keberkesanan penyampaian kuliah menggunakan...

10
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(2): 165-174 (2006) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Keberkesanan Penyampaian Kuliah Menggunakan Teknologi Webcast dalam Mod yang Berbeza ZAKARIA RASA, AIDA SURAYA MD. YUNUS, AZIZAN ASMUNI, SUHAIMI NAPIS, BAHAMAN ABU SAMAH, MOHD ZUL MOHD YUSOFF, MOHD RIZAL KHANAFIE, HASMAH ABDUL WAHAB & TN. SAYID MOHAMMAD NAZARI SAYID ISMAIL Institut Multimedia dan Perisian, Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia Kata kunci: Teknologi webcast, penyampaian kuliah, mod, von ABSTRAK Aplikasi teknologi webcast semakin mendapat tempat terutama dalam sektor korporat dan penyiaran. Bagaimanapun, kesesuaian penggunaan teknologi webcast dalam pengajaran belum ban yak diterokai, terutama di Malaysia. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan penggunaan teknologi ini dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi. Tiga mod penyampaian kuliah secara webcast telah didedahkan kepada subjek k;;yian yang terdiri daripada 104 pelajar dalam Fasa I yang mengikuti kursus berorientasikan Sains manakala seramai 106 pelajar dalam Fasa II yang mengikuti kursus berorientasikan Sains Sosial. Mod tersebut adalah teknologi live streaming, pre-recorded streaming dan videl>-on-demand (YOD). Sesi kuliah secara bersemuka juga telah dijalankan sebagai satu bentuk kawalan. Persepsi subjek terhadap penggunaan teknologi webcast telah dikenal pasti melalui soal selidik. Ujian pra dan pasca dijalankan sebelum dan selepas sesi kuliah untuk mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaan pencapaian dan signifikan an tara pelajar yang mengikuti kuliah melalui mod .teknologi webcastyang berbeza. Hasil anal isis data signifikan menunjukkan persepsi pelajar adalah sederhana positif terhadap mod teknologi webcast, kaedah penyampaian kuliah webcast, bahan pembelajaran yang digunakan dalam kuliah webcast dan kemudahan yang disediakan dalam kuliah webcast. Dari aspek pencapaian pula, tiada perbezaan yang signifikan diperoleh antara ujian pra dan pasca bagi kempat-empat mod penyampaian, kuliah bersemuka, live streaming, pre- recorded streaming dan YOn. Ini bermakna, kuliah melalui mod webcast mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas sarna ada bagi pengajaran dalam kampus ataupun luar kampus. ABSTRACT The applications of webcast technology are expanding in both the corporate and broadcasting sectors. However, the use of webcast technology in teaching has not been widely explored, especially in Malaysia. Thus, a study was conducted to determine the effectiveness of the webcast technology in teaching and learning institutions of higher education. In this experimental study, three modes of webcast delivery were exposed to the subjects. The modes were live streaming, pre- recorded streaming and video-on-demand (YOn. Subjects in these three modes of delivery were considered as experimental groups, while subjects who followed face-to-face lecture were considered as control group. A set of questionnaires was distributed to subjects in order to obtain information on their perceptions towards the use of webcast technology. Pre-test was at first administered to gauge pre-experimental stage of subjects' academic capabilities. Then after the study, a post-test were conducted to determine whether there were significant difference in academic achievement of students who attended the different modes of webcast delivery. The findings showed that perceptions of subjects were moderate and positive towards the delivery modes using webcast technology, lecture method, learning materials used, and the facilities provided in the webcast

Upload: dolien

Post on 24-Jun-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(2): 165-174 (2006) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Keberkesanan Penyampaian Kuliah Menggunakan TeknologiWebcast dalam Mod yang Berbeza

ZAKARIA RASA, AIDA SURAYA MD. YUNUS, AZIZAN ASMUNI, SUHAIMI NAPIS,BAHAMAN ABU SAMAH, MOHD ZUL MOHD YUSOFF, MOHD RIZAL KHANAFIE,

HASMAH ABDUL WAHAB & TN. SAYID MOHAMMAD NAZARI SAYID ISMAILInstitut Multimedia dan Perisian, Universiti Putra Malaysia

43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Kata kunci: Teknologi webcast, penyampaian kuliah, mod, von

ABSTRAK

Aplikasi teknologi webcast semakin mendapat tempat terutama dalam sektor korporat danpenyiaran. Bagaimanapun, kesesuaian penggunaan teknologi webcast dalam pengajaran belumbanyak diterokai, terutama di Malaysia. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meninjaukeberkesanan penggunaan teknologi ini dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di sebuahinstitusi pengajian tinggi. Tiga mod penyampaian kuliah secara webcast telah didedahkan kepadasubjek k;;yian yang terdiri daripada 104 pelajar dalam Fasa I yang mengikuti kursus berorientasikanSains manakala seramai 106 pelajar dalam Fasa II yang mengikuti kursus berorientasikan SainsSosial. Mod tersebut adalah teknologi live streaming, pre-recorded streaming dan videl>-on-demand(YOD). Sesi kuliah secara bersemuka juga telah dijalankan sebagai satu bentuk kawalan.Persepsi subjek terhadap penggunaan teknologi webcast telah dikenal pasti melalui soal selidik.Ujian pra dan pasca dijalankan sebelum dan selepas sesi kuliah untuk mengenal pasti sarna adaterdapat perbezaan pencapaian dan signifikan antara pelajar yang mengikuti kuliah melalui mod

.teknologi webcastyang berbeza. Hasil analisis data signifikan menunjukkan persepsi pelajar adalahsederhana positif terhadap mod teknologi webcast, kaedah penyampaian kuliah webcast, bahanpembelajaran yang digunakan dalam kuliah webcast dan kemudahan yang disediakan dalamkuliah webcast. Dari aspek pencapaian pula, tiada perbezaan yang signifikan diperoleh antaraujian pra dan pasca bagi kempat-empat mod penyampaian, kuliah bersemuka, live streaming, pre­recorded streaming dan YOn. Ini bermakna, kuliah melalui mod webcast mempunyai potensi untukdigunakan secara meluas sarna ada bagi pengajaran dalam kampus ataupun luar kampus.

