kemahiran asas bimbingan dan kaunseling

33
KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1 1.0 KEMAHIRAN- KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 1. Kemahiran mendengar 10. Kemahiran membina hubungan 9. Kemahiran empati 8.Kemahiran penstrukturan 7. Kemahiran menyoal 6.Kemahiran berkomunikasi 5. Kemahiran melakukan dorongan minima 4. Kemahiran membuat refleksi perasaan 3. Kemahiran membuat interpretasi 2. Kemahiran konfontasi

Upload: xiaoxuan-lai

Post on 13-Apr-2016

86 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1

1.0KEMAHIRAN-KEMAHIRAN

ASAS KAUNSELING

1. Kemahiran mendengar10. Kemahiran membina

hubungan

9. Kemahiran empati

8. Kemahiran penstrukturan

7. Kemahiran menyoal

6. Kemahiran berkomunikasi

5. Kemahiran melakukan dorongan minima

4. Kemahiran membuat refleksi perasaan

3. Kemahiran membuat interpretasi

2. Kemahiran konfontasi

Page 2: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2

1.1 Kemahiran mendengar

Cara kaunselor menunjukkan kemahiran mendengar

Menyatakan semula Menggambarkan semula Memberikan respons

10 kemahiran mendengar

Sifat menghormati dan menerima Memahami sudut pandangan klien Menghantar mesej dengan suara yang baik Guna kata-kata pembuka Hantar mesej badan yang baik Parafrasa Refleksi perasaan Kefahaman konteks perbualan Mengurus resisten di peringkat awal Elak perkataan jangan

Page 3: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

3

membina suasana alam keliling

suasana terapeutik

ruang untuk berkomunikasi

penampilan diri

ekspresi muka

kontak mata

cara duduk dalam sesi kaunseling

pergerakan tangan dan kaki

1.2 Kemahiranmembina hubungan

Page 4: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4

1.3 Kemahiran empati

Kaunselor cuba memahami serta merasai apa-apa yang dirasai oleh klien

Respons kenyataan terdiri daripada 2 aspek:

Aspek kognitif Aspek afektif (perasaan)

Kepentingan Empati

Membina hubungan dengan klien Meransang penerokaan diri Menyemak pemahaman dengan klien Memberi sokongan Melincinkan komunikasi Meningkatkan tumpuan Menyekat kaunselor Menggalakkan tindakan klien

Page 5: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5

1.4 Kemahiran penstrukturan

Dapat membina hubungan yang mesra dengan klien

Berlaku secara formal dan tidak formal

Kaunselor menerangkan peranan dan tanggungjawab

Sesi kaunseling ambil masa 30-45 minit

Page 6: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

6

1.5 KEMAHIRA

N MENYOAL

kaedah paling banyak digunakan

dalam sesi kaunseling

untuk dapatkan maklumat dengan

cepat dan maklumat lanjut

> soalan tertutup (terhad)

> soalan terbuka (pincang)

ikut kesesuai keadaan

Page 7: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7

1.6 KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Elak guna perkataan yang sukar klien fahami

Komunikasi bukan lisano Gerak badano Kontak matao Postur badan

Page 8: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

8

1.7 KEMAHIRAN MELAKUKAN DORONGAN MINIMA

Maksud >

respon/ ungkapan ringkas/ pergerakan positif untuk galakkan klien terus bercakap

Memberansangkan klien terus bercerita

1.8 KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI PERASAAN

Page 9: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

Digunakan untuk kaunselor memberi maklumbalasKepada klien supaya dapat lihat dari sudut berbeza.

Buat tafsiran utnuk maksud tersirat dalam mesej

Interpretasi dalam bentuk metafora

Bantu klien mentafsir masa hadapan mereka Interpretasi dalam bentuk fantasi

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

9

Sebut semula percakapan klien

Refleksi pengalaman – dibuat setelah kaunselor memerhati gerak tubuh badan klien.

1.9 KEMAHIRAN MEMBUAT INTERPRETASI

1.10 KEMAHIRAN KONFRONTASI

Page 10: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DALAM MEMBANTU PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Kecekapan memahami kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling

sangat berguna bagi seorang guru. Hal ini penting apabila seseorang guru berhadapan

dengan murid yang berada di dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Guru-

guru yang hendak memberikan khidmat bimbingan/kaunseling yang baik perlu

menguasai dan mampu mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling

dengan baik terhadap murid/ klien mereka. Keberkesanan penggunaan kemahiran asas

dalam bimbingan dan kaunseling dapat membantu seseorang guru menjadikan

pembelajaran lebih efektif serta sesuai dengan permasalahan murid.

Terdapat beberapa kemahiran asas yang sangat penting dan sering dialami

dalam kehidupan seharian guru-guru apabila berhadapan dengan pelbagai situasi

pembelajaran dalam bilik darjah. Kepentingan kemahiran-kemahiran ini adalah penting

bagi para guru untuk menjadikan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan lebih

efektif. Antara kemahiran-kemahiran asas tersebut ialah kemahiran mendengar,

kemahiran membina hubungan, kemahiran berempati, kemahiran menyoal dan

kemahiran berkomunikasi.

10

Page 11: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-

rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga

harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam

menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor

juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa

banyak gangguan.

Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba

menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan

dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan

yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan

berasa terancam dan menjadi defensif.

2.1 Kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dan penting

dalam sesi kaunseling. Setiap orang yang ingin berkongsi masalahnya akan berasa

lega jika terdapat seseorang yang sudi mendengar masalahnya untuk diceritakan.

Justeru itu, seorang guru yang baik mampu mendengar setiap masalah murid yang

ingin diceritakan. Murid akan berasa selesa untuk meluahkan setiap masalah mereka

kepada guru dengan syarat guru tersebut dalam keadaan bersedia untuk mendengar

keluhan mereka. Selain daripada tutur kata, gerak geri murid semasa bercakap juga

perlu patut dilihat dan didengar sama. Guru haruslah member tumpuan dan

pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan murid tersebut.

Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran

yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di

dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah

laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Justeru itu, proses

mendengar harus melibatkan seluruh deria yang terdapat pada seseorang guru yang

ingin mendapatkan intipati permasalahan muridnya.

11

Page 12: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Seorang guru haruslah berusaha untuk meningkatkan keberkesanan dalam sesi

kaunseling mereka, Ini juga dapat membantu guru membentuk hubungan yang lebih

selesa bersama murid mereka. Setiap guru mesti memahami tujuan murid/klien mereka

berada di situ. Sebaiknya setiap guru haruslah mengkaji terlebih dahulu serba sedikit

latar belakang murid tersebut. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang terperinci,

guru perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan

cara yang diperkatakan oleh murid tersebut. Seperti sesi pengajaran dan pembelajaran

di dalam bilik darjah, guru haruslah bertahan dengan ganngguan-gangguan yang

datang dari persekitaran seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam hati sendiri

seperti bisik-bisik hati sendiri.

Pada pandangan saya, keberkesanan kemahiran mendengar dalam sesi

kaunseling boleh berlaku sekiranya seseorang guru tidak terlalu mendesak muridnya,

menjadikan murid tersebut dapat bercerita dalam keadaan santai dan tidak tertekan

dengan soalan-soalan yang mengganggu penceritaan murid tersebut.

Menurut Jones (2004), terdapat 10 kemahiran mendengar secara aktif dan di

antaranya ialah menunjukkan kefahaman konteks perbualan. Guru seharusnya

menunjukkan rasa minat untuk mendengar permasalahan murid. Berikan reaksi wajah

yang sesuai bermaksud guru tersebut masih dalam sesi perbualan dan memahami

segala yang diceritakan oleh murid.

12

Page 13: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.2 Kemahiran membina hubungan

Dalam sesi kaunseling, kemahiran membina hubungan adalah satu kemahiran

yang dapat menjalinkan sifat hormat-menghormati di antara guru dan murid. Kemahiran

membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling.

Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan

rasa selamat antara guru dan murid supaya murid sedia berbincang dengan guru

tersebut. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa

tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif terhadap sesi

perbincangan.

