kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

30
KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5 SEBUAH KAJIAN TINDAKAN TENTANG MASALAH DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C (MEMBUAT ULASAN) YANG SAYA HASILKAN SENDIRI MELALUI PENGAJARAN MAKRO YANG TELAH SAYA JALANKAN . MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN,BAHAGIAN C-TAHUN 5 MENGGUNAKAN MODUL “JELMAAN” Oleh: Pn.Faridah bt.Doya Guru Cemerlang Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Astana Raja,71350 Kota,NSDK ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 5 Bestari, yang lemah membuat ulasan dalam Bahagian C di mana murid-murid yang terlibat adalah seramai 18 orang..Dalam Bahagian ini,murid-murid dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi tidak melebihi 50 patah perkataan.Markah penuh yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan(012). Untuk menghasilkan ulasan,murid-murid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat dalam setiap pernyataan yang diberi terlebih dahulu dan nilai tersebut kemudiannya perlu dihuraikan dengan mengambil contoh berdasarkan pernyataan atau cerita yang terdapat dalam petikan sahaja. Tinjauan awal yang dibuat melalui pengajaran makro yang saya adakan pada 4 Oktober 2012 yang lalu, menunjukkan ramai murid masih tidak memperoleh markah penuh dalam bahagian ini melalui latihan secara individu walaupun saya telah mengajar murid saya membuat ulasan melalui teknik mudah hasil inovasi saya sendiri yang diberi nama Teknik SSDA .Saya berasa amat kecewa kerana target saya untuk memastikan semua murid kelas ini mendapat markah penuh -20/20 atau sekurang- kurangnya 19/20 masih belum tercapai walaupun kelas ini merupakan kelas bestari yang terdiri daripada murid-murid yang pandai dan bakal

Upload: wan-norrizan

Post on 24-Jul-2015

80 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5

SEBUAH KAJIAN TINDAKAN TENTANG MASALAH DALAM BAHASA MELAYU   PENULISAN BAHAGIAN C (MEMBUAT ULASAN)   YANG SAYA HASILKAN SENDIRI MELALUI PENGAJARAN MAKRO YANG TELAH SAYA JALANKAN.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN,BAHAGIAN C-TAHUN 5

MENGGUNAKAN MODUL “JELMAAN”

Oleh:Pn.Faridah bt.Doya

Guru Cemerlang Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Astana Raja,71350 Kota,NSDK

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 5 Bestari, yang lemah

membuat ulasan dalam Bahagian C di mana murid-murid yang terlibat adalah

seramai 18 orang..Dalam Bahagian ini,murid-murid dikehendaki membuat ulasan

tentang petikan yang diberi tidak melebihi 50 patah perkataan.Markah penuh yang

diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah

keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan(012). Untuk menghasilkan

ulasan,murid-murid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat dalam setiap

pernyataan yang diberi terlebih dahulu dan nilai tersebut kemudiannya perlu

dihuraikan dengan mengambil contoh berdasarkan pernyataan atau cerita yang

terdapat dalam petikan sahaja. 

Tinjauan awal yang dibuat melalui pengajaran makro yang saya adakan pada 4

Oktober 2012 yang lalu, menunjukkan ramai murid masih tidak memperoleh markah

penuh dalam bahagian ini melalui latihan secara individu walaupun saya telah

mengajar murid saya membuat ulasan melalui teknik mudah hasil inovasi saya

sendiri yang diberi nama“Teknik SSDA”.Saya berasa amat kecewa kerana target

saya untuk memastikan semua murid kelas ini mendapat markah penuh -20/20 atau

sekurang-kurangnya 19/20 masih belum tercapai walaupun kelas ini merupakan

Page 2: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

kelas bestari yang terdiri daripada murid-murid yang pandai dan bakal

mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian UPSR pada tahun akan datang.

Melalui tinjauan dan post mortem yang saya buat pula,saya dapati punca utama

murid kehilangan markah adalah kerana mereka tidak dapat menentukan nilai yang

tepat berdasarkan pernyataan yang diberi.Hal ini membuatkan saya rasa terpanggil

untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah yang berlaku.Untuk itu saya telah

menghasilkan modul yang saya beri nama modul” JELMAAN”di mana modul ini mula

saya jalankan pada 10 Oktober 2012.Saya memilih nama ini kerana latihan yang

saya fokuskan dalam modul ini ialah latihan di mana memerlukan murid

menjelmakan nilai-nilai tersirat di sebalik pernyataan-pernyataan yang diberi seperti

di lampiran 1.Disebabkan sekolah hanya ada beberapa minggu sebelum

bercuti ,maka saya dapat mempraktikkan modul ini sebanyak enam kali sahaja

namun pencapaiannya amat memberangsangkan

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun

5 Bestari di sekolah saya.Kelas 5 Bestari ini merupakan kelas yang baik dan murid-

muridnya pandai,aktif ,kreatif,berketrampilan dan berpotensi untuk mendapat gred A

dalam kesemua mata pelajaran khasnya Bahasa Melayu Pemahaman dan

Penulisan yang merupakan mata pelajaran teras dalam UPSR..Bagi sekolah saya

yang sentiasa ingin mengekalkan kecemerlangannya ,kelas ini merupakan kelas

harapan untuk pencapaian cemerlang UPSR pada tahun hadapan.Bagi mata

pelajaran Bahasa Melayu Penulisan(Kertas 2),terkandung 3 soalan yang harus

dijawab oleh murid dalam peperiksaan iaitu Bahagian A(Membina Ayat),Bahagian B

(Karangan Berformat dan Tidak Berformat) dan Bahagian C(Membuat Ulasan).Untuk

mendapatkan markah yang cemerlang,murid-murid haruslah mendapat markah yang

baik dalam setiap bahagian tersebut.

Pada setiap minggu saya akan memastikan ketiga-tiga bahagian ini saya ajar

dengan penuh minat,semangat dan rasa tanggungjawab apatah lagi saya mengajar

anak-anak kampung saya sendiri.Sebagai guru cemerlang,saya lebih memberatkan

Page 3: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

teknik pengajaran saya bagi memudahkan murid saya menerima apa yang saya

sampaikan.Namun apa yang amat mengecewakan saya ialah murid-murid saya

masih tidak mencapai markah penuh atau sekurang-kurangnya 19/20 dalam

bahagian C seperti yang saya targetkan pada hal mereka merupakan murid

elit.Seringkali saya termenung sendirian memikirkan apakah masalah murid saya

sebenarnya.Kadang-kadang saya meluahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu

yang lain akan kekesalan hati saya,Namun jawapan yang saya terima tidak banyak

membantu.Antara ayat yang saya terima:

-….tak payah la susah hati sangat,bila dah tahun 6 nanti tahulah dia orang buat 

             ulasan tu..

-….jangan tention-tention,nanti darah tinggi naik lagi

-….Dapat markah 17 pun kira ok la tu…dan lain-lain lagi.

Setelah pengajaran makro saya jalankan keadaan yang sama terus berlaku.Kertas

latihan murid yang semak saya tatap dengan perasaan berbaur.Ada rasa

kecewa,marah,sedih dan seribu satu macam perasaan yang hanya Tuhan sahaja

yang mengetahui malah saya turut tercabar dengan gelaran jawatan yang saya

pegang.Kenapa masalah terus berlaku sedangkan saya telah berusaha memberi

penerangan yang sebaik mungkin menggunakan ICT dan dilengkapi pelbagai

gambar serta contoh.Namun,saya harus berpegang prinsip hidup saya iaitu

“Masalah hanya akan dapat diselesaikan jika sesuatu dilakukan” Keazaman dan

semangat yang tinggi,ini telah mendorong saya untuk menghasilkan kajian tindakan

ini.

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Setelah menyemak latihan murid sebaik sahaja pengajaran makro dijalankan,saya

mendapati tidak ada seorang pun daripada 18 orang murid mendapat markah penuh

20/20 dan hanya 1 orang mendapat markah 19/20 .Melalui latihan tersebut,post-

mortem yang dibuat adalah seperti berikut:

Page 4: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

PERKARA MARKAH

20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh

10/20

Bilangan

Murid

Capai

- 1/18 2/18 1/18 4/18 5/18 3/18 1/18 1/18 - -

Peratus - 5.5 11.11 5.5 22.2 27.7 16.6 5.5 5.5 - -

Melihat pada data pencapaian di atas,kebanyakan murid memperoleh markah

sederhana sahaja.Perkara ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja sedangkan markah

bahagian ini amat membantu murid mencapai gred A dalam subjek Penulisan

Bahasa Melayu.Kegagalan mereka dalam mencapai gred yang baik ini sudah tentu

akan memberi repotasi yang tidak baik dalam keputusan keseluruhan dan gred

purata mata pelajaran ini.Berdasarkan kertas-kertas UPSR yang saya semak setiap

tahun juga,menunjukkan murid menghadapi masalah yang besar dalam bahagian

yang sama.Jika murid boleh menjawab dengan baik sekalipun dalam bahagian A

dan B sedangkan Bahagian C mereka lemah adalah sukar untuk mereka mencapai

gred A seperti yang diharapkan .Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini.

Rumusannya,masalah yang saya kenal pasti di sini ialah murid tidak tahu

menentukan nilai yang tepat atau menjelmakan nilai daripada pernyataan yang diberi

melalui petikan.Mereka lebih suka sentiasa dibantu atau dibimbing oleh guru.Jika

dilihat pada skema pemarkahan untuk bahagian ini pula ,murid tidak akan mendapat

sebarang markah bagi setiap nilai yang salah walaupun huraian yang dibuat

menepati pernyataan yang diberi.

Justeru,adalah satu kerugian besar,jika masalah ini tidak saya selesaikan

memandangkan murid-murid saya mempunyai kualiti diri dalam

pelajaran.Berbekaikan pengalaman yang ada,saya yakin jika murid saya diberi latih

tubi yang cukup,masalah ini dapat diselesaikan malah mereka dengan mudah dapat

menentukan nilai berdasarkan pernyataan yang diberi.

Page 5: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Penulisan

Bahasa Melayu-Kertas 2 (012)di SK Astana Raja. 

3.2 Objektif Khusus

i) Memastikan sekurang-kurang 10 daripada 18 orang murid 5B mendapat

sekurang-kurangnya markah 19/20 dalam Bahagian C,Penulisan Bahasa Melayu

semasa peperiksaan akhir tahun.

ii) Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai yang

tersirat dalam pernyataan.

iii) Memudahkan guru-guru Bahasa Melayu tahap 2 di SK Astana Raja mengajar

bahagian C menggunakan modul yang dihasilkan.

iv) Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SK

Astana Raja dari segi gred purata 

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 18 orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Astana

Raja yang terdiri daripada 9 lelaki dan 9 perempuan.6 daripada 18 orang murid ini

merupakan murid elit yang aktif dan berketrampilan manakala yang selebihnya

berada dalam kategori pandai.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 Semakan Lembaran Kerja

Page 6: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

Semakan latihan pada lembaran kerja murid secara tidak langsung dapat menilai

tahap pencapaian murid dalam menguasai kamahiran berkenaan

5.2 Pemerhatian Dalam P&P

Respon murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.Contohnya sewaktu soal jawab diadakan.

5.3 Peperiksaan Akhir Tahun

Markah murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun dijadikan bahan untuk mengukur

pencapaian murid dan keberkesanan modul yang dibuat.

5.4 Soal Selidek

Borang soal selidek disedia dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan

maklum balas murid berkenaan Modul JELMAAN yang saya jalankan.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.2 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH

6.2.1 Semakan lembaran kerja

Untuk melihat sejauh mana kelemahan murid,saya telah menyemak lembaran kerja

murid dengan lebih berhati-hati.Apa yang saya perhatikan pada mulanya / sebelum

kajian dijalankan murid melakukan kesalahan yang banyak terutama dalam

menentukan nilai berbanding dengan selepas kajian dijalankan.Selepas kajian

dijalankan,saya berasa hampir berpuas hati dengan hasil kerja murid saya.Saya juga

mula menarik nafas lega kerana apa yang usahakan mula membuahkan hasil.

6.2.2 Pemerhatian dalam P&P

Saya telah membuat pemerhatian sepanjang p&p dijalankan khususnya semasa sesi

soaljawab diadakan sebelum dan selepas kajian.Sebelum kajian dijalankan ada

murid yang kurang memberi respon dan sering menyatakan nilai yang salah

berdasarkan pernyataan berbanding dengan selepas kajian dan menggunakan set

latihan dalam Modul “JELMAAN” yang saya buat.Mereka nampak lebih terjurus

Page 7: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

kepada jawapan sebenar atau nilai yang tepat serta menjawab dengan penuh

keyakinan.Mereka juga mula berasa seronok dengan bahagian C ini.

6.2.3 Peperiksaan Akhir Tahun

Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan amat bermakna sekali buat saya kerana di

sinilah saya boleh mengukur sejauh mana keberkesanan modul yang saya

jalankan.Ternyata berlaku peningkatan yang agak drastik pada keputusan

peperiksaan mereka dalam karangan bahagian C.Data pencapaian adalah seperti

berikut:

PERKARA MARKAH

20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh 10/20

MARKAH

LATIHAN

SEMASA

PENGAJARAN

MAKRO

(Penc.Sebelum

Guna Modul

-

-

1/18

5.5

%

2/18

11.11

%

1/18

5.5

%

4/18

22.2

%

5/18

27.7

%

3/18

16.6

%

1/18

5.5

%

1/18

5.5

%

-

-

-

-

MARKAH

PEP.AKHIR THN

(Penc.Selepas

Guna Modul

2/18

11.1

%

8/18

55.5

%

2/18

11.1

%

3/18

16.6

%

1/18

5.5

%

2/18

11.1

%

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun menunjukkan petanda baik bahawa

modul ini banyak mempengaruhi tahap pemahaman murid dan telah melonjakkan

pencapaian dalam bahagian ini.

Saya mula berkongsi modul ini dengan guru-guru Bahasa Melayu yang lain dan

meminta mereka mempraktikkan kepada murid masing-masing selepas

itu.Disebabkan masa yang begitu terhad,mereka dapat menggunakan 2 -3 kali

sahaja dalam pengajaran mereka.

Page 8: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

6.2.4 Soal Selidik

Borang soal selidek telah diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas

berkenaan modul yang saya laksanakan.Mereka telah memberi respon positif.Berikut

adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid:

Skala Likert: 1.sangat tidak setuju

2.tidak setuju

3.kurang setuju

4,setuju

5,sangat setuju

Bi

l

SKALA 1 2 3 4 5

Item (Bilangan Murid)

1. Kemahiran membuat ulasan dalam Penulisan

Bahagian C merupakan pelajaran yang mudah

7 5 5 1 0

2. Penulisan Bahagian C mudah dijawab tanpa teknik

dari Modul JELMAAN

9 7 2 0 0

3. Saya berasa lebih mudah menjawab Penulisan

Bahagian C selepas guru melaksanakan Modul

JELMAAN

0 0 0 6 12

4. Saya berasa amat seronok menjawab set-set

latihan dalam Modul JELMAAN

0 0 1 10 7

5. Setelah menjalani set-set latihan dalam modul

JELMAAN saya mempunyai lebih keyakinan untuk

membuat ulasan pada Bahagian C.

0 0 0 6 12

6. Modul JELMAAN benar-benar membantu saya. 0 0 0 5 13

Beberapa orang guru yang turut mencuba modul ini juga turut memberi

komen.Antara komen tersebut adalah seperti berikut:

Page 9: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

….Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan dalam modul ini,saya dapat melihat

pencapaian yang baik dalam latihan bahagian C yang diberi

….Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi kerana murid-murid saya lebih mudah

menentukan nilai sejak mereka membuat latihan-latihan dalam Modul JELMAAN ini.

….Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul Panitia BM di sekolah kita serta

digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah ini.

