kajian wanita bekerjaya

Upload: sitinadzirah12190

Post on 13-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kajian komuniti

TRANSCRIPT

20

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dan kepada seluruh umat Islam seluruhnya. Syukur kehadrat Allah S.W.T dengan taufik dan hidayah-NYA serta limpah kurniaan-NYA dapatlah kami menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada Dr. Arena Che Kasim pensyarah Kursus Pembangunan Komuniti (SKPM 3053) atas segala nasihat, bantuan, tunjuk ajar, pendapat serta bimbingan yang telah diberikan sehingga selesainya kajian kursus ini. Beliau sangat sabar melayan kerenah kami dan penuh dedikasi mencurahkan idea dan buah fikiran agar kami mampu menyempurnakan kajian ini sehingga keakhirnya.

Ribuan terima kasih kepada responden yang terdiri daripada wanita berkerjaya kerana sudi meluangkan masa serta menjadi responden bagi tajuk kajian kami ini. Para responden telah banyak membantu dan memberi kerjasama yang padu dalam menjawab borang soal selidik dengan seikhlas hati. Sesungguhnya, jawapan anda semua sangat penting bagi menentukan keberkesanan kajian ini.

Rangkaian kata terima kasih akhir sekali ditujukan buat ketua kumpulan dan ahli-ahli kumpulan serta rakan-rakan lain yang turut sama membantu dan berhempas pulas dalam mengharungi pelbagai cabaran sehingga kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Akhir sekali, kami sentiasa bermohon dengan rendah diri memohon kepada Allah S.W.T agar menerima usaha yang sedikit ini sebagai salah satu dari amal soleh untuk mendapat redha dan maksud semata-mata kepadaNYA. Amin Ya RabbalAlamin.

SEKIAN, TERIMA KASIH

BAB I

PENGENALAN

1.1PENGENALAN

Pada zaman globalisasi ini, perkembangan ilmu pengetahuan semakin meluas dan terus maju dari semasa ke semasa. Perkembangan ilmu ini telah membawa kepada pelbagai bidang pekerjaan,tugas dan peranan yang boleh diceburi oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira status, jantina,umur dan sebagainya. Golongan wanita juga tidak terkecuali dalam menceburkan diri dalam alam pekerjaan ini. Penglibatan golongan wanita dalam bidang ini menunjukkan bahawa wanita adalah salah satu golongan yang memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan dan kemajuan negara pada masa kini. Dewasa ini, golongan wanita telah mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing. Ini kerana penciptaan wanita itu amat hebat dan wanita mempunyai keistimewaannya tersendiri. Oleh itu peranannya bukan sahaja di rumah sebagai ibu, isteri malah peranannya sekarang lebih meluas sehingga merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, politik dan ekonomi dan mempunyai pelbagai cabaran yang besar dalam mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya.

Namun begitu, wanita yang bekerja bukanlah faktor yang menghalang mereka untuk menjadi seorang ibu yang mithali dan menguruskan rumah tangga dengan baik. Seiring dengan pengorbanan yang tinggi diperlukan oleh seseorang ibu dalam membahagikan masa dalam menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anaknya, Misalnya, terdapat ramai ibu-ibu mithali yang bekerja berjaya membentuk keluarga dan mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya dalam kehidupannya. Kepuasan dan kebanggaan seorang isteri dan ibu ialah apabila beliau dapat mengecapi kebahagiaan rumahtangga yang dibina dan melihat anak yang dilahirkannya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sama ada di dunia mahupun di akhirat. Sebaliknya, hati seorang ibu akan hancur berkecai bak kaca yang terhempas ke bumi apabila melihat masa depan rumahtangganya menanti kehancuran meskipun beliau amat cemerlang dalam karier yang diceburinya. (Abu Rushd).

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah:

1.2.1 Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bekerjaya dalam menguruskan rumah tangga.1.2.2Mengenal pasti cara-cara mengatasi cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bekerja dalam menguruskan rumah tangga.1.2.3Mengenalpasti impak terhadap kerjaya setelah berumahtangga atau mempunyai keluarga.1.3 PERSOALAN KAJIAN

1.3.1Apakah cabaran-cabaran yang dilalui oleh wanita bekerjaya dalam menguruskan rumah tangga.1.3.2Apakah cara-cara untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bekerjaya dalam menguruskan rumah tangga.

1.4 SKOP KAJIAN

Skop kajian menjerumus kepada pekerja-pekerja wanita yang berada dalam kawasan UKM, pekerja UKM, pekerja swasta, pensyarah-pensyarah wanita UKM, status perkahwinan, cabaran-cabaran dan juga kesan-kesan bekerjaya dalam pengurusan rumahtangga. Skop kajian yang tertumpu kepada pekerja-pekerja wanita yang sudah berumahtangga kerana mereka lebih banyak menghadapi cabaran dalam pembahagian masa bagi menguruskan kerjaya dan tanggungjawab terhadap keluarga terutama sekali mereka yang sudah mempunyai anak dan keluarga yang besar. Skop kajian juga tertumpu kepada cabaran-cabaran bagi wanita bekerjaya dan kesan-kesannya terhadap pengurusan rumahtangga dan kerjaya. BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 KAJIAN LITERATUR

Ramai penyelidik tempatan dan luar negara yang membuat kajian berkaitan dengan wanita dan pekerjaaan. Antaranya, ada yang menilai tahap penglibatan wanita dalam pekerjaan formal yang biasanya boleh dikaitkan dengan struktur penerimaan upah. Siti Hajar (dlm. Rahmah Ismail & Zaini Mahbar, 1996) menganalisis perbezaan upah yang diterima oleh pekerja wanita dalam industri pembuatan. Upah ditentukan oleh jenis pekerjaan dan industri. Pekerjaan yang sama boleh menawarkan upah yang berbeza sekiranya berada dalam industri yang berbeza. Masitah Mohd. Yatim (1992) cuba membincangkan tentang isu-isu berkaitan dengan pekerjaan wanita dan pembangunan keluarga. Beliau mendapati bahawa bekerja tidak menghalang wanita berperanan dalam rumahtangga. Wanita bekerja mampu mengurus masa dengan baik bagi memenuhi tugas-tugas harian sama ada di tempat kerja atau di rumah. Menurut Siti Hasimah (2011), melihat pada kemajuan semasa dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini, ramai golongan wanita yang melibatkan diri dengan alam pekerjaan. Bagi wanita yang telah berkeluarga misalnya, mungkin dengan cara melibatkan diri mereka dengan pekerjaan akan dapat meringankan beban suami masing-masing dalam mencari nafkah dengan tujuan dapat memberikan keselesaan kepada anak-anak mereka. Penglibatan wanita yang telah berumah tangga dalam bidang pekerjaan telah mengundang pelbagai konflik dan cabaran yang terpaksa ditempuhinya. Cabaran ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir wanita yang mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga mereka demi menjaga kepentingan kerjayanya sehingga secara tidak langsung telah menyebabkan timbulnya krisis dalam menguruskan rumah tangga.Kajian berkaitan dengan wanita dan pekerjaan juga banyak dilakukan di negara-negara maju. Einhor (dlm.Date-Bah, 1997) yang membuat kajian di Timur Tengah Eropah pada tahun 1989 menyatakan bahawa pengenalan kepada teknologi baru ada kaitan dengan penggantian tenaga buruh wanita oleh jentera. Penggunaan teknik pengeluaran baru seperti teknologi maklumat, automasi boleh ubah, atau menggunakan robot bermakna kemajuan kualitatif dalam keadaan kerja dan mengakibatkan kemerosotan kadar penglibatan wanita dalam bidang yang berkaitan. Keadaan ini terbukti dengan penurunan kadar pelajar perempuan yang mengambil latihan vokasional dalam bidang pemprosesan data, elektronik dan pekerjaan teknikal lain antara tahun 1980 adan 1989. Oleh yang demikian, kaedah latihan berinovatif harus dilaksanakan. Peranan wanita dalam masyarakat sudah banyak berubah di kebanyakan negara Barat. Menurut Davidson dan Copper (1992) juga Powell dan Graves (2003), wanita bekerja berhadapan dengan berbagai-bagai bentuk masalah di tempat kerja dan juga di rumah. Keadaan ini boleh menghalang peluang untuk maju dalam kerjaya mereka dan kesukaran memegang jawatan pada tahap yang lebih tinggi dalam hierarki organisasi. Adalah lebih baik bagi syarikat mewujudkan peraturan yang boleh mengurangkan tekanan ke atas wanita bekerja khususnya yang mempunyai keluarga seperti melaksanakan program waktu kerja yang fleksibel, perancangan kerjaya dan latihan, dan kemudahan penjagaan kanak-kanak. Momsen (1991) telah membincangkan mengenai wanita dan pembangunan dalam Dunia Ketiga. Kadar penglibatan wanita adalah sangat rendah dalam negara Islam Afrika Utara dan kadar sangat tinggi di bahagian Sahara Afrika Selatan. Amerika Latin dan Asia Selatan mempunyai kadar yang rendah sementara Asia Tenggara mempunyai kadar penglibatan wanita yang tinggi. Di Asia Tenggara, pertumbuhan kilang-kilang yang mengambil ramai wanita muda bekerja telah meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor perindustrian. Di negara China, kaum wanita berhenti kerja apabila mencapai umur 35 tahun. Keadaan ini juga berlaku di negara Caribbean, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Persaraan awal bagi pekerja wanita juga sering berlaku kerana mereka tidak lagi memerlukan wang untuk membiayai tanggungan, anak-anak sudah dewasa dan mampu menanggung ibu bapa mereka.Wanita juga akan meninggalkan kerja bagi membolehkan mereka menjaga cucu dan memudahkan anak perempuan untuk keluar bekerja.Perbincangan dalam kajian-kajian yang lepas umumnya didapati banyak bertumpu kepada isu penglibatan wanita dalam aktiviti ekonomi sahaja. Sangat kurang perhatian diberikan kepada persoalan berkaitan dengan masalah yang dihadapi secara khusus di rumah dan juga di tempat kerja dan cara-cara untuk melestarikan pekerja wanita ini dalam pasaran buruh. Kajian ini berusaha untuk menyumbang dalam memenuhi kekurangan tersebut.

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian Wanita Berkerjaya ini, responden yang dipilih terdiri daripada kalangan wanita berkerjaya di sekitar kawasan Bangi. Pelbagai kaedah telah digunakan dalam menentukan dan mencari sumber-sumber data bagi memenuhi aspek kajian ini, antaranya :

1. Soal Selidik.

Beberapa soalan dan pertanyaan telah dirangka berpandukan daripada skop persoalan kajian. Soal selidik yang dibina terdiri daripada 10 soalan. 5 Skala Likert digunakan untuk mengukur jawapan daripada responden-responden. Dalam masa yang sama, 2 soalan terbuka telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Sebanyak 20 cetakan soal selidik telah diedarkan. Dengan bantuan soalan ini juga, pelbagai maklumat telah diperolehi data-data bagi melengkapkan kajian ini.

2. Kaedah Tinjauan.

Dalam kajian ini, kaedah tinjauan adalah tumpuan bagi mengumpul data-data serta maklumat. Kajian telah dijalankan di kawasan sekitar Bangi. Tinjauan serta pemerhatian mengenai aspek sosial dan komunikasi diberi penekanan. Dari sini, pelbagai aspek penelitian yang berkaitan diguna pakai untuk tujuan kajian.

3. Bahan-bahan Rujukan.

Pelbagai bahan rujukan dari pelbagai sumber digunakan dengan memberi pendekatan terhadap bahan-bahan seperti jurnal, buku, majalah, artikel serta keratan akhbar yang boleh di dapati di perpustakaan. Bahan-bahan dari internet serta laman sosial turut dijadikan sumber rujukan dalam kajian ini.

4. Analisis daripada data statisitik.

Daripada data yang diperolehi, analisis dan perbincangan telah dijalankan agar segala perincian yang diperoleh menepati dan bercirikan fakta yang benar dan bernas. Data yang diperolehi kemudiannya akan dianalisis.

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 DAPATAN KAJIAN

Pengenalan

Borang soal selidik ini dibentuk adalah untuk menjalankan kajian kami yang bertajuk Implikasi Wanita Berkerjaya Terhadap Pengurusan Keluarga. Borang soal selidik ini mengaandungi tiga bahagian iaitu bahagian A berkaitan dengan latar belakang Wanita tersebut. Manakala Bahagian B pula berkaitan pendapat responden yang menggunakan soalan berskala likert dan bagi Bahagian C pula berkaitan pendapat responden menegenai masalah yang dihadapi mereka yang berkaitan isu yang kami kaji.

Bahagian A

Bahagian A telah dipecahkan kepada 10 bahagian iaitu mengenai latar belakang responden seperti umur, bangsa, tahap pendidikan, agama, pekerjaan, purata pendapatan, tempoh bekerja, usia perkahwinan, status pekerjaan suami dan bilangan anak.

Bahagian B

Dalam bahagian ini membincangkan tentang data-data yang diperolehi hasil dari kajian yang telah dijalankan. Dapatan kajian ini telah diperolehi dari beberapa kaedah kajian yang telah dilaksanakan, antaranya ialah kaedah soal selidik. Sebanyak 10 soalan menggunakan skala likert telah diaplikasikan dalam soalan ini. Skala-skala tersebut terbahagi kepada lima iaitu skala sangat tidak setuju, skala tidak setuju, skala tidak pasti, skala setuju dan skala sangat setuju. Data-data daripada 11 soalan menggunakan skala likert dan 4 soalan terbuka yang terdapat dalam borang kaji selidik dihuraikan dalam bentuk graf dan carta pai. Huraian hasil kajian yang diperolehi daripada 20 responden yang telah terpilih akan diterangkan dalam bahagian dapatan kajian ini. Dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk peratusan agar rujukan di masa hadapan akan menjadi lebih mudah.Bahagian CSoalan terbuka

Soalan terbuka berkaitan pendapat responden secara bertulis serta menyatakan sebab-sebab mereka menyatakan pendapat tersebut. Terdapat dua soalan terbuka yang diutarakan. Melalui soalan jenis terbuka ini, beberapa pendapat serta cadangan daripada responden-responden telah diterima serta beberapa pendapat terbaik daripada responden turut disertakan. Selain memberi pandangan responden turut berkongsi pengalaman yang mereka telah lalui. ANALISA DATA

Bahagian A: Demografi

Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B, dan C. Bagi Bahagian A, soalan adalah mengenai ciri demografi responden yang mengandungi 10 soalan dan wajib dijawab oleh responden.Soalan Pertama

1) Umur Umur (tahun)

Bilangan responden (orang)

20-25 tahun1

26-30 tahun3

31-35 tahun5

36-40 tahun4

41-45 tahun3

46-50 tahun 2

51-55 tahun1

56-60 tahun 1

Jadual 1.1 menunjukkan bilangan pecahan responden dari usia / umur yang berbeza, manakala Carta Pai 1.2 menunjukkan peratusan pecahan umur tersebut

Jadual 1.1 Bilangan pecahan responden (umur/usia)

Carta Pai 1.2 Peratusan pecahan umur/usia (%)2) Bangsa

Soalan kedua mengenai Bangsa, Jadual 2.1 menunjukkan bilangan pecahan mengikut bangsa, manakala Carta Pai 2.2 menunjukkan peratusan pecahan mengikut bangsa.

Bangsa

Bilangan Responden (Orang)

Melayu19

Cina1

India0

Lain-Lain0

Jadual 2.1 Jumlah pecahan (Bangsa)

Carta Pai 2.2 Peratusan pecahan bangsa (%)3) Tahap PendidikanBagi soalan ketiga merupakan Tahap Pendidikan responden, Jadual 3.1 menunjukkan bilangan pecahan tahap pendidikan responden, manakala Carta Pai 3.2 menunjukkan peratusan tahap pendidikan.

Tahap Pengajian

Bilangan Responden (Orang)

SPM7

Diploma 8

Sarjana Muda4

Sarjana1

PhD0

Lain-lain0

Jadual 3.1 Bilangan pecahan (Tahap Pengajian)

Carta Pai 6.2 Peratusan tahap pengajian (%)4) Agama

Bagi soalan keempat merupakan pecahan mengikut Agama, Jadual 4.1 menunjukkan jumlah pecahan agama, manakala Carta Pai 4.2 menunjukkan peratusan.

Agama

Bilangan Responden (Orang)

Islam20

Buddha0

Hindu0

Lain-Lain0

Jadual 4.1 Jumlah pecahan mengikut (Agama)

5) Pekerjaan Bagi soalan kelima, mengenai pekerjaan responden. Jadual 5.1 menunjukkan bilangan pecahan kpekerjaan responden, manakala Carta Pai 5.2 pula menunjukkan peratusan pekerjaan reaponden.Pekerjaan

Bilangan Responden (Orang)

Kerajaan16

Swasta2

Bekerja Sendiri2

Lain-lain0

Jadual 5.1 Jumlah pecahan pekerjaan responden

Carta Pai 5.2 Peratusan pecahan pekerjaan responden (%)

6) Purata PendapatanBagi soalan kesepuluh, mengenai Sumber Perbelanjaan responden. Jadual 6.1 menunjukkan bilangan sumber perbelanjaan yang berbeza responden, manakala Carta Pai 6.2 pula menunjukkan nilai peratusan.

Pendapatan

Bilangan Responden (Orang)

RM 1000-20003

RM 2001-300011

RM 3001-40006

RM 4001-5000 0

Lebih daripada RM5000 0

Jadual 6.1 Jumlah (Sumber Pendapatan)

Carta Pai 6.2 Nilai peratusan jumlah sumber pendapatan (%)7) Tempoh BekerjaBagi soalan ketujuh iaitu, Tempoh bekerja. Jadual 7.1 menunjukkan bilangan tempoh bekerja responden, manakala Carta Pai 7.2 menunjukkan jumlah peratusan tempoh bekerja responden.

Tempoh Bekerja

Bilangan responden (Orang)

1-5 tahun5

6-10 tahun4

11-15 tahun4

16-20 tahun 4

21-25 tahun 0

26-30 tahun 3

Jadual 7.1 Jumlah (Tempoh bekerja)

Carta Pai 7.2 Jumlah peratusan tempoh bekerja (%)8) Usia PerkahwinanBagi soalan kelapan adalah pecahan mengikut Usia Perkahwinan, Jadual 8.1 menunjukkan jumlah bilangan tempoh usia perkahwinan responden, manakala Carta Pai 8.2 menunjukkan peratusannya.

Usia PerkahwinanBilangan Responden (Orang)

1-5 tahun6

6-10 tahun 5

11-15 tahun 2

16-20 tahun7

Jadual 8.1 Jumlah bilangan (usia perkahwinan)

Carta Pai 8.2 Jumlah peratusan usia perkahwinan (%)

9) Status pekerjaan suamiBagi soalan kesembilan adalah pecahan mengikut Status pekerjaan suami, Jadual 9.1 menunjukkan jumlah bilangan suami respoden yang bekerja, manakala Carta Pai 9.2 menunjukkan peratusannya.

Status pekerjaan suami

Bilangan Responden (Orang)

Ya 19

Tidak 1

Jadual 9.1 Jumlah bilangan (Status pekerjaan suami)

Carta Pai 8.2 Jumlah peratusan (%) 10 ) Bilangan anak

Bagi soalan yang terakhir merupakan pecahan mengikut bilangan anak, Jadual 10.1 menunjukkan jumlah pecahan bilangan anak, manakala Carta Pai 10.2 menunjukkan peratusannya.

Bilangan anak

Bilangan Responden (Orang)

1-2 orang12

3-4 orang4

5-6 orang3

Lebih daripada 6 orang1

Jadual 10.1 Jumlah pecahan mengikut (bilangan anak)

Carta Pai 7.2 Peratusan mengikut bilangan anak (%)

BAHAGIAN B

PENDAPAT RESPONDEN

Skala Likert

Sangat Tidak Setuju

Berdasarkan rajah di atas, bagi soalan satu sebanyak 15% iaitu tiga orang yang sangat tidak bersetuju. Manakala, bagi soalan tiga hingga enam adalah 30% yang sangat tidak setuju terhadap soalan tersebut iaitu seramai 6 orang. Bagi soalan tujuh ialah 0% iaitu tiada seorangpun yang sangat tidak bersetuju serta 0% bagi soalan lapan serta sembilan dan sepuluh. Tidak Setuju

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 13% iaitu tiga orang responden yang tidak bersetuju bagi soalan pertama. Manakala bagi soalan dua, terdapat 40% iaitu seramai 8 orang responden yang tidak bersetuju. Sebanyak 10% iaitu dua orang respoden yang tidak bersetuju bagi soalan tiga. Bagi soalan empat, seramai dua orang responden iaitu 10% yang tidak bersetuju. Bagi soalan lima hingga sepuluh majoritinya tidak bersetuju terhadap soalan yang dinyatakan.

Tidak Pasti

Berdasarkan carta pai di atas, 0% yang tidak pasti bagi soalan satu. Manakala 0% bagi soalan nombor dua. Seramai dua orang iaitu sebanyak 10% yang tidak pasti bagi soalan nombor tiga da soalan empat . Manakala, bagi soalan lima, enam dan tujuh iaitu sebanyak 25 % bersamaan dengan lima orang responden menjawab tidak pasti. Namun begitu, bagi soalan lapan dan sembilan seramai seorang yang memberi jawapan tidak pasti yang bersamaan 5%. Bagi soalan sepuluh pula sebanya 50 % yang memberikan jawapan yang tidak pasti.Setuju

Berdasarkan carta pai di atas, dapat dilihat bahawa sebanyak 40% iaitu seramai 8 orang yang bersetuju bagi soalan pertama. Manakala, bagi soalan dua dan tiga sebanyak 60% iaitu dua belas orang responden yang bersetuju. Bagi soalan empat sebanyak 35% iaitu seramai 7 orang responden yang bersetuju. Pada soalan lima pula iaitu 30% ataupun 6 orang responden bersetuju untuk soalan tersebut. Bagi soalan enam sebanyak 0% . Untuk soalan tujuh, sebanyak 40% yang bersetuju iaitu melibatkan seramai 8 orang responden. manakala, bagi soalan lapan sebanyaka 55% serta sembilan 30% iaitu 6 orang responden bersetuju tentang soalan tersebut serta 10% iaitu satu orang bersetuju bagi soalan sepuluh.