Pakar-pakar kaunseling telah merumuskan perkara utama dalam pendekatan

kaunseling yang dicadangkan oleh Carl Rogers ialah memberikan penekanan terhadap

tanggungjawab klien untuk mendapatkan kesedaran dirinya serta bergerak ke arah satu

keadaan yang dapat menguntungkan dirinya dalam keadaan yang sebenarnya. Dalam

sesi kaunseling, seseorang kaunselor haruslah menekankan aspek untuk

menggalakkan klien tersebut memahami persepsi tentang dirinya dengan kenyataan

yang ingin dikongsikan. Prinsip dalam pendekatan ini adalah penumpuan kaunselor

pada hubungan terkini dan pengalaman yang dicapai dalam perhubungan dengan klien.

13

Page 14: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi

realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan

bukan lisannya. Justeru itu, sebagai seorang guru, kemahiran ini boleh diaplikasikan

terlebih awal lagi terutama dalam sesi memperkenalkan diri sebelum memulakan

proses pengajaran dan pembelajaran pada awal semester.

Namun begitu, kaunselor mahupun guru perlu berhati-hati semasa

menggunakan kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia

menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah

kerana klien tersebut tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan

bersifat agresif dan menentang, tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang

ketidakseimbangan kenyataan yang diberikannya.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam kemahiran membina

hubungan antaranya ialah membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik,

ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka guru, kontak mata antara

guru dan murid, cara duduk dalam sesi kaunseling, pergerakan tangan dan kaki,

senyuman, nada suara guru haruslah bersesuaian dengan keadaaan serta

menggalakkan klien bercakap

Pada pendapat saya, setiap tingkah-laku guru memberikan maksud-maksud

yang tersendiri. Murid-murid yang berhadapan dengan guru dapat membaca seolah-

olah guru tersebut telah bersedia dengan perbincangan atau belum. Guru haruslah

sentiasa kelihatan yakin di hadapan murid walau dalam apa jua situasi. Ini adalah

kerana murid sentiasa meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap gurunya

berbanding ibu bapanya sendiri. Namun begitu, guru juga harus berhati-hati ketika

memberi senyuman. Senyuman yang diberikan haruslah sesuai dengan situasi kerana

murid akan tersilap memberi interpretasi sekiranya guru silap memberi senyuman.

14

Page 15: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.3 Kemahiran berempati

Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang (Kamus

Dewan ) . Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan

untuk memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh klien tersebut.

Dengan ini, klien akan merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar

yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana

kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya.

Menurut Jones (1996), perasaan empati membolehkan seseorang memposisikan

diri pada kedudukan orang lain dengan melihat sesuatu peristiwa, benda dan situasi

daripada dimensi mereka. Pentingnya kemahiran berempati bagi seseorang guru

adalah untuk memahami jiwa murid tersebut dengan lebih mendalam. Murid hanya

akan bercerita kepada sesiapa yang dipercayainya dan berasa selesa apabila

berinteraksi dengannya. Justeru itu, seorang guru haruslah memahami emosi murid

dengan meletakkan dirinya di tempat murid tersebut. Guru tidak seharusnya cepat

menghukum jika murid melakukan sesuatu kesalahan namun mereka haruslah

mendengar keluhan murid kerana murid berhak diberi peluang untuk meluahkan

pendapat atau masalah mereka.

15

Page 16: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kepentingan berempati dalam sesi kaunseling dapat memberikan kesan yang

positif terhadap sesi kaunseling tersebut antaranya ialah dapat membina hubungan

yang baik dengan kilen. Jika seseorang murid merasakan bahawa kaunselor mahupun

guru tersebut dapat memahami dirinya, dia akan meluahkan segala permasalahan yang

dihadapinya dengan murdah tanpa paksaan. Selain itu, kemahiran berempati juga

dapat melancarkan proses komunikasi antara guru dengan murid. Proses ini juga dapat

meningkatkan tumpuan kepada isu perbualan. Empati dapat memberikan tumpuan

kepada isu penting yang ditimbulkan oleh klien justeru dapat membantu klien dan

pembimbing memahami pengalaman, tingkah laku dan emosi klien.

2.4 Kemahiran menyoal

Kemahiran menyoal digunakan dalam sesi kaunseling untuk mendapatkan

maklumat dengan mudah daripada klien. Ini adalah kerana sesetengah klien tidak

menceritakan dengan jelas maklumat yang hendak disampaikan. Justeru itu, cara yang

lebih baik adalah dengan bertanyakan soalan secara lansung mahupun tidak lansung

kepada klien tersebut untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut lagi.

Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha

menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan

yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik

perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya

tergugat. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat,

mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di dalam

sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup

dan soalan terbuka.

Soalan tertutup adalah soalan yang menghadkan kepada beberapa perkataan

sahaja. Jawapan yang diberikan pula tidak spesifik dan hanya memberi maklumat yang

16

Page 17: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

khusus sahaja. Sebagai contohnya, guru bertanya kepada murid tersebut “Adakah

kamu tidak menyiapkan kerja sekolah?”

Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk mendapatkan

kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus. Selain itu,

soalan tertutup juga dapat memberhentikan klien daripada terlalu banyak bercakap

serta memberi arah tertentu di dalam perbincangan. Soalan tertutup adalah soalan

yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan

padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua

perkataan sahaja, seperti ‘ya’ atau ‘tidak’.

Tujuan memberikan soalan tertutup juga adalah supaya sesi kaunseling tidak

terkeluar daripada topik perbincangan dan mengurangkan klien daripada bercakap

perkara yang tidak diperlukan.

Soalan terbuka pula merupakan soalan yang memerlukan perbincangan,

mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci dan menggalakan klien supaya

bercerita dengan lanjut tentang perkara yang dibincangkan. Namun begitu, ia tidak

memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa selesa

pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan terbuka adalah untuk

menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang

dirundingkan sahaja.

Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien memberikan

penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai

terlebih dahulu. Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti “bagaimanakah kejadian

itu boleh berlaku?” Atau “sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup anda?

Soalan terbuka akan memberi peluang kepada klien untuk menerokai dan

membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Ia turut menggalakkan klien untuk

bercakap dengan lebih banyak ataupun memberikan penjelasan yang lebih jelas.

Lazimnya, soalan terbuka menggunakan kata soal seperti “siapa”, “apa”, “di mana” dan

“bagaimana”.

17

Page 18: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pada pendapat saya, kedua-dua jenis soalan ini adalah penting dalam sesi

kaunseling. Bagi seorang guru yang hendak melakukan bimbingan pula, mereka harus

menggunakan soalan yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan murid. Terdapat

segilintir murid yang tidak mahu bercerita dengan lebih terperinci haruslah dimulakan

dengan soalan-soalan tertutup terlebih dahulu. Soalan-soalan tertutup juga dapat

menimbulkan perasaan tidak puas bagi murid kerana mereka mungkin menganggap

bahawa boleh berlaku antara jawapan yang diberikan mengikut kefahaman guru.

Justeru itu, ini boleh menggalakan murid-murid bercerita dengan lebih panjang dan

membolehkan guru-guru mengajukan soalan terbuka untuk menggalakkan murid

bercerita dengan terperinci.

Guru juga berwaspada dengan soalan yang hendak diajukan, ini boleh

mengganggu proses kaunseling sekali gus mengganggu emosi murid-murid untuk terus

bercerita dengan baik. Oleh itu, soalan yang hendak ditanya haruslah sesuai dengan

keadaan dan menggunakan nada yang bersesuaian.

2.5 Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat penting bagi

seorang kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan daripada menggunakan perkataan-

perkataan yang sukar difahami oleh klien. Kaunselor harus menggunakan ayat-ayat

yang biasa dan bukannya dari buku-buku akademik. Ini adalah kerana bukan semua

klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang begitu luas.

Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang mudah

supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor. Di samping itu,

elakkan juga penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ini bertujuan untuk

mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham apa yang telah dikatakan

oleh kaunselor.

Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata dan postur

badan kaunselor. Kaunselor boleh menggangguk kepalanya, membesarkan matanya

18

Page 19: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

bagi menunjukkan minat, memberikan postur duduk yang mencodong ke hadapan

sedikit dan lain-lain lagi gerak balas.

