan dan mesej yang hendak disampaikan melalui bacaan. Tanggungjawab utama guru dalam mengajarkan bacaan dan kefahaman adalah untuk membantu murid menambah dan meluaskan kosa kata. Pengajaran kosa kata seharusnya dapat membantu murid dalam hal yang berikut;

1. Mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman sedia ada. Dengan cara ini murid akan dapat memahami makna perkataan baru dengan lebih cepat dan berkesan serta mengekalkan makna perkataan itu dengan lebih lama.

2. Mengkaji perkataan untuk melihat persamaan dsan perbezaannya, meneliti pertalian antara perkataan dan menggunakannya dalam konteks.

3. Membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan luas dan rapi.

4. Membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan perkataan dan konsep secara bebas. Ini membolehkan murid berusaha sendiri tanpa sentiasa dibimbing atau dibantu oleh guru.

5. Menggalakkan penglibatan secara aktif. Murid akan memberi tindak balas melalui perbincangan, soal jawab atau menggunakan perkataan dalam ayat.

Peringkat membaca dan memahami juga hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan kecenderungan murid. Guru janganlah hanya mementingkan sebuatan suara dan kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman. Dalam hal ini bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid dapat melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi muridan yang dibaca. Guru hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara yang berikut;

1. Memulakan membaca setelah murid dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf.

2. Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas membaca.

3. Beri murid peluang membaca dan memaham dalam mata muridan lain seperti Sejarah, Geografi, Sains dan sebagainya.

4. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul.

5. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran membaca.

Kategori kefahaman bacaan

Kefahaman bacaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kefahaman literal, kefahaman inferensi dan kefahaman kritikal.

1. Kefahaman literal

makna perkataan

makna ayat

huraian isi

idea utama

urutan idea

perbandingan

hubungan sebab dan akibat

2. Kefahaman inferensi

membuat kesimpulan

mengeluarkan idea utama

membuat perbandingan

menunjukkan hubungan sebab dan akibat

membuat jangkaan

memahami dan menghuraikan bahasa kiasan

3. Kefahaman kritikal

membezakan kenyataan daripada fantasi

membezakan fakta daripada pendapat

menentukan kecenderungan dan gaya bahasa penulis

menentukan kecekapan penulis dalam sesuatu bidang

menentukan tujuan penulis

Pada peringkat membaca dan memahami, seseorang pembaca perlu menjadi pembaca yang aktif. Konsep pembaca aktif berasaskan interaksi antara sesuatu teks dan seorang pembaca. Kita merupakan pembaca aktif apabila kita membaca untuk kefahaman dan maksud. Hal ini berbeza dengan pembaca hafalan kerana pembaca hafalan hanya membaca untuk mengingati dan mengulang.

Mereka tidak berusaha untuk memahami apa yang ditulis.

Kita berkata sesorang membaca dengan aktif kerana sebahagian daripada teks adalah bergantung kepada input pembaca. Misalnya, kita memahami tentang dunia tempat kita tinggal melalui pengetahuan kita mengenainya. Oleh yang demikian, jika kita mempunyai perbendaharaan kata yang lebih untuk menerangkan objek, manusia dan situasi,maka interpretasi kepada apa yang kita baca adalah berbeza, berbanding dengan sesorang yang mempunyai perbendaharaan kata yang terhad.

Seterusnya, kita memahami tentang hidup dengan bergantung kepada kecekapan bahasa kita serta pengetahuan kita mengenai dunia. Jika kita tidak biasa dengan sesuatu situasi, kita tidak akan dapatmemahaminya. Biasanya, kita cuba memahami sesuatu situasi baru dengan menggambarkan pengalaman masa lampau kita. Kita menggunakan pengetahuan masa lampau kita untuk memahami masa sekarang. Jika situasi itu sama dengan pengalaman masa lampau kita maka kita fikir kita telah tahu mengenainya. Akhirnya kita akan membuat kesimpulan.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesimpulan pertama yang kita buat mungkin salah. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Perbezaan budaya dan beberapa perkara yang bergantung kepada aspek yang diketahui, boleh menyebabkan kita membuat kesimpulan yang salah. Jadi, kita mesti menilai semula atau memikir semula konteks situasi berkenaan.

Kemahiran Membaca

Oleh JoelabuPendahuluan Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Kita membaca akhbar kerana hendak mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya. Kita membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas seharian dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya. Takrif Membaca

Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses , iaitu :

a. Menterjemahkan lambang bertulis (atau bercetak) kepada bunyi bahasa

b. Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan

Tegasnya membaca melibatkan proses mekanis dan proses mental. Untuk menjadi pembaca yang efektif , seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca.Walau bagaimanapun, dalam proses membaca ,aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut pembaca dapat memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.

Pembacaan tidak berlaku dengan pemikiran yang kosong tetapi diiringi dengan tujuan , jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu. Kebolehan mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek tersebut sangat penting bagi menghasilkan pembacaan dengan kefahaman.

Tahap Kemahiran Membaca :

a. Tahap Prabacaan

Tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca.Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf.Pada tahap ini aktiviti-aktiviti ketajaman penglihatan dan pendengaran ditingkatkan.

b. Tahap Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf,suku kata, perkataan , frasa dan ayat-ayat mudah.Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.

Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah (1)KaedahPandang dan sebut; (2)Kaedah Terus; (3)Kaedah Bunyi Kata; dan (4) KaedahAbjad atau mengeja.

c. Bacaan dan Kefahaman

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan . Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk:

1. Mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca

2. Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca

KONSEP

Skiming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skiming ini penting kepada pembca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja.

Skiming merupakan proses melihat sepintas lalu ke atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.

PROSEDUR

Langkah-langkah skiming:

1. Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk.

2. Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya.

3. Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk skim.

4. Semasa membaca perengan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. Konteks ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya.

5. Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan anda akan dapati idea yang penting dan fakta.

6. Baca perenggan akhir dn teliti di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan.

Dalam proses membuat skimming anda tidak perlu risau dengan beberapa fakta yang dirasakan tercicir, yang penting ialah idea. Jika anda perlukan maklumat terperinci, bolehlah diulang bacaan pada bahagian-bahagian tertentu. Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza di antara seorang dengan seorang yang lain.

CONTOH CARA SKIMING

Skiming daripada surat khabar

Cara 1:

1. Baca ayat pertama daripada bahagian yang hendak diskim kerana ayat pertama memberi ringkasan tentang artikel

2. Beri perhatian kepada berbagai-bagai maklumat boleh didapati dalam sesuatu ayat

3. Buat jangkaan dengan persoalan-persoalan seperti :

apa

bila

di mana

mengapa

Cara 2:

Gunakan jari petunjuk atau pensel dan gerakkan ke arah bawah dalam corak S atau Z

Mata anda mesti perhatikan jari yang bergerak dan baca beberapa perkataan yang terlibat.

Cara 3:

Gerakkan jari anda lurus ke arah bawah kolum sambil mata anda memerhati blok-blok perkataan dan baca.

Skiming artikel daripada majalah

1. Baca tajuk artikel dan para 1 atau 2

2. Tajuk memberi 'klu' kepada isi yang henak disampaikan oleh pengarang

3. Lepas itu, baca ayat pertama daripada setiap perenggan. Biasanya tiap-tiap perenggan memberi contoah atau sokongan terhadap poin pengarang.

4. Akhir sekali, baca perenggan akhir - selalunya mengandungi kesimpulan penulis.

Soalan-soalan yang boleh dikemukakan untuk menyemak kebolehan membuat skiming.

1. Apakah tajuk artikel ?

2. Apakah idea utama artikel ?

3. Soalan-soalan yang berbentuk salah/betul

4. Apakah cadangan penulis ?

5. Adakah anda bersetuju dengan pengarang ? Mengapa ?

JANGAN BIARKAN MINDA ANDA TERLENA SEWAKTU MEMBACA SKANING

KONSEP

Skaning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus.

Skaning bukanlah sesuatu kemahiran yang baru, tetapi tanpa disedari kita telah mengamalkannya setiap hari. Umpamanya, apabila kita hendak mencari nombor telefon daripada buku panduan telefon, atau mencari perkataan daripada kamus, atau mencari tempat daripada peta, atau mencari sesuatu maklumat daripada senarai semak, kita tidak membaca buku atau bahan tersebut. Sebaliknya kita melihat secara sepintas lalu ke atas senarai dan terus mencari maklumat yang diperlukan.

Tujuan skaning untuk menentukan sejauhmana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat).

Kecekapan skaning bergantung kepada penumpuan mental.

PROSEDUR

Langkah-langkah untuk skaning:

1. Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari.

2. Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang dicari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.

3. Untuk mempercepatkan proses skaning, boleh juga digunakan kad putih, atau jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.

4. Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.

5. Jika anda skan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.

TINGKATKAN KEGIGIHAN ANDA UNTUK MEMBAIKI KEMAHIRAN MEMBACA

BACAAN PANTAS

KONSEP

Mengikut Dr. Simon Ronald ( Australia ) bacaan pantas merupakan latihan minda yang aktif. Tujuan bacaan pantas melatih mata dan otak membaca dengan tepat setiap ayat atau maklumat dalam satu pergerakan mata. Bacaan pantas memerlukan kecekapan dalam pengecaman perkataan sekali gus menangkap maknanya.

PROSEDUR

Setiap bacaan memerlukan kerjasama erat antara otak dan mata. Mata akan skan ayat sebagai satu unit, manakala otak membaca makna perkataan daripada minda.

Bacaan Intensif

Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru.

Konsep-konsep bacaan intensif

1. Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru.

2. Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata.

3. Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.

4. Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

5. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.

Tujuan

Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.

Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

Menilai atau mengulas isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.

Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.

Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai.

Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan

Bacaan Ekstensif

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:

1. membaca tinjauan

2. membaca sekilas

3. membaca dangkal

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.

Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memperhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca sekilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan.

Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah.

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Konsep Bacaan Ekstensif

1. Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru

2. Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok

3. Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar

4. Bahan-bahan yang berbeza

Tujuan

Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar :

1. Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain.

2. Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari

3. Mendapat pengetahuan sambil berhibur

4. Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya

5. Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif

6. Menambah minat membaca

7. Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik

8. Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca

9. Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa

10. Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan

11. Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa