kandungan - portal interaktif ditutup · web viewperspektif perjawatan dan skim perkhidmatan...

59
KANDUNGAN MUKA SURAT PENDAHULUAN i 1. OBJEKTIF 1 2. LATARBELAKANG 1 3. RUJUKAN 2 4. ISTILAH 4.1 Agensi Awam 3 4.2 Carta Organisasi 4 4.3 Carta Fungsi 4 4.4 Beban Tugas 4 4.5 Norma Perjawatan 4 4.6 Senarai Perjawatan 5 4.7 Gred Jawatan 5 4.8 Skim Perkhidmatan 5 4.9 Penggredan Semula Jawatan 5 4.10 Penghuraian Kerja 6 4.11 Penilaian Kerja 6 4.12 Grading 7 4.13 Point Factor Rating 7 4.14 Tanggungjawab 7 4.15 Kompleksiti Tugas 7 4.16 Pengurusan Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) 8 5. SISTEM SARAAN MALAYSIA: CIRI-CIRI UTAMA 8 6. PENGEMBANGAN KERJAYA DARI

Upload: dinhcong

Post on 18-Mar-2018

283 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN i

1. OBJEKTIF 12. LATARBELAKANG 13. RUJUKAN 24. ISTILAH

4.1 Agensi Awam 34.2 Carta Organisasi 44.3 Carta Fungsi 44.4 Beban Tugas 44.5 Norma Perjawatan 44.6 Senarai Perjawatan 54.7 Gred Jawatan 54.8 Skim Perkhidmatan 54.9 Penggredan Semula Jawatan 54.10 Penghuraian Kerja 64.11 Penilaian Kerja 64.12 Grading 74.13 Point Factor Rating 74.14 Tanggungjawab 74.15 Kompleksiti Tugas 74.16 Pengurusan Bahagian

Pembangunan Organisasi (BPO) 8

5. SISTEM SARAAN MALAYSIA:CIRI-CIRI UTAMA 8

6. PENGEMBANGAN KERJAYA DARIPERSPEKTIF PERJAWATAN DANSKIM PERKHIDMATAN

6.1 Penggelaran Semula Gred Jawatandan Gred Gaji 10

6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 127. PENGGREDAN SEMULA JAWATAN 18

Page 2: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

8. PRINSIP DAN KAEDAH PENGGREDANSEMULA JAWATAN 18

9. CIRI-CIRI PENENTUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN 21

10. PANDUAN PENGGREDAN SEMULAJAWATAN 21

11. PENUTUP 21

SENARAI LAMPIRAN MANUAL

LAMPIRAN A1 - Penggelaran baru gred jawatanLAMPIRAN A2 - Jadual penggredan gaji baru (SSM)LAMPIRAN B - Ciri-ciri umum penentuan gred

jawatanLAMPIRAN C1 - Perincian ciri-ciri umum penentuan

gred Bagi kumpulan pengurusan dan

profesionalLAMPIRAN C2 - Perincian bagi Kumpulan Sokongan

(STPM/ Diploma dan Setaraf)

LAMPIRAN C3 - Perincian bagi Kumpulan Sokongan (SPM)

LAMPIRAN C4 - Perincian bagi Kumpulan Sokongan (PMR/

SRP / Ke Bawah)

Page 3: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

SENARAI FORMAT KERJA BERDASARKAN LAMPIRAN A1 DALAM LAMPIRAN B3 PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4

TAHUN 2002

LAMPIRAN A1(i) - Asas-asas permohonan penggredan semula

jawatan kumpulan pengurusan dan professional

LAMPIRAN A1(ii) - Asas-asas permohonan penggredan semula

jawatan kumpulan sokongan (STPM/ Diploma dan Setaraf)

LAMPIRAN A1(iii)- Asas-asas permohonan penggredan semula

jawatan kumpulan sokongan (SPM)LAMPIRAN A1(iv)- Asas-asas permohonan penggredan

semula jawatan kumpulan sokongan (PMR/

SRP/ Ke Bawah)

Page 4: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

PENDAHULUAN

Sistem Saraan Malaysia telah digubal berdasarkan matlamat

pembangunan kerjaya dan peningkatan saraan anggota perkhidmatan

awam melalui peningkatan kompetensi. Kompetensi adalah gabungan

aspek-aspek pengetahuan, kemahiran, ciri-ciri peribadi dan perlakuan

yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu

pekerjaan. Dari perspektif perjawatan dan skim perkhidmatan, ia

melibatkan penggelaran semula gred jawatan dan tambahan lapisan gred

baru. Dengan itu, matlamat pembangunan kerjaya anggota perkhidmatan

awam melalui penambahan peluang kenaikan pangkat boleh dicapai

dengan menggredkan semula jawatan berpandukan kepada manual ini.

Manual ini dikeluarkan dengan tujuan menerangkan prinsip-

prinsip dan kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam kerja penggredan

semula jawatan selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia.

Adalah diharapkan ia dapat membantu pegawai-pegawai di Bahagian

Pembangunan Organisasi, Jabatan ini, Kementerian/Jabatan dan agensi

awam melaksanakan urusan penggredan semula jawatan dengan lebih

cepat dan tepat.

Sekian, terima kasih.

Page 5: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

(DATO’ DR. MOHD YAHYA BIN NORDIN)Pengarah Bahagian Pembangunan OrganisasiJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Tarikh : 2 September 2002

MANUAL PENGGREDAN SEMULA JAWATAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

1. OBJEKTIF

1.1 Manual ini bertujuan memberi panduan kepada pegawai-

pegawai di Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO),

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan Pengurus

Pembangunan Sumber Manusia agensi awam untuk

melaksanakan penggredan semula jawatan di bawah Sistem

Saraan Malaysia dengan lancar dan sistematik.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Sistem Saraan Malaysia yang berkuatkuasa pada 1

November 2002 bagi menggantikan Sistem Saraan Baru,

antara lain bertujuan memperbaiki peluang kemajuan kerjaya

anggota perkhidmatan awam melalui pewujudan beberapa

lapisan gred baru.

