karangan bm

7
KEPENTINGAN HORMAT- MENGHORMATI

Upload: intanyuslee

Post on 15-Apr-2016

284 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ISI MUDAH YANG BOLEH DIGUNAKANTHIS IS NOT MINE

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Bm

KEPENTINGAN

HORMAT-MENGHORMATI

Page 2: Karangan Bm
Page 3: Karangan Bm

Tugas guru ialah mengajar di sekolah. Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.Guru juga merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak di sekolah kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Terdapat beberapa cara untuk menghargai jasa guru.Guru akan berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita.

PENDAHULUAN

Page 4: Karangan Bm

Memang tidak dapat dinafikan, golongan pelajar merupakan individu yang paling hampir dan amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi pelbagai ranjau dan liku kehidupan. Bermula di peringkat tadika sehinggalah ke menara gading, ilmu pengetahuan ditimba tidak putus-putus bagai air sungai yang mengalir. Bahkan ketika di sekolah, seorang guru umpama ibu dan ayah kepada pelajar yang mendidik dan mengawasi pelajar sejurus selepas sesi persekolahan bermula sehinggalah usai sesi persekolahan.Bahasa yang sopan dengan nada suara yang lemah lembut semasa berkomunikasi adalah amat dituntut daripada pelajar . Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita.

ISI 1

Page 5: Karangan Bm

Selain itu, kejayaan yang cemerlang seseorang pelajar dalam pelbagai bidang sama ada kurikulum mahupun kokurikulum juga satu cara menghargai jasa seorang guru. Hati guru yang mana yang tidak berbunga bangga apabila anak didiknya cemerlang dalam peperiksaan. Justeru, Belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja penting untuk kecemerlangan diri tetapi dalam masa yang sama mampu menggembirakan hati seorang guru serta turut dapat mengharumkan nama sekolah. Kecemerlangan yang diperoleh secara langsung dapat menyejukkan hati guru yang mengajar para pelajarnya. Dalam hal ini, pelajar seharusnya sedar bahawa guru tidak pernah meminta apa-apa balasan daripada kejayaan yang tercipta tetapi cukup sekadar ucapan terima kasih.

ISI 2

Page 6: Karangan Bm

Di samping mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, para pelajar seharusnya tidak melanggar disiplin serta melibatkan diri dengan kegiatan negatif. Antara ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Walaupun sesetengah kes dianggap terpencil, tetapi tetap digunakan utnuk menghukum semua guru di seluruh negara seperti kata peribahasa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jelaslah, pelajar yang mematuhi disiplin umpama memberikan penghormatan kepada guru yang telah banyak berjasa.

ISI 3

Page 7: Karangan Bm

Konklusinya, guru merupakan insan mulia yang sepatutnya dihargai oleh setiap insan. Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seseorang guru sukar untuk dibalas walau dengan menghadiahkan mereka segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Tanpa jasa dan pengorbanan guru yang berkaliber dan tidak pernah mengaku kalah dalam perjuangan mereka, nescaya sukar untuk pemimpin. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita peroleh daripadanya mendapat keberkatan daripada Tuhan. Untuk itu marilah kita renung bait-bait puisi di bawah.

PENUTUP