kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahbandar...

47
1 1.0 PENGENALAN Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Aliran agama, sastera, perdagangan, vokasional mahupun sains. Oleh kerana, peranan sekolah sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem persekolahan itu. Oleh sedemikian, disiplin adalah menjadi asas utama dalam menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah. Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan inspirasi negara menjadikan sistem pendidikan di sekolah adalah bertaraf antarabangsa. Oleh itu, aspek disiplin murid di sekolah harus diberi perhatian utama pihak sekolah, keluarga mahupun masyarakat sekeliling seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981. “ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia hendaklah mendapat

Upload: yee-ivy

Post on 10-Aug-2015

24 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

1

1.0 PENGENALAN

Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat

meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Aliran agama,

sastera, perdagangan, vokasional mahupun sains. Oleh kerana, peranan sekolah

sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat

penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang

pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem

persekolahan itu. Oleh sedemikian, disiplin adalah menjadi asas utama dalam

menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah.

Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana

yang yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran

dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan inspirasi negara

menjadikan sistem pendidikan di sekolah adalah bertaraf antarabangsa. Oleh itu,

aspek disiplin murid di sekolah harus diberi perhatian utama pihak sekolah, keluarga

mahupun masyarakat sekeliling seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia,

1981.

“ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu

ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di

luar sekolah”. KPM 1981

Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada

diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media samaada

bercetak mahupun elektronik. Pelbagai jenis salahlaku dilakukan oleh murid, dari

jenis yang ringan sehinggalah kesalahan – kesalahan yang berat, seperti

penyalahgunaan dadah, membuli, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah

(vandalism), mengancam guru – guru dan murid, mencabul dan pelbagai lagi.

Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera, dikuatiri ianya akan menjejaskan

minat dan fokus murid – murid yang bermotivasi untuk belajar yang dimana secara

2

tidak langsung akan memusnahkan inspirasi sekolah dan negara dalam

membangunkan generasi yang terbilang.

Apabila diteliti ada banyak faktor yang mendorong mereka untuk melakukan

perbuatan – perbuatan tersebut dan faktor – faktor ini boleh dikategorikan kepada

faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran, keluarga, pengaruh rakan

sebaya, media hiburan dan pelbagai lagi. Faktor luar sekolah ini adalah amat

kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita (sekolah). Oleh yang demikian,

kajian saya ini berfokuskan kepada peranan atau tugas kita (sekolah) yang boleh

dilaksanakan iaitu tugas itu seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh

kita kawal dan ubah seperti mewujudkan budaya dan iklim yang baik dalam sekolah

dan bilik darjah. Berikut ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1988)

mengenai perkara ini.

“ Hari ini sekolah – sekolah menampung murid – murid yang lebih tidak seragam,

iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang – peluang bagi

mendapatkan pelajaran adalah terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu,

faktor sekolah juga dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin

murid. Di antaranya ialah struktur dan organisasi sekolah; sistem hukuman dan

penghargaan kepada murid; suasana nilai dan interaksi dalam sekolah; budaya

sekolah yang lebih berorientasi akademik; dan sikap tanggapan serta harapan para

Guru”. (KPM1988 pp25-26)

Penyelidik telah mengumpul maklumat jenis salahlaku di sekolah, kekerapan, punca

mengikut pandangan murid dan cadangan cara – cara mengatasi masalah disiplin

khasnya di sekolah yang dikaji. Hasil kajian mendapati masalah disiplin murid

khasnya di sekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius.

Oleh yang demikian usaha pihak sekolah untuk menangani permasalahan disiplin di

sekolah tersebut hendaklah dianggap sebagai satu langkah kearah pengukuhan

disiplin sekolah. Semoga usaha ini menjurus kearah perubahan sikap dan perlakuan

3

murid kepada yang lebih murni dan berakhlak mulia dalam usaha membendung

masalah tersebut ke suatu tahap yang paling minimum.

2.0 SOALAN – SOALAN KAJIAN

1. Apakah jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah di

Bandar yang terpilih di daerah Johor Bahru?

2. Apakah punca berlakunya masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji

mengikut pandangan pelajar ?

3. Apakah strategi/cadangan untuk mengurangkan / mengatasi masalah disiplin

murid ?

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, kajian yang akan dijalankan

lebih menumpukan kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan persepsi ibu

bapa terhadap hukuman merotan ke atas pelajar dari segi disiplin, salahlaku berat dan

juga kesan yang mungkin berlaku. Kesesuaian ini akan dilihat dari sudut persepsi ibu

bapa terhadap hukuman merotan yang dijalankan oleh pihak sekolah ke atas pelajar-

pelajar yang melakukan kesalahan. Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan perilaku

salahlaku tidak menyedari bahawa tingkah laku-tingkah laku yang sering dilakukan

dalam kalangan mereka sendiri adalah merupakan salahlaku. Jenis-jenis tingkah laku

ini dianggap tingkah laku yang biasa berlaku dalam kalangan mereka seperti suka

mengejek rakan, menyorok barang, mengugut pelajar, berkuku panjang dan

sebagainya. Bagi mereka perilaku tersebut hanyalah sekadar perkara biasa dalam

perhubungan sesama rakan – rakan. Namun, apabila perilaku itu kerap kali dilakukan

tanpa batasan, ianya boleh mengudang pelbagai masalah. Oleh itu, suatu kajian

4

tentang permasalahan yang timbul dari perbuatan yang menjurus kepada salahlaku

tersebut akan dilaksanakan dalam kajiaan ini dengan terperinci.

Secara umumnya, penyumbang kepada lahirnya perbuatan salahlaku

dikalangan murid - murid adalah berpunca dari pelbagai faktor seperti faktor biologi

dan perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan persekitaran namun, penyumbang

utama kepada masalah salahlaku ini adalah dari dalaman (rohani) diri murid – murid

itu sendiri yang dimana, rohani pelajar itu yang lemah, sunyi atau ketiadaan

ketenangan dan keimanan yang mendorong pelajar itu mudah untuk melakukan

perbuatan salahlaku yang berpandukan nafsu semata – mata tanpa memikirkan

keburukannya.

Kebanyakkan pelajar yang terbabit dengan permasalah salahlaku ini tidak

sedar kesan-kesan buruk akibat salahlakutersebut.Jika ianya melibatkan salahlaku

yang kecil maka ianya mudah untuk diperbaiki dan tidak mendatangkan impak yang

besar keatas pelajar yang melakukan salahlaku tersebut. Tetapi, sekiranya ianya

melibatkan salahlakuyang besar seperti kes bergaduh, merogol dan sebagainya, maka

sudah pasti ianya akan memberikan impak yang buruk kepada pelajar itu sendiri

yang dimana boleh memalukan diri dimata keluarga mahupun masyarakat. Apabila

ianya telah berlaku, kebanyakkan sudah terlambat. Kesan-kesan negatif ini juga akan

menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran remaja terbabit akan terbantut,

dan seterusnya bakal merosakkan masa depan mereka sendiri. Masalah

salahlakudikalangan pelajar jika tidak ditangani dengan serius dan berkesan dikuatiri

akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pelajar dan juga institusi sekolah.

Kesedaran serta kefahaman yang mendalam tentang salahlaku pelajar di sekolah oleh

guru dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan amat perlu dalam usaha

mengawal serta mengatasi masalah ini.

5

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

i) Mengenapasti jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah

rendah di bandar yang terpilih di daerah Johor Bahru.

ii) Mengenalpasti punca berlakunya masalah disiplin murid mengikut

pandangan murid.

iii) Mengenalpasti strategi,pendekatan atau cadangan untuk mengurangkan

atau mengatasi masalah disiplin murid.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharap akan menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan

salahlakupelajar di sekolah rendah. Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat

menjelaskan lagi tentang salahlaku dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan

Kangka Tebrau seperti berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut,

membuli (berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan

mengancam/memukul/mencederakan murid lain serta program-program pencegahan

yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah khususnya di Sekolah

Kebangsaan Kangka Tebrau di Johor Bahru. Di samping itu, dapatan ini juga

diharapkan membolehkan pelajar yang terlibat salahlaku tersebut supaya

mendapatkan bantuan daripada pihak yang berkenaan

seperti pihak guru, kaunselor dan sebagainya bagi menyelesaikan konflik dalaman

dan luaran yang dialami mereka.

Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan sebagai garis panduan serta asas

kepada pembentukan polisi bagi menangani dan mencegah salahlakudi sekolah

seperti polisi “sifar salahlaku”. Para guru khususnya guru-guru kaunseling akan

mendapat faedah daripada dapatan kajian ini. Dapatan kajian ini akan dapat

6

membantu guru untuk mengatasi dan mencegah masalah salahlaku pelajar yang

berlaku di kelas atau di sekolah. Ianya juga akan membekalkan maklumat-maklumat

berkenaan salahlaku pelajar yang boleh digunakan oleh guru bagi menangani

masalah yang berlaku di kelas mereka.

6.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya mengambil kira rekod rasmi/penyata salahlaku pada tahun 2010

bagi pelajar – pelajar dari salah sebuah sekolah rendah di Bandar yang terpilih sahaja

di daerah Johor Bahru. Dapatan dari kajian ini merupakan sampel sebenar responden

– responden yang terhad sahaja. Oleh itu, ianya tidak sesuai untuk membuat

generalisasi kepada sekolah lain. Namun, bentuk dan kaedah penyelidikan ini boleh

dijadikan rujukan / panduan bagi sekolah lain yang bermasalah yang hampir sama

bagi mencari jalan membendung masalah yang dihadapi.

7.0 TINJAUAN LITERATUR

Sebagai manusia, sudah pastinya murid – murid tidak lari dari mempunyai masalah.

Masalah – masalah ini timbul disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah

disebabkan oleh keperluan asasi, psikologi dan rohani (agama) serta harapan –

harapan tertentu yang dipunyai oleh seseorang murid itu tidak dapat dipenuhi seperti

yang dinyatakan oleh Hasnan (2008), Al – Banna ( 2003) dan Train (1995)

“Untuk membina pelajar yang cemerlang dari sudut tingkah laku antaranya adalah

dengan melaksanakan ibadah – ibadah yang khusus terutamanya solat lima waktu

dan ibadat – ibadat sunat yang lain. Ini kerana menurut beliau, tingkah laku

seseorang pelajar terhadap Penciptanya dapat diterjemahkan dengan melakukan

7

ibadah solat yag diwajibkan dan disunatkan. Melalui ibadah ini seseorang pelajar

bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan baik dengan Allah S.W.T, bahkan dia

juga dapat membentuk tingkah laku seorang muslim yang sejati. Solat juga boleh

menghindarkan dirinya daripada melakukan perkara dan perbuatan yang buruk.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: : Sesungguhnya solat itu mencegah dari

perbuatan yang keji dan mungkar.” Hasnan, 2008

“Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi yang tersendiri yang terbentuk

daripada latihan – latihan melalui ibadat. Dimana antara cara yang terbaik untuk

membersihkan jiwa manusia adalah dengan solat – solat yang khusuk. Solat dapat

mengilap hati manusia dan dapat membuang segala noda dan dosa serta kekotoran

hati.Oleh itu, perlu dilaksanakan dengan cara yang terbaik agar dapat memperbaharui

diri dan membersihkan hati. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud “Mintalah

pertolongan (untuk menghadapi kesusahan dalam menyempurnakan sesuatu perintah

Allah S.W.T.) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat” (al-Baqarah, 2:153)

Al – Banna, 2003

“There are three main reasons why a child reacts aggressively:

When he feels that his objectives are being thwarted.

When anyone criticizes him or his friends.

When he feel that a situation is unjust, or that someone has been negligent or

careless.”

Train, 1995 (pp 24)

“If he has a feeling of being trapped, with no choice, he will react with increasing

difficult behaviour.”

Train, 1995 (pp 60)

“If a child is becoming frustrated because he cannot understand something, he will

be restless dan will start to misbehave.”

Train, 1995 (pp 116)

8

Masalah disiplin yang timbul mempunyai perkaitan yang rapat dengan cara didikan

dan asuhan di rumah. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat mempengaruhi

perkembangan kanak – kanak dari segi sahsiah dan aspirasinya (Stodgil, 1970:27)

selain itu, setiap ibu bapa adalah lebih penting daripada taraf sosioekonomi.

(W.C Miler 1971:102)

Disamping itu, sikap ibu bapa yang membantah keras langkah kementerian

mengetatkan disiplin murid, sedikit sebanyak mendorong ke arah kemerosotan

disiplin murid ( Utusan Malaysia, 1987)

Murid – murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah, dimana mereka

tidak mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa yang cukup, menambah kepada

masalah tatatertib di sekolah – sekolah (A. Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim

Saad, 1982:260)

Kecelaruan dalam keluarga dan kurang perhatian ibu bapa adalah punca utama yang

mempengaruhi jiwa remaja. Kajian Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga

Negara (LPPKN) mendapati kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca

utama remaja terjebak ke kancah maksiat (Berita Harian, 10.11.93,23)

Kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago (Czikszentmihalyi, 1987) mendapati

purata masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam

seminggu. Ini mengakibatkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh,

mendidik dan membimbing anak mereka. Tugas mereka sekadar menyediakan

keperluan kewangan dan persekolahan bagi tujuan membesarkan anak. Ibubapa juga

tidak sepatutnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru

sepenuhnya. Mereka sepatutnya mengunjungi sekolah sekali sekala supaya lebih

memahami situasi anak mereka di sekolah.

Rakan sebaya dialam persekolahan adalah kumpulan rujukan murid yang

memberikan ‘sokongan moral’ dalam mencari identiti pembentukan imej (Pomberi,

9

1990, Mahmood, 1991). Rakan sebaya memberi peluang kepada mereka untuk

mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek – aspek gaya pakaian, pertuturan,

orientasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain – lain. Masalahnya timbul

apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai – nilai buruk yang

membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka.

8.0 METODOLOGI KAJIAN

8.1 Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian permasalah salahlaku dikalangan pelajar Sekolah Kebangsaan

Kangka Tebrau di Johor Bahru, Johor adalah berbentuk deskriptif dengan

menggunakan kaedah temubual separa struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi /

penyata salahlaku yang ada di sekolah. Data yang diperolehi dianggap penting

kerana kesimpulan dan keputusan daripada kajian akan dapat ditentukan dan

ditafsirkan secara kuantitatif.

8.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ialah jumlah keseluruhan pelajar tahap 2 Sekolah Kebangsaan

Kangka Tebrau iaitu seramai 252 orang pada sesi 2010. Di mana 20 orang pelajar

telah terlibat dengan salahlaku di sekolah itu pada tahun 2010. Pelajar-pelajar yang

menjadi sampel (temu ramah) dalam kajian ini adalah merupakan pelajar yang

pernah terlibat dengan aktiviti salahlaku. Kajian ini dijalankan selama 2 minggu di

bawah pengawasan guru bagi memastikan perancangan, tindakan, pemerhatian,

pengkajian dan refleksi dapat dilaksanakan dengan jayanya.

10

8.3 Instrumen Kajian

Tiga jenis instrumen telah digunapakai untuk melaksanakan kajian ini, iaitu temubual

separa struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi / penyata salahlaku yang ada di

sekolah.

Temubual separa struktur dengan Guru Besar, Guru Disiplin, dan guru – guru

penolong mengenai masalah disiplin secara keseluruhan di sekolah tersebut, tindakan

pihak sekolah dan cara – cara menangani masalah tersebut. (Lampiran 1)

Temubual separa struktur dengan pelajar yang ada rekod masalah disiplin di sekolah

yang dikaji. (Lampiran 2)

Analisis berdasarkan rekod rasmi / penyata salahlaku / masalah disiplin / SSDM

Jenis salahlaku pelajar dan kekerapan

Perbandingan kekerapan salahlaku di antara murid lelaki dan perempuan

Jadual punca salahlaku

Jadual jenis tindakan disiplin / hukuman

8.4 Prosedur Melaksanakan Kajian

Kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif ini adalah berdasarkan data masalah disiplin

disalah sebuah sekolah rendah di Bandar yang terpilih di daerah Johor Bahru yang

berlatar belakang sosioekonomi yang rendah. Hampir 80% pelajarnya berasal dari

penempatan setinggan di kawasan sekitar sekolah yang dimana pendapatan seisi

keluarga kurang RM1000.00 sebulan. Melalui kajian soal selidik dan penyelidikan

didapati 90% pelajar adalah bukan penduduk tempatan, iaitu mereka datang berhijrah

dari negeri luar Johor. Sekolah ini merupakan sekolah satu sesi dimana semua murid

sekolah ini berasal dari sekitar kawasan setempat dalam lingkungan 5 km dari

sekolah yang dikaji. Penyelidik telah mengadakan temubual separa struktur kepada

11

guru besar, guru disiplin dan guru kauseling sekolah tersebut. Penyelidik juga telah

menemubual 15 dari 20 orang murid yang mempunyai rekod masalah disiplin di

sekolah. Hasil temubual dianalisis secara kualitatif. Maklumat yang diperolehi

daripada temubual dan disokong dengan rekod rasmi masalah disiplin telah dianalisis

secara kualitatif juga.

