kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

26
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AZAMUDDIN BIN MAT ALI HANIF HUSAINI BIN AHMAD FAKHRU RADZI 7 PISMP PJK / IPGKSM

Upload: hazwani-kamaludin

Post on 27-Nov-2015

362 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

PJM3117 Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan

TRANSCRIPT

DISEDIAKAN OLEH:MUHAMMAD AZAMUDDIN BIN MAT ALI

HANIF HUSAINI BIN AHMAD FAKHRU RADZI7 PISMP PJK / IPGKSM

Kebangkitan (arousel) Tahap kesediaan fisiologi yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena sehingga kpd keseronokkan yang terlampau (Cox,1998). Kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual, atau perseptual . (Cratty,1989) Aktiviti psikologi individu . (LeUnes dan Nation,1989) Tahap kesediaan fisiologikal untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual yang tidak dipengaruhi oleh emosi. (Wann,1997)

• Berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik. SSA mengawal tindakan automatik serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, pernafasan dan tekan darah.

• Ia boleh dibahagikan kepada sistem simpartetik dan parasimpartetik.

• Setiap individu mempunyai tahap kebangkitan yang berbeza dengan individu yang lain.

• Sekiranya aktiviti simpatetik meningkat, maka tahap kebangitan individu juga akan meningkat melebihi tahap optima.

• Oleh itu, parasimpatetik bertanggungjawab untuk menurunkan tahap kebangkitan agar kembali kepada tahap asal (homeotasis).

• Antara kaedah biasa dugunakan bagi mengesan tahap kebangkitan individu ialah alat elektrofisiologikal.

• Cara ini biasa digunakan untuk mengesan tahap kebangkitan adalah peningkatan kadar nadi, ketegangan otot, pengeluaran peluh, peningkatan pernafasan, perlakuan yang tidak teratur, percakapan laju serta hilang rentak perlakuan biasa.

KEBIMBANGAN (ANXIETY) Kebimbangan ialah sesuatu yang

negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian atlit dalam sukan. (Wann,1997). Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.

Kebimbangan Seketika (State Anxiety)

Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.

Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)

Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

Kebimbangan Kognitif (Cognitive Anxiety)

Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa. Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).

Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)

Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan mengakibatkan individu hilang kawalan, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.

Menurut Endler (1978) kebimbangan terhasil dari gabungan 5 faktor:

•1.      Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah yang boleh mengugat ego atlit tersebut.•2.      Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton yang mengancam harga diri seseorang.

• 3.      Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher yang boleh mencederakannya.

• 4.      Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan.

• 5.      Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa pertandingan.

Soal SelidikPemerhatian terhadap

perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal .Peningkatan kadar nadi,

perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan.

Teori Dorongan / Drive Theory 

• Asalnya hubungan diantara kebangkitan & prestasi adalah sebagai linear @ langsung

• Kajian terkini – tahap kebimbangan & kebangkitan yang terlalu tinggi akan mengalami penurunan dalam prestasinya

• Implikasi kajian untuk menjadikan suasana kondusif untuk pembelajaran kemahiran yang baru adalah perlu untuk mengekang kehadiran faktor-faktor yang menyebabkan kebangkitan & kebimbangan

• Kemahiran yang sudah dipelajari & dikuasai, kehadiran orang ramai akan meningkatkan lagi pencapaian.

Teori U – Terbalik • Tahap kebangkitan yang

rendah, atlet tidak berada dalam keadaan bersedia tetapi apabila tahap kebangkitan tinggi, prestasi akan meningkat sehingga ke tahap prestasi puncak

• Tetapi jika kebangkitan terus meningkat, prestasi akan menurun

• Inverted U mengambarkan prestasi puncak beserta dengan tahap kebangkitan

Teori Zon Berfungi yg Optimum Hanin (ZBO)

• ZBO atlet adalah tahap kebimbangan optima atlet yang mana akan membantu pencapaian cemerlang atlet

• Prestasi buruk dijangkakan apabila tahap kebimbangan atlet di atas atau dibawah ZBO atlet tersebut

• Berbeza dengan ‘inverted-U’ dalam dua aspek:pertama – pencapaian optima tidak

semestinya pada titik pertengahan tetapi berbeza mengikut indvidu

kedua – ZBO bukan satu point tetapi satu ‘bandwith’.

• Stres Hans Selye (1982)- respon tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan yang di hadapi di persekitaran. Bentuk tekanan yang di hadapi adalah tekanan fizikal (berpunca dari penglibatan dalam aktiviti fizikal), tekanan mental seperti sedih, kecewa dan seronok dan lain-lain. Apapun bentuk tekanan yang di terima, reaksi fisiologikalnya tetap sama.

• EustresSekiranya individu tersebut merasakan bahawa stres yang di alaminya bersifat positif, maka ia di sebut eustres. Contohnya, perasaan serta debaran yang dirasai oleh seorang atlet sementara menantikan namanya di umumkan sebagai pemenang serta dikalungkan dengan pingat emas.Stres yang di alami dalam bentuk debaran di tafsikan sebagai positif oleh atlet tersebut

• Distres Sekiranya individu tersebut membuat interprestasi bahawa stres yang di alaminya bersifat negatif. Individu merasakan bahawa beliau tidak mampu untuk menghadapi bebanan atau tekanan yang di hadapi di persekitaran. Contohnya, apabila seorang ahli gimnastik terjatuh dari balance beam,. Walaupun ahli gimnastik tersebut meneruskan semula rutin beliau rasa takut jatuh kali kedua serta kebimbangan yang dirasai kerana kehilangan mata sebelumnya memberikan kesan kepada beliau.

• Hiperstres Keadaan di mana tahap serta jumlah stres yang dialami melampaui kemampuan kita menanggani stres tersebut. Contohnya dalam keadaan tertekan yang teramat sangat seseorang individu menjadi kaku serta tidak dapat memberikan sebarang reaksi

• HipostresJumlah atau bentuk stres yang dialami tidak langsung merangsang atau membimbangkan individu tersebut. Hasilnya kebosanan berlaku.