kecerdasan emosi

21
Jurnal Akademik 2005 1 Kecerdasan Emosi Oleh Yunus bin Yusof Jabatan Hal Ehwal Pelajar Abstrak Perubahan dalam pemikiran di kalangan ahli-ahli akademik semakin berkembang dan mempengaruhi perkembangan dalam pendidikan. Masa lalu kebanyakan ahli-ahli di bidang pendidikan lebih cenderung menyatakan serta bersependapat bahawa kecerdasan intelek lebih banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan pelajar. Setelah melalui beberapa peringkat pelaksanaan pendidikan, ahli-ahli pendidikan di seluruh dunia mendapati bahawa perkembangan dan pertumbuhan pendidikan untuk setiap pelajar juga dipengaruhi oleh kecerdasan emosi mereka. Di dalam artikel ilmiah ini, penulis membincangkan perkembangan kecerdasan emosi secara ringkas dari sudut (1) Konsep Kecerdasan Emosi; (2)Teori-teori; (3) Tokoh-tokoh penyelidik; (4) Model- model Kecerdasan Emosi; dan (5) Kajian-kajian Kecerdasan Emosi. Pengenalan Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Istilah ‖kecerdasan‖ mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Beliau meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Mengikut Kamus Dewan (1986 hlm.99) cerdas ditakrifkan sebagai sempurna akal (untuk berfikir, mengerti dan lain-lain), cerdik, pintar dan sempurna pertumbuhan (perkembangan) badannya. Mengikut takrifan Wechsler (1975) kecerdasan itu ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong ia menghadapi cabaran hidup. Fischer (1985) menekankan bahawa kecerdasan berkait rapat dengan keadaan sedar dan aksi seseorang individu. Seseorang yang cerdas harus berupaya menyesuaikan segala tingkah lakunya dalam apa-apa bentuk alam persekitaran dalam keadaan sedar. Emosi Emosi atau dalam bahasa latin ‘motus anima‟ adalah fikiran tentang sesuatu situasi di mana manusia itu menemui diri mereka dan ia lahir daripada perlakuan-pelakuan fisiologi, iaitu tindak balas badaniah yang dikawal oleh otak. Emosi berasal dari perkataan Greek ―emovere‖ yang membawa maksud ―untuk keluar‖. Emosi biasanya ditonjolkan keluar untuk dipuaskan oleh setiap manusia. Secara amnya, emosi adalah satu keadaan yang dialami oleh manusia iaitu beberapa perubahan pada proses fisiologi, diri dan psikologi akan berlaku. Bruno (1984) mendefinisikan emosi sebagai satu keadaan bangkitan yang mengganggu garis dasar homeostasis. Beliau melihat emosi dari perspektif ini kerana apabila

Upload: norazira-arifin

Post on 21-Jan-2016

260 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

KECERDASAN EMOSI

TRANSCRIPT

Page 1: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

1

Kecerdasan Emosi

Oleh

Yunus bin Yusof Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Abstrak Perubahan dalam pemikiran di kalangan ahli-ahli akademik semakin berkembang dan mempengaruhi perkembangan dalam pendidikan. Masa lalu kebanyakan ahli-ahli di bidang pendidikan lebih cenderung menyatakan serta bersependapat bahawa kecerdasan intelek lebih banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan pelajar. Setelah melalui beberapa peringkat pelaksanaan pendidikan, ahli-ahli pendidikan di seluruh dunia mendapati bahawa perkembangan dan pertumbuhan pendidikan untuk setiap pelajar juga dipengaruhi oleh kecerdasan emosi mereka. Di dalam artikel ilmiah ini, penulis membincangkan perkembangan kecerdasan emosi secara ringkas dari sudut (1) Konsep Kecerdasan Emosi; (2)Teori-teori; (3) Tokoh-tokoh penyelidik; (4) Model-model Kecerdasan Emosi; dan (5) Kajian-kajian Kecerdasan Emosi.

Pengenalan Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Istilah ‖kecerdasan‖ mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Beliau meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Mengikut Kamus Dewan (1986 hlm.99) cerdas ditakrifkan sebagai sempurna akal (untuk berfikir, mengerti dan lain-lain), cerdik, pintar dan sempurna pertumbuhan (perkembangan) badannya. Mengikut takrifan Wechsler (1975) kecerdasan itu ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong ia menghadapi cabaran hidup. Fischer (1985) menekankan bahawa kecerdasan berkait rapat dengan keadaan sedar dan aksi seseorang individu. Seseorang yang cerdas harus berupaya menyesuaikan segala tingkah lakunya dalam apa-apa bentuk alam persekitaran dalam keadaan sedar.

Emosi Emosi atau dalam bahasa latin ‘motus anima‟ adalah fikiran tentang sesuatu situasi di mana manusia itu menemui diri mereka dan ia lahir daripada perlakuan-pelakuan fisiologi, iaitu tindak balas badaniah yang dikawal oleh otak. Emosi berasal dari perkataan Greek ―emovere‖ yang membawa maksud ―untuk keluar‖. Emosi biasanya ditonjolkan keluar untuk dipuaskan oleh setiap manusia. Secara amnya, emosi adalah satu keadaan yang dialami oleh manusia iaitu beberapa perubahan pada proses fisiologi, diri dan psikologi akan berlaku. Bruno (1984) mendefinisikan emosi sebagai satu keadaan bangkitan yang mengganggu garis dasar homeostasis. Beliau melihat emosi dari perspektif ini kerana apabila

Page 2: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

2

seseorang mengalami emosi,hampir keseluruhan keadaan homeostasisnya terganggu dengan pelbagai perubahan fisiologi yang berlaku dalam tubuhnya. Pandangan yang diutarakan oleh Chaplin (1985) sebaliknya cuba membezakan emosi dan perasaan. Mengikut beliau, emosi adalah satu keadaan bangkitan ―arousal‖ yang dialami oleh organisma yang melibatkan beberapa perubahan pada viseral, kesedaran dan tingkah lakunya manakala perasaan pula adalah pengalaman-pengalaman sedar yang diaktivasikan oleh sama ada rangsangan luaran ataupun beberapa keadaan badan yang berbeza-beza. Perkataan emosi dístilah sebagai keadaan subjektif seperti cinta, takut, benci dan rasa jijik. Dari aspek psikologi emosi didefinisikan sebagai tindak balas subjektif (perasaan), yang biasanya disertai oleh perubahan fisiologi. Emosi adalah keadaan motivasi yang ditandai oleh pertumbuhan fisiologi, tingkah laku ekspresif dan pengalaman dan penilaian mental (Maarof dan Haslinda, 2001). English dan English (1961) pula mentakrifkan emosi sebagai satu set tindak balas automatik, viseral dan tingkah laku lampau serta komunikasi emosi seperti ekspresi muka, isyarat, perkataan dan lain-lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Crow dan Crow (1983) menyatakan bahawa emosi ialah statu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan unsur-unsur dalaman secara amnya dan keadaan mental dan fisologi yang bergerak di dalam diri individu, dan yang menunjukkan dirinya pada tingkah laku yang nyata. Emosi juga digambarkan sebagai proses penyesuaian dalaman yang dinamis yang ditunjukkan melalui kepuasan, keperluan pelindungan dan kebajikan individu.

Konsep Emosi Dalam mengkaji pelbagai bentuk dan fenomena emosi, pakar-pakar jiwa cuba menerangkan apa itu emosi dan bagaimana emosi dialami oleh manusia. Antara pakar jiwa yang mula-mula mengkaji tentang emosi ialah William James, Wilhelm Wundt dan Edward Titchner dan kajian mengenai emosi berkembang dari masa ke semasa sehingga terbentuknya beberapa teori yang boleh dijadikan sandaran asas kepada kajian emosi. Emosi dan perasaan manusia pada amnya mempunyai unsur-unsur yang positif dan negatif. Kegembiraan, keriangan dan kesukaan adalah bentuk-bentuk emosi yang positif, manakala kemarahan, kesedihan dan kemurungan melambangkan emosi yang negatif. Satu cara yang ringkas untuk emosi ini diklasifikasikan adalah dengan cara mengenalinya di atas satu skala yang berterusan seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut :

Rajah 1 : Skala Hedonik untuk mengkategorikan emosi. Sumber : Bruno,F ( 1984 halaman 197)

__________________________________________________________________________ Gelisah -5 -4 -3 -2 -1 0 +1 +2 +3 +4 +5 Tenang

___________________________________________________________________________ Skala Hedonik ini dicadangkan oleh Wundt (1918) dan tujuan skala ini adalah untuk memperihalkan keadaan tenang-gelisah. Angka -5 adalah keadaangelisah dan angka +5 melambangkan ketenangan yang maksimum. Pelbagai pengalaman emosi peribadi boleh dimasukkan ke dalam skala tersebut seperti kesedihan, kegembiraan, kesunyian dan lain-lain lagi.

