kebudayaan malaysia

23
Kebudayaan Malaysia Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor. Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripadagendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga. Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.

Upload: jonathan-joy-greygory-omar

Post on 24-Nov-2015

76 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Kebudayaan MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Malaysiaialah sebuah negara berbilangkaumyang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialahMelayu,CinadanIndia. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragamaBuddha,TaoismeatauKristian, berbahasaMandarin,Hokkien,Hakka,KantonisatauTeochewdan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragamaHindu, bertuturTamil,Malayalam, danHindi. Selain itu, terdapat juga kaumSikh,SeraniatauEurasiandan kaum bumiputera lain.Bahasa Melayuialah bahasa rasmi Malaysia, tetapiBahasa Inggerisdigunakan secara meluas.Kaum Bumiputera yang terbesar diSarawakialahIbandengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjangSungai Rajangdan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak.Orang Asli(140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulanetnikyang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistemekonomimereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihakkerajaanmenawarkan peluangpelajaranyang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional sepertidoktor.Muzik Malaysiamerangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia.Muzik tradisionalbanyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripadagendang,seruling,gongdan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripadaThai,India, danPortugis. Selain itu, ada jugawayang kulit,silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.Seperti rakyatnya,makanandi Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan sepertikuih.

Kaum-kaum di MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Adalah disarankan bahawa rencana atau bahagian ini digabungkan denganDaftar kaum di Malaysia. (bincangkan)

Malaysiamerupakan salah satu negara berbilangkaumyang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya diMalaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.Isi kandungan[sorokkan] 1Orang Melayu 2Orang Cina 3Orang India 4Baba dan Nyonya 5Suku Kadazandusun 6Suku Bajau 7Suku Murut 8Suku Momogun Rungus 9Suku Brunei 10Suku Bisaya 11Suku Iranun 12Suku Suluk 13Suku Idahan 14Suku Tidong 15Suku Tombonuo 16Suku Kedayan 17Suku Bagahak 18Suku Lundayeh 19Suku Iban 20Lihat jugaOrangMelayuPakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..Makanan : laksa,kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..Permainan :congkak, gasing, wau..Alat muzik :kompang,gong,rebana,gambus..Perayaan :Hari Raya Aidrilfitri(Puasa),Hari Raya HajiTarian : tarian keris, tarian inai,tarian Piring, tarian lilin..Kepercayaan : Agama IslamBahasa : Bahasa MelayuOrang Cina

Pakaian tradisional Melayu dan Cina (tahun 2011)Pakaian :Hanfu(semasapergerakan Hanfu Malaysiadilangsungkan pada tahun 2007), Cheongsam, Sam Fu..Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.Permainan : catur cinaAlat muzik : gitar bulan, dram,Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih BulanTarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, KristianBahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..Orang IndiaPakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari RayaTarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata NatyamKepercayaan : Agama Hindu, Kristian, IslamBahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan MalayalamBaba dan NyonyaBaba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".Suku KadazandusunSuku BajauSuku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara.Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat.Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah.Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.Bahasa orang Bajau dikenali sebagaisinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama.Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli).[perlu rujukan]Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.Suku MurutSuku Momogun RungusRungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata"momogun"yang bermaksud"pemilik tanah".Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada"boleh". Manakala"gama"bermakna"lakukan", "buat" atau "amalkan".LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar".Jadi Agama Labus bermakna"satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia.Suku BruneiSalah satu bangsa MelayuSuku BisayaSuku IranunSuku SulukSuku IdahanSuku TidongSuku kaum ini banyak terdapat di Sabah, terutamanya di Tawau.Suku TombonuoTombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.Suku KedayanSuku BagahakSuku LundayehSuku IbanSuku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah pendudukSarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalahHari Gawai Dayakyang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya,Tarian Ngajatditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.Senarai kaum di MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.(Dilencongkan dariDaftar kaum di Malaysia)Adalah disarankan bahawa rencana atau bahagian ini digabungkan denganKaum-kaum di Malaysia. (bincangkan)