ABSTRACT

The applications of webcast technology are expanding in both the corporate and broadcastingsectors. However, the use of webcast technology in teaching has not been widely explored,especially in Malaysia. Thus, a study was conducted to determine the effectiveness of the webcasttechnology in teaching and learning institutions of higher education. In this experimental study,three modes of webcast delivery were exposed to the subjects. The modes were live streaming, pre­recorded streaming and video-on-demand (YOn. Subjects in these three modes of delivery wereconsidered as experimental groups, while subjects who followed face-to-face lecture were consideredas control group. A set of questionnaires was distributed to subjects in order to obtain informationon their perceptions towards the use of webcast technology. Pre-test was at first administered togauge pre-experimental stage of subjects' academic capabilities. Then after the study, a post-testwere conducted to determine whether there were significant difference in academic achievementof students who attended the different modes of webcast delivery. The findings showed thatperceptions of subjects were moderate and positive towards the delivery modes using webcasttechnology, lecture method, learning materials used, and the facilities provided in the webcast

Zakaria Kasa et aL

modes of delivery. In terms of academic achievement, there was no significant difference betweenpost-test and pr~-test for all four modes of delivery. This implies that webcast modes of deliveryhave the potential to be used on a larger scale to the teaching and learning of both on-eampus

and off campus programmes.

PENDAHULUAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,pelbagai mod atau kaedah boleh digunakanuntuk membantu pengajaran dan pembelajaranberlaku dengan lebih berkesan. Denganperkembangan teknologi komputer, pelbagaikaedah diperkenalkan untuk membantu pengajarmengajar dengan lebih berkesan di sampingmembantu pelajar belajar dengan lebih baik.Teknologi webcast adalah salah satu contohperkembangan teknologi pada masa kini.Teknologi ini membolehkan penghantaranmaklumat digital dibuat melalui internet secaralebih efektif dan berkesan untuk diterirna, dilihatdan didengar oleh pengguna.

Webcast secara umumnya ditakrifkan sebagaisatu mod penghantaran maklumat digital melaluiinternet untuk dicapai, dilihat dan didengaroleh penguna. Ia melibatkan interaksi di antarapenghantar dan penerima maklumat webcast ini(Sinclair and Cruikshank 2001). Selain itu,terminologi webcast juga digunakan untukmenerangkan penggunaan web bagi menghantarbunyi dan tayangan video sarna ada secaralangsung ataupun tertunda (http://www.pcmag.com/encyclopedia_teTm/O,2542). Siaransecara webcast boleh dilihat dengan menggunakanaplikasi tertentu untuk memainkan rakamanvideo seperti App!£ Qy.icktiTl1£, Real Audio, RealVideo,Windows Media Player ataupun Kassena MediaPlayer. Kesemua aplikasi ini biasanya bolehdimuat turun daripada laman web yangmenawarkan kemudahan webcast. Dari aspekteknikal, webcast ialah kaedah untuk menerbit,menghantar maklumat atau menyiarkan secaralangsung maklumat daripada seorang penghantarkepada penerima dalam satu-satu masa. Dalamkonteks pengajaran dan pembelajaran, webcastadalah salah satu cara penyampaian maklumatkepada lebih ramai pengguna dalam satu-satumasa dan dengan berkesan (http://encyclopedia. thefreedictionary. com/webcasting).

Aplikasi teknologi webcast dalam pendidikanbelum banyak diterokai melalui kajian. Antarakajian awal tentang kesesuaian penggunaanteknologi webcast dalam pengajaran adalahpengujian terhadap sistern kuliah Berkeley Internet

Broadcasting System (BIBS) pada 1999 olehUniversiti Berkeley (Rowe et al. 2001). Kumpulantersebut telah mengambil masa empat tahununtuk membangunkan sistem tersebut yangmembolehkan penerimaan bahan secaralangsung dari jarakjauh dan pengulangan semularakaman kuliah atas permintaan (on-demand)dengan menggunakan streaming audio dan videomelalui Internet. Kajian yang dijalankan padatahun 2000 dan 2001 itu mendapati bahawateknologi webcast boleh meningkatkanpembelajaran pelajar. Pelajar yang terlibat dalamkajian tersebut melaporkan antara sebab merekamenggunakan teknologi webcast ialah tidakmemahami bahan kuliah yang disampaikan, tidakdapat hadir untuk sesuatu kuliah dan/atau tidakmemahami bahasa yang digunakan olehpensyarah semasa kuliah. Majoriti (82%) pelajarmenyatakan mereka lebih menyukai kuliah secarabersemuka berbanding kuliah webcast. Walaubagaimanapun, 54% menyatakan melalui kuliahwebcast, mereka boleh memahami dengan lebihbaik dan dapat mengekalkan pemahaman keranamereka boleh mencapai (access) bahan secaraberterusan. Sebanyak 60% pula menyatakanmereka tidak perlu menulis sesetengah notakuliah memandangkan mereka boleh mencapaisemula dalam web.