6.3 Tindakan yang diJalankan

1.Setelah saya meneliti latihan Bahagian C (Membuat Ulasan) yang saya beri sebagai

kerja rumah selepas pengajaran makro saya,saya terus mencari idea untuk

mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid saya sehinggalah saya terfikir untuk

membuat modul yang men gandungi set latih tubi menentukan /menjelmakan nilai ini

di mana modul itu saya namakan Modul JELMAAN bagi menjadikannya lebih

sinonim dengan kemahiran dalam bahgian C

2.Sebelum saya menggunakan set-set latih tubi dalam modul tersebut,terlebih dahulu

saya akan menerangkan tujuan dan kepentingan modul ini kepada murid saya.

3.Saya menggunakan modul ini selang satu hari dalam waktu pelajaran Bahasa

Melayu Tahun5 Bestari yang saya ajar.Tarikh penggunaan modul ini adalah seperti

berikut:

Tarikh Penggunaan Modul JELMAAN

TARIKH MASA SET LATIHAN MODUL

10 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 1 & 2

12 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi 3 & 4

15 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 5 & 6

17 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 7 & 8

19 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi 8 &10

22 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 11 &12

4.Menjalankan soal selidik kepada murid-murid untuk mendapatkan maklum balas

tentang keberkesanan penggunaan modul melalui borang soal selidik yang saya

sediakan.

Page 10: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

5.Murid-murid menjawab soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan.

6.Membuat post-mortem peperiksaan bagi melihat pencapaian murid dalam bahagian

C.

6.4 Pelaksanaan Tindakan,Pemerhatian dan Penilaian

Kajian Tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 minggu sahaja.Hal ini adalah kerana

hari persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Peperiksaan Akhir

Tahun diadakan.

Selepas Peperiksaan Akhir Tahun diadakan,saya telah membuat soal selidik tentang

pandangan mereka terhadap modul ini dan menilai sejauh manakah penerimaan

mereka terhadap kaedah ini di samping merekodkan markah pada bahagian ini

secara terperinci seperti pada Lampiran 2.

Berdasarkan pemerhatian saya,Modul JELMAAN berjaya membantu murid

meningkatkan pencapaian dalam Penulisan Bahagian C khasnya di mana secara

tidak langsung telah meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhan dalam

Subjek Penulisan Bahasa Melayu amnya.Saya berpuas hati kerana apa yang saya

usahakan telah membuahkan hasil.Melihatkan kejayaan ini ,Ketua Panitia Bahasa

Melayu dengan disokong oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain telah

mencadangkan agar Modul ini dibukukan untuk kegunaan murid tahap 2 di sekolah

saya.Perkara ini telah pun sampai ke pengetahuan Guru Besar kami.Beliau bangga

malah turut memberi semangat kepada guru-guru lain untuk mencontohi usaha

saya.Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat panitia pada bulan Disember

2012 nanti.

6.5 Refleksi Kajian

Pencapaian murid yang baik dan menunjukkan perubahan drastik khasnya pada

bahagian C ini amat ketara.Hasil daripada kajian menunjukkan adunan kaedah

inovasi “SSDA” yang saya jalankan dan “Modul JELMAAN” ini ternyata banyak

Page 11: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

membantu murid dalam membuat ulasan seperti yang diharapkan.Malah modul ini

sentiasa menjadi sebutan murid-murid saya.

Saya berasa tersentuh,apabila seorang ibu kepada murid kelas 5 Bestari telah

menghantar SMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya kerana telah

berjaya melonjakkan prestasi anaknya dalam mata pelajaran ini.Semasa Hari

Anugerah Kecemerlangan di sekolah saya baru-baru ini ,ramai ibu bapa yang

berpuas hati serta menyatakan rasa gembira atas lonjakan kejayaan anak mereka

dalam sujek Bahasa Melayu Penulisan.Mereka juga mengetahui tentang modul yang

saya gunakan melalui anak-anak mereka.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

Melalui refleksi daripada kajian ini,beberapa cadangan perlu dibuat untuk

memperbaiki dan meningkatkan penggunaan modul ini .Antara cadangan tersebut

adalah seperti berikut:

1.Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari semasa ke semasa dan

melengkapkan lagi modul ini dengan grafik yang lebih menarik ,kreatif dan

mempelbagaikan bentuk latihan seperti peta minda ,aktiviti memadankan dan lain-

lain lagi.

2.Memberi motivasi kepada murid-murid yang menggunakan modul ini dengan

menyediakan hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat markah penuh /

tertinggi / melepasi target dalam setiap set latihan yang diberi.

3.Membawa ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan membincangkan penggunaan

modul ini secara rasmi untuk digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah

saya

4.Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk menambah set latihan bagi modul

supaya dapat dibukukan untuk menafaat bersama.

8.0 PENUTUP

Page 12: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

Kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak

sekolah dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta daerah saya

amnya.Hasil kajian ini terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran

guru dan pembelajaran murid.Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan

menjadikan proses p&p saya lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan.Sebagai

guru kita seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan

bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.Kita juga haruslah

mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

9.0 RUJUKAN

1.Modul KPD 3026,(2011).Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2,Penerbit UPSI

2.Ee Ah Meng(1992). Pedagogi satu Pengenalan,Siri Pendidikan Fajar Bakti,Kuala Lumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

3.Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan,Skudai,Penerbit UiTM

4.Manual Kajian Tindakan,(2006).Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa : Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6.Abd.Rahman Abd,Majid Khan(2007),Guru Sebagai Penyelidik,ms 18,PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

7. researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang-dijalankan.html

8. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977

9. http://www.slideshare.net/hajizul/lampiran-kajian-tindakan

10. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977

Page 13: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

11. http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.html

12.http://isearch.babylon.com/?q=penulisan+refleksi+kajian+tindakan&s=web&as=0&babsrc=HP_ss

Lampiran 1

CONTOH SET LATIHAN 1- MODUL JELMAAN (Bersama Contoh Jawapan)

BIL PENYATAAN NILAI (Jawapan)

1 Membawa bekal / menabung berjimat cermat

2 Berjalan kaki ke sekolah menjaga kesihatan

3 Bangun awal berdisiplin / menepati masa

4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas berdisiplin

5 Menyapu sampah rajin / mementingkan kebersihan

6 Bersalam / mencium tangan ibu menghormati

7 Membaca buku / mengulang kaji rajin,

8 Melaksanakan tugas yang diberi bertanggungjawab / amanah

9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas berhati-hati / berwaspada

10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih mementingkan kebersihan / kesihatan

11 Bersarapan bersama keluarga kasih sayang / mementingkan kesihatan

12 Sembahyang / solat taat

13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku patriotisme / menghormati

14 Sayang akan negara patriotisme / bertanggungjawab

15 Belajar bersungguh-sungguh tekun / gigih / rajin

16 Memberi salam menghormati

17 Pergi ke perpustakaan mencintai ilmu / menghargai masa

18 Menyediakan jadual harian berdisiplin / menghargai masa

Page 14: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

19 Menziarahi kawan sakit / di hospital prihatin / kasih sayang

20 Bertegur sapa sesama jiran semangat kejiranan / hemah tinggi

21 Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga kasih sayang

22 Bergotong- royong kerjasama

23 Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan semangat kemasyarakatan / kasih sayang

Lampiran 2

REKOD PENCAPAIAN PELAJAR 

Bil NAMA MURID

MARKAH BAHAGIAN C

SEBELUM MENGGUNAKAN

MODUL JELMAAN

MARKAH BAHAGIAN C

SELEPAS MENGGUNAKAN

MODUL JELMAAN1. M. ZAM ZUHAIRI B MOHD ZAMRI 19/20 20/20

2. M. AMIRUL ZAINI B Z.ABIDIN 15/20 19/20

3. M. AMIR HAFIZ B MOHD AZMI 18/20 19/20

4. NURFATIN SYAFIQAH BT AMRAN 16/20 19/20

5. M. HAKEEM HIRMI B M.AMIN 16/20 18/20

6. NUR MASATIKAF BT AMRI 16/20 19/20

7. MUHAMMAD ANAS B AZAHARI 17/20 19/20

8. DAYANA BATRISYA BT SHAMSOL 18/20 20/20

9. MUHD. FIRDAUS B MAT JALIL 15/20 18/20

10. NURFATYMAH BALQIS BT RAZAK 15/20 19/20

11. MUHD. HAIKAL B MOHD AZREEN 14/20 17/20

12. IZZATUL WAFA BT MUSTAFA 16/20 19/20

13. M.JAZZRIEN NAZEEM B M.JEFRI 15/20 17/20

Page 15: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

14. AIDA NAJWA BT ADNAN 14/20 19/20

15. SITI HAJAR BT ABDUL RAHIM 15/20 16/20

16. NUR KHAIRIAH SALWA BT SAHAK 14/20 17/20

17. MUHD.AMIRULLAH B K.NIZAM 12/20 15/20

18. SITI SOLEHAH BT MUHAMAD 13/20 15/20

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

1 comment:

1.

Azmee Abdullah12 December 2012 18:29

Hasil kerja yang cukup baik bagi penambahbaikan pencapaian murid. Tahniah dan teruskan usaha murni ini.

Page 16: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

Kajian Tindakan

ABSTRAK KAJIAN

Kajian ini memfokuskan pada beberapa penggunaan sistem tatabahasa yang diamalkan oleh murid-murid tahun 5. Mereka dilihat dan diuji semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah. Pelaksanaan kajian tindakan ini menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian dalam aktiviti penulisan kemahiran memindahkan maklumat. Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini melibatkan 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa, Selangor. Dapatan menunjukkan di peringkat awal murid-murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa tidak mengamalkan secara menyeluruh sistem tatabahasa yang mereka pelajari seperti penggunaan kata sendi nama, kata nama dan penjodoh bilangan dalam struktur ayat yang mereka tutur dan tulis. Setelah diberitahu dan diterangkan secara mendalam maka amalan mereka berubah dan mereka dapat menulis struktur ayat yang baik serta menggunakan sistem tatabahasa yang diajar kepada mereka. Berdasarkan dapatan kajian tersebut beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

PENGUASAAN SISTEM TATABAHASA BAHASA MELAYU SATU KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DAN BERBAHASA KALANGAN MURID-MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH

KEBANGSAAN RASA

OLEH:ENCIK ABDUL WAHIB BIN MUHAMMAD NASIR

1.0 PENGENALAN

Perkataan ‘Nahu’ atau ‘Tatabahasa’ begitu sinonim dengan pembelajaran Bahasa Melayu

yang menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.Selepas ini saya akan menulis

menggunakan istilah ‘tatabahasa’ kerana istilah ini telah mendominasi arena istilah bahasa Melayu

berbanding dengan istilah ‘Nahu’ seperti yang saya nyatakan di atas. Pengetahuan tentang

tatabahasa merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid atau pelajar dalam

mempelajari Bahasa Melayu.Pendek kata ilmu tatabahasa haruslah dikuasai oleh mereka kerana ilmu

itu dapat memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai

penutur Bahasa Melayu yang baik.

Page 17: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya

keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu.

Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan telah saya lakukan bertujuan mengubah amalan

murid supaya memahami dan menguasai sistem tatabahasa Melayu. Selain itu amalan ini dapat

membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan bahasa pertuturan yang gramatis.

Kajian ini dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rasa, Rasa

Selangor. Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan

penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 4 tahun 2010 yang lalu.

Temubual juga dilakukan kalangan murid yang menjadi responden kajian tindakan ini.Penilaian

soalan tatabahasa pula telah dilakukan kepada 34 orang murid tahun 5 sebagai mengesahkan kajian

tindakan ini.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Kelas 5 Pintar merupakan kelas yang mempunyai 34 orang murid yang merupakan target

Panitia Bahasa Melayu Sekolah kebangsaan Rasa untuk lulus A dalam Kertas Pemahaman dan Kertas

Penulisan pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun 2012.

Walaupun dominasi murid daripada kelas ini merupakan penuntur asli Bahasa Melayu iaitu

seramai 33 orang murid berbangsa Melayu dan seorang murid berbangsa Punjabi namun tahap

penguasaan mereka terhadap tatabahasa masih lemah. Kebanyakan mereka tidak dapat menguasai

kemahiran tatabahasa dengan baik, sedangkan mereka telah belajar semasa tahun 1 hingga tahun 4.

Perkara-perkara asas telah didedahkan kepada mereka sebelum ini. Buktinya apabila saya memberi

latihan membina ayat kata kerja transitif, kebanyakkan mereka tidak dapat membina ayat dengan

gramatis kerana tidak faham akan konsep kata kerja transitif. Kesalahan penggunaan kata kerja

transitif begitu ketara apabila murid-murid menulis karangan dan menjawab soalan tatabahasa dan

pemahaman. Keadaan ini menggambarkan ada berlaku gangguan sama ada dalam penyampaian

Page 18: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

maklumat atau kecuaian yang nyata dari aspek tatabahasa, kerana bukan sahaja dari aspek kata kerja

transitif malah banyak bahagian tatabahasa yang belum boleh dikuasai dengan baik oleh murid-

murid tersebut.

SENARAI NAMA MURID TAHUN 5 PINTAR 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

(PKSR II TAHUN2010)

BIL NAMA MURID MARKAH

BM 1

(Pemahaman)

GRED MARKAH

BM 2

(Penulisan)

GRED

1 ABDUL RAHMAN BIN GHAZALI 88 A 67 B

2 ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL 73 B 65 B

3 AHMAD MUSTAQIEM BIN MUZANI 78 B 67 B

4 AIMAN HARIZ BIN ZULKIFLI 70 B 73 B

5 A’INA SHAHIRA BT ZULHAIRI 80 A 58 C

6 AMIRAH FATINAH BT AZMI 93 A 70 B

7 ARIEF ZIKRI BIN JEFRIDI 90 A 75 B

8 ARIF IMRAN BIN ANUWAR 75 B 67 B

9 ARISHA BT SAIFUL ANUAR 73 B 68 B

10 FARAH SYAZWINA BT ZULKEPALI 70 B 78 B

11 MARIAH BT OTHMAN 80 A 73 B

12 MUHAMMAD AIRUL EZHAM BIN MOHD RAZI 80 A 68 B

13 MUHAMMAD ALIF HAQIMI BIN MAZLI 55 C 77 B

14 MUHAMMAD AMMAR MUSYRIF BIN MOHD 70 B 87 A

15 MUHAMMAD ASRAF BIN MUHD FAIRUDDIN 88 A 80 A

16 MUHAMMAD HAKIMI BIN ALAIAS 83 A 75 B

Page 19: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

17 MUHAMMAD KHAIRUL NAJMAN B.ABD RANI 83 A 58 C

18 MUHAMMAD SHAHRIN AZWAN BIN AZMI 75 B 62 B

19 NUR AMIRAH SYAHIRAH BT ZAHARI 95 A 78 B

20 NUR AMIRAH ZAHIRAHBT ZAHARIN 88 A 62 B

21 NUR ATIQAH ILYANA BT MOHD ARIFFIN 68 B 57 C

22 NUR FATIMAH BT MOHD. MUSA 83 A 70 B

23 NUR INTAN FARIZA BT MOHD YAZID 63 B 63 B

24 NUR RAHIMAH BT ABDUL RAHIM 85 A 72 B

25 NURLIAYANA BT NORDIN 88 A 67 B

26 NURTAISA BT RASHID 78 B 63 B

27 NURUL HANIS FARHANAH BT ZULAILI 80 A 58 C

28 NURUL ZUHANNA ALIA BT ABD RAZAK 88 A 77 B

29 RASHID MUHAMMAD AZIM BIN ABD WALI 83 A 78 B

30 RAZWANATASHA BT RUZAIDI 93 A 77 B

31 SIMRANJEET KAUR A/P SARJIT SINGH 83 A 77 B

32 SOFWAH SOLEHAH BT MOHD HARNAIN 75 B 62 B

33 WAN NUR ALISYA BT WAN MOHD ZAMZURI 93 A 70 B

34 WAN NURSHAZMIN BT WARUZI 85 A 55 C

ANALISA KEPUTUSAN

GRED Pemahaman Penulisan

BM 1 % Lulus BM 2 % Lulus

A 21 61.7 % 2 5.9 %

B 12 35.3 % 27 79.4 %

C 1 3.0 % 5 14.7 %

JUMLAH 34 34

Page 20: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

Ulasan:

Kertas Bahasa Melayu Pemahaman menunjukkan peratus kelulusan yang tinggi dalam gred A

berbanding dengan peratus kelulusan dalam Kertas Penulisan iaitu 61.7 % bagi Pemahaman dan 5.9

% bagi Penulisan. Bagi gred B pula Kertas Pemahaman mendapat 35.3 % berbanding 79.4 % bagi

Kertas Penulisan. Manakala gred C peratus kelulusan Kertas Pemahaman mendapat 3.0 %

berbanding 14.7 % bagi Kertas Penulisan.

Secara keseluruhan menunjukkan bahawa murid-murid tahun 5 ini lebih menguasai Kertas

Pemahaman berbanding Kertas Penulisan. Oleh itu, murid-murid tidak dapat mempraktikkan sistem

tatabahasa yang mereka gunakan dalam kertas pemahaman kepada bahasa tulisan di dalam kertas

penulisan.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERHATINAN

Menulis merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan amat penting dikuasai oleh

setiap murid khususnya dalam kertas penulisan kerana kemahiran ini merupakan tingkat tertinggi

kemahiran berbahasa. Oleh kerana menulis memerlukan idea yang kreatif maka penguasaan sistem

tatabahasa yang mendalam akan menghasilkan hasil kerja tulisan yang bermutu.

Setelah 3 minggu saya melakukan pengajaran dalam kelas 5 Pintar saya dapati murid-murid

tidak dapat menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa bahasa Melayu yang saya berikan. Maka saya

Page 21: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

mengambil keputusan untuk menggunakan akhbar didik sebagai perantara untuk memberi

pendedahan kepada mereka.

Fokus kajian saya dalan kajian ini adalah penggunaan sistem tatabahasa kalangan murid-

murid Tahun 5 Pintar di Sekolah Kebangsaan Rasa semasa membina ayat. Kemahiran ini dilakukan

semasa menjawab soalan bahagian A dalam kemahiran memindahkan maklumat. Dalam

pemerhatian saya murid-murid tidak dapat menguasai sistem tatabahasa kerana murid-murid terlalu

banyak diberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan penulisan. Penumpuan kaedah menulis

ini menyebabkan kurangnya guru-guru menekankan sistem tatabahasa yang terdapat dalam Bahasa

Melayu. Oleh itu saya menggunakan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah (ADD)

sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini. Akhbar Didik melalui Akhbar Berita Harian setiap

hari Isnin adalah medium perantaraan penyelesaian masalah ini.

Pendedahan sistem tatabahasa yang terdapat dalam tatabahasa Bahasa Melayu telah saya

laksanakan selama 5 minggu setakat ini. Bermula dengan kata ganti nama,kata hubung, kata adjektif,

kata kerja dan simpulan bahasa. Murid-murid diberi pengertian dan latihan sebagai menguji

kefahaman mereka dalam menggunakan tatabahasa dalam ayat-ayat yang mereka tutur dan tulis

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:

1.Membantu murid mengetahui dan memahami sistem tatabahasa Bahasa Melayu.

2.Membantu murid menggunakan sistem tatabahasa Bahasa Melayu dalam pertuturan dan

penulisan.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Page 22: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab persolan-persoalan

berikut:

1. Adakah murid-murid mengetahui dan faham sistem tatabahasa yang terdapat dalam

tatabahasa Bahasa Melayu ?

2. Adakah sistem tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu murid-murid tahun 5

bertutur dan menulis dengan baik dalam proses pembelajaran mereka ?

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini ialah murid-murid tahun 5 Pintar Sekolah Kebangsaan Rasa sesi

2011 seramai 34 orang murid yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 20 orang murid

perempuan.

7.0 PERLAKSANAAN KAJIAN/METODOLOGI KAJIAN

7.1 TINJAUAN KAJIAN/BATASAN KAJIAN

Dalam perlaksanaan kajian ini saya membataskan kajian kepada penggunaan

sistem tatabahasa iaitu penggunaan kata ganti nama, kata kerja dan kata

hubung dalam membina ayat penyata yang ditulis oleh murid tahun 5 pintar

seramai 34 orang.Sistem tatabahasa Bahasa Melayu ini penting atau menjadi

asas kepada penulisan kreatif. Rasional batasan kajian ini dilakukan adalah

melihat sejauhmana sistem tatabahasa ini menjadi amalan kepada murid-murid

tahun 5 tersebut.

7.2 KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini saya telah melakukan kaedah pemerhatian dan kaedah ujian

untuk mengutip data.

7.2.1 Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian yang saya lakukan adalah semasa saya melakukan

pengajaran di dalam bilik darjah. Saya telah memberi beberapa latihan

Page 23: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

namun hasil yang saya perolehi agak mengecewakan. Maka saya telah

mengadakan pendekatan seperti yang saya nyatakan di atas iaitu

penggunaan akhbar didik.

7.2.2 Kaedah Ujian

Setelah saya dapati terdapat beberapa kecelaruan dalam membina ayat

yang telah dilakukan oleh murid saya menggunakan pula kaedah ujian

untuk mengesan kelemahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam

membina ayat. Maka saya dapati hasil penulisan mereka seperti di

lampiran iaitu Latihan 1

7.3 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

7.3.1 Analisis Kajian Kaedah Pemerhatian

Langkah pertama yang saya lakukan dalam kaedah ini ialah meminta

murid membina ayat melalui buku latihan yang mereka

ada.Pengetahuan sedia ada mereka menjadi sandaran dalam membina

ayat atau memindahkan maklumat berdasarkan gambar. Pengetahuan

sedia ada mereka berdasarkan kemahiran yang di ajar pada tahun 4

pada tahun 2010. Saya dapati banyak banyak kesalahan yang

dilakukan.Hanya terdapat 4 orang daripada 34 orang di kelas tahun 5

itu dapat menulis dengan baik selain itu saya membuat kesimpulan

mereka harus diberikan penekanan yang lebih untuk mereka lebih

mahir menggunakan sistem tatabahasa dalam penulisan mereka.

7.3.2 Analisis Kajian Kaedah Ujian

Selepas pemerhatian , saya melakukan satu sesi latihan seperti di

lampiran Latihan 1. Saya menguji murid-murid dengan latihan tersebut

dan hasil yang diperolehi adalah seperti berikut.

Page 24: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

Ada kalangan murid tidak menulis mengikut struktur ayat yang betul

yang terdiri daripada subjek dan predikat.

Ditulis : Pada waktu rehat ramai murid pergi ke kantin sekolah.

Sepatutnya: Ramai murid pergi ke kantin sekolah pada waktu rehat.

Ada kalangan murid tidak dapat membezakan kata sendi nama atau

imbuhan.

Ditulis: kedalam

Sebenarnya : ke dalam

Ada kalangan murid tidak menulis penjodoh bilangan .

Ditulis: dua murid lelaki

Sepatutnya: dua orang murid lelaki

Ada kalangan murid menggunakan kata hubung di awal ayat.

Ditulis: Untuk membeli makanan hendaklah beratur.

Sepatutnya: kata hubung tidak boleh ditulis di awal ayat kerana sifat

kata hubung ialah menghubungkan dua atau lebih frasa ayat.

Contoh Murid-murid itu beratur untuk membeli makanan.

Ada kalangan murid tidak menulis tanda baca yang betul iaitu huruf

besar dan tanda noktah.

Ditulis : ismail membuang sampah di tong sampah sebelah tiang kantin

Sepatutnya: Ismail membuang sampah ke dalam tong sampah yang

terletak di sebelah tiang kantin .

Secara keseluruhan terdapat kesalahan sistem tatabahasa yang

dilakukan oleh sebilangan murid tahun 5 ini. Contoh-contoh kesalahan

yang saya senarai di atas ialah kesalahan struktur ayat,kata sendi

Page 25: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

nama,penjodoh bilangan,kata hubung dan tanda bacaan. (huruf kecil,

huruf besar dan tanda noktah)

Kesalahan ini membuktikan bahawa murid-murid tahun 5 di Sekolah

Kebangsaan Rasa belum menguasai sepenuhnya sistem tatabahasa

Bahasa Melayu yang di ajar oleh guru-guru.

7.4 REFLEKSI KAJIAN

Setelah melihat dan menguji kemahiran murid-murid menggunakan

latihan 1 saya dapati bahawa murid-murid perlu diberikan penekanan

yang lebih supaya masalah penggunaan sistem tatabahasa yang betul

perlu diketahui oleh mereka secara jitu. Pendekatan yang telah saya

lakukan lebih kurang dua minggu perlu dilihat. Bagi menilai perubahan

amalan penggunaan sistem tatabahasa yang betul dalam penulisan

murid mereka sekali lagi diuji dengan latihan 2 ( Sila Rujuk

Lampiran).Masih lagi konsep yang sama iaitu membina ayat dengan

memindahkan maklumat berdasarkan gambar.

Berdasarkan kajian tersebut saya dapati bahawa amalan yang mereka

lakukan sebelum ini iaitu menulis struktur ayat yang salah, menulis

kata sendi nama yang salah, tidak menulis penjodoh bilangan

dihadapan kata nama, menulis kata hubung di awal ayat dan menulis

tanda baca yang salah tidak mereka ulangi dalam latihan 2 .

8.0 CADANGAN KAJIAN

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

(a) Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di

dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana.

Page 26: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

(b) Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem

tatabahasa.

(c) Menggunakan kaedah penyelidikan melalui buku-buku bahasa .

(d) Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai

peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi

minat murid dalam proses pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Semoga minat murid ini

boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Malaysia yang lebih menyeronok dan berkesan, seterusnya menjadikan peningkatan prestasi

akademik yang amat memberangsangkan. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu

disesuaikan dengan masa kini serta menggunakan pendekatan Sekolah Bestari.

BIBLIOGRAFI

1.-------------- ( 1992) Action Research For Educational Change, Milton Keynes : Open

University Press.

2.Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

3.Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical

Investigations. PhD thesis, University of Southampton.

4.Clark, P.A ( 1972 ) Action Research: Organisational Change.Harper and Row

Ltd.London.

5.Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom Thousand Oaks, CA:

Sage.

6.Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam.(1985).Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Page 27: Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02

Perguruan.Penerbit fajar Bakti, Petaling Jaya.