kata kerja dan penggunaanya

31
KATA KERJA menjunjung - membawa sesuatu di atas kepala menjulang - 1. mengangkat ke atas. 2. mendukung (anak dll) di atas bahu: setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya tatang; menatang, - sl membawa sesuatu di atas tapak tangan, menating, menayang: seorang budak lelaki belasan tahun keluar dr dalam ~ sedulang kopi hitam; memapah membantu orang bangun (berjalan) dgn memegang (menopang) tangannya: Sulong Muda ~ kekasihnya bangun; abang dan aku berjanji utk ~nya malam itu ke madrasah mengendong membawa barang dgn dibungkus dlm kain sarung (sapu tangan dll): buah-buah itu dipungutnya dan dikendongnya. gendong (géndong); menggendong 1. mendukung (di belakang, di pinggang, dll) dgn kain yg disangkutkan ke leher: ~ anak; 2. Tr mendukung di belakang, mengencang; menjinjit menjinjing, membimbit: gadis itu kelihatan ~ sebuah bungkusan di sebelah tangan kanannya; menjinjing membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit: seorang daripadanya sedang ~ sebuah cerek besar; ringan sama dijinjing, berat sama dipikul mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya: perempuan itu ~ anaknya; membawa 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan

Upload: cekgu-syida

Post on 25-Jul-2015

790 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bahan ini amat sesuai digunakan bagi memantapkan penggunaan kata kerja dalam kalangan murid sekolah rendah. ^^

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Kerja dan penggunaanya

KATA KERJA

menjunjung - membawa sesuatu di atas kepala

menjulang - 1. mengangkat ke atas. 2. mendukung (anak dll) di atas bahu: setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya

tatang; menatang, - sl membawa sesuatu di atas tapak tangan, menating, menayang: seorang budak lelaki belasan tahun keluar dr dalam ~ sedulang kopi hitam;

memapah membantu orang bangun (berjalan) dgn memegang (menopang) tangannya: Sulong Muda ~ kekasihnya bangun; abang dan aku berjanji utk ~nya malam itu ke madrasah

mengendong membawa barang dgn dibungkus dlm kain sarung (sapu tangan dll): buah-buah itu dipungutnya dan dikendongnya.

gendong (géndong); menggendong 1. mendukung (di belakang, di pinggang, dll) dgn kain yg disangkutkan ke leher: ~ anak; 2. Tr mendukung di belakang, mengencang;

menjinjit menjinjing, membimbit: gadis itu kelihatan ~ sebuah bungkusan di sebelah tangan kanannya;

menjinjing membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit: seorang daripadanya sedang ~ sebuah cerek besar; ringan sama dijinjing, berat sama dipikul

mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya: perempuan itu ~ anaknya;

membawa 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan

memikul 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas

mengandar membawa barang dgn kandar, memikul, menggalas: maka diambilnya kayu oleh Seri Rama dikandarnya dua ekor kijang.

menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar

menyandang 1. membawa sesuatu dgn tali dll yg diselendangkan di bahu: ~ senapang; ketika bertanya itu, ia sedang ~ kameranya

Page 2: Kata Kerja dan penggunaanya

mengepit memegang (menghimpit, membawa) di antara lengan dan badan (di bawah ketiak) atau di antara dua jari

membimbit = menjinjing: Ali ~ bakul utk ke pasar

mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta

meringkuk 1. duduk (tidur dll) meromok: anaknya tidur ~ di atas lantai

menuntun 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret;

mengusung 1. membawa (orang) dgn menggunakan tandu, menandu: Seri Udani pun diusung orang, dibawa kembali ke rumahnya; 2. mengangkat (membawa) beramai-ramai: baginda bertemu dgn si pencuri lima orang ~ satu peti berdua, yg tiga orang itu mengiringkan dia;

menggalang 1. diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu;

memegang 1. memaut (menggenggam, mencapai) dgn tangan, menangkap (pencuri dll):

membelai, membelai-belai 1. mengusap-usap (dgn kata-kata pujukan atau perasaan kasih sayang): ia turut menangis sambil ~-belai rambut Sarinah yg lepas terurai;

usap; mengusap 1. menyapu (menyeka) supaya kering, menghapuskan: air matanya masih kelihatan bergenang di kelopak matanya, tidak diusap; 2. = mengusapi menggosok perlahan-lahan, membelai, mengelus-elus: suamiku menyambut pemberian anak sulung kami sambil ~ pipinya;

lambai I; melambai, melambai-lambai 1. bergerak-gerak turun naik (tentang tangan) utk memanggil dll: kereta api pun bergerak, kulihat tangan suamiku ~ ;

elus Jw; mengelus, mengelus-elus 1. mengusap-usap, membelai-belai, menyapu-nyapu dgn perlahan-lahan (utk memujuk dll): tangannya yg bertelekan di atas tangan kerusi ~ rambutnya ke belakang

memulas 1. memusing (kunci, leher, skru, telinga, dll), memutar: jika boleh tangkai bunga itu hendaklah dipulas sedikit sebelum dilentur; 2. memegang sesuatu lalu diputar,