Poon et al. (2004) telah mengkajipenggunaan pengajaran berasaskan web di lapanuniversiti di Malaysia. Kajian menunjukkan limafaktor utama yang mempengaruhi keberkesananproses pembelajaran dalam web iaitu tingkahlaku pelajar, ciri-eiri pengajar, aplikasi interaktif,teknologi atau sistem dan institusi. Kajiantersebut mendapati gred yang diperolehkumpulan kuliah berasaskan web tidak dapatmenyaingi kumpulan tradisional.

Nyata, dapatan tentang keberkesanan dankesesuaian penggunaan kuliah berasaskan webtidak selaras. Sehubungan itu, sekumpulanpenyelidik daripada Institut Multimedia danPerisian, Universiti Putra Malaysia mengkajitentang keberkesanan penggunaan teknologiwebcast dalam penyampaian kuliah kepada pelajardi Universiti Putra Malaysia. lni dapat memberiinput terhadap kesesuaian teknologi ini bagi

166 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 0.22006

Keberkesanan Penyampaian Kuliah Menggunakan Teknologi Webcast dalam Mod yang Berbeza

budaya pelajar Malaysia khususnya di UniversitiPutra Malaysia, infrastrnktur internet semasa,aspek teknikal dan faktor lain yang perlu diambilkira dalam pelaksanaan kuliah webcast. Kajianini melibatkan empat fasa. Setakat ini, dua fasakajian telah selesai dijalankan. Dalam makalahini, hanya metodologi dan dapatan kajian Fasa Idan II dibincangkan.

OBJEKTIF KAJIANSecara umumnya, kajian ini bertujuan untukmengkaji keberkesanan penyampaian kuliahmenggunakan teknologi webcast dalam mod yangberbeza. Secara khususnya, kajian ini bertujuanuntuk:

1. Mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaanyang signifikan antara pencapaian dalamUjian Pra dan Ujian Pasca bagi pelajar yangmengikuti pengajaran secara kuliahbersemuka dengan kuliah tiga modteknologi Webcast (live streaming, pre-"Tecordedstreaming dan video on demand); dan

2. Meninjau persepsi pelajar terhadap ketiga­tiga mod teknologi webcast, kaedahpenyampaian menggunakan ketiga-tiga modteknologi webcast, bahan pembelajaranmenggunakan ketiga-tiga mod teknologiwebcast dan kemudahan yang disediakandalarn pelaksanaan ketiga-tiga mod teknologiwebcast.

BENTUK PENGGUNAAN

TEKNOLOGI~BCAST

Terdapat lima bentuk teknologi webcast yangbiasa digunakan. Bentuk-bentuk tersebut ialahlive streaming, pre-recorded streaming, video ondemand, push dan pull. Dalam kajian ini, tigamod webcast diuji iaitu live streaming, pre-recordedstreaming dan video on demand (VOD).

Live Streamingialah siaran atau penyampaianmaklumat secara langsung melalui kemudahaninternet. lni dilakukan dengan menukar failaudio dan visual ke dalam bentuk bit 0 dan bit1 dengan menggunakan encoder tertentu. Bit-bitini kemudiannya dihantar ke streaming server danapabila pengguna meminta untuk mencapai livestreaming ini, bit-bit tersebut akan dihantarmelalui internet kepada mereka. Pengguna perlumempunyai decoderiaitu perisian-perisian tertentuuntuk menukarkan bit tersebut kembali ke dalarnbentuk audio visual untuk dilihat. Pengguna

yang menggunakan teknologi live streaming inidapat melihat rakaman yang dilakukan secaralangsung sebagaimana dilihat di televisyenmelalui internet.

Pre-recorded streaming ialah suatu bentukpenyampaian yang hampir sarna dengan livestreaming. Bagaimanapun, siaran yang dilakukanadalah secara tertunda. Fail rakaman akandisimpan di dalarn streaming server dan apabila·tiba waktu yang telah ditetapkan, siaran tersebutakan dimainkan semula daripada streaming servertersebut. Semua pengguna dapat melihat siaranyang dimainkan semula pada masa yang telahditetapkan sahaja.

Video-an-demand (VOD) membole h kanpenghantaran maklumat dilakukan pada bila­bila masa yang dikehendaki. lni bermaksudpengguna dapat melihat rakaman dari awalsehingga akhir siaran dengan bebas. VODmemainkan siaran tersebut secara terns apabilapermintaan dibuat. Fail tersebut pula tidak akandisimpan di dalam cakera keras. Oleh itu,pengguna dapat mengawal media atau failtersebut.

Push ialah mod yang biasanya digunakanbersama-sama pemain siaran webcast tertentu,antaranya ialah Marimba Castnet, Pointcast dansebagainya. Pembekal siaran push akanmenghantar maklumat tanpa menunggupermintaan daripada pengguna. Maklumat yangingin disampaikan dibahagikan kepada salmantertentu yang akan dipilih oleh pengguna apabilamembuat pendaftaran langganan. (http://www.darwinmagazine.com/leam/curve/column.htm) .