Isi kandungan[sorokkan] 1Kaum Bumiputra di Semenanjung Malaysia 1.1MELAYU 1.2ORANG ASLI 1.3SERANI 1.4SIAM 2Kaum Bumiputra di Sabah 2.1Majoriti 2.2Lain-lain 3Kaum Bumiputra di Sarawak 4Kaum Bukan Bumiputra 5Kaum Bukan Bumiputra di Sabah 6Kaum-Kaum lain 7Lihat juga 8Pautan luarKaum Bumiputra di Semenanjung Malaysia[sunting|sunting sumber]MELAYU[sunting|sunting sumber] MELAYU ANAK JATI Suku Melayu Johor Orang Siam Asli Orang Laut - Orang Biduanda Kallang dan Orang Sabimba Suku Melayu Kedah Orang Gergasi Orang Sakai Laut Suku Melayu Kelantan Suku Melayu Melaka Suku Melayu Palembang Orang Laut - Orang Selat Suku Melayu Pahang Suku Melayu Patani Suku Melayu Perak Suku Melayu Terengganu MELAYU ANAK DAGANG Aceh Ambon Banjar Batak Mandailing Bawean / Boyan Bugis Cham Utsul Jawa Melayu (Sumatera) Melayu Deli Melayu Jambi Melayu Palembang Melayu Riau Melayu Siak Minangkabau / Minang Kerinci Nias Ocu / Kampar Rao / Rawa MELAYU KACUKAN Peranakan Cina Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling Peranakan Arab Peranakan Turki Peranakan Parsi Samsam / Sam-samORANG ASLI[sunting|sunting sumber] Semang Bateq Jahai Kensiu Kintak Lanoh Mendriq Senoi Che Wong Jah Hut/ Jah Het Mahmeri/ Mah Meri Semai Semoq Beri Temiar Melayu Proto Jakun Orang Kanaq Orang Kuala Orang Seletar Semelai TemuanSERANI[sunting|sunting sumber]SIAM[sunting|sunting sumber]Kaum Bumiputra di Sabah[sunting|sunting sumber]Majoriti[sunting|sunting sumber] Bajau Melayu Brunei(Bisaya,Kedayan) Kadazan-Dusun(Dusun,Kadazan,Lotud) Murut(Lun Bawang/Lun Dayeh)Lain-lain[sunting|sunting sumber] Bonggi Bundu Dumpas Gana Garo Idahan Bagahak Idahan Orang Sungai Kimaragang(Dusun Kimaragang) Kolobuan Kwijau Lingkabau Liwaan(Dusun Liwan) Lobu Lundayeh Makiang Malapi Mangkaak Minokok Baukan Gana' Kalabakan Murut Beaufort Murut Keningau Okolod Paluan Serudung Sulangai / Selungai Tagal / Tagol Timugon Ngabai Paitan Pingas Rumanau Rungus Sinobu Sinorupu Sonsogon Sukang Tangara Tatana(Dusun Tatana) Tidong Tindal(Dusun Tindal) Tobilung(Dusun Tobilung) Tolinting Tombonuo(Dusun Tambanuo) Tuhawon Tutung Sama'(Semporna, Kunak, Lahad Datu) Banadan / Binadan Banguingui Palau Lain-lain Bajau Samah(Bajau Kota Belud, Tuaran, Papar) Sikubung Simunul Tabawan Tando' Bas Tolen Ubian Ungus Matata Kagayan Ungus Matata SulukKaum Bumiputra di Sarawak[sunting|sunting sumber] Dayak Iban(Dayak Laut) Sebuyau(Iban Sebuyau) Remun(Iban Remun) Balau(Iban Balau) Saribas(Iban Saribas) Iban Ulu Ai Iban Undup Iban Rajang Bidayuh(Dayak Darat) Biatah - Padawan Bukar/Sadong - Serian Jagoi/Singai - Bau Selakau/Lara - Lundu Melayu Sarawak Brunei(Melayu Brunei) Dayak Muslim Melayu Sumatera Melanau Melanau Mukah Melanau Dalat Melanau Oya Melanau Matu-Daro-Rejang Melanau Ba'ie(Bintulu) Melanau Balingian Melanau Miri Melanau Igan Orang Ulu:- Kayan Kenyah Kajang Kejaman Punan Ukit Penan Lun Bawang Lun Dayeh Murut Berawan Kelabit Bisaya KedayanKaum Bukan Bumiputra[sunting|sunting sumber] Cina Suku Hokkien Suku Hakka Suku Yue(Kantonis) Suku Hainan Suku Hoklo Suku Hui Suku Henghua Suku Peranakan Suku Teochew Suku Lu India Suku Tamil Suku Bengali Suku Gujerati Suku Malayali Suku Sinhala Suku Telugu Suku Punjabi Kaum Peranakan Baba dan Nyonya ChettyKaum Bukan Bumiputra di Sabah[sunting|sunting sumber] Filipino Cina Jawa PakistanKaum-Kaum lain[sunting|sunting sumber] Yahudi MalaysiaLihat juga[sunting|sunting sumber] Senarai Kelompok EtnikPautan luar[sunting|sunting sumber] Sejarah Masyarakat Pelbagai Kaum di Sabah.