8.5 Analisis Data

Analisis data mengenai soalan kajian adalah berdasarkan maklumat temubual separa

struktur dengan murid dan pihak pengurus sekolah yang dikaji untuk mendapatkan

maklumat atau pandangan sumber lain disokong dengan rekod atau penyata rasmi

salahlaku yang sedia ada disekolah yang dikaji.

Antara maklumat yang diperolehi ialah yang berkaitan dengan jenis masalah disiplin,

kekerapan, perbezaan kekerapan di antara murid lelaki dan perempuan, punca

berlakunya masalah disiplin mengikut pandangan murid dan tindakan pihak sekolah

untuk menangani masalah ini.

8.5.1 Rekod Jenis Salahlaku, Gender dan Bilangan Murid Yang Terlibat dan

Jumlah Kekerapan Kes Salahlaku

Jadual 1 menunjukkan salinan rekod rasmi kes salahlaku yang terdapat di sekolah

yang dikaji. Ia menunjukkan jenis salahlaku, gender dan bilangan murid yang terlibat

dan jumah kekerapan berlaku kes salahlaku. Jenis salahlaku yang dicatatkan

merangkumi kesalahan seperti berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri,

memeras ugut, membuli (berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan

mengancam/memukul/mencederakan murid lain.

12

Jadual 1 : Jenis Salahlaku dan Kekerapan dalam Tahun 2010

Kod Jenis Salahlaku Kekerapan / Bilangan murid yang terlibat

Jumlah murid yang terlibat

Jumlah kekerapan berlaku kes salahlaku

Lelaki Perempuan*B *K *B *K

112Tingkah laku JenayahMencuri 2 4 1 3 3 7

121 Mengancam/memukul/mencederakan murid lain. 1 3 0 0 1 3

115 Memeras ugut 2 2 0 0 2 2116 Membuli 2 1 0 0 2 1

332Kekemasan DiriBerkuku panjang 2 2 4 5 6 7

331 Berambut Panjang 2 2 0 0 2 2

882PontengPonteng Sekolah 3 2 1 3 4 5Jumlah 14 16 6 11 20 27

Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010

Petunjuk ; *B – Bilangan murid yang teribat dengan kes salahlaku

*K – Kekerapan berlaku kes salahlaku

Jadual 1 menunjukkan 14 orang murid lelaki telah terlibat dengan 16 kes salahlaku

manakala 6 orang murid perempuan telah terlibat dengan 11 kes salahlaku. Pada

keseluruhannya, seramai 20 orang murid telah terlibat dengan 30 kes salahlaku di

sekolah yang dikaji sepanjang tahun 2010.

8.5.2 Perbandingan Kekerapan Salahlaku antara Murid mengikut Gender

Jadual 2 menunjukkan perbandingan kekerapan antara murid mengikut gender dan

kelas. Daripada 252 orang murid Tahap 2 di sekolah pada masa yang dikaji, 20 orang

murid, bersamaan 7.94% daripada murid – murid Tahap 2 pernah melakukan

perbuatan salahlaku. Pada keseluruhannya, 20 daripada enrolmen 565 orang murid

13

bersamaan 3.54% murid – murid pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang

tahun 2010.

Jadual 2 : Perbandingan kekerapan salahlaku mengikut gender, Tahun 2010

Pembolehubah Enrolmen Murid Bilangan kes

Salahlaku

Kekerapan

Salahlaku

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2

Gender

Lelaki

Perempuan

173

140

123

129

0

0

14

6

0

0

18

12

Jumlah 313 252 0 20 0 30

Sumber; Buku Rekod Salahlaku / Masalah disiplin

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010

Pada keseluruhannya, murid – murid Tahap 2 sahaja yang terlibat dengan kes

salahlaku. Seramai 14 orang lelaki telah terlibat dengan 18 kes salahlaku manakala 6

orang murid perempuan telah terlibat dengan 12 kes salahlaku.

8.5.3 Punca Salahlaku Murid – Murid Tahap 2, Tahun 2010

Jadual 3 menghuraikan 4 kategori punca salahlaku yang telah dikenalpasti mengikut

pandangan murid – murid. Faktor diri murid, keluarga, sekolah dan persekitaran

merupakan faktor yang menyebabkan salahlaku di sekolah yang dikaji. 12 kes telah

dikenalpasti adalah berpunca dari diri murid, 9 kes dari faktor persekitaran, 2 kes dari

faktor keluarga dan 2 kes dari faktor sekolah.

14

Jadual 3: Punca Salahlaku Murid-murid Tahap 2, Tahun 2010

Bil Punca Salahlaku Bilangan Kes Salahlaku Jumlah

Lelaki Perempuan

1 Diri Pelajar 8 3 11

2 Keluarga 2 2 4

3 Persekitaran 2 1 3

4 Sekolah 2 0 2

Jumlah 14 6 20

Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010

Pada keseluruhannya, faktor diri murid mencatatkan punca salahlaku yang paling

kerap menjadi punca penyebab utama salahlaku di sekolah yang dikaji. Ini diikuti

dengan faktor persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah.

8.5.4 Jenis Tindakan Disiplin / Hukuman Yang Telah Diambil, Tahun 2010

Jadual 4 menunjukkan jenis tindakan disiplin / hukuman yang telah diambil untuk

menangani salahlaku murid di sekolah yang dikaji. Ahli jawatankuasa sekolah ini

telah mengambil keputusan memberi nasihat / bimbingan kepada murid yang telah

melakukan salahlaku dengan harapan murid berkenaan akan sedar dan hormat

kepada rakan, guru dan sekolah. Semoga matlamat sekolah berteraskan konsep

“Sekolahku Syurgaku”, “Sekolah Penyayang” dan “Sekolah Selamat” menjadi

realiti.

15

Jadual 4 : Jenis tindakan disiplin / hukuman yang telah diambil, Tahun 2010

Bil Jenis Tindakan Disiplin Bilangan Kes Catatan

Lelaki Perempuan

1 Pembuangan

2 Penggantungan

3 Hukuman – Hukuman Biasa

3.1 Hukuman dera / rotan 3 1 Kali

3.2 Penahanan

3.3 Denda

3.4 Amaran 3 3 Amaran Pertama

3.5 Nasihat 8 3

Jumlah

14 6

Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Kangka Tebrau 2010

Pada keseluruhannya, tindakan memberi nasihat lebih kerap diambil oleh AJK

Disiplin sekolah untuk menangani masalah salahlaku di sekolah yang dikaji.

Kesemua 20 orang murid yang terlibat dengan kes salahlaku telah diberi jenis

tindakan disiplin mengikut jenis kes salahlaku dari yang ringan kepada berat

mengikut keperluan sekolah. Seramai 11 pelajar telah diberi sesi bimbingan dan

nasihat oleh kauseling sekolah, manakala 6 pelajar telah diberi Amaran Pertama dan

3 pelajar lagi telah diberi hukuman dera / rotan diatas kesalahan berat yang

berulangan. AJK Unit Disiplin dan Lembaga Pengawas sekolah memandang serius

salahlaku tersebut dengan memantau disiplin semua pelajar – pelajar dari semasa ke

semasa khususnya pelajar yang pernah melakukan salahlaku.

16

8.6 Analisis Kualitatif

Data diperolehi daripada temubual separa struktur dengan guru dan murid juga boleh

menyokong maklumat/rekod/penyata rasmi salahlaku murid yang ada di sekolah.

Data daripada temuduga separa struktur dapat memberikan beberapa perkara yang

boleh diambil kira dalam analisis. Perkara- perkara ini diklasifikasikan seperti

berikut.

8.6.1 Bentuk / Jenis masalah disiplin murid

Masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji merangkumi kesalahan seperti

berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut, membuli (berkelakuan

kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan mengancam/memukul/mencederakan

murid lain.Bentuk / jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah sama kecuali

memeras ugut dan mengancam/memukul/mencederakan murid lain. Ini ditunjukkan

dalam transkrip temubual separa struktur seperti contoh – contoh di bawah.

“Masalah disiplin pelajar sekolah ini adalah merangkumi kesalahan seperti mencuri,

mengancam murid lain, berkuku panjang, berkelakuan kasar dengan murid, ponteng

sekolah dan berambut panjang bagi pelajar lelaki.” ( Guru A)

“Bentuk/jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah hampir sama.Tetapi

pelajar perempuan tidak memeras ugut dan mengancam/memukul/mencederakan

murid lain.” (Guru S )

“Salahlaku murid lelaki yang membuli dan ponteng sekolah lebih rumit dan kerap

kali berlaku berbanding dengan pelajar perempuan yang kesalahannya biasanya tidak

akan berulang.” (Guru R)

17

8.6.2 Bilangan murid terlibat dan kekerapan salahlaku

Sepanjang tahun 2010, seramai 20 orang murid lelaki dan perempuan telah

dicatatkan pernah terlibat dengan kes salahlaku di sekolah seperti yang dinyatakan

oleh Guru R. Jumlah murid lelaki dan perempuan yang terlibat dalam salahlaku

adalah lebih kurang sama seperti yang dinyaakan oleh Guru B. ini dapat

diperkukuhkan dalam contoh – contoh transkrip temubual separa struktur dengan

guru – guru seperti berikut.

“Jumlah murid lelaki dan perempuan yang terlibat dalam salahlaku adalah lebih

kurang sama” (Guru B)

“Pada tahun 2010, 20 orang murid terlibat dengan 30 kes salahlaku di sekolah yang

dikaji. Pada keseluruhannya, tiada masalah disiplin murid yang serius pernah

berlaku.” (Guru C)

9.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan hasil analisis data mengenai persoalan-persoalan kajian yang

dikemukakan, dapatan kajian dapat dirumuskan seperti berikut:

9.1 Punca Salahlaku

Kajian yang dijalankan di sekolah yang dikaji telah berjaya mengenalpasti empat

kategori punca salahlaku. Punca salahlaku boleh dirumuskan seperti berikut.

18

9.1.1 Faktor diri murid

11 daripada 20 orang murid, bersamaan 55% telah dikenalpasti melakukan salahlaku

kerana kehendak diri sendiri. Pada keseluruhannya, murid – murid yang ditemubual

telah terdorong melakukan perbuatan salahlaku atas alasan seperti masalah

kewangan. Gambaran yang lebih jelas bagi dapatan ini ditunjukkan dalam transkrip

temubual dengan Murid S, Murid T dan H

“Saya ingin membeli ( jenis makanan) seperti (rakan sebaya) tetapi saya tidak ada

duit yang mencukupi jadi saya ambillah duit rakan saya dalam beg (nama mangsa).”

( Murid S)

“Saya tidak yakin saya boleh lulus jadi saya rasa lebih baik saya ponteng sekolah.”

(Murid U)

“Saya rasa sekolah hanya membosankan kerana akan mendapat banyak kerja rumah

yang akan diberi guru nanti.” (Murid H)

9.1.2 Faktor keluarga

4 daripada 20 orang murid, bersamaan 20% telah melakukan salahlaku kerana faktor

keluarga. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh

Murid M.

“Saya ponteng sekolah kerana emak suruh saya menjaga adik. Ayah dan emak

terpaksa pergi kerja.” (Murid M)

9.1.3 Faktor persekitaran

3 daripada 20 orang murid, bersamaan 15% telah melakukan salahlaku kerana faktor

persekitaran. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh

Murid F.

19

“Saya disuruh mengacau (rakan sebaya) oleh (rakan sebaya). Kalau saya tidak ikut,

saya akan dimarahi dan dipukul oleh (rakan sebaya).Saya takut.” (Murid F)

9.1.4 Faktor sekolah

2 daripada 20 orang murid, bersamaan 10% telah melakukan salahlaku kerana faktor

sekolah. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh

Murid Z seperti berikut..

“Saya rasa bosan, tiada hiburan di sekolah. Guru selalu memberi terlalu banyak kerja

rumah setiap hari.” (Murid Z)

Pada keseluruhannya, faktor diri murid paling kerap menyebabkan murid melakukan

perbuatan salahlaku, ianya berlaku kerana pelajar mempunyai kelemahan rohani

yang disebabkan kurangnya penghayatan dalam agama. Selain itu, faktor

persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah juga menjadi penyebab perlakuan

salahlaku pelajar – pelajar di sekolah yang dikaji.

10.0 CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Pengkaji mencadangkan beberapa langkah yang perlu bagi mengatasi masalah

salahlaku dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau di Johor

Bahru, Johor iaitu

1. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa salahlaku masih berlaku di SK Kangka

Tebrau di Johor Bahru, Johor. Justeru itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia,

JPN, PPG, pentadbir sekolah dan guru-guru tidak boleh memandang ringan

masalah salahlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Tindakan dan program yang

berterusan mencegah aktiviti salahlaku di sekolah perlulah dilipat gandakan serta

dinilai keberkesanannya. Pelbagai pendekatan harus dilakukan demi mencegah

20

perilaku salahlaku pelajar dari terus berleluasa. Salah satu contoh pendekatan

iaitu dicadangkan oleh Rigby (1996) dimana beliau menggunakan tiga

pendekatan untuk menangani masalah salahlaku individu iaitu;

i) Pendekatan moral iaitu pendekatan ini menghendaki pelajar-pelajar

mematuhi semua peraturan dan nilai yang ditetapkan oleh sekolah.

Secara unggul, pendekatan ini menegaskan bahawa semua salahlaku

akan dikenakan tindakan yang serius.

ii) Pendekatan undang-undang iaitu berdasarkan kepada peraturan atau

undang - undang yang ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan melalui

pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran atau peraturan sekolah itu

sendiri. Ianya disampaikan kepada pelajar melalui buku undang-undang

sekolah.

iii) Pendekatan kemanusiaan iaitu lebih bersifat kemanusiaan. Ia satu

pendekatan dimana pelajar yang bermasalah salahlaku akan bertemu

dengan guru disiplin atau kaunselor dalam perbincangan tertutup untuk

mendengar alasan, perasaan dan motif tindakan mereka. Kaunselor

menggunakan pendekatan ini supaya perilaku salahlaku dapat mengubah

tingkah laku, perasaan dan pemikirannya ke arah kebaikan. Pendekatan

kemanusiaan dalam bentuk keagamaan seperti solat berjemaah, tazkirah

dan sebagainya dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar perlu

dilaksanakan bagi memperkukuhkan asuhan jasmani dan rohani yang

menjadi asas pembentukkan keperibadian yang mulia berlandaskan nilai

– nilai islam khususnya bagi pelajar Islam.

2. Kajian ini menjelaskan pelbagai punca yang menyebabkan salahlaku

pelajar berlaku dalam kalangan pelajar – pelajar khususnya pelajar Tahap 2.

Justeru itu, pihak pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa perlu mengenal pasti

punca-punca salahlaku tersebut terlebih dahulu, kemudian rancangan pencegahan

perlu dibuat berdasarkan kepada punca-punca tersebut. Pihak terlibat terutama

pihak sekolah

21

dan guru juga dicadangkan agar mengadakan lebih banyak aktiviti yang

berbentuk motivasi untuk meningkatkan keyakinan dalam diri para pelajar.

3. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah-sekolah

sedia ada perlu dikaji dari segi keberkesanannya. PRS merupakan salah satu unit

sokongan kepada pelajar-pelajar untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi.

Menurut Zuraidah (1988), konsep asas program ini ialah ‘rakan bantu rakan’.

Dalam konteks ini, pelajar yang telah mendapat latihan khas akan berusaha

memberikan bantuan kepada rakan-rakan di sekolah yang menghadapi pelbagai

masalah disiplin dan sosial. Seterusnya, pelajar yang mempunyai keyakinan dan

motivasi yang tinggi lebih cenderung untuk melakukan perkara yang berfaedah

dan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti salahlaku seperti yang biasa berlaku.

4. Kajian mendapati “penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah”

merupakan antara program yang tinggi keberkesanannya. Justeru itu, sebagai

orang yang paling rapat dengan pelajar, penglibatan ibu bapa dalam setiap

program pencegahan yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sangat

diperlukan. Disamping dapat memantau perilaku anak-anak di rumah, ibu bapa

juga perlu diberikan maklumat dan kesedaran tentang masalah salahlaku ini.

Gejala salahlaku di sekolah-sekolah menunjukkan bahawa pelajar semakin berani

mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah. Setiap

kali berlaku insiden negatif seperti bergaduh, membunuh dan lain-lain jenayah di

sekolah, banyak pihak akan menunding jari kepada ibu bapa sebagai

penyumbang utama. Ibu bapa akan dipersalahkan kerana mereka adalah orang

yang bertanggungjawab bukan sahaja melahirkan, tetapi juga membesarkan dan

mendidik anak-anak dengan sempurna. Aspek yang perlu ditekankan ialah

pendekatan seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling, kemahiran

mendengar, kemahiran mengenal pasti masalah dan sebagainya. Oleh itu,

kemahiran – kemahiran ini harus diperkenalkan, dimiliki dan diaplikasikan dalam

22

sesebuah keluarga agar pembentukan sahsiah dan perkembangan anak-anak dapat

dikawal dan dibimbing secara lebih efektif.

5. Memandangkan salahlaku khususnya kes berat seperti bergaduh,

ponteng sekolah dan membuli dimana ini tidak hanya berlaku di dalam kawasan

sekolah sahaja, maka kerjasama pihak luar seperti pihak Polis, pihak Berkuasa

Tempatan dan penglibatan masyarakat keseluruhannya adalah perlu untuk

memantau kegiatan para pelajar terutama sekali ketika mereka berada di luar

kawasan sekolah. Kawalan disiplin bukan hanya dalam kawasan sekolah semata-

mata, tetapi remaja juga perlu dididik untuk mematuhi peraturan dan undang-

undang ketika berada di luar kawasan sekolah. Penglibatan semua pihak amat

diperlukan demi membentuk peribadi remaja yang lebih Gemilang dan Terbilang.

Pihak sekolah haruslah mempunyai sikap positif terhadap disiplin murid. Pihak

sekolah boleh menubuhkan Jawatankuasa Disiplin di kalangan guru – guru yang

bertanggungjawab mengesan menangani dan menyelesaikan masalah/salahlaku

murid. Denda yang dikenakan haruslah setimpal dengan kesalahan murid. Semua staf

hendaklah bekerjasama dan konsisten dalam tindakan – tindakan disiplin ke atasu

murid, memberi peringatan dan khidmat bimbinga. Langkah – langkah yang telah

diambil oleh sekolah yang dikaji boleh ditunjukkan dalam transkrip temubual dengan

Guru R, Guru S dan Guru A seperti berikut,

“Denda dan tindakan yang dikenakan haruslah setimpal dengan jenis dan seriusnya

sesuatu salahlakumurid.” (Guru R)

“Kami mendapati pendekatan bimbingan dan kauseling atau nasihat adalah lebih

sesuai dan berkesan bagi murid – murid sekolah ini.” (Guru S)

“Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa bekerjasama untuk memastikan

disiplin murid di sekolah sentiasa terkawal.” (Guru B)

23

Dalam usaha melaksanakan tugas hariannya, guru seharusnya mencari pendekatan

yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu membentuk disiplin yang baik

dalam murid – murid itu sendiri. Disiplin diri sepatutnya datang dari kerelaan dan

kesukaan hatinya sendiri dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut.

Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru sendiri seharusnya mempunyai disiplin

yang baik dan menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada murid – murid

dengan sentiasa bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa dan

bersimpati serta bijak dalam menghadapi masalah.

Keberkesanan Tindakan

Pada tahun – tahun lepas, pihak pengurusan sekolah mengambil keputusan

menangani masalah disiplin murid dengan pendekatan ‘tegas’ amaran dan merotan

walaupun pada tapak tangan sahaja. Dari itu, murid – murid bertambah ganas, malah

ada ibu bapa yang masuk campur dalam soal salahlaku murid di sekolah. Setelah

lebih kurang 5 bulan dalam pemerhatian dan pelaksanaan, pendekatan memberi

nasihat atau bimbingan anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kauseling dengan

Panitia Agama Islam melalui pelaksanaan “Program Santapan Rohani” boleh

dianggap lebih sesuai dengan masyarakat, budaya dan iklim sekolah ini. Ini dapat

dibuktikan dengan penurunan kes salahlaku bagi bulan Januari hingga Mei 2011

berbanding dengan tahun 2010. Ini juga boleh diterjemahkan dengan transkrip hasil

temuduga seperti berikut:

“Saya suka dengan (Guru). Dia telah memberi nasihat yang baik, bermakna dan

bernas kepada saya supaya tidak mencuri lagi. Saya amat menghormatinya.”

(Murid Z)

“Ayah saya sudah sedar. Dia mahu saya belajar bersungguh – sungguh. Dia tidak lagi

suruh saya menolongnya di warung waktu sekolah. Terima kasih, Cikgu.”

(Murid K)

24

“Terima kasih, Cikgu, kalau Cikgu tidak menasihati ibu bapa saya, sudah tentu saya

tidak bersekolah lagi.”

(Murid Y)

“Maafkan saya Cikgu, saya akan tidak akan mengulangi kesalahan saya lagi dan

akan belajar bersungguh – sungguh.”

(Murid I)

11.0 KESIMPULAN

Kajian ini mengkaji tentang masalah disiplin di salah sekolah rendah di Bandar Johor

Bahru di negeri Johor. Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik, guru – guru

mahupun pihak pengurus sekolah yang terlibat perlulah mengenalpasti atau memilih

jenis masalah disiplin murid, punca berlakunya masalah ini dan seterusnya

mengenalpasti strategi atau tindakan yang sesuai untuk mengurangkan serta

mengatasi masalah tersebut.

Hasil kajian ini juga menunjukkan masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji

dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius, iaitu seramai 20 orang daripada

enrolmen 565 orang murid, bersamaan 3.54% pernah terlibat dengan kes salahlaku

sepanjang tahun 2010.

