kemahiran berfikir

Upload: cyberwie

Post on 05-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KBAT

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

KONSEP BERFIKIR Edward de Bono ( 1976 )- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Dewey ( 1910 ) menegaskan :- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai : Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

PROSES BERFIKIR

Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

i. Operasi Kognitif- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.ii. Operasi Meta kognitif- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif. Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah. Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya. Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan. Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir. Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR1. Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry.- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.

2. Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner.- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;i. Kecerdasan linguistikii. Kecerdasan logical-matematikiii. Kecerdasan visual-Spatialiv. Kecerdasan muzikv. Kecerdasan tubuh kinestetikvi. Kecerdasan interpersonalvii. Kecerdasan intrapersonalDengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.

3. Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali.- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.

4. Teori Konstruktivisme- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.

ALAT BERFIKIR- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN Pemikiran Konvergen

- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.Jawapan TunggalMasalah Tertutup Pemikiran Divergen.

- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa. Pemikiran Reflektif

- Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.

Strategi menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi

Pengajaran yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik darjah hanya dapat dilakukan setelah guru berjaya mewujudkanpembelajaran tumpuan muriddan dapat merancang kerangka pengajaran denganmengintegrasikan kemahiran berfikir.Seterusnya guru boleh memikirkan tentang strategi dan kaedah yang dapat menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir.

Maksud berfikir aras tinggi termasuk pemikiran kritikal, logikal, metakognisi dan kreatif. Kesemua kemahiran tercetus apabila murid berhadapan dengan masalah yang tidak biasa dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema. Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini akan membuahkan penjelasan, membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan pemikiran aras tinggi di samping kemahiran intelektual murid.

Antara istilah-istilah yang dapat dikaitkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi ialahkognisi(Alvino dalam Cotton, 1997),kefahaman(Crowl dan rakan-rakan, 1997),pemikiran kreatif(Fogarty dan Mc Tighe, 1993),pemikiran kritikal(Patrick, 1986),kerangka grafik(Clarke, 1990),inkuiri(Dewey, 1933),celik akal(Gruber, 1995; Gick dan Lockhart, 1995),metakognisi(Crowl dan rakan-rakan, 1997; Pogrow, 1990; Pogrow dan Buchanan, 1985),pemikiran aras tinggi(Bloom, 1956; Haladyna, 1997),penyelesaian masalah(Gagn, Brigg dan Wager, 1988),pemikiran rasional(Ennis dalam Lewis dan Smith, 1993),perancah(Rogoff dalam Crowl, 1997), mencipta (Krathwohl) sertaskema(Gick dan Lokhart, 1995).

Proses dan nilai pemikiran aras tinggi diperjelaskan oleh Lewis dan Smith (1993) sebagaipemikiran yang berlaku apabila seseorang menerima maklumat baru dan maklumat tersebut tersimpan dalam memori dan disusun semula serta dikaitkan antara satu dengan lain. Seterusnya maklumat ini diperluaskan untuk mencapai satu tujuan atau mendapatkan kemungkinan jawapan kepada situasi yang mengelirukan. Pelbagai tujuan boleh dicapai melalui pemikiran aras tinggi. menentukan kepercayaan, menentukan apa yang perlu dilakukan, menghasilkan satu idea baru, satu projek baru atau ekspresi kesenian, membuat jangkaan serta menyelesaikan masalah bukan rutin.

Strategi pengajaran1.Komunikasi arahanKauchak dan Eggen (1998) mendapati strategi berikut dapat menyumbang kepada komunikasi arahan yang diperlukan untuk menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi.a.Selaraskan objektif, konten, kemahiran, tugasan, aktiviti dan bahan.b.Rancangkan aktiviti dan tugasan kemahiran berfikir aras tinggi yang tersusun dan diatur mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Sediakan masalah serta soalan yang memerlukan murid berfikir menjangkau (beyond) kebiasaan.c.Terangkan tugasan sejelas-jelasnya. Tunjukkan carta alir atau jadual pelaksanaan serta kerangka kerja. Berikan contoh produk yang terbaik.d.Berikan maklum balas secara berkala yang dapat menjelaskan perkara yang betul atau kurang betul.

2.Menggunakan perancahPerancah melibatkan pemberian sokongan kepada murid pada awal pengajaran. Seterusnya, secara beransur-ansur menyerahkan tanggungjawab kepada murid untuk meneruskan pembelajaran dan menyelesaikan masalah / tugasan sendiri (Slavin, 1995). Walau bagaimanapun, menurut Kauchak dan Eggen (1998) perancah seharusnya terbatas kepada pemberiansecukupnyasahaja supaya murid dapat bergerak maju dengan sendiri. Elakkan daripada memberikan sokongan apabila murid tidak memintanya kerana hal itu akan mendorong murid untuk menjangkakan bahawa mereka tidak dapat melakukan sendiri. Kesannya adalah lebih teruk sekiranyanya berlakuSelf Fulfilling Prophecy.

Skema atau skrip atau pengetahuan sedia ada murid adalah tidak sama dan perkara ini akan mempengaruhi tahap pemahaman mereka tentang pengetahuan baru tersebut. Menurut Kauchak dan Eggen (1988):-a.Perancah diberikan padapermulaanproses pembelajaran dan hanya apabila diperlukan sambildisertakancontoh pemikiran aras tingi yang diperlukan (Clark, 1990; Crowl dan raka-rakan, 1997; Kauchak dan Eggen, 1998).b.Berikan contoh masalah serta penyelesaiannya. Contoh yang tepat akan dapat mengurangkan kebergantungan murid kepada guru.c.Berikantugas lanjutanberkaitan pelajaran secara kerap, yang akan dilaksanakan di rumah.d.Kaitkan dengan situasi dunia kehidupan sebenar.

3.Pengajaran secara langsung.Arahan langsung biasanya tidak akan dapat menggalakkan pemikiran berfikir pada aras tinggi (Crowl dan rakan-rakan, 1997) tetapi langkah-langkah berikut boleh menjadikan arahan langsung lebih berkesan digunakan.a.Bataskan pengunaan kaedah pengajaran secara langsung dengan memperkenalkan strategi dan kemahiran berfikir yang akan digunakan (Patrick, 1986).b.Gabungkan pengajaran secara langsung dengan latihan berpandu / terbimbing untuk mengajar tentang isi kandungan dan kemahiran secara berstruktur (Crowl dan rakan-rakan, 1997).c.Elakkan sesi kuliah panjang tetapi kuliah pendek dan ringkas sambil diselang-selikan dengan soalan, tunjuk cara, perbincangan, tayangan berkaitan atau kuiz untuk mengelakkan kebosanan. Gunakan pengurusan grafik atau peta minda (Buzan, 2006) dani-think thinking map(Agensi Inovasi Malaysia, tanpa tarikh)d.Buat beberapa rumusan pendek sambil menekankan isi-isi utama pelajaran.

4.PenyoalanUntuk menjana proses berfikir aras tinggi, soalan yang dikemukakan seharusnya dapat menghasilkan jawapan yang menarik dan belum diketahui. Soalan perlu dibina lebih awal dan dirancangkan agar dapat menghasilkan jawapan di luar jangkaan atau menjangkau kebiasaan (beyond).

a.Galakkan murid mengemukakan soalan dan beri peluang kepada rakan mereka untuk memberikan jawapan (Crowl dan rakan-rakan, 1997)b.Mulakan dengan soalan aras rendah dan perlahan-lahan beralih kepada soalan aras tinggi (Kauchak dan Eggen, 1998)c.Berikan masa untuk murid menjawab sekiranya guru yang mengemukakan soalan

5.Maklum balasMaklum balas digunakan untuk memaklumkan kepada murid tentang kemajuan mereka. Gunakan strategi berikut untuk maklum balas:a.Berikan maklum balassegera, spesifikdanbersifat pembetulanmenggunakan intonasi positif (Brophy dan Good dalam Kauchak dan Eggen, 1998)b.Elakkan maklum balas yang tidak jujur atau dengan memuji keterlaluan.

6.Aktiviti kumpulanBentuk kumpulan yang berkesan dapat dapat menjana pemikiran aras tinggi termasuklah pembelajaran koperatif, tutor rakan sebaya, perbincangan kumpulan kecil. Perbincangan kumpulan yang diselia dengan baik akan membolehkan murid terlibat dengan pemikiran aras tinggi. Pembelajaran koperatif akan meningkatkan motivasi dan penyertaan murid dalam proses pembelajaran.

7.Penggunaan komputerBanyak cara boleh digunakan untuk membolehkan murid meningkatkan kemahiran berfikir mereka dengan menggunakan komputer.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi(higher-order thinking)didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.

HOTS merupakan satu program kemahiran berfikir yang menggunakan aktiviti-aktiviti pemikiran peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaiki kemahiran asas, keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar (Pogrow, 1985). Penguasaan kemahiran dan keyakinan adalah syarat yang penting untuk pelajar melibatkan diri dengan cekap dalam aktiviti pembelajaran yang kompleks.Sebelum menggunakan komputer, guru mengadakan satu perbincangan pemikiran di mana pelajar diminta menerangkan akibat dari strategi mereka dan guru juga mengutarakan soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar selesaikan. Perlaksanaan program HOTS adalah berpisah dari pengajaran kelas yang biasa; di mana HOTS menggabungkan aktiviti komputer yang membolehkan pelajar menguji secara serta merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah pengajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara berkesan. HOTS membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan idea-idea mereka secara berkesan.

Rujukan Tambahan: Anda boleh melayari link di bawah ini: Blog E-Episod Blog Aku dan Glasgow Teknik Berfikir-PDF Blog Zulkneo Pemikiran Lateral

Onosko, J. J., & Newmann, F. M. (1994). Creating more thoughtful learning environments. Dim J. N. Mangieri & C. Block (Ed.), Creating powerful thinking in teachers and students: Diverse perspectives. Fort Worth, TX: Harcourt.Zevin, J. (1995). A guide on classroom testing (with emphasis on higher order questioning).UNESCO Participation Programme (Project No: 8152). Kuala Lumpur: Ministry of Education.Pogrow, S. (1985).HOTS : A Computer-Based Approach. In: Costa, A. LDeveloping Minds : A Resource Book for Teaching Thinking.

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran BerfikirDalam kes ini, para pelajar perlu memahami tujuh kecerdasan (seven multiple intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri.Mengapa Tujuh kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan?1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu dikembangkan.2. kemahiranberfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Bagaimana Tujuh Kecerdasan Dikembangkan?Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan berikut:a. Bahasab. Logik-Matematikc. Ruang (spatial)d. Muzike. Kinestatikf. Interpersonalg. Intapersonal.Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.Ciri-ciri tujuh kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut:KecerdasanCerdas dalamPekerjaan

1. BahasaMenulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan.Penulis, penyajak, penceramah

2. Logik MatematikMenaakul, kiraan, membuat analisisSaintis, jurutera, akauntan

3. Ruang (spatial)Mencorak, melukis, mengukirPelukis, pengukir

4. MuzikMencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzikPencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.

5. KinestatikGerakan, tarian, lakonan, sukan, permainanAtlet, pemain bola sepak, peninju, penari,, pelakon.

6. InterpersonalPerhubungan manusiaDiplomat, ahli politik, peniaga

7. IntrapersonalNilai murni, pendirian, falsafahPengarang, penyajak, ahli falsafah

Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan:i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang.iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang.iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik.Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut:i. Menaakul secara logik.ii. Membuat kiraan.iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir.iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan.v. Membuat keputusanvi. Menyelesaikan masalah.Apakah kemahiran Berfikir?Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek.Terdapat beberapa perkara yang boleh difikirkan oleh guru-guru untuk mengaitkan pelancongan dan berfikir. Berikut diperturunkan beberapa istilah yang boleh difikirkan bersama:i. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi.- kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan maklumat.-kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.Contoh: Kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjana idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang.Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.i. Kemahiran secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat.ii. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru.iii. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran secara kreatif.Kemahiran vertical dan lateral.i. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis.Contoh Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?ii. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik. Pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif.Contoh: Bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok.Pemikiran bertumpu dan bercapah.i. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menanalisis sesuatu data atau maklumat.Contoh: Ali, demam.Dia tidur di bilikd arjah. mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu ajar?ii. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan?Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan mengikutmana-mana istilah tersebut di atas haruslah dikuasai oleh pelajar anda:a. membuat kaitanb. membanding dan membeza.c. mengkelaskand. menilaie. menyusun aturf. mengenal pasti pernyataan `benar' dan `palsu'g. mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapath. mengenal pasti pernyataan berat sebelahi. mengenal pasti sebab menyatakan pelbagai sebabj. mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibatk. membuat inferens atau kesimplan awall. membuat generalisasim. mentafsirn. mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir terperinci.o. merumus dan meringkasp. membuat keputusanq. menyelesaikan masalahBagaimanakah Kemahiran Berfikir boleh Dikembangkan?Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahjiran berfikir termasuk:a. soal jawabb. sumbang saranc. permainand. pertandingane. kuizf. teka tekig. perbahasanh. projek:- mereka bentuk- mereka cipta- mengkaji- menyelidik- membuat eksperimen- menghasilkan sesuatu projek- menyelesaikan sesuatu masalah