kemahiran keibubapaan.ppt

49
KEMAHIRAN KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN KEIBUBAPAAN RUMAHTANGGA PEMBENTUK SAHSIAH RUMAHTANGGA PEMBENTUK SAHSIAH REMAJA REMAJA 14 JULAI 2011 14 JULAI 2011 CR ANAWAHEDA LA’ANAIN CR ANAWAHEDA LA’ANAIN (KAUNSELOR BERDAFTAR) (KAUNSELOR BERDAFTAR) Pegawai Psikologi Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar Setar 04-7202370 / 017-3417191 04-7202370 / 017-3417191 [email protected] [email protected] J A B A T A N K E B A J I K A N M A S Y A R A K A T

Upload: syikhin-osman

Post on 09-Nov-2015

377 views

Category:

Documents


35 download

TRANSCRIPT

  • KEMAHIRAN KEIBUBAPAANRUMAHTANGGA PEMBENTUK SAHSIAH REMAJA

    14 JULAI 2011CR ANAWAHEDA LAANAIN(KAUNSELOR BERDAFTAR)Pegawai PsikologiJabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar04-7202370 / [email protected] A B A T A N K E B A J I K A NM A S Y A R A K A T

  • RENUNGANAnak-anak tidak dilahirkan terus,berjaya, bahagia, pandai, menang Anak-anak juga tidak dilahirkan terus,gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah Tetapi anak-anak mempunyai potensi untuk kedua-duanya.

  • KEIBU BAPAANAnak adalah nikmat Allah yang menjadi perhiasan dan pelekat kehidupan berumah tangga. Betapa sunyinya keluarga yang tidak dihiasi dengan kehadiran cahaya mata. Malangnya begitu banyak keluarga yang bergaduh akibat anak yang di tunggu tidak kunjung tiba.Seringkali kita dengari bahawa, adakalanya anak juga berubah menjadi musuh, dan berapa ramai ibu bapa yang sengsara dengan tingkah laku anak-anak yang menyebabkan ibu bapa tersinggung dengan perbuatannya. Mereka tidak lagi menjadi kebanggaan, namun menjadi bala bencana kepada ibu bapa. Kepada ibu bapa terasnya, anak adalah amanah dari Allah yang akan menjadi sumber kebahagian atau sumber kesengsaraan bergantung kepada bagaimanakah cara orang tua yang menanggung amanah tersebut.

  • Semua orangtua pasti inginkan agar anak-anak mereka menjadi soleh dan solehah. Namun bawaan ibu bapalah menyebabkan anak mereka bersikap sebaliknya. Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah dan kedua orang tuanya lah yang menyahudikan, atau mengkristiankan atau memajusikannya.

    Disini jelas menunjukkan ibubapa merupakan pencorak dalam mendidik anak-anak. Ada pepatah mengatakan bahawa, Kalau bapa kencing berdiri, Anak kencing berlari.

  • DEFINISI KELUARGAKeluarga menurut perspektif atau teori sistem keluarga

    keluarga adalah sebuah sistem sosial sejadi yang mempunyai ciri-ciri tertentu, mempunyai satu set peraturan-peraturan tertentu,peranan struktur kuasa, bentuk komunikasi dan cara perbincangan tertentu di dalam menyelesaikan masalah yang membolehkan pelbagai tugas dijalankan secara berkesan (Goldenberg & Goldenberg, 2002)

  • CIRI-CIRI SISTEM KELUARGASatu keseluruhan (wholeness)bermaksud mengandungi bahagian-bahagiannya yang saling berinteraksi membentuk satu keseluruhan. Sekiranya salah satu daripada bahagiannya tidak berfungsi ia akan menjejaskan kefungsian seluruh sistem

  • Kebersebaban secara bulatan(circular causality)A dan B adalah saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain atau A menyebabkan B dan B juga menyebabkan A berlawanan dengan kebersebaban linear (linear causality) atau direct cause and effect iaitu idea yang menyatakan bahawa A menyebabkan B

  • 3. EquifinalitiBermaksud sebarang masalah ahli keluarga atau keluarga dialami kerana pelbagai sumber atau sebab bukan kerana masalah seorang individu dalam keluarga. Oleh itu Foley (1998:456) menyatakan regardless of the origin of a problem, any difficulty can be remove if a change is made at any point in time in the system. Dalam hal ini kaunselor keluarga tidak mencari sebab kepada ketidakfungsian keluarga tetapi memfokus kepada interaksi terkini dalam keluarga yang menyebabkan sesuatu masalah keluarga.

  • SIAPA ANAK KITA?

  • AKTA KANAK-KANAK 2001Kanak-kanak (a) ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun; dan (b) berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan [Akta 574]

  • REMAJAZaman transisi dari kanak-kanak ke awal dewasaBerusia dari 12 19 tahunAhli psikologi menggelarkan sebagai zaman storm dan stressPerubahan yang ketara dari aspek fizikal, psikologikal & mental

  • GAYA KEIBUBAPAANSalah satu cara untuk memahami perhubungan antara ibu bapa dengan anak ialah dengan mengkaji gaya keibubapaan mereka. Sesetengah penyelidik yang mengkaji tentang gaya keibubapaan mempercayai bahawa gaya keibubaapaan menentukan tingkahlaku ibubapa itu sendiri, samaada dari segi tanggungjawab, sikap, perwatakkan dan cara mendidik anak-anak. Perkara ini akan meninggalkan kesan positif mahupun negetif kepada pembentukan perkembangan emosi dan perasaan anak terhadap ibu bapa.

  • Gaya keibubapaan di difinisikan sebagai satu nilai piawai yang ditetapkan oleh ibu bapa dalam tingkah laku mereka semasa berinteraksi dengan anak, yang mana merangkumi sikap, kepercayaan, dan matlamat ibu bapa.

    Gaya keibubapaan terbahagi kepada dua iaitu desakan dan kadar respon. Manakala desakan dan kadar respon ini terbagi kepada empat jenis iaitu:i. Auotoritatif ( desakan tinggi dan kadar respon tinggi ) ii. Autoritarian ( desakan tinggi dan kadar respon rendah ) iii. Permisif ( desakan rendah dan kadar respon tinggi ) iv. Niglek ( desakan rendah dan kadar respon rendah )

  • APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DESAKAN DAN KADAR RESPOND?Desakan bermaksud: Tuntutan ibu bapa kepada anak, agar pengelibatan anak di satukan dalam keluarga. Manakala desakan ini, di lakukan melalui tuntutan, penyeliaan dan disiplin. Ibu bapa akan terus bersemuka dengan anak jika tidak mematuhi desakan yang dikenakan. Tindakan desakan tersebut merupakan ajen sosialisasi dalam hidup anak.

    Kadar respon pula bermaksud: Tindakan ibu bapa secara sengaja kepada anak untuk memupuk sifat perseorangan, mempunyai kawalan dan ketegasan diri. Kadar respon dilakukan melalui tindakan sokongan dan kerelaan ibubapa terhadap keinginan dan keperluan khusus anak. Kadar ini mencerminkan betapa sensitifnya ibubapa terhadap keperluan anak mereka.

  • Auotoritatif ( Desakan tinggi dan kadar Respon tinggi ) Ibu bapa yang mengamalkan sikap jenis ini akan memastikan setiap aktiviti bersama anak-anak bersifat rasional dan beroriantasi kepada isu atau masalah. Disamping itu juga, mereka ini akan menghidupkan suasana kekeluargaan dengan pelbagai inisiatif seperti sentiasa bertukar pendapat dalam membincangkan sesuatu isu dan ibu bapa ini juga akan cuba mempraktikkan cara demokrasi dalam mendidik anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa akan merangka peraturan untuk anak-anak tetapi peraturan tersebut akan dipinda mengikut pandangan, pendapat, keadaan anak, penerangan, dan sebab serta matlamat peraturan tersebut di adakan sebelum dilaksanakan.Di samping itu juga, keluarga yang mengamalkan gaya ini, akan membenarkan anak-anak mereka berkebebasan, dan hak menyuarakan pendapat sewaktu membuat keputusan mengenai sesuatu peraturan dalam keluarga dan menentukan tahap pencapaian anak dari sudut akademik dan sahsiah sebagai contoh: Anak digalakkan memberi alasan atau cadangan sekiranya berlaku masalah disiplin, maka secara tidak langsung akan mendidik anak untuk berfikir. Justeru, ibu bapa auotoritatif membuatkan anak rasa selesa, selamat dan di percayai. Anak tersebut diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri dan tidak perlu di kongkong oleh peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapa mereka. Kajian mendapati bahawa gaya keibubapaaan auotoritatif berkait rapat dengan pencapaian akademik anak. Hal ini, jelas berlaku di kalangan anak-anak yang berbangsa Europah dan Amerika. Keibubapan ini juga, merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada meningkatnya perkembangan anak melalui sifatnya yang menggalakkan anak menyelesaikan masalah secara bebas serta berfikir secara kritis dan aktif dalam pengelibatan perkembangan pembelajaran anak.

  • Auotoritarian ( Desakan tinggi dan kadar Respon rendah ) Ibu bapa yang mengamalkan sikap jenis Auotoritarian akan cuba membentuk, mengawal serta menilai sikap anak mereka mengikut tahap yang ditetapkan oleh mereka sendiri. Ibu bapa tersebut akan menggap kepatuhan anak sebagai tingkah laku yang baik. Ibu bapa tersebut akan menyokong hukuman serta tindakan keras yang diambil terhadap anak untuk menangani tingkah laku yang dia anggap bercanggah dengan kepercayaan mereka. Ibu bapa ini, akan menekankan peraturan yang menyebabkan anak tersebut terpaksa mengikut kehendak tanpa di beri ruang untuk berbincang. Anak juga di tegah daripada menyoal mahupun memikirkan matlamat yang akan dilaksanakan. Manakala ibu bapa tersebut akan meletakkan tekanan yang tinggi pada disiplin yang selalunya mereka jalankan secara keras dan sekaligus melambangkan ibu bapa tersebut mempunyai sokongan yang lemah terhadap sokongan anak. Kebiasaanya, anak yang membesar dalam keluarga Auotoritarian selalunya mempunyai sifat tidak pernah berpuas hati, rasa rendah diri, cemas, cepat murung serta mempunyai kemahiran sosial yang rendah. Ibu bapa Auotoritarian yang mengadakan peraturan kepada anak tetapi tidak menekankan pelaksanaanya, akan menghasilkan anak yang bersikap agrasif dan tidak mampu mengawal diri. Situasi ini menyebabkan anak akan disisih oleh rakan sebaya dan sekaligus akan terlibat dalam aktiviti yang merosakkan akhlak. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada ibu bapa yang bersikap Auotoritarian ialah mereka ini akan menghalang perkembangan anak dan melemahkan semangat anak untuk terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan menyelesaikan masalah. Kesannya anak tersebut akan bergantung sepenuhnya kepada kawalan dan panduan yang dikendalikan oleh ibu bapa.

  • Permisif ( Desakan rendah dan kadar Respon tinggi ) Ibu bapa yang mempraktikkan gaya Permisif akan membenarkan anak mereka mengawal aktiviti sendiri. Ibu bapa tersebut juga, tidak akan membenarkan anak mereka menurut sebarang peraturan yang ditetapkan oleh pihak luar. Dalam suasana persekitaran sedemikian, ibu bapa Permisif sering cenderung untuk mewujudkan gaya keibubapaan yang kurang menekankan peraturan mahupun harapan dan terdapat juga kurang kecenderungan pada hukuman. Keadaan ini seperti, anak mempunyai kuasa keatas kedua orang tuanya. Mereka ini seolah-olah menggalakkan masalah disiplin. Anak yang di besarkan dalam situasi ini kurang cenderung pada peraturan dan perintah.

  • Niglek ( Desakan rendah dan kadar Respon rendah ) Gaya keibubapaan ini mengambarkan, ibu bapa yang kurang menekankan kawalan kemesraan. Mereka ini seperti tidak kisah tentang keperluan dan tingkah laku anak mereka. Ini sekaligus memperlihatkan seolah-olah mereka melepaskan tanggungjawab mereka. Kesannya, ibu bapa ini akan membenarkan anak-anak mereka melibatkan diri dengan tingkah laku yang tidak terkawal. Terdapat kajian yang menunjukkan ibu bapa yang mengamalkan gaya Niglek ini gagal mengawal tingkah laku anak mereka. Ini mungkin, akan menghasilkan anak yang yang mempunyai masalah ponteng sekolah, masalah alkohol dan masalah juvana semasa remaja hingga dewasa.

  • Perbezaan Gaya keibubapaan di setiap tempatGaya keibubapaan di Barat.Gaya keibubapaan di timur.Gaya keibubapaan Etnit lain.Gaya keibubapaan menurut perspektif Islam

  • Apakah gaya keibubapaan yang lebih sesuai ? Gaya keibubapaan berwibawa kerap dirujuk sebagai Keibubapaan yang positif. Ia adalah gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibubapa yang berwibawa adalah ibubapa yang: Peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar. Berinteraksi secara positif, disamping menyemai emosi yang bersesuaian serta bertanggungjawab. Dapat membantu anak-anak mengawal diri dengan menetapkan batasan dan peraturan rumah. Gaya keibubapaan yang lain adalah kurang berkesan.

  • MEMAHAMI CIRI-CIRI PERKEMBANGAN EMOSI & SOSIAL REMAJAEGOSENTRIK Mempunyai Identiti Tersendiri, inginkan kebebasanKRISIS IDENTITI Konflik Dalam Diri, Gelisah, CabaranPERKEMBANGAN SOSIAL Pemikiran Kadang Kala Tidak MunasabahMENGHARAPKAN PENGIKTIRAFAN KENDIRI- Lebih rapat dengan rakan sebaya

  • BAGAIMANA ANAK-ANAK INGIN DILAYAN ?

    Kasih sayangbukandibenci DifahamibukandihakimiDiterimabukanditolakDihormatibukandihinaDitolongbukandisakitiKeselesaan bukan digunakanBerkembangbukan beku/statik

  • PERANAN IBU BAPA PADA PERINGKAT ANAK REMAJAMembentuk keperibadianMengawal pengaruh sosialKegagalan kefungsian remaja dikaitkan dengan kegagalan institusi sosialMembekalkan diri anak-anak tentang keremajaan, disiplin, membina hubungan, membentuk tabiat dll

  • MEMAHAMI ERTI REMAJA DAN KEREMAJAAN.Meningkatkan perasaan positif terhadap tubuh badan sendiri yang mengalami perubahan.Mencapai rol sosial sebagai seorang lelaki dan perempuanMeningkatkan perasaan positif terhadap diri sendiri dan menggunakannya secara berkesan

  • MEMAHAMI ERTI REMAJA DAN KEREMAJAAN.Membentuk hubungan yang matang dengan rakan sebaya yang sama dan berlainan jantinaMenjadi lebih bertanggungjawab dan mempelajari kemahiran membuat keputusanmenjadi lebih berdikarimembentuk kemahiran komunikasi interpersonalMula memikirkan masa depan

  • SIFAT IBUBAPA CEMERLANG CCaring/Ambil Berat U Understanding /Memahami T Trusting / Saling Mempercayai A Appreciating / Menghargai P Positive Thinking /Fikiran Positif & Kreatif P Patience / Sabar L Listening/ Mendengar Secara Aktif E Empathy .

    A Assertive /Tegas Diri

    Cut Apple A

  • Kaedah mendidik anak yang betul !Penjagapemimpinguru / pendidikkaunselordoktorpenguatkuasapengikutPenyelesai masalahkawanperansang perkembangan mentalpengawasmodelpendakwah

  • Ibu bapa sebagai ModelMempunyai nilai diri yang tinggimengamalkan cara hidup yang sihatpemikiran positifberkemahiran sosialkemas / anggunfleksibelCiri Ibu BapaSebagaiModel

  • Ibu bapa sebagai ModelMenjaga kesihatan mental - fizikalmengawal emosimempamerkan kasih sayangtumpuan masa untuk keluargaoptimistik masa depanCiri Ibu BapaSebagaiModel

  • Ibu bapa sebagai ModelOrang yang soleh / solihinmenyangimenjiwai kehidupan berkeluargaberdakwah kepada anak-anakberilmu / maklumatberdoaCiri Ibu BapaSebagaiModel

  • PETUA IBU BAPACEMERLANGAnalisis diri dari kaca mata anaksedari perbezaan anakbercakap benarpraktis amalan baikdidik anak adab / kemahiran sosialmasa jitu mengajar anaktunjuk pelakuan baikMENJADIIBU BAPACEMERLANG

  • PETUA IBU BAPACEMERLANGWujudkan suasana positif di rumah tanggaguna belaian positifpadam rekod negatiflatih anak berfikirdedah anak pelbagai pengalamanberdoa khususMENJADIIBU BAPACEMERLANG

  • Apakah kebaikan dari gaya keibubapaan yang positif?Mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak Meningkatkan rasa harga diri anak Mengalakkan disiplin diri anak Mengajar anak berfikir untuk diri sendiri Menyediakan peluang untuk ibubapa membimbing anak Membantu anak mempunyai kawalan diri.

  • Apakah keburukan gaya keibubapaan yang negatif? Merendahkan rasa harga diri anak Anak gagal mempunyai sikap asertif Anak menjadi tidak bertanggungjawab dan kurang matang Perhubungan antara ibubapa dan anak menjadi kurang mesra Anak yang kerap memprotes secara melampau

  • Cadangan ke arah menjadi ibu bapa yang positif.1.Luangkan masa berkualiti bersama anak Memperbaiki perhubungan sihat antara ibu bapa dan anak. Menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk mengenali, memahami dan membimbing anak Minta izin anak untuk turut serta (contoh: "Boleh ibu / ayah bermain dengan awak?") Tunjukkan yang anda berminat dengan aktiviti anak anda (contoh: "Tengah buat apa tu? ; Boleh tunjuk abah macamana nak main ni?) Raikan kejayaan apabila anak telah mencapai sesuatu (contoh: "Wow, awak dapat jawapan yang tepat. Hebatnya!")

  • 2.Kerap menggunakan ungkapan pujian Penggunaan pujian amat penting. Pujian membuat kanak-kanak memahami apakah tingkalaku yang baik, merasai ibu-bapa menyayanginya dan dapat meningkatkan rasa harga dirinya. Kata-kata negatif tidak membantu malahan boleh merosakkan rasa harga diri anak. Anak tidak dapat belajar cara memperbaiki dirinya bila disindir atau dimaki. Malah perasaan takut dan marah akan bersarang dalam dirinya. Contoh: takut melakukan kesilapan, takut ibu-bapa akan memarahi atau memukulnya jika ia tidak melakukan sesuatu dengan baik. Akhirnya anak akan terus takut untuk mencuba. Panggil anak dengan namanya atau panggilan yang mesra. Pastikan anda menjelaskan kepadanya apa kebaikan yang telah dilakukannya. Nyatakan perasaan anda ("ibu gembira dengan apa yang awak lakukan; "syabas! Ayah amat bangga") Beri perhatian tambahan terhadap perlakuan positifnya melalui sentuhan, dakapan, ciuman atau tepukan. Luahkan pujian serta merta dan secara konsisten setiap kali mereka berkelakuan baik.

  • 3.Tetapkan peraturan dan undang-undang di rumah Setiap keluarga mesti mempunyai peraturan di rumah yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli keluarga. Anak perlu tahu apa yang seharusnya mereka patuh. Adalah penting setiap ibubapa menyatakan dengan jelas kepada anak akan peraturan-peraturan tersebut. Kerap berlaku di mana ibubapa memarahi anak apabila berlaku sesuatu masalah tanpa memperjelaskan perlakuan yang diingini mereka. Apabila anak berkelakuan yang tidak wajar: Terangkan apakah tingkahlaku yang tidak baik (Contoh: memukul kawan yang mengambil alat permainannya) Jelaskan mengapa tingkahlaku itu tidak wajar Tunjukkan padanya perlakuan pilihan yang lebih sesuai. Terangkan kepadanya apakah kesan positf dari tingkahlaku yang sesuai. Contohnya: "Menjerit, meraung dan memekik adalah tidak sopan dan bising. Jika kamu perlahankan suara kamu dan beritahu saya apa yang kamu mahu dengan sopan barulah saya akan dengar permintaan kamu itu." Bawa bertenang. Bercakaplah dengan gaya yang tenang dan sopan. Anak anda akan meniru perbuatan anda. Jangan marah anak anda semasa anda merasa amat marah kerana pada masa itu anda tidak dapat berfikir dengan baik. Akibatnya anda gagal menjadi contoh yang baik untuk anak anda belajar mengawal perasaan marahnya nanti.

  • 4.Jangan peduli / jangan ambil endah Ada ketikanya ibubapa akan menegur tingkahlaku anak tetapi anak tetap berbuat sebaliknya dari apa yang dikehendaki ibubapa. Pada ketika ini amat penting untuk ibubapa memahami bahawa anak mahukan perhatian dengan perbuatan tersebut. Oleh itu ibubapa tidak patut mengendahkan perbuatan anak itu. Langkah ini dipanggil "ignoring" atau "tak ambil endah" Langkah yang patut dilakukan adalah: Jangan pandang ke arahnya Jangan bercakap dengannya Asingkan diri darinya seperti keluar dari bilik Ibubapa perlu faham bahawa anak kadangkala mahu menguji kesabaran ibubapa. Oleh itu jangan endahkan ia pada masa itu sehingga ia berkelakuan seperti yang diingini. Apabila ini berlaku, beri perhatian kepadanya dan bertanya apa yang dikehendakinya. Amat penting untuk anak faham bahawa hanya kelakuan yan baik sahaja yang akan mendapat perhatian ibubapa.

