karangan jenis surat kiriman tidak rasmi

5
KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI KETERANGAN: 1. Surat kiriman tidak rasmi biasanya ditulis kepada sahabat handai, ahli keluarga, saudara mara dan sebagainya. 2. Surat ini biasanya ditulis untuk bertanya khabar, memberitahukan sesuatu, dan sebagainya. 3. Format surat kiriman tidak rasmi ialah: a) Alamat pengirim hendaklah ditulis disudut atas sebelah kanan surat. b) Tarikh ditulis dibawah alamat pengirim dan dibubuh tanda noktah di hujungnya. c) Pembuka kata atau kata-kata pujian ditulis ke dalam sedikit di kiri surat d) Pembuka kata atau kata-kata pujian hendaklah ditulis setelah melangkau satu atau dua baris selepas tarikh. e) Kata ganti diri penerima ditulis di sebelah kiri iaitu di bahagian tepi surat. f) Kata ganti diri penerima adalah seperti berikut: i. ayah/pak cik - ayahanda ii. ibu/mak cik - ibunda/bonda iii. anak - anakanda iv. kakak/abang/kakak saudara/abang saudara – kakanda v. adik/adik saudara – adinda vi. datuk/nenek - nenda/nenenda vii. sahabat lelaki - saudara viii. sahabat perempuan – saudari 4. Sebelum menurunkan tanda tangan, hendaklah ditulis “Yang ikhlas” “Yang benar” dan sebagainya. Rangkai kata ini hendaklah ditulis selepas melangkau dua hingga tiga baris setelah menulis penutup surat. 5. Tanda koma hendaklah dibubuh selepas rangkai kata “Yang benar”. Hanya tanda tangan sahaja diperlukan selepas rangkai kata tersebut.

Upload: rusnani-awang

Post on 23-Jun-2015

4.216 views

Category:

Automotive


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan jenis surat kiriman tidak rasmi

KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

KETERANGAN:1. Surat kiriman tidak rasmi biasanya ditulis kepada sahabat handai, ahli

keluarga, saudara mara dan sebagainya.2. Surat ini biasanya ditulis untuk bertanya khabar, memberitahukan

sesuatu, dan sebagainya.3. Format surat kiriman tidak rasmi ialah:

a) Alamat pengirim hendaklah ditulis disudut atas sebelah kanan surat.

b) Tarikh ditulis dibawah alamat pengirim dan dibubuh tanda noktah di hujungnya.

c) Pembuka kata atau kata-kata pujian ditulis ke dalam sedikit di kiri surat

d) Pembuka kata atau kata-kata pujian hendaklah ditulis setelah melangkau satu atau dua baris selepas tarikh.

e) Kata ganti diri penerima ditulis di sebelah kiri iaitu di bahagian tepi surat.

f) Kata ganti diri penerima adalah seperti berikut:i. ayah/pak cik - ayahandaii. ibu/mak cik - ibunda/bondaiii. anak - anakandaiv. kakak/abang/kakak saudara/abang saudara – kakandav. adik/adik saudara – adindavi. datuk/nenek - nenda/nenendavii. sahabat lelaki - saudaraviii. sahabat perempuan – saudari

4. Sebelum menurunkan tanda tangan, hendaklah ditulis “Yang ikhlas” “Yang benar” dan sebagainya. Rangkai kata ini hendaklah ditulis selepas melangkau dua hingga tiga baris setelah menulis penutup surat.

5. Tanda koma hendaklah dibubuh selepas rangkai kata “Yang benar”. Hanya tanda tangan sahaja diperlukan selepas rangkai kata tersebut.

Page 2: Karangan jenis surat kiriman tidak rasmi

Format surat kiriman tidak rasmi

NamaNo. Rumah, Taman/Kampung,Jalan Jalan,Poskod Bandar,Negeri,

10 Januari 2009.

Kehadapan saudara Khairul yang kini berada di Seremban semoga berada dalam situasi sihat sejahtera hendaknya.

Saudara,

Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada lembaran yang lain. Sekian.

Yang benar, Azli

Nama dan alamat pengirim

Kata hadap

Tarikh surat ditulis

Kata panggilan

Penutup

Pengakuan

Page 3: Karangan jenis surat kiriman tidak rasmi

CONTOH KARANGAN:

No. 12A, Taman Kenanga,12400 Batu Pahat,Johor.12 Mac 2009.

Page 4: Karangan jenis surat kiriman tidak rasmi

Kehadapan Cikgu Mahmud yang diingati selalu. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira selalu.

Cikgu,Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar cikgu.

Cikgu, bagaimanakah keadaan sekolah baru? Seronokkah mengajar di tempat baru? Saya berharap cikgu gembira bertugas di sana.

Saya ingin ucapkan selamat kepada cikgu dan berharap cikgu terus berjaya dalam apa sahaja bidang yang dilakukan. Saya juga berharap semoga cikgu tidak lupakan kami di sini.

Segala jasa baik yang cikgu berikan semasa mengajar di sekolah ini sentiasa saya dan rakan-rakan hargai. Sepanjang cikgu bertugas di sini, cikgu telah mendidik dan memberi tunjuk ajar serta membimbing kami dengan penuh dedikasi. Segala jasa bakti cikgu akan sentiasa dikenang.

Kalau cikgu ada masa lapang, silalah datang ke sekolah kami. Kami sentiasa menunggu kedatangan cikgu. Bolehlah kita berjumpa kembali. Tentu seronok kalau dapat berjumpa semula dengan cikgu.

Rasanya hanya di sini sahajalah pertemuan kita kali ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya dan semoga kita berjumpa lagi.

Yang benar, Tandatangan