Pull ialah mod yang digunakan untukmenghantar maklumat yang diminta olehpengguna. Mod jenis ini hanya akan diterimaapabila terdapat permintaan dilakukan sarna adamelalui enjin carian seperti Lycos, Google, Yahoodan sebagainya. Pelayan akan menghantarmaklumat yang diminta oleh pengguna itukepada web browseruntuk dilihat. Bagaimanapun,kebiasaannya mod ini digunakan bersama-samadengan mod Push di dalam teknologi webcast(http://webcanal.inria.fr/arch/push.html) .

TEKNIK YANG DIGUNAKAN DAlAMTEKNOLOGI WEBCAST

Teknologi webcastmempunyai dua bentuk teknikpenyarnpaian yang biasa digunakan iaitu multicastdan unicast.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 167

Zakaria Kasa el al.

Multicast

Multicast ialah teknik yang membolehkan data,termasuk dalarn bentuk digit binari (packet)dihantar dalarn satu masa ke destinasi yang telahditetapkan (Milan Nikolic et al. 2001). Sesetengahrangkaian seperti Ethernet menyokong multicastdengan membenarkan antara muka rangkaian(titik yang menggabungkan terminal pengguna)serta rangkaian awam (public network) ataurangkaian tertutup (closed network). Selain itu,multicast ialah suatu bentuk komunikasi bagikebanyakan pengguna kepada sekumpulanpengguna yang telah ditentukan. Multicastberbeza daripada penyiaran (broadcasting) yangmenghantar maklumat kepada sesiapa sahajayang mempunyai kelengkapan atau sambunganyang mencukupi untuk menerima maklumattersebut.

Di dalarn multicast, setiap pengguna akanmenghala kepada satu stream yang sarna. Setiapstream yang dilakukan akan ditujukan kepadasatu kumpulan rangkaian tertentu dan bolehdicapai oleh kebanyakan komputer di dalarnrangkaian tersebut pada masa yang sarna. Iniakan mengurangkan kesesakan di dalamrangkaian kerana ia menggunakan bilangan jalurlebar (bandwidth) yang tetap sekalipun dicapaioleh rarnai pengguna pada masa yang sarna.Rajah 1 menunjukkan corak penggunaan teknikmulticast.

Pengguna multicast memerlukan beberapakelengkapan rangkaian tertentu. Mod rangkaianini perlu menyokong penghantaran multicastdilakukan bagi membolehkan penyebaran mediaataupun ia perlu mempunyai capaian ke tulangbelakang multicast (multicast backbone - Mbone)untuk membolehkan media disebarkan melaluiinternet. (http://images. apple. com/quicktime/streamingserver/QT_Streamin~TB.pdj)

Unicast

Unicast bermaksud komunikasi di antara seorangpenghantar maklumat dengari seorang penerimamaklumat di dalam satu rangkaian. Unicast dapatditakrifkan sebagai satu bentuk komunikasiberbentuk titik-ke-titik (point-to-point). Teknikmultiple unicast pula bermaksud penyebaranmaklumat lebih daripada satu sumber, iaitudaripada alamat IP (IF address) yang berbezaakan mencapai sumber daripada pelayan (server).Di dalam teknik unicast, setiap pengguna akanmencapai streaming masing-masing yangseterusnya menghasilkan banyak streamingberbentuk titik-ke-titik dalarn satu masa di antarapengguna dengan pelayan. Kaedah ini adalahsuatu kaedah yang paling banyak digunakan didalam internet kerana tidak memerlukanrangkaian khas. Bagaimanapun, ia akanmeningkatkan kesesakan di dalarn rangkaian.Rajah 2 menunjukkan corak penggunaan teknikunicast. (http://images.apple.com/quicktime/streamingserver/QT_Streamin~TB.pdj)

Di dalam kajian yang dijalankan ini,teknologi webcast yang digunakan ialahmengubahsuai teknik unicast kerana tiadakeperluan khas diperlukan untuk membangunkanteknik ini berbanding penggunaan teknik multicast.

METODOLOGI

Reka bentuk eksperimen praujian pascakumpulan kawalan (pre-test and post-test controlgroup experimental design) digunakan dalarn kajianini untuk mengkaji keberkesanan pelbagai modteknologi webcast dalarn pengajaran. Rajah 3menggambarkan reka bentuk kajian yangdijalankan.

Teknik pensampelan yang digunakan pulauntuk menjalankan kajian ini adalahpensampelan rawak mudah iaitu dalam kajianini melibatkan dua kumpulan kursus pelajar.

t

168

Rajah 1: Penggunaan teknik multicast

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Keberkesanan Penyampaian Kuliah Menggunakan Teknologi Webcast dalam Mod yang Berbeza

Rajah 2: Penggunaan teknik unicast

R OJ ,I 02

R 01 02

0 1 X~ O2

R· pl'ri!¥l£ibim fiJ\\ aJ. kcpada kurnpulall0 1 • tijiOiil pmO~ - ujlll.n pliscaX I - I\.--knologi pI'e-rt-'elJrtiryJ.' _ - tc "lOlogi liw sf t iJl1Iillf,{

X3· tckn )kl:,;i L·jcJl:O 0/1 dL>/tlortd

Rajah 3: Reka bentuk kajian

Dalam Fasa I kajian, sebanyak 104 orang pelajaryang mengikuti sam kursus berorientasikan Sainsmanakala dalam Fasa II pula, 106 orang pelajaryang mengikuti sam kursus berorientasikan SainsSosial. Dalam setiap fasa, pelajar setiap kursusdibahagikan kepada empat kumpulan. Bagimemastikan bilangan pelajar dalam setiapkumpulan kuliah melebihi 25 orang, kursusdengan bilangan pelajar melebihi 100 orangsahaja dipilih dan pengajar kursus merupakansalah seorang daripada penyelidik. Dalam kajianini, kumpulan kawalan mengikuti pengajaranseeara bersemuka, manakala tiga kumpulaneksperimen mengikuti pengajaran melaluiteknologi webcast yang berbeza. Kumpulaneksperimen pertama menerima bahan pengajaranmelalui teknologi pre-orecarded, kumpulan keduamelalui teknologi live streaming, manakala yangketiga melalui teknologi video-on-demand (VOD).Pengajaran dibahagikan kepada tiga sesi. Setiapsatu sesi dijalankan dalam masa duajam. Jangkamasa bagi keseluruhan pengajaran adalah tigaminggu.