2.2 Penggredan semula jawatan hendaklah berasaskan kepada

prinsip penghuraian kerja (job description) dan Garis

i

Page 6: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

Panduan Penggredan Semula Jawatan Selaras Dengan

Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia seperti di Lampiran B

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

3. RUJUKAN

3.1 Rujukan yang digunakan dalam melaksanakan urusan

penggredan semula jawatan adalah seperti berikut:-

(i) Perlembagaan Persekutuan

(ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 -

Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia;

(iii) Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 1999

dan Bilangan 6 Tahun 1997 - Langkah-Langkah Untuk

Mengurangkan Perbelanjaan Awam;

(iv) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991-

Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan

Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji

Sektor Awam 1991;

(v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1987

- Kawalan Bagi Maksud Mencapai Matlamat Saiz

Perkhidmatan Awam Yang Optimum;

Page 7: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

(vi) Arahan Pentadbiran, BPO Bilangan 2 Tahun 1997 –

Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam dan Langkah-

Langkah Penjimatan;

(vii) Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8);

(viii) Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3);

(ix) Senarai Perjawatan Tahunan;

(x) Waran Perjawatan/ Surat Kuasa;

(xi) Akta-akta yang berkaitan;

(xii) Norma-norma perjawatan;

(xiii) Format kertas JKK-SSB dan JKTT;

(xiv) Arahan Pengurusan BPO/ JPA yang dikeluarkan dari

semasa ke semasa; dan

(xv) Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan/

Perkhidmatan berkaitan yang dikeluarkan dari semasa

ke semasa.

4. ISTILAH

4.1 Agensi Awam

Page 8: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

Kementerian atau Jabatan Kerajaan (Persekutuan/ Negeri),

Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan/ Negeri) dan Pihak

Berkuasa Tempatan.

4.2 Carta Organisasi

Satu susunan perjawatan yang menunjukkan hierarki kuasa

dan tanggungjawab serta bidang kawalan (span of control)

seseorang pengurus atau penyelia.

4.3 Carta Fungsi

Carta yang menggariskan tugas dan tanggungjawab di

bawah setiap fungsi/ aktiviti yang terdapat di dalam

sesebuah organisasi.

4.4 Beban Tugas

Kerja yang perlu dilaksanakan samada di/ oleh peringkat

organisasi, bahagian, unit, anggota dan lain-lain.

4.5 Norma Perjawatan

Garis panduan/ standard/ angkubah/ indikator yang

digunapakai untuk menentukan keperluan jawatan. Sebagai

contoh, nisbah di antara penyelia dan kakitangan di

Page 9: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

bawahnya atau tempoh masa yang diambil untuk

menyempurnakan sesuatu tugas.

Page 10: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

4.6 Senarai Perjawatan

Senarai yang mengandungi keterangan lanjut mengenai

aspek-aspek perjawatan seperti nombor butiran, tajuk, kod

gaji, kod skim, bilangan jawatan dan kenyataan.

4.7 Gred Jawatan

Peringkat/ taraf yang telah ditetapkan untuk sesuatu jawatan

berdasarkan kepada skim perkhidmatan berkaitan.

4.8 Skim Perkhidmatan

Perbekalan-perbekalan yang meliputi struktur gred dan gaji,

syarat lantikan, gaji permulaan, tempoh percubaan,

peperiksaan-peperiksaan perkhidmatan, pengesahan dalam

perkhidmatan, latihan, pergerakan gaji tahunan, peluang

kenaikan pangkat dan lain-lain perbekalan yang ditetapkan

bagi sesuatu perkhidmatan.

4.9 Penggredan Semula Jawatan

Proses perubahan gred jawatan daripada yang sedia ada

kepada gred lain (naik/ turun) berikutan perubahan bidang

tugas sesuatu jawatan.

Page 11: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

4.10 Penghuraian Kerja

Dokumen ringkas yang mengandungi maklumat mengenai

huraian tugas (content of a job) dan tanggungjawab

(responsibility) sesuatu jawatan serta hubungannya dengan

jawatan-jawatan lain di dalam dan di luar sesebuah

organisasi. Penghuraian kerja umum (generic job

description) mengandungi keterangan tugas dan

tanggungjawab umum sesuatu jawatan.

Penghuraian kerja khusus (specific job description) pula

mengandungi keterangan secara ringkas dan padat sesuatu

tugas, tanggungjawab, hierarki sesuatu jawatan serta

hubungan tanggungjawab jawatan tersebut dengan tugas-

tugas khusus jawatan lain dalam sesebuah organisasi.

4.11 Penilaian Kerja (Job Evaluation)

Proses analisa kerja yang sistematik untuk menentukan nilai

relatif sesuatu tugas yang terdapat dalam sesebuah

organisasi berasaskan kepada hierarki tugas dan kadar

upah. Proses ini boleh dilaksanakan melalui dua kaedah

iaitu secara non-analytical dan analytical. Kaedah non-

analytical ialah proses menilai dan membandingkan sesuatu

kerja secara menyeluruh tanpa dianalisa secara terperinci

setiap ciri berkaitan. Manakala kaedah analytical ialah

proses menganalisa sesuatu tugas dengan merujuk kepada

beberapa ciri yang berkaitan.

Page 12: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

4.12 Grading

Salah satu proses penilaian kerja yang digunakan bagi

menentu dan menempatkan tugas-tugas kepada gred-gred

yang bersesuaian secara non-analytical.

4.13 Point Factor Rating

Salah satu proses penilaian kerja yang digunakan bagi

menentukan pembahagian tugas dengan cara memberi nilai

kepada ciri-ciri yang digunakan mengikut tahap-tahap

sesuatu bidang tugas secara analytical.

4.14 Tanggungjawab

Kewajipan melaksanakan tugas dan kuasa yang ditetapkan

pada sesuatu jawatan termasuk pengawasan/ penyeliaan

kakitangan, penyelarasan/ keurusetiaan, kawalan sumber

kewangan/ peralatan/ bahan dan hubungan dengan

pelanggan/ Stakeholder.

4.15 Kompleksiti Tugas

Tahap kesukaran pada sesuatu jawatan yang memerlukan

pengetahuan (knowledge), kemahiran (skills), daya

pemikiran serta tahap risiko (ketahanan fizikal dan/ atau

mental) dalam menjalankan tugas yang berkaitan.

4.16 Pengurusan Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO)

Page 13: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah BPO.

5. SISTEM SARAAN MALAYSIA : CIRI-CIRI UTAMA

5.1 Sistem Saraan Malaysia memberi tumpuan kepada

peningkatan kompetensi dan pendalaman pengetahuan

seseorang anggota perkhidmatan awam untuk tujuan

pengembangan kerjaya dan peningkatan saraan. Sistem

Saraan Malaysia memperkenalkan kaedah Penilaian Tahap Kecekapan melalui peperiksaan dan/ atau kursus serta

memperkenalkan dua cara pergerakan gaji iaitu Pergerakan Gaji Biasa dan Anjakan Gaji. Dengan demikian, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tidak lagi dikaitkan dengan

pergerakan gaji tahunan anggota.

5.2 Kerajaan juga bersetuju mengubahsuai Sistem Penilaian Prestasi. Untuk maksud tersebut, sebuah Panel Pembangunan Sumber Manusia ditubuhkan di setiap

Jabatan supaya prestasi kakitangan dapat dinilai dengan

lebih adil dan saksama. Dengan ini, lebih ramai anggota

dapat menikmati pergerakan gaji setimpal dengan

pencapaian prestasi mereka. Di samping itu, syarat-syarat perkhidmatan juga diubahsuai iaitu:

(i) Gaji permulaan anggota yang telah disahkan

dalam perkhidmatan dan kemudiannya dilantik

Page 14: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

ke dalam skim perkhidmatan lain tidak terhad di

Peringkat 1;

(ii) Tempoh percubaan dipinda daripada 3 tahun

kepada 1 hingga 3 tahun; dan

(iii) Pindaan kepada pergerakan gaji bagi anggota

yang diluluskan cuti belajar bergaji penuh, cuti

separuh gaji atau tanpa gaji.

5.3 Bagi memperbaiki kemajuan kerjaya, beberapa lapisan gred kenaikan pangkat baru diperkenalkan. Sehubungan

dengan itu, semua gelaran gred jawatan dan gred gaji

sekarang akan disusun semula mengikut susunan angka di

antara 1 - 54.

5.4 Sesuai dengan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan,

Jadual Gaji Matriks bagi semua gred kenaikan pangkat diubahsuai kepada dua Peringkat sahaja. Semua jadual

gaji ditambah satu matagaji kepada matagaji maksimum.

Selain dari itu, anggota perkhidmatan awam diberi

Peningkatan Matagaji iaitu Kumpulan Sokongan RM 15.00,

Kumpulan Pengurusan dan Profesional RM 65.00 dan

Kumpulan Pengurusan Tertinggi RM 110.00.

Page 15: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

5.5 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal juga telah

dipanjangkan kepada empat skim perkhidmatan iaitu

Pegawai Pergigian, Penolong Jurutera Laut, Pegawai

Farmasi dan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera.

5.6 Semua anggota tetap perkhidmatan awam akan diberi

opsyen sama ada ingin menerima masuk skim

perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia atau kekal dalam

skim perkhidmatan Sistem Saraan Baru/ Jawatankuasa

Kabinet.

6. PENGEMBANGAN KERJAYA DARI PERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN

6.1 Penggelaran Semula Gred Jawatan Dan Gred Gaji 6.1.1 Dari perspektif perjawatan dan skim

perkhidmatan, usaha bagi mencapai matlamat

pengembangan kerjaya melibatkan penggelaran

semula gred jawatan dan gred gaji seperti di

Lampiran A1 dan Lampiran A2. Pindaan ini,

antara lain adalah bertujuan untuk

memperkenalkan identiti bagi gred jawatan dan

gred gaji baru serta menyeragamkan sistem gred

jawatan dan gred gaji.

6.1.2 Penggelaran gred jawatan dan gred gaji dipinda

menggunakan kaedah susunan angka.

Page 16: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

Bilangan angka adalah berasaskan kriteria

kelayakan masuk, peringkat lantikan, bilangan

gred kenaikan pangkat dalam setiap skim

perkhidmatan dan kategori (kelayakan elaun dan

kemudahan). Bagi Perkhidmatan Polis dan

Tentera, gred gaji diubah bermula dari gred yang

paling rendah iaitu Konstabel, Gred Y1 dan

Prebet,Gred Z1 hingga Y26 dan Z28 bagi gred

yang paling tinggi.

6.1.3 Julat di antara angka 1 hingga 54 diguna pakai

untuk menentukan penggelaran gred jawatan

dan gred gaji seperti berikut:

(i) Bermula dengan angka 1 untuk gred yang

rendah sekali dan diikuti dengan angka yang

lebih besar untuk gred yang lebih tinggi;

(ii) Angka ganjil untuk gred lantikan; dan

(iii) Angka genap untuk gred kenaikan pangkat.

Jadual 1 di bawah menunjukkan pemakaian Susunan Angka

mengikut kelayakan masuk:

Jadual 1Pemakaian Susunan Angka

Page 17: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

Kelayakan Susunan Angka

Ijazah 41-54

Diploma/ STPM dan Setaraf 27-40

SPM 17-26PMR/ SRP 11-16

PMR ke bawah 1-10

6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru

6.2.1 Di samping penggelaran semula gred jawatan

dan gred gaji, pengenalan lapisan gred baru

mengikut skim perkhidmatan adalah satu lagi

kaedah pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia.

Lapisan-lapisan gred baru ini boleh dirujuk di

Lampiran A6 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4

Tahun 2002.

6.2.2 Skim-skim perkhidmatan bagi Kumpulan

Pengurusan dan Profesional yang mempunyai

tiga lapisan gred, iaitu Gred 3, Gred 2 dan Gred

1 ditambah dua lapisan gred. Jadual 2

menunjukkan contoh bagi Skim Perkhidmatan

Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Jadual 2Skim Perkhidmatan

Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Page 18: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

GRED SSB GRED SSMM1 M54- M52 (Baru)

M2 M48- M44 (Baru)

M3 M41

6.2.3 Skim-skim perkhidmatan bagi Kumpulan

Pengurusan dan Profesional yang mempunyai

dua lapisan gred, iaitu Gred 3 dan Gred 2

ditambah dua lapisan gred. Jadual 3

menunjukkan contoh bagi Skim Perkhidmatan

Jurukartografi.

Jadual 3

Skim PerkhidmatanJurukartografi

Gred SSB Gred SSM- J52 (Baru)

J2 J48- J44 (Baru)

J3 J41

6.2.4 Skim-skim perkhidmatan bagi Kumpulan

Pengurusan dan Profesional yang mempunyai

satu lapisan gred, iaitu Gred 3 ditambah satu lapisan gred. Jadual 4 menunjukkan contoh bagi

Skim Perkhidmatan Pengurus Asrama.

Jadual 4

Page 19: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

Skim PerkhidmatanPengurus Asrama

Gred SSB Gred SSM- Gred N44 (Baru)

Gred N3 Gred N41

6.2.5 Skim perkhidmatan Pensyarah Universiti/

Perubatan/ UiTM diperuntukkan satu lapisan gred tambahan iaitu lapisan gred pertengahan di

antara Gred 2 dan Gred 1. Jadual 5

menunjukkan contoh bagi Skim Perkhidmatan

Pensyarah Universiti.

Jadual 5

Skim PerkhidmatanPensyarah Universiti

Gred SSB Gred SSMGred Khas Gred Khas

DS1 DS 53/54- DS 51/52 (Baru)

DS2 DS 45

6.2.6 Skim-skim perkhidmatan Kumpulan Sokongan

berkelayakan diploma/ Sijil Tinggi Persekolahan

Malaysia dan yang diiktiraf setaraf dengannya

oleh kerajaan yang mempunyai kurang daripada tiga lapisan gred ditambah satu lapisan gred.

Jadual 6 menunjukkan contoh bagi Skim

Page 20: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

Perkhidmatan Penolong Pegawai Sistem

Maklumat.

Jadual 6

Skim PerkhidmatanPenolong Pegawai Sistem Maklumat

Gred SSB Gred SSM- F38 (Baru)

F4 F32

F5 F29

6.2.7 Skim-skim perkhidmatan Kumpulan Sokongan

berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang

diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan yang

mempunyai kurang daripada tiga lapisan gred ditambah satu lapisan gred. Jadual 7

menunjukkan contoh bagi Pembantu Tadbir

(Perkeranian/ Operasi).

Jadual 7

Skim PerkhidmatanPembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Gred SSB Gred SSM- N26 (Baru)

Page 21: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

N7 N22N9 N17

6.2.8 Skim-skim perkhidmatan bagi Kumpulan

Sokongan berkelayakan Penilaian Menengah

Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran ke bawah yang

mempunyai satu lapisan gred ditambah satu lapisan gred. Jadual 8 menunjukkan contoh bagi

Skim Perkhidmatan Pembantu Am Rendah.

Jadual 8

Skim PerkhidmatanPembantu Am Rendah

Gred SSB Gred SSM- N4 (Baru)

N13 N1

6.2.9 Skim ini mempunyai gred lantikan dan gred kenaikan

pangkat yang menggunakan jadual gaji yang

sama tetapi kod gaji yang berbeza. Skim-skim

yang terlibat ialah:

i) Bakat dan Seni

Jadual 9 menunjukkan contoh bagi Skim Perkhidmatan

Pegawai Kebudayaan.

Jadual 9Skim Perkhidmatan

Pegawai Kebudayaan

Page 22: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

6.2.10 Penambahan lapisan gred adalah diperuntukkan

kepada semua skim perkhidmatan mengikut

kesesuaian berdasarkan peranan dan fungsi

bidang tugas setiap skim perkhidmatan kecuali:

(i) Perkhidmatan Tentera, Polis, Bomba dan

Penjara;

(ii) Skim perkhidmatan dalam Kumpulan Sokongan

berkelayakan diploma/ Sijil Tinggi Persekolahan

Gred SSB Gred SSMB1 B53/54- B51/52 (Baru)

B2 B47/48- B43/44 (Baru)

B3 B41/42- B37/38 (Baru)

B4 B31/32B5 B27/28- B25/26 (Baru)

B6 B21/22B7 B17/18B8 B13/14B9 B11

Page 23: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

Malaysia dan yang diiktiraf setaraf dengannya

oleh kerajaan yang mempunyai tiga lapisan gred

atau lebih seperti yang dinyatakan melalui

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002;

(iii) Skim perkhidmatan dalam Kumpulan Sokongan

berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang

diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan yang

mempunyai tiga lapisan gred atau lebih seperti

yang dinyatakan melalui Pekeliling Perkhidmatan

Bil. 4 Tahun 2002;

(iv) Skim perkhidmatan bagi Kumpulan Sokongan

berkelayakan Penilaian Menengah Rendah/ Sijil

Rendah Pelajaran ke bawah yang mempunyai

dua lapisan gred atau lebih seperti yang

dinyatakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4

Tahun 2002; dan

(v) Skim perkhidmatan yang dijumudkan (29 skim

perkhidmatan di bawah Jawatankuasa Kabinet

1976 dan 65 skim perkhidmatan di bawah Sistem

Saraan Baru 1992) seperti yang dinyatakan

melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun

2002.

7. PENGGREDAN SEMULA JAWATAN

Page 24: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

7.1 Matlamat pengembangan kerjaya dari perspektif perjawatan

boleh dicapai dengan menggredkan semula jawatan

berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dikenalpasti.

7.2 Prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang diperkenalkan

memastikan kementerian/jabatan/agensi dibekalkan dengan

jawatan-jawatan gred lapisan baru yang sesuai dan

seterusnya akan menambah peluang kemajuan kerjaya.

8. PRINSIP DAN KAEDAH PENGGREDAN SEMULA JAWATAN

8.1 Jawatan-jawatan yang sedia ada perlu digredkan semula

berdasarkan prinsip-prinsip umum serta kaedah-kaedah

seperti berikut:

8.1.1. Pewujudan Jawatan Baru Secara Tukar Ganti (Trade Off)

Pelaksanaan cadangan penggredan semula akan

melibatkan pewujudan jawatan baru secara tukar ganti

(Trade Off). Sebagai contoh, apabila satu jawatan

Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), Gred N22

digredkan semula ke Gred N26, maka jawatan Pembantu

Tadbir (Perkeranian/ Operasi), Gred N22 yang berkenaan

dimansuhkan.

8.1.2 Struktur Organisasi Yang Mendatar Dikekalkan

Antara prinsip asas yang digunakan semasa penggubalan

Sistem Saraan Baru yang lalu, iaitu mengurangkan peringkat

Page 25: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

hierarki dalam sesebuah organisasi masih dikekalkan bagi

memastikan perkhidmatan awam mempunyai struktur

organisasi yang lebih mendatar. Sehubungan dengan itu,

pelaksanaan penggredan semula jawatan seharusnya tidak merombak struktur organisasi sedia ada.

8.1.3. Nilai Tugas Jawatan Yang Dinaikkan Gred Boleh Dibezakan

Dalam menentukan samada sesuatu jawatan boleh atau

tidak dinaikkan grednya, jawatan berkenaan hendaklah

menunjukkan peningkatan nilai tugas berdasarkan faktor-

faktor tanggungjawab dan kompleksiti tugas seperti di

Lampiran B dan Lampiran C1, C2, C3 dan C4.

Dalam hubungan ini, tanggungjawab ditakrifkan sebagai

kewajipan untuk melaksanakan tugas dan kuasa yang

ditetapkan pada sesuatu jawatan termasuk pengawasan/

penyeliaan kakitangan, penyelarasan/ keurusetiaan, kawalan

sumber kewangan/ peralatan/ bahan dan hubungan dengan

pelanggan. Manakala kompleksiti tugas pula ditakrifkan

sebagai tahap kesukaran pada sesuatu jawatan yang

memerlukan pengetahuan, kemahiran, daya pemikiran serta

tahap risiko dalam menjalankan tugas yang berkaitan.

8.1.4 Relativiti Dan Pariti

Page 26: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

Penambahan lapisan gred sesuatu jawatan masih

mengekalkan pemakaian prinsip relativiti dan pariti yang

diamalkan sekarang. Contohnya, gred jawatan Ketua

Jabatan di peringkat negeri tidak akan lebih tinggi daripada

gred jawatan Ketua Jabatan di peringkat Ibu Pejabat/

Kementerian. Begitu juga dengan gred jawatan Ketua

Jabatan di peringkat daerah tidak akan lebih tinggi daripada

gred jawatan Ketua Jabatan di peringkat negeri.

Prinsip ini juga boleh bersifat setanding berdasarkan

kesamaan fungsi teras di mana satu organisasi dijadikan

penanda aras kepada organisasi yang lain. Contohnya,

fungsi latihan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan

(ILKAP) dibandingkan dengan fungsi latihan Institut Tanah

dan Ukur Negara (INSTUN), dan fungsi penyelidikan Institut

Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

dibandingkan dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

9. CIRI-CIRI PENENTUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN

9.1 Ciri-ciri utama yang digunakan adalah seperti berikut:

(i) Peningkatan nilai tugas berdasarkan kriteria

tanggungjawab dan kompleksiti tugas. Kriteria ini

diperincikan seperti di Lampiran C1 hingga C4; dan

(ii) Faktor sokongan/luaran organisasi berdasarkan

norma perjawatan, nisbah kenaikan pangkat,

komposisi perjawatan dan keunikan fungsi yang

Page 27: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

dilaksanakan. Maklumat-maklumat ini perlu disediakan

oleh agensi.

10. PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN

10.1 Asas yang menentukan kesesuaian sesuatu jawatan untuk

digredkan semula adalah berlandaskan kepada gabungan

kaedah Grading dan Point Factor Rating seperti format di

Lampiran A1(i), A1(ii), A1(iii) dan A1(iv). Format-format

tersebut hendaklah digunakan bagi menilai tahap gred

jawatan yang sesuai bagi jawatan yang digredkan semula.

11. PENUTUP

11.1 Manual ini diharap akan dapat membantu pegawai-pegawai

di Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA dan pihak

agensi awam melaksanakan urusan penggredan semula

jawatan di bawah Sistem Saraan Malaysia dengan lebih

objektif dan berkesan.

Page 28: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7
Page 29: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

LAMPIRAN A1(i)ASAS-ASAS PERMOHONAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

KETUA PERKHIDMATANSKIM PERKHIDMATANGELARAN JAWATANGRED JAWATANUNIT/CAWANGAN/BAHAGIAN

BIL. CIRI-CIRI ASAS PENGGREDAN (CADANGAN AGENSI)

TAHAP1 2 3 4 5

1. Tanggungjawab

1.1 Pengawasan/PenyeliaanMARKAH

1.2 Penyelarasan/Keurusetiaan1.3 Kawalan Sumber (Kewangan, Peralatan, Bahan)1.4 Hubungan dengan pelanggan/ Stakeholder

2. Kompleksiti2.1 Tahap Pengetahuan/Kemahiran/Daya Pemikiran2.2 Tahap Risiko

JUMLAH

Skala: SangatRendah

1

Rendah

2

Sederhana Tinggi Sangat Tinggi

3 4 5

Page 30: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

LAMPIRAN A1(ii)ASAS-ASAS PERMOHONAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN

KUMPULAN SOKONGAN (STPM/ DIPLOMA DAN SETARAF)

KETUA PERKHIDMATANSKIM PERKHIDMATANGELARAN JAWATANGRED JAWATANUNIT/CAWANGAN/BAHAGIAN

BIL. CIRI-CIRI ASAS PENGGREDAN (CADANGAN AGENSI) TAHAP1 2 3

1. Tanggungjawab1.1 Pengawasan/Penyeliaan

MARKAH

1.2 Penyelarasan1.3 Kawalan Sumber (Kewangan, Peralatan, Bahan)1.4 Hubungan dengan pelanggan/ Stakeholder

2. Kompleksiti2.1 Tahap Pengetahuan/ Kemahiran/ Daya Pemikiran2.2 Tahap Risiko

JUMLAH

Skala:Rendah

1

Sederhana

2

Tinggi

3

Page 31: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

LAMPIRAN A1(iii)ASAS-ASAS PERMOHONAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN

KUMPULAN SOKONGAN (SPM)

KETUA PERKHIDMATANSKIM PERKHIDMATANGELARAN JAWATANGRED JAWATANUNIT/CAWANGAN/BAHAGIAN

BIL. CIRI-CIRI ASAS PENGGREDAN (CADANGAN AGENSI) TAHAP1 2 3

1. Tanggungjawab1.1 Pengawasan/Penyeliaan

MARKAH

1.2 Penyelarasan1.3 Kawalan Sumber (Kewangan, Peralatan, Bahan)1.4 Hubungan dengan pelanggan/Stakeholder

2. Kompleksiti2.1 Tahap Pengetahuan/ Kemahiran/ Daya Pemikiran2.2 Tahap Risiko

JUMLAH

Skala:

Rendah Sederhana Tinggi

1 2 3

Page 32: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

LAMPIRAN A1(iv)ASAS-ASAS PERMOHONAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN

KUMPULAN SOKONGAN (PMR/SRP DAN KE BAWAH)

KETUA PERKHIDMATAN SKIM PERKHIDMATANGELARAN JAWATANGRED JAWATANUNIT/CAWANGAN/BAHAGIAN

BIL. CIRI-CIRIASAS

PENGGREDAN (CADANGAN

AGENSI)

TAHAP

1 2

1. Tanggungjawab1.1 Pengawasan/Penyeliaan M

ARKAH

1.2 Penyelarasan1.3 Hubungan dengan pelanggan/Stakeholder

2. Kompleksiti2.1 Tahap Risiko

JUMLAH

Skala:Rendah

1

Tinggi

2

Page 33: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

LAMPIRAN B

CIRI-CIRI UMUM PENENTUAN GRED JAWATAN

1. TANGGUNGJAWAB

1.1 TAHAP PENGAWASAN/PENYELIAAN

Pengawasan/ penyeliaan ditentukan oleh:

(a) Bilangan anggota/ pelajar/ pelatih(b) Kawasan Liputan(c) Jawatankuasa(d) Bilangan Projek(e) Program(f) Saiz Projek

1.2 TAHAP PENYELARASAN/KEURUSETIAAN

(a) Bilangan agensi(b) Bilangan projek/ program/ jawatankuasa(c) Peringkat (Daerah/ Negeri/ Kementerian/ Jabatan)

1.3 TAHAP KAWALAN SUMBER

Kawalan sumber ditentukan oleh:

(a) Kewangan(b) Peralatan(c) Bahan

Page 34: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

1.4 TAHAP HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN/ STAKEHOLDER

Hubungan dengan pelanggan/ Stakeholder ditentukan oleh:

(a) Saiz/ Komposisi Penduduk(b) Status Sosial dan Taraf Hidup(c) Jemaah Menteri/ Anggota Pentadbiran(d)Hubungan Dalaman/ NGO/ Swasta/ Agensi/ Awam/

Antarabangsa

2. KOMPLEKSITI

2.1 TAHAP PENGETAHUAN/KEMAHIRAN/DAYA PEMIKIRAN

Ditentukan oleh:

(a) Tugas Operasi (b) Tugas Perancangan dan Pembangunan(c) Tugas Perancangan dan Penyelidikan

2.2 TAHAP RISIKO

Ditentukan oleh:

(a) Ancaman keselamatan/bahaya/penyakit/ kemalangan/ kecederaan

(b) Tekanan Kerja (c) Persekitaran Kerja

Page 35: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

LAMPIRAN C1

PERINCIAN CIRI-CIRI UMUM PENENTUAN GRED JAWATAN BAGI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1. TANGGUNGJAWAB

1.1 TAHAP PENGAWASAN/ PENYELIAAN

1 - Pengawasan/ penyeliaan pada tahap minimum dan berbentuk operasi di peringkat unit .

2 - Pengawasan/ penyeliaan pada tahap minimum dan terlibat dalam aspek perancangan diperingkat unit .

3 - Pengawasan/ penyeliaan pada tahap sederhana dan terlibat dalam aspek perancangan yang memerlukan perbincangan dengan pegawai atasan.

4 - Pengawasan/ penyeliaan yang kompleks dan memerlukan aspek perancangan dan penganalisaan.

5 - Pengawasan/ penyeliaan yang memerlukan aspek perancangan dan penganalisaan yang lebih kompleks dan menyeluruh.

1.2 TAHAP PENYELARASAN/ KEURUSETIAAN

1 - Menjalankan kerja-kerja penyelarasan/ keurusetiaan yang berbentuk operasi diperingkat dalaman/ antara jabatan.

2 - Menjalankan kerja-kerja penyelarasan/ keurusetiaan yang berbentuk operasi dan perlu menyediakan kertas kerja yang tidak melibatkan kajian yang mendalam/ terperinci.

3 - Menjalankan kerja-kerja penyelarasan/ keurusetiaan yang berbentuk operasi dan perlu menyediakan kertas

Page 36: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

kerja yang melibatkan kajian yang mendalam/ terperinci.

4 - Menyelaras/ mempengerusikan Jawatankuasa/ Program/ Aktiviti peringkat dalaman.

5 - Menyelaras/ mempengerusikan Jawatankuasa/ Program/ Aktiviti peringkat lebih tinggi

1.3 TAHAP KAWALAN SUMBER

1 - Bertanggungjawab kepada sumber-sumber berasaskan nilai/ kuantiti yang ditetapkan oleh Jabatan/ Agensi.

2 - Bertanggungjawab kepada sumber-sumber berasaskan nilai/ kuantiti yang ditetapkan oleh Jabatan/ Agensi.

3 - Bertanggungjawab kepada sumber-sumber berasaskan nilai/ kuantiti yang ditetapkan oleh Jabatan/ Agensi.

4 - Bertanggungjawab kepada sumber-sumber berasaskan nilai/ kuantiti yang ditetapkan oleh Jabatan/ Agensi.

5 - Bertanggungjawab kepada sumber-sumber berasaskan nilai/ kuantiti yang ditetapkan oleh Jabatan/ Agensi

1.4 TAHAP HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN/ STAKEHOLDER

1 - Bertanggungjawab kepada pelanggan/ Stakeholder dalaman dan luaran dalam urusan kerja-kerja operasi mengikut peraturan sedia ada dan jelas.

2 - Bertanggungjawab kepada pelanggan/ Stakeholder dalaman dan luaran dalam urusan kerja-kerja operasi mengikut peraturan sedia ada dan memerlukan budi bicara.

3 - Bertanggungjawab kepada pelanggan/ Stakeholder dalaman dan luaran dalam urusan kerja-kerja operasi/ dasar mengikut peraturan sedia ada dan memerlukan budi bicara.

Page 37: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

4 - Bertanggungjawab kepada pelanggan/ Stakeholder dalam urusan melibatkan dasar di pelbagai peringkat organisasi/ agensi/ wilayah/ swasta/ NGO.

5 - Bertanggungjawab kepada pelanggan/ Stakeholder dalam urusan melibatkan dasar di pelbagai peringkat organisasi/ agensi/ wilayah/ swasta/ NGO/ antarabangsa.

2. KOMPLEKSITI

2.1. TAHAP PENGETAHUAN/KEMAHIRAN/DAYA PEMIKIRAN

1 - Membina kemahiran dan mencari pengalaman dalam melaksanakan tugas berdasarkan kepada tanggungjawab yang telah ditetapkan.

2 - Memerlukan kemahiran dan pengalaman dalam melaksanakan tugas-tugas ikhtisas dan tugas-tugas yang diarahkan.

3 - Memerlukan kemahiran dan pengalaman yang luas dalam melaksanakan kerja-kerja ikhtisas, pengurusan, menganalisis dan merancang.

4 - Memerlukan kemahiran dan pengalaman dalam bidang ikhtisas, pengurusan, kajian strategik dan penganalisaan.

5 - Memerlukan kemahiran dan pengalaman yang luas untuk menganalisis, membuat perancangan strategik, menggubal dasar dan membuat keputusan di peringkat organisasi.

2.2 TAHAP RISIKO

1 - Terdedah kepada risiko kecederaan fizikal/ penyakit/ keselamatan dan kurang terdedah kepada gangguan emosi mengikut bidang dan persekitaran kerja.

Page 38: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

2 - Terdedah kepada sedikit gangguan emosi serta risiko kecederaan fizikal/ penyakit/ keselamatan dan mengikut bidang dan persekitaran kerja.

3 - Terdedah kepada gangguan emosi tahap sederhana dan risiko kecederaan fizikal/ penyakit/ keselamatan mengikut bidang dan persekitaran kerja.

4 - Terdedah kepada gangguan emosi tahap tinggi dan risiko kecederaan fizikal/penyakit/keselamatan mengikut bidang dan persekitaran kerja.

5 - Terdedah kepada gangguan emosi tahap amat tinggi dan risiko kecederaan fizikal/ penyakit/ keselamatan mengikut bidang dan persekitaran kerja.

LAMPIRAN C2

PERINCIAN CIRI-CIRI UMUM PENENTUAN GRED JAWATAN BAGI KUMPULAN SOKONGAN

Page 39: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

( STPM/ DIPLOMA DAN SETARAF)

1. TANGGUNGJAWAB

1.1 TAHAP PENGAWASAN/PENYELIAAN

1 - Bekerja dibawah arahan dan melaksanakan tugas yang telah ditetapkan.

2 - Mengawas dan menyelia anggota bawahan dalam melaksanakan kerja-kerja operasi di peringkat unit/ cawangan/ bahagian.

3 - Mengawas, menyelia dan mengetuai unit/ cawangan/ bahagian.

1.2 TAHAP PENYELARASAN/KEURUSETIAAN

1 - Menyelaras/ mengurusetia/ melaksanakan kerja-kerja operasi yang mudah.

2 - Menyelaras/ mengurusetia/ melaksanakan kerja-kerja operasi di peringkat unit/ cawangan/ bahagian.

3 - Menyelaras/ mengurusetia/ melaksana/ merancang kerja-kerja operasi di peringkat unit/ cawangan/ bahagian.

1.3 TAHAP KAWALAN SUMBER

1 - Bertanggungjawab kepada sumber-sumber berasaskan nilai/kuantiti yang ditetapkan oleh Jabatan/ Agensi.

2 - Bertanggungjawab kepada sumber-sumber berasaskan nilai/kuantiti yang ditetapkan oleh Jabatan/ Agensi.

3 - Bertanggungjawab kepada sumber-sumber berasaskan nilai/kuantiti yang ditetapkan oleh Jabatan/ Agensi.

