kemahiran membaca

54
Kemahiran Membaca Matlamat dan jenis bacaan Peringkat Pengajaran Bacaan Teknik Bacaan- Intensif, ekstensif, Skimming, Scanning Tutorial 6 BMM 3106

Upload: mandangdiana

Post on 29-Jun-2015

653 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca•Matlamat dan jenis

bacaan•Peringkat Pengajaran

Bacaan•Teknik Bacaan-

Intensif, ekstensif, Skimming, Scanning

Tutorial 6 BMM 3106

Page 2: Kemahiran Membaca

KANDUNGAN

Matlamat dan jenis bacaan

Peringkat Pengajaran Bacaan

Teknik Bacaan- Inteksif, Ektensif, Skimming dan Scanning

Page 3: Kemahiran Membaca

Matlamat Kemahiran Membaca

• Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu pengetahuan dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulisan.

Page 4: Kemahiran Membaca

Definisi membaca

• Membaca merupakan proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.

Page 5: Kemahiran Membaca

Konsep Membaca• Punfrey (1977) berpendapat membaca

bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses membina.

Page 6: Kemahiran Membaca

Jenis Bacaan

Bacaan mekanis

Bacaan Mentalis

Bacaan Intensif

Bacaan Ekstensif

Page 7: Kemahiran Membaca

Bacaan Mekanis• Membaca mekanis didefinisikan satu aktiviti

membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seorang pengarang.

• Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks. Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna.

Page 8: Kemahiran Membaca

Membaca mekanis lebih tertumpu kepada usaha

menganalisis pengucapan daripada pemahaman.

Bacaan bersuara adalah bacaan mekanis yang menyuarakan

tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca

yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan

Bagi membolehkan pengusaan membaca secara mekanis, pembaca harus dapat menguasai

ketrampilan persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya

mengenal, memahami kata-kata dengan cepat dan tepat

Page 9: Kemahiran Membaca

Tujuan Bacaan MekanisMembolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas

Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul

Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul

Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam matapelajaran yang lain

Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.

Page 10: Kemahiran Membaca

Cara melaksanakan bacaan mekanis

1) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid.

2) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna-makna perkataan.

3) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.

Page 11: Kemahiran Membaca

4) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.

5) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.

6) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka sama ada lisan dan bertulis.

Page 12: Kemahiran Membaca

Bacaan Senyap (Mentalis)

• Bacaan mentalis turut dikenali juga sebagai bacaan akliah.

• Bacaan mentalis ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual dan pengaktifan mata dan ingatan.

• Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman.

• Bacaan ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif.

Page 13: Kemahiran Membaca

• Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara.

• Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa pekara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis.

• Bacaan ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.

Page 14: Kemahiran Membaca

Tujuan bacaan mentalis

1) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.

2) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.

3) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.

4) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.

5) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan.

Page 15: Kemahiran Membaca

Cara melaksanakan bacaan mentalis

1. Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.2. Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-

peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.

3. Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.

4. Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.

Page 16: Kemahiran Membaca

Bacaan intensif

• Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca.

• Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.

Page 17: Kemahiran Membaca

• Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.

Page 18: Kemahiran Membaca

Bacaan Ekstensif

• Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah

• Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca.

Page 19: Kemahiran Membaca

• Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting

• Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur

Page 20: Kemahiran Membaca

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

Peringkat Kesediaan Membaca

Pra bacaan

Bacaan mekanis

Bacaan dan kefahaman

Page 21: Kemahiran Membaca

Peringkat Kesediaan Membaca

Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca.

Page 22: Kemahiran Membaca

• Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas

• Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.

Page 23: Kemahiran Membaca

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca

• keadaan fizikal• pengalaman dan persekitaran• emosi dan motivasi • kecerdasan perkembangan kognitif

Page 24: Kemahiran Membaca

keadaan fizikal

• kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi

Page 25: Kemahiran Membaca

Emosi dan motivasi

• kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita

Page 26: Kemahiran Membaca

Prabacaan

• Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca.

• Peringkat prabacaan meliputi kemahiran

pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.

Page 27: Kemahiran Membaca

• Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat

• murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka

• mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran

Page 28: Kemahiran Membaca

Bacaan Mekanis

• murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah.

• Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.

• Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

Page 29: Kemahiran Membaca

Bacaan dan Kefahaman

• Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan i tu tidak bermakna.

• Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca

Page 30: Kemahiran Membaca

Teknik bacaan

Bacaan intensif

Bacaan ekstensif

Skimming Scanning

Page 31: Kemahiran Membaca

Bacaan Intensif

• Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam dan melibatkan telahan isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan.

• Biasanya, ia dilakukan berdasarkan petikan pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya.

• Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya.

Page 32: Kemahiran Membaca

• Dua pekara yang melibatkan bacaan intensif iaitu :i) Membaca telaah isi - Menekankan membaca teliti, membaca

pemahaman, membaca kritis dan membaca idea.ii) Membaca telaah bahasa - Menekankan aspek-aspek berkaitan dengan bahasa.

Page 33: Kemahiran Membaca

• Bacaan intensif memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.

• Memberikan penekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi berlainan.

• Latihan-latihan bacaan intensif memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi murid

Page 34: Kemahiran Membaca

Konsep-konsep Bacaan Intensif

a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru.

b) Memberikan asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan juga memberikan asas untuk memperkembang perbendaharaan kata

Page 35: Kemahiran Membaca

c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.

d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

Page 36: Kemahiran Membaca

Tujuan bacaan intensif

Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik

Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susuanan kata dalam ayat dan pengertian kamus.

Membaca secara senyap dengan kepantasan sewajarnya.

Page 37: Kemahiran Membaca

Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.

Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.

Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

Page 38: Kemahiran Membaca

Cara menjalankan

1) Bahan-bahan bacaan intensif itu boleh dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisis dan seterusnya dijadikan asas semua latihan-latihan menulis.

2) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa.

3) Aktiviti dalam kelas haruslah ditukar setiap hari.4) Soalan-soalan untuk bahan bacaan intensif boleh

dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul,bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.

Page 39: Kemahiran Membaca

Bacaan Ekstensif

• Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas.

• Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat

• Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan.

Page 40: Kemahiran Membaca

• Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut: (a) membaca tinjauan (b) membaca sekilas (c) membaca dangkal

Page 41: Kemahiran Membaca

Membaca tinjauan

• Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan.

• Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya.

• Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.

Page 42: Kemahiran Membaca

Membaca sekilas

• Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan.

• Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan.

Page 43: Kemahiran Membaca

Membaca dangkal

• Pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca.

• Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah.

• Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas.

Page 44: Kemahiran Membaca

• Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.

• Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan

Page 45: Kemahiran Membaca

KONSEP BACAAN EKSTENSIF

a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru;

(b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok;

(c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat,umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan

(d) Bahan-bahan yang berbeza.

Page 46: Kemahiran Membaca

Tujuan(a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan

secara langsung daripada orang lain;

(b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari;(c) Mendapat pengetahuan sambi l berhibur;60(d) Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata,

ungkapan, struktur ayat dan sebagainya;

(e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif;

Page 47: Kemahiran Membaca

(f) Menambah minat membaca;(g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap

yang baik;(h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca;(i) Memperluas dan mempertingkat tahap

penguasaan bahasa;(j) Membentuk tabiat gemar membaca, membuat

rujukan dan menggunakan perpustakaan;

(k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;

Page 48: Kemahiran Membaca

SKIMMING• Skimming adalah satu kaedah membaca cepat

dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting.

• Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja.

• Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.

Page 49: Kemahiran Membaca

Langkah-langkah skimming:

(a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk;

(b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya;

(c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk ‘skim’;

Page 50: Kemahiran Membaca

(d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya

(e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati idea yang penting dan fakta

(f) Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan.

Page 51: Kemahiran Membaca

SCANNING

• Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus.

• Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat).

• Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental.

Page 52: Kemahiran Membaca

Langkah-langkah untuk scanning:

(a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari.

(b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.

(c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.

Page 53: Kemahiran Membaca

(d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau ' italic' yang mudah dilihat.

(e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengah- tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.

Page 54: Kemahiran Membaca

Sekian, terima Kasih