kelebihan penggunaan emel

1
E-mel merupakan satu bentuk surat elektronik digunakan untuk menghantar, menyimpan dan menerima masej melalui sistem komunikasi elektronik. Fail-fail berbentuk teks, grafik, animasi, audio, video dan sebagainya boleh dihantar/diterima menggunakan sistem komputer dan perkhidmatan internet. Fail atau kandungan yang disertakan dalam e-mel boleh disimpan, diubahsuai, ditukar formatnya dengan menggunakan pelbagai bentuk program komputer. Pertukaran fail ini dilakukan melalui rangkaian (network). Ada 5 kelebihan penggunaan e-mel. Pertama, ianya lebih pantas iaitu kita hanya klik butang “SEND” maka e-mel dapat dihantar/diterima walaupun jarak antara pengirim dan penerima beratus kilometer jauhnya dengan syarat ada rangkaian internet yang stabil. Perkhidmatan surat tradisi pula bergantung kepada jarak untuk menentukan masa yang diperlukan untuk menghantar/menerima surat tersebut. Kedua, ianya lebih ekonomi. E-mel hanya memerlukan kos yang rendah dan murah, iaitu pengguna hanya perlu ada talian internet dan akaun e-mel yang boleh didapati secara percuma seperti yahoo, gmail dan sebagainya. Kos penghantaran surat secara tradisi pula bergantung kepada jarak dan berat kandungan surat. Ketiga, penggunaan e-mel lebih cekap, iaitu kita boleh mengepilkan pelbagai bentuk fail iringan dalam kapasiti tertentu dan menghantarkan e-mel berkenaan kepada ramai penerima secara serentak. Keempat, dari segi keselamatan. Setiap pengguna mempunyai kata laluan masing- masing yang hanya pengguna sendiri sahaja yang tahu. Hal ini membolehkan e-mel tersebut hanya dapat dibaca oleh penerima yang mempunyai kata laluan sah sahaja. Kelima, ianya bersifat multimedia. E-mel boleh digabungkan dengan pelbagai jenis fail yang dikepilkan seperti grafik, teks, video, audio dan sebagainya. Ini memudahkan pengguna untuk mengirim, berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan mudah.

Upload: robert-joe

Post on 21-Jul-2015

222 views

Category:

Internet


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan penggunaan emel

E-mel merupakan satu bentuk surat elektronik digunakan untuk menghantar, menyimpan dan

menerima masej melalui sistem komunikasi elektronik. Fail-fail berbentuk teks, grafik, animasi, audio,

video dan sebagainya boleh dihantar/diterima menggunakan sistem komputer dan perkhidmatan internet.

Fail atau kandungan yang disertakan dalam e-mel boleh disimpan, diubahsuai, ditukar formatnya dengan

menggunakan pelbagai bentuk program komputer. Pertukaran fail ini dilakukan melalui rangkaian

(network).

Ada 5 kelebihan penggunaan e-mel. Pertama, ianya lebih pantas iaitu kita hanya klik butang

“SEND” maka e-mel dapat dihantar/diterima walaupun jarak antara pengirim dan penerima beratus

kilometer jauhnya dengan syarat ada rangkaian internet yang stabil. Perkhidmatan surat tradisi pula

bergantung kepada jarak untuk menentukan masa yang diperlukan untuk menghantar/menerima surat

tersebut.

Kedua, ianya lebih ekonomi. E-mel hanya memerlukan kos yang rendah dan murah, iaitu pengguna hanya perlu ada talian internet dan akaun e-mel yang boleh didapati secara percuma

seperti yahoo, gmail dan sebagainya. Kos penghantaran surat secara tradisi pula bergantung kepada jarak dan berat kandungan surat.

Ketiga, penggunaan e-mel lebih cekap, iaitu kita boleh mengepilkan pelbagai bentuk fail iringan dalam kapasiti tertentu dan menghantarkan e-mel berkenaan kepada ramai penerima

secara serentak.

Keempat, dari segi keselamatan. Setiap pengguna mempunyai kata laluan masing-masing yang hanya pengguna sendiri sahaja yang tahu. Hal ini membolehkan e-mel tersebut hanya dapat dibaca oleh penerima yang mempunyai kata laluan sah sahaja.

Kelima, ianya bersifat multimedia. E-mel boleh digabungkan dengan pelbagai jenis fail

yang dikepilkan seperti grafik, teks, video, audio dan sebagainya. Ini memudahkan pengguna untuk mengirim, berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan mudah.