Page 3: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

3

Kecerdasan emosi Sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain, dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. (Young, 1996). Kecerdasan emosi didefinisikan sebagai kebolehan untuk memantau emosi, menilai dan menjana emosi dalam membantu proses pemikiran dan membuat keputusan, untuk memahami emosi tersebut dan pengetahuan emosi dan untu mengawal emosi dalam usaha untuk memperkembangkan kemahiran intelektual dan emosi.(Salovey dan Mayer, 1990).

Teori-teori Emosi

Terdapat dua komponen teori mengenai emosi, iaitu teori berasaskan fisiologi yang terdiri dari Teori Tiga Lapisan Otak, Teori James-Lange dan Teori Cannon-Bard. Komponen kedua berasaskan kognitif seperti Teori Schachter-Singer dan Teori Arnold-Ellis. Teori fiologi menyatakan bahawa kebanyakan emosi yang diluahkan oleh manusia adalah di bawah kawalan satu siri neuron yang terletak di satu kawasan otak yang dinamakan sebagai sistem limbik. Sistem Limbik terdiri dari sel-sel dalam hipotalamus, amigdala dan bahagian-bahagian kortek yang lain. Teori kognitif melibatkan penafsiran dan proses fisiologi di mana tindak balas emosi dibentuk akibat dari tindak balas neuron. Ia melibatkan proses ransangan yang di hantar secara isyarat ke otak (talamus) dan menghasilkan reaksi fizikal tubuh badan dan menghasilkan pengalaman.

Teori Tiga Lapisan Otak Paul Maclean (1950) telah menjalankan satu kajian mengenai otak. Beliau mendapati bahawa otak manusia secara fizikalnya boleh dibahagikan kepada tiga lapisan iaitu neo-korteks (serebrum), otak tengah (otak manusia) dan pangkal otak (reptilian). Neo-korteks berfungsi mengawal intelek dan proses berfikir dan penaakulan. Otak tengah berfungsi mengawal emosi, seks dan kegembiraan. Pangkal otak pula bertindak sebagai pengawal kepada tindakan refleks. Beliau kemudiannya memperdalamkan kajian beliau dalam bidang emosi dengan melihat perkaitannya dengan perubahan tingkah laku serta perkaitannya dengan kecerdasan.

Rajah 2: 3 Lapisan Otak

Sumber : Azizi Yahya (2003)

Otak tengah (Otak Mamalia) ‗Mengawal emosi, seks dan

kegembiraan‘

Neo-Korteks (serebrum) ‗Mengawal intelek – kemahiran berfikir‘

Pangkal Otak ‗Mengawal

tindakan refleks‘

Page 4: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

4

Teori James-Lange Emosi yang dialami oleh manusia boleh disebabkan oleh sesuatu peristiwa yang berlaku (rangsangan luaran) dan mempengaruhi perubahan fisiologi (dalaman). Teori James-Lange menyatakan bahawa emosi disebabkan oleh pengamatan manusia terhadap beberapa perubahan pada badan. Tindak balas dan maklum balas yang ditunjukkan oleh tubuh badan menghasilkan emosi (Maa‘rof dan Haslinda, 2001). Ringkasan teori emosi James-Lange digambarkan dalam rajah di bawah. Dari aspek fisiologi, manusia harus mempunyai rangsangan luaran yang disalurkan terus ke bahagian talamus, kemudian terus ke hipotalamus dan ini menyebabkan reaksi fizikal pada emosi berkenaan. Reaksi ini di hantar ke bahagian korteks di organ otak dan akan menghasilkan pengalaman sedar tentang emosi tersebut. James dan Lange ( 1890) mengatakan bahawa kita merasai emosi di seluruh tubuh dan tidak hanya di otak atau fikiran sahaja. Emosi amat berkaitan dengan reaksi fisiologi yang di alami oleh manusia dan teori James-Lange menekankan yang emosi itu berlaku hanya setelah beberapa tindak balas tubuh yang khusus di alami. Sebagai contoh, James dan Lange (1904) ( dalam Jonhnson 2003) menjelaskan bagaimana wujudnya perasaan malu. Perasaan malu merupakan hasil daripada perubahan biologi badan seperti muka kemerah-merahan, tangan menutup muka dan melingkarkan badan. Reaksi biologi ini menyatakan dengan jelas apakah perasaan yang kita alami sebenarnya

Secara kesimpulannya, teori ini percaya bahawa emosi wujud hasil daripada berlakunya perubahan keadaan fisiologi yang disebabkan rangsangan dari persekitaran kita.

Rajah 3 : Teori Emosi James – Lange

Sumber: Mohd Nazar Mahmood (2001)

Teori Kognitif Schachter-Singer Stanley Schachter berpendapat bahawa kedua-dua teori fisiologi telah mengenepikan komponen kognitif. Schachter dan Singer (1962) berkata terdapat dua komponen untuk merasai emosi iatiu, seseorang itu mesti mengalami fisiologi dan mestilah ada interpretasi kognitif atau penerangan kognitif tentang fisiologi. Mereka mengutarakan teori yang hampir sama dengan teori Arnold-Ellis dengan penambahan di mana selepas proses reaksi fizikal tubah setelah ransangan dinilai mereka perlu melaksanakan bahagian gabungan penilaian kognitif dan reaksi fizikal akan menghasilkan emosi.

Rangsangan Malar

Talamus

Hipotalamus

Reaksi Badan

Korteks

Emosi dalam bentuk pengalaman SEDAR

Page 5: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

5

Teori Cannon-Bard

Cannon (1890) mengatakan bahawa emosi tidak harus berpunca daripada reaksi-reaksi tubuh. Beliau berpendapat reaksi-reaksi tubuh terhadap pelbagai emosi adalah hampir-hampir sama dan sukar bagi reaksi ini dibeza-bezakan pada tahap saraf. Bersandarkan idea tersebut beliau bersama Philip Bard menyarankan teori emosi sendiri. Kedua-dua pakar psikologi ini menekankan bahawa ransangan yang diterima oleh individu dihantar ke bahagian talamus terlebih dahulu. Kemudian, dari talamus isyarat saraf akan terus di hantar ke dua bahagian serentak, iaitu korteks serebral dan sistem saraf autonomik. Rangsangan yang di terima oleh korteks serebral akan menghasilkan persepsi serta pengalaman sedar mengenai emosi tersebut manakala sistem saraf autonomik akan menghasilkan reaksi tubuh terhadap emosi itu. Kedua-dua pengalaman dan reaksi tubuh emosi ini adalah unik kerana kedua-duanya sekali akan menyatakan tentang sesuatu emosi yang di alami.Ringkasan teori ini digambarkan di dalam rajah di bawah.

Rajah 4 : Teori Emosi Cannon- Bard

Rangsangan Luaran

Talamus Korteks Hipotalamus serebral

Sistem saraf Autonomik

Organ dalam Badan ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Persepsi tentang Emosi Reaksi fizikalyang berkaitan dengan Emosi PENGALAMAN EMOSI

Sumber : Mohd Nazar Mahmood (2001)

Teori kognitif Arnold-Ellis Teori kognitif Arnold-Ellis pula menekankan kepentingan terhadap penilaian serta interpretasi sesuatu peristiwa daripada rangsangan yang menyebabkan sesuatu emosi. Menurut Arnold dan Ellis (1890) manusia akan menginterpretasi pelbagai situasi dan peristiwa yang berkaitan sebelum memaparkan sesuatu emosi. Oleh itu, rangsangan luaran akan di terima oleh talamus dan terus di hantar ke bahagian korteks untuk di analisis dan diinterpretasikan. Kemudiannya rangsangan itu akan dihantar ke bahagian hipotalamus yang bertanggungjawab menghasilkan reaksi emosi yang bersesuaian. Pandangan ringkas mengenai teori tersebut digambarkan dalam rajah berikut.

Page 6: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

6

Rajah 5: Teori Emosi Arnold Ellis

Rangsangan luaran

Talamus

Korteks serebral

Emosi diinterpretasi di bahagian ini

Hipotalamus

Reaksi badan setelah diketahui dan dikenalpasti

Sumber : Mohd Nazar Mahmood (2001)

Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, menagtur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan dalaman orang lain dan berdoa untuk memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan untuk menyelesaikan konflik serta untuk memimpin. ( Azhar, 2004)

Definisi Kecerdasan Emosi Kebelakangan ini, kecerdasan emosi telah mendapat perhatian yang menggalakkan dari pelbagai pihak. Ia kerana ia didapati penting dalam mengenalpasti dan menjangka prestasi individu di tempat kerja (Kiersted, 1999). Pelbagai definisi telah dibuat oelh ahli psikologi terhadap terma kecerdasan emosi. Ahli psikologi yang terawal merungkai makna kecerdasan emosi secara spesifik ialah Mayer dan Salovey (1990). Menurut mereka, kecerdasan emosi merujuk kepada :

Emotional intelligence is the ability to perceive, to access and generate emotions so as to assist thought, to understand emotions and emotional knowledge, and to relectively regulate emotions so as to promote emotional and intellectual growth.

( Mayer dan Salovey,1990) Mayer dan Salovey (1993) seterusnya menyatakan bahawa kecerdasan emosi membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan masalah. Menurut mereka, kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, untuk membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk menggunakan maklumat yang diperolehi dalam pemikiran dan tindakan. Neely (1997) mendefinisikan kecerdasan emosi secara saintifik sebagai satu rangkaian kebolehan yang melibatkan dua proses berlaku serentak secara tidak langsung iaitu tindakbalas otak dan tindakbalas emosi, keupayaan dan kecekapan yang mempengaruhi kebolehan seseorang untuk menghadapi cabaran persekitaran.

Page 7: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

7

Hein (2004) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai :

The mental ability we are born with which gives us our emotional sensitivity and our potential for emotional learning management skills which can help us maximize our long- term health, happiness and survival.

Konsep Kecerdasan Emosi Kecerdasan emosi merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan emosi dalam kehidupan dan pekerjaan mereka seharian. Ia juga bagi membantu individu dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi serta berfungsi secara afektif. Kecerdasan emosi merujuk kepada kemampuan minda berfungsi secara semulajadi dalam keadaan-keadaan yang dipengaruhi oleh kognisi, perasaan dan emosi pada diri mereka. Perubahan tingkah laku berlaku setelah emosi diransang di mana akal akan bertindak secara logik dan hasil yang diharapkan bergantung pada situasi. Sekiranya tingkah laku serta keputusan yang dibuat melibatkan elemen akal dan perasaan maka hasilnya boleh dijangka dan ianya lebih baik. Menurut Mayer dan Salovey. (1993), kecerdasan emosi membolehkan kita berfikir dengan lebih kreatif dan memudahkan proses penyelesaian masalah. Mereka telah membahagikan kepntaran emosi seseorang individu kepada empat cabang kebolehan. Cabang yang pertama merujuk kepada Persepsi Emosi (Emotional Perception). Ia melibatkan kebolehan seperti mengenal pasti emosi melalui mimik muka, muzik, cerita atau sebagainya. Cabang kedua merujuk kepada Memudahkan Perhatian Terhadap Emosi (Emotional Facilitating of Thought). Ia melibatkan kebolehan mengaitkan emosi dengan sensasi mental lain seperti rasa dan warna, dan menggunakan emosi dalam menaakul dan menyelesaikan masalah. Cabang ketiga pula merujuk kepada Memahami Emosi (Understanding Emotion), di mana ia melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah emosi seperti mengetahui emosi mana yang serupa atau bertentangan, dan mengenal pasti apakah perkaitan yang wujud antara emosi terbabit. Cabang keempat merujuk kepada Pengurusan Emosi (Emotional Management). Ia melibatkan pemahaman terhadap implikasi perbuatan sosial dalam emosi dan pengawalan emosi dalam diri orang lain.

Elemen Kecerdasan Emosi

Enam domain EQ yang dikategorikan oleh Mayer dan Solovey Istilah emotional intelligence mula-mula sekali digunakan oleh ahli psikologi iaitu Salovey dan Mayer (1990). Ia digunakan bagi menjelaskan kualiti-kualiti diri khusus yang terdapat pada emosi yang penting supaya seseorang dapat mencapai kejayaaan. Enam domain EQ yang diperkenalkan oleh mereka adalah seperti yang dibincangkan di bawah :

Kesedaran kendiri

Kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari satu-satu perasaan dan dapat memberikannya identifikasi tertentu. Aras ini juga merujuk kepada kesedaran hubungan antara buah fikiran, perasaan dan tindakan. Individu sedar berkenaan pemikiran jenis apa yang merangsang perasaaannya. Tambahan lagi kesedaran adalah perasaan yang akan terbit akibat daripada satu-satu tindakan itu. Paling penting, kita menyedari apakah emosi kita pada waktu ini dan bagaimana emosi itu dapat membantu kita membuat keputusan yang tepat dan bijak. Kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada diri.

Page 8: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

8

Mengendalikan emosi Kita perlu menyedari apa sebenarnya berada di sebalik satu-satu perasaan atau emosi itu. Kepercayaan dan keyakinan mempunyai kesan yang kuat kepada kebolehan kita bertindak dan bagaimana satu-satu tindakan dilakukan. Ramai orang secara berterusan dikuasai atau dipengaruhi oleh pemikiran negatif. Harapan dan rasa optimis, sebaliknya adalah satu elemen yang amat berguna dalam menjana kejayaan. Kita perlu mencari jalan meredakan perasaan yang meluap-luap kerana marah atau kecewa. Kita cuba memahami apa yang akan terjadi apabila emosi amarah menggelodak apabila tidak dapat dikawal. Fikirkan sejenak berkenaan akibat baik dan buruknya satu perkataan yang dihamburkan ketika emosi tidak terkawal. Kebolehan mengalihkan emosi kepada satu-satu yang positif adalah anak kunci kepada kecemerlangan sikap.

Empati

Kebolehan menguasai keadaan dan bertindak dengan bijak memerlukan keprihatinan kita pada perasaan orang lain dan melihat sesuatu daripada kaca mata orang lain. Timbang-rasa yang membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tanpa menjadikan kita emotional adalah penting. Kebolehan membezakan apa yang dikatakan oleh orang lain daripada tindakan dan penilaian yang bersifat personal adalah penting.

Berhubung Kebolehan menjalin hubungan silaturrahim yang sihat mempunyai kesan positif kepada semua yang terlibat. Sedar apakah jenis perasaan yang cuba dikomunikasikan kepada orang lain. Kegirangan dan pengharapan ada kait-mengait sama juga halnya dengan pesimis dan perasaan ataupun pendapat tanpa melahirkan perasaan atau kebenciaan adalah kekunci kejayaan.

Kerjasama Kebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak menjadi ketua ataupun pemimpin dan ila pula menjadi pengikut adalah penting dalam kerjasama. Sifat pemimpin yang unggul bukan terletak pada paksaan ataupun kuasa tetapi lahir daripada kebolehan menggalakkan orang yang dipimpin dapat berkerjasasama antara satu dengan yang lain secara baik bagi mencapai satu tujuan bersama. Menyedari kebolehan seseorang dan memberi galakan supaya mengambil bahagian dalam satu-satu aktiviti adalah lebih berkesan bagi menghasilkan kebaikan daipada memberi arahan ataupun mengkritik. Pada ketika yang sama, kita perlu menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab danb menyedari kesan atau akibat daripada keputusan yang dibuat dan meneruskan komitmen yang tidak berbelah bahagi.

Menyelesaikan konflik Apabila hendak menyelesaikan masalah, kita perlu memahami mekanisme yang hendak digunakan.Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya dihantui ataupun terkunci dalam rangkaian emosi yang membakar diri dan mereka jarang dapat melihat isu yang menyebabkan konflik itu secara lebih rasional. Penyelesaian konflik apat dicapai dengan menggunakan kebolehan emosi.

