kata adjektif majmuk

2
iv. Kata adjektif majmuk Menurut Nik Safiah Karim (2003) kata adjektif majmuk ialah perkataan yang terbentuk dengan proses mencantumkan dua perkataan atau lebih untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai maksud tersendiri. Biru laut, muda remaja, dan kuning langsat ialah contoh kata adjektif majmuk Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yangberikut: i. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang. ii. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun. iii. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru laut. Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang berikut: i. panjang tangan ii. besar kepala iii. ringan tulang Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan. ii. Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala. iii. Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang

Upload: haressh-bhavanii

Post on 12-Nov-2015

198 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ssg

TRANSCRIPT

iv. Kata adjektif majmuk

Menurut Nik Safiah Karim (2003) kata adjektif majmuk ialah perkataan yang terbentuk dengan proses mencantumkan dua perkataan atau lebih untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai maksud tersendiri. Biru laut, muda remaja, dan kuning langsat ialah contoh kata adjektif majmukContoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yangberikut:

i. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang.ii. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun.iii. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru laut.

Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang berikut:

i. panjang tanganii. besar kepalaiii. ringan tulang

Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:i. Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan.ii. Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala.iii. Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang

Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolah-olah kata adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya. Contohnya:

i. riang gembira - riang dan gembiraii. tua muda - tua dan mudaiii. miskin kaya - miskin dan kaya

Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna baharu