Sangat Setuju

Berdasarkan carta pai di atas, dapat dilihat bahawa sebanyak 25% iaitu 5 orang responden yang sangat setuju terhadap soalan pertama. Bagi soalan dua, iaitu 15% ataupun 3 orang yang sangat bersetuju. Bagi soalan tiga pula, sebanyak 25% iaitu 5 orang yang telah memilih sangat setuju. Manakala, bagi soalan empat iaitu 45% ataupun 9 orang yang sangat bersetuju. Sebanyak 10% iaitu dua orang yang sangat setuju bagi soalan lima, 5% iaitu seorang responden sangat setuju bagi soalan enam. Sebanyak 25% bagi soalan tujuh yang sangat setuju iaitu lima orang. Bagi soalan lapan, sembilan dan sepuluh adalah sebanyak 10%, 35% dan 0% iaitu sebanyak 2 dan 7 orang responden yang sangat setuju.BAHAGIAN C

SOALAN TERBUKA

SOALAN 1Apakah faktor-faktor yang mendorong anda meneruskan kerjaya walaupunsudah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab besar untuk dipikul ?

Berdasarkan soal selidik yang dikaji, majoritinya kaum wanita bekerja adalah disebabkan masalah ekonomi,, kewangan dan ingin membantu meringankan beban suami mereka. Sebanyak 11 orang responden yang mempunyai masalah ekonomi iaitu sebanyak 55% manakala 9 orang bekerja adalah disebabkan faktor-faktor lain iaitu sebanyak 45%.

SOALAN 2

Bagaimanakah anda mengatasi cabaran dalam menguruskan rumah tangga dan kerjaya?

Berdasarkan soal selidik kebanyakkan responden memberi pandangan mereka sendiri. Namun kebanyakkannya lebih pandai dalam menyusun masa dan membahagikan masa sebaagaai isteri daan juga sebagai pekerja. Disamping itu juga, responden dibantu oleh suami dalam menguruskan rumah tangga mereka.BAB V

KESIMPULAN5.1 KESIMPULANDalam kajian proposal ini telah menunjukkan isu cabaran wanita bekerja masa kini bukanlah menjadi satu perkara yang mustahil lagi. Perbezaan gender juga boleh dikatakan telah mampu difahami dan diterima oleh sesetengah kaum lelaki. Boleh dikatakan, banyak masalah yang dikaitkan dengan isu perbezaan gender umumnya telah mampu diselesaikan dengan lebih baik. Seorang wanita hendaklah berfikiran positif dan juga jangan terlalu meletakkan permintaan yang tinggi dalam satu-satu organisasi jika mereka sudah bekerjaya. Dengan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan, maka hal berkaitan halangan dan cabaran tidak lagi dianggap sebagai satu masalah kerana ia boleh menyukarkan kelancaran untuk menjadi wanita yang bekerjaya pada zaman masa kini, zaman moden yang serba maju.JADUAL KERJA

TUGASANMINGGU

1234567891011121314

Tajuk Tugasan diberikan/

Pencarian Maklumat //

Mengumpul data dan maklumat////////

Menyediakan borang soal-selidik//

Mengedarkan borang soal-selidik//

Menganalisis data//

Pembentangan kumpulan/

Penghantaran kertas projek/

RUJUKAN

Date-Bah E (1997) Promoting gender equality at work. Zed Books, London.

Davidson MJ, Cooper CL (1992) Shattering the glass ceiling: The woman manager. Paul

Chapman, Publishing Ltd., London.

Masitah Mohd. Yatim (1992) Employment of women and family development. Proceedings of

the Colloquium Population Movements, Economic Development and family Change, pp. 103-117.

Momsen J (1991) Women and development in the Third World. Routledge, New York.Powell GN, Graves LM (2003) Women and men in management. Sage Publication, London.

Rahmah Ismail, Zaini Mahbar (1996) Wanita dan pekerjaan. Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi.

Siti Hasimah, Cabaran Wanita Bekerjaya Dalam Menguruskan Rumahtangga: Satu Kajian Dalam

Kalangan Staf Fakulti Pendidikan UTM. Universiti Teknologi Malaysia.

LAMPIRAN