Lima Domain EQ oleh Goleman (1996) Goleman (1996) mempopularkan EQ dalam bukunya Emotional Intelligence dan sekaligus membangkitkan kesedaran orang ramai berkenaan konsep ini yang bermula dengan implikasinya ke atas mendidik kanak-kanak sehinggalah kepentingannya di tempat kerja dan hampir dalam semua interaksi manusia. Beliau pula mengemukan idea bahawa kecerdasan emosi boleh dikenalpasti melalui lima domain berikut :

Page 9: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

9

Mengenali emosi sendiri Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi berupaya menyedari emosinya ketika emosi itu menguasai dirinya. Melalui kesedaran kendiri seseorang itu mengetahui dan memahami emosinya. Kesedaran kendiri tidak bermakna seseorang itu terbawa-bawa dengan emosinya ataupun berlebih-lebih dengan emosi. Sebaliknya kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang itu dapat menyedari emosi yang sedang mempengaruhi mindanya akibat tekanan yang dihadapi seterusnya menguasainya. Dengan adanya kesedaran kendiri ini maka seseorang itu dapat menguasai emosi dan fikiran tentang emosi itu. Ramai orang sedar bahawa emosi sedang menguasainya tetapi sukar untuk mengawalnya atau keluar daripada penguasaan emosi itu. Justeru itu, seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi bukan sahaja sedar tetapi juga dapat menguasai emosi.

.

Mengurus emosi sendiri Kita mempunyai peluang yang amat terhad untuk mengawal emosi yang menguasai diri. Kemampuan kita juga agak terbatas untuk menentukan emosi yang akan menguasai kita. Emosi datang tanpa diundang kerana bila-bila sahaja emosi boleh muncul tanpa direncana. Namun apa yang boleh dilakukan ialah dengan menentukan emosi yang menguasai kita itu hanya sementara sahaja. Kita boleh menentukan berapa lama emosi itu akan menguasai diri kita. Emosi marah akan menjadi aktif dan bertindak dengan cepat sekali tanpa diduga apabila terdapat rangsangan emosi seperti apabila ego kita dicabar, keselamatan kita diancam ataupun keupayaan atau hak kita dirampas ataupun dinafikan. Jika emosi negatif ini tidak dibendung dengan segera maka ia akan membawa mudarat. Maka beberapa kemahiran boleh dipraktikkan, seperti memikir kembali rangsangan emosi tadi, mencabar fikiran yang mencetuskan emosi marah itu dan mengalih tumpuan masalah. Seseorang yang mampu mengurus emosinya boleh dikira mempunyai sebahagian kecerdasan emosi.

Memotivasikan emosi negatif Menjadikan emosi sebagai alat untuk meningkatkan keupayaan diri untuk berfikir, merancang dan menyelesaikan masalah adalah salah satu ciri kecerdasan emosi. Emosi boleh dijadikan alat untuk meningkatkan prestasi minda kognitif dengan cara tertentu. Di antara caranya ialah dengan menyemai harapan dalam diri seseorang itu. Apabila seseorang itu mempunyai atau menaruh harapan maka segala kebimbangan, keputusan dan kesedihan yang dialami dapat diredakan kerana segala rintangan atau masalah boleh diatasi. Segala pekerjaan yang diiringi dengan harapan akan dibantu oleh perasaan gembira dan bersemangat untuk melakukannya. Keadaan minda emosi begini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat merasai bahawa beban yang dihadapi itu satu masalah yang berat, sebaliknya ia dilihat sebagai sesuatu yang mudah diatasi.

Selain harapan, keyakinan juga akan menghasilkan satu sikap yang positif yang dapat bertindak sebagai penghalang kepada seseorang itu daripada terjebak di dalam jaringan tekanan apabila menghadapi masalah. Keupayaan untuk memasuki satu keadaan psikologi yang disebut flow merupakan keadaan mental pada peringkat tinggi, iaitu keadaan apabila kecerdasan emosi berada di dalam keadaan yang terbaik. Di dalam keadaan ini emosi dapat digunakan untuk memudahkan pekerjaan dan pembelajaran. Di dalam keadaan flow, seseorang itu dapat menghayati sepenuhnya pekerjaan yang diusahakan, memberi tumpuan yang penuh dan menyedari apa yang dilakukan. Untuk mencapai keadaan ini seseorang itu harus melakukan sesuatu yang disukai atau diminati. Pada peringkat ini, emosi dikerahkan menjadi tenaga yang positif dan produktif. Emosi menjadi satu unsur motivasi untuk menghadapi segala gejala seperti kekecewaan, kebimbangan dan ketakutan melalui kemahiran-kemahiran tertentu.

Mengenali emosi orang lain Sebelum kita mengenali emosi orang lain maka terlebih dahulu kita mesti mengenali emosi sendiri. Lebih tinggi keupayaan kita menyelami emosi sendiri maka lebih mudah kita menjelajah dan memasuki emosi orang lain atau empati. Kalau seseorang itu tidak mampu untuk memahami emosi sendiri

Page 10: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

10

bagaimana pula hendaka memahami emosi orang lain. Orang yang menghadapi masalah untuk memahami emosi sendiri dikatakan mengalami alexithymics. Mereka ini bukan sahaja tidak memahami emosi sendiri tetapi juga tidak tahu apa yang mereka rasai dan seterusnya menjadi keliru dengan emosi sendiri. Keadaan ini bertambah celaru apabila orang lain mencurahkan emosi mereka. Sehubungan itu, alexithymics menjadi penghakis kepada pembinaan kecerdasan emosi. Memahami emosi orang lain perlu kepada kemahiran yang khusus. Manusia sering tidak memperlihatkan emosi secara langsung. Sebaliknya mereka memperlihatkan melalui tindakan bukan verbal seperti nada suara, gerak tangan, ekspresi muka, gerak badan dan sebagainya. Sesungguhnya emosi menggunakan wahana bukan verbal untuk disampaikan. Justeru itu, kemahiran untuk membaca makna daripada unsur-unsur bukan verbal ini sangat penting untuk memahami emosi orang lain.

Seseorang yang ingin membaca emosi orang lain itu haruslah berempati. Empati berbeza daripada simpati. Simpati hanya setakat memahami masalah atau perlakuan seseorang. Empati lebih daripada itu. Empati bukan sahaja memahami masalah orang tetapi merasai apa yang dirasai oleh orang itu. Tanpa empati seseorang itu akan membina jarak emosi dan keadaan ini akanmenyebabkan seseorang itu gagal membina persahabatan yang bermakna. Memperlihatkan empati tidak bermakna seseorang itu menyerahkan nilai-nilainya ataupun mengenakan nilai-nilainya kepada orang lain. Sebaliknya seseorang itu dikehendaki mendengar, memahami dan merasainya. Selepas berempati barulah kita dapat membantu dengan cara yang lebih rasional dan positif.

Mengendalikan perhubungan Mengenali emosi orang lain dapat dilakukan apabila seseorang itu memiliki keupayaan pengurusan kendiri dan berempati. Dua keupayaan ini membentuk kuasa interpersonal. Keupayaan interpersonal ini mengizinkan seseorang itu mencorak dan membentuk pertemuan yang berlaku menjadi sesuatu yang positif, memberi ilham kepada orang lain, menghasilkan perhubungan yang akrab, mempengaruhi orang lain dan membantu orang lain mendapatkan kebahagian ataupun ketenangan. Setiap kali kita bertemu dengan seseorang kita sebenarnya menghantar isyarat melalui mimik muka, bahasa badan serta nada suara dan isyarat-isyarat ini memberi kesan kepada orang yang kita temui. Misalnya senyuman yang diberi pada setiap kali pertemuan akan menyebabkan seseorang mudah didekati oleh orang lain. Senyuman adalah isyarat yang membawa mesej, di antaranya orang yang tersenyum itu sedia untuk didekati, senang dengan orang yang ditemui dan sedia menghulurkan tali persahabatan. Maka dengan adanya kecerdasan emosi, isyarat-isyarat yang dihasilkan itu mampu membentuk perhubungan yang positif.

Teori-teori Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi sebagai satu sub ilmu dalam disiplin psikologi masih baru. Namun emosi atau perasaan sebagai salah satu unsur yang terdapat pada manusia sudah dikaji Sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Emosi manusia bukan sahaja menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi dan klinikal malah ia turut dilihat dalam pelbagai perspektif sains sosial dan kemanusiaan seperti sosiologi, geografi, pendidikan, linguistik, sejarah dan sebagainya . Ramai sarjana berpendapat istilah emosi sukar hendak diterjemahkan kerana ia milik peribadi seseorang. Terdapat tiga aspek emosi iaitu cognitive-experiential bermaksud emosi yang dapat dijelaskan dengan perkataan; behaviour-expressive atau non verbal expresión seperti mimik muka, bahasa tubuh, postur dan physiological-biochemical iaitu aktiviti otak, suhu badan , kadar denyutan jantung. Hanya aspek behaviour expressive dapat dilihat dengan jelas manakala yang lain biasanya sukar dilihat Teori kecerdasan emosi membincangkan tentang aspek-aspek yang mempengaruhi kecerdasan emosi seseorang, jenis-jenis sifat individu yang mempengaruhi kepintaran emosi dan kesan dari sifat tersebut. Beberapa teori berkaitan kecerdasan dan kecerdasan emosi telah dikenalpasti iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner, Teori X dan Teori Y serta Teori 2 faktor Herzberg.

Page 11: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

11

Teori Kecerdasan Pelbagai

Gardner (1983) percaya bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya seperti menggubah lagu, mencipta puisi atau koreografer tarian. Beliau menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenalpasti melalui ujian seperti ujian IQ. Beliau juga berpendapat bukan terdapat hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah, tetapi terdapat pelbagai cara, iaitu individu menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Gardner (1983) telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang diperlukan oleh seseorang untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Teori ini dikenali sebagai Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner. Kecerdasan-kecerdasan tersebut ialah kecerdasan logik-matematik, bahasa-linguistik, muzikal, visual-ruang-spatial, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensial. Kewujudan sembilan jenis kecerdasan ini telah mempengaruhi persepsi pakar-pakar psikologi Barat yang lain terhadap konsep kecerdasan yang selama ini dipegang dan dipertahankan. Implikasi daripada pandangan Gardner (1983) ini ialah kehadiran dua pandangan yang berbeza tentang kecerdasan. Pertama, mereka yang melihat kecerdasan sebagai satu, iaitu setiap individu itu dilahirkan dengan kecerdasan tertentu. Kedua, mereka yang menerima kecerdasan sebagai sesuatu yang mempunyai beberapa komponen. Bagi Gardner (1983) kewujudan beberapa kecerdasan itu tidak boleh dinafikan dan selain kecerdasan kognitif terdapat lagi satu kecerdasan yang berhubungan dengan kemahiran sosial iaitu kemahiran intrapersonal dan interpersonal.

Rajah 6 : Jenis-jenis kecerdasan Gardner

Sumber : Gardner (1983)

Mengikut Gardner (1984) kecerdasan intrapersonal melibatkan kemahiran meneliti, memahami, melabel dan menilai perasaan-perasaaan sendiri serta menggunakannya untuk memahami dan memandu perlakuan sendiri.

The core capasity at work here is access to one‟s own feeling life- one‟s range of effects or emotions: the capacity instantly to effect discriminations among these feelings and eventually, to label them, to enmesh them in symbolic codes, to draw upon them as a means of understanding and guiding one‟s behaviour.

(Gardner,1984)

Logik - matematik

Bahasa - linguistik

Muzikal

Visual-ruang-spatial Interpersonal

Intrapesonal

Eksistensial

Naturalisme

Kinestetik-badan

Page 12: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

12

Kecerdasan interpersonal pula melibatkan hubungan seseorang itu dengan orang lain di dalam konteks meneliti, memahami dan memberi makna kepada mood, pembawaan/perangai, rangsangan dan tujuan yang ditunjukkan oleh orang lain dan seterusnya menjalinkan hubungan.

…. the ability to notice and make distinctions among other individuals and, in particular among their moods, temperaments, motivations and intentions. (Gardner 1984,241)

Kedua-dua kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner (1984) jelas memperlihatkan pertalian dengan pengertian kecerdasan emosi seperti yang dikemukakan oleh Salovey (1997), Goleman (1996) dan Patricia (1997). Namun mereka lebih terperici perbincangannya tentang kemampuan atau pengaruh emosi di dalam pembinaan kepintaran manusia berbanding Gardner.Pendekatan Gardner adalah pendekatan yang dikenali sebagai ―a cognitive-sceince model of mind‖ iaitu ia memberi perhatian yang lebih kepada pendekatan daripada sudut di mana kognisi melihat emosi dan bukannya peranan emosi di dalam pembentukan kecerdasan emosi.

Teori X dan Teori Y Teori ini membahagikan pekerja lepada dua sifat iaitu Teori X dan Teori Y. Che An (1990) mengatakan bahawa pekerja yang tergolong dalam kategori Teori X merupakan pekerja yang tidak suka diarah untuk membuat sesuatu kerja. Pekerja ini akan membuat kerja hanya apabila mereka dipaksa melakukannya.Pekerja dari golongan ini akan melakukan tugasnya sebaik mungkin hanya apabila terdapat seliaan atau kawalan daripada penyelia. Che An (1990) menjelaskan bahawaTeori Y merujuk kepada pekerja yang cenderung dan mempunyai minat untuk melakukan sesuatu tugas. Pekerja dalam golongan ini akan berusaha sedaya upaya dalam menyelesaikan sebarang masalah dan melaksanakan tugas yang diperintahkan. Mereka juga mampu membuat kerja tanpa sebarang seliaan daripada pengurusan atau penyelia. Pekerja juga mempunyai motivasi yang tinngi untuk maju dan berjaya dalam kerjaya mereka.

Untuk memastikan organisasi mencapai matlamat yang diingini, pihak pengurusan perlu mengetahui pekerja terdiri dari golongan mana. Ini akan memudahkan organisasi untuk membantu pekerja yang tergolong dalam Teori X untuk sedar akan tanggungjawabnya terhadap organisasi dan lebih aktif memberikan sumbangan lepada organisasi. Lepada pekerja Teori Y pula, pengurusan perlu memberikan ganjaran dan pengiktirafan yang sewajarnya supaya mereka dapat mengekalkan prestasi dan sikap mereka.

Pengukuran Kecerdasan Emosi

Bar-On Emotional Quotient Inventory Bar-On EQ-i telah dibangunkan oleh Bar-On , seorang ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan emosi selama lebih 19 tahun. Kaedah pengukuran ini telah digunakan untuk menilai ribuan individu selama lebih satu dekad kerana realibiti dan kesahihan keputusan yang diperolehi.

Bar-On mencipta kaedah pengukuran ini bertujuan untuk menjelaskan pendapat beliau mengenai ”an array of non cognite skills‖ yang berguna dalam menentukan kejayaan dalam aspek tertentu dalam kehidupan. Selain itu tujuan utama kaedah ini adalah untuk menilai kualiti peribadi yang membolehkan seseorang individu itu lebih bijak mengawal emosi dari orang lain. Kaedah ini biasa digunakan bagi proses pemilihan pekerja (selection) dan pembangunan kerjaya. US Air Force melaporkan bahawa mereka telah dapat menjimatkan 3 milion dolar setiap tahun setelah menggunakan kaedah pengukuran ini dalam menentukan kejayaan pengambilan rekrut baru.

Page 13: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

13

Kaedah pengukuran ini merupakan kaedah self report, di mana markah yang diperolehi adalah berdasarkan jawapan yang dijawab oleh pekerja. Ia merangkumi sebanyak 133 soalan yang meliputi 5 skala asas dan 5 sub-skala seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah :

Rajah 7 : Skala Bar-On Emotional Quotient Inventory

SKALA

SUB SKALA

KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Pertimbangan diri

kesedaran emosi diri

penonjolan diri

berdikari

kesempurnaan kendiri

KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Empati

Tanggungjawab sosial

Hubungan interpersonal

SKALA PENYESUAIAN DIRI

Pengujian Realiti

Fleksibiliti

Penyelesaian Masalah

PENGURUSAN TEKANAN

Toleransi tekanan

Kawalan Impuls

SKALA SITUASI FIKIRAN (MOOD) UMUM

Optimisme

Kegembiraan

Sumber : Mohd Nazar Mahmood (2001)

Mayer-Salovey-Caruso Emotional Intelligence Test (MSCEIT) Kaedah ini telah direka bentuk oleh Mayer, Salovey dan Caruso. Sebelum ini, ia lebih dikenali dengan nama Multifactor Emotional Intelligence Scale (MEIS). Kaedah ini dibentuk berdasarkan kepada teori yang telah dibuat oleh Mayer dan Salovey. Pemarkahan adalah berdasarkan skor akhir yang diperolehi oleh setiap pekerja hasil daripada jawapan yang diberi. Daripada skor yang didapati, tahap kecerdasan emosi pekerja akan dibahagi mengikut tahap yang tertentu. Kaedah ini didapati lebih kepada menguji kebolehan individu iaitu kebolehan mengecam, mengenalpasti dan menggunakan emosi. Ia biasanya digunakan untuk memahami kebolehan atau kelemahan diri dan untuk mengetahui emosi orang lain. Kaedah pengukuran ini meliatkan beberapa persoalan yang meliputi empat cabang kepintaran emosi seperti dalam lakaran rajah berikut.