Sejarah Masyarakat Pelbagai Kaum di Sabahby KULANZSALLEH on AUGUST 19, 2010 22 COMMENTSSudah agak lama tidak menyelitkan artikel-artikel panjang di blog ini. Hari ini ada sedikit kesempatan menyelongkar fail-fail lama yang tersimpan dalam cakera keras komputer saya dan terjumpa artikel berkenaan Sejarah Masyarakat Pelbagai Kaum di Sabah yang pada saya mungkin ada sedikit manfaat jika saya kongsikan di blog ini.

Gunung Kinabalu

MukadimahMasyarakat adalah sekumpulan manusia yang berinteraksi dalam kawasan yang ditetapkan dan dibimbing oleh satu budaya yang dikongsi bersama. Setiap masyarakat biasanya mengalami perubahan sosial. iaitu sebuah transformasi budaya dan institusi sosial yang terhasil dalam jangka masa yang berterusan dan menghasilkan kesan positif dan negatif. Proses ini tidak semestinya berlaku dalam kadar dan kepantasan yang sama atau dengan tenaga dan daya yang sama. Namun proses ini tidak dapat dielakkan, adakala dilakukan secara sengaja tetapi selalunya proes perubahan ini berlaku tanpa diduga atau dirancang. Perubahan ini turut melibatkan masyarakat di negeri Sabah. Jadi kajian dokumen ini adalah bertujuan untuk mengkaji latar belakang penduduk atau masyarakat di Negeri Sabah khususnya serta perubahan-perubahan yang dialami sejak zaman pemerintahan Kesultanan Brunei hinggalah sekarang.

SEDIKIT LATAR BELAKANG NEGERI SABAH

Negeri yang terletak di utara Pulau Borneo Sabah ini memiliki keluasan 73,711 kilometer persegi telah mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1963 dan secara rasminya merdeka dalam Malaysia pada 16 September 1963 ini memiliki keistemewaannya yang tersendiri. Jika dilihat dari sudut sejarah, negeri Sabah boleh dibahagikan kepada empat era, iaitu Sejarah Zaman Kesultanan Brunei dan Sulu Tradisonal hingga tahun 1840; Sejarah Zaman Penjajahan Kuasa Asing (Inggeris dan Jepun) hingga tahun 1945; Sejarah Zaman Nasionalisme dan kemerdekaan daripada tahun 1946 hingga 1963, dan; Sejarah Zaman Selepas Merdeka (Dalam Malaysia) hingga kini.

Negeri Sabah juga dikelilingi oleh tiga perairan laut yang menyimpan banyak sejarah ketamadunan manusia di masa lampau, iaitu Laut China Selatan di sebelah barat, Laut Sulu di sebelah utara, dan Laut Sulawesi di sebelah timur. Terutamanya, Laut Sulu memberi laluan kepada kemasukan unsur-unsur dari Filipina, khusus ke Sabah. Di samping itu, Laut Sulawesi di sebelah timur dan Laut Jawa di sebelah selatan juga penting kepada penduduk Borneo amnya dari segi ekonomi perniagaan dengan saudagar-saudagar dari Pulau Jawa, dan Sumatra. Hal inilah yang menjadikan negeri ini terkenal dengan penduduknya yang berbilang etnik, kebudayaan, adat resam dan agama. Sabah mempunyai 30 kumpulan etnik dengan tidak kurang 80 dialek , yang mana lebih tiga puluh daripada bahasa itu dimiliki oleh kaum bumiputera seperti Murut, Bajau, Rungus, Latod, Irranun, Talantang, Sonsogon, Likabau, Garoh (Kimaragang), Tinagas, Idahan, Sungai dan Dusun. Bahkan, Institut Linguistik S.I.L melaporkan bahasa-bahasa tempatan ini dipercayai termasuk dalam bahasa Austronesian keturunan Bornean dari keturunan asal Austronesian.