4. TAHAP HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN/ STAKEHOLDER

Page 40: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

1 - Bertanggungjawab kepada pelanggan/ Stakeholder dalaman/ organisasi mengikut peraturan sedia ada dan jelas.

2 - Bertanggungjawab kepada pelanggan/ Stakeholder dalaman dan luaran dalam urusan kerja-kerja operasi mengikut peraturan sedia ada dan jelas.

3 - Bertanggungjawab kepada pelanggan/ Stakeholder dalaman dan luaran dalam urusan kerja-kerja operasi mengikut peraturan sedia ada dan memerlukan budi bicara.

2. KOMPLEKSITI

2.1 TAHAP PENGETAHUAN/KEMAHIRAN/DAYA PEMIKIRAN

1 - Mudah, tugas operasi dan berdasarkan arahan.

2 - Memerlukan kemahiran dan pengalaman operasi/ khusus peringkat pertengahan.

3 - Memerlukan kemahiran dan pengalaman operasi/ khusus peringkat tinggi.

2.2 TAHAP RISIKO

1 - Terdedah kepada risiko kecederaan fizikal/ penyakit/ keselamatan dan kurang terdedah kepada gangguan emosi mengikut bidang dan persekitaran kerja.

2 - Terdedah kepada sedikit gangguan emosi serta risiko kecederaan fizikal/ penyakit/ keselamatan dan mengikut bidang dan persekitaran kerja.

3 - Terdedah kepada gangguan emosi tahap sederhana dan risiko kecederaan fizikal/ penyakit/ keselamatan mengikut bidang dan persekitaran kerja.

Page 41: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

LAMPIRAN C3

PERINCIAN CIRI-CIRI UMUM PENENTUAN GRED JAWATAN BAGI KUMPULAN SOKONGAN

(SPM)

1. TANGGUNGJAWAB

1.1 TAHAP PENGAWASAN/PENYELIAAN

1 - Bekerja dibawah arahan dan melaksanakan tugas yang

Page 42: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

telah ditetapkan.

2 - Mengawas/ menyelia anggota bawahan dan melaksana kerja operasi/ khusus.

3 - Mengawas/ menyelia anggota bawahan dan/atau melaksana kerja-kerja operasi yang lebih kompleks/ mengetuai unit/ cawangan/ bahagian.

1.2 TAHAP PENYELARASAN/KEURUSETIAAN

1 - Tidak menjalankan tugas penyelarasan.

2 - Menyelaras/ mengurusetia dan melaksanakan kerja-kerja operasi di peringkat unit/ cawangan/ bahagian.

3 - Menyelaras/ mengurusetia melaksana dan membuat perancangan operasi di peringkat unit/ cawangan/ bahagian.

1.3 TAHAP KAWALAN SUMBER

1 - Bertanggungjawab kepada sumber-sumber berasaskan

nilai/ kuantiti yang ditetapkan oleh Jabatan/Agensi.

2 - Bertanggungjawab kepada sumber-sumber berasaskan nilai/ kuantiti yang ditetapkan oleh Jabatan/Agensi.

3 - Bertanggungjawab kepada sumber-sumber berasaskan nilai/ kuantiti yang ditetapkan oleh Jabatan/Agensi

1.4. TAHAP HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN/ STAKEHOLDER

1 - Berurusan dengan pelanggan mengikut peraturan sedia ada.

2 - Berurusan dengan pelanggan mengikut peraturan sedia ada dan memerlukan budibicara.

3 - Berurusan dengan pelanggan mengikut peraturan sedia

Page 43: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

ada dan memerlukan budibicara.

2. KOMPLEKSITI

2.1 TAHAP PENGETAHUAN/KEMAHIRAN/DAYA PEMIKIRAN

1 - Mudah, tugas operasi dan berdasarkan arahan.

2 - Kompleks dan memerlukan kemahiran dan pengalaman operasi/ khusus.

3 - Kompleks dan memerlukan kemahiran dan pengalaman operasi/ khusus.

2.2 TAHAP RISIKO

1 - Terdedah secara langsung kepada risiko kecederaan fizikal/ penyakit/ keselamatan mengikut bidang dan persekitaran kerja.

2 - Kurang terdedah kepada risiko kecederaan fizikal/ penyakit/ keselamatan tetapi lebih kepada gangguan emosi mengikut bidang dan persekitaran kerja.

3 - Kurang terdedah kepada risiko kecederaan fizikal/ penyakit/ keselamatan tetapi lebih kepada gangguan emosi mengikut bidang dan persekitaran kerja.

Page 44: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

LAMPIRAN C4

PERINCIAN CIRI-CIRI UMUM PENENTUAN GRED JAWATAN BAGI KUMPULAN SOKONGAN

(PMR/SRP DAN KE BAWAH)

1. TANGGUNGJAWAB

1.1 TAHAP PENGAWASAN/PENYELIAAN

1 - Bekerja dibawah arahan dan melaksanakan tugas yang telah ditetapkan.

2 - Mengawas, menyelia anggota bawahan dan kerja operasi khusus.

1.2 TAHAP PENYELARASAN

1 - Tidak menjalankan tugas penyelarasan.

2 - Menyelaras dan melaksanakan kerja-kerja operasi.

1.3. TAHAP HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN/

STAKEHOLDER

1 - Berurusan dengan pelanggan mengikut peraturan sedia ada.

2 - Berurusan dengan pelanggan mengikut peraturan sedia ada.

Page 45: KANDUNGAN - Portal Interaktif Ditutup · Web viewPERSPEKTIF PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Gred Gaji 10 6.2 Pengenalan Lapisan Gred Baru 12 7

2. KOMPLEKSITI

2.1 TAHAP RISIKO

1 - Terdedah secara langsung kepada risiko kecederaan fizikal/ keselamatan mengikut bidang dan persekitaran kerja.

2 - Kurang terdedah kepada risiko kecederaan fizikal/ keselamatan tetapi lebih mengikut bidang dan persekitaran kerja.