kata adjektif

5
Kata Adjektif 1) digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu benda,orang,tempat dan sebagainya 2) kita boleh mengujinya dengan kata penguat sepertiamat,paling,sangat 3) Contoh: Rumah itu amat besar 4) Kata penguat dapat diletakkan di belakang atau di depan kata adjektif Keterangan Contoh Sifat keadaan Kaya,miskin, sihat, takut, cerdik, berani, sakit Sifat warna Merah,ungu, biru, kuning, hijau, putih, hitam Sifat ukuran Besar, kecil, tinggi, rendah, panjang, pendek, tebal, nipis Sifat bentuk Bulat, lurus, senget, kempis, segi empat, segi lima Sifat jarak Jauh, dekat, hampir, nyaris Sifat waktu Pagi, petang, malam, lama, lewat, awal, baru, lama, segera Sifat perasaan Sedih, ketawa, gembira, benci, rindu, marah, sayang, malu Sifat cara Mahir, lambat, fasih, cepat, cermat, deras Sifat pancaindera Manis, masin, masam, pahit, pedas, licin, kesat, harum LATIHAN Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. 1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya. A cair B putih C pekat D merah Panitia BM SJK ( C ) Pai Chee- Hjh. Salina Daud

Upload: norsyaman

Post on 19-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

UPSR

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Adjektif

Kata Adjektif

1)      digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu benda,orang,tempat dan sebagainya

2)      kita boleh mengujinya dengan kata penguat sepertiamat,paling,sangat

3)      Contoh: Rumah itu amat besar

4)      Kata penguat dapat diletakkan di belakang atau di depan kata adjektif

Keterangan Contoh

Sifat keadaan Kaya,miskin, sihat, takut, cerdik, berani, sakit

Sifat warna Merah,ungu, biru, kuning, hijau, putih, hitam

Sifat ukuran Besar, kecil, tinggi, rendah, panjang, pendek,

tebal, nipis

Sifat bentuk Bulat, lurus, senget, kempis, segi empat, segi

lima

Sifat jarak Jauh, dekat, hampir, nyaris

Sifat waktu Pagi, petang, malam, lama, lewat, awal, baru,

lama, segera

Sifat perasaan Sedih, ketawa, gembira, benci, rindu, marah,

sayang, malu

Sifat cara Mahir, lambat, fasih, cepat, cermat, deras

Sifat pancaindera Manis, masin, masam, pahit, pedas, licin,

kesat, harum

LATIHANIsikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.A cair B putih C pekat D merah 2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.A ketat B besar C singkat D longgar

3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.A kelat B enak C manis D masam

 4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.A tajam B kasar C kesat D tumpul

5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.A jernih B hitam C kotor D bersih

Panitia BM SJK ( C ) Pai Chee- Hjh. Salina Daud

Page 2: Kata Adjektif

 6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.A kecil B tebal C besar D panjang 7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.A sejuk B damai C panas D nyaman 8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.A baik B cergas C nyaman D indah

9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.A Indah B Muram C Kelam D Sayup 10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-gurumereka.A baik B malu C takut D patuh 11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.A pilu B mahu C cemas D gembira 12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang________A tinggi B besar C kontot D panjang 13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.A hapak B hanyir C tengik D hancing 14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.A serak B garau C merdu D nyaring

15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orangwalaupun dengan orang yang baru dikenalinya.A sombong B senang C ramah D kasar 16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam________pagi tanpa berputus asa.A kegelapan B kedinginanC kemalapan D kepanasan 17 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.A bengkok B bengkak C botak D lekuk 18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.A lengang B senyap C muram D suram

19 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.A pedas B lebam C pedih D panas 20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.A luas B sempit C senang D besar 21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya

Panitia BM SJK ( C ) Pai Chee- Hjh. Salina Daud

Page 3: Kata Adjektif

petang tadi.A menggelupas B menggerutu C melecur D melecet 22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah manggayang dikupasnya itu.A geli B haru C kelam D gundah 23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasakering walaupun berada lama di dalam air.A kesat B telap C telus D kalis 24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatahlagi hari sudah larut malam .A terkilan B runsing C murung D sengsara 25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahumengalah .A pelik B gawat C runsing D rencam 26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyakwangi yang ________ itu .A busuk …tengik B hanyir… wangi C hapak … harum D hancing …mersik

27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikanoleh biduanita itu .A ghairah B asyik C tekun D leka 28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .A becak B lembik C lembap D bengkok 29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.A serong B bengkok C bongkok D condong 30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yangdatang dari arah bertentangan .A jauh B cepat C dekat D nyaris 31Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.A sedih B hairan C terkejut D gembira 32 "Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya," kata Ghani.A lazat B busuk C kelat D harum

33 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.A pantas B cepat C deras D kencang 

34 Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.A teliti B lemah C sopanD lembut 35 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana

Panitia BM SJK ( C ) Pai Chee- Hjh. Salina Daud

Page 4: Kata Adjektif

boleh membahayakan keselamatan orang ramai.A baruB antikC retakD runtuh 36 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.A sibukB damaiC serabutD gembira

37 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________A hapakB tengikC hamisD haring 38 Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.A tertibB gopohC pantasD cermat 39 Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.A piluB gusarC geramD marah

40 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.A kelajuanB kelalaianC keberanianD kesibukan

Panitia BM SJK ( C ) Pai Chee- Hjh. Salina Daud