Namun visi dalam menuju Negara maju tahun 2020, telah memberi impak yang besar kepada corak dan pembangunan sosial bagi penduduk negeri Sabah. Matlamat murni melalui program-program pembangunan negeri bagi membangunkan taraf hidup masyarakat yang pelbagai suku di bumi yang bertuah ini telah memberikan konotasi yang berlainan. Sesetengah masyarakat menyambut baik perubahan yang dilakukan itu, sementara sebahagian lain memandangnya sebagai ada udang di sebalik batu. Golongan ini menganggap wujud satu bajet yang tidak seimbang dalam transformasi perjalanan kemajuan di samping suatu agenda yang tersembunyi. Bahkan kemasukan parti-parti politik dari Semenanjug Malaysia turut disalah tafsir, kononnya akan merampas hak-hak pribumi Sabah.

Maka, timbullah pelbagai persoalan di kalangan segelintir masyarakat di negeri ini. Adalah wajar sekiranya masyarakat Sabah bimbang tentang nasib survival mereka pada masa depan? Suatu hari nanti, siapa yang memperjuangkannya dan apa nasib bumiputera Sabah? Bahkan, persoalan juga mula ditimbulkan tentang makna Bumiputera Sabah? Adakah bumiputera itu masih merujuk kepada bangsa Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Bugis, Suluk dan lain-lain kaum yang telah menduduki negeri ini sejak beribu tahun dahulu, atau semua kaum akan diklasifikasi sebagai kaum Bumiputera Sabah yang mempunyai status dan hak kerakyatan yang sama. Persoalan-persoalan inilah yang membelenggu masyarakat Sabah hari ini.

SEJARAH AWAL WUJUDNYA PELBAGAI KAUM/ETNIK DALAM MASYARAKAT SABAH

Kaum BajauSabah yang terletak di bahagian utara Borneo, iaitu kira-kira pada garis lintang 30 42 ke utara dan garis bujur di antara 1150 20 hingga 1190 15 ke timur. Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat-daya.

Pada awalnya negeri ini dihuni oleh daripada beberapa kumpulan suku kaum pribumi. Menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara) terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayaan, Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Dusun dan Murut merupakan dua kumpulan kaum yang terbesar bilangannya. Mereka mewakili lebih kurang 50 peratus daripada jumlah penduduk Sabah dalam kurun masehi ke-19. Pada keseluruhannya penduduk peribumi merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada penduduk Borneo Utara ketika itu. Namun tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan penduduk peribumi asli yang mula sekali menghuni pulau Borneo amnya. Ini kerana sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan kumpulan-kumpulan etnik di Borneo.

Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan mereka wujud dalam bentuk tradisi lisan yang disampaikan turun temurun hingga ke hari ini. Nenek moyang peribumi asli di Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan awal mereka adalah berlaku di kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Lambat laun kemudian penempatan mereka mula tersebar ke kawasan-kawasan pedalaman. Kaum Dusun dipercayai berasal dan keturunan Cina, orang Murut berasal dari Annam di utara Burma, Bajau dari selatan Kepulauan Filipina dan Bisaya dari kalangan kaum Hiligayamon di Filipina dan kaum-kaum lain dari Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain

Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sri Vijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa. Orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo.Masyarakat di Sabah seterusnya mengalami banyak perubahan apabila British campur tangan di negeri ini. Disebabkan perkembangan dunia perdagangan yang pesat berlaku sejak kurun ke-15 lagi di rantau Asia Tenggara, maka ini telah menggalakkan lagi proses migrasi penduduk dari luar ke Borneo, seperti orang India, Cina, Bugis, Jawa, Melayu, dan Filipina. Pada kurun masehi ke-19, khususnya setelah kemasukan kaum pendatang seperti Cina sejak tahun 1887. Pihak penjajah terus menerus mengambil pekerja-pekerja upahan dari luar mengakibatkan berlakunya kemasukan beramai-ramai tanpa sekatan kemudian, terutamanya daripada Kalimantan dan Filipina. Pedatang-pedatang ini dikehendaki dalam sektor perladangan tembakau sekitar tahun 1900 dan 1910 dan getah sekitar tahun 1910 dan 1940. Dalam tempoh tersebut, keluasan tanaman tembakau ialah kira-kira 15,000 ekar, dan sementara getah pula kira-kira 128,680 ekar.

kaum Kadazan-dusunSelain perdagangan, peristiwa peperangan juga menjadi salah satu faktor penyumbang berlakunya migrasi penduduk lain ke negeri ini. Apabila Spanyol mula menyerang Sulu dan Tawi-Tawi pada hujung abad ke-15, ramai penduduk di kawasan itu berhijrah secara tetapi di negeri ini. Kemudian, penghijrahan secara besar-besaran juga semasa perjuangan Mindanao pada tahun 1970-1977, apabila beribu-ribu penduduk Filipina melarikan diri daripada negara asal mereka akibat peperangan. Kebanyakan daripada penghijrah ini akhirnya menetap di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Bahkan sehingga ke hari ini, proses migrasi penduduk-penduduk dari negara-negara jiran masih lagi berlaku.

Disebabkan penghijrahan tersebut, maka bilangan etnik di negeri Sabah juga semakin bertambah. Jadi, amalan sosial mereka seperti amalan harian tentulah berbeza-beza mengikut kaum masing-masing. Namun, begitu amalan yang baik seperti menghormati orang tua, tolong-menolong dan berpegang teguh kepada adat-istiadat menjadi pegangan utama setiap kaum. Di negeri ini juga mempunyai banyak kaum yang masih berpegang teguh kepada amalan nenek moyang mereka masing-masing. Jadi, amalan sosial mereka bergantung kepada peraturan kaum itu sendiri yang telah diwarisi dari tempat asal mereka.

PERUBAHAN-PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT SABAH

Secara umumnya, masyarakat di Sabah dari segi konseptual dalam aspek sosial, ekonomi dan politik adalah berbeza. Sebelum kewujudan pusat-pusat petempatan di kawasan-kawasan bandar utama, tidak wujud hubungan yang baik di antara penduduk-penduduk khususnya di Sabah. Mereka biasanya berkelompok-kelompok mengikut kumpulan kaum masing-masing. Ini dapat dilihat berdasarkan corak petempatan mereka yang berasingan. Keadaan ini telah diwarisi turun temurun, terutamanya di kalangan masyarakat pedalaman. Dengan merujuk kepada nama-nama (klasifikasi) kaum (etnik) mereka sudah jelas menggambarkan keadaan ini. Biasanya sesuatu kaum itu mendapat klasifikasi etnik mereka berdasarkan nama tempat atau sungai yang mereka duduki. Misalnya, sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Dusun-Kadazan adalah masyarakat pagan. Sungguhpun ramai yang telah memeluk agama Islam dan Kristian, tetapi masih ada segelintir yang berada di pedalaman yang belum beragama hingga ke hari ini. Mereka masih mengamal sistem kepercayaan animisme.

Setiap lapisan masyarakat mempunyai sistem masyarakat tradisional. Apa yang kita lihat pada hari ini kebanyakan sistem masyarakat telah mengalami banyak perubahan. Ini merupakan satu kemajuan dan ketamadunan yang dicapai ekoran dan perubahan kemajuan masyarakat itu sendiri. Namun, sesetengah sistem masyarakat tradisional masih diamalkan di kalangan masyarakat pada hari ini, terutamanya dalam aspek kebudayaan dan agama bagi penduduk Sabah.

Walaupun begitu, semenjak campurtangan pihak luar di Sabah, sistem masyarakat juga turut berubah sedikit demi sedikit. Misalnya, penduduk tempatan mula mengikuti unsur-unsur luar yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang yang datang ke Borneo. Jika dahulu masyarakat di Sabah mengamalkan kehidupan berpindah-randah, tetapi dengan adanya faktor dari luar itu masyarakat Sabah mula menentap di sesuatu kawasan secara kekal bagi membolehkan mereka mengamalkan corak hidup yang lebih teratur. Dari segi ekonomi, masyarakat Sabah yang mulanya mengamalkan perdagangan sistem barter dan pertanian berbentuk sara diri, telah berganjak ke suatu sistem yang lebih baik terutamanya dengan adanya campurtangan Brunei serta negera-negara yang berdekatan dengan wilayah Sabah. Mereka mula menjalankan ekonomi perdagangan yang lebih berbentuk komersial dan menguntungkan. Kemajuan ekonomi ini disebabkan Sabah mempunyai pelabuhan dan dikatakan orang Brunei telah menjadi orang tengah kerana negara Brunei menjadi tumpuan utama perdagangan pada masa itu.

Kepercayaan dan agama juga turut mengalami perubahan. Pada mulanya masyarakat Sabah kebanyakannya mengamalkan agama yang dibawa oleh mereka dari tempat asal berdasarkan keturunan nenek moyang masing-masing seperti kepercayaan anamisme. Tetapi pada kurun ke -15 sudah ramai penduduk Sabah yang menganuti agama Islam. Agama Islam dibawa masuk oleh Brunei yang kebanyakannya terdiri daripada orang-orang Melayu dan pedagang-pedagang lain yang beragama Islam.