Page 3: Kata Kerja dan penggunaanya

memilin, memiuh (kain basuhan, tali, dll): kain itu dipegang dgn dua belah tangan kemudian dipulas, keluarkan seberapa banyak air yg dapat

memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru;

memilin 1. memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dgn tangan;

memintal 1. memilin supaya jadi tali; ~ tali rami; 2. membuat benang, mengantih: perusahaan-perusahaan ~ benang dan menenun kain kapas;

memusing memutar: ~ skru; ~ jarum jam

menskru 1. memasang skru; 2. membuat benang atau alur pd batang besi supaya menjadi skru, membuat skru;

memahat 1. menebuk lubang dll dgn pahat; 2. mengukir, membuat patung dgn pahat: di atas tugu itu semua nama pejuang yg gugur turut dipahat

menebuk membuat lubang pd, melubangi, menembusi, menggerek: ~ lubang butang

memaku 1. memasang paku pd: ~ dinding

POKOK

takik toreh yg agak dalam pd pokok (kulit pokok dll), takuk, gubang: potongan itu tebal-tebal ~nya; takang-~ berbagai-bagai takik

menakuk 1. memarang utk membuat takuk, menakik;

menakik 1. melukai sesuatu dgn parang dll, membuat takik (dgn memarang dll), menakuk: pohon-pohon getah yg ditakik oleh pengganas dahulu masih baru kelihatannya; 2. menoreh kulit kayu utk mengambil getah, menyadap: ~ pokok getah; ~ darah di batu

menarah meratakan atau melicinkan (kayu, batu, tanah, dll) dgn rimbas dll: dia asyik ~ dan mengukir papan cengal;

merepang memangkas rata-rata, memepat rata-rata, meratakan, menyamakan (hujungnya): buluh itu direpang supaya rata

cantas; mencantas 1. memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll)

memangkas 1. menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; 2. memotong hujung (rumput, pokok, dll),

memancung memenggal, mengerat (kepala, leher, dll);

Page 4: Kata Kerja dan penggunaanya

menebang memotong pokok kayu dll yg besar-besar

menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil: ia disuruh ~ semak; ~ hutan

rambah; merambah 1. menebas, menebang; (pokok, tumbuh-tumbuhan), membabat: mereka ~ pokok-pokok kecil

mengerat memotong, memenggal, memancung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikerat-keratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi

mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya

menyabit memotong (padi, rumput, dll) dgn sabit: orang tua itu sedang ~ di bendang; ~ kelapa mengait kelapa dgn sabit;

melentur 1. membengkok atau melengkung (spt julai batang buluh, ampaian kain yg tidak tegang, dll), kendur: dawai itu menjadi panas dan mengembang panjang dan ~; 2. boleh (mudah) dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, dll);

menyiram 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus: seorang perempuan muda ~ bunga dlm taman; 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih);

mencangkul 1. memecahkan (menggemburkan dll) tanah dgn cangkul, memacul;

gembur II tidak padat, berderai-derai (tanah, pasir, dll), lembut, lunak; sakit ~-~ basal, busung air;

menggemburkan mencangkul (tanah) supaya gembur

DAPUR

mengewap menjadi wap, meruap: air dlm belanga sedang ~;

reneh (rénéh) I; mereneh mendidih

mengukus 1. memasak atau memanaskan sesuatu dgn menggunakan wap air mendidih: ~ nasi lemak

memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan, dll); 3. menebang (kayu,pokok, dll);

Page 5: Kata Kerja dan penggunaanya

menghiris memotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan utk dibuat bunga rampai

menyiang 1. = membersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru.

meracik menghiris, memotong atau mengerat (timun, pinang, dll) tipis-tipis, menyayat (merajang) tipis-tipis

menggiling 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn batu giling dan anak batu giling

menggaul mengaduk, mencampur: tanah itu mestilah digaul dgn baja;

mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi

mengaduk 1. mengacau, mengarau: tidak perlu ~ atau menggoncang tangki penyumbat setiap masa; ~ gulai

kupas; mengupas 1. membuang atau mengopak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek: ~ kelapa; ~ limau

mengopek 1. mengupas (kulitnya), mengobak, menguliti, membelah buah (utk mendapat isinya): ~ kelapa; ~ durian; 2. mengupas (mengubik) sedikit: ~ dgn hujung pisau;

menanak 1. memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll): maka dia pun ~ nasi seperiuk kecil; 2. memasak sesuatu dgn merebusnya sahaja; ~ kentang merebus kentang;

menjerang 1. menjerangkan = meletakkan (periuk dll) di atas api utk memasak:

mendidih; berdidih 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, menggelegak: air di dlm kawah itu sedang ~;

menggelegak 1. mendidih dan berbunyi (spt air), membual: air sedang ~ di dapur’

merebus memasak sesuatu dlm air, menggodok: ~ keledek; ~ air menjerang air;

menggodok – merebus

memerapkan membiarkan sahaja terletak: perapkan adunan yg telah digulung itu selama 15 minit;

membakar 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur;

Page 6: Kata Kerja dan penggunaanya

memanggang 1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: ~ ikan

menggoreng 1. memasak dgn minyak: ~ ikan; ~ pisang; 2. memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tdk menggunakan minyak, merendang;

mengukur 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur

mengeruk 1. menggaruk atau mengerik dgn kuat (dgn tangan, penggaruk, dsb) utk mengambil sesuatu, mengikis, mengerik: ~ tanah dgn tempurung; ~ kerak nasi dgn senduk; 2. mengorek, menggali, mengeduk: ~ lumpur

menerap membuat kuih dgn menggunakan terap

menguli meramas-ramas dan menekan-nekan (adunan roti, kuih, dsb) dgn tangan utk menyebatikannya: tepung itu dicampur dgn air dan diuli sehingga lembut;

menggentel, menggenteli membulat-bulatkan (dgn hujung jari).

memarut mengukur (kelapa dll) dgn parut: kelapa diparut kemudian diperah;

perah I; memerah memicit dll utk mengeluarkan air (susu dll), memeras: ~ kain; ~ susu lembu

PERGERAKAN/perbuatan haiwan

panjat; memanjat 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb

mendaki 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka

kesot (késot); berkesot, mengesot bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengengsotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot;

lungsur I; melungsur meluncur turun, menggelungsur.

merangkak 1. berjalan dgn bertumpu di atas tangan dan lutut: dia terpaksa ~ perlahan-lahan apabila sampai di tempat yg curam; baru pandai

eram; mengeram 1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~

menyudu 1. mematuk dgn sudu (itik dll): bunyi hirupannya macam bunyi itik ~;

pagut I; memagut mematuk (ular, burung, dll), mencatuk;

Page 7: Kata Kerja dan penggunaanya

melompat mengangkat kedua-dua kaki dr tanah dsb terus ke atas atau ke depan, meloncat: ia ~ turun ke tanah;

meloncat 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~;

patuk I; mematuk 1. memagut atau mencatuk (biasanya dgn paruh): ayam ~ cacing; mati dipatuk ular; 2. memukul (picu atau petikan bedil): picu yg dipetiknya tidak ~ pd kali itu;

mengaum berbunyi menderam (bkn harimau, singa): kambing mengembek, harimau ~;

mengembek mengeluarkan bunyi embek (kambing dll).

mencicit berbunyi spt bunyi anak burung dll.

mengiau (bkn kucing) berbunyi iau, mengeong: dr tadi lagi, kucing itu ~, lapar agaknya

berkokok 1. berbunyi berlarut-larut (bkn ayam jantan): kedengaran bunyi ayam jantan ~ sahut-menyahut;

menyalak 1. berbunyi dgn keras (anjing), menggonggong: seekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya

gonggong I; menggonggong 1. membawa (memegang) dgn mulut atau paruh (bkn anjing, burung, dll), menggondol: mereka mengejar seekor anjing yg lari ~ sepotong daging;

berenang bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air

unggis; mengunggis menggigit sedikit-sedikit (bkn tikus, arnab, dll), mengerip, menggerumis: tikus itu ~ roti yg ditinggalkan di atas meja.

mengerit menggigit berdikit-dikit, mengerip, mengunggis (bkn tikus dll);

berkicau 1. berbunyi (bkn burung terutama burung murai): ayam biasa berkokok, murai biasa ~;

menggigit 1. mengapit (mengacip, menyepit, dsb) dgn gigi: kaki pencuri itu digigit anjing; ~ bibir ki berasa marah (geram); ~ jari (telunjuk) ki berasa kecewa (hampa);

terbang I 1. melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap (tenaga jentera dll):

meragut- 2. memakan rumput hidup dsb (bkn lembu, kambing, dll): yg meragut-ragut rumput, itulah kerbau

lari I 1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan):

Page 8: Kata Kerja dan penggunaanya

berjalan 1. bergerak (ke depan dll) dgn kaki: setelah diberi isyarat kanak-kanak itu pun mulai ~; 2. bergerak dr satu tempat ke tempat lain: kereta api itu ~ dgn lajunya menuju ke pelabuhan;

lompat I perbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh;

berdesing, mendesing, 1. berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: angin ~ di sela-sela daun kelapa; suara keridik dan belalang sahaja yg kedengaran mendesing memecah kelengangan itu

tetas; menetas 1. memotong (membelah dll) supaya terbuka, meretas: ~ jahitan; 2. keluar drpd telur: anak-anak ayam yg baru ~ sudah boleh berjalan; 3. pecah dan terbuka kulitnya (telur yg sudah diram): dlm tempoh sepuluh hari telur itu pun ~lah;

siul I = siulan 1. bunyi (spt bunyi suling) yg dibuat dgn menghembuskan angin melalui mulut yg disempitkan; 2. bunyi burung, desis ular: aku terdengar ~ burung dara yg menyanyikan lagu bahagia;

bersiul 1. membuat bunyi (spt bunyi suling) dgn mulut: kemudian didengarnya bunyi orang ~; 2. berbunyi (burung), mendesit (ular): unggas-unggas berterbangan dr dahan ke dahan serta ~-siul

makan 1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini

kunyah; mengunyah 1. melumatkan (menghancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi sebelum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan;

mamah; memamah 1. menghancurkan makanan (dlm mulut) dgn gigi, mengunyah: Hashim ~ kacang goreng sambil memerhatikan anak-anaknya bermain

menelan 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah ditelannya

meratah 1. makan lauk sahaja (tidak dgn nasi): habis lauk itu diratahnya; 2.

mengulum 1. menahan atau membiarkan (gula-gula dll) di dlm mulut, mengemam: dikulumnya gula batu dlm mulutnya

sedut; menyedut 1. menarik masuk (ke dlm) dgn kekuatan udara (dgn mulut, hidung, dll), menghirup, menghisap: dia mengesat-ngesat air matanya dan ~-nyedut air yg keluar dr hidungnya; dia ~ rokoknya;

