karanagn t4 2014.ppt

Upload: serenephong

Post on 29-Feb-2016

85 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Assalamualaikum dan Salam sejahtera

    TINGKATAN 4

  • Assalamualaikum dan Salam sejahtera

    TINGKATAN 4

  • TEMA KARANGAN BERDASARKAN UNIT BUKU TEKS TINGKATAN 4

    Unit 1 :SENARIO MASYARAKAT KITAMasyarakat Malaysia Alaf BaruTradisi Kejiranan Dalam MasyarakatUnit 2 :AMBANG REMAJARemaja dan CabaranRemaja dan KeluargaDisiplin Remaja dan KokurikulumUnit 3 :DUNIA SEMAKIN CANGGIHKad ElektronikBudaya Teknologi Maklumat dan TelekomunikasiE-mel dan andaUnit 4 :KERANAMU MalaysiaPatriotismeMalaysia Alaf BaruPengorbanankuUnit 5 :MELESTARIKAN ALAM SEKITARPendidikan Alam SekitarKualiti UdaraPencemaran Sungai KitaUnit 6 :RIADAHHobi, Sukan dan RekreasiCabaran di Puncak KinabaluHobi dan Cabarannya

  • Tingkatan 5UNIT 1 :RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA Rumah Terbuka Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia Kemanusiaan SejagatUNIT 2 :PENDIDIKAN ALAF INI E-Pendidikan Pendidikan Maya Kepentingan Ilmu Dalam Era GlobalisasiUNIT 3 :PENGANGKUTAN ALAF INI Tren ERL Kejayaan Negara dalam Perindustrian Tren Laju Harapan Masa DepanUNIT 4 :BANDAR PINTAR MALAYSIA Bandar dalam Taman Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara Perpaduan Menjamin KeamananUNIT 5 :ALAM PEKERJAAN Kerjaya Masa Depan Kejayaan dalam kerjaya Impian, Usaha dan KejayaanUNIT 6 :PENDIDIKAN INDUSTRI Pendidikan Industri di IPT Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara Cabaran Pendidikan IndustriUNIT 7 :BIOLEMBANGAN Kejayaan Melalui Pertanian Bioteknologi dalam Pertanian Perkembangan PertanianUNIT 8 :PELABURAN Pelaburan Mengubah Masa Depan Pelaburan Menerusi Saham Amanah Pelaburan Dalam Sektor HartanahUNIT 9 :TELEPERUBATAN Kesihatan Sepanjang Hayat Amalan Pemakanan Seimbang Cegah Sebelum ParahUNIT 10 :SUKAN SEANTERO DUNIA Malaysia Jaguh Sukan SEA Sukan Mengharumkan Nama Negara Malaysia Penganjur Sukan AntarabangsaUNIT 11 :KOMUNIKASI GLOBAL Mykad Ciptaan Kita Internet dan Dunia Tanpa Sempadan Seni Sastera Khazanah BangsaUNIT 12 :PELESTARIAN BUDAYA WARISAN Memelihara Budaya Bangsa Anugerah Seni Negara Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia

  • Diemnsi kendiri 04Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara

  • BAHAGIAN PENDAHULUAN TEMA : KESESAKAN JALAN RAYA ARAH : CARA MENGATASI Dasawarsa ini,kesesakan jalan raya menjadi isu yang kerapmeniti dari bibir ke bibirdalam kalangan masyarakatmarhaendi negara ini. Dari segi konsepnya, kesesakan jalan raya bolehdiikhtisarkansebagai halangan sebagai akibat banyaknya kenderaan di jalan raya. Hal ini berlaku kerana, masyarakat yang terlalurakusdan enggan mengamalkan sikap bekerjasamasementelahantidak bertoleransi semasa memandu.Natijahnya, kesesakan jalan raya menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya yang memburukkan lagi imej negara. Oleh ituminhajyang efektif perlu dirangka bagi mengatasi masalah ini harus dititikberatkan demi menjelmakantransformasiterhadap imej negara.

  • Ciri-ciri remaja berwawasanS1 Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang.[2 markah]S6 Generasi muda sekarang perlulah mempunyai sifat keterbukaan. [2 markah)S2 Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam semua aspek kehidupan. [2]S7 Remaja yang berwawasan perlu taat kepada agama. [2 markah]Mudah terpengaruh nilai negatif dari Barat sehingga mengabaikan perintah agama.S3 Sifat tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan. [2markah]S8 Mengamalkan gaya hidup sihat [2 markah]Mengamalkan hidup yang tidak sihat sehingga diserang penyakitS4 Ilmu yang diperoleh pula hendaklah dipraktikkan supaya tidak menjadi sia-sia sahaja. [2 markah]S9 Kita mestilah mempunyai cita-cita yang tinggi.[2 markah]SS Berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat [2 markah]Mudah putus asa apabila menghadapi sedikit rintanganS10 Sentiasa sanggup bersaing.

  • Kekangan/cabaran/masalahPengaruh media massa dan pemikiran Barat sehinggaPengaruh sikap ibu bapa yangSikap diri yang kurang sedar diri tentang

  • EMA : KEJAYAAN MURID DALAM PELAJARANARAH : FAKTOR Dasawarsa ini, isu kejayaan murid dalam pelajaran sering menjadipolemikdalam kalanganmasyarakat marhaendi negara kita.Dari segi konsepsinya,pelajaran boleh ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang harus dimiliki oleh pelajar untuk melayakkan diri mereka kemenara gading.Hal ini demikian kerana, kejayaan merupakan satu pencapaian yang bolehmereformasikanseluruh kehidupan mereka.Natijahnya, pencapaian dalam pelajaran bolehmengangkasakanmartabat keluarga dan sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.Menurut William Shakespear, kejayaan dicapai oleh murid setelah mereka berusaha dengan gigih. Oleh itu, faktor-faktor kejayaan murid dalam pelajaranseyogiadititikberatkan oleh masyarakat untuk melahirkan generasi muda yang pintar pada peringkatjagatraya. (Oleh : Wafa, SMK Beserah, Kuantan)

  • Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan budaya hidup sihat.Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup sihat.Contoh bahagian pendahuluan: Mayapada budaya hidup sihat perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak di negara ini. Dari segi konsepsinya, gaya hidup sihat boleh diikhtisarkan sebagai amalan pemakanan dan gaya hidup yang perlu diamalkan agar kita dapat hidup secara baik dan terarah. Izharnya, gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap insan supaya badan mereka cergas dan otak menjadi cerdas. Menurut Datuk Dr Hj Fadzillah kamsah, gaya hidup sihat perlu dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa dalam memastikan kelangsungan hidup yang sihat, berkat dan harmonis. Oleh itu, ibu bapa perlu bersinergi dalam menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan keluarga sakinah. Perhatikan binaan ayat dalam perenggan di atas dan bandingkan dengan struktur ayat dalam TMP seperti di bawah : Ayat 1 Ayat penyataan tema(mayapada,marcapada..) Ayat 2 Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....) Ayat 3 Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa) Ayat 4 Ayat contoh / tokoh(Menurut......) Ayat 5 Ayat arah soalan(Oleh itu,....(arah soalan)

  • Diemnsi kendiri 04Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara

  • GARIS PANDUAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPMKEPERLUAN KERTAS 11103/1Bentuk SoalanJenis ItemUjian Berbentuk SubjektifKarangan Rangsangan Karangan Umum

    Tempoh Ujian2 jam 15 minit

  • Bilangan soalan

    Hanya satu soalan dan tiada pilihan-wajib jawab

    b. 5 soalan pilihan dan hanya jawab satu soalan sahaja

  • 30100JUMLAH MARKAH : 130 MarkahBahagian A :

    Bahagian B :

  • FORMAT SOALAN

    Panjang Karangan

    Antara 200 hingga 250 patah perkataanBahagian AKarangan Berpandu Bahan RangsanganMasa yang dicadangkan ialah 45 minit

  • Bentuk Soalan

    Gambar foto / Ilustrasib) Ilustrasi kartun Pelan / Petad) IklanPetikanf) Gambar RajahDialog / Catatan

  • Bahan RangsanganGambar Foto / Ilustrasi.Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan kawasan riadah dalam kehidupan manusia. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan

  • Bahan Rangsangan Gambar RajahLihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan teknik-teknik berkesan mendidik anak-anak. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

    7 tahun kedua membuat PENGUATKUASAAN terhadap anak-anak

    7 tahun pertama BERMAIN 7 tahun ketigaDengan anak-anak BERSAHABAT FASA PENTING dengan anak-anak MENDIDIK ANAK

  • Bahan RangsanganIlustrasi Kartun.Lihat ilustrasi kartun di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda kepentingan berbudi bahasa dalam kalangan remaja. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

  • Bahan RangsanganPelan / peta Lihat peta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang manfaat pembinaan lebuh raya tersebut kepada pengguna. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

  • Bahan RangsanganIklan.Lihat dan fahami iklan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda sumbangan iklan dalam dunia perniagaan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

  • Bahan RangsanganCatatan.Lihat catatan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Panjang huraian hendaklah antara 200-250 patah perkataan.9.00 pg : Pertandingan Kawad Kaki.11.00 pg : Pertandingan Gubahan / Masakan.12.30 ptg : Makan & Solat Berjemaah.2.45 ptg : Ceramah Motivasi.5.00 ptg : Sukaneka.8.00 malam : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib

  • Bahan Rangsangan - PetikanBaca petikan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya kegiatan vandalisme. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.

    Budaya vandalisme dalam kalangan masyarakat di negara kita sangat membimbangkan. Kerajaan terpaksa memperuntukkan hampir 500 juta setiap tahun untuk memperbaiki kerosakan harta benda awam disebabkan aktiviti vandalisme ini. Jika rakyat boleh beruba sikap, peruntukan itu boleh disalurkan untuk membina kemudahan lain yang lebih berfaedah. Ucapan Perdana Menteri.