Dari segi politik pula, sebelum Perang Dunia Kedua, tidak terdapat kegiatan nasionalisme politik yang jelas di Sabah. Kebanyakan aktiviti masyarakat dan pertubuhan tertumpu kepada usaha pembangunan kemasyarakatan, pendidikan dan ekonomi. Penduduk di Sabah kurang memberi perhatian kepada aspek politik kerana pada masa tersebut penglibatan penduduk Sabah dalam pentadbiran tidak wujud sama sekali. Dalam pemerintahan Kompeni Berpiagam Borneo Utara semua jawatan kerajaan dipegang oleh orang Eropah. Sebab itu rakyat di Sabah kurang mengetahui perkembangan luar dan tidak berlaku penentangan berkesan terhadap penyerahan Sabah oleh Kompeni kepada kerajaan British. Semasa Perang Dunia Kedua, penduduk Sabah mula terlibat dalam pentadbiran kerana tentera Jepun yang menduduki Sabah ketika itu telah melibatkan penduduk Sabah dalam pentadbiran yang tidak pernah berlaku sedemikian. Bertitik-tolak daripada inilah semangat nasionalisme penduduk Sabah mula bangkit. Masyarakat di negeri ini juga tidak lagi tidak terikat dengan satu kaum sahaja. Mereka mula bersatu menentang tentera Jepun untuk memastikan mereka dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.

RUMUSAN

Setelah dikaji tentang sistem masyarakat tradisional di Sabah sebelum penjajahan kuasa barat pada kurun ke 19, jelas menunjukkan negeri tersebut mengamalkan sistem masyarakat yang dibawa dari negara asal mereka. Ada juga disebabkan oleh penjajahan Brunei contohnya ekonomi perdagangan dan juga agama Islam. Sistem masyarakat ini ada yang masih diamalkan dan ada yang tidak diamalkan ekoran perubahan yang telah dialami oleh masyarakat tersebut. Namun selepas campurtangan kuasa-kuasa asing di negeri tersebut, semangat nasionalisme masyarakat Sabah mula bangkit. Terdapat sebilangan kecil masyarakat dan pertubuhan membebaskan Sabah dari penjajah British. Sekumpulan kecil masyarakat Melayu dan Muslim di Labuan, Kota Kinabalu dan sekitarnya menubuhkan Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Kebangsaan Melayu Jesselton (PKMJ), Barisan Pemuda (BARIP) Labuan, dan BARIP Jesselton. Persatuan ini diasaskan oleh guru-guru dan pegawai kerajaan yang berpengaruh dengan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu, Brunei dan Indonesia.

Menyedari hal itu pihak British mula mengambil langkah berjaga-jaga dan berusaha mengekang perkembangan nasionalisme masyarakat ketika itu. Beberapa langkah yang diambil termasuklah menaikkan pangkat mereka yang terlibat atau menukarkan ke tempat lain. Misalnya, Tengku Nordin, Yang Dipertua PKML dan Zakaria Gunn, Setiausaha PKML telah ditukarkan ke Jesselton. Pertukaran ini menyebabkan PKML lemah kerana tiada kepimpinan dan ahli amat terhad di bandar sahaja. Pada tahun 1951 kedua-dua persatuan PKM dan BARIP tidak aktif. Walau bagaimanapun, perjuangan menaikkan taraf masyarakat di Sabah tetap diteruskan oleh persatuan berbentuk sosial dan agama.

PERBINCANGAN-PERBINCANGAN

Sebenarnya fokus utama yang cuba ditonjolkan dalam kupasan tajuk ini ialah bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat hari ini, khususnya di negeri Sabah dan amnya di Malaysia tentang bagaimana masyarakat tradisional suatu masa dahulu mengalami anjakan daripada kehidupan yang bersifat perkauman atau mementingkan corak kehidupan kaum masing-masing kepada suatu bentuk dan cara hidup yang melibatkan soal-soal kemasyarakatan.Kupasan ini juga turut menyentuh secara terperinci bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Sabah. Sering kali pertembungan persepsi dan pandangan di kalangan para sarjana berlaku bila hendak menghuraikan ciri-ciri masyarakat di pulau Borneo amnya, termasuklah Sabah sendiri. Ini kerana sebelum kedatangan kuasa Barat, tidak wujud tulisan tentang etnik yang terdapat di Sabah. Kisah mengenai kemunculan dan kehidupan masyarakat di Sabah hanyalah melalui sumber lisan. Jadi tidak dapat dipastikan bila dan bagaimana penduduk peribumi asli yang mula menduduki Pulau Borneo amnya. Kebanyakan peribumi di Sabah mengalami banyak perubahan migrasi yang beriaku beribu-ribu tahun dahulu. Petempatan awal kaum migrasi ini ialah di pinggir pantai kemudian barulah ke kawasan pedalaman.

Apa yang pasti, satu kesimpulan umum boleh diberikan bahawa daripada berbagai kumpulan etnik di Borneo itu, walau pun wujud unsur-unsur persamaan sosial dan ekonomi yang ketara tetapi juga tidak dapat dinafikan akan terbentuknya variasi ciri-ciri di antara kumpulan-kumpulan etnik tersebut. Variasi ciri-ciri tersebut terbentuk daripada sejarah dan pengalaman, pengaruh persekitaran, peranan ekonomi dan politik, kesan proses migrasi dan mobiliti fizikal, dan kesan kontaks antara etnik.

Muzium SabahJadi, daripada perbincangan-perbincangan yang diutarakan di atas, saya cuba ingin membuat kesimpulan daripada daripada apa yang diutarakan dalam perbincangan ini dengan cara mewujudkan persoalan-persoalan yang perlu difikirkan bersama. Siapakah sebenarnya yang dikatakan penduduk pribumi negeri ini? Apakah perubahan-perubahan yang telah dialami oleh masyarakat terdahulu? Apakah wujud semangat nasionalisme di kalangan penduduk berbilang kaum pada masa dahulu? Bolehkan kita membentuk semangat tersebut pada hari ini?

Saya tidak akan memberikan jawapan ke atas persoalan-persoalan yang di atas kerana jawapannya ada pada diri masing-masing. Itulah pentingnya saya membangkitkan semula sejarah masyarakat tradisional di negeri Sabah sendiri supaya dapat mencetus pemikiran kita semua dan berfikir sejenak dari masa asal usul masyarakat kita dan Apakah punca utama yang membangkitkan persefahaman perkauman atau bangsa ini? Jawapannya tentu ada pada sejarah asal usul kita sendiri.

ANALISIS (NILAI DAN IKHTIBAR)

Dalam perbualan harian dengan rakan-rakan, saya pernah terdengar ada di antara rakan saya pernah berkata, mata pelajaran sejarah adalah mata pelajaran yang mengkaji orang yang sudah mati. Hati saya turut tergeletik mendengarkan ungkapan tersebut, tetapi secara diam-diam saya sangat tidak bersetuju dengan gurauan tersebut. Pada pendapat saya mempelajari sejarah mempunyai nilai-nilai dan keistemewaannya yang tersendiri. Sejarah adalah peristiwa masa lalu yang menjadi cerminan masa hadapan. Kita boleh meramal masa depan dengan melihat kepada sejarah yang pernah berlaku. Sejarah memberikan banyak ikhtibar dan pengajarannya kepada masyarakat hari ini.

Lihat sahaja keadaan pada masa sekarang, negara berusaha mengekalkan dan menyemarakkan lagi semangat nasionalisme masyarakat di negara ini dengan mewujukan banyak perubahan dan melaksanakan banyak program-program kemasyarakatan. Sebagai contoh, perubahan yang cukup besar dilakukan oleh kerajaan ialah apabila memansuhkan istilah Bahasa Melayu dan menggunakan Bahasa Malaysia bagi menggantikan istilah tersebut. Manakala Program Bulan Kemerdekaan, Warna Warni Malaysia dan sebagainya adalah langkah yang diambil semata-mata untuk mewujudkan semangat nasionalisme di negara ini. Semua ini adalah kerana kita belajar daripada peristiwa di dalam dan luar negara. Kita tidak mahu peristiwa berdarah 13 Mei berulang. Kita juga tidak mahu negara ini menjadi negara kucar kacir seperti yang berlaku dalam masyarakat di Selatan Thailand, Peristiwa Sampit di Kalimantan atau seperti yang berlaku di Palestin, di mana kerajaan Yahudi sering menindas masyarakat Islam.

Dalam kebanyakan buku-buku sejarah tanah air, kita telah banyak mempelajari Institusi Politik Tanahair, Sistem Sosial, Sistem Pemerintahan, Kejatuhan dan Kebangkitan Kerajaan Melayu Tradisional, Kebangkitan Semangat Nasionalisme dan sebagainya. Tema-tema seperti ini adalah sangat penting untuk kita pelajari kerana catatan sejarah tersebut akan dapat menyedarkan kita betapa peritnya hidup semasa zaman penjajahan dan dalam usaha menuntut kemerdekaan.