Page 14: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

14

Rajah 8 : Empat Cabang Kecerdasan Emosi dalam MSCEIT

Sumber : Salovey. P dan Mayer. J.J (1990)

Emotional Competence Inventory (ECI) Goleman (1985) telah berkerjasama dengan Boyatzis untuk membentuk kaedah pengukuran ini. Ia juga dikenali sebagai Pengukuran Maklumbalas 360* ( 360* Feedback Measure). Ini kerana ia bukan sekadar self report tetapi juga melibatkan maklumbalas daripada 15 orang yang mengenali responden seperti ketua atau penyelia, rakan sekerja dan individu yang melapor atau sering berinteraksi dengan responden. Tujuan utama memperolehi maklumbalas adalah untuk mengelakkan bias dan penipuan responden. Kaedah ini menilai kompetensi yang merangkumi aspek Kesedaran diri, Pengurusan Diri, Kesedaran Sosial dan Kemahiran Sosial. Kaedah ini biasanya digunakan sebagai instrumen dalam pembangunan kerjaya dan organisasi.

Work Profile Questionnaire-Emotional Intelligence (WPQei) Soal selidik ini dicipta oleh Emmeling (2003) dan merangkumi 84 soalan. Ia bertujuan untuk mengukur kualiti peribadi individu dan kompetensi yang diperlukan untuk membangun dan menguruskan emosi dengan lebih baik di tempat kerja. Ia meliputi 7 komponen iaitu Inovasi, Kesedaran diri, Intuisi, Emosi, Motivasi, Empati dan Kemahiran Sosial.

Konsep Kecerdasan Emosi

Konsep Kecerdasan Emosi menurut pandangan Islam Imam Ghazali dalam karya agungnya Ihya ‗Ulumuddin telah membezakan di antara roh dengan jasad seperti yang telah dilakukan oleh rakan-rakannya yang terdahulu. Roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Roh yang ada pada manusia kekal dan abadi manakala roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah. Justeru itu, Imam Ghazali membezakan roh manusia daripada roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan dengan unsur-unsur berikut : ( Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali bin Muhammad Al-Ghazali, 1980, Jld. 4, hlm.7)

MSCEIT

Pengurusan emosi

Persepsi emosi

Memudahkan perhatian terhadap emosi

Memahami emosi

Page 15: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

15

Al-Qalb (Hati) Hati secara lahiriah dikatakan sebagai seketul daging yang berfungsi untuk pengedaran darah. Pengertian kedua merujuk kepada rohaniah manusia yang berpusat kepada naluri rasional. Hati individu ini dikatakan hati ―qalbun‖. Hati yang berkualiti tinggi, iaitu hati ―lubbun‖ melahirkan cetusan hati yang rasional dan ikhlas membimbing akal.

Al-Nafs (Nafsu) Nafs adalah tabii keinginan. Nafs wujud dalam tujuh tahap, iaitu nafs ammarah, nafs lawwamah, nafs malhamah, nafs mutmainnah, nafs radiah, nafs mardiah dan yang tertinggi nafs kamilah. Keinginan yang tidak terkawal dipanggil nafs ammarah yang bertindak mengikut hawa nafsu tanpa berfikir. Sementara manusia yang lemah lembut dan tersusun tingkah lakunya dipanggil nafs mardiah. Nafs kamilah adalah yang tertinggi yang dimiliki oleh para ambiya dan nabi-nabi.Kualiti nafs ini mencorakkan personaliti individu itu menjadi manusia yang rasional dan aman.

Al-Aql (Akal) Ia sangat penting dan dengannya membezakan antara manusia dengan binatang. Dengannya manusia membentuk konsep, generalisasi, dan berdaya rasional. Kualiti akal manusia berbeza dan manusia dikatakan mempunyai tiga jenis akal. Akal pertama adalah akal biasa di mana manusia berfungsi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Akal kedua dipanggil akal taakul yang mana manusia menggunakannya untuk mentafsir, menganalisis serta melihat sebab-musabat. Akal ketiga dikenali sebagai akal tadabbur yang merujuk kepada pemikiran manusia berlandaskan rasional serta keimanannya kepada tuhan.

Model-model Kecerdasan Emosi

Four Branch Model Dalam era globalisasi kini, sekolah turut mengalami perubahan daripada segi budaya, struktur tugas dan kemahiran baru yang diperlukan bagi melakukan kerja yang semakin kompleks. Justeru bagi mewujudkan budaya kerja yang lengkap dan baik, keseimbangan antara kemampuan sekolah menyediakan struktur tugas yang teratur, proses kerja yang jelas serta kepimpinan yang mantap diperlukan. Guru perlu memiliki kecerdasan mental, fizikal dan emosi yang seimbang. Apabila membicarakan soal berkaitan kepimpinan guru hari ini, jelas menunjukkan prestasi yang baik diperlukan bagi menjamin keberkesanan proses kerja dan struktur tugas yang diatur dan dirancang. Kualiti yang mesti dimiliki oleh guru seharusnya dikaji dan diteliti. Kesediaan guru untuk memimpin adalah faktor yang perlu diteliti bagi memastikan keberkesanan kepimpinan pendidikan. Keseimbangan emosi dan spiritual adalah domain penting bagi mewujudkan pemimpin yang bersedia memimpin. Kebanyakan kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi memberikan pelbagai pendapat bagi memahami faktor kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi sinonim dengan penjelasan berkenaan satu set kemampuan dan kebolehan kognitif yang membolehkan manusia mengecap ilmu dan belajar cara menyelesaikan masalah (Mayer dan Salovey,1997) Mayer dan Salovey (1997) membangunkan satu model EQ yang dikenali sebagai Four Branch Model bagi menjelaskan konsep EQ. Dalam model ini, EQ dipecahkan kepada empat peringkat proses yang merangkumi pembentukan emosi sehingga bagaimana mengurus emosi. Individu mula memikirkan bentuk emosinya seperti sedih, gembira atau takut pada satu-satu masa. Selain itu diperingkat ini juga, individu turut memikirkan perkara yang berkemungkinan timbul dalam emosi orang lain. Selalunya, peringkat ini berlaku apabila berlaku perkara yang merangsang emosi untuk menanggapinya.

Page 16: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

16

Peringkat yang kedua pula adalah individu yang menggunakan emosi sebagai alasan dan sebab ke atas pemikirannya berkenaan sesuatu. Individu itu mula memfokuskan pemikirannya kepada situasidirinya sama ada perhatian, tumpuan ataupun motivasinya. Kemudian individu mula mengaitkan kesesuaian emosinya dengan situasi yang dialaminya. Individu cenderung menjadikan emosi sebagai alasan tumpuannya kepada sesuatu, tahap motivasinya serta emosinya pada sesuatu masa. Peringkat ketiga adalah memahami emosi, individu mula memikirkan mengapa dirinya dan orang lain beremosi sedemikian. Pada peringkat ini tahap empati memainkan peranan penting. Individu cuba bersimulasi dengan meletakkan diri dalam diri orang lain bagi memahami emosi mereka.Pada peringkat ini, individu berkemampuan memahami emosi yang kompleks dan rantaian emosi serta bagaimana emosi berubah di setiap peringkat. Dalam peringkat terakhir, ianya merujuk kepada kemampuan individu mengurus emosi mereka. Pada peringkat ini kemampuan mengawal diri dan mengurus diri perlu dipertimbangkan. Ia penting bagi memastikan keputusan dan tindakan yang dibuat sesuai dengan emosi serta logik bagi mendapatkan hasil. Emosi memainkan peranan penting bagi memberi motivasi, mengelola, mengarah dan mengaktifkan tingkah laku samada tingkah laku sosial ataupun di tempat kerja. Keadaan emosi positif dan negatif dapat mempengaruhi tingkah laku individu samada membawa kejayaan ataupun penghalang kejayaan dalam proses kognitif dan proses membuat keputusan.

