kelakuan dan tatatertib pegawai awam dan...

3
SYARIAH AND LAW DISCOURSE ISSUE 5 KELAKUAN DAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH Dato' Faiza Bin Hj. Tamby Chik Bagi tiga bulan pertama dalam tahun 20 10, kira-kira 600 orang kakitangan awam telah dikenakan tindakan tatatertib. Sejumlah 256 orang pegawai telah diberi amaran dan 256 orang pegawai telah didenda. Selebihnya samada telah kehilangan "emolument rights" mereka, telah diturunkan pangkatnya, dikenakan potongan gaji atau dibuang kerja. Dalam ceramah pendek ini, saya ingin mengemukakan satu isu berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib seseorang pegawai awarn bila disabitkan dengan kesalahan jenayah Syariah oleh Mahkamah Syariah. Menurut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, kesalahan jenayah Syariah dibahagikan kepada lima kategori:- 1. jenis-jenis kesalahan yang berhubungan dengan aqidah seperti pemujaan salah (seksyen 3) clan doktrin palsu (seksyen 4) 2. jenis-jenis kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya seperti menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam (seksyen 7) dan mempersendakan ayat Quran atau hadith (seksyen 8) 3. jenis-jenis kesalahan yang berhubung dengan kesusilaan seperti perbuatan sumbang mahram (seksyen 20) dan pelacuran (seksyen 21) 4. kesalahan-kesalahan pelbagai seperti memberi keterangan, maklumat atau pernyataan palsu (seksyen 30) 5. kesalahan-kesalahan penyubahatan dan percubaan.

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KELAKUAN DAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM DAN …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/9984/1/Diskusi Syariah dan... · Seseorang pegawai awam tertakluk kepada Perintah Am dan Arahan

SYARIAH AND LAW DISCOURSE ISSUE 5

KELAKUAN DAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM DAN KESALAHAN

JENAYAH SYARIAH

Dato' Faiza Bin Hj. Tamby Chik

Bagi tiga bulan pertama dalam tahun 20 10, kira-kira 600 orang kakitangan awam telah dikenakan tindakan tatatertib. Sejumlah 256 orang pegawai telah diberi amaran dan 256 orang pegawai telah didenda. Selebihnya samada telah kehilangan "emolument rights" mereka, telah diturunkan pangkatnya, dikenakan potongan gaji atau dibuang kerja.

Dalam ceramah pendek ini, saya ingin mengemukakan satu isu berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib seseorang pegawai awarn bila disabitkan dengan kesalahan jenayah Syariah oleh Mahkamah Syariah. Menurut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, kesalahan jenayah Syariah dibahagikan kepada lima kategori:-

1. jenis-jenis kesalahan yang berhubungan dengan aqidah seperti pemujaan salah (seksyen 3) clan doktrin palsu (seksyen 4)

2. jenis-jenis kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya seperti menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam (seksyen 7) dan mempersendakan ayat Quran atau hadith (seksyen 8)

3. jenis-jenis kesalahan yang berhubung dengan kesusilaan seperti perbuatan sumbang mahram (seksyen 20) dan pelacuran (seksyen

21)

4. kesalahan-kesalahan pelbagai seperti memberi keterangan, maklumat atau pernyataan palsu (seksyen 30)

5. kesalahan-kesalahan penyubahatan dan percubaan.

Page 2: KELAKUAN DAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM DAN …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/9984/1/Diskusi Syariah dan... · Seseorang pegawai awam tertakluk kepada Perintah Am dan Arahan

DISKUS1 SYAIUAH DAN UNDANG-UNDANG SIRIS

Selain daripada Akta di atas, kesalahan-kesalahan jenayah turut terdapat dalam Akta Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 seperti akad nikah dan perkahwinan yang tidak dibenarkan (seksyen 123); Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 seperti pungutan khairat (seksyen 84) dan kesalahan memberi maklumat palsu (seksyen 93); Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 seperti penghinaan mahkamah (seksyen 2 10) dan enggan menandatangani pernyataan (seksyen 2 16).

Seseorang pegawai awam tertakluk kepada Perintah Am dan Arahan Pentadbiran. Bab D ialah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Di bawah Bab D, kesalahan jenayah bermaksud apa- apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau tingkah laku keji. Mahkamah pula ertinya mahkamah, termasuklah mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa wibawa untuk membicarakan seseorang bagi sesuatu kesalahan jenayah. "Disabitkan" atau "sabitan" merujuk kepada suatu dapatan oleh mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis bahawa pegawai itu bersalah atas satu kesalahan jenayah.

Intipati Peraturan 28 menyebut seseorang pegawai hendaklah dengan segera memaklumkan ketua jabatannya jika apa-apa prosiding jenayah dirnulakan terhadapnya dalam mana-mana mahkamah. Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar mahkamah hendaklah menghantar kepada Ketua Jabatan yang dibawahnya pegawai itu sedang berkhidmat, suatu laporan yang mengandungi maklumat-maklurnat berikut:-

1. pertuduhan terhadap pegawai itu;

2. jika pegawai itu telah ditangkap - tarikh dan waktu penangkapannya;

3. samada atau tidak pegawai itu diikat jamin; dan

4. apa-apa maklumat lain yang berkaitan.

Page 3: KELAKUAN DAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM DAN …ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/9984/1/Diskusi Syariah dan... · Seseorang pegawai awam tertakluk kepada Perintah Am dan Arahan

SYARlAH AND I.AW DISCOURSE ISSUE 5

Manakala Peraturan 29 menerangkan tanggungjawab Ketua Jabatan jika pegawai telah disabitkan kerana kesalahan jenayah.

Sayugia diingati bahawa hampir kesemua kesalahan-kesalahan syariah digolongkan sebagai kesalahan-kesalahan jenayah syariah. Contohnya: enggan menandatangani pernyataan (seksyen 21 6 di bawah akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1 997). Padahal di mahkamah sivil, kesalahan jenayah adalah yang terdapat dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah dan Akta-akta yang bersifat jenayah yang lain.

Oleh itu, pegawai awam yang melakukan kesalahan syariah yang pada arnnya bersifat jenayah terdedah dengan Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Adakah ini adil?