kata majmuk

23
KATA MAJMUK Paklong cikgu nota paklongcikgu

Upload: paklong-cikgu

Post on 24-May-2015

7.963 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata majmuk

KATA MAJMUK

Paklong cikgu

nota paklongcikgu

Page 2: Kata majmuk

PEMAJMUKAN

• Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya.

nota paklongcikgu

Page 3: Kata majmuk

PEMAJMUKAN

• Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:

   Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi

  Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam

   Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai

nota paklongcikgu

Page 4: Kata majmuk

PEMAJMUKAN

• Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:

• Umum • Istilah • Kiasan/peribahasa

nota paklongcikgu

Page 5: Kata majmuk

KATA MAJMUK UMUM

• Kata majmuk biasa Alat tulis, adat resam, kereta

api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari

• Kata Majmuk Gelaran Ketua Polis Negara, Perdana

Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar

nota paklongcikgu

Page 6: Kata majmuk

•Senaraikan tiga kata majmuk umum…..

nota paklongcikgu

Page 7: Kata majmuk

KATA MAJMUK ISTILAH KHUSUS

• Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.

• Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja

nota paklongcikgu

Page 8: Kata majmuk

•Senaraikan tiga kata majmuk khusus…..

nota paklongcikgu

Page 9: Kata majmuk

KATA MAJMUK KIASAN

• Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya, misalnya:

• Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin

nota paklongcikgu

Page 10: Kata majmuk

•Senaraikan tiga kata majmuk istilah…..

nota paklongcikgu

Page 11: Kata majmuk

PEMAJMUKAN

• Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama.    

Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.

nota paklongcikgu

Page 12: Kata majmuk

PEMAJMUKAN• Dua patah kata yang sama atau

hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan.

Misalnya,• cantik jelita bererti sangat cantik• hancur lebur bererti hancur sama

sekali• sunyi sepi bererti sangat sunyi

nota paklongcikgu

Page 13: Kata majmuk

BENTUK KATA MAJMUK

• Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada

yang bersempang.

• Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda

separa seperti bebawang, jejari,kekuda, dan

sebagainya.

nota paklongcikgu

Page 14: Kata majmuk

BENTUK KATA MAJMUK

• Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.

• Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.

nota paklongcikgu

Page 15: Kata majmuk

BENTUK KATA MAJMUK

Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi

kepada beberapa kelas seperti yang berikut :

• kata nama majmuk• kata bilangan majmuk• kata adjektif majmuk• kata kerja majmuk• kata sendi majmuk• kata keterangan majmuk• kata hubung majmuk

nota paklongcikgu

Page 16: Kata majmuk

JENIS KATA MAJMUK

• Contoh kata nama majmuk : air mata, buah mulut, cita

rasa, daun telinga, ganti rugi, hak

cipta.

nota paklongcikgu

Page 17: Kata majmuk

JENIS KATA MAJMUK

• Contoh kata bilangan majmuk : tiga puluh, dua pertiga, dua ratus

lima puluh.

nota paklongcikgu

Page 18: Kata majmuk

JENIS KATA MAJMUK

• Contoh kata adjektif majmuk : aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, kelam

kabut.

nota paklongcikgu

Page 19: Kata majmuk

JENIS KATA MAJMUK

• Contoh kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada.

nota paklongcikgu

Page 20: Kata majmuk

TUGAS KATA MAJMUKKata majmuk mempunyai dua tugasseperti yang berikut: • menetapkan kelas kata dasar.

Contohnya :air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)

lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)

lemah lembut (kata adjektif)

dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)

nota paklongcikgu

Page 21: Kata majmuk

TUGAS KATA MAJMUKKata majmuk mempunyai dua tugasseperti yang berikut: • mengubah kelas kata dasar. Contohnya : apa + bila (kata ganti tanya) (kata keterangan tanya) apabila (kata hubung)

alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim ulama (kata nama) cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)

nota paklongcikgu

Page 22: Kata majmuk

RUJUKAN :

• http://skhk8k.tripod.com/bm/ayattunggalmajmuk.htm

• http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm

nota paklongcikgu

Page 23: Kata majmuk

nota paklongcikgu