kajian tulisan buruk - hakim yahya

Upload: fazilah-bt-mohd-reba

Post on 31-Oct-2015

406 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

masalah tulisan buruk menjejaskan pembelajaran

TRANSCRIPT

Psikologi Pendidikan TP 1034 Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk

Psikologi Pendidikan TP 1034 Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk2013

KAJIAN KES: TULISAN BURUK DAN CARA MEMBANTUKE ATAS MURID PEMULIHAN

PENGHARGAANSaya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kajian tindakan yang bertajukTULISAN BURUK DAN CARA MEMBANTU KE ATAS MURID PEMULIHAN dapat disempurnakan walaupun menghadapi banyak rintangan untuk menjayakan kajian kes ini. Dalam pengajian TP 1034 Psikologi Pendidikan, seseorang guru perlu peka dengan keadaan murid, masalah sekolah dan isu-isu psikologi yang perlu diselesaikan. Pada akhir pengajian ini, saya berharap ilmu yang dipelajari dapat memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid.Faktor utama yang mendorong saya membuat kajian tulisan buruk adalah kerana saya mendapati banyak murid linus (lamabt mengusai membaca dan menulis) yang mengikuti kelas Porgram Bimbingan Mutiara (PROBIM) mempunyai masalah dalam tulisan. Kebanyakan huruf yang ditulis tidak mengikut peraturan, tidak mengikut ruang yang betul dan menulis dengan ejaan yang salah atau tertinggal huruf. Dengan adanya kajian ini dapatlah kiranya saya membantu murid untuk membentuk disiplin penulisan agar kemas dan mudah difahami. Kebanyakan guru Bahasa Melayu kurang memberikan perhatian dalam perkara ini. Menerusi kajian ini, semua pihak sewajarnya memahami tentang bentuk huruf adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran terutama dalam subjek bahasa. Sepanjang proses pelaksanaannya, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah dan Ikram Musleh yang memberi peluang kepada saya untuk mengikuti Syahadah Perguruan Ikram-Musleh khususnya pengajian TP 1034 Psikologi Pendidikan. Sekalung penghargaan ditujukan khas kepada Cikgu Che Azmi bin Harun mewakili Institut Pengajian Raja Melewar dan merupakan akhi Ikram yang telah memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya untuk melakukan kajian ini bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru Bahasa Melayu yang mengajar murid ini iaitu Muallimah Yusliza bt Shahrial, guru mentor murid iaitu Muallimah Nurul Farihah bt Alias yang sudi untuk ditemuramah dan memberikan banyak maklumat kepada saya dalam segala aspek kajian. Semoga dengan adanya kajian tindakan ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak yang memerlukannya pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk melihat masalah dalam kemahiran tulisan murid yang buruk, tidak ikut peraturan dan tidak kemas. Kajian ini melibatkan seorang murid bernama Hakim bin Yahaya dari kelas Program Bimbingan Mutiara (PROBIM) di Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah dalam Tahun 3. Kaedah pemerhatian dibuat terhadap hasil penulisan murid seperti buku latihan, lembaran kerja serta beberapa pemerhatian terhadap tingkah laku yang dikaitkan dengan tulisan buruk. Selain itu, ujian menulis turut diberikan kepada Hakim bagi melihat dengan lebih mendalam masalah kemahiran tulisan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa mekanisma tindakan bagi memperbaiki tulisan tangan iaitu secara fizikal, latih tubi menulis dan membina keseragaman tulisan tangan. Di samping itu, teknik dalam perubahan tingkah laku dari segi ganjaran dan motivasi serta latihan menyebut dan menulis memberi kesan yang baik kepada Hakim dalam menyalin dan membina ayat yang lengkap dan sempurna.

BAHAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKANAntara peralatan atau bahan yang digunakan dalam mengkaji tulisan buruk ini adalah :1. Buku tulis murid2. Buku aktiviti murid3. Catatan guru subjek yang mengajar 4. Temubual dengan guru subjek dan guru mentor5. Buku rujukan6. Bahan daripada internet7. Temubual subjek8. Temubual menerusi telefon (ibu bapa)9. Keputusan peperiksaan dan ujian10. Fail peribadi murid11. Kamera12. Kertas dan alat tulis

PENGENALANMasalah murid dalam pembelajaran terutamanya dalam penulisan merupakan satu isu yang perlu dititik beratkan kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Isu ini merupakan masalah yang umum bagi murid-murid sekolah. Masalah kemahiran tulisan mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006). Smith (1998) menjelaskan bahawa ramai murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis dan kemahiran tulisan mekanis ini memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol. Pengamatan terhadap bentuk-bentuk huruf yang pelbagai dan mengikut kategori huruf besar dan kecil banyak memberi kesan kepada murid pendidikan khas. Dalam kes ini, tulisan tangan yang buruk, tidak konsisten dan seragam, masalah dalam penggunaan ruang-jarak, huruf, perkataan atau ayat tertinggal, dan kesilapan dalam memasukkan huruf-huruf yang sesuai dalam ayat selalunya dikaitkan dengan disgrafia. Definisi bagi disgrafia adalah luas dan lazimnya ditakrifkan sebagai masalah pembelajaran yang sering dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan yang tidak kemas, tidak betul dan sukar dibaca serta bermasalah dalam memindahkan maklumat pada kertas. Ini adalah kerana menulis memerlukan satu set kemahiran motor halus dan kemahiran memproses maklumat (Deuel, 1995). Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini adalah seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul, mudah penat apabila menulis atau menyalin ayat, pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan (contoh: Sabtu ditulis sabut), ayat yang tidak lengkap, susunan ayat tidak kemas dan seragam serta menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti mengelak apabila diarahkan menulis pada papan putih dan membaca. Terdapat tiga kategori disgrafia yang dikenal pasti iaitu Dyslexic Dysgraphia yang mana hasil penulisan spontan adalah sukar dibaca. Walau bagaimanapun, tulisan mereka boleh dibaca apabila menggunakan kaedah menyalin semula perkataan atau meniru perkataan. Kanak-kanak dalam kategori ini juga menghadapi kesukaran dalam mengeja tetapi tidak semestinya mereka mengalami masalah membaca atau disleksia. Kategori kedua adalah Motor Dysgraphia yang didefinisikan sebagai masalah yang disebabkan oleh kekurangan dari segi kemahiran motor halus. Kanak-kanak ini sering menunjukkan tulisan yang tidak boleh dibaca walaupun ianya menulis menggunakan kaedah menyalin semula ayat. Spatial Dysgraphia pula merupakan kategori ketiga. Kanak-kanak kategori ini sebenarnya mempunyai kebolehan mengeja yang normal. Namun begitu, hasil tulisan tangan masih sukar dibaca sama ada penulisan secara spontan atau menyalin semula (Deuel, 1995).LATAR BELAKANG MURID YANG DIKAJIAhmad Hakim bin Yahya atau lebih mesra dengan nama Hakim, seorang anak bongsu daripada 11 orang adik-beradik. Berumur 9 tahun, murid ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sibuk dengan perniagaan. Kebanyakan adik-beradik Hakim berjaya mencapai tahap pendidikan yang membanggakan iaitu sampai ke peringkat pengajian tinggi. Sembilan orang adik-beradiknya telah menjangkau umur lebih dari 16 tahun dan ke atas. Hanya Hakim dan abangnya yang berumur 11 tahun sahaja yang masih bersekolah rendah. Perwatakannya yang pemalu dan agak pendiam, menjadikan dirinya kurang menonjol berbanding dengan adik-beradik yang lain. Ibu bapa Hakim sangat sibuk menjalankan urusan perniagaan bermula jam 3 petang hingga 11 malam. Kebanyakan urusan hidupnya pada waktu persekolahan diuruskan oleh kakak yang bersekolah menengah dan selebihnya dia terpaksa berdikari. Menerusi temubual perseorangan dengannya, Hakim lebih banyak menggunakan masa senggangnya untuk bermain bola dan bermain permainan internet daripada mengulang kaji pelajaran atau membaca buku. Kerja rumah hanya dibuat apabila disuruh oleh ibunya. Murid ini kekurangan bimbingan daripada orang tuanya untuk menelaah pelajaran apalagi untuk latihan menulis. Persekitaran kehidupan turut mempengaruhi tingkah laku Hakim seperti faktor masa senggang yang tidak diurus dengan baik, pengaruh rakan sebaya yang lebih suka mengajak bermain dan tiada disiplin atau peraturan di dalam rumah untuk menentukan jenis aktiviti yang berfaedah seperti jadual belajar. Oleh itu, murid tiada kesediaan untuk belajar di rumah mahupun di sekolah. Menurut guru bahasa Melayu yang mengajarnya, Hakim masih bermasalah untuk menguruskan peralatan sekolah seperti tertinggal alat tulis, buku tulis dan buku teks mengikut jadual harian. Di dalam kelas, Hakim juga suka mendiamkan diri dan kurang bercakap. Dari segi pembelajaran, Hakim lebih mendiamkan diri jika tidak memahami arahan atau tidak faham dengan topik yang dibincangkan oleh guru. Hakim mula mengikuti kelas pemulihan yang dikenali dengan nama Program Bimbingan Mutiara sejak tahun 2012. Pada mulanya, murid ini didapati lambat membaca dan menulis. Setelah menjalani program tersebut, Hakim telah menunjukkan perubahan positif iaitu dapat membaca dengan baik walaupun agak lambat sebutannya. Dari segi penulisan pula, Hakim mempunyai masalah tulisan yang buruk serta sukar dibaca serta menulis dengan lambat. Oleh itu, fokus kajian ini lebih menumpukan kepada kaedah pembaikan tulisan.