Dalam Fasa I, 28 orang (26.9%) beradadalam kumpulan kawalan (bersemuka), 24 orang(23.1 %) berada dalam kumpulan live streaming,26 orang (25%) berada dalam kumpulan pre­recarded dan 26 orang (25%) berada dalamkumpulan VOD. Dalam Fasa II pula, 26 orang(24.5%) berada dalam kumpulan kawalan

(bersemuka), 27 orang (25.5%) berada dalamkurnpulan live streaming, 25 orang (23.6%) beradadalam kumpulan pre-recarded dan 28 orang(26.4%) berada dalam kumpulan VOD.

Dalam Fasa I, ujian pra dan pasea diberisebelum dan selepas sesi eksperimen dijalankan.Ujian yang diberi adalah sama, hanya rurutandan eara penyoalan dibezakan antara kedua-duaversi ujian. Dalam Fasa II, beberapa perubahandalam pentadbiran ujian telah dibuatberdasarkan pemerhatian dan maklumat yangdiperoleh daripada Fasa I kajian. Dalam Fasa I,pelajar didapati berkongsi maklumat dengan ahlikumpulan lain semasa dan selepas setiap sesikuliah dapat juga meneapai bahan kuliah secaraatas talian. Dengan im, maklumat yang diperolehsetiap kumpulan kajian mungkin sarna dalamjangka masa satu bulan antara pentadbiran ujianpra dan pasea. Memandangkan kesan yangmungkin berlaku terhadap peneapaian dalamujian pasea, maka kuiz yang mengandungi hanyalima soalan diberi sebelum kuliah bermula danditadbir semula selepas sesi kuliah berakhir bagisetiap sesi pengajaran mingguan. Inimembolehkan pemahaman bagi sesuatu kuliahberdasarkan mod yang berbeza diukur denganlebih tepat.

Selain im, sam set soal selidik diberi selepassesi kajian untuk mengenal pasti persepsi pelajarberdasarkan kepada empat kategori iaitu

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 169

Zakaria Kasa et aL

terhadap mod teknologi webcast, kaedahpenyampaian, bahan pembelajaran, danperkhidmatan dan kemudahan teknologi yangdigunakan. Kategori persepsi pelajar terhadapmod teknologi webcast terdiri daripada 21 item,kaedah penyampaian ialah 22 item, bahanpembelajaran ialah 10 item manakala kategoriperkhidmatan dan kemudahan teknologi pulaadalah 5 item. Dalam kajian Fasa II yangmelibatkan seramai 106 pelajar menunjukkanindeks kebolehpercayaan keseluruhan soal selidikadalah 0.88. Jadual 1 menunjukkan indekskebolehpercayaan bagi tiga bahagian soal selidik.

Data yang dikumpul dianalisis mengikutjenisdata dan menggunakan perisian SPSS (StatisticalPackage for Social Science). Data deskriptif yangdianalisis dengan menggunakan statistikdeskriptif seperti peratusan, min, sisihan piawaidan frekuensi. Statistik inferens seperti Ujian­t dan ANOVA digunakan untuk mengenal pastisarna ada terdapat perbezaan yang signifikanantara pemboleh ubah yang dikaji.

DAPATANPersepsi Pelajar Terhadap Mod Teknologi Webcast

Secara keseluruhan, pelajar mempunyai persepsiyang sederhana positif terhadap ketiga-tiga modteknologi Webcast (min = 2.94, S.P = 0.64). Jikadilihat perbandingan antara ketiga-tiga modteknologi, pelajar dalam kumpulan modteknologi pre-recorded (min = 2.82, S.P = 0.59)dan mod teknologi VOD (min = 2.82, S.P =

0.38) masing-masing mempunyai persepsi yanglebih rendah daripada kumpulan live streaming(min = 3.14, S.P = 0.81) (Jadual 2).Bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yangsignifikan antara ketiga-tiga kumpulan pelajarterhadap teknologi webcast (F = 2.30, P > 0.05).

Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Penyampaian

Persepsi pelajar terhadap kaedah penyampaiandengan menggunakan tiga mod teknologi webcastadalah sederhana positif (min = 3.14, S.D =

0.65). Jadual 3 menunjukkan persepsi pelajarterhadap kaedah penyampaian menggunakanteknologi webcast. Bagaimanapun, pelajar dalammod teknologi live streaming (min = 3.52, S.D =

0.59) didapati mempunyai persepsi yang lebihpositif terhadap kaedah penyampaianberbanding pelajar dalam mod pre-recordedstreaming (min = 3.02, S.D = 0.53) dan VOD(min = 2.81, S.D = 0.65). Ini menu~ukkan

bahawa pelajar yang mengikuti pembelajaranmelalui teknologi live streaming dapat dan/atauboleh menerima kaedah yang mereka gunakanini secara positif berbanding pelajar yangmengikuti pembelajaran mereka denganmenggunakan teknologi pre-recorded streaming.