Bagi seorang guru, kemahiran berkomunikasi haruslah dikuasai untuk mencapai

kesepakatan dalam sesuatu perbincangan. Guru dan murid tidak dapat dipisahkan

daripada komunikasi yang berkesan tidak kira dalam bilik darjah mahupun di luar bilik

darjah. Murid lebih selesa untuk berdamping dan bercerita dengan gurunya sekiranya

mereka telah mempunyai hubungan yang erat dan mesra. Oleh itu, seseorang guru

haruslah memastikan komunikasi yang baik dijalinkan terlebih dahulu dengan murid-

murid agar dapat memudahkan proses interaksi berlaku sekiranya murid memerlukan

bimbingan daripada guru tersebut.

3.0 PENGGUNAAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran asas haruslah dikuasai oleh setiap guru untuk menangani

permasalahan yang dihadapi oleh murid. Hal ini juga dapat membantu para guru

mengaplikasikan setiap kemahiran yang difahami di dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Pada semester ini saya berpeluang menjalani praktikum di salah sebuah sekolah

di negeri Perlis, sekolah ini mempunyai bilangan murid yang besar. Sebilangan besar

ibu-bapa murid di sekolah ini terdiri daripada penjawat awam yang terdiri daripada guru,

polis, askar dan lain-lain kakitangan kerajaan. Setelah berkenalan dengan murid-murid

di beberapa buah kelas yang saya mengajar, mereka sememangnya lahir daripada

keluarga yang agak selesa. Namun terdapat juga sebilangan murid yang lahir daripada

keluarga yang sederhana dan kurang berkemampuan.

19

Page 20: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Setiap kali pertama saya masuk ke setiap kelas, saya lebih selesa untuk

berkenalan dengan lebih rapat dengan murid-murid di sekolah ini. Saya lebih selesa

memanggil mereka dengan nama timangan mereka supaya keadaan boleh menjadi

lebih santai. Perhubungan saya dengan murid juga tidak terlalu terikat kepada guru dan

murid semata-mata malah boleh menjadi seperti rakan-rakan pada sesuatu masa. Pada

awal perkenalan, saya akan meminta setiap murid memperkenalkan diri dengan

memberitahu nama, nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, bilangan adik beradik dan

tempat tinggal mereka. Perkara ini penting untuk guru ketahui supaya guru dapat

mengetahui latar belakang murid dengan lebih mendalam.

Sepanjang sesi praktikum saya, buat pertama kali saya dapat mengenali

seorang murid yang sangat sensitif di sekolah ini. Ishrar merupakan murid tahun 4

daripada salah sebuah kelas yang saya mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Semasa sesi memperkenalkan diri, saya meminta dia berdiri dan memperkenalkan diri.

Perkara yang membuatkan saya terkejut ialah murid ini terus menangis dan

mengalirkan air mata. Setelah dipujuk murid ini masih lagi menangis dan enggan

bercakap untuk memperkenalkan diri. Tanpa memaksa, saya membenarkannya duduk

dan meminta murid tersebut supaya bertenang dan berhenti menangis. Perkara ini tidak

pernah terjadi terhadap dan agak mengejutkan saya kerana murid tersebut merupakan

murid tahun 4 yang agak pintar.

Dalam memastikan murid-murid lain berada dalam keadaan selesa, saya pada

mulanya mengabaikan murid yang menangis tersebut. Apabila bertanya kepada

beberapa orang murid yang lain, mereka mengatakan bahawa murid tersebut memang

mengalami masalah kurang keyakinan diri. Dia akan menangis apabila ditanya oleh

mana-mana guru terutama guru baru. Ini kerana murid tersebut merasakan bahawa

setiap guru baru merupakan seorang yang garang dan tegas.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang murid tersebut, saya

berjumpa dengan guru kelasnya dan beberapa orang guru yang mengajar di kelasnya.

Guru-guru tersebut menyatakan bahawa murid tersebut mungkin tidak biasa dengan

guru baru terutama sekali pada kali pertama masuk ke kelas. Mereka juga mengalami

20

Page 21: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

situasi yang sama ketika mula-mula masuk ke kelas tersebut untuk berkenalan dengan

murid-murid tersebut. Guru-guru tersebut telah memberi cadangan kepada saya supaya

tidak terlalu mendesak murid tersebut dan menjadikan suasana pengajaran dan

pembelajaran lebih santai.

Dalam situasi ini, saya menyedari bahawa kemahiran membina hubungan

sangat penting untuk saya mengesuaikan diri dengan murid tersebut. Nada suara yang

saya gunakan agak tegas sedikit pada kali pertama masuk ke kelas tersebut. Ini

menjadikan murid tersebut merasakan seoalah-olah saya merupakan seorang guru

yang garang dan tegas.

Pada kali kedua saya masuk ke kelas tersebut untuk memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran, saya membahagikan murid-murid tersebut kepada

beberapa kumpulan. Saya telah membenarkan murid memilih sendiri kumpulan yang

mereka rasakan serasi dan selesa untuk memudahkan mereka berinteraksi ketika

menjalankan kerja-kerja berkumpulan. Saya dapati murid yang suka menangis tersebut

telah masuk ke dalam kumpulan pilihannya sendiri dengan gembira. Setelah setiap

murid berada di dalam kumpulan masing-masing, saya meminta setiap kumpulan

memberikan satu nama yang bersesuaian untuk menamakan kumpulan mereka

masing-masing. Setiap ketua kumpulan berdiri dan memberikan nama kumpulan

mereka masing-masing. Apabila tiba giliran kumpulan yang terdiri daripada murid

bermasalah tersebut, saya meminta murid tersebut berdiri dan memberikan nama

kumpulan beliau. Namun hasilnya masih tidak memuaskan kerana murid tersebut terus

menangis tanpa berkata apa-apa.

Saya terus meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan membiarkan

sahaja murid tersebut menangis. Dalam beberapa minit kemudian saya mendapati

murid tersebut berhenti menangis dan memberikan tumpuan kepada sesi pengajaran

dan pembelajaran seperti murid yang lain. Sebelum menutup sesi pengajaran dan

pembelajaran pada waktu tersebut, saya meminta semua murid berdiri untuk menjawab

soalan, murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat dibenarkan duduk dan murid

21

Page 22: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

yang tidak dapat menjawab dengan tepat perlu berdiri dan terus berusaha untuk

mendapatkan jawapan dengan tepat.

Saya dapati, teknik ini sangat berkesan kerana murid yang bermasalah tersebut

turut serta bersama rakan-rakannya yang lain berlumba-lumba untuk menjawab soalan

dengan tepat. Untuk melihat sejauh mana kesungguhannya untuk menjawab soalan

yang ditanya, saya membiarkan murid tersebut menjawab soalan-soalan yang akhir dan

agak sukar. Murid itu masih lagi berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab

soalan yang ditanya.

Kesimpulannya, saya dapati teknik menyoal saya harus bersesuaian dengan

keadaan dan masa. Saya mula mengenalpasti kesilapan saya pada awalnya yang

menyebabkan murid tersebut menangis adalah terlalu memaksa dia untuk menjawab

soalan yang ditanya. Murid tersebut sebenarnya mempunyai semangat persaingan

yang tinggi seperti rakan-rakan yang lain. Namun dia kurang keyakinan dan berasa

sedikit terancam jika soalan-soalan ditanyakan secara terus kepada dirinya. Pada sesi-

sesi p&p seterusnya, saya menggunakan teknik yang sama dan hasilnya murid tersebut

tidak lagi menangis apabila ditanya dan kelihatan lebih seronok di dalam kelas saya.

Kebiasaannya, saya gemar meluangkan masa bersama murid-murid pada waktu

rehat. Jika berpeluang, saya akan bersama-sama mereka ketika mereka sedang makan

di kantin. Pada waktu ini, saya berusaha mencari peluang untuk beramah mesra

bersama murid-murid saya dengan lebih erat. Saya lebih gemar jika murid-murid

menganggap saya seperti rakan jika di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

Secara tidak lansung, kemahiran berkomunikasi turut terjalin dengan baik antara saya

dan murid-murid tersebut. Saya juga mengambil peluang ini untuk berkomunikasi

secara lebih baik bersama Ishrar.