  • Contoh Karangan TerbaikLihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan negara kita. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

  • Lihat Contoh Jawapan

  • TEKNIKLATIHANKESUNGGUHANKESABARAN

  • Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat-syarat yang berikut:-

    Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan Mempunyai isi-isi penting yang cukup Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankanMempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta contoh yang sesuaiMenggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betulMenggunakan ejaan dan tanda baca yang betul

  • PROSES 1

    (a)Memahami dan Mentafsirkan Bahan RangsanganSebelum Menulis :

    I

    II

    IIISebelum menulis, calon perlu membaca dan memahami arahan soalan serta mengenal pasti kehendaknyaMeneliti tajuk yang diberi bersama sama dengan bahan rangsangan dan kaitkan dengan kehendak soalan Perlu menangkap mesej utama daripada bahan rangsangan dan skop karangan yang perlu ditulis

  • PROSES 2

    I. Menganalisis Bahan Rangsangana) Perlu menganalisis dengan kritis dan analitisb) Tujuan supaya karangan tidak terpesong

    PROSES 3

    Menyediakan Isi dan Rangka KaranganRangka Karangan

    a)Pendahuluan b)Isi-isi pentingc)PenutupAyat yang berkaitan dengan tajuk dan bahan rangsangan secara am Isi yang terdapat dalam bahan rangsangan diperkayakan denganPengetahuan calonPandangan,cadangan,dan kesimpulan

  • PROSES 4

    Menulis Karangan Berpandu

    Penggunaan BahasaKesinambungan isiPenanda Wacana

    Ringkas, tepat, dan padatPerlu diberi perhatian supaya karangan lancarDalam pada itu, sehubungan dengan itu, sungguhpun demikian, dan sebagainya

  • PROSES 5Menyemak Karangan1.2.3.4.

    Semak semula setelah selesai menulisBeri perhatian kepada ejaan ,tanda baca, dan struktur ayat agar tiada kesalahan yang disengajakanJumlah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan Catat jumlah kata baris terakhir karangan

  • PERINGATAN !!!

    Karangan yang lengkap dengan segala isi penting tetapi susunan yang tidak teratur hingga menyebabkan gaya dan pengolahan kurang lancar akan menyebabkan markah tidak dapat diberi pada peringkat cemerlang kerana cacat dari aspek gaya persembahan dan kelancaran

  • PEMARKAHANCEMERLANGKEPUJIAN 26 3020 25 28 3023 2526 2720 22MEMUASKANKURANG MEMUASKAN15 1910 1417 1912 - 1415 1610 11PENCAPAIAN MINIMUM01 09( 06 09, 01 05 )

  • 1. Mengenal pasti arahan dan kehendak soalan Baca arahan dengan jelas dan teliti. Kenal pasti isu dan fokus soalan.

  • CONTOH SOALAN 2013 (JUN)Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

    Pematuhan undang-undang jalan raya.Penyelenggaraan kenderaan.Penguatkuasaan undang-undang.

  • CONTOH SOALAN RANGSANGANHuraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan negara kita. (MRSM)Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan negara kita. (MRSM)

    Mewartakan kawasan pelancongan baharu. Meningkatkan prasarana Mempromosikan produk pelancongan

  • CONTOH SOALAN RANGSANGANHuraikan pendapat anda tentang faedah penganjuran sukan bertaraf antara bangsa terhadap negara Malaysia. (KEDAH)Huraikan pendapat anda tentang faedah penganjuran sukan bertaraf antara bangsa terhadap negara Malaysia. (KEDAH)

    Memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Menambahkan pendapatan negara. Meraptkan hubungan antara negara peserta.

  • CONTOH SOALAN RANGSANGANHuraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. (Pulau Pinang)Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. (Pulau Pinang) Mengadakan gotong royong. Mengadakan rumah terbuka. Amalan ziarah menziarahi Mengadakan kempen kesedaran.

  • CONTOH SOALAN RANGSANGANHuraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)

    Mengeratkan hubungan masyarakat. Menghilangkan tekanan / stres Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

  • CONTOH SOALAN RANGSANGANHuraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya kepupusan hidupan liar di negara kita. (YIK)

    Kemusnahan habitat akibat aktiviti penebangan hutan. Pemburuan haram oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Pencemaran alam sekitar dan serangan penyakit berbahaya. Keadaan cuaca seperti kemarau dan banjir.

  • 2. Membina rangka karanganmengapa ? Mengelakkan isi penting tidak disusun mengikut keutamaan. Mengelak karangan daripada terpesong atau menyimpang. Mengelak isi sama daripada berulang. Mengelakkan daripada terputus idea. Memastikan masa mengarang dapat dijimatkan. Rangka mesti mengandungi pendahuluan, isi penting dan penutup.

  • Contoh : Rangka Karangan (memupuk semangat kejiranan)Pendahuluan - Semangat kejiranan semakin terhakis dalam diri masyarakat bersikap - bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing sibuk dengan kerjaya mengejar kemewahan hidup.Menganjurkan festival rakyat meliputi pelbagai lapisan masyarakat setempat pengadakan pelbagai aktiviti.Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan dapat mengenali jiran dengan lebih dekat amalan ziarah.Mengadakan program gotong rotong menceriakan kemudahan / prasarana awam bekerjasama untuk memajukan kawasan setempat.Menghadiri aktiviti sosial kenduri khawin, kematian, kemalangan memupuk rasa seia dan sekata dalam hidupPenutup semua pihak harus bekerjasama mewujudkan semangat kejiranan bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat,

  • Contoh : Rangka Karangan (Faedah Penganjuran Sukan Ant)Pendahuluan sukan bukan sekadar aktiviti untuk keceragasan diri tetapi boleh memberikan manfaat daripada sudut sosial, ekonomi dan politik serampang dua mata badan sihat, minda cerdas.Memperkenalkan Malaysia ke negara luar negara kita dapat dikenali diperingkat antarabangsa F1, squasy, badminton, hoki kemudahan bertaaf dunia.Menambahkan pendapatan negara kehadiran pelancong untuk menonton pengaliran masuk wang pengangkutan, penginapan, membeli belah.Merapatkan hubungan antara negara peserta hubungan sosial dapat diwujudkan untuk mengenali antara satu sama lain dapat berkongsi idea, pendapat untuk kebaikan.Penutup semua pihak perlu memberi sokongan agar penganjuran dapat dilaksanakan dengan jayanya kecemerlangan mampu meletakkan imej negara di persada dunia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain.

  • Bengkel Membina Rangka KaranganHuraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan laman sosial kepada pelajar.

    Mendapatkan maklumat dengan pantas. Perkongsian pelbagai maklumat. Mengeratkan perhubungan sosial.

  • 3. Menulis Perenggan Pendahuluan Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi sesuatu karangan. Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan pertama melalui penulisan pendahuluan. Pendahuluan yang menarik akan berjaya menambat hati pemeriksa. Pendahuluan yang hambar pula akan mematikan minat pemeriksa. Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar tentang isu yang dkemukakan dalam soalan.

  • Contoh Pendahuluan(positif)Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpin masyarakat. Pernahkah terlintas dalam gawang minda para xx, mengapakah (fokus) ini semakin diambil perhatian oleh semua strata komuniti marhaen menjelang ambang 2020? Hal ini demikian kerana pelbagai dasar telah dirangka oleh pihak kerajaan, khasnya Kementerian xx agar bidang xxx dapat dimartabatkan justeru melahirkan xxx . Izharnya, (fokus) diikhtisarkan sebagai amalan murni yang dipertanggungjawabkan oleh golongan xxx supaya mencapai xxx dalam kehidupan. Ingatlah, sikap lepas tangan atau ambil mudah akan membajetkan aspirasi negara untuk (fokus). Oleh itu, keiltizaman daripada seantero strata komuniti amatlah perlu agar (fokus) ini ditelusuri bersama sejajar dengan misi Gagasan 1Malaysia, yakni pencapaian diutamakan, rakyat diutamakan.

  • Dimensi kendiri(azam)Frasa menarik:Presiden Sukarno, pelimbahan

  • Dimensi kendiri

  • Success in businessrequires training and discipline and hardwork. But if youre not frightened by these things, the opportunities are just as great as they ever were. -David RockefellerSeperti yang diucapkan oleh David Rockfeller di atas, jika seseorang itu tidak takut mendengar perkataan,BerlatihDisiplindanKerja KerasDia mempunyai peluang yang terbuka luas di hadapannya untuk meraih kejayaan. Petua tersebut sebenarnya boleh dipakai dalam apa jua lapangan seandainya kita mahu terbang tinggi ke awan

  • Daripada kajian mereka, ada 4 perkara atau sikap seperti di bawah biasanya ada pada semua para usahawan berjaya:Pengalaman dalam kerjaya mereka yang mempunyai pengalaman dalam kerjaya makan gaji dan berjaya melaksanakan tanggung jawab sepanjang kerjayanya biasa mampumembuat keputusanperniagaan yang baik berbanding mereka yang tak berpengalaman. Golongan ini juga punyai harapan cerah untuk mendapatkan modal dan biasanya usaha mereka tidak akan mampu sekerat jalan.Taukeh Pasaraya Mydinadalah contoh yang baik dalam perkara ini. Mereka yang ada mengikuti ceramahnya tentu pernah mendengar pengalaman kerjaya beliau.Perancangan perniagaanAdapendapat mengatakan bahawa kertas kerja perniagaan tidak perlu untukmemulakan perniagaan. Tetapi perancangan perniagaan tetap penting samada ada diterjemahkan di atas kertas maupun terpahat dalam otak usahawan. Jika usahawan memerlukanpinjaman perniagaan, maka perancangan perniagaan perlu dicurahkan di atas kertas untuk memudahkan kelulusan pinjaman perniagaan. Biasanya mereka yang ada perancangan adalah 2 kalilebih berjayadaripada yang tidak ada.Perwatakan yangpositif Personaliti yang baik seperti memahami, mudah berkawan dan seumpamanya amat membantu dalam kejayaan seseorang. Jika anda rasa menjadi diri anda seadanya sedangkan anda kaki panas baran, tidak penyabar dan seumpamanya boleh membuatkan andamenjadi usahawanberjaya, fikirkan semula.Mentor Ini sudah beberapa kali saya nyatakan dalam beberapa artikel sebelum ini. Mereka yang mendapatkan bantuan mentor atau seumpamanya sejak sebelum berniaga biasanya 3 kali ganda akan memulakan perniagaan berbanding mereka yang sekadar angan-angan atas katil tanpa berusaha mencari seorang mentor. Kajian juga mendapati mereka yang ada mentor berpeluang sebanyak 7 kali lebih baik untuk mendapatkan dana berbanding yang tak ada mentor. Walaupun kadar kegagalan cukup tinggi pada tahun pertama, 84% dari usahawan yang ada mentor biasanya mampu melepasi tahun pertama dan kedua perniagaan mereka.