Apabila ditinjau sarna ada terdapatperbezaan yang signifikan bagi persepsi terhadapkaedah penyampaian, hasil analisis menunjukkanterdapat perbezaan yang signifikan antara ketiga­tiga mod penyampaian (F = 10.94, P < 0.05).Hasil ujian menunjukkan kumpulan mod live

JADUAL 1Indeks kebolehpercayaan bagi bahagian soal selidik

Bahagian Soal Selidik

Persepsi Terhadap Mod Teknologi WebcastPersepsi Terhadap Kaedah PenyampaianPersepsi Terhadap Bahan Pembelajaran

Indeks Kebolehpercayaan

0.880.780.74

JADUAL 2Persepsi pelajar terhadap mod teknologi webcast

Mod Webcast

Teknologi Pre-RecordedTeknologi VODTeknologi Live streamingKetiga-tiga Mod

* p > 0.05

170

Min Sisihan Piawai F

2.82 0.592.82 0.38 2.30*3.14 0.182.94 0.64

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Keberkesanan Penyampaian Kuliah Menggunakan Teknologi Webcast dalam Mod yang Berbeza

streaming mempunyai persepsi yang berbezasecara signifikan dengan kumpulan pre~ecorded

streaming dan VOD. Manakala, persepsikumpulan pre~ecorded streaming tidak berbezasecara signifikan dengan kumpulan VOD.

Persepsi Pelajar Terhadap Bahan Pembelajaran

Secara keseluruhan, persepsi pelajar terhadapbahan pembelajaran dalam ketiga-tiga modkuliah webcast adalah sederhana positif (min =

3.01, S.D = 0.61). Jadual4 menunjukkan persepsisetiap kumpulan pelajar terhadap bahanpembelajaran yang digunakan dalam kuliahwebcast. Pelajar dalam mod live streaming (min =

3.11, S.D = 0.55) didapati mempunyai persepsiyang lebih positif terhadap bahan pembelajaranberbanding pelajar dalam mod pre-recordedstreaming (min = 3.04, S.D = 0.55) dan VOD(min = 2.86, S.D = 0.58). Walaupun begitu,hasil analisis lisan Post Hoc menunjukkan tidakterdapat perbezaan yang signifikan antarapersepsi pelajar terhadap bahan pembelajaranbagi ketiga-tiga mod penyampaian (F = 1.15, P >0.05).

Persepsi Pelajar Terhadap Kemudahan yangDisediakan dalam Kuliah Webcast

Secara keseluruhan, pelajar mempunyai persepsiyang sederhana positif terhadap kemudahan yangdisediakan dalam ketiga-tiga mod kuliah webcast

(min = 2.79, S.D = 0.73). Pelajar kumpulan modteknologi live streaming didapati mempunyaipersepsi yang lebih positif daripada pelajar dalamkumpulan mod teknologi prHecorded streamingdan VOD (Jadual5). Dapatanjuga menu~ukkanterdapat perbezaan yang signifikan antarapersepsi terhadap kemudahan bagi ketiga-tigamod kuliah (F = 7.24, P < 0.05). Inimenunjukkan kumpulan mod live streamingmempunyai persepsi yang berbeza secarasignifikan dengan kumpulan prHecorded streamingdan VOD. Manakala, persepsi kumpulan pre­recorded streaming tidak berbeza secara signifikandengan kumpulan VOD.

Perbandingan Pencapaian dalam Ujian Pra danUjian Pasca bagi Semua Mod Kuliah

Dari segi pencapaian pelajar yang mengikutikursus berorientasikan Sains, secara puratamereka memperoleh 60.43 (S.P = 12.81) dalamujian pra dan 82.12 (S.P = 5.69) dalam ujianpasca. Pelajar yang mengikuti kursusberorientasikan Sains Sosial, secara puratamemperoleh 62.14 (S.P = 13.48) dalam ujianpra dan 75.69 (S.P = 11.12) dalam ujian pasca.Bagi kedua-dua kursus berorientasikan Sains danSains Sosial, terdapat peningkatan dalam ujianpasca berbanding ujian pra (Jadual 6).

Dalam mengenal pasti sama ada terdapatperbezaan yang signifikan antara ujian pra dan

JADUAL 3Persepsi pelajar terhadap kaedah penyampaian menggunakan teknologi webcast

Mod Webcast

Teknologi pre-recorded streamingTeknologi VODTeknologi live streamingKetiga-tiga Mod

* p < 0.05

Min

3.022.813.523.14

Sisihan Piawai

0.530.650.590.65

F

10.94*

JADUAL 4Persepsi pelajar terhadap bahan pembelajaran yang digunakan dalam kuliah webcast

Mod Webcast

Teknologi Pre-recorded streamingTeknologi VODTeknologi Live streamingKetiga-tiga Mod

* p > 0.05

Min

3.042.863.113.01

Sisihan Piawai

0.550.580.550.61

F

1.15*

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 171

Zakaria Kasa et aL

JADUAL 5Persepsi pelajar terhadap kemudahan yang disediakan dalam kuliah webcast

Mod Webcast

Teknologi Pre-recorded streamingTeknologi VODTeknologi Live streamingKetiga-tiga Mod

* p < 0.05

Min

2.582.563.192.79

Sisihan Piawai

0.770.700.760.73

F

7.24*

JADUAL 6Pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca mengikut kumpulan kuliah