Rajah 9 : Four Branch Model

Sumber : Mayer dan Salovey (1997)

Model Trait EQ adalah elemen penting dalam memperkasa kepimpinan guru dalam setiap aspek atau bidang tugas. Seorang guru yang mempunyai keupayaan memahami dan menguruskan emosinya dan anak-anak didiknya sudah pasti akan mencapai kejayaan dalam bidang keguruannya. Memandangkan aspek kepimpinan guru mempunyai kaitan rapat dengan mengurus manusia, EQ seseorang guru perlulah konsisten sebagai prasyarat kejayaannya dalam mengurus manusia lain dan seterusnya berkesan dalam pencapaian matlamat. Pendekatan kepimpinan berasaskan trait oleh Stephen (2000) memberikan gambaran pemimpin yang efektif di mana ia dikategorikan kepada tiga trait iaitu personaliti, kemampuan dan sifat fizikal. Pendekatan ini boleh diadaptasikan ke dalam diri setiap guru yang umumnya akan memimpin organisasi pendidikan.

Mengenal pasti emosi Kebolehan mengetahui dan mengiktiraf bagaimana dan persekitaran perasaan

Memahami emosi, kemampuan memahami emosi yang kompleks dan rantaian emosi serta bagaimana emosi berubah pada setiap peringkat

Mengurus emosi Kemampuan menguruskan emosi diri serta orang lain

Menggunakan emosi untuk memudahkan proses berfikir Kemahiran untuk membina emosi, kemudian menjadikan ia alasan untuk sesuatu pemikiran

Page 17: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

17

Rajah 9 : Pendekatan Kepimpinan Berasaskan Trait

Sumber : Stephen 2000

Trait personaliti mempunyai hubungan yang kuat dengan kepimpinan yang efektif. Perkaitan ini dapat dilihat dalam dua keadaan iaitu trait sosial yang berkaitan dengan interaksi pemimpin dengan individu lain dan trait peribadi yang berkaitan dengan tingkahlaku pemimpin sebagai seorang individu. Dalam pendekatan ini, trait sosial menunjukkan hubungan yang lebih konsisten dengan keberkesanan kepimpinan berbanding trait peribadi. Trait sosial yang positif adalah mesra, memahami, bijaksana, sikap bekerjasama, empati dan kesedaran sosial. Ia dilihat berhubung secara positif dengan keberkesanan kepimpinan. Manakala corak trait sosial yang negatif seperti permusuhan atau persengketaan, pasif dan memencilkan diri mempengaruhi tahap keberkesanan kepimpinan yang rendah. Trait peribadi adalah trait penyesuaian emosi, keyakinan diri, ketertiban, bertanggungjawab, inisiatif, berdikari, keinginan mencapai sesuatu dan keinginan memenuhi kesempurnaan kendiri.Bagi trait peribadi ini kadangkala tidak konsisten dalam sesetengah situasi. Ia seringkali dipengaruhi oleh emosi pemimpin. Trait kemampuan pemimpin bagi mencapai keberkesanan dalam kepimpinannya sering dikaitkan dengan kecerdasan emosi, pemikiran atau akal, pengetahuan dan kemahiran. Menurut Stodgill (1974) dalam kajian-kajiannya berkenaan kepimpinan di peringkat kanak-kanak sekolah, pelajar universiti, para pentadbir, penyelia kilang dan pegawai tentera, beliau merumuskan bahawa keberkesanan kepimpinan dipengaruhi oleh kecerdasan yang dimiliki oleh individu itu. Trait fizikal juga adalah elemen penting sebagai pemimpin. Trait ini lebih kepada penampilan diri daripada segi aspek fizikal yang dapat mempengaruhi individu lain dalam kepimpinannya.

KEMAMPUAN Kecerdasan Pemikiran Emosi dan Intelek Pengetahuan Kemahiran

PERSONALITI Trait Sosial Dan Trait Individu

Ciri-ciri fizikal

B e r a t

penampilan

T i ngg i

Page 18: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

18

Kajian-kajian terkini mendapati terdapat enam trait personaliti yang membezakan pemimpin dengan bukan pemimpin iaitu kejujuran dan integriti, tahap kuasa tinggi, cita-cita dan keinginan untuk memimpin, kecerdasan, keyakinan diri dan pengetahuan berkenaan tugas yang berkaitan (Kilpatrick dan Locke, 1991; Stogdill, 1974) Kajian- kajian berkenaan dimensi kecerdasan emosi dijalankan dengan mengukur konsep-konsep yang berkaitan dengan kecerdasan emosi seperti kebolehan bersosial, kecemerlangan perhubungan interpersonal, kematangan psikologi dan kesedaran emosi diperkenalkan oleh para pengkaji. Kajian-kajian ini mendapati penekanan unsur-unsur yang ada kena mengena dengan kecerdasan emosi menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan interaksi sosial mereka berbanding dengan pelajar yang tidak didedahkan dengan konsep kecerdasan emosi. ( Azhar, 2004). Boyatzis dan Oosten (2002) dalam kajian mereka berhubung dengan peranan EQ dalam kepimpinan mendapati pemimpin yang berkesan menggunakan banyak kecekapan emosi dalam melaksanakan tugas kepimpinan berbanding kemahiran yang lain. Boyatzis (2002) menjalankan kajian berhubung dengan kecekapan utama dalam melatih, untuk mengatasi perlakuan yang tidak berfungsi (Dysfunctional Behavior). Hasilnya didapati terdapat dua kecekapan yang perlu ada pada seseorang kaunselor jika hendak menjadi kaunselor yang berkesan, iaitu sensitif tehadap dirinya sendiri dan sensitif terhadap orang lain. Kemahiran sensitif ini adalah kesedaran emosi diri dan empati (social awareness). Gardner (1984) mengkritik tentang pemahaman sempit manusia tentang pengertian konsep kecerdasan. Beliau tidak menganggap bahawa cara menilai kepintaran dapat melemahkan kekuatan ujian IQ, namun apa yang beliau musykilkan ialah persepsi manusia terhadap makna kecerdasan di mana rata-rata ahli psikologi mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan mental. Gardner tidak bersetuju dengan definisi kecerdasan yang diutarakan oleh kebanyakan ahli psikologi dan bagi beliau pengertian kecerdasan tersebut amat sempit dan merugikan. Bagi Gardner (1984,18) :

… intelligence test rarely assess skill in assimilating new information in solving new problems. This bias towards “crystallized” rather than “fluid” knowledge that can have astounding consequences. An individual can lose his entire frontal lobes, in the process becoming a radically different person , unable to display any initiative or to solve new problem-and yet may continue to exhibit an IQ close to genius level.

Gardner (1984) melihat bahawa hasil ujian IQ itu tidak selalunya memperlihatkan ramalan yang benar dan boleh dipakai. Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak tentang meramalkan masa depan seseorang. Bagi beliau, kecerdasan bukan hanya IQ malah lebih daripada itu. Beliau mengemukakan konsep pelbagai kecerdasan iaitu kecerdasan bahasa, kecerdasan muzik, kecerdasan logic-matematik, kecerdasan ruang, kecerdasan kinestatik, kecerdasan naturalis , kecerdasan eksistensial serta kecerdasan personal yang merangkumi kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal. Kewujudan sembilan jenis kecerdasan ini telah mempengaruhi persepsi pakar-pakar psikologi barat yang lain terhadap konsep kecerdasan yang selama ini dipegang dan dipertahankan. Bagi Gardner(1984) kewujudan beberapa kecerdasan itu tidak boleh dinafikan dan selain kecerdasan kognitif terdapat lagi satu kecerdasan yang berhubungan dengan kemahiran sosial iaitu kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal Kajian-kajian yang dilakukan terhadap minda manusia mendapati bahawa topografi minda manusia mempunyai dua komponen, iaitu minda rasional dan minda emosi (LeDoux 1996). Minda rasional adalah satu mod pemahaman yang lazimnya disedari. Ia menonjol dalam hal-hal seperti kesedaran, berfikir, merenung dan mengingat. Bersama-sama dengan minda rasional ialah minda emosi. Pada dasarnya terdapat keseimbangan di antara kedua-dua jenis minda ini.

Page 19: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

19

Emosi memberi maklumat untuk minda rasional beroperasi dan minda rasional pula memperhaluskannya dan kadangkala menvatakan hasil emosi itu. Keseimbangan dua minda ini memandu manusia melayari kehidupan mereka. Ketidakseimbangan yang berlaku akan menyebabkan satu minda itu menguasai minda yang lain. Mengikut kajian evolusi otak manusia, didapati bahawa berjuta-juta tahun dahulu dipercayai pusat emosi bermula daripada pangkal otak dan berkembang menjadi kawasan emosi yang disebut sebagai kawasan limbik. Le Doux (1996) mengatakan kawasan limbik dipercayai mempunyai talamus, hipotalamus, amigdala dan hipokampus. Kawasan limbik juga dikenali sebagai otak mini yang secara automatik mengawal persekitaran dalaman otak seperti emosi. Kemudian dari kawasan limbik ini berkembang kepada otak fikir yang dikenali sebagai korteks atau cerebral korteks.

Oleh kerana korteks berkembang daripada kawasan limbik maka hubungan di antara emosi dengan fikiran sangat erat , malah emosi mempunyai kuasa untuk mempengaruhi fikiran rasional Sistem limbik telah memperkukuhkan lagi kajian Goleman (1996) dimana beliau mengatakan minda emosi telah wujud lama sebelum minda rasional, maka peranan emosi tidak boleh diabaikan dan hakikatnya hubungan emosi dengan fikiran rasional ini memberi kesan terhadap kehidupan manusia.Goleman(1996) meneruskan kajian beliau dan mempeloporkan idea serta konsep kecerdasan emosi dengan meluas dalam dunia psikologi.

Rajah 10 : Sistem Limbik

Sumber : LeDoux, 1996,166.

Semenjak zaman Greek purba lagi, manusia cenderung untuk memisahkan di antara kognisi dengan emosi serta di antara fikiran dengan perasaan. Kecenderungan ini dilakukan kerana manusia menerima kognisi dan fikiran sebagai satu kegiatan mental yang rasional dan logik berbanding dengan emosi dan perasaan yang diterima sebagai sesuatu yang tidak rasional dan tidak logik.Hakikat ini banyak dikaji oleh LeDoux apabila beliau memperkatakan tentang sains kognitif (LeDoux 1996). Plato misalnya telah menyatakan bahawa kehadiran emosi atau diistilahkan sebagai ―passion‖ telah menyebabkan manusia kadangkala tidak dapat menggunakan akal fikiran. Tidak ramai yang menerima dan mendalami emosi sebagai satu kecerdasan. Selama ini emosi dianggap sebagai unsur psikologi manusia yang tidak ada kaitan langsung dengan kecerdasan. Sebaliknya, kecerdasan hanya dihubungkan dengan IQ, iaitu kemampuan mental kognitif. Goleman menyangkal dakwaan tersebut dalam kajian beliau :

Serebelum

Sistem Limbik

Otot, nadi, dan tekanan darah

Kortex Visual

Page 20: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

20

―A view of human nature that ignores the power of emotions is sadly shortsighted. The very name Homo sapiens, the thinking species, is misleading in light of the new appreciation and vision of the place of emotions in our lives that science now offers. As we all know from experience, when it comes to shaping our decisions and our actions, feeling counts every bit as much-and often more than thought. We have gone too far in emphasizing the value and importance of the purely rational-of what IQ measures-in human life. Intelligence can come to nothing when the emotion holds way. ( Goleman, 1996)

Bagi Goleman, dalam keadaan yang dikuasai oleh emosi kecerdasan kognitif atau intelek tidak berfungsi. Kecerdasan intelek tidak menyediakan manusia untuk menghadapi tekanan emosi atau stress. IQ yang tinggi tidak dapat menjamin kejayaan apabila seseorang itu mudah dikuasai oleh emosi. IQ sahaja belum menjanjikan kebahagian sebaliknya orang yang IQnya sederhana dan mampu pula mengurus emosinya dengan baik lebih berjaya daripada orang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi gagal membendung desakan emosinya. Pandangan ini amat wajar diberi perhatian dalam membentuk insan guru yang kamil.

Rumusan

Diskusi tentang kecerdasan emosi merupakan satu isu yang amat penting dan perlu diberi perhatian. Daripada hasil penulisan yang dirujuk, terdapat pelbagai pendekatan dan pendapat ahli psikologi terhadap kepintaran emosi dan kelebihan yang diperolehi sekiranya institusi pendidikan menggarapkan kecerdasan emosi sebagai satu elemen penting dalam proses pembelajaran.

Bibliografi

Alias Baba. 1999. Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial. Bangi : UKM. Arnold, A. L. and Andrew M.C. (1995). Abnormal psychology. New York: Longman.

Boyatzis, R.E. 2002. Core Competencies In Coaching Others To Overcome Dysfunctional Behavior. Case

Western Reserve University. Dalam Vanessa Druskat. Gerald Mount dan Fabio Sala (Eds.) Emotional Intelligence and Work Perfomance, USA.

Coleman, M. C. (1986). Behavior disorders: Theory and practice. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Covey, S.R. 1989. The 7 Habits Of Highly Effective People. London: Simon and Schuster. Erickson, M. T. (1987). . Behavior disorders of children and adolescents. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Goleman, D. 1996. Emotional Intelligence. : Why It Can Matter More Than IQ. USA: Bantam Books. Hair, J.F., Anderson,R.E., Tatham,R.L. Black, W.C. (1995). Multivariate data analysis. New Jersey, Prentice Hall,

Englewood Cliffs. Hoghughi, M. (1992). Assessing child and adolescent disorders. NewYork: Sage Publication

Hopkins, K.D., Hopkins,B.R., Glass,G.V.(1996). Basics statistics for behavioral sciences. New York: Allyn Bacon. Kiess, H. O. (1996). Statistics concepts for behavioral sciences. New York: Allyn Bacon.

Idrul Hisham Ismail, „Tahap Penguasaan Kecerdasan Emosi Para Pensyarah Maktab Perguruan

Sultan Mizan dan Pengaplikasiannya Dalam Pengajaran dan Pembelajaran‟ dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2003 (Peny). 2003. Pembangunan Profesionalisme Perguruan Ke arah Pendidikan Berkualiti, Kuching: Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Sultan Mizan.

Page 21: kecerdasan emosi

Jurnal Akademik 2005

21

Mayer, J.D. Salovey. P. 1997. What Is Emotional Intelligence? Dalam P. Salovey dan D. Sluyter (Eds), Emotional Develepment and Emotional Intellingece: Implication For Educators, New York: Basic, hlm. 3 – 31

Mohd Azhar Abd Hamid. 2004. EQ: Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Shah Alam: PTS

Publications & Distributors Sdn Bhd. Mohd Salleh Abu, Zaidatun Tasir. 2001. Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0.

Kuala lumpur: Venton Publishing. Roberecht, L.C. (1995). ―Grounded theory: involving methods‖, Qualitative Health Research, 5, 2, 169 -177 Sincich,T. (1985). Statistic by example. San Francisco: Dellen Publising Company Sohaimi Abdul Aziz. 1998, EQ Membentuk Kecerdasan Emosi Kanak-kanak :Melalui Kesusasteraan

Kanak-kanak. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia. Sulaiman, Y. (1998). Statistik dalam penyelidikan pendidikan. Skudai: Fakulti Pendidikan UTM Skudai.

Varma, V.P. (1990). The management of children with emotional and behavioural Difficulties. New York:

Routledge, Chapman and Hall

Vernoy, M., Vernoy,J. (1997). Behavioral statictics in action. New York: Brooks/ Cole Publising Company. Weisinger, H. 1998. Emotional Intelligence At Work. San Francisco: Jossey-Bass Publishers (Rujukan Internet) http://www.eqcoach.net/emotional intelligence.htm., (Jun 2003). file://A:\Emotional%20Intelligence%20in%20%Schools.htm file://A:\Introduction%20toEmotional%20Intellingence.htm file://A:\Emotional%20Literacy%20Education%20and%20 Self-Knowledge%20http—www_ file://A:\Emotional%20Literacy%20Articles%20and%20http—www_eq_org-Articles-files\banner.h...