Page 9: Kata Kerja dan penggunaanya

hisap; menghisap memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga

menjilat 1. merasa (mengambil) makanan dll dgn lidah: susu yg tumpah itu habis dijilat kucing;

minum = meminum 1. meneguk atau menelan sesuatu yg cair (air, susu,

meneguk minum (air, ubat, dll), menelan (air): mereka ~ kopi masing-masing

gigit; bergigit, bergigitan mencengkam (mencengkeram dll) dgn gigi antara satu sama lain, saling menyepit dgn gigi

kunyah; mengunyah 1. melumatkan (menghancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi sebelum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan;

berludah, meludah membuang ludah, mengeluarkan ludah

muntah 1. keluar kembali drpd mulut (barang yg dimakan dll):

menghembus 1. meniup, mengeluarkan nafas (udara): pokok itu bergegar sedikit dihembus angin; ia ~ rambut gadis itu; 2. bp cabut, lari; 3. mengeluarkan hingus dgn memaksa udara keluar melalui hidung: sesekali dia ~ hidungnya;

kacip I sj alat (spt gunting) yg sendinya di hujung (utk membelah pinang dll); gigi ~ gigi utk memotong yg terletak di hadapan gigi taring pd mamalia;

asah 1 gosok (utk menajamkan, meratakan, melicinkan, dll)

mengasah 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi;

mencanai 1. mengasah sesuatu dgn batu canai; 2. melicinkan, meratakan, mengilatkan; 3. menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastry

mengilatkan 1. memancarkan (mengeluarkan) cahaya spt kilat; 2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan: kayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan

menggilap menggosok supaya gilap: cara mencanai dan ~ kanta

menggosok 1. membersihkan (menggilapkan dll) dgn tangan (berus, kain, dll), menggeser-geserkan (berus, kain, dll) pd sesuatu dgn keras, menyental: sbg orang gaji kerjanya ialah memasak, mencuci pakaian dan ~ lantai; 2. menyeterika (baju dll)

Page 10: Kata Kerja dan penggunaanya

sental; menyental 1. menggosok dgn kuat (supaya bersih), mengganyah: dia sudah ~ badannya dgn sabun lebih dua kali sewaktu mandi tadi

mengorek 1. membuat lubang (pd sesuatu benda atau di dlm tanah), mencungkil, menebuk, mengeruk, menggali: ~ lubang utk menanam sampah dll;

menyadur 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah

menyalut membalut, membungkus, menyampul: gambar itu hendaklah disalut supaya tidak pudar; ~ sarung keris dgn perak;

membungkus 1. membalut: permata itu dibungkus dgn kain baldu;

menyampul memasukkan ke dlm sampul, membungkus, menyalut

CARA PERCAKAPAN

meroyan menderita sakit sesudah bersalin, dihinggapi royan.

mencaci 1. mengatakan keburukan orang, mencela, menghina: dia tidak mahu belajar lagi kerana gurunya selalu ~ dia di depan murid-murid lain; 2. = ~ maki memaki-maki dgn kata-kata yg keji dan kotor

mencela mengecam, mengkritik (dgn memburuk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia

menghina, menghinakan 1. memperlakukan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang;

mencerca, mencercai mengeluarkan kata-kata keji utk menghina (mengejek dsb), mencaci, mencela: mereka terus-menerus ~ dan menghamburkan nista kepadanya;

memaki, memaki-maki mengeluarkan kata yg keji-keji (kpd): ia marah lalu ~ isterinya;

menghamun, menghamuni mencaci maki, menyumpahi: bapanya ~ dan memaki dia.

ejek (éjék); mengejek mempersendakan (mempermainkan, mentertawakan) orang (dgn mengajuk, mengeluarkan kata-kata yg memarahkan dll), memperolok-olokkan, mencemuh, menghina, menyindir: engkau yg ~ dia tadi, sebab itulah ditempelengnya engkau;

Page 11: Kata Kerja dan penggunaanya

menyindir mengatakan sesuatu (utk mencela, mengejek, mengeji) tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi berkemban di situ; pukul anak sindir menantu prb mengata-ngatai orang tetapi perkataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain;

mengeji menghina, memandang rendah (pd): Islam sangat ~ sifat dusta; membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain;

mencarut, mencarut-carut mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor, memaki-maki: kadang-kadang ~ dan meludah

menjerit 1. berteriak kuat-kuat, memekik: pencuri itu mengugut hendak membunuhnya kalau ia ~; 2. mengeluh (kerana kesusahan, penderitaan, dll);

melaung berteriak (memanggil, menyeru) dgn suara yg kuat: sambil memegang tangan adiknya Ramli cuba ~ dgn sekuat-kuatnya;

menyentakkan menengking, mengherdik: tiba-tiba suara bapa dlm kamar menyentakkan kami.

memanggil 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll

menangis melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll:

tawa perbuatan melahirkan rasa suka (dgn suara terkekeh-kekeh dll): kuat sungguh bunyi ~nya; ~ orang-orang yg sedang berseloroh itu kedengaran lagi; Tuan Haji Fuad mendengar deraian ~ ratusan muridnya;

berdekah-dekah ketawa (tertawa) dgn suara yg tinggi atau nyaring (kerana terlalu geli hati), terkekeh-kekeh: kadang-kadang cerita itu begitu lucu sehingga kami ketawa ~.

kekeh (kékéh); terkekeh-kekeh ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak: para hadirin ~ segirang hati; Udin ~ kesukaan

bahak I; terbahak-bahak tertawa dgn kuat dan tidak tertahan-tahan (kerana terlalu geli hati), tertawa gelak-gelak: mendengar jawapanku, Hasni ketawa ~.

senyum = senyuman gerak bibir yg ternaik pd hujungnya disertai sinaran mata dan biasanya membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb): perempuan muda itu kelihatan memberikan senyuman manisnya kpd laki-laki itu;

rengek (réngék), rengekan tangis (sungut, gerutu, dll) yg meleret-leret (oleh kanak-kanak yg menghendaki sesuatu dll): tak sanggup ia mendengar ~ adiknya meminta-minta; rengekan anaknya tidak henti-henti;

Page 12: Kata Kerja dan penggunaanya

batuk 1. = berbatuk mengeluarkan nafas dr paru-paru dgn keras dan bising bunyinya; 2. bunyi seseorang batuk: adikku ~ sahaja semalam-malaman tadi; tidak dapat saya pejamkan mata sedikit pun kerana ~nya

berdeham, mendeham membuat bunyi deham atau berbatuk kecil yg tertahan-tahan (utk menarik perhatian dll): apabila sampai di halaman rumah, dia pun ~ sedikit sbg tanda dia sudah datang; dehem

melatah mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dgn tidak sengaja kerana terperanjat dsb;

mengeluh melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~;

mencebikkan 1. menyorongkan bibir bawah ke depan (kerana marah, benci, dsb): “Ah! Bekerja buat apa”, katanya dgn ~ bibirnya;

juih; menjuih, terjuih (bkn bibir bahagian bawah dll) menganjur ke bawah: Si Angguk tersekat-sekat bersuara sambil mulutnya ~ menahan kesakitan

menjeling memandang dgn ekor mata, mengerling: tidak ada antara mereka yg memandang, kalau ada pun sekadar memalis dan ~;

mengerling memandang ke kanan atau ke kiri (dgn tidak menggerakkan kepala), menjeling: pelayan itu ~ dgn ekor mata yg tajam.

memaliskan memalingkan, mengarahkan: isteriku ~ muka masam padaku

menggeleng = ~ kepala menggoyang kepala ke kiri ke kanan atau sebaliknya;

angguk 1. gerakan ke bawah (haluan kapal dll); 2. gerakan menundukkan kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dll); ~ bukan, geleng ia prb lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak);

gigil; menggigil 1. menggeletar (kerana demam, ketakutan, dsb), gementar (menggentar) k

terketar-ketar menggeletar, gementar (kerana takut dll), menggigil: dia kelihatan ~ kerana ketakutan.

geletek (geléték) 1. perbuatan mencuit (mencubit) supaya jadi geli

menyusu menghisap susu: budak itu sudah tidak mahu ~;

Page 13: Kata Kerja dan penggunaanya

tidur 1. dlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat):

mandi I 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air:

menggaru menggaruk (tanah dll), mencakar-cakar dgn kuku: ~ kepala;

mencakar 1. menggaru (dgn cakar);

mencium 1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau

baring; berbaring 1. merebahkan badan pd sesuatu (spt katil, bangku panjang, dsb) biasanya dlm keadaan menelentang

meniarap berbaring dgn dada dan perut di bawah, menelungkup (lwn menelentang): ia ~ di katil dan menyembamkan mukanya ke bantal

telentang terbaring (terletak dll) dgn bahagian depan atau bahagian cekung ke atas, lwn telungkup

hidu; menghidu 1. mencium, membaui (tembakau, bunga, dll):

melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata

meratap menangis sambil mengeluarkan kata-kata, mengeluh (sambil menjerit, menangis, dll): sudah beberapa lama Khairil meninggal, masih ada sahaja orang

memburu 1. mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll) : ~ binatang; ~ pencuri

mengejar 1. berlari dll utk mengikuti (mendapatkan, menangkap) seseorang atau sesuatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu;

menghambat, memperhambat 1. memburu, mengejar (kerana hendak menangkap atau menyerang dll): ia ~ binatang itu sekuat-kuatnya; Peringgi pun pecahlah lalu lari ke air diperhambat oleh orang Melaka; 2. memikat (hati), menawan (hati): anak yg kecil itu ~ hati ibunya.

berangan-angan 1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan): ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar; 2. = mengangan, mengangan-angan membayang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dlm fikiran, berkhayal(-khayal), mengelamun

Page 14: Kata Kerja dan penggunaanya

KEMENANGAN/KEKALAHAN

menumpas, menumpaskan menjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunahkan, memusnahkan: mereka memimpin pasukan negeri utk ~ pemberontakan; beliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya;

menumbangkan 1. menjadikan tumbang (pokok yg besar-besar dll), meruntuhkan, merobohkan: pokok yg akarnya tidak kuat, mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut; 2. ki menjadikan runtuh atau roboh (kerajaan, negara, dll), menghancurkan, memusnahkan: pelajar-pelajar yg pd mulanya mengikut saja apa kata pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan; berbagai-bagai cara musuh-musuhnya mencari jalan utk ~nya.

menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertempuran), mematikan;

menundukkan 1. menjadikan kepala (muka) condong ke hadapan, menghala pandangan ke bawah, menekurkan kepala: gadis itu ~ kepalanya bagaikan ada sesuatu yg hendak dicarinya; 2. mengalahkan hingga menyerah, menaklukkan, menewaskan (lawan dlm permainan dll): Nobunaga membuat rancangan hendak menakluki negeri China apabila sudah selesai ~ enam puluh enam kerajaan negeri Jepun; seorang pemain yg masih belum begitu dikenali kehandalannya berjaya ~ Tan Aik Huang;

mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah, (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi;

mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain;

rangkul Jw; merangkul 1. memeluk, merangkum: dia melonjak keriangan dan meluru ~ anak kecil itu; bantal guling ini bagi kami gunanya dirangkul sepanjang malam; 2. mencapai (kemenangan dsb), memenangi, menggondol: kedua-dua pemain dr China itu pernah ~ kejayaan acara perseorangan dlm pertandingan-pertandingan antarabangsa; pasukan PDRM ~ 11 pingat emas;

merangkum 1. membawa (mengangkat) dlm pelukan tangan: longgokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke pembasuhan; 2. memeluk: kedua-dua belah tangannya ~ gadis itu; 3. ki mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dll, membolot: Sofia ~ wang itu kesemuanya; 4. = merangkumi melingkupi, melingkungi, mencakupi, mencangkum: sistem insurans kebangsaan amnya ~ semua orang antara umur bersekolah dan umur bersara; siaran berita harus ~ peristiwa-peristiwa penting di dunia;

Page 15: Kata Kerja dan penggunaanya

mengalungkan mengenakan (menyangkutkan) sesuatu sbg kalung pd leher: beliau dikalungkan dgn bunga malai;

menyemat mencantumkan dua benda dgn semat, menusukkan semat (supaya bercantum dll): ibu sedang ~ atap;

menyematkan 1. mencantumkan (dua benda) dgn semat: sematkan tiap-tiap keping kertas tebal itu pd satu bongkah kayu; 2. meletakkan dgn semat: Seri Paduka Baginda telah ~ pingat-pingat itu ke dada mereka; 3. mencucukkan sesuatu sbg semat: lilitkan benang ini pd kepala dan hujung peniti yg disematkan menegak;

menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau;

mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya

depang; mendepang 1. merentang (menghulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: kedua-dua belah tangannya ~ dr tiang ke tiang pintu; 2. = berdepang terentang atau terhulur lurus (kedua-dua belah tangan) ke kiri dan ke kanan: dia dipaksa berdiri di tengah panas dgn tangannya ~; 3. = mendepangkan merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri: dia mendepangkan kedua-dua belah tangannya sambil melonjak dgn sekuat-kuat hatinya

melintas 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;

melintasi 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi;

redah II; meredah 1. menempuh (bahaya, hutan, padang pasir, dll), mengharung: ~ hutan semak samun; ~ hujan; ~ padang pasir bergunung batu; belayar ~ samudera; perempuan ini ~ jalan raya berpuluh batu dgn hanya menunggang sebuah basikal; 2. ki merempuh (masuk dll), melantasi, menembusi: pemuda yg berbaju hitam itu ~ masuk bilik

merenangi berenang di (ke): ~ orang lemas; ~ laut lepas prb perihal pergi ke negeri lain dgn tiada tentu tujuan;

Page 16: Kata Kerja dan penggunaanya

menyusur 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ arah-arah yg berbeza;

menyusuri 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri ceramah beliau dgn hati-hati;

baham I; membaham 1. makan dgn gelojoh: harimau itu ~ kambing yg menjadi mangsanya

terkam; menerkam 1. melompati (utk menyerang, menangkap, dll), menerkap, menerpa: maka panglima-panglima itu pun ~lah menangkap Dewa Perkasa itu; dgn tiba-tiba ayam jantan hitam itu ~ ayam kami lalu mematuk kepalanya bertubi-tubi; 2. meluru kpd, menyerbu: anak raja tadi telah ~ datang ke pintu itu;

hunus; menghunus mencabut atau menarik keluar (keris, pedang, pisau, dll) dr sarungnya: ~ keris; ~ cincin mengeluarkan cincin dr jari;

memburu 1. mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll) : ~ binatang; ~ pencuri;

mengejar 1. berlari dll utk mengikuti (mendapatkan, menangkap) seseorang atau sesuatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu

menghambat, memperhambat 1. memburu, mengejar (kerana hendak menangkap atau menyerang dll): ia ~ binatang itu sekuat-kuatnya;

mengopak 1. mengupas, mengobak, menguliti: ~ kelapa; 2. memecahkan, mengumpil hingga tercabut, merosakkan: ~ dinding rumah

kupil; mengupil = ~ jagung menanggalkan biji jagung drpd tongkolnya.

memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan

memusnahkan membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan

runtuh 1. jatuh kerana rosak dll (bangunan), roboh: banyak bangunan lama yg ~ akibat angin puting beliung; 2. jatuh sebelum masak dll, gugur; 3. gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit,

Page 17: Kata Kerja dan penggunaanya

dll), rebak: pecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi kumpulan batu ~;

roboh 1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll), runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah

mengail menangkap ikan dgn kail, memancing

memancing 1. menangkap ikan dll (dgn pancing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh

merusuh membuat rusuh (spt mengacau, merompak, mengganggu ketenteraman, dll): orang salah ~ dlm penjara; sekumpulan kecil drpd penonton telah ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil

rampas; merampas 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas penyamun di jalan;

menyamun merampas di tengah jalan dll (dgn paksa): lapan orang lanun telah ~ sebuah perahu nelayan;

merompak menyamun, merampok: lima orang telah ~ kedai itu semalam

meragut 1. menarik (menyentak, merabut, mencabut) dgn paksa atau dgn kekuatan: tas tangannya diragut perompak;

mencuri 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul

rampok kumpulan yg memecah rumah orang

merampok mencuri dgn memecah rumah, mengambil barang orang dgn paksa, menjarah: maka turunlah Badwi dr gunung datang ~ dan menyamun;

merebut 1. mengambil (mendapatkan, memperoleh) sesuatu dgn kekerasan: dgn cepat ia ~ senjata itu drpd penjahat

menyentak 1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentaknya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal

Page 18: Kata Kerja dan penggunaanya

rengkuh; merengkuh menarik (mendekatkan) ke arah diri sendiri, meraih, merenggut: direngkuhnya anak itu, diusap kepalanya lalu dibawa pergi mandi; direngkuhnya besi palang itu hendak digoncangnya;

menyerang 1. mendatangi utk melawan (mengalahkan, menaklukkan, dll), melanggar, menyerbu

serbu; menyerbu 1. (datang, pergi) melanggar (menyerang): tentera Jepun sudah mulai ~ Siam; 2. masuk (datang, pergi) beramai-ramai dgn meluru: selesai sahaja imam memberi salam, anak-anak ~ keluar; 3. merempuh, meluru: seorang laki-laki yg besar badannya ~ ke dlm kamar kerjanya;

selongkar; menyelongkar mencari (memeriksa dll) dgn membongkar-bongkar, membongkar-bongkar atau mengaduk-aduk utk mencari (memeriksa dll) sesuatu: polis Thai baru-baru ini telah ~ satu pangkalan komunis;

punggah; ~ angkat mengangkut;

memunggah 1. menurunkan (muatan kapal dll): orang biasa tidak boleh membuat kerja memuat barang-barang ke dlm kapal atau ~ barang-barang dr kapal; 2. membongkar, membuka (rumah dll): lepas itu D.O. datang suruh Pak Long ~ hari itu juga; siapa yg ~ tempat tidur kita ni?

geledah (gelédah); menggeledah memeriksa dgn tujuan mendapatkan sesuatu (barang curian, senjata haram, dll), menyelongkar (rumah dll): sesudah ~ sekolah itu, pihak polis menemui lima pucuk senapang;

seludup; menyeludup 1. masuk bersembunyi: ia ~ ke bawah rumah; 2. masuk (sesuatu kawasan dll) secara haram: ada motobot yg secara gelap ~ ke dlm perairan Malaysia; 3. masuk dgn diam-diam (bersembunyi-sembunyi

mencanai 1. mengasah sesuatu dgn batu canai; 2. melicinkan, meratakan, mengilatkan; 3. menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastry

menempa 1. memukul besi dll utk dijadikan alat (pisau dll), menitik: ~ besi; 2. membuat (keris, parang, dll) drpd logam: bersusah payah ~ sebilah pisau

menyadur 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah;

colok II; mencolok 1. mencucuk (menusuk); 2. = ~ mata a) mencucuk mata; b) ki tampak jelas, kelihatan jelas benar; c) membangkitkan marah orang yg melihat, menyakitkan hati, memberi

Page 19: Kata Kerja dan penggunaanya

malu: apabila berlaku peristiwa-peristiwa yg ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja.

mencucuk 1. menusuk (dgn barang yg tajam spt peniti, lidi, pin, dll), menebuk, menikam (dgn keris, pisau, dll), mencacah (dgn jarum): ia masih ~ rojak dgn sebilah garpu; berasa sakit yg ~-cucuk berasa sakit spt dicucuk-cucuk dgn jarum dll

menusuk 1. mencucuk dgn barang yg tajam, mencucuk hingga tembus: mereka harus menurut sahaja spt unta yg telah ditusuk hidungnya; 2. melukai dgn senjata tajam, menikam: tiba-tiba ditusuknya dgn pisau yg putih matanya;

menikam 1. menusuk (dgn pisau dll), mencucuk atau melukai (dgn senjata tajam): ada orang yg telah mati ditikamnya

jolok I; menjolok 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll);

rodok I; merodok 1. mencucuk (menikam) ke depan atau ke atas, menusuk: dirodoknya habis serata kandang-kandang babi dan rumah-rumah dgn tongkat besi

SEKOLAH

menekap 1. = menekapi menutup dgn sesuatu yg pipih atau mungkum: ada lagi yg akan diucapkan oleh Hasan, tetapi tiba-tiba Rohani telah ~ mulutnya; 2. meniru peta dll dgn menggunakan kertas tekap;

menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~

melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah

canting I 1. alat drpd tembaga yg digunakan sbg bekas lilin cair utk melukis corak pd kain; ~ cap alat utk mencetak kain

mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, mencorakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya;

sulam I jahitan pd kain (sbg bunga), suji, tekat: sapu tangan yg cantik dan banyak ~nya; ~ padu sj jahitan yg berselari dan rapat-rapat;

Page 20: Kata Kerja dan penggunaanya

menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya

menenun membuat barang tenun (drpd benang, sutera, dll): di kawasan ini ada pelbagai perusahaan spt ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri;

menyurih 1. melukis garisan, menggaris, menggores; 2. melukis peta dgn menggunakan kertas surih (peta asal diletakkan di bawahnya);

menconteng mencoreng (dgn cat, arang, kapur, dll), mencalit, memalit: adik saya suka sangat ~ buku saya; ~ arang di muka prb memberi malu (aib);

mencoreng menggaris kasar panjang, menconteng: gambar-gambar calon yg terpampang di situ sudah dicoreng-coreng dgn arang;

coret (corét) I garis panjang; corat-~ a) garis-garis yg tidak tentu hala; b) gambar yg dilukis dgn garis-garis (jangan tidak sahaja rupanya); c) tulisan yg tidak elok; d) karangan yg ditulis jangan tidak atau utk gambaran ringkas; e) pementasan pendek;

menampal 1. membubuh tampal pd (baju dll yg koyak), melekatkan tampal pd, menampung: baju yg koyak itu sudah ditampal; 2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dll) pd, menampalkan pd (dgn gam dl

melakar melukis rangka (rajah, gambar, dll secara kasar);

menandai 1. membubuh tanda pd sesuatu (supaya dapat dikenali), memberi bertanda, menunjukkan (dgn tanda dll), membubuh cap

memangkah membuat tanda pangkah (pd jawapan yg salah pd kertas peperiksaan dll).