Pre-recorded streaming

Jenis Kuliah

Bersemuka

Live streaming

VOD

Keseluruhan

Jenis Ujian

PraPascaPra

PascaPra

PascaPra

PascaPra

Pasca

Sains Sains Sosial

Min Sisihan Piawai Min Sisihan Piawai

60.89 10.98 61.79 11.4083.75 4.00 77.95 8.8062.71 13.19 61.23 14.6883.13 4.38 74.81 13.5060.77 13.24 62.67 12.6281.15 4.08 77.71 9.9457.50 14.02 62.86 15.3380.38 8.59 72.62 11.2360.43 12.81 62.14 13.4882.12 5.69 75.69 11.12

ujian pasca, ujian-t bersandar digunakan. Hasilanalisis menunjukkan terdapat perbezaan yangsignifikan antara ujian pra dan pasca bagi pelajaryang mengikuti kursus berorientasikan sains (t =

-16.76, P < 0.05) dan kursus berorientasikanSains Sosial (t = -9.63, P < 0.05).

Ujian ANOVA dijalankan untuk melihatsarna ada terdapat perbezaan antara min bagiperbezaan skor pelajar dalam ujian pasca danpra dianalisis dan bukannya ujian pasca sahajamemandangkan pencapaian setiap kumpulanpelajar adalah berbeza sedikit pada permulaankajian. Perbezaan dalam ujian pra antarakumpulan adalah sangat kecil keranapembahagian kepada kumpulan telah dibuatsecara rawak serah.

Walaupun tiada perbezaan yang signifikandiperoleh antara kumpulan kuliah bagi kedua­dua kursus berorientasikan sains dan sains sosial,kumpulan bersemuka dan VOD menunjukkanperbezaan skor pasca-pra yang lebih tinggi (minkumpulan bersemuka = 22.86, min kumpulanVOD = 22.88) berbanding kumpulan livestreaming dan pre-recarded (min kurnpulan livestreaming = 20.42, min kumpulan pre-recarded =

20.38). bagi kursus berorientasikan sains sosialpula, kumpulan bersemuka menunjukkanperbezaan skor pasca-pra yang tinggi (min =

16.15) manakala kumpulan VOD menu~ukkan

perbezaan skor yang terendah (min = 9.76)(Jadual 7).

PERBINCANGAN

Merujuk kepada hasil analisis daripada borangsoal selidik yang telah diberikan didapati bahawapersepsi pelajar bagi teknologi webcast terutamamod live streaming adalah rendah berbandingmod VOD. Ini menunjukkan bahawa pelajarkurang berminat menggunakan mod teknologilive streaming dalam pembelajaran merekaberbanding mod teknologi VOD. Ini mungkindisebabkan beberapa masalah teknikal yangberlaku semasa rakarnan. Masalah virus yangtidak dijangkakan telah menyebabkan gangguanterhadap penyiaran secara live streamingsehinggapelajar dalam kumpulan tersebut terpaksadikumpulkan semula pada keesokannya untukmelihat rakarnan pengajaran yang telah dibuat.Dengan demikian, tayangan semula itu akansarna dengan teknologi pre-recarded sekiranya

172 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006

Keberkesanan Penyampaian Kuliah Menggunakan Teknologi Webcast dalam Mod yang Berbeza

JADUAL 7Taburan min bagi perbezaan skor ujian pra dan pasca

Jenis Kuliah

BersemukaLive streamingPre-recordedVOD

Sains Sains Sosial

Min Sisihan Piawai Min Sisihan Piawai

22.86 10.92 16.15 12.2520.42 13.34 13.58 16.2820.38 12.48 15.04 14.8222.88 16.20 9.76 14.34

pelajar melihat rakaman melalui komputer. Olehitu, untuk membezakan tayangan semuladisebabkan masalah teknikal tersebut denganmod teknologi webcast yang lain, maka tayangansemula dibuat menggunakan skrin besar.Secara keseluruhan, beberapa masalah teknikaltelah dikenal pasti dalam kajian Fasa I ini.Masalah yang telah dikenal pasti adalah sepertiberikut:1. Gangguan penerimaan kuliah webcast

disebabkan ketidakstabilan rangkaian.ii. Kebanyakan responden bagi mod live

streaming tidak dapat mencapai siaran kuliahdisebabkan masalah peralatan di manasebilangan komputer tidak dapat dipasangdengan perisian Real Player.

iii. Teks yang terlalu kecil dalam slaidmenyukarkan untuk difokus oleh kameravideo.

IV. Sudut rakaman video agak terhaddisebabkan bilik kuliah yang sempit dansusun atur yang tidak sesuai.

v. Serangan virus terhadap encodermengganggu peIjalanan sistem.

Dalam kajian ini, tiada perbezaan yangsignifikan didapati di antara ujian pra dan pascabagi keempat-empat mod penyampaian. DalamFasa Pertama kajian, ini mungkin berlaku keranapelajar dalam keempat-empat kumpulan telahmendapat kandungan kursus daripada pelbagaisumber terutamanya melalui bahan pembelajaranyang sedia ada dalam talian dan interaksi sesamarakan daripada kumpulan lain. Ini ditambahpula dengan jarak masa di antara kedua-duaujian pra dan pasca iaitu selama satu bulan.