Pada pandangan saya, Ishrar merupakan seorang murid yang normal yang suka

bermain, bergaul seperti rakan-rakan yang lain. Namun begitu, saya beranggapan

bahawa dia tidak mempunyai keyakinan yang tinggi seperti rakan-rakannya yang lain.

Die merasakan dirinya mempunyai kekurangan, ini kerana apabila diminta untuk

22

Page 23: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

melakukan kerja-kerja amali, Ishrar sering kali tidak menunjukkan hasil kerjanya

walaupun hasil yang dilakukannya sangat baik dan menarik.

Sewaktu di dalam kelas, saya sememangnya akan menerapkan unsur-unsur

kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan suasana

kelas lebih kondusif dan ceria. Setelah beberapa minggu mengajar di kelas tersebut,

Ishrar semakin berani untuk bercakap malah semakin berani untuk melakukan tunjuk

cara di hadapan kelas. Perkara yang dikatakan oleh guru-guru lain ada kebenarannya

kerana apabila lama-kelamaan saya bersama murid-murid di kelas ini, Ishrar tidak lagi

menangis malah dapat berinteraksi dengan baik apabila diminta untuk bercakap.

Dengan keberkesanan kemahiran-kemahiran tersebut diterapkan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran, maka kemahiran membina hubungan dapat terjaling

dengan sendirinya. Murid-murid berasa selasa dengan guru untuk berbincang atau

bercakap tentang perkara berkaitan dengan pelajaran mahupun di luar bidang

pelajaran.

Secara kesimpulannya, kemahiran-kemahiran asas kaunseling dapat berlaku

atau digunakan secara lansung dan tidak lansung. Jika seseorang guru memahami

dengan teliti akan kemahiran-kemahiran dalam kaunseling, sesi pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan kondusif dan sebaik mungkin. Hubungan yang

baik juga dapat dijalinkan tanpa sebarang halangan antara guru dan murid. Murid akan

berasa selesa jika bersama guru tersebut. Mereka juga akan berkongsi masalah dan

cerita mereka seperti mereka berkongsi dengan ibu bapa dan rakan-rakan mereka.

23

Page 24: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4.0 REFLEKSI KENDIRI

Tugasan bimbingan dan kaunseling ini merupakan tugasan yang mengaitkan

kehidupan seharian guru dalam bilik darjah. Pelbagai situasi dan permasalahan sering

terjadi secara lansung dan tidak lansung kepada murid-murid. Justeru itu sebagai

seorang guru haruslah mempunyai kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling untuk

membantu membimbing murid-murid yang mempunyai masalah dari emosi dan

psikologi mereka.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah memperolehi maklumat

daripada pelbagai sumber iaitu buku, internet dan perkonsian ilmu antara kaunselor

sekolah dan saya. Tugasa ini memberikan banyak ilmu baru yang bermanfaat kepada

24

Page 25: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

diri

saya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya dari

semasa ke semasa.

Pada hakikatnya, situasi yang membelenggu murid-murid lazimnya terjadi di

dalam bilik darjah. Tanpa disedari, guru sebenarnya telah menggunakan kemahiran-

kemahiran asas kaunseling secara tidak lansung untuk membantu menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh murid.

Setelah mempelajari beberapa kemahiran asas seperti kemahiran mendengar,

kemahiran menyoal dan kemahiran berkomunikasi, banyak perkara telah menyedarkan

saya tentang cara dan teknik yang betul untuk mengaplikasikan teknik-teknik tersebut

dalam situasi sebenar.

5.0 RUJUKAN

Lee Keok Cheong, E. A. (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor:

Oxford Fajar Sdn.Bhd

Muhd Mansur Abdullah & S.Nordinar Mohd Tamin, (2003). Proses Kaunseling. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

25

5.0 RUJUKAN

Page 26: Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sang, M. S. (2011). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Sapora Sipon (2012). Asas Bimbingan Dan Kaunseling. Retrieved From

Http://Bimbingandankaunseling.Blogspot.Com/2010/06/Kemahiran-Asas-

Kaunseling.Html

26

BORANG KOLABORASI