Masyarakat hari ini juga perlu mengambil ikhtibar daripada perjuangan-perjuangan tokoh masa lampau yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Sebagai contoh, perjuangan Datu Muhamad Salleh Datu Balu atau lebih dikenali sebagai Paduka Mat Salleh yang berdarah campuran Suluk dan Bajau berasal dari Inanam, Antenom dari suku kaum Murut yang terkenal di Pedalaman Tenom, Pak Musa atau si Musah yang berketurunan Sungai dan berasal dari Paitan, Embo Ali, Sharif Osman, Mat Sator, Si Langkap. Tidak patut dilupakan juga perjuangan Kapten Datu Mustapha bin Datu Harun yang merupakan pelopor pejuangan kemerdekaan zaman moden Sabah. Mereka semua adalah ikon pejuang bagi masyarakat Bajau, Dusun, Murut, Brunei, Rungus, Suluk, Irranun dan Bisaya Kesedaran seperti ini agar dapat memupuk semangat patriotisme atau perasaan cinta yang mendalam terhadap tanahair, dan semangat nasionalisme yang dapat membawa kemakmuran negara ini kerana masyarakatnya hidup sebagai satu bangsa melalui ikatan yang kukuh.

PENUTUP

Sebenarnya terdapat banyak pendapat tentang sejarah atau latar belakang masyarakat yang menduduki negeri Sabah. Sesetengah sarjana berpendapat masyarakat pribumi Sabah adalah terdiri daripada masyarakat Kadazan-Dusun yang telahpun menduduki negeri ini sejak beribu-ribu tahun dahulu. Tidak kurang juga yang mengatakan Masyarakat Bajau merupakan penduduk asli yang sebenar. Bahkan ada juga pendapat-pendapat yang menyebut negeri Sabah yang pada masa itu dikenali sebagai Borneo Utara didiami oleh masyarakat Melayu. Ini adalah berdasarkan kepada masyarakat Brunei Tua yang banyak mempengaruhi corak kehidupan di Borneo Utara (Sabah) pada masa tersebut

Namun, permasalahan timbul apabila munculnya kenyataan Rutter (1929: 20) mengatakan bahawa semua penduduk pribumi di Sabah berasal daripada tempat lain oleh kerana tiada bukti yang nyata tentang kewujudan satu kaum asli di Sabah. Hal ini telah menyebabkan pertikaian antara kaum pada masa tersebut. Malah, sesetengah pihak mengambil kesempatan daripada kenyataan tersebut semata-mata untuk mempertikaikan Perkara 20 yang menjadi tuntutan masyarakat di Sabah berkenaan hak-hak pribumi negeri ini semasa proses persetujuan dibuat bagi menggabungkan Sabah ke dalam Tanah Melayu

Walaupun begitu, perihal asal usul masyarakat bukanlah sepatutnya yang menjadi pertikaian antara pelbagai kaum di negeri ini. Apa yang penting imbasan sejarah ini seharusnya menjadi pedoman kepada kita semua bagi menjadi suatu bangsa yang kukuh serta memiliki semangat patriotisme dan nasionalisme demi kebaikan bersama.

Rujukan:

Buyong Adil, Haji, (1981). Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987). Muzik Instrumental Dan Alat-alat Muzik Dusun Tambunan dalam Prof. Dr. Mohd. Taib Osman, Editor 1987. Muzik dan Puisi Rakyat Malaysia Kumpulan Kertas-Kerja Seminar. Kota Kinabalu: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.H. Luping (___), Sabahs Dilemma: The political history of Sabah 1960-1994. Kuala Lumpur: MagnusIsmail Yusof, (1997). Politik dan Agama di Sabah. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Jabatan Muzium Sabah, (1992), Warisan Sabah: Pengenalan Ringkas Sejarah Dan Warisan Sabah. Kota Kinabalu: Jabatan Muzium Sabah.Lee Yong Leng, (1982). Sabah, Satu Kajian Geografi Tempatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohd Farid Linggi, (1996), Kehidupan Dalam Tiga Dimensi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Muhammad Salleh (Disember 2001), Konflik perkauman di Sabah: Isu bumiputera dan pendatang asing dari perspektif sosialis.Peter Chay, (1988), Sabah The Land Below The Wind. Kota Kinabalu: Foto Technik Sdn. Bhd.Sheela Abraham, (1993) Sejarah Perkembangan Negara, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.