keganasan dalam sukan

51
Keganasan dalam sukan Ahli Kumpulan: Chieng Hung Hua Jong Siaw Mei Lim Shey Yee Lok Seow Hui Teh Chu Jun PIMSP BC/PJ/PM Pensyarah: En. Rosli bin Md. Som

Upload: jong-mei

Post on 26-Nov-2015

373 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Keganasan dalam sukan

Teknik Mengurus Keagresifan

Peranan Jurulatih

Jenis-jenis Keganasan

Definisi Keganasan Dalam SukanSebarang jenis keganasan yang berlaku dalam sukan sama ada dilakukan ketika pertandingan oleh atlet, jurulatih, pegawai mahupun oleh penyokong.boleh membawa kepada kecederaan dan kematian.Sikap agresif kadangkala diperlukan dalam sukan untuk menyerang pihak lawan.Keagresifan yang terlalumelampau akan menyebabkan tumpuan menjadi semakin kecil. Kesannya,pemainakanmelakukan kesilapan.

Juga boleh berlaku dalam bentuk lisan seperti ugutan untuk mencederakan atau menakutkan pihak lawan.contohnya jurulatih atau atlit mengugut pihak lawan iaitu suatu taktik psikologi untuk memenangi perlawanan.

Contoh :Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan).

Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan.Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.

Contoh :

Tindakan agresif seorang pemain pertahanan ke atas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain.Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan.

Contoh:Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan bersih serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.

Faktor Berlaku Keganasan Dalam Sukan

Atlit sendi mengaku bahawa keganasan adalah sebahagian daripada permainan atau aktiviti sukan.Suatu strategi iaitu untuk mendapat advantej (kelebihan) dengan cara tidak adil demi kemenangan.Keganasan berlaku sebagai tindak balas kepada pihak lawan.Band wagon iaitu sebab rasional kerana semua orang lakukan maka kita pun lakukannya juga.

Mentaliti identiti iaitu perasaan atlit secara relatif sengaja dilakukan untuk ganggu konsentrasi pihak lawan.Kemenangan diutamakan iaitu menang adalah segalanya.Pengaruh atau desakan daripada penonton yang sukakan pergaduhan.Pengaruh daripada media massa iaitu publisiti dan berita sensasi.Sikap atlit yang terlalu mengagongkan kemenangan, keghairahan untuk menang di mana tempat kedua bukan yang terbaik. (2nd best is not the best)

Norma sukan seperti sikap agresif patut wujud kerana tanpanya adalah ciri-ciri manusia yang lemah.Cartharsis iaitu emosi marah seperti perasaan dendam dan emosi dilepaskan melalui keganasan.Nilai-nilai masyarakat telah berubah seperti pengaruh daripada media elektronik, galakan daripada masyarakat dan sebagainya.Peraturan dan pelaksanaannya yang longgar contohnya orang kreatif melanggar peraturan dan peraturan juga terdapatnya kekurangan (loop holes).

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keagresifan

Ini telah dibuktikan oleh Reifman, Larrick dan Fein (1991) yang mendapati wujudnya perkaitan secara linear di antara suhu dan bilangan pemukul bola yang terkena bola yang dibaling oleh pembaling (pitcher). Dalam konteks ini, semakin tinggi suhu semakin agresif pembaling membaling bola sehingga ramai pemukul bola yang terkena balingan pembaling tersebut.

Cara-cara Mengatasi Keganasan Dalam Sukan

30

Contoh Kes Keganasan Dalam Sukan

Bola sepakPerlawanan yg berlangsung pada bulan februari 2008, semasa bermain untuk Arsenal, Eduardo Da Silva menerima satu tackle kasar dari pemain pertahanan Brmingham City, Martin Taylor yang serta-merta dibuang padang. Da Silva patah fibula kiri dan buku lali yg cedera teruk. Setahun kemudian, beliau menyarung semua jersi Arsenal setelah sembuh sepenuhnya.

Kejadian pemain tengah pasukan Perancis Zidane menanduk pemain pertahanan Italy Materazzi dalam perlawanan akhir Piala Dunia tahun 2006. Sehingga kini Zidane masih belum mengemukakan sebab beliau menanduk pemain pertahanan Italy. Terdapat khabar angin menyatakan bahawa beliau membuat demikian sebab Materazzi menghina ibunya sebagai pelacur.

