kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

26
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4 BIDANG PEMBELAJARAN : REKA BENTUK & TEKNOLOGI TAJUK PEMBELAJARAN : “TANAMAN HIASAN” Oleh : Panatia Kemahiran Hidup

Upload: mnapi

Post on 22-Nov-2014

2.018 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4

BIDANG PEMBELAJARAN : REKA BENTUK & TEKNOLOGI

TAJUK PEMBELAJARAN :

“TANAMAN HIASAN”

Oleh : Panatia Kemahiran Hidup

Page 2: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Pengenalan

Di akhir pembelajaran murid dapat :

1) Mengenal beberapa jenis tanaman hiasan,2) Memilih biji benih pokok bunga semusim,3)Menyedia medium semaian,4) Menyemai biji benih pokok bunga semusim,5) Memilih dan menyedia bekas penanaman,6) Menyedia medium penanaman,7) Mengubah anak pokok,8) Menjaga tanaman hiasan.

Page 3: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Tanaman Hiasan

1) Tanaman hiasan ialah tumbuhan yang ditanam bagi mewujudkan pemandangan yang cantik dan indah.

2) Terdapat beberapa kumpulan tanaman hiasan,antaranya :-

a) pokok naungan b) pokok hiasan, c) pokok renek, d) pokok memanjat dan menjalar, e) pokok palma, f) pokok kaktus, g) rumput h) bunga semusim3) Tanaman hiasan mempunyai perbezaan dari segi

pertumbuhan,saiz,rupa bentuk ,warna daun dan bunga.

Page 4: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Kumpulan Pokok Tanaman Hiasan

Page 5: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Tanaman Bunga Semusim1. Pokok bunga semusim adalah sejenis tanaman yang

mempunyai kitaran hayat yang kurang daripada setahun,

2. Jenis tanaman ini sangat popular di negara beriklim sederhana dan digemari di Malaysia,

3. Antara jenis pokok bunga semusim ialah pokok bunga matahari(Helianthus),marigold(Tegetes erecta),bvunga keembong(impatiens),balung ayam(Celosia ),zinnia(zinnia),ros jepun(portulaca grandiflora) dan bunga butang (gomehrena)

4. Contoh pokok bunga semusim;

Page 6: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Page 7: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Page 8: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Page 9: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

b. Pemilihan Biji Benih

1. Kebanyakan pokok bunga semusim dibiakkan menggunakan biji benih,

2. Biji benih disemai dahulu sebelum dipindahkan ke dalam bekas tanaman yang lebih besar,

3. Biji benih boleh disemai dengan menaburkannya ke dalam kotak semaian yang mengandungi medium semaian,

4. Biji benih yang baik ialah yang cukup matang,berisi,bentuk normal dan tiada tanda serangan penyakit dan perosak.

Page 10: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Menyediakan Medium Semaian

Langkah menyediakan medium semaian:-1. Sediakan bahan untuk membuat campuran medium

semaian,2. Dengan menggunakan baldi kecil,sukat bahan mengikut

nisbah: 2 bahagian tanah 1 bahagian bahan organik

1 bahagian pasir3. Longgokkan bahan tersebut,4. Gaulkan bahan sehingga rata,5. Masukkan ke dalam bekas semaian dan ratakan

permukaan medium

Page 11: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Page 12: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Page 13: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Menyemai Biji Benih

1. Pelbagai bekas boleh digunakan sebagai bekas semaian,

2. Bekas semaian yang digunakan hendaklah mempunyai lubang saliran,

3. Lubang salirannya hendaklah ditutup dengan pecahan batu atau serpihan pasu untuk mengelakkan medium semaian daripada terkeluar bersama air siraman,

4. Isikan medium semaian ke dalam bekas semaian,5. Biji benis disemai dengan cara menabur di atas medium

semaian,6. Biji benih yang disemai perlu ditimbus nipis dengan

tanah dan bekas semaian diletakkan di tempat redup.

Page 14: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

c. Penanaman

1. Anak benih bunga semusim boleh dipindahkan ke dalam beg politina( saiz 15 x 23 cm) atau pasu setelah anak benih tersebut mempunyai 2 helai daun sebenar,

2. Cungkilkan anak benih dengan menggunakan sudip tangan,

3. Kerja pemindahan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati agar tidak merosakkan akar dan batang yang masih lembut.

Page 15: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Memilih Bekas Penanaman

1. Tanaman hiasan boleh ditanam dalam pasu atau bekas,terutama untuk tujuan hiasan dalam bangunan,

2. Pelbagai bekas boleh digunakan seperti pasu,tayar terpakai,sabut kelapa dan kotak kayu,

3. Pastikan bekas penanaman yang hendak digunakan adalah sesuai,

4. Perkara berikut perlu dipertimbangkan semasa memilih bekas penanaman:-

a) saiz yang sesuai dengan pokok yang hendak ditanam, b) mempunyai lubang saliran, c) kemas dan menarik, d) ringan, e) mudah dibersihkan, f) mudah dialih

Page 16: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Menyediakan Bekas Penanaman

1. Jika menanam ke dalam pasu baru,pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian bawahnya,

2. Sekiranya menggunakan pasu tanah liat,pasu hendaklah direndam dalam air selama beberapa beberapa jam,

3. Pasu plastik tidak perlu direndam,4. Sediakan batu-batu kecil atau pecahan pasu,masukkan

bahan-bahan ini ke dalam pasu bertujuan untuk mengelakkan medium keluar dari pasu bersama air siraman yang berlebihan,

5. Jika menanam ke dalam pasu yang terpakai,bekas tersebut hendaklah dicuci untuk mengeluarkan kotoran yang terlekat,

6. Kemudian rendam pasu itu ke dalam larutan farmolin semalaman untuk membunuh kuman atau menyiramnya dengan air panas.

Page 17: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Page 18: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Menyediakan Medium Penanaman

1. Sediakan ketiga-tiga bahan medium memasu,2. Tapiskan ketiga-tiga bahan tersebut secara

berasingan,3. Sukat mengikut isipadu 7 bahagian tanah loam,3

bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir secara berasingan,

4. Gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut supaya sebati,5. Masukkan ke dalam bekas penanaman sehingga

memenuhi tiga perempat bahagian bekas,6. Siram medium dan letakkan di tempat yang teduh.

Page 19: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Mengubah Anak Benih

1. Mengubah anak pokok melibatkan kerja memindahkan anak pokok dari beg politina atau bekas semaian ke dalam pasu atau bekas penanaman.

2. Anak pokok yang hendak diubah mestilah sihat,segar dan bebas daripada perosak dan penyakit.

3. Keluarkan anak pokok daripada kotak semaian dengan cermat.

Langkah Mengubah Anak pokok1. Lembapkan medium di dalam bekas semaian beberapa jam sebelum

mengubah untuk memudahkan anak pokok dikeluarkan daripada bekas semaian,

2. Buat lubang di tengah-tengah mediuam dalam bekas penanaman dedngan menggunakan sudip tangan,

3. Sekiranya anak pokok disemai dalam beg politina,guriskan beg politina memanjang ke bawah dengan pisau.Tanggalkan beg politina,

4. Letakkan anak pokok dalam lubang medium.Timbuskan tanah,5. Tambahkan medium jika perlu,6. Siram anak pokok yang baru pindah sehingga medium lembap dan

letakkan di tempat teduh

Page 20: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Menanam Anak Pokok Di batas

Batas dibina setelah selesai kerja menggembur tanahLangkah-langkah Membina Batas1. Tanah asal digemburkan ,2. Batas dibina setinggi 15 – 20 cm sementara saiz dan

ukuran batas bergantung kepada reka bentuk yang dibuat,

3. Tabur baja organik di atas batas dan gaulkan ,4. Ratakan permukaan batas dengan pencakar,5. Sungkup batas dengan daun lalang atau pelepah

kelapa untuk mengelakkan hakisan tanah,6. Anak-anak pokok hendaklah ditanam pada jarak 15 –

20 cm antara pokok dan antara barisan.

Page 21: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

d. Penjagaan

Aktiviti penjagaan tanaman hiasan dijalankan secara harian atau mingguan.Antara kerja penjagaan yang perlu dijalankan ialah :-

a) menyiram,

b) merumput,

c) menggembur,

d) membaja,

e) mencantas,

f) mengawal perosak dan penyakit

Page 22: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Penyiraman

1. Penyiraman perlu dilakukan sebaik sahaja anak pokok ditanam,

2. Penyiraman pokok dilakukan di awal pagi kecuali hari hujan,

3. Jumlah air yang disiram hendaklah mencukupi.

Merumput1. Merumput dilakukan untuk mengelakkan persaingan di

antara tanaman hiasan dengan rumput untuk mendapatkan nutrien,air cahaya dan ruang,

2. Merumput dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat membiak dan agen penyakit,

3. Rumpai yang kecil boleh dicabut dengan tangan sementara rumpai yang besar dikeluarkan dengan menggunakan serampang tangan

Page 23: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Menggembur1.Medium yang gembur memudahkan akar menembusinya,membaiki pengudaraan tanah dan memudahkan akar menyerap nutrien dan

air2. Medium doleh digembur dengan menggunakan serampang

tangan.

Pembajaan1. Tujuan membaja ialah untuk membekalkan nutrien yang tidak

mencukupi dalam tanah,2. Nutrien yang mencukupi menjadikan tanaman hiasan cepat

membesar dan sihat,3. Baja organik seperti tahi ayam,tahi lembu,tahi kelawar boleh

digunakan sebagai baja asas yang dicampur dalam medium,4. Baja kimia boleh digunakan juga dengan menaburnya di

sekeliling pokok di dalam pasu dan gaulkannya dengan medium menggunakan serampang tangan,

5. Elakkan baja kimia daripada terkena pada bahagian pokok kerana boleh mengakibatkan pokok melecur

Page 24: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Mengawal Perosak Dan Penyakit

1. Tujuannya adalah untuk mengurangkan serangan perosak dan penyakit,

2. Antara tanda-tanda yang memerlukan pengawalan ialah terdapatnya tanda daun yang berlubang yang dimakan oleh perosak dan tompok-tompok berwarna perang atau layu disebabkan oleh serangan penyakit,

3. Serangga perosak boleh dikawal dengan menggunakan racun serangga dan penyakit pula dengan menggunakan racun kulat,.

4. Penggunaan racun kimia hendaklah berhati-hati dan mengikuti segala arahan yang terdapat pada label bekas racun berkenaan

Sungkupan

1. Sungkupan perlu diletakkan disekeliling batang pokok untuk menutup permukaan medium untuk mengelakkan tanah menjadi padat dan mengurangkan pengewapan air,

2. Sungkupan boleh dibuat dengan menggunakan rumput kering,lalang kering,jerami padi dan plastik hitam.

Page 25: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

Pemangkasan

1.Pemangkasan dilakukan dengan membuang tunas-tunas liar,dahan yang tumbuh tidak teratur atau dahan yang rosak,2. Tujuan pemangkasan ialah untuk membentuk dan mengawal saiz pokok supaya sesuai dengan saiz pasu,3. Pemangkasan boleh dilakukan dengan menggunakan alat atau mengutil dengan tangan,4. Alat yang digunakan untuk memangkas pokok ialah sekataur dan gergaji pokok.

Page 26: Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)

•Sekian,terima kasih