Melalui kajian ini, guru – guru di sekolah yang dikaji menjadi lebih arif dan prihatin

terhadap kebajikan dan disiplin murid – murid yang diajar. Ini dijangka akan

membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah disiplin murid dan seterusnya

meningkatkan prestasi akademik murid. Guru haruslah kreatif, inovatif dan bijak

membuat keputusan dan seterusnya mengikis faktor sekolah yang menyebabkan

masalah disipilin murid.

25

Oleh sedemikian itu, semua staf pihak sekolah haruslah bekerjasama dan konsisten

dalam tindakan – tindakan disiplin ke atas murid agar hasrat “Sifar salahlaku”

disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji akan tercapai.

26

RUJUKAN

Connel, A., dan Farrington, D. P. (1996). Bullying among incarcerated young

offenders: Developing an interview schedule and some preliminary results.

Journal of Adolescence, 19, 75-93.

Abdullah Sani Yahaya (2005) Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur:

PTS Publications dan Distibutors Sdn. Bhd, Bentong

Alan, T. (1993). Helping The Aggressive Child. How to Deal With Diffcult Children.

Channel Island: The Guernsey Press co. Ltd, Guemsey

Panduan Am Disiplin Sekolah – Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia: 1981

Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru. Kementerian

Pendidikan Malasia : Dewan Bahasa dan Pustaka 1988

Pekeliling – Pekeliling Ikhtisas

Kementerian Pendidikan Malaysia

1968 – 2002

Berkaitan Pengurusan Disiplin Murid Sekolah

Espelage, D. L., Bosworth, K., dan Simon, T. R. (2000). Examining the social

context of Bullying behaviours in early adolescence. Journal Counselling

Development, 78, 326-333.

Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research.

Educational and Psychological Measurements, 30, 607-610.

27

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan.

Skudai: Penerbit UTM.

Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir (2001). Pengenalan kepada analisis data

berkomputer: SPSS 10.0 for windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Mynard dan Joseph (2000). Development of the Multidimensional Peer-

Victimization Scale. Aggressive Behavior, 26, 169-178.

Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic facts and

effects of a school-based intervention programme. Dalam Pepler, D., dan

Rubin, K. (Eds.). The development and treatment of childhood aggression.

Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Rigby, K., dan Slee, P. T. (1995). Manual for peer relations questionaire. Underdale:

University of South Australia.

Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

10 Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun

2007

Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it. Melbourne: The

Australian Council For Educational Research Ltd.

Thompson, D., dan Sharp, S. (1998). The dynamics of victimisation and rejection in

school. improving schools: Establishing and integrating whole school

behaviour policies. London: David Fulton.

28

Lampiran 1

A. Instrumen Temubual Dengan Guru Besar/Guru

Penolong HEM/Guru Disiplin Sekolah

Bil Soalan Respon Catatan

1 Berapa lamakah Cikgu _____ sudah

bertugas di sekolah ini ?

2 Berapakah jumlah murid sekolah ini ?

3 Adakah semua pelajar tingga di asrama ?

4 Adakah murid sekolah ini pernah

melakukan kesalahan disiplin ?

5 Pelajar dalam darjah berapakah melakukan

kesalahan disiplin ?

6 Apakah masalah utama disiplin pelajar di

sekolah tuan ?

7 Berapakah kekerapan berlakunya masalah

disiplin murid ?

8 Adakah kekerapan salahlaku di antara

pelajar lelaki dan perempuan berbeza ?

9 Adakah bentuk salahlaku di antara pelajar

lelaki dan perempuan berbeza ?

10 Adakah sekolah mempunyai rekod rasmi

untuk setiap salahlaku pelajar di sekolah

ini?

11 Apakah punca berlakunya masalah disiplin

murid ?

12 Bagaimanakah pihak sekolah menangani

masalah ini ?

13 Sejauh manakah keberkesanan langkah –

langkah yang diambil untuk menangani

masalah ini ?

14 Adakah pihak atasan dimaklumkan tentang

29

masalah disiplin di sekolah tuan ?

15 Apakah tindakan susulan pihak atasan

untuk membantu pihak sekolah dalam

perkara ini ?

30

Lampiran 2

B. Instrumen Temubual Dengan Murid Yang Ada Rekod

Masalah Disiplin

Bil Soalan Respon Catatan

A1 Adakah anda menumpukan perhatian

semasa guru mengajar dalam kelas?

Mengapa?

2 Bagaimanakah keputusan ujian bulanan

anda bagi bulan lepas ?

3 Adakah anda yakin kepada diri sendiri ?

4 Siapakah yang mendorong anda melakukan

perbuatan salahlaku ?

B1 Adakah murid suka kepada ibu bapa ?

2 Adakah ibu bapa sayangkan murid ?

3 Adakah ibu bapa pentingkan pelajaran

murid di skeolah ?

4 Adakah murid selalu dibawa oleh ibu bapa

untuk menolong mereka berkerja ?

5 Adakah murid dipaksa bekerja pada cuti

sekolah ?

C1 Berapa jauhkan rumah anda dari sekolah

ini?

2 Adakah anda suka kepada rakan – rakan di

sekolah ?

3 Adakah anda mudah dipengaruhi oleh

rakan sebaya ?

4 Adakah anda mudah menyesuaikan diri

dengan rakan - rakan ?

D1 Adakah peraturan sekolah sesuai dan

praktikal ?

2 Adakah kerja- kerja rumah yang disuruh

31

oleh guru cukup dan mudah diselesaikan ?

3 Adakah guru mengambil berat terhadap

masalah pelajar ?

4 Apakah hukuman yang biasanya dikenakan

kepada pelajar yang melanggar peraturan

sekolah yang anda tahu ?