kata ganti nama1

Download Kata Ganti Nama1

Post on 25-Dec-2015

22 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kata ganti nama

TRANSCRIPT

  • Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

    a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )b) Kata Nama Khasc) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitane) Kata bilangan

  • Nama Betul

    Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.Nama Am

    Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

  • Manusia , orangayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dllbinatangayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dlltumbuh- tumbuhanpokok, betik, rumput, lalang dllbendapasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dlltempatpejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

  • Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata namayang:

    konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

    Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripadakata asal dan kata nama terbitan.

    Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:buaibuaiantuaketuarajakerajaantahu pengetahuan

  • Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

    Contoh:

    Dia sedang menjinakkan seekor gajah.Pada akhir ayatGajah itu berbadan besar.Pada awal ayat

  • * Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

    * Bendabenda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Bendabenda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

  • Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebutsesuatu yang tertentu, khusus atau khas.benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

    b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

    c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

    d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

  • Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

    manusiaZaidi, Mei Fong, SubramaniambinatangTompok (kucing),Jalak (ayam)tempatMuar (daerah),Seremban (bandar),Jepun (negara)bangunanPudu Raya(perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)judul bukuKeluarga (majalah),Rentong (novel),Kamus Dewan ( buku)bendaProton Perdana (kereta), Pilot(pen), Seiko (jam)

  • Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

    KegunaanKata Nama AmKata Nama KhasBendabangunankeretabukusekolahBangunan Tabung HajiProton SagaBahasa MelayuS.K. DarauOrangdoktorkeranigurubudak lelakiDoktor EfendiPuan Zainun Cikgu AzmiMuhamad FauziBinatangkucinglembukatakayamburungSi TompokLembu SapiKatak PuruAyam BelandaBurung MuraiTempatnegeribandarkampungtasekTerengganuJertehKampung Pasir AkarTasek PerdanaTumbuhanpisangcilijambulimauPisang EmasCili PadiJambu BatuLimau Kasturi

  • * Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.

    * Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :

    di awal kata ( awalan )di akhir kata ( akhiran )di awal dan di akhir kata ( apitan )

  • Sila teliti contoh-contoh imbuhan :

    di awal katape- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-di akhir kata-ita, -man, -wati, -an, dan -wandi awal dan di akhir kataper- -an, penge--an, peng-.-an, pen--an, pem-.-an, pe-.-an, dan ke--an

  • Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-

    kelas katakata dasarkata terbitankata kerjaperagalatih bawalawanperagawati latihanpembawaanperlawanankata sendiolehuntukperolehanperuntukankata namalombongrumahguruperlonbonganperumahanperguruankata adjektifcantikbesartinggikecantikanpembesarketinggian

  • * Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.* Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

    2.Kata ganti diri terdiri daripada: (a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b) kata ganti diri singkat; (c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu.

  • Kata Ganti Diri Pertama

    Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.

    2.Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

  • Kata Ganti Diri PertamaPenggunaannyaaku (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhansaya (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmihamba (tunggal)digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulupatik (tunggal)digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultanbeta (tunggal)digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyatkami (jamak)digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang keduakita (jamak)digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

  • Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

    Bentukcontoh kata nama diri pertamatunggalbeta, patik, aku, sayajamakkita, kami, kita orang

  • Kata Ganti Diri KeduaPenggunaannyaanda (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kitaawak (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua yang rapathubungannya dengan kitaengkau (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.tuanku (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.kalian (jamak)digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.kamu (tunggal dan jamak)digunakan untuk diri orang kedua yang rapathubungannya dengan kita.

  • Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua

    1. Awak pekerja yang patuh

    2. Kamu semua adalah murid yang baik

    3. Guru mencari engkau.

    4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti

    5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

  • Kata Ganti diri ketiga* Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.

    Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk iaitu tunggal dan jamak.

    Kata Ganti Diri KetigaPenggunaannyabaginda (tunggal)digunakan untuk raja dan sultanbeliau (tunggaldigunakan untuk orang yang kita hormati, misalnyaibu bapa, guru, dan pemimpindia dan ia (tunggal)digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakanmereka (jamak)digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

  • Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.1. Dia pegawai pendidikan.

    2. Mereka itu orang India.

    3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.

    4. Ia diburu oleh pihak polis.

    5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.

    6. Dia menolong bapanya, kata Sang Murba kepada Sang Samba.

    7 "Sekiranya dada halangan, . akan berangkat esok pagi , kepada bendahara.

    8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.

    9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu. jam lagi.

    10 " Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikutpengikutnya.