kebudayaan melayu

27
KEBUDAYAAN MELAYU Disediakan oleh :- Nama :Mohd Faizal bin Zammeri Nama pensyarah : Encik mohd Asri bin Abdul Razak

Upload: well-syazue

Post on 21-Jun-2015

1.001 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBUDAYAAN MELAYU

KEBUDAYAAN MELAYU

Disediakan oleh :-

Nama :Mohd Faizal bin ZammeriNama pensyarah : Encik mohd Asri bin Abdul

Razak

Page 2: KEBUDAYAAN MELAYU

Pengaruh Hindu Budha dan Islam dalam masyarakat Melayu

Page 3: KEBUDAYAAN MELAYU

SEJARAH KEDATANGAN HINDU BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA Pengenalan   ·        Kemunculan Tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan

wujudnya  kerajaan awal di Tanah Besar spt:Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, gangga Negara dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.

·        Bukti kewujudan dapt dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi.

·        Sumber Cina: Funan wujud pada 3M – yg awal di AT. Data arkeologi Funan wujud 3M – bukti jumpa seni arca unsur Hindu Buddha. Langgamnya dipengaruhi langgam Amaravati di India.

·        Tahap awal jalin hubungan diplomatik dgn Cina hubungan budaya dengan India. Hubungan petempatan wujud sejak zaman logam – hubungan dagang.

·        Buktinya jumpa artifak gendang gangsa Dongson dari Dongson, Vietnam Utara di Batu Buruk Trengganu, Sg tembeling, Sungai Klang,Thai, Indonesia, dan Burma.

·        Hubungan dagang Rom juga wujud – buktinya persamaan artifak manik di Kuala Selinsing, Kota Tinggi, dan Muar, Pantai Barat dan Selatan Siam.

Page 4: KEBUDAYAAN MELAYU

  Petempatan awal merupakan pembekal bahan mentah dan pelabuhan pembekal kerana berhampiran dengan sungai.- tetapi belum ditakrif sebagai kerajaan sebab tidak ada raja.

·        Tamadun Awal AT seiring dengan perkembangan perdagangan maritim – yang berkembang dengan kapal layar dan perahu.

·        Manik dan tembikar bukti perdagangan di AT mula sejak 5SM dan petempatan awal pada 2 @ 3M.

·        Bukti proses tamadun ambil masa 600- 700 tahun untuk bentuk kerajaan.

 

Page 5: KEBUDAYAAN MELAYU

Cara-cara pengaruh hindu budha tersebar ke tanah melayu

Dibawa golongan kesyatria atau

golongan tenter penakluk dari india yang membentuk

tanah jajahan takluk di Asia Tenggara

Dibawa pedagang atau vaisya melalui

aktiviti perdagagang antara Asia Tenggara

dengan India

Dibawa golongan Brahmin atau pendeta

yang mengetuai pelbagai upacara

keagamaan di istana kerajaan awal

Pengambilan terus aspek-aspek kebudayaan india yang menarik oleh

pemerintah dan kemudian disesuaikan

dengan budaya tempatan(asimilasi)

4 cara

Page 6: KEBUDAYAAN MELAYU

Bentuk kerajaan Bentuk Kerajaan Awal   Dibahagi 2 : Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Berasaskan

kedudukan geografi dan sosioekonomi. ·        Kerajaan Agraria 1.     Kerajaan berasaskan  ekonomi pertanian, penternakan, dan

pemungutan hasil hutan dan sungai. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur spt kerajaan Dvaravati – Sungai Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam)

2.     Selain itu dapat juga di pedalaman – kaw. Berbukit dan lereng gunung berapi spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia..

3.     Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra ( Jawa tengah ), Angkor ( Kemboja ), dan Sukhotai ( Thailand ). Funan dari agraria ke maritim

4.     Terbentuk secara evolusi – jadi petempatan kekal kemudian bandar dan kerajaan.

5.     Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan sayur-sayuran. Rempah ratus spt – cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai buahan.

Page 7: KEBUDAYAAN MELAYU

6.     Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan, Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, kulit kura-kura.

7.     Ternakan haiwan spt lembu, kerbau, kambing, dan ayam.

8.     Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian komersil – ia dipengaruhi pembinaan sistem pengairan. Funan dan Angkor pengairan dari sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. – raja da kerajaan bertanggungjawab membina dan mengurusnya spt zaman Raja Indravarman 1 (877M) – bina sistem pengairan dan baray – tempat takungan air seperti tasik.- Majukan pertanian Angkor.

9.     Kerajaan Angkor kuat sebab kedudukannya dekat dengan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. Cuaca yang sesuai dan tanah yang subur.- utk padi, ikan air tawar, punca air minum – upaya tampung penduduk yg ramai.

 

Page 8: KEBUDAYAAN MELAYU

·        Kerajaan Maritim 1.     Kerajaan yg menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta

pelabuhan.Terletak pesisiran pantai, lembah sungai, dan kepulauan spt Srivijaya di Sungai Musi, Kedah Tua – Sg Merbok dan Sg.Muda, Tiumah di Pulau Tioman.

2.     Kearajaan utama : Langkasuka  ( Sungai Yarang ), Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua ( Sungai Merbok dan Sg.Muda ), Chih Tu  ( Sungai Kelantan ), Srivijaya ( Sungai Musi ), Mo-lo-yu ( Sungai Batang Hari ), Kalah ( Sungai Takuapa), Fo-lo-an         ( Sungai Trengganu ), Peng-keng ( Sungai Pekan )dan Tiumah di Pulau Tioman.

3.     Bermula dengan tangkap ikan dan hasil laut – jadi kampung nelayan – ada juga berkembang jadi kaw. Emas dan timah. Wujud lebihan pengeluaran – didagang – jadi pusat dagang – pelabuhan pembekal spt  Klang dan Kuala Selingsing          ( Perak ). – Disinggahi – dapatkan barang spt. Damar, rotan, emas, timah, dan hasil laut.

4.     Maju – jadi pelabuhan kerajaan spt. Kedah Tua, Langkasuka, dan Srivijaya. – Mula perdagangan yg berhampiran kemudian berkembang jauh.

5.     Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat jadikan Kedah Tua dan Srivijaya maju. Dekat dengan Selat Melaka dan Selat Sunda – laluan dagang antarabangsa. – jadi pelabuhan entrepot – pembekal emas, timah, hasil hutan, dan hasil kerajaan persekitarannya.

6.     Emas banyak – T Melayu dikenali sbg. Semenanjung Emas, Sumatera – Bumi Emas. Tarikan org India dan Yunani.

7.     Bahasa melayu – bahasa lingua franca – penduduknya: orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Org Melayu – terkenal pelaut, pedagang, peneroka – punyai pelabuhan yang lengkap spt di Champa, dan Srivijaya. – Mampu belayar dan berkemahiran buat perahu dan kapal layar. Tahu juga kaedah bintang di langit.

Page 9: KEBUDAYAAN MELAYU

·        Kerajaan Maritim Srivijaya1.     Terletak di Sungai Musi. Punyai tentera yg  besar.-

Kawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.2.     Rakyat terdiri – orang laut dan pelbagai golongan lain.3.     Pelabuhan strategik ditengah laluan Timur dan barat di

Selat Melaka. – Bekalkan barang dagang di kawasan jajahan takluk dan pemerintahannya. – Ia juga mampu bina kapal besar kata I Tsing.

4.     Anutan agama Hindu.5.     Jadi kuasa Maritim Utama dengan cara                                                               i.      Ada bala trentera

yang besar kawal perdagangan dan jalan laut seperti di Selat Melaka.

                                                            ii.      Kedudukan pelabuhan yang strategik  dan jadi pusat persinggahan kapal yang berdagang antara Cina dan India.

                                                          iii.      Ada hasil barangan untuk perdagangan antara bangsa yang dibekalkan oleh wilayah taklukannya.

                                                         iv.      Keupayaan membina kala besar.

Page 10: KEBUDAYAAN MELAYU

·        Kerajaan Maritim Kedah Tua 1.     Terletak di Sungai Merbok dan Sg.Muda, Kedah. Jadi pelabuhan

entrepot. Bukti : jumpaan tembikar Cina Dinasti Tang, Song, dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar. Banyak terpengaruh dengan Srivijaya.

2.     Panduan ke pelabuhan – Gunug Jerai. 3.     Kedudukan strtegik – Selat Melaka, terlindung dari angin monsun,

laluan Timur dan Barat. 4.     Wujud tempat penyimpanan barang spt. Damar, rotan dan timah.

Barangan luar yang ada spt. Teh, sutera, kaca, manik dan tembaga. ·        Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria   1.     Agraria hasilkan beras , makanan dan hasil hutan kepada kerajaan

maritim Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah spt tembikar, tekstil, gelas, dan manik. – Berlaku perdagangan – cara tukar barang @ sistem barter.

2.     Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat kapal – guna tukang kayu kerajaan agraria.

3.     Kerajaan maritim juga perlukan gajah – diperoleh dari kerajaan agraria.

4.     Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan – hubungan diplomatik.

 

Page 11: KEBUDAYAAN MELAYU

·        Ciri-Ciri Kerajaan Maritim

1.     Pelabuhan Pembekal kemudian pelabuhan kerajaan2.     Terletak dipesisiran pantai, sungai dan di kepulauan3.     Pelabuhan entrepot4.     Penduduknya pelbagai terdiri daripada orang

tempatan, pedagang luar, orang laut.5.     Wujud bahasa lingua franca6.     Kerajaan maritim srivijaya ada bala tentera laut yang

besar dan kuat.7.     Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal8.     Menjadi pusat perkembangan agama hindu buddha.   ·        Peranan Pelabuhan Kerajaan Maritim1.     Pelabuhan Pembekal – bekalkan barangan

tempatan  kepada pedagang kemudian pelabuhan kerajaan  apabila  menjadi sebuah kerajaan dan negeri dan jadi pelabuhan entrepot – membekalkan hasil tempatan dan luar kepada perdagangan antarabangasa.

2.     Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal  

Page 12: KEBUDAYAAN MELAYU

Pengaruh Hindu Buddha  Amalan masyarakat dalam Zaman Logam – Animisme .

Dalam abad ke 3M dipengaruhi kepercayaan dan budaya kerajaan India .

Antaranya sistem kepercayaan dan agama, sistem pemerintahan beraja, kesenian dan kesusasteraan.

Bukti kemasukan pengaruh India:Peninggalan data arkeologi seperti Candi Lembah Bujang,

Candi Borobudur, Candi di Angkor.Perkembangan agama Hindu dan Buddha di Sriwijaya

dapat juga dilihat melalui  data I Tsing 671M terdapat 1000 bhiksu  yang belajar agama Buddha dan nahu sanskrit

 Cara kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha.1.     Dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera. –2.     Pedagang atau vaisya.3.     Golongan Brahmin atau pendeta.4.     Proses pengambilan aspek budaya India dan

disesuaikan dengan budaya tempatan. – Diterima oleh sejarawan dengan bukti berikut:

Page 13: KEBUDAYAAN MELAYU

§        Jumpaan seni arca yang kasar yang ada langgam bercirikan AT spt arca dengan ikatan tali kulit harimau di Srivijaya.

§        Candi yang didirikan spt Borobudur, Lembanh Bujang, Prambanam, Angkor Wat.

§        Amalan  kepercayaan – agama Buddha dan Hindu . Kedah Tua – Buddha, Dieng, Indonesia – Hindu. 7 M Kerajaan di Takuapa dan Pulau Bangka – Hindu, Sumatera dan Jawa – Buddha Mahayana.

§        Sistem beraja§        Aspek amalan agama dan sistem beraja

dipengaruhi perdagangan sejak 5SM. – untuk dapatkan emas. Ketara bila Maharaja Vespian ,Rom hentikan  perdagangan emas dengan India.

Page 14: KEBUDAYAAN MELAYU

Pengaruh hindu Budha dalam sistem pemerintahan

Ketua di Asia Tenggara mendapat gelaran raja yang berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan seperti perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan oleh rakyat tanpa sebarang bantahan. Manakala penderhaka tidak akan diampunkan.

Raja juga digambarkan sebagai bayangan tuhan sehingga melahirkan konsep dewa-dewa, unsur mitos dan legenda. Malah, adat istiadat seperti pertabalan raja diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatan raja berdasarkan konsep itu.

Untuk menjadi raja yang terulung mereka mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau orde kosmos yang membuktikan keagungan mereka seperti Raja Suryavarman II telah membina Angkor Wat.

Page 15: KEBUDAYAAN MELAYU

Pengaruh hindu Budha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal Gelaran raja kepada ketua

pemerintah Dibawahnya kerabat diraja

& pembesar termasuk ahli agama(brahmin)rakyat dan hamba

Raja berkuasa mutlak Peritah raja adalah undang2

yg wajib dilaksana Sekiranya melanggar

perintah bermakna menderhaka & tidak akan diampunkan

Raja perlu adil terhadap gologan yang diperintah

Raja dianggap bayangan tuhan

Menggunakan unsur mitos untuk kuatkan kedudukan raja

Adat istiadat pertabalan raja oleh golongan brahmin bagi kukuhkan kedaulatan

Konsep orde kosmo(alam semesta)cth Raja Suyarvarman II bina Angkor Wat

Raja dibantu oleh pembesar(pegawai tentera dan hakim)-setiap daerah terdapat pembesar dan gabenor

Golongan brahmin berperanan penting dalam upacara keagamaan

Page 16: KEBUDAYAAN MELAYU

Pengaruh hindu budha dalam kesusasteraan zaman kerajaan awal asia tenggaraUnsur mitos dalam kesusasteraan klasik asia tenggara- hasil pengaruh sastera india seperti epik ramayana,Mahabrata dan Puranas

Pengaruh sastera india dalam puisi & prosa jawa seperta

nagarakertagama, sutasoma,arjunwiwaha &

Kunjarkuna

Epik Ramayana melahirkan hikayat Seri Rama

Cerita epik Ramayana dan Mahabrata telah mempengaruhi

cerita lisan & teater seperti wayang kulit

Epik Mahabrata melahirkan nafkah hikayat yang diadun

unsur tempatan seperti hikayat pendewa lima,hikayat pendawa

jaya & hikayat Sang Samba

Page 17: KEBUDAYAAN MELAYU

Bukti pengaruh hindu Budha dalam kerajaan awal asia tenggaraPemerintah beraja & raja sebagai ketua pemerintahRaja berkuasa mutlak dan rakyat tidak boleh langgar

perintah rajaRaja dianggap dewa raja wakil tuahan di bumiAdat istiadat tabal raja oleh golongan brahminBrahmin golongan tertinggi selepas raja & amat

berpengaruhBahasa sanskrit menjadi bahasa komunikasi& ilmuSeni bina candi merupakan pengaruh Hindu BudhaSebuah negara mengambarkan satu alam semesta (orde

kosmo)Raja bertanggunjawab atur kesejahteraan negara & rakyat

selaras dengan dharma( peraturan alam semesta)Terdapat istilah pentadbiran menggunakan bahasa sanskrit

seperti gelaran,arahan raja,& sistem perundanganUnsur mitos ,puisi ,prosa& hikayat dalam satera klasik hasil

pengaruh epik Ramayana,Mahabrata & puranas

Page 18: KEBUDAYAAN MELAYU

Pengaruh islam dalam masyarakat melayu

Agama Islam mula tersebar di Asia Tenggara pada abad ke-7.

Walau bagaimanapun,pernyataan ini tidak mempunyai bukti yang sahih. Menurut Sejarah Melayu, negeriChampa mulai menerima Islam pada abad ke-15 tetapi dalam Sejarah China, Islam dikatakan wujud di Sumatera pada abad ke-13.

Namun begitu, Islam mula dibawa masuk ke Tanah Melayu khasnya Melaka hanya selepas penghujung abad ke-14.

Pemerintah Melaka yang pertama menganuti Islam ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah.

Page 19: KEBUDAYAAN MELAYU

Penerimaan agama Islam oleh masyarakat tradisional bukan sahaja membawa pengaruh kepada akidah, tetapi ia juga membawa pengaruh terhadap aspek kehidupan yang lain.

Dari segi pentadbiran:-Islam telah mempengaruhi pentadbiran Kerajaan

Melayu Melaka,kerajaan-kerajaan lain seperti Kedah, Johor dan Terengganu. Ciri-ciri kerajaan ini berubah menjadi sama seperti ciri-ciri pentadbiran kerajaan di Timur Tengah seperti Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Konsep dewaraja telah diambil alih oleh konsep Sultan yang menganggap Sultan sebagai zul-illahi-fil-alam iaitu pegangan bahawa Sultan itu adalah amanah Allah s.w.t. di muka bumi. Sultan juga dianggap sebagai Aminul Mukminin iaitu ketua kepada umat Islam.

Page 20: KEBUDAYAAN MELAYU

Dalam sektor agama:-o Sultan menjadi ketua agama Islam dan baginda

bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjagakebajikan rakyat jelatanya. Selain daripada peranan Sultan, ahli-ahli sufi dan ulamaulama juga menjadi penasihat tentang agama Islam kepada raja. Kini, agama Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi.

Dari segi undang-undang :-Perundangan Islam telah menjadi tunjang

kepada undang-undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka

Hal ini pula diwarisi oleh negeri-negeri Melayu yang lain pada hari kemudian. Sebagai contoh, Undang-undang 99 Perak dan Undangundang Pahang.

Page 21: KEBUDAYAAN MELAYU

Dari segi kehidupan masyarakat :-o kehadiran agama Islam telah mengubah cara

hidup mereka. Kepercayaan asal iaitu animisme, Hindu dan Buddha telah berubah menjadi agama Islam. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu.

o Mengikut agama Islam, ia menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran mereka. Selain itu, unsur-unsur metafizik telah terterap ke dalam nilai hidup msyarakat tempatan.

Kini, masyarakat Melayu mempunyai pandangan dan falsafah hidup yang berkaitan dengan unsur-unsur Islam seperti mencari rezeki yang halal,kewajipan mencari ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Page 22: KEBUDAYAAN MELAYU

Islam juga membawa pengaruh kepada adat resam masyarakat tempatan. Agama Islam membawa sistem nilai sosial yang berbeza dengan sebelumnya. Masyarakat Melayu telah membuat penyesuaian antara unsur-unsur Hindu dan Islam untuk mengelakkan amalan yang diamalkan pada dahulu kala bertentangan dengan ajaran Islam.

Agama Islam telah menghapuskan sistem nilai sosial yang berasaskan perbezaan taraf atau sistem kasta. Mengikut agama Islam, semua umat Islam merupakan stu gagasan.

Mereka haruslah sentiasa beriman dan bersaudara dan menjadikannya sebagai prinsip ke arah perpaduan masyarakat.

Page 23: KEBUDAYAAN MELAYU

Antara adat resam yang banyak dipengaruhi oleh Islam ialah adat bercukur, adat perkahwinan dan sebagainya. Selain itu, aspek Islam yang baru juga diamalkan, contohnya membayar zakat, bekerjasama, bergotong-royong dan kekeluargaan.

o dari segi pendidikan masyarakat Melayu :-Pendidikan formal mula wujud sejak

Kesultanan Melayu Melaka dengan kedatangan pada pendakwah dan alim ulama agama Islam. Istana telah dijadikan pusat pendidikan, pusat kegiatan intelektual dan menjadi tumpuan alim ulama dari negara negara Arab, India dan Parsi.

Page 24: KEBUDAYAAN MELAYU

Istana juga menjadi khazanah hikayat yang memberipengajaran agama bertemakan kisah para nabi, contohnya, Hikayat Abu Samah dan Hikayat Nabi Yusof. Mereka mengadakan pendidikan Islam dengan tujuan melahirkan pelajar-pelajar yang tahu tentang agama Islam, memupuk akhlak mulia dan sebagainya.

Para ibu bapa sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka menghantar anak-anak mereka ke rumah tok guru untuk menerima pelajaran agama.

Pada peringkat pertama, mereka akan belajar tentang muqaddam dan al-Quran mengikut tajwid yang betul. Pada peringkat kedua, mereka akan belajar tentang fardu ain dan akhlak mulia.

Page 25: KEBUDAYAAN MELAYU

Pelajar-pelajar ini tidak dikenakan bayaran tetapi ibu bapa akan memberi penghargaan dengan menghantar padi, beras, ubi sebagai membalas budi tok guru.

Selepas peringkat ini, mereka akan melanjutkan pelajaran ke masjid atau surau untuk melanjutkan pelajaran tentang ilmu agama. Di sini, mereka terus mempelajari tentang al-Quran, mendalami fardu ain pada siang pagi. Kaedah hafalan digunakan dalam pembelajaran, iaituseseorang itu menghadapi kesulitan untuk memahami sesuatu kitab, mereka akan hafalkannya sahaja.

Selain itu, sistem pengajian madrasah juga merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam. Ia merupakan lanjutan daripada sistem pendidikan di masjid dan surau.

Page 26: KEBUDAYAAN MELAYU

Seterusnya, sekolah pondok merupakan pusat pengajian tertinggi di Tanah Melayu.Ramai ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah pondok kerana kesempitan wang.

Sekolah pondok ini amat terkenal di negeri Kelantan sehingga negeri ini digelar sebagai “Serambi Mekah”.

Mereka menekankan aspek agama dan matapelajaran seperti saraf, tafsir, wujudiah diajar. Selepas 10 tahun, pelajar boleh melanjutkan pelajarannya di Mekah atau berkhidmat sebagai guru dipondoknya juga sekiranya ia lulus.

Page 27: KEBUDAYAAN MELAYU

SEKIAN TERIMA KASIH