  • FRASA / UNGKAPAN MENARIKPENDAHULUANSedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu.....Saban hari,cuping telinga kita dihidangkan oleh mediamassatentang....Menginsafi tuntutan untuk memikul tanggungjawab bersama-sama, maka...Pernahkah terlintas dalam gawang minda .....bahawa....Sebelum hal ini menjadi barah dan menjadi seperti tanduk di kepala yang tidak dapat digelengkan, ......

  • PUNCA1.Sebagai memperkukuh penyataan tersebut lagi, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demikebaikanbersama.2.Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh di muara pasti bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya.3.Benarlah kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.4.Sesuatu yang berlaku itu pastiadasebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata / kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

  • LANGKAH1.Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersaranglamadi negara kita ini.2.Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat.3.Yang lebih afdal lagi adalah dengan mencari perencah yang terbaik bagi mengekang gejala ini.4.Usaha-usaha yang istiqamah, proaktif, pragmatik, dan jitu memerlukan obligasi dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dan mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah dari langkah yang pertama.

  • Contoh Pendahuluan:Dalam era langit terbuka / globalisasi / pasca kemerdekaan ini, isu kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu ini telah menjadi bualan masyarakat di seluruh pelosok negara dan turut diperdebatkan dalam kalangan ahli politik. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Di manakah pokok pangkalnya yang tiada titik nokhtar ?Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terbabit dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kegusaran masyarakat tentang isu ini. Izharnya, (fokus) diikhtisarkan sebagai fiil yang melanggar tatasusila dan diamalkan oleh kelompok yang tidak beretika seperti xxx. Oleh itu, sikap lepas tangan atau ambil mudah pihak penguat kuasa akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung. Oleh itu, (fokus) ini wajar ditelusuri sebelum kudis menjadi tokak. Lirik lagu satu hati, satu rasa. Impian pasti menjadi nyata. Demi negara demi bangsa, bangkitlah kita berjuang..cemerlang, gemilang, terbilang, Malaysiaku Berjaya.

  • Contoh Penutup:Jalur gemilang, megah kami merasa, jalur gemilang, berkibarlah. Manakala Lagu patriotik Saya anak Malaysia, saya anak merdeka yang mengagung-agungkan Pesta Durian memaparkan keteguhan jati diri yang berkiblatkan perpaduan rakyat berbilang kaum. Kini, sudah sampailah masa untuk kita mendabik dada supaya mengibarkan jalur gemilang di seantero pelosok dunia. Oleh itu, isu ini mestilah ditangani secara bijaksana jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Tidak lain dan tidak bukan, sikap saling menunding jari atau melihat kesalahan orang lain bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa-apa jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan penyelesaiannya, bak kata membujur lalu melintang patah. Kita haruslah bersikap rasional dan positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang disepakati akan dapat menyelesaikan isu.. dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Semoganya, generasi muda akan melafazkan Terima Kasih Malaysia dengan kebanggan dan kesyukuran.

  • Contoh Penutup:Lirik lagu Sejahtera Malaysia, Puji dan syukur oada Ilahi, aneherag-Nya tiada terhingga. Kedamaian dan kemakmuran Malaysia. Seia sekata sehati sejiwa ,mengahdapi cabaran. Kami rela, kami setia, berkorban untuk negara. Lirik ini melambangkan hati nurani dan jiwa raga sebagai anak watan selepas negara kita menghela nafas kemerdekaan beberapa dekad yang lalu. Oleh itu, (isu) ini wajar tetap dijulang ke puncak kemuliaan negara kita dan menjunjung amanah daripada nenek moyang agar negara kita bukan sahaja mencapai pembangunan fizikal yang mewah, malahan pembangunan batiniah dan lahiriah yang seimbang. Dengan sikap yan sanggup berkorban hanyalah negara kita akan tetap memelihara kedaulatannya. Jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini, nescayalah aspirasi negara dan keazaman kita tidak dapat dimakbulkan. Izharnya, sikap xx tidak lain dan tidak bukan merupakan jalan terbaik untuk xxx. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa-apa jua impian memerlukan tekad dan pengorbanan yang menyeluruh. Kita haruslah bersikap rasional dan positif supaya xxx dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

  • Penutup; Dimensi keluargaAyat Pandangan(AP)Tuntasnya, saya berpandangan bahawa terdapat pelbagai peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa untuk membentuk akhlak mulia dan menentukan kejayaan akademik anak-anak mereka.Ayat Cadangan(AC)Sehubungan dengan itu, para ibu bapa mestilah komited untuk mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berakhlak mulia dan cemerlang dalam kehidupan.Bahasa Indah(BI)Bertepatan dengan peribahasa bagai menatang minyak yang penuh, ibu bapa mestilah memahami falsafah kehidupan tanpa menganaktirikan kesejahteraan hidup anak mereka.Ayat Harapan(AH)Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk generasi muda bersahsiah terpuji dan intelektual akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

  • Penutup; Dimensi KendiriAyat Pandangan(AP)Tuntasnya, terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia mengisi kemerdekaan negara.Ayat Cadangan(AC)Sehubungan dengan itu, kita mestilah komited untuk mengekalkan kemerdekaan tanah air dengan menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab.Bahasa Indah(BI)Remaja mesti menjunjung martabat negara dan memahami bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.Ayat Harapan(AH)Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk mempertahankan kemerdekaan negara ini akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

  • PENUTUP1.Setiap anggota masyarakat hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing dan janganlah sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. (AC) 2.Sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin kelangsungan hidup bermasyarakat yang bebas daripada masalah....(AC)3.kita tidak seharusnya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka hati dan kenali diri.(AC)4.Bertindaklah secara glokal dan berfikirlah secara global. (AC) 5.Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang...(AH)

  • Contoh Pendahuluan: Sebab-sebab kerajaan wajar meneruskan Program Angkasawan Negara. Pada 10 Oktober 2007, suatu perisitiwa besar telah terakam dalam sejarah tanah air. Peristiwa tersebut ialah kejayaan seorang anak Malaysia, iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bersama-sama dengan dua orang lagi krew Soyuz TMA 10 telah berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Kejayaan anak Malaysia itu membawa seribu erti kepada hala tuju negara untuk bangkit dan bersaing dalam persaingan global. Jika dahulu anak-anak Malaysia dianggap sebagai bangsa hingusan, tetapi pada hari ini sudah banyak negara mula mengangkat tabik kerana menghormati kejayaan bangsa Malaysia.

  • Contoh Isu: Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar. Punca-Punca Pembuangan Bayi. Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak. Punca-punca Kemalangan Jalan Raya. Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga. Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit. Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar. Punca-punca Masalah Sosial Remaja. Kepentingan Kegiatan Kokurikulum Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar

  • PENDAHULUAN10 jenis pendahuluan :-A) pendahuluan jenis definisiB) pendahuluan jenis pendapat C) pendahuluan jenis suasanaD) pendahuluan jenis persoalanE) pendahuluan jenis peribahasa

  • F) Pendahuluan jenis perangkaanG) Pendahuluan jenis wawancara H) Pendahuluan jenis sejarah I) Pendahuluan jenis analogi J) Pendahuluan jenis gabungan

  • PENDAHULUANIa harus menarik dan boleh menggambarkan kandungan keseluruhan karangan. Jika perlu, pendahuluan yang berciri provokatif juga boleh digunakan asalkan tidak keterlaluan. Jangan masukkan isi dalam perenggan pendahuluan.

  • PENDAHULUAN JENIS DEFINISI memberikan takrif makna definisi Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.

  • PENDAHULUAN JENIS PENDAPATmenyatakan pendapat seseorang tokoh Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yang sama meneruskan pembangunan.

  • PENDAHULUAN JENIS SUASANA menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai. Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

  • PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

  • PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai. Contoh: Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengan tebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.

  • Bengkel 2 : Membina PendahuluanLihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan faedah-faedah melancong dalam negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

  • 4. Menulis Perenggan IsiKarangan berpandu dicadangkan supaya menulis 3 @ 4 perengan isi.Gunakan isi yang diberi sepenuhnya.Perenggan isi mestilah mempunyai isi utama, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan.Setiap ayat yang dibina perlulah mempunyai kesinambungan antara satu dengan yang lain.Kesinambungan dan pertautan perenggan juga sangat penting untuk menghasilkan karangan yang baik.1 isi hanya untuk 1 perenggan.

  • 4. Menulis Perenggan IsiSetiap perenggan perlu mempunyai panjang yang hampir sama.Bagi memantapkan isi karangan, calon perlu memasukkan peribahasa, ungkapan, kata-kata hikmat, pantun, petikan kata-kata dan sebagainya.Bahasa haruslah jelas, tepat dan dapat menjelaskan isi karangan yang ditulis.Ayat mestilah gramatis, menggunakan penanda wacana dan tanda baca yang sesuai.Huraian isi - gunakan formula 4W 1 H (apa, dimana, bila, kenapa dan bagaimana)

  • CONTOH HURAIAN ISILangkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.

    Pematuhan kepada undang-undang jalan raya. Undang-undang digubal dan dipinda untuk memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi untuk keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Antara pematuhan undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga keselamatan di jalan raya.

  • CONTOH HURAIAN ISIFaedah Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa.

    Antara faedah yang diperoleh dalam penganjuran sukan bertaraf antarabangsa adalah dapat memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Mengikut peta dunia, Malaysia hanyalah sebuah negara yang kerdil dan tersorok. Sejarah bangsa Malaysia juga tidaklah begitu menonjol hingga menyebabkan dunia tidak mengenali Malaysia. Tetapi hari ini, Malaysia sudah terkenal dan mampu duduk sebaris dengan negara-negara lain dengan penglibatan Malaysia dalam penganjuran sukan bertaraf dunia. Negara kita menonjol dalam penganjuran sukan permotoran Formula One, golf, badminton dan sebagainya. Dengan penganjuran ini negara kita dikenali di seluruh rantau dunia..

  • CONTOH HURAIAN ISIUsaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan.

    Selain itu, usaha-usaha yang dapat memupuk semangat kejiranan adalah dengan mengadakan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ziarah-menziarahi adalah amalan mulia dan sangat dituntut oleh agama kerana dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Keakraban dalam masyakarat akan melahirkan satu kelompok komuniti yang bersatu padu dan saling memerlukan bak peribahasa bagai aur dengan tebing. Amalan ziarah-menziarahi ini dapat dilakukan pada waktu majlis keraian, kemalangan, kenduri kendara dan sebagainya. Jelaslah bahawa amalan ziarah menziarahi dapat memupuk semangat kejiranan.

  • Bengkel Menulis IsiHuraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)

    Mengeratkan hubungan masyarakat. Menghilangkan tekanan / stres Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

  • 5. Menulis Perenggan Penutup Karangan yang cemerlang haruslah mempunyai penutup yang matang. Tanpa perenggan penutup, sebuah karangan akan menjadi tergantung kerana tiada rumusan atau kesimpulan terhadap isu yang dibincangkan. Perenggan penutup perlu ditulis dengan teliti supaya rumusan, kesimpulan, harapan dan penegasan terhadap isu dapat dikemukakan dengan berkesan.Jangan masukan isi baharu dalam penutup.

  • Contoh Penutup:Jalur gemilang, megah kami merasa, jalur gemilang, berkibarlah. Manakala Lagu patriotik Saya anak Malaysia, saya anak merdeka yang mengagung-agungkan Pesta Durian memaparkan keteguhan jati diri yang berkiblatkan perpaduan rakyat berbilang kaum. Kini, sudah sampailah masa untuk kita mendabik dada supaya mengibarkan jalur gemilang di seantero pelosok dunia. Oleh itu, isu ini mestilah ditangani secara bijaksana jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Tidak lain dan tidak bukan, sikap saling menunding jari atau melihat kesalahan orang lain bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa-apa jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan penyelesaiannya, bak kata membujur lalu melintang patah. Kita haruslah bersikap rasional dan positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang disepakati akan dapat menyelesaikan isu.. dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Semoganya, generasi muda akan melafazkan Terima Kasih Malaysia dengan kebanggan dan kesyukuran.

  • Contoh Penutup:Lirik lagu Sejahtera Malaysia, Puji dan syukur oada Ilahi, aneherag-Nya tiada terhingga. Kedamaian dan kemakmuran Malaysia. Seia sekata sehati sejiwa ,mengahdapi cabaran. Kami rela, kami setia, berkorban untuk negara. Lirik ini melambangkan hati nurani dan jiwa raga sebagai anak watan selepas negara kita menghela nafas kemerdekaan beberapa dekad yang lalu. Oleh itu, (isu) ini wajar tetap dijulang ke puncak kemuliaan negara kita dan menjunjung amanah daripada nenek moyang agar negara kita bukan sahaja mencapai pembangunan fizikal yang mewah, malahan pembangunan batiniah dan lahiriah yang seimbang. Dengan sikap yan sanggup berkorban hanyalah negara kita akan tetap memelihara kedaulatannya. Jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini, nescayalah aspirasi negara dan keazaman kita tidak dapat dimakbulkan. Izharnya, sikap xx tidak lain dan tidak bukan merupakan jalan terbaik untuk xxx. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa-apa jua impian memerlukan tekad dan pengorbanan yang menyeluruh. Kita haruslah bersikap rasional dan positif supaya xxx dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

  • Contoh Penutup: Kita tidak mampu untuk hidup bersendirian di atas muka bumi yang sejahtera ini. Kehidupan yang sempurna dan harmoni hanya kita perolehi apabila kita mempunyai jiran-jiran yang dapat membantu kita dikala kita susah dan senang. Semangat kejiranan yang kian menipis dalam masyarakat hari ini hanya dapat ditangani apabila masyarakat sanggup membuat anjakan paradigma dan berubah sikap. Sikap mementingkan diri sendiri harus dikikis dari sanubari bagi mewujudkan satu kelompok kejiranan yang dapat merencanakan satu kehidupan yang baik. Pepatah yang berbunyi bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana muafakat membuktikan kepentingan jiran dan kehidupan bermasyarakat.

  • Contoh Penutup: Daripada penjelasan di atas, ternyatalah ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang baik. Tanggungjawab ini sewajarnya dilaksanakan oleh ibu bapa dengan sempurna. Kealpaan dan kelalaian ibu bapa akan meninggalkan kesan kepada kesihatan anak-anak. Kita tidak mahu sikap sudah terhantuk baru terngadah atau nasi sudah menjadi bubur berlaku dalam kehidupan kita. Penyesalan setelah berlaku sesuatu perkara tidak mendatang apa-apa manfaat kepada kehidupan kita. Ibu bapa harus memahami bahawa mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati demi melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera.

  • Bengkel Menulis PenutupHuraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)

    Mengeratkan hubungan masyarakat. Menghilangkan tekanan / stres Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

  • Kandungan Soalan Kertas 2

    SOALANJENIS SOALANMARKAHMASA MENJAWABSOALAN 1 RUMUSAN30 MARKAH40 MINITSOALAN 2PEMAHAMAN35 MARKAH45 MINITSOALAN 3 TATABAHASA30 MARKAH40 MINITSOALAN 4NOVEL15 MARKAH15 MINITSEMAK KERTAS JAWAPAN10 MINIT110 MARKAH150 MINIT2 12/ JAM

  • TEKNIK MENJAWABRUMUSAN / PETIKAN UMUM

    30 Markah (20 markah isi)(10 markah bahasa)

  • Petikan menyentuh pelbagai isu semasa.Petikan mengandungi lebih daripada 8 isi tersurat.Jangan ambil isi yang sama dalam perenggan yang berlainan.Jawapan akan dikira dan dinilai setakat 120 patah perkataan sahaja.Jika disalin bulat-bulat, walaupun jumlah perkataan kurang 120 pp , markah 0 diberikan.

  • Format rumusan :Mengenal kata kunci.Sistem pemerengganan.Penukaran kata kunci pendahuluan.Penggunaan penanda wacana.Bilangan patah perkataan.

  • Mengenal Kata KunciBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang formula untuk mewujudkan perpaduan kaum dan kepentingan perpaduan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Kata kunci pertama( isi tersurat )Kata kunci kedua( isi tersirat )

  • PendahuluanBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang formula untuk mewujudkan perpaduan kaum dan kepentingan perpaduan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Petikan membincangkan kaedah / cara-cara untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di Malaysia / negara kita.

  • Mengenal Kata KunciBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Kata kunci pertama( isi tersurat )Kata kunci kedua( isi tersirat )

  • PendahuluanBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Petikan membincangkan manfaat/ kepentingan/kelebihan/kebaikan hidup berjiran dalam kalangan masyarakat di Malaysia / negara kita.

  • faktor-faktor punca-punca sebab-sebab potensi

    MENUKARKAN KATA KUNCIPetikan membincangkan ..........

    langkah-langkah usaha-usahacara-cara / formula cadangan-cadangan tindakan-tindakan kaedah

    masalah kekangan penghalang halangankarenah

    Faedah-faedah kepentingan / manfaat kesan positif / kebaikan

    akibat kesan negatif keburukan implikasi

    Ciri-ciri sifat-sifat

  • Bengkel 1Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan pemanasan global dan sebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Petikan membincangkan .. di Malaysia / negara kita.

  • Bengkel 2Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan Bahasa Kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Petikan membincangkan . di Malaysia / negara kita.

  • Sistem Pemerenggan Digalakkan untuk membina 4 perenggan.Perenggan 1 : Pendahuluan (2m)Perenggan 2 : Isi tersurat ( 12m) (daripada petikan).Perenggan 3 : Isi tersirat (4m) (fikir sendiri) Perenggan 4 : Penutup (2m)

  • PenutupKesimpulannya, semua pihak (siapa) haruslah / hendaklah / perlulah bekerjasama menjaga alam sekitar (cadangan) agar / supaya (harapan) alam sekitar sentiasa bersih dan nyaman

  • PenutupKesimpulannya, ibu bapa (siapa) haruslah / hendaklah / perlulah memantau pergerakan anak-anak (cadangan) agar / supaya (harapan) masalah sosial dapat dikurangkan.

  • Penanda wacanaDi samping itu (isi 3)..... Juga merupakan ....Selain itu (isi 5)Antara ....... ialah ......dan (isi 1 dan 2) Seterusnya (isi 4)

  • Penanda wacanaSelain itu (isi 2)Di samping ituTerdapat juga (isi 4)Faktor utama ...(tema kunci pertama).. ialah ......Faktor utama (isi 1) Sementara itu (isi 3)Faktor penyebab terakhir

  • Bengkel 3Jom, kita perkukuhkan ilmu.Rujuk dan lihat petikan yangdibekalkan.Kata kunci pertama ( isi tersurat ) Kata kunci kedua( isi tersirat )

  • AWCENNDAACENDWAN

  • AUKLTKULAT

  • Apa itu rasuahPerangi rasuahPenyelewengan, penyuapan, pemerasan dalam apa-apa juga bentuk kuasa

  • Latihan PengkuhanBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Kata kunci pertama ( isi tersurat ) Kata kunci kedua( isi tersirat )

  • Tajuk Perbincangan RumusanKhasiat cendawan terhadap kesihatan manusia

  • Jawapan Pendahuluan

    Petikan membincangkan kebaikan/manfaat cendawan terhadap kesihatan manusia di seluruh dunia.

  • Isi tersurat.Antara kebaikan cendawan ialah

  • Isi Tersurat (kata kunci pertama)(kebaikan cendawan terhadap kesihatan manusia)Mengubati pelagai jens penakit.Menghentikan masalah pendarahanMenjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.Sumber yang kaya dengan antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit.Meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia.Kemampuannya dalam merawat penyakit kanser.Mengandungi bahan aktif yang dinalai sebagai poliskarida yang menjadi penawar kepada penyakit kanser.Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan.Penggubah utama bahan organik kepada bentuk baja.Salah atu elemen utama kitar semula hutan.

  • Usaha-usaha memajukan perusahaan cendawanIsi tersirat (pendapat sendiri)Kata kunci keduaMengadakan promosi tentang khasiat cendawan dalam media massaMempelbagaikan produk cendawanMengadakan festival cendawan antarabangsaMemastikan cendawan yang dikeluarkan berkualitiMengadakan kerjasama perniagaan dengan negara-negara luarMemastikan benh cendawan bermutu tinggi

  • PenutupharusmestipatutsupayaagarKesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mempromosi khasiat cendawan supaya masyarakat mendapat manfaat bersama.

  • Corak soalan pemahaman

    NO SOALANPERKARAMARKAH2a, 2b, 2c (i)Maksud rangkai kata22a, 2c (ii)2b, 2d (i)Pemahaman Teks(Jawapan dlm petikan)32a, 2c (iii)2b, 2d (ii)Pemahaman KBKK(Pendapat sendiri)3 @ 42b, 2d (iii)Pemahaman Komsas(tema, nilai, persoalan..)4

  • Bahagian Pemahaman

    SOALANPERKARAMARKAH2 aPemahaman Umum92 bPemahaman Prosa Moden92 cPemahaman Prosa Tradisi82 dPemahaman Puisi9JUMLAH35

  • Pemahaman Petikan3 soalan akan dikemukakan.Soalan 2 a (i) maksud perkataan, frasa atau rangkai kata (2 markah)Soalan 2 a (ii) Pemahaman petikan, Jawapan ada dalam petikan ) 3 markah.Soalan 2 a (iii) Pemahaman KBKK / Pendapat (jawapan idea sendiri)Jawapan mestilah dalam ayat lengkap.

  • Jawapan Petikan UmumBerikan maksud rangkai kata elemen utama. (2m)Pengarang ada menyatakan bahawa cendawan yang beracun memberi kesan buruk. Nyatakan kesan-kesan tersebut.(3M)Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cendawan, apakah perkara-perkara yang diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan tersebut? (4M)

  • Pemahaman Petikan Umum

    (i) Maksud rangkai kata elemen utama ialah bahagian penting.

  • Pemahaman Petikan Umum

    (ii) Kesan-kesan buruk cendawan ialah menyebabkan berlakunya masalah kerosakan hati dan memusnahkan sintesis prtein dalam tubuh manusia.

  • Pemahaman Petikan Umum(iii) Perkara-perkara yang diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan ialah ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perniagaan. Selain itu, modal untuk membuka perusahaan. Di samping itu mempunyai minat yang mendalam dengan mengikuti kursus yang berkaitan. Seterusnya mempunyai rakan niaga untuk memasarkan produk cendawan.

  • KesimpulanCendawan mempunyai banyak kebaikan kepada manusia.

    Cendawan boleh membantu kesihatan tubuh badan manusia

    Perusahaa cendawan mempunyai masa depan yang cerah

  • Pemahaman Komsas.Soalan 2 (b), 2 (c) dan 2 (d)

  • Tumpuan Komsas 2013(Soalan 2(b) Cerpen/ Drama

  • Tumpuan Komsas 2013(Soalan 2(c) Prosa Tradisional

  • Tumpuan Komsas 2013(Soalan 2(d) Puisi Moden / Tradisional

  • Pendapatan Per Kapita & Agihan Pendapatan Di MalaysiaJawapan Parlimen Pendapatan Per KapitaMalaysiapada tahun 2012 ialah RM30,859 (USD 9,991).Bagi tahun 2013,Bank Negaramengunjurkan kepada RM33,015 (USD 10,760 ).

  • Teknik FACLAK

  • Fokus, : xx semakin bertambah kerana ...(punca)Akibat : Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, Contoh : contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. Langkah, semua pihak harus berusaha untuk membanteras xx agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkanKepentingannya) Hal ini perlu dititikberatkan kerana xx perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit

  • SPMN 2008suka dukaKitaterpaksa menempuhsuka dukakehidupan dengan tabah.Siapa + buat apa + KN + bagaimanaKita mesti mengongsi suka duka hidup dengan ibu bapapembangunan mesra alamMutakhirinikerajaan amat menitikberatkanpembangunan mesra alamyang dapat melestarikan alam sekitar.semangat setia kawanSemangat setia kawanperlu diterapkan ke dalam diri para remajaagarkehidupan mereka akan lebih bermakna.

  • SPM 2008baik burukBaik buruktingkah laku anak-anak sebenarnya berpunca daripada didikan ibu bapa.Siapa + buat apa + KN + MengapaKita patut menjaga nama baik keluarga kerana baik buruk nama keluarga bergantung pada sikap anak.

  • SPMN 2008penat lelahPenat lelahnyakini telah terbalas apabila perniagaannya mula berkembang maju.Kita mesti mengenang penat lelah nenek moyang pada zaman dahulu kala.

  • pembangunan mesra alamMutakhirinikerajaan amat menitikberatkanpembangunan mesra alamyang dapat melestarikan alam sekitar.Bila + siapa + buat apa +KN Akhir-akhir ini, semua pihak digalakkan melestarikan pembangunan mesra alam seperti kitar semula.

  • melayari lamanwebMasa senggangnya diisikan dengan aktivitimelayari laman websosial.

  • Soalan Contoh 1Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?

  • Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C) Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. (K)

  • Peruntukan Masa: 2 jam 15 minitMasa yang dicadangkan : Bahagian A- 45 minitBahagian B- 90 minitBahagian A (45 minit)Memahami dan menganalisis bahan rangsangan5 minitMembina rangka / pelan karangan10 minitMenulis Karangan25 minitMengedit5 minitBahagian B (90 minit)Memahami dan menganalisis tajuk10 minitMembina rangka / pelan karangan10 minitMenulis Karangan60 minitMengedit10 minit

  • TAHUNFORMATTEMA / ISU

    NOVEMBER2004BAHAGIAN A:Bahan Rangsangan (Gambar Foto)BAHAGIAN B:PerbincanganPerbincanganRencanaSyarahanPendapatPembangunan dan kesannya terhadap alam sekitar.Peranan remaja untuk mencapai wawasan Tokoh sanjunganPersediaan untuk menghadapi persaingan kerja Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni Usaha memartabatkan golongan sasterawan

  • TAHUNFORMATTEMA / ISUJUNBAHAGIAN A:2005Bahan Rangsangan (Gambar Foto)BAHAGIAN B:Masalah tanah terbiar dan penyelesaiannya1. PendapatCabaran untuk mencapai cita-cita & langkah untuk mengatasinya.2. KomentarKeruntuhan akhlak dalam kalangan remaja (kegagalan institusi keluarga sebagai punca)3. SyarahanBudi Bahasa Amalan Mulia.4. PerbincanganHubungan dengan negara jiran wajar dipelihara.5. Fakta /perbincanganPeranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional.

  • TAHUNFORMATTEMA / TSU

    NOVEMBERBAHAGTAN A:2005Bahan Rangsangan (Gambar Foto)BAHAGTAN B:Usaha-usaha menangani gejala vandalisme1. Ulasan / PerbincanganRemaja - trend semasa (gaya hidup dan cara berpakaian)2. PendapatPeranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak- anak.3. RencanaUsaha-usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara.4. PerbincanganPersengketaan dan peperangan menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.5. Cerpen (Peribahasa)Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat (kaitkan dengan masyarakat majmuk).

  • 2006Julai

  • TAHUNFORMATTEMA / ISUJUNBAHAGIAN A:2006Bahan Rangsangan (Gambar Rajah)BAHAGIAN B :Peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas memperoleh SPM1. SyarahanAmalan Gaya Hidup Sihat.2. KomentarKejayaan pada masa depan (peranan ibu bapa, ahli keluarga dan diri sendiri) .3. FaktaAktiviti- aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh anggota masyarakat untuk mengukuhkan perpaduan.4. PerbincanganPeranan negara untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia.5. PendapatCara menggalakkan remaja membaca karya bertemakan semangat patriotik.

  • Koleksi 2006 (N)Isu : Perlunya remaja menyertai PLKN, Aktiviti Bulan Kemerdekaan dan menghargai tokoh yang berjasa

  • TAHUNFORMATTEMA / TSUNOVEMBERBAHAGTAN A:2006Bahan Rangsangan Petikan (Dialog)BAHAGTAN B:Remaja sekarang kurang mempunyai Semangat patriotikRemaja perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)Remaja perlu mengambil bahagian dalam aktiviti bulan kemerdekaan.Remaja perlu mengenali dan menghargai tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara kita.1. FaktaFaedah menguasai ICT .2. CeramahCara menghargai jasa ibu bapa.3. PendapatPeranan pelbagai pihak untuk memajukan Industri Pertanian Negara.4. PerbincanganKerjasama serantau untuk menangani masalah jerebu.5. KomentarPenghayatan nilai murni karya kesusasteraan membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca.

  • Koleksi 2007 (J)Isu : Aktiviti berfaedah untuk mengisi masa lapang

  • TAHUNFORMATTEMA / ISUJUNBAHAGIAN A:2007Bahan Rangsangan (Gambar Foto)BAHAGIAN B:Aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang.1. PendapatCara-cara melaksanakan amalan berjimat cermat.2. PendapatKebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.3. RencanaKesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan.4. PerbahasanKemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan kepada Negara5. PendapatPembacaan karya-karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai- nilai murni dalam diri murid.

  • Koleksi 2007 (N)Isu : Usaha-usaha untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

  • TAHUNFORMATTEMA / ISUNOVEMBERBAHAGIAN A:2007Bahan Rangsangan (Gambar Foto)

    BAHAGIAN B:Usaha-usaha yang dapat kita lakukan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran1. SyarahanRukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti2. PendapatKebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu kepada keluarga dan negara.3. PendapatFaedah-faedah kepada belia memasuki institusi pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat MARA.4. PerbincanganBentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara- negara miskin.5. Cerpen atau skrip dramaMenulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog yang diberi.

  • Koleksi 2008 (J)Isu : Peluang kerjaya dalam bidang pertanian di Malaysia

  • TAHUNFORMATTEMA / TSUJUNBAHAGTAN A:2008Bahan Rangsangan (Gambar Ilustrasi)Peluang kerjaya dalam bidang pertanian di negara kita.BAHAGTAN B:1. PendapatKebaikan-kebaikan amalan kitar semula.2. PerbincanganHubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.3. PidatoDadah Membawa Padah4. PerbincanganPeranan rakyat Malaysia di luar negara untuk mempromosikan negara pada peringkat antarabangsa.5. CerpenBelakang parang diasah nescaya tajam.

  • TAHUNFORMATTEMA / ISUNOVEMBERBAHAGIAN A:2008Bahan Rangsangan (Gambar Ilustrasi)Punca-punca pencemaran sungai.BAHAGIAN B:1. LaporanHari Anugerah Cemerlang Sekolah.2. PerbincanganPetempatan Idaman Sekeluarga.3. PendapatDemam Denggi (Faktor dan Langkah Menangani)6. PerbincanganSukan sebagai agen perpaduan antarabangsa.7. PerbincanganKepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat (pantun sebagai pernyataan soalan)

  • Koleksi 2008 (N)Isu : Punca-punca pencemaran sungai

  • TAHUNFORMATTEMA / ISUJUNBAHAGIAN A:2009Bahan Rangsangan (Gambar Ilustrasi)

    BAHAGIAN B:Bantuan Kepada Mangsa Banjir1. PendapatPersiapan untuk menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa.2. SyarahanKeluarga bahagia penentu kecemerlangan anak-anak3. PerbincanganKebaikan menyertai aktiviti sukan lasak.4. PendapatUsaha meningkatkan pengeluaran bahan makanan bagi keperluan negara.5. PerbincanganLangkah mempromosikan seni dan budaya Malaysia ke luar negara.

  • Koleksi 2009 (J)Isu : Sumbangan yang dapat diberikan untuk membantu mangsa banjir

  • TAHUNFORMATTEMA / TSUNOVEMBERBAHAGTAN A:2009Bahan Rangsangan (Gambar Ilustrasi)

    BAHAGTAN B:Aktiviti badan beruniform serta faedahnya1. PerbincanganUsaha-usaha yang wajar dilakukan ibu bapa untuk melahirkan anak-anak menjadi insan berguna2. PerbincanganKebaikan aktiviti bercucuk tanam untuk keperluan harian.3. PerbincanganKepentingan pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara difahami oleh setiap rakyat.4. PendapatKesan Pemanasan Global Terhadap Bumi dan Hidupannya5. Komsas (Perbincangan)Pengajaran daripada novel yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita

  • Koleksi 2009 (N)Isu : Faedah-faedah menyertai badan beruniform

  • TAHUNFORMATTEMA / ISUJUNBAHAGIAN A:2010Bahan Rangsangan (Gambar Ilustrasi)BAHAGIAN B:Punca-punca Pencemaran Udara1. GambaranPengalaman membantu mangsa bencana alam2. PendapatKepentingan meraikan hari-hari istimewa (Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Lahir setiap ahli keluarga)3. RencanaPeranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang4. PerbincanganManfaat hubungan baik antara pemimpin- pemimpin negara di dunia5. Komsas(Perbincangan)Kepentingan Menguasai Pelbagai Ilmu ( gurindam sebagai pernyataan soalan)

  • Koleksi 2010 (J)Isu : Punca-punca pencemaran udara

  • TAHUNFORMATTEMA / ISUNOVEMBERBAHAGIAN A:2010Bahan Rangsangan (Gambar Rajah)

    BAHAGIAN B:Cara menjalani kehidupan yang sihat1. PerbincanganPeranan pengawas membantu pihak sekolahmembentuk murid berdisiplin2. PendapatTanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapanya3. PerbincanganPeranan rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara4. Huraian / perbincanganLangkah negara-negara di dunia menangani wabak penyakit berjangkit5. Komsas (Cerpen)Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

  • Koleksi 2010 (N)Isu : Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat.

  • TAHUNFORMATTEMA / TSUJUNBAHAGTAN A:2011Bahan Rangsangan (Gambar Ilustrasi)

    BAHAGTAN B:Kepentingan Pengangkutan Awam.1. PerbincanganFaedah yang diperoleh daripada sesuatu hobi.2. Mengulas pendapat/ KomentarIbu bapa kurang memberi perhatian kepada anak-anak yang meningkat remaja berbanding semasa anak-anak di sekolah rendah.3. RencanaPotensi Industri Kraf Tangan di Malaysia.4. PerbincanganLangkah merealisasikan hasrat Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa.5. Komsas (Cerpen)Menulis cerita berdasarkan maksud pantun:Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang jua.

  • Pengangkutan UdaraPengangkutan AirPengangkutan DaratBahagian A [30 markah][Masa dicadangkan : 45 minit] 2011JLihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pengangkutan awam di negara kita. Panjangnya huraian hendak/ah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

    KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM

    MemudahkanPerhubunganMengurangkan Kesesakan Lalu LintasMenjimatkan Masa dan Kos

  • TAHUNFORMATTEMA / ISUNOVEMBERBAHAGIAN A:2011Bahan Rangsangan (Bahan Grafik)BAHAGIAN B:Faedah belajar secara berkumpulan.1. PendapatUsaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan cita-cita.2. PendapatPeranan keluarga menangani perlakuan negatif dalam kalangan remaja.3. SyarahanPerpaduan Rakyat Asas Kemajuan dan Kemakmuran Negara.4. PerbincanganKemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan masyarakat dunia berkomunikasi dan memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, cepat, dan murah.5. Komsas (Pendapat)Ciri - ciri sahabat yang baik berdasarkan maksud gurindam :Cari olehmu akan sahabat,Yang boleh dijadikan ubat.Cari olehmu akan kawan,Pilih segala orang setia kawan.

  • Memupuk Budaya MembacaFaedah Menggunakan Perpustakaan(2012J)

    Mendapat Ilmu pengetahuanMengisi Masa Lapang

  • 2012Kcrjaya seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak itu sendiri daripada ditenlukan oleh ibu bapa.Bineangkan.Pertambahan saluran televisyen sepeili NTV7, TV8 dan Astro amat mempengaruhi kehidupan masyarakat di negara kita.Berikan pcndapat anda tcntang kcbaikan dan keburukannya.Anda ingin menycrtai satu pertandingan syarahan bersempena dengan sambutan Hari Pcladang, Penternak dan Nelayan. Tajuk syarahan anda ialah Pertanian Satu Perniagaan.Tulis teks syarahan itu selengkapnya.Penduduk dunia sering diancam bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan tsunami.Huraikan bantuan-bantuan yang perlu dihulurkan oleh negara-negara di dunia kepada negara- negara yang menghadapi benana tersebut.Pcribahasa Bertangguh itu pencuri masa' mcmbawa maksud bahawa mclcngah-lengahkan scsuatu pckerjaan itu akan mcrugikan diri sendiri.Bcrdasarkan maksud pcribahasa tcrscbut, jclaskan kepentingan-kepentingan menguruskan masa dengan baik.

  • Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit]Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang dapat kita lakukan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. (2012N)

  • Kertas 1 Bahasa Melayu SPM 2012Bahagian A Karangan Rangsangan ( 45minit)Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan negara kita. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.AKTIVITI HARI KEBANGSAAN

  • 2012N**Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.(Dimensi diri)**Kebersihan kawasan sekitar penting untuk kesihatan dan keselesaan hidup. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang mengabaikan aspek kebersihan ini. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama.Tulis rencana itu selengkapnya. (Dimensi masyarakat-jawapan di set 2)Gunakanlah bahasa kebangsaan kita Marilah amalkan ramai-ramai Bahasalah menyatukan kita semuaYakinlah bahasa jiwa bangsa. Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Bahasa Jiwa Bangsa' Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita. (Dimensi masyarakat-jawapan set 3)Produk makanan halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai produk yang terjamin kebersihan dan kesuciannya. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal ini.(dimensi negara)Peribahasa 'Air dicincang tidak akan putus' bermaksud bahawa hubungan kekeluargaan tidak akan terputus walaupun berlaku perselisihan faham antara anggota keluarga. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut. (Dimensi komsas)

  • Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya(2013J)

    Penyelenggaraan kenderaan Penguatkuasaan undang-undangPematuhan undang-undang jalan raya

  • SP2013JKasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Begitulah tingginya nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak. Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.Masyarakat pada masa ini dikatakan kurang bersenam dan bersukan. Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan masyarakat bersenam dan bersukan.Hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju memerlukan persediaan dalam pelbagai aspek.Jelaskan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.Anda ingin menyertai pertandingan pidato yang diadakan sempena sambutan Hari Keamanan Sedunia. Tajuk pidato anda ialah Keamanan Dunia Milik Masyarakat Sejagat.Tulis teks pidato anda itu selengkapnya.Anda telah menonton sebuah drama yang disiarkan di televisyen. Drama tersebut meninggalkan kesan yang mendalam kepada anda.Ulas aspek-aspek drama tersebut yang meninggalkan kesan kepada anda.

  • Gambar di bawah merupakan sebahagian daripada bangunan bersejarah di negara kita serta maklumat tentang kepentingan memelihara dan memuliharanya. kepentingan Memelihara dan Memulihara Bangunan BersejarahMasjid Ubudiah, Kuala KangsarBangunan Sultan Abdul Samad,Kuala LumpurKota A Famosa, MelakaSumber maklumat sejarah Tarikan pelancong Mengekalkan keunikan seni bina

  • 2013NAkhlak yang terpuji amat penting dalam kehidupan.Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang.Amalan pengambilan makanan segera dan makanan ringan kurang sesuai unjuk kesihatan anak-anak yang sedang membesar. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk Peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak.Tulis rencana itu selengkapnya.Malaysia berhasrat untuk melahirkan rakyat berminda kelas pertama, iaitu rakyat yang berilmu, bersahsiah terpuji dan mempunyai daya saing yang tinggi.Huraikan kebaikan-kebaikan yang diperoleh jika negara kita mempunyai rakyat berminda kelas pertama.Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa membawa pelbagai kebaikan kepada negara penganjur.Bincangkan. Anda ingin menulis sebuah cerita yang bertemakan penghargaan terhadap jasa guru untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.Tulis cerita tersebut selengkapnya.

  • KARANGAN - BAHAGIAN A (2007 hingga 2011)

  • JENISKARANGANTAHUN

    Jun07Nov07Jun08Nov08Jun09Nov09Jun10Nov10Jun11Nov112012l.Surat Rasmi2.Surat Tidak Rasmi3. LaporanV4. Berita5. Ucapan / Syarahan / Ceramah / PidatoVVVV6.Dialog / Wawancara / Forum7.Gambaran/KeperihalanV8. Cereka / Imaginasi9. RencanaVVVVlO.Perbahasan / BahaskanV11 .Pendapat /Perbincangan/FaktaVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVV12.Ulasan /Komentar / Ulasan BukuV13.Peribahasa/ Cogan Kata14.SkripDrama15.Ulasan Drama / Cerpen16.MenulisCerpenVVVV

  • PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN (BAHAGIAN B)

  • FrasaM - keluargarumah tangga merupakankebun yang subur untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur dan bersahsiah mulia. Rumahku, Syurgaku

  • JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT Perbincangan/pendapat/ulasan/komentar/fakta Deskriptif/cereka Peribahasa/cogan kata

  • JENIS KARANGAN BERFORMAT Wawancara/dialog/temuramah BeritaRencana Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato Surat kiriman biasa/rasmi Laporan aktiviti/minit mesyuarat Perbahasan

  • RENCANARencana biasa dan rencana akhbarTulis tajuk di bahagian atasTulis nama di bawah tajuk

  • LAPORANAda beberapa jenis, tulis ikut kehendak soalanTajuk di tulis di bahagian atas dan tengahTulis butiran dan urutan peristiwa dgn lengkapTulis nama pelapor di akhir karangan

  • CERAMAHBukan bentuk pertandinganAda tajuk khusus dan mesti huraikanFormat lebih longgar berbanding syarahan dan perbahasanTujuan memberi penjelasan tertentu kpd golongan tertentuPendahuluan ada kata-kata aluanPenutup ada harapan dan terima kasih

  • UCAPANTidak berbentuk pertandinganTujuan utk meraikan seseorg juga sempena majlis rasmiTiada tajuk khususPendahuluan ada kata-kata aluanUtk keraian seseorg isi mesti ada jasa-jasanyaPenutup ada doa dan harapan

  • SYARAHAN/PIDATO/PERBAHASANDua jenis pertandingan dan bukan pertandinganPendahuluan syarahan bukan pertandingan tiada kata alu-aluan utk hakimPenutup menekankan perkara pokok yg diutarakan

  • WAWANCARA/DIALOGTulis ikut formatAda maklumat rujukan spt: tarikh, nama pewawancara, nama diwawancaraAda tujuan khususNyatakan latar belakang isu dan org yg diwawancara dlm pendahuluanIsi mengandungi cadangan kpd isuPenutup ada harapan org yg diwawancara

  • PROSES MENGARANG PERSEDIAAN SEBELUM MENULISMENULIS DRAF KARANGANMEMURNIKAN DRAF KARANGAN

  • KATA-KATA HIKMATHidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni Murid Rajin, Mencari Jalan, Murid Malas, Memberi Alasan.

  • PERSEDIAAN SEBELUM MENGARANGMENGENAL PASTI TIP

  • TUJUANTIP MENJADIKAN KITA FOKUSGuna soalan utk tentukan TIPApakah tujuan atau mesej yang ingin disampaikan?Tujuan menentukan bentuk karangan.

  • JENIS-JENIS TUJUANMemberitahu,menghiburkan, menceritakan, mendesak, meyakinkan, membahaskan, melaporkan dan memberi amaran.

  • PEMBACAMesti kenal dan faham pembaca andaMembantu cari dan susun isi, pemilihan kata dan bentuk ayatUntuk memenuhi kehendak pembaca

  • SOALAN MENENTUKAN PEMBACAAdakah pembaca anda lelaki atau perempuan?Berapakah umur pembaca anda?Apakah kegemaran pembaca anda?Apakah yang telah diketahui oleh pembaca tentang tajuk?

  • SOALAN MENENTUKAN PEMBACA

    5. Apakah yang belum diketahui oleh pembaca tentang tajuk?6. Apakah yang diharapkan oleh pembaca daripada tajuk penulisan anda?7. Apakah yang dapat menarik perhatian pembaca anda?

  • APAKAH ISI ANDA?Pilih tajuk yang anda faham dan sukai untuk hasilkan karangan berkesan.Bentukan fokus dan kecilkan skop

  • Bentukan fokusCth: Tajuk : KEGIATAN KOKURIKULUMFokus : Pasukan Kadet RemajaSkop Fokus : Kebaikan Kadet Remaja

  • DRAF/RANGKA KARANGANGuna sumbang saran kendiri :-Proses mencatatkan apa sahaja isi yang terlintas di fikiran tanpa mengira urutan kepentingan, isi utama atau isi sokongan dan apa sahaja yang boleh menyekat aliran fikiran. Dalam bahasa yang mudah, tulis sahaja apa yang terlintas di kepala anda

  • DRAF/RANGKA KARANGANAnda perlu selalu melatihkan diri dengan kaedah ini. Setelah isi ditulis, barulah difikirkan susunannya mengikut urutan kepentingan, peristiwa dan pengelompokan isi-isi kecil menjadi isi utama yang jitu dan utuh.

  • Murnikan Draf Karangan

    Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : a) Pengenalan b) Isi-isi dan c) Penutup

  • PENGENALAN / PENDAHULUAN#Ringkas dan am sahaja, tiga atau empat ayat.#Merupakan pembukaan karangan, mesti menarik dan meninggalkan kesan positif dan mendalam pada pemeriksa. #Pastikan pembukaan karangan bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

  • PENDAHULUANPendahuluan perlu ditulis mengikut jenis karangan. Karangan berformat harus mengikut format yang betul seperti yang telah dipelajari. Karangan jenis perbincangan dan seumpamanya memerlukan pendahuluan ditulis dalam 1 perenggan sahaja.

  • PENDAHULUANIa harus menarik dan boleh menggambarkan kandungan keseluruhan karangan. Jika perlu, pendahuluan yang berciri provokatif juga boleh digunakan asalkan tidak keterlaluan. Jangan masukkan isi dalam perenggan pendahuluan.

  • PENDAHULUAN10 jenis pendahuluan :-A) pendahuluan jenis definisiB) pendahuluan jenis pendapat C) pendahuluan jenis suasanaD) pendahuluan jenis persoalanE) pendahuluan jenis peribahasa

  • F) Pendahuluan jenis perangkaanG) Pendahuluan jenis wawancara H) Pendahuluan jenis sejarah I) Pendahuluan jenis analogi J) Pendahuluan jenis gabungan

  • PENDAHULUAN JENIS DEFINISI memberikan takrif makna definisi Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.

  • PENDAHULUAN JENIS PENDAPATmenyatakan pendapat seseorang tokoh Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yang sama meneruskan pembangunan.

  • PENDAHULUAN JENIS SUASANA menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai. Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

  • PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

  • PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai. Contoh: Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengan tebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.

  • RAHSIA KEJAYAAN: Usaha, Usaha dan Terus Berusaha

    To Be The Best I Must Be " Crazy " " CRAZY TO BE THE BEST "

  • ISI

    #Mengikut kehendak tajuk karangan itu. #5 isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. #Isi disusun dan berkait di antara satu dengan lain ditulis dalam perenggan-perenggan

  • ISI#Isi yang utama didahulukan. # Satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. #Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya#Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain.

  • ISI# Isi utama biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. #Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki#Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat daripada karangan lain.

  • ISI#Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.#Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. #Catatkan setiap isi sebelum menulis.

  • ISIUntuk semua jenis karangan, jumlah isi minimum yang diterima ialah 3. Walau bagaimanapun, disarankan anda menulis daripada 3 hingga 5 isi utama. Setiap isi utama harus diikuti oleh isi sokongan, huraian dan contoh.

  • ISIIsi sokongan mungkin 1 atau 2 mengikut kesesuaian tetapi tidak terlalu banyak. Ia perlu ditulis dalam 1 perenggan atau beberapa perenggan kecil yang diikat oleh penanda wacana yang bersesuaian supaya kelihatan berkaitan. Susun isi mengikut urutan peristiwa dan urutan kepentingan.

  • KAEDAH CARI ISI

    KAEDAH PERTANYAAN Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di mana ? Bagaimana ?

  • KAEDAH CARI ISIKAEDAH KRONOLOGIMementingkan rentetan waktuMemudahkan ingatanCth: 8.00am Pendaftaran 8.30am- Perasmian Majlis

  • KAEDAH CARI ISIKAEDAH ARISTOTLESesuai utk pengembangan isiMenggunakan aras soalan tinggiCth: Apakah definisi budi bahasa? Apakah perbezaan budi bahasa dengan moral? Apakah keistimewaan seseorang yang berbudi bahasa?