Bagaimanapun, perbezaan antara ujian pradan pasca didapati tertinggi bagi kedua-duakumpulan kuliah berorientasikan sains dan sainssosial bagi jenis kuliah bersemuka. Tidak dapatdinafikan bahawa kuliah bersemuka memberi

kesan yang tertinggi ke atas pencapaian pelajar.Bagaimanapun, dalam kumpulan Sains,kumpulan VOD menunjukkan perbezaan ujianpra dan pasca yang tertinggi. Berkemungkinanpeluang untuk melihat rakaman pengajaransecara bebas pada bila-bila masa yangdikehendaki oleh pelajar memberi kesan yangpositif terhadap pencapaian pelajar.Bagaimanapun, dapatan ini tidak disokong olehkumpulan Sains Sosial kerana kumpulan VODmenunjukkan perbezaan ujian pra dan pascayang terendah di antara keempat-empatkumpulan. Ini mungkin berlaku kerana terdapatbeberapa masalah teknikal yang berlaku semasapengajaran seperti yang dilaporkan olehJawatankuasa Teknikal kajian.

Jika dilihat secara keseluruhan, tiadaperbezaan yang signifikan diperoleh antarakumpulan kuliah bagi kedua-dua kursusberorientasikan Sains dan Sains Sosial. Inimenunjukkan bahawa pelaksanaan kuliahdengan menggunakan mod teknologi webcastuntuk ketiga-tiga mod masih belum berkesandengan sepenuhnya tetapi hasil daripada analisisjuga menunjukkan bahawa salah satu modteknologi dapat diterima pakai oleh pelajar dalampembelajaran mereka iaitu mod VOD. Ini jugadidapati adalah berdasarkan kepada pencapaianpelajar yang setanding dengan kesan pengajaransecara bersemuka. yang mendapati pencapaianpelajar dalam kelas yang berasaskan web adalahsarna baik dengan pencapaian pelajar dalamkelas bersemuka. Dapatanyang serupa jugadiperoleh dalam kajian Hoey eta l. (1998) iaitutiada perbezaan yang signifikan didapati dalamgred akhir bagi kumpulan berasaskan-web dalamkumpulan bersemuka.

RUMUSAN

Kajian ini adalah kajian fasa pertama dan keduadaripada empat fasa. Dapatan kajian

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006 173

Zakaria Kasa et aL

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yangsignifikan dalam pencapaian pelajar bagi ujianpra dan pasca antara keempat-empat kumpulanyang dikaji. Perbezaan yang tidak signifikan initidak mungkin disebabkan oleh masalah teknikalkerana masalah teknikal yang dihadapi dalamFasa I telah diatasi semasa Fasa II kajiandijalankan. Dapatan kajian inijuga menunjukkanbahawa penggunaan mod teknologi webcast dalampembelajaran boleh diterima pakai keranaterdapat keberkesanan yang sarna dengan kuliahsecara bersemuka. Persoalan seterusnya adalah,adakah bahan kuliah webcastyang telah disuntingdan dipertingkatkan cara penyampaiannya bolehmeningkatkan kualiti dan keberkesanan kuliahwebcast berbanding kuliah secara bersemuka? Inimerupakan persoalan yang akan cuba dijawabdalam kajian Fasa Ketiga dan Keempat.

RUJUKANANONYMOUS. 1997. Push technology. http://

webcanaLinria.fr/arch/push.html. Dicapai pada 15Mac 2004.

ANoNYMOUS. QuickTime streaming: End-to-endsolutions for live broadcasting and on-demandstreaming of digital media. http://images. apple. com/quick time/streamingserver/QT_Streamin~TB.pdf Dicapai pada 15 April2004.

FARLEX. 1996. The free dictionary. http://encyclopedia. thefreedictionary. com/webcasting.Dicapai pada 15 Mac 2004.

HOEY,].]., ]. M. PETTITT dan C. E. BRAWNER. 1998.Project 25: First semester assessment: A Report

on the implementation of courses offered onthe internet. North Carolina State University,Raleigh, NC.

KIM GUENTHER. 2000. Darwin Magazine. What is pushtechnology. http://www.darwinmagazine.com /l.eam/curve/column.htm. Dicapai pada 15 Mac2004.

MILAN NIKOU, DAN HOFFMAN dan LJIL]ANA TRAJKOVI.2001. Mbone webcast: Network setup and datacollection. http://www.ensc.sfu.ca/-ljilja/papers/imsa2003.pdf Dicapai pada 17 Mac 2004.

Poo , W. C., L. T. Low dan G. F. YONG. 2004. Astudy of web-based learning (WBL)environment in Malaysia. The InternationalJournal ofEducation Management 18(6): 374-385.

ROWE, L. A., D. HARLEY, P. PLETSHER and S. LAWRENCE.2001. BIBS: A lecture webcasting system.University California, Berkeley. http://www.bmrc.berkeley.edu. Dicapai pada 15 Ogos2002.

SECHREST,]. 1998. The internet is an educationalmedium WWW courseware developmentliterature. http://[email protected] pada 20 April 2004.

SINClAIR,]. A and P. CRUIKSHANK. 2001. Webcast - Aconcise history and analysis specific to radiobroadcasting. http://www.dcs.napier.ac.uk/-mm/socbytes/feb2001/Feb2001_14.htm. Dicapai pada13 Mac 2004.

ZIFF DAVIS. 1996. PC Magazine: Encyclopedia. ZiffDavis Publishing Holding Inc. http://www.pcmag.com/encyclopedia_ term/0,2542.Dicapai pada 13 Mac 2004.

(Received: 20 September 2004)

174 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 14 No.2 2006