kata adjektif

12
Kata Adjektif Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis. Jenis kata adjektif Contoh perkataan Kata adjektif sifatan atau keadaan Baik, Kata adjektif warna Merah, Kata adjektif ukuran Panjang Kata adjektif bentuk Bulat Kata adjektif waktu Baharu, Kata adjektif jarak Jauh, Kata adjektif cara Cepat, Kata adjektif perasaan Rindu, Kata adjektif pancaindera Sedap, Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata penguat. Contoh: sangat sakit sangat Sakit penguat Adjektif Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Kata Penguat Hadapan Kata Penguat Belakang Kata Penguat Bebas terlalu, paling, agak, sekali, benar, nian, amat, sangat,

Upload: suhailie-samik

Post on 22-Dec-2015

84 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Adjektif

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama.

Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.

Jenis kata adjektif Contoh perkataanKata adjektif sifatan atau keadaan

Baik,

Kata adjektif warna Merah,

Kata adjektif ukuran Panjang

Kata adjektif bentuk Bulat

Kata adjektif waktu Baharu,

Kata adjektif jarak Jauh,Kata adjektif cara Cepat,

Kata adjektif perasaan

Rindu,

Kata adjektif pancaindera

Sedap,

Kata adjektif boleh didahului atau diikuti kata penguat.

Contoh: sangat sakit

sangat Sakit

penguat Adjektif

Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan  yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.Kata Penguat Hadapan Kata Penguat

BelakangKata Penguat Bebas

terlalu, paling, agak, begitu

sekali, benar, nian, betul amat, sangat, sungguh

Contoh ayat:         -Pokok di belakang

rumah Rahman terlalu rendang.

         -Masakan ibunya paling sedap.

        - Lukisan itu agak cantik.

Contoh ayat:        -Kelakuan budak-

budak itu nakal sekali.       -Rumah di atas bukit

itu cantik betul.        -Pemandangan di

situ indah nian.

Contoh ayat:       -Pakaian pemuda itu

amat kemas.      -Pakaian pemuda itu

kemas amat.       -Sungai itu dalam

sangat.      -Sungai itu sangat

dalam.

Page 2: Kata Adjektif

Rumus Penggunaan Kata Adjektif dan Kata Penguat.Rumus Ayat Contoh

sangatamat         +   kata adjektif + sekalisungguh

√Rumah di atas bukit itu sungguh besar sekali.

ter-     +   kata adjektif √ Razman merupakan murid yang terpandai di dalam kelasnya.

paling + kata adjektif √ Bangunan itu paling tinggi di Malaysia.paling + ter-  +  kata adjektif X Dialah paling tercantik.paling + kata adjektif  +  sekali X Nora paling ayu sekali.Ter-  +  amat/sangat  +  kata adjektif

X

Memper + kata adjektifDiper + kata adjektifMem + kata adjektif + kanDi + kata adjektif + kanKata adjektif (perasaan) + akan

Latihan

Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini .1. Nasi yang dimasak oleh ibu terlalu lembik .2. Tiang itu condong kerana dilanggar kereta .3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berlari .4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu.5.Puan Ramlah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya.6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui maut.7.Jam tangan Ramlan lambat sepuluh minit.8.Puan Noriah membalut luka anaknya dengan kain nipis.9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.

Latihan 1 (KESALAHAN ISTILAH)

1. Cuaca malam ini damai kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

2. Udara di Motel Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh indah

3. Sayup sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.

4. Pelajar Tahun Enam Waja sangat malu dan hormat kepada guru-guru mereka.

5. Marsya berasa cemas semasa meraikan hari jadinya.

6. Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang tinggi

Page 3: Kata Adjektif

7. Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau hapak ikan air tawar.

8. Penyanyi yang mempunyai suara nyaring itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

9. Roziah yang ringan mulut itu sungguh senang dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

10. Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam kemalapan pagi tanpa berputus asa.

11. Dahi adik kelihatan bengkok kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.

12. Jalan di Kuala Lumpur menjadi senyap apabila menjelang musim perayaan.

13. Mata Aminah lebam kerana terkena air sabun.

14. Jambatan yang sendat itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung

15. Tapak tangan Pak Abu menggelupas selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.

16. Nana berasa geram apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.

17. Itik itu mempunyai bulu yang telus air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.

18. Pak Tamin begitu murung memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam

19. Keadaan menjadi semakin runsing kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah

Latihan 2

1.       Air kopi itu terasa _____kerana belum dibubuh gula.

   A.      Kelat       苦涩      B. pahit                 C. manis               D. masin

2.       Puan Teoh menguli adunan kuih pau itu sehingga ______.

    A.      Liat 坚韧的          B. keras                   C. lembut            D. lembap

3.       Pusat peranginan itu terletak ______daripada kebisingan kota.

    A.      Jauh               B. dekat               C. hampir             D. lama

4.       Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.

Page 4: Kata Adjektif

   A.      Lembut        B. halus                     C. kasar                                D. licin

5.       Pakaian Syafik______kerana dia ditimpa hujann semasa dalam perjalanan ke sekolah.

   A.      Halus             B. basah               C. kembang        D. sejuk

6.       Hang Tuah sangat terkenal sebagai pahlawan Melayu yang ________.

    A.      Berani           B. takut                    C. elok                  D. jahat

7.       Semua kenderaan bergerak ______kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.

    A.      Perlahan      B. deras       急速              C. laju                    D. gopoh

8.       Pihak polis telah mengambil tindakan ______untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi sekarang.

A.      Lama             B. segera             C. lampau  过份          D. lewat

9.       Lagu Melayu asli nyanyian penyanyi terkenal tanah air itu sungguh________.

   A.      Garau 嘶哑的          B. merdu和谐的             C. biru                   D. kuat

10.   Warna _______pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.

   A.      Merah          B. biru                   C. kuning             D. putih

11.   Ah Meng dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang _______itu di dalam stor sukan.

  A.      Lonjong尖顶的        B. kempis 缩小           C. lurus       D. kemik凹入的

12.   Tikar yang diperbuat daripada mengkuang itu _________buatannya.

  A.      Jelas              B. keras                         C. tegap 坚强的              D. halus

13.   Pengemis itu makan nasi denggan_________kerana terlalu lapar.

  A.      Pantas          B. perlahan         C. lembut            D. gelojoh贪食的

14.   Besi pembahagi jalan itu _________setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.

  A.      Bengkok  弯曲    B. bujur  椭圆形    C. kempis缩小           D. lonjong尖顶的

15.   Penghulu itu berasa sungguh _______terhadap penduduk kampong kerana anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.

  A.      Rindu            B. malu                 C. sayang             D. benci

16.   Bunyi jeritan yang __________dari rumah di tepi hutan itu sungguh menakutkan.

  A.      Merdu   和谐的    B. nyaring请锐的        C. mersik   尖锐声          D. bising

Page 5: Kata Adjektif

17.   Dalam cerita dongeng, nenek kebayan amat ditakuti kerana wajahnya _______.

  A.      Lama             B. uzur   衰老  病                C. hodoh              D. tua

18.   Jamal berasa ________melihat perangai Eng Kai yang mengada-ada itu.

  A.      Gembira      B. bosan               C. terharu   打动         D. sedih

19.   Tiang rumah itu sudah ______kerana dimakan anai-anai.

  A.      Reput 腐烂           B. kuat                  C. lembut            D. rapuh脆的

20.   Mun Yeong hanya berjalan kaki ke tempat kerja kerana ________dengan rumahnya.

  A.      Awal              B. jauh                  C. dekat               D. nyaris 殆

21.   Murid itu mengikat tali kasutnya dengan ________supaya tidak mudah terurai.

  A.      Kukuh  稳固         B. teguh 坚固的              C. perlahan         D. kemas

22.   Jari adik luka kerana terkena pisau yang _________itu.

  A.      Tumpul         B. tajam               C. panjang           D. nipis

23.   Badan adik terasa ________ kerana bermain di kawasan semak-samun.

   A.      Gatal             B. kurus                             C. cantik         D. payau有盐味的

24.   Kamariah menjemur tuala yang ______itu di ampaian.

  A.      Cerah            B. basah               C. kasar                                D. rapuh

25.   Kita haruslah bersenam supaya otak kita _________.

  A.      Cair                                B. cergas              C. cerdas              D. lembap

26.   Latihan bola sepak akan diadakan pada petang ini sekiranya cuaca ________.

  A.      Cerah            B. mendung  昏暗的     C. basah               D. rebut

27.   Biskut yang dibuat oleh Shasha _______kerana dibakar terlalu lama.

  A.      Hangus         B. kering              C. hancur             D. rosak

28.   Abang saya kelihatan sungguh __________apabila berbaju Melayu dan bersamping.

  A.      Jelita              B. gagah               C. kacak                D. cantik

29.   Pameran batik itu mendapat  sambutan _______daripada orang ramai.

  A.      Dingin           B. panas               C. hangat             D. hambar淡而无味

30.   Ayah melarang adik mandi di sungai yang _______arusnya.

  A.      Cepat            B. laju                    C. deras     急速                           D. pantas

Page 6: Kata Adjektif

31.   Mukanya menjadi _______setelah mendengar berita _______itu.

  A.      Merah…..buruk                        C. putih…. Buruk

  B.      Pucat….buruk                            D. pucat苍白的…..baik

32.   Perutnya ________kerana belum bersarapan.

  A.      Kosong         B. bulat                 C. kenyang          D. lapar

33.   Pemain bola sepak yang ______itu telah dipilih sebagai pemain terbaik.

  A.      Tangkas  迅速      B. cepat                C. laju                    D. cekap有能力的

34.   Biri-biri yang sedang meragut rumput di padang itu ________.

  A.      Gemuk-gemuk                         C. tergemuk

  B.      Paling gemuk sekali                 D. paling tergemuk

35.   Lukisan Wei Bin amat ______ .

  A.      Tercantik                                     C. tercantik sekali

  B.      Cantik sekali                               D. paling cantik sekali

36.   Yu Ying paling _____ makan durian.

  A.    suka              B. tersuka            C. suka sekali     D. tersuka sekali

37.   Semua kanak-kanak tadika itu ___belaka.

  A.      Comel           B. comel-comel C. tercomel         D. paling comel

38.   Kuih yang dibuat oleh kakak itu amat _________sekali.

  A.      Manis            B. termanis         C. manis-manis D. paling manis

39.   Anak Mak Tijah_______belaka.

  A.      Rajin-rajin   B. sangat rajin    C. sungguh rajin                D. paling rajin

40.   Kipas itu bergerak dengan ____________sekali.

  A.      Cepat            B. ligat   急旋               C. pantas             D. laju

 Latihan 3

bil Kesalahan ayat Jawapan 1. Sungai yang paling panjang sekali di sini ialah

Sungai Pahang.2. Hadiah yang terlalu bernilai sungguh bagi

Page 7: Kata Adjektif

saya ialah kereta.3. Rumah yang terbesar sekali ialah rumah Abu

Bakar.4. Kejayaan itu adalah sangat terbesar kepada

saya.5. Ali sangat rindu ibunya di desa.6. Kami terlalu marah sikap pemalunya itu.7. Dia amat marahkan anaknya yang nakal itu.8. Siti begitu sayangkan kakak sulungnya.9. Rumah di situ besar-besar sekali.10. Pokok kelapa itu sangat tinggi-tinggi.

11. Anak-anak Encik Rajoo pandai-pandai semuanya

12. Ikan-ikan yang dijual itu murah-murah harganya.

13. Pelajar itu terpandai.

14. Pelajar itu terpandai di tingkatan tiga.

A. LATIHAN 4Nyatakan sama ada ayat berikut betul atau salah.

1. Peserta dari Sarawak itu terlalu hebat sekali lariannya. (...............)2. Adik Swee Tung sungguh fasih sekali bertutur bahasa Jerman. (...............)3. Pasar Ramadan begitu terkenal di sekitar Kuala Lumpur. (...............)4. Tasik semula jadi yang terbesar sekali di Malaysia ialah Tasik Chini. (...............)5. Peserta itu terbesar dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian. (...............)6. Adik-adik Pak Mat garang-garang belaka dan ditakuti oleh orang kampung. (...............)7. Kami terlalu bimbangkan keselamatannya kerana dia tidak pernah sampai ke sana. (...............)8. Puan Siah begitu kasih akan suaminya walaupun beliau tidak berharta. (...............)9. Jika kamu menyayangi akan ibu kamu, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. (...............)10. Dia sangat terharu benar dengan sambutan yang diberi oleh orang ramai. (...............).

B. LATIHAN 5:

Page 8: Kata Adjektif

Betulkan semula kesalahan dalam setiap ayat yang diberi di bawah.

1. Bangunan yang paling tertinggi di Malaysia ialah bangunan Menara Kuala Lumpur._______________________________________________________________2. Dia terhebat dalam kalangan adik-beradiknya yang lain._______________________________________________________________

3. Said begitu marah sekali dengan tindakan yang dibuat oleh kakaknya._______________________________________________________________

4. Bandar yang paling terbesar di Malaysia ialah bandar raya Kuala Lumpur.. _______________________________________________________________

5. Buah-buah durian yang besar-besar itu akan dijual kepada peraih.. _______________________________________________________________

6. Siti terlalu rindukan ibu bapanya yang kini menetap di luar negara.. _______________________________________________________________

7. Saleha amat merindukan akan ketenangan hidup di kampung halamannya.. _______________________________________________________________

8. Semua peserta angkat berat itu begitu hebat-hebat belaka._______________________________________________________________