  • 5.Anak membuat keputusan Amat penting membimbing anak berfikir untuk diri sendiri dan ibubapa perlu menolong anak melalui proses atau langkah-langkah membuat keputusan. Elakkan terus membuat keputusan untuk anak. Pastikan apakah masalahnya. Bantu anak berfikir cara-cara menyelesaikan masalah Tentukan langkah yang boleh diambil. "Lakonkan" cara penyelesaian itu Tanya anak jika itu cara yang boleh dilakukan Cuba penyelesaian itu. Bincang bersama jika cara itu berkesan. Jika cara itu tidak berkesan, ulang balik proses membuat keputusan

  • 6.Kemahiran tambahan Keibubapaan adalah satu cara hidup. Pelbagai situasi boleh timbul dari masa kesemasa yang menuntut kemahiran tambahan Beri anak anda pilihan untuk menggalakkan ia membuat keputusan seperti "Awak hendak makan atau...." Beri peringatan awal kepada anak sebelum waktunya seperti "30 minit lagi masuk waktu tidur" Jika anda mahu anak anda menurut kehendak anda, beri arahan yang anda hendak ia lakukan dengan kata kerja seperti "Tolong simpan mainan kamu", "Jalan perlahan-lahan", "Cakap baik-baik" Gunakan langkah 'Apabila..... kemudian" untuk menjelaskan kepada anak anda kesan tingkahlakunya seperti "Apabila kamu siap membasuh pinggan, kamu boleh bermain dengan kawan-kawan" Biarlah tuntutan atau harapan anda bersesuaian dengan apa yang anak anda boleh lakukan.

  • PANDUAN CARA KOMUNIKASI DENGAN ANAK REMAJA.Amalkan nilai murni (percaya mempercayai, mengasihi, menghormati)Saluran komunikasi terbuka.Elakkan sikap mencari kelemahan remaja.Fokus kebaikan - beri pujian.Luang masa berkualiti.Jadi pendengar baik - JANGAN berleter.Senyum - bahasa badan menggalakkan.

  • PANDUAN MENASIHATI / MENEGUR REMAJA:-Cari tempat dan masa yang sesuai tanpa gangguan.Elakkan menasihati anak dalam keadaan letih atau marah.Hormati anak remaja dengan cara tidak memalukan mereka.Yakinkan ibu bapa ingin membantu.

  • PANDUAN MENASIHATI / MENEGUR REMAJA:-Bersikap terbuka dan bersedia mendengar pandangan anak,Fokus kepada pelakuan bukan fizikal / diri sebagai individuJelaskan kesan pelakuan anak remaja terhadap perasan ibu bapa sekeluarga.Bincangkan tindakan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki.

  • PERKARA YANG PERLU DIKONGSIKAN DENGAN ANAK REMAJA:

    Kasih sayangSokonganNilai murniAdab sopanNilai-nilai agamaIsu genderPendidikan seks

    Penjagaan diriPemilihan rakanPengurusan masaKetrampilan diri / disiplin diriPeraturan keluarga

  • Akta Kaunselor 1998Suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan yang baik dan sukarela oleh klien PERKAMASatu proses perhubungan yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunselingKAUNSELING

  • FUNGSI KAUNSELING DALAM KELUARGAMengenalpasti masalah anak-anakBeri peluang anak-anak meluahkan perasaanBantu anak-anak berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai emosiMenyokong dan menenangkan anak-anakMenilai dan memajukan diri anak-anakMempertingkatkan komunikasi dalam kalangan ahli keluarga

  • KEMAHIRAN KAUNSELINGBina HubunganBerkomunikasiBerempatiMendengarMembalas respondingMemberi doronganMemahami Nonverbal & Verbal anak Meneroka untuk memahami

  • KESILAPAN IBU BAPAKurang BerdoaBanyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)Tidak tegasMenegur anak secara negatifBeri didikan tidak seimbang - jasmani, rohani dan mindaKurang memberi sentuhan kepada anak-anakPenampilan diri - kurang kemas, selekeh, seksiSusunan rumah tangga - tidak kemas, tidak bersihKurang menghidupkan sunah di rumahKurang mendedahkan anak dengan model yang cemerlangBertengkar di hadapan anakBenarkan orang yang tidak elok sahsiah masuk ke dalam rumahKurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditontonTerlalu bergantung kepada pembantu rumah

  • SEKIAN.TERIMA KASIHSELAMAT MENJADI IBU BAPA YANG CEMERLANG