kecelaruan kebimbangan
TRANSCRIPT
NAMA PENSYARAH: SAMSIAH BINTI MOHD JAIS
NAMA AHLI KUMPULAN:NOR AINI AFWAN BINTI MAT NOR
NORAIMUNI BINTI ABU BAKARNUR HAZLISA BINTI ABDULLAH
SITI NOR FARHANA BINTI MAT NAZISITI RAHMAH BINTI ABDULLAH
KECELARUAN KEBIMBANGAN
Menurut Drever, 1952:- Kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik dan komplek yang wujud dalam pelbagai jenis kecelaruan mental dan saraf
Altrocchi (1980):-ahli psikologi mentakrifkan kebimbangan sebagai seseorang yang mengalami kebimbangan bukannya berpunca daripada sebarang ancaman luaran tetapi ianya berpunca daripada bahaya dalaman yang tidak realistik
ketakutan dan kebimbangan seseorang merupakan suatu yang subjektif.
DEFENISI KEBIMBANGAN
Jantung berdegup kencang Berpeluh
tidak dapat bertenang dan menggigil
Mengalami ketegangan sering berperasaan takut dan
gugup
CIRI-CIRI KEBIMBANGAN
1. AGORAFOBIANevid et al(2000) menyatakan perkataan agorafobia berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud : takut pada kawasan pasar’ iaitu ketakutan berada di tempat terbuka atau di kawasan yang sibuk.melibatkan ketakutan pada suasana atau tempat yang mungkin memalukannya bagi melepaskan diri apabila memerlukan pertolongan semasa berlakunya serangan panik.Kecelaruan ini umum berlaku dalam kalangan wanita (Nazar, 2001).
Jenis-jenis kebimbangan
2.PANIKMenurut Azizi et al., (2006) ciri-ciri utama kecelaruan panik adalah berulang-ulangnya serangan panik atau kedatangan serangan panik tidak dapat dijangka.
Simptom fizikal jantung berdebar-debar, pernafasanmenjadi cepat, kesukaran bernafas, tubuh badan lemah atau pening.
serangan panik biasanya disertai dengan perasaan mahu melepaskan diri daripada suasana yang dianggap bahaya dan fikiran hilang kawalan atau berasa akan mati.
3.KEBIMBANGAN UMUM (GAD)
kebimbangan normal yang dihadapi oleh orang awam dalam kehidupan
seharian mereka.Rapee (1991) di dalam Azizi et al.,
(2006) menyatakan kecelaruan jenis ini dikaitkan dengan ciri-ciri seperti
bimbang pada suasana kehidupan, kewangan, anak-anak dan hubungan
sosial.Simpton : adalah mudah letih, sukar
menumpukan perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-otot menjadi tegang dan
mengalami gangguan tidur (APA,1994).
4. FOBIA KHUSUS
5 kumpulan fobia khusus : 1.Jenis fobia binatang
2.Jenis fobia persekitaran3.Jenis fobia darah seperti
suntikan.4.Jenis fobia suasana5.Jenis ketakutan lain.
melibatkan ketakutan seperti takut tercekik, muntah ataupun takut pada
kebisingan yang kuat.
5.FOBIA SOSIAL
mempunyai ketakutan yang tinggi pada suasana sosial yang menyebabkan dia menjauhi
orang ramaI.memiliki perasaan sentiasa takut
melakukan sesuatu perdebatan yang mungkin memalukannya.
Individu yang mempunyai fobia sosial dilaporkan sebagai seorang
yang pemalu.
6. KECELARUAN OBSESIF-KOMPULSIF OBSESIF pemikiran atau idea yang kelihatan melampaui kemampuan individu bagi mengawalnya.perasaan takut yang berkait rapat dengan kepercayaan, bayangan dan fikiran yang tidak logik dan rasional. Boleh menyebabkan gangguan hidup dalam bentuk keraguan dan imej mental yang kurang menyenangkan
KOMPULSIFtingkah laku yang berulang seperti berulang kali membasuh tangan atausentiasa memeriksa pintu berkunci.Kompulsif sentiasa diiringi oleh obsesif apabila ia muncul sebagai melepaskankebimbangan yang ditimbulkan oleh pemkiran obsesif.
7. KECELARUAN TEKANAN AKUT DAN TEKANAN POST-
TRAUMAKecelaruan tekanan akut adalah perasaan takut yang tinggi selepas mengalami suasana ataupun peristiwa yang mengejutkan dan menakutkan bagi satu jangka masa yang pendek
kecelaruan post-trauma adalah perasaan takut yang tinggi selepas mengalami suasana ataupun peristiwa yang mengejutkan dan menakutkan bagi satu jangka masa yang panjang
selalu berlaku dalam konteks pertempuran senjata atau akibat bencana yang disebabkan oleh fenomena alam atau penggunaan teknologi
1.PERISTIWA-PERISTIWA HIDUP YANG MENEKAN
peristiwa tragedis seperti penderaan, kemalangan, kematian, bencana alam dan lain-lain.Objek-objek yang berada persekitaran mengingatkannnya pada peristiwa lepas telah membangkitkan perasaan takut.
PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN
2. PENGARUH GENETIK
dikaitkan apabila ahli keluarga terdekat pernah
mengalami gejala ini. seperti ibu, bapa atau
adik beradik
3. PERSEKITARAN Persekitaran yang
mengancam diri individu turut mendorong kepada berlakunya kebimbangan.
Seperti peperangan, kemalangan, kematian orang yang tersayang
4. PEMBAWAAN PERIBADI DAN KEADAAN TERTENTU.
Dikaitkan dengan tekanan sosial diri sendiri apabila berlaku ketidakserasian dalaman diri individu dengan luarannya.
Pengalaman dan perubahan hidup yang dilalui turut menyumbang kepada berlakunya kebimbangan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEBIMBANGAN
1.PSIKOTERAPI merupakan rawatan perbualan yang lebih intensif, yang boleh membantu pasakit mengenali, memahami dan menerima sebab berlakunya kebimbangan yang kemungkinannya tidak kelihatan begitu jelas.
2. UBAT-UBATAN
penggunaan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor seperti Librium, Benzodiazepine, Antidepresan dan Xanax.
dapat mengurangkan tekanan pesakit dan ia juga dapat membantu mereka yang mengalami masalah takut untuk tidur kerana tidak mahu mengalami mimpi yang sering menghantui mereka.
Ianya berguna bukan sekadar untuk gejala kebimbangan siang hari tetapi juga di waktu malam untuk membantu tidur. Walaupun mujarab, benzodiazepine mungkin menyebabkan berlakunya pergantungan terhadapnya selepas penggunaan yang berpanjangan. Gejala-gejala penguduran akan berlaku jika ubat ini dihentikan atau dikurangkan dosnya. seharusnya digunakan hanya untuk pengurusan gejala kebimbangan jangka pendek dan bukannya untuk rawatan jangka panjang.
BENZODIAZEPINE
Antidepresan diguna untuk merawat kebimbangan dan juga gejala-gejala kemurungan. Tidak seperti benzodiazepines, ianya tidak menyebabkan pergantungan terhadapnya. ia selalu digunakan termasuk antidepresan trikitaran (TCAs), penyekat kadar penyerapan semula serotonin yang terpilih (SSRIs), dan penyekat kadar penyerapan semula serotonergik noradrenergik (SNRIs) dan penyekat monoamina oksidas. Ini mesti diambil secara tetap untuk dua hingga empat minggu sebelum sebarang peningkatan ketara dalam kesihatan berlaku.
ANTIDEPRESAN
3. MENDENGAR MUZIK menggunakan teknik mendengar muzik yang tenangkan jiwa dan minda mereka. sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan kebimbangan mereka.
4. BERCAKAP MENGENAI MASALAH TERSEBUTAdakalanya perbualan bersama seorang kawan yang dipercayai atau ahli keluarga dapat mengurangkan keresahan dengan begitu efektif. contohnya doktor keluarga, ahli psikiatri, pakar sakit jiwa, kaunselor.
5. BELAJAR BEREHATMempelajari suatu teknik merehatkan diri yang boleh membantu mereka untuk bersantai dan dapat mengawal tegangan serta kebimbangan.Teknik berehat termasuk senaman bernafas, bertafakur dan imejan.
PERANAN KAUNSELOR
1. Modifikasi perlakuan
Antara teknik yang digunakan adalah seperti pelaziman, anjakan, perspeksi, mencantas pemikiran, paradoks dan analisis logik.
Pendekatan pembelajaran
Mengajarkan seseorang penghidap dengan bersemuka menghadap objek yang sebenar atau suasana yang sebenar.
Dengan kaedah ini akan membantu pengidap untuk mula memahami dan boleh mula menghadapi dengan lebih berani.
3. Teknik eye movement desensitization and reprocessing
(EMDR) Rawatan ini digunakan kepada
penghidap yang mengalami pasca traumatik iaitu dengan cara membayangkan imej yang
berkaitan dengan kebimbangan. Kemudian mengarah penghidap
untuk menggambarkan sesuatu yang tenang, nyaman dan lega.
Contohnya seperti pemandangan.
4.Teknik rasional emotif iaitu melalui pendekatan kognitif.Teknik ini digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami fobia sosial di samping untuk mendalami perasaan penghidap untuk menghadapinya.Teknik ini juga membantu penghidap mempelajari aliran pemikiran logik dalam minda dan bertindak dengan lebih rasional.