kata ganda

19

Upload: suraya-hanis

Post on 17-Jun-2015

1.389 views

Category:

Documents


60 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata ganda
Page 2: Kata ganda

PENGGANDAANPENGGANDAAN

KATA KATA GANDAGANDA

Page 3: Kata ganda

1. Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk daripada kata yang digandakan atau diulang, sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

2. Kata ganda terbahagi kepada empat jenis ,iaitu : a.kata ganda penuh/seluruh b.kata ganda separa c.kata ganda berima/bersajak d.kata ganda berimbuhan3. Menurut Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa

Melayu,setiap kata ganda (kecuali kata ganda separa) mesti dieja dengan menggunakan tanda sempang (-).

Page 4: Kata ganda

KATA GANDA PENUH/SELURUHKATA GANDA PENUH/SELURUH

1. Kata ganda penuh atau seluruh ialah kata dasar yang diulang tanpa mengalami perubahan bunyi dan bentuk, sama ada berimbuhan ataupun tidak .

2. Kata ganda penuh atau seluruh boleh berlaku pada empat kata yang utama ;iaitu kata nama ,kata kerja ,kata adjektif dan kata keterangan contohnya :

Page 5: Kata ganda

Kelas Kata Kata Dasar

Kata Ganda Penuh /Seluruh

Contoh ayat

Kata nama Murid Murid – murid Murid – murid dinasihati supaya mematuhi peraturan sekolah .

Kata kerja jalan Jalan - jalan “Kakak , marilah kita pergi jalan – jalan,”kata adik memujuk Ida .

Kata adjektif Cepat Cepat – cepat Isma cepat–cepat menyiapkan kerja sekolahnya .

Kata keteranggan

Habis Habis – habis Nenek tidak habis – habis berleter .

Page 6: Kata ganda

KATA GANDA SEPARAKATA GANDA SEPARA

1. Kata ganda separa terbentuk apabila kata dasar diambil sebahagian sahaja , iaitu melibatkan pengulangan suku kata pertama pada kata dasar .

2. Kata ganda separa terbentuk daripada kelas kata nama sahaja .

Kelas kata

Kata dasar

Kata ganda separa

Contoh ayat

Kata nama

1.Daun

2.Bawang

1.Dedaun

2.Bebawang

1. Di halaman rumah saya penuh dengan dedaun kering .

2.Air mata Ita mengalir semasa menghiris bebawang itu .

Page 7: Kata ganda

KATA GANDA BERIMA / BERSAJAK

1. Kata ganda berima atau bersajak ialah kata ganda yang mengalami perubahan bunyi apabila digandakan.

2. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga ciri, iaitu; a. Persamaan bunyi di pangkal, contohnya corat-coret,

sedu-sedan, basa-basi. b. Persamaan bunyi di hujung, contohnya karut-marut,

saki-baki, cerai-berai. c. Penyesuaian bunyi seluruhnya atau bebas, contohnya

gunung-ganang, rempah-ratus, gopoh-gapah.

3. Kata ganda berima atau bersajak boleh berlaku pada empat ketogori yang utama iaitu, kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan, contohnya;

Page 8: Kata ganda

Kelas kata Kata dasar Kata ganda berima / bersajak

Contoh ayat

Kata nama Lauk Lauk-pauk

Lauk-pauk yang disediakan yang disediakan oleh Mak Cik Devi sangat oleh Mak Cik Devi sangat sedap. sedap.

Kata kerja Mandi Mandi-manda

Ayah membawa kami sekeluarga mandi-manda di di tepi pantai.tepi pantai.

Kata adjektif Kusut Kusut-masai Rambut Mei Ling yang panjang itu kusut-masai selepas bangun dari tidur.

Kata keterangan

Desas Desas-desus

Desas-desus mengatakan mengatakan pegawai itu akan dipindahkan pegawai itu akan dipindahkan ke negeri lain.ke negeri lain.

Page 9: Kata ganda

KATA GANDA BERIMBUHAN

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang diberi imbuhan,sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan, atau sisipan.

Kata ganda berimbuhan berlaku pada empat kelas kata yang utama ; iaitu kata nama ,kata kerja ,kata adjektif dan kata keterangan .Contohnya :

Kelas kata Kata dasar Kata Ganda Berimbuhan

Contoh ayat

Kata nama tumbuhan tumbuh-tumbuhan Pada musim kemarau, tumbuh-tumbuhan banyak yang mati.banyak yang mati.

Kata kerja fitnah fitnah-menfitnah Janganlah kita fitnah-menfitnah sesama kita.sesama kita.

Page 10: Kata ganda

Kelas kata Kata dasar

Kata Ganda Berimbuhan

Contoh ayat

Kata adjektif

mudah mudah-mudahan

Mudah-mudahan dia sudi dia sudi memaafkan sayamemaafkan saya

Kata keterangan

boleh Seboleh-bolehnya

“Seboleh-bolehnya kamu semua bawa beg sendiri,” kata Cikgu Samad.

bentuk imbuhan

Kata Ganda Berimbuhan

Awalan Berangan-angan

Kedua-dua

Melambai-lambai

Teragak-agak

bentuk imbuhan

Kata Ganda Berimbuhan

Akhiran Gali-galian

Ubat-ubatan

Mati-matian

Rupa-rupanya

4. Yang berikut ialah contoh-contohcontoh-contoh kata berimbuhan berdasarkan bentuk imbuhan yang diberi.

Page 11: Kata ganda

Bentuk imbuhan Kata Ganda Berimbuhan

Apitan kebiru-biruan

Sehari-harian

Berlari-larian

Sisipan Jari-jemari

Cari-mencari

Kira-mengira

Page 12: Kata ganda

Maksud dan penggunaan kata ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud jamak atau lebih daripada satu

Katil-katilKedai perabot itu mempamerkan katil.

Ahli-ahliAhli-ahli persatuan diminta membayar yuran bulanan dengan segera.

Buah-buahBuah-buah nanas itu dikumpulkan mengikut saiznya.

Page 13: Kata ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud pelbagai jenis atau banyak jenis

Kuih-muihKuih-muih di kedai itu mahal harganya tetapi sedap

Batu-batanKerak bumi mengandungi batu batan yang berlainan rupa dan bentuk

Buah-buahanBuah-buahan tempatan bukan sahajasedap tetapi berkhasiat

Page 14: Kata ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Nama sesuatu, iaitu manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau benda

Anai-anai Pondok kayu itu runtuh kerana diserang oleh anai-anai.

Biri-biri Baju bulu itu diperbuat daripada benang bulu biri-biri.

Sida-sida Sida-sida di istana itu memakai pakaian serba hitam.

apit-apit Mak Timah memasang apit-apit untuk menangkap tikus.

Kanak-kanak

Beberapa orang kanak-kanak dijumpai berkeliaran di kawasan pasar raya.

Page 15: Kata ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud seakan-akan rupanya atau fungsinya

Kuda-kuda/kekuda

Emak duduk di atas kekuda itu semasa menyiang ikan

Orang-orang Pak Kasim memasang orang-orang di bendangnya untuk menakutkan burung-burung

Page 16: Kata ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud perbuatan berulang-ulang

Tertanya-tanyaDia tertanya-tanya sambil mencari aslan.

Lalu-lalangBanyak kenderaan lalu-lalang di situ

Page 17: Kata ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud perbuatan yang berpanjangan atau berterusan

Tersenyum-senyum

Rahmat tersenyum-senyum melihat ayahnya datang.

Berdiri-diriDia berdiri-diri menunggu pegawai itu keluar.

Teroleng-oleng

Perahu kecil itu teroleng-oleng dipukul ombak.

Page 18: Kata ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud melakukan perbuatan dengan sungguh-sungguh

Merayu-rayu Zahid merayu-rayu supaya ayahnya memberi kebenaran untuk mengikut kawannya ke bandar.

Bertungkus-lumus

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa runtuhan bangunan itu.

Page 19: Kata ganda

Maksud Kata ganda Contoh Penggunaan

Maksud perbuatan yang berbalas

Bersalam-salaman

Beliau bersalam-salaman dengan orang yang menyambutnya di situ

Tembak menembak

Pasukan polis dan penjenayah itu tembak-menembak di kawasan belukar itui.