semak (sémak); menyemak 1. mendengarkan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawapan yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yang salah dll),

selak (sélak); menyelak 1. menyingkap (tudung, selubung, dll), membuka, menyingsingkan: kain yg menutupi betisnya diselak hingga ke paras lutut; Tun Tuah pun segera ~ penduanya; 2. menyebak (buku dll), membuka: buku itu diselaknya lepas semuka ke semuka;

menelaah 1. mengkaji semula (mengulang) pelajaran: Ani maju dlm pelajaran disebabkan dia rajin

melipat 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya surat khabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja

Page 21: Kata Kerja dan penggunaanya

mengira 1. menghitung (wang dll), mencongak: bibirnya kumat-kamit ~ wang yg baru diterimanya; ~ luas bulatan dgn menggunakan formula

KENDERAAN

menunggang, menunggangi 1. menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dll), mengenderai: kemudian dia ~ basikal lima batu menurun bukit; berderet-deret unta ditunggangi oleh orang-orang yg memakai pakaian yg luar biasa;

membonceng 1. menumpang naik motosikal (basikal dsb): bolehkah saya ~ pulang

memandu 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta dgn laju;

membrekkan menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan dgn menekan (menarik) brek: ia ~ keretanya tidak berapa jauh dr simpang

heret (hérét); mengheret 1. menarik (dgn paksa), menghela (dgn kuat), menyeret: Ali terus mengikut saya dr belakang sambil ~ basikalnya

memecut 1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dgn tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan, merangsang, menggalakkan; 3. bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: sebuah kereta yg mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat drpd kereta yg mempunyai kuasa kurang; 4. menyebabkan bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan geram;

mengayuhkan 1. menjalankan perahu (dgn menggunakan pengayuh), menjalankan perahu (menuju, menghala ke): anak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa; Wan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): Ramlan ~ becanya membawa dua orang anak;

membasuh 1. membersihkan sesuatu dgn air, mencuci: ~ kain; ~ beras

cedok (cédok); mencedok 1. mengaut atau mengambil dgn senduk (cebok, gayung, dll): ~ gulai dgn sudu; 2. ki mengambil atau meniru (drpd karangan, ciptaan orang lain, dll

menyangga menopang (menahan) dr bawah, menyokong:

menari, bertari melakukan tari dgn mengikut muzik

Page 22: Kata Kerja dan penggunaanya

bernyanyi, menyanyi melagukan nyanyi, berlagu

berdesit, berdesit-desit berbunyi spt bunyi orang menghisap dr celah gigi: mulutnya berdesit-desit mengeluarkan serpihan dr celah-celah giginya yg berlubang

merempuh menempuh (mencari jalan dll) dgn paksa, mengharung, menyerbu: kami ~ masuk; kami berjalan ~ orang ramai; ~ rintangan kawat berduri; ~ maut tidak mempedulikan keselamatan jiwa;

curah; mencurah 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur

menyebat 1. memukul dgn benda yg halus dan lentur (rotan, lidi, dll), merotan: orang salah itu bukan sahaja boleh dipenjarakan, tetapi juga boleh disebat;

merotan 1. = berotan mencari (mengambil) rotan: jikalau ada sekiranya orang sesat berdamar atau sesat berotan pun, tiadalah ayahanda hendak membinasakan; 2. memukul atau menyebat dgn rotan (sbg satu hukuman): ibunya pun mengugut hendak ~;

memukul 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk,

balun I bp; membalun 1. membantai, memukul, menyebat: dialah yg ~ kepalaku setelah membunuh sahabatku; ombak ~ pantai; 2. bk membantai (makan): balunlah nasi ini.

mengetuk memukul dgn buku jari, memukul dgn palu atau sesuatu alat: pintu kamarnya diketuk orang; ~ paku dgn tukul; ~ kawat menghantar telegram;

meninju memukul dgn tinju, menumbuk: setelah tertangkap ia ditinju, ditendang-tendang, dimaki-maki lalu diseret ke balai polis;

menumbuk 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia pun meratap serta menumbuk-numbuk dan menampar-nampar dada;

menendang 1. menyepak, mendepak, menerajang: ditendangnya pintu rumah itu dgn sekuat-kuat hatinya;

menyepak memukul dgn kaki, menendang, mendepak

menyepak menampar, menempeleng: ia ~ tengkuknya yg dihinggapi nyamuk

tampar I pukulan dgn tapak tangan, tepuk (dgn kuat): kena ~ dan nista

tempeleng (tempéléng) pukulan dgn telapak tangan pd muka atau pelipis (telinga), tampar: tiap-tiap hari ada-ada sahaja penangan utk Ani, ~, cubi_vtan, dll;

Page 23: Kata Kerja dan penggunaanya

menempeleng menampar pd muka atau telinga: raja muda tersebut telah menjadi ganas lalu ~ muka Wan Intan beberapa kali;

mencelah 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, menyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya;

menimbang 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehendaki pembelinya;

garap Jw; menggarap mengusahakan, mengerjakan: menyelesaikan ~ tanah;

desir bunyi spt bunyi daun kayu ditiup angin (wap yg keluar dr cerek, pasir ditiup angin, dll): angin laut mulai bertiup dan terdengarlah ~ daun kayu di tepi pantai

memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll

berselubung memakai selubung, berselimut, bertudung (bertutup) litup:

.

Page 24: Kata Kerja dan penggunaanya