  • KAEDAH CARI ISIKAEDAH PETA MINDACth: Faedah Membaca

    Faedah Cadangan Kesan DiKeMaNe DiKeMaNe

  • CARA SUSUN ISISusunan ikut kronologi masa

    Susunan ikut urutan kepentingan

    Susunan ikut urutan perbandingan

  • SUSUNAN KRONOLOGI MASAUtk menceritakan atau memberitahu sesuatu pengalaman, proses membuat atau menjalankan sesuatu.Susun ikut masa dan peristiwaGuna penanda wacana spt mula-mula, pertama, kedua, sebelum, selepas, kemudian dsb

  • SUSUNAN IKUT KEPENTINGANMemperlihatkan kepentingan dan penekanan sesuatu isiSusun isi penting, kedua penting dan seterusnyaIsi terpenting boleh ditulis di akhir perenggan.Utk memberitahu dan meyakinkan

  • SUSUNAN URUTAN KEPENTINGANGunakan penanda wacana seperti:yang paling penting, satu sebab utama, sebab lain, pertama, kedua dan akhirnya utk memandu pembaca drpd satu idea kpd satu idea

  • SUSUNAN URUTAN PERBANDINGANDigunakan utk membuat banding beza tentang beberapa idea atau profilCth : Membandingkan ciri-ciri pelajar berdisiplin dengan pelajar tidak berdisiplin

  • Jangan pernah berkata selamat tinggal jika kamu masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama kamu merasa masih dapat maju.

  • PENUTUP/KESIMPULANKesimpulan juga harus mengikut jenis karangan. Pastikan ia ditulis dalam 1 perenggan sahaja dan tidak terlalu panjang. Kesimpulan harus merupakan rumusan kepada isi karangan secara keseluruhan

  • PENUTUP/KESIMPULANIa mungkin merupakan penegasan atau cadangan terhadap fokus soalan. Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum tetapi menjurus kepada fokus soalan. Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum tetapi menjurus kepada fokus soalan

  • PENUTUP/KESIMPULAN#Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca.#Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

  • PENUTUP/KESIMPULAN#Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. #Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung.# Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

  • PERENGGANJenis-jenis perenggan:

    - perenggan deduktif - perenggan induktif - perenggan gabungan induktif dan deduktif

  • PERENGGAN DEDUKTIF:

    isi penting +huraian isi +contoh-contoh

  • PERENGGAN INDUKTIF :

    huraian isi+ contoh-contoh +isi penting

  • PERENGGAN GABUNGAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF :

    isi penting +huraian isi +contoh-contoh+ isi penting

  • TEKNIK MUDAH PERENGGANA ) STRUKTUR SETIAP PERENGGAN

    A1- IDEA UTAMAA2- HURAIAN IDEAA3-HURAIAN IDEAA4-DATA, CONTOH, STATISTIK, PENDAPAT, PERIBAHASA, UNGKAPAN MENARIK

  • TEKNIK PERENGGANB) PENDAHULUAN

    Mulakan pendahuluan dgn frasa menarik :Akhir-akhir iniBelakangan iniMayapadaMarcapadaDalam mengejar era modenisasi

  • TEKNIK PERENGGANC) MEMULAKAN PERENGGAN IDEA

    Mulakan ayat idea utama kata arah soalan :Punca/cara/usaha/kepentingan yang perlu diperhalusi ialah.

  • TEKNIK PERENGGAND) MENULIS PENUTUP

    Mulakan ayat dgn:Kesimpulannya,Secara tuntas,.Sebagai akhir kalam,.Konklusinya,.dsbnya

  • TEKNIK PERENGGANKONSEP ASAS

    Tema (T)= isu dlm soalanAyat Arah(AA) = menunjukkan kehendak soalanAyat Huraian (AH)= menghurai idea

  • TEKNIK PERENGGANAyat Contoh (AC)= menyatakan contoh, dimulakan dgn: sebagai contohnya., menurut.Guna pengetahuan sedia ada tanpa rujuk bahan

  • TEKNIK PERENGGANAyat simpul (AS) = Ayat yang menggabungkan harapan, pandangan dan cadangan terhadap isu

  • CTH KERANGKA KARANGANSOALAN: Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam penduduk dapat ditingkatkan.

  • PENDAHULUANMayapada,(tema)..(AH=Apa).(AH)Bagaimana/Mengapa/Siapa.(AC)Menurut..(AA) Oleh itu,..(Arahan soalan)..

  • PERENGGAN ISILangkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dapat ditingkatkan ialah (isi 1) (AH) Justeru, (AH) Hal ini demikian kerana .. (AC) Sebagai contoh,.. (AS) Sekiranya,..

  • KESIMPULANSebagai akhir kalam,(Harapan)(Pandangan)(Cadangan) ..

  • SKEMA PEMARKAHAN Takrif (10) Isi/Fikiran (25) Bahasa (45) Pengolahan/Penyampaian/Pemerengganan (20) JUMLAH (100)

  • PEMOTONGAN MARKAH Kesalahan ejaan maksimum (5) Kesalahan format maksimum (4)

  • DIMENSI SOALANDIRIKELUARGA & MASYARAKATUNSUR SASTERANEGARAANTARABANGSA

  • TAJUK-TAJUK KARANGANMengikut format baru 2004, terdapat 5 tajuk dikemukakan untuk pilihan. Fokus tajuk ke-5 berkaitan dengan KOMSAS tetapi boleh ditanya dalam pelbagai jenis. Semua tajuk itu meliputi perkara-perkara tertentu daripada soalan sosial, politik dan ekonomi.

  • TAJUK-TAJUK KARANGAN Tajuk-tajuk tentang hal ehwal semasa terutamanya pada tahun lepas dan awal tahun ini perlu diberikan perhatian. Tajuk-tajuk/isu-isu itu boleh dikemukakan dalam pelbagai jenis karangan sama ada yang berformat atau tidak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenis perbincangan, fakta atau rencana banyak dikemukakan.

  • Mungkin jenis-jenis tersebut lebih mencabar ditulis berbanding dengan jenis surat contohnya. Pilih tajuk yang jenisnya anda kuasai format atau pendekatan menulisnya. Peperiksaan bukan medan untuk anda mencuba jenis yang belum pernah dibuat. Pilih tajuk yang dapat dikemukakan lebih daripada 5 isi utama. Pilih tajuk yang berkaitan dengan hal ehwal semasa kerana ingatan anda masih kuat.

  • INGATOleh sebab markah bahasa paling tinggi, pastikan tajuk pilihan anda boleh anda karang dengan bahasa yang cemerlang: Memuaskan dan lancar; Tiada kesalahan tatabahasa; Mengandungi pelbagai jenis ayat; Kosa kata yang sangat luas dan tepat penggunaannya; dan Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat.

  • CARA BILANG PERKATAANPerkataan yang dikira sebagai satuNama khasPerkataan berulangPenggunaan kata sendi di dan keTarikhAngka, sama ada nombor atau kataGelaran

  • KEBODOHAN ialah Kerja Yang Sama berulang-ulang kali tetapi Mengharapkan Hasil Yang Berbeza

  • BAGAIMANA DAPAT ABaca semua soalan yang diberi Fahami arahan kehendak soalan. Kenal pasti format yang perlu digunakan. Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

  • Guna isi yang berlainan : susun isi secara berturutan letak isi mengikut perenggan memberi huraian yang tepat kepada isi. sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.

  • Penggunaan perkataan yang pelbagai ada menggunakan perkataan yang terkini elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap penggunaan perkataan teknikal dengan tepat elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

  • Susun ayat dengan kemas

    elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek guna ayat yang pendek tetapi lengkap

    kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

  • Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.

  • Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan dapat membezakan imbuhan an dan kan guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran /sisipan /apitan (sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )

  • Tulis mengikut ejaan yang betul elak mengikut sebutan dialek / daerah elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan Tahukah kamu ? Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan.( contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )

  • KELEMAHAN KARANGAN Kesalahan memilih tajuk: Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.

  • Kekurangan isi: Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

  • Pembahagian perenggan: Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan !

  • Tidak merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru dan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).

  • Kesalahan tatabahasa: Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat A. Sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara pada dengan di, dari dengan daripada, bila dengan apabila dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.

  • Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis. Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( C ) sahaja.

  • Kelemahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan. Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan )

  • Untuk Berjaya, Saya Bukan Saja Perlu Tahu Apa Yang Saya Mahu, Saya Juga Mestilah Benar-Benar Mahu Apa Yang Saya Mahu

  • CONTOH KESALAHAN TATABAHASAPenggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat. Salah - Selepas mandi Yusri bersarapan , selepas itu dia memakai baju , selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.Betul - ( Selepas mandi , Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. )

  • Salah menggunakan perkataan dari dan daripada Salah - Kain batik itu datang daripada Terengganu.Betul - ( Kain batik itu datang dari Terengganu.)

    Salah - Saya baru terima surat itu dari kakak.Betul - ( Saya baru terima surat itu daripada kakak.)

  • Kesalahan kata untuk , supaya dan selama Salah - Cikgu Zaidi pergi ke pasar untuk membeli sayur. Betul - ( Cikgu Zaidi pergi ke pasar membeli sayur.) Salah - Ahmad menjerit untuk meminta tolong. Betul - ( Ahmad menjerit meminta tolong.)

  • Kesalahan kata untuk , supaya dan selamaSalah - Saya bercita-cita untuk menjadi doktor.Betul - ( Saya bercita-cita hendak menjadi doktor.) Salah - Aminah belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian.Betul - ( Aminah belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.)

  • Kesalahan kata untuk , supaya dan selamaSalah - Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuk satu jam.Betul - ( Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.)

    Salah - Kami akan tinggal untuk dua minggu.Betul - ( Kami akan tinggal selama dua minggu.)

  • Kesalahan adalah dan ialah

    Salah - Adalah dengan hormatnya dimaklumkan Betul - ( Dengan hormatnya dimaklumkan . )

    Salah - Tuduhan itu adalah fitnah belaka.Betul - ( Tuduhan itu fitnah belaka.)

  • Kesalahan adalah dan ialah

    Salah - Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.Betul - ( Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.)

  • Kesalahan k