Sukan Tinju

Kejadian Mike Tyson mengigit telinga Evander Holyfield sehingga telinganya putus pada tahun 1997. Peristiwa Tyson menggigit putus telinga Evander Holyfield merupakan peristiwa yang menggemparkan tinju dunia. Saat itu merupakan pertemuan kedua antara Holyfield dan Tyson setelah Holyfield menang TKO pada pertemuan pertama. Dalam pertemuan bertajuk,The Sound and The Fury ini Tyson dua kali menggigit telinga Holyfield dan terkena diskualifikasi dari wasit Mills Lane. Ia kemudian dijatuhi hukuman larangan bertanding selama satu tahun.

Ice HockeyRefree sedang berusaha memisahkan pemain ice hockey yang sedang bergaduh di depan goal pasukan Tampa Bay semasapermainanplayoff HokiAisPertamadi antara pasukan OttawaSenator danTampa Bay Lightning.

Keganasan Semasa PertandinganPergaduhan di antara atlet-atlet dari dua pasukan berlainan akibat daripada sentuhan badan (body contact) yang berlebihan.

Kejadian atlet marah dan memukul pengadil akibat tidak puas hati dengan keputusan pengadil.

Jurulatih marah pengadil sebab tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pengadil dan akhirnya dihalau oleh pengadil.

Kejadian penonton mengganggu perlawanan yang sedang dijalankan. Sebagai contoh, kejadian penonton menggunakan laser untuk mengganggu penglihatan para pemain dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki 2011 di antara pasukan Malaysia dengan Indonisia.

Keganasan selepas pertandingan

Pergaduhan di antara atlet atau pemain akibat tidak puas hati dengan keputusan pertandingan.

Kejadian pergaduhan besar-besaran di antara dua pihak penonton.

Contoh: Kejadian pertempuran di antara penyokong pasukan al-Masri dengan penyokong pasukan al-Ahly yang menyebabkan sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera.

Kejadian penonton merosakkan stadium bola sepak serta membakar kereta selepas perlawanan.

Atlet dendam sebab kalah dalam perlawanan pertama dan melakukan keganasan pada perlawanan ke-dua untuk membalas dendam kekalahan yang dialami dalam perlawanan pertama.

Keganasan Penonton Dibahagikan kepada 2 jenis :

Penonton televisyen penonton acara sukan

Penonton TelevisyenKebanyakan tontonan pertandingan sukan berlaku di hadapan televisyen.

Penonton di hadapan televisyen mungkin menonton dengan penuh ekspesif semasa menonton perlawanan atau pertandingan. Mereka mungkin marah dan melakukan pergerakan yang ganas pada rakan-rakan atau ahli keluarganya.

Apabila penyokong-penyokong dari pasukan yang bertentangan berada di tempat pertandingan yang sama, mereka akan membuat perbuatan yang fitna atau mengeluarkan perkataan yang menyakit hati penyokong pasukan yang bertentangan. ini akan menyebabkan pergaduhan dan keganasan berlaku semasa menonton pertandingan sukan.

Penonton Acara SukanKeganasan antara penonton acara sukan jarang berlaku setakat ini.

Mungkin mereka ekspresif, tetapi jarang menunjukkan keganasan dengan penyokong lain, pengadil, pengiring atau polis.

keganasan dalam kumpulan besar juga pernah berlaku dan telah menjadi perkara yang serius. Keganasan yang melibatkan kumpulan yang besar juga akan mengakibatkan kecederaan dan kematian.

Contoh Keganasan tercetus sebaik pengadil meniup wisel penamat dalam satu perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah al-Masri menewaskan al-Ahly dari Kaherah, 3-1. Penyokong al-Masri yang membanjiri padang membaling batu, botol dan bunga api kepada penyokong al-Ahly, menimbulkan kekacauan dan suasana cemas apabila pemain al-Ahly dan penyokong mereka bertempiaran ke pelbagai arah untuk melarikan diri.

Setelah pasukan Kelantan tewas dalam pusingan akhir,penyokong bertindak membakar trak polis, cermin kenderaan awam dipecahkan, botol minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.

Sekian, Terima Kasih!