PERNYATAAN MASALAHKemahiran menulis adalah asas kepada pendidikan yang lebih baik bagi murid menguasai kemahiran asas 3M. Guru perlu peka terhadap bagaimana dan apakah mekanisme yang boleh membantu murid bermasalah dalam menulis. Ini adalah kerana terdapat perkaitan antara menulis dengan bagaimana proses motor halus dan psikologikal murid itu sendiri (Deuel, 1995). Secara umumnya, proses dalam pengajaran dan pembelajaran banyak menumpukan kepada satu kaedah yang sesuai bagi murid pendidikan khas. Poses mengajar akan lebih mencabar dengan beberapa pengubahsuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid perlu dibimbing dan memerlukan tunjuk ajar yang lebih dan ini akan dapat membantu murid. Murid sekolah kebanyakannya boleh menulis tetapi sesetengahnya dalam cara yang tidak betul. Cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan (Sassoon, 1993). Dalam mengajar celik huruf, kadang-kadang guru kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul. Sassoon (1993) mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Pendedahan kepada cara dan teknik menulis yang betul pada peringkat awal boleh membantu murid membentuk kemahiran dalam menulis. Ini termasuklah dalam keseragaman tulisan, tatacara menulis yang betul dan tumpuan dalam menulis. Namun, mengikut Sassoon, bagi kanak-kanak disgrafia, ...your writing is distorted and incorrect. In children, dysgraphia usually starts when they begin writing for the very first time. The alphabets may be of different sizes in a single word or inappropriately spaced. They may keep on writing the wrong words or get their spelling incorrect despiteyou teaching them the same thing many times.... (ms 96)Kanak-kanak yang mempunyai tulisan buruk perlu dibimbing mengggunakan teknik-teknik yang sesuai agar masalah menguasai kemahiran asas menulis dapat dikurangkan. Kekurangan dari segi kemahiran menulis boleh membawa kepada pandangan yang buruk terhadap murid. Rasa rendah diri dan kurang keyakinan terutamanya apabila menulis di hadapan rakan-rakan lain dan guru boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran serta kebolehan murid tersebut.

TUJUAN KAJIANTujuan kajian dijalankan adalah bagi melihat dengan lebih dekat tulisan tangan Hakim yang buruk dan cara membantu murid mengatasinya. Seterusnya, pengaplikasian beberapa teknik bagi membantu murid agar berupaya menulis dengan baik menggunakan cara menyalin semula perkataan dan juga membina ayat turut dikaji. Ini kerana memahami teknik menulis, bantuan dan kaedah yang betul mengikut langkah-langkah tertentu akan dapat membantu Hakim dari segi perubahan penulisan yang lebih baik. Di samping itu, Hakim dapat berupaya dan mengamalkan teknik kemahiran tulisan mekanis yang betul. Kajian ini juga bertujuan untuk mengubah proses penulisan secara fizikal dan perubahan tingkah laku Hakim. Graham dan Harris (l989) serta Morrocco dan Newman (l986) mendapati bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran selalunya mendapat kebaikan apabila penekanan terhadap proses-proses menulis dapat ditumpukan seperti membuat perancangan, draf, ulangkaji dan mengubahsuai. Selain itu, dengan ada kajian ini, pengkaji dapat melihat dengan lebih jelas lagi tentang tulisan buruk dan memberi sedikit pendedahan mengenai isu ini yang mungkin diambil ringan oleh sesetengah guru. Penyampaian mesej yang baik membantu dalam komunikasi dan guru dapat melihat perkembangan prestasi murid terutamanya dalam pemahaman yang memerlukan murid untuk menulis. Penulisan tangan yang baik banyak membantu pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kajian ini, kaedah-kaedah yang sesuai boleh digunakan kepada Hakim dan terutamanya kepada murid pemulihan agar terapi yang sesuai dapat membantu mereka menulis dengan lebih baik dan berupaya membuat ayat dengan sempurna. Graves (1983) melihat bahawa tulisan tangan merupakan satu daripada kaedah komunikasi yang baik terutamanya kepada murid pendidikan khas yang bermasalah dalam bercakap. Secara amnya objektif kajian ini adalah untuk: Memerhatikan tulisan Hakim sama ada menunjukkan ciri-ciri disgrafia berdasarkan teori dan pemerhatian yang telah dilakukan; melihat punca kepada masalah penulisan Hakim yang buruk dan menggunakan kaedah yang sesuai bagi membantu Hakim menulis dengan lebih baik.

BATASAN KAJIANTerdapat beberapa batasan kajian yang telah dikenal pasti dalam membuat kajian ini. Batasan awal yang menyebabkan kurang pengumpulan maklumat ialah jangka masa pemerhatian yang singkat. Pengkaji selaku guru menyedari bahawa perlunya masa yang panjang dalam mengenal pasti lebih banyak masalah murid dalam kemahiran tulisan mekanis. Dengan masa yang lebih panjang, maka pengkaji mungkin akan dapat mengenal pasti serta memilih lebih ramai peserta kajian dan juga dapat melakukan diagnostik yang lebih baik. Selain itu, kaedah-kaedah yang digunakan juga memerlukan masa yang panjang untuk menganalisis hasil kerja murid mengikut proses dan cadangan kaedah yang diutarakan oleh pengkaji selaku guru. Di samping itu, penggunaan ujian pengukuran yang sebenar boleh digunakan bagi melihat masalah ini iaitu dengan menggunakan alat pengukuran IQ seperti Stanford-Binet Intelligence Scales dan Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC). , Wechsler Adult Intelligence ScaleThird Edition (WAISIII) dan Wechsler Preschool and Primary Scale of IntelligenceThird Edition (WPPSIIII). Alat-alat pengukuran ini boleh melihat dengan lebih dekat mengenai koordinasi visual, persepsi dan sebagainya. Namun alat-alat pengukuran ini hanya digunakan di luar Negara. Justeru, hanya alat pengukuran yang sesuai dengan konteks kajian ini telah dihasilkan dan digunakan.KAEDAH KAJIANSeorang murid berumur sepuluh tahun bernama Hakim telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Hakim menghadapi masalah tulisan mekanis. Terdapat dua kaedah utama yang telah digunakan dalam menjalankan kajian ini. Kaedah yang pertama ialah kaedah pemerhatian. Dalam kaedah ini, proses pemerhatian telah dilakukan ke atas Hakim. Dia telah diperhatikan bermula dari cara memegang pensel sehingga ke proses pembentukan huruf, perkataan dan ayat. Kaedah ini memberi fokus kepada kesilapan yang dilakukan oleh Hakim semasa menulis. Pengkaji melakukan pemerhatian ke atas murid secara individu selama dua belas minggu.Hakim dikehendaki menulis perkataan yang telah disediakan serta menulis ayat mudah dalam perenggan pada sesi pengajaran dan pembelajaran semasa kelas Program Bimbingan Mutiara selama tiga puluh minit, dua kali setiap minggu. Di samping itu, tingkah laku dan reaksi murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas juga diperhatikan.Teori Pelaziman Parlov turut diaplikasi dalam membantu murid iaitu dengan mengajar murid menulis pada buku garis dua bermula dari minggu pertama dipanggil masuk ke kelas PROBIM sehinggalah sekarang. Murid diajar menulis mengikut ruang dalam garis dan menunjuk ajar murid menulis mengikut peraturan pelaziman huruf sama ada huruf itu tinggi atau rendah. Sekiranya murid menulis terkeluar daripada ruang garisan atau terlalu kecil, guru akan menyuruh murid membuat pembetulan semula. Kaedah ini sentiasa diulang-ulang sehingga murid dapat menulis menulis dengan kemas. Kaedah ketiga untuk menyokong kaedah kajian yang disebutkan ialah kaedah penilaian dengan cara memberi ujian melalui lembaran kerja. Penilaian dilakukan dengan melihat kekemasan kerja yang dibuat oleh Hakim terutamanya dari segi tulisan tangan. Selain itu, Hakim juga diminta untuk menulis atau membina ayat mudah berasaskan suku kata yang telah diberikan. Dia kemudian membina suku kata dan pada masa ini, kaedah pemerhatian digunakan yang mana pengkaji melihat hasil kerja Hakim dalam bentuk lembaran kerja. Lembaran kerja yang diberikan serta ujian mudah boleh membantu pengkaji melihat kesalahan-kesalahan perkataan dan ayat yang dilakukan oleh Hakim. Data tulisan Hakim direkod menggunakan senarai semak oleh kedua-dua pengkaji bagi tujuan menyemak maklumat yang dikumpul. Kaedah keempat adalah memberi ganjaran dan pujian untuk memotivasikan murid melakukan penambahbaikan tulisan. Menurut teori Skinner, tingkah laku akan berubah apabila diberi peneguhan dengan cara memberi ganjaran dan pujian. Murid diberi ganjaran gula-gula apabila mendapati menunjukkan perubahan tingkah laku dengan menunjukkan perubahan tulisan. Murid dipuji dan diberi tepukan apabila dapat menulis ayat yang dikehendaki dengan kesalahan yang minima. DAPATAN KAJIANHasil pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa teknik menulis yang telah ditunjukkan oleh Hakim. Cara Hakim memegang pensel didapati adalah normal. Dia juga didapati berupaya membentuk huruf dengan baik dan mengikuti cara membentuk huruf yang betul. Dari segi ruang perkataan, Hakim didapati sukar untuk membentuk ruang antara perkataan dan saiz huruf juga tidak konsisten iaitu bercampur aduk dengan saiz besar dan kecil. Selain itu, postur badan Hakim tidak sesuai kerana terlalu membongkokkan badan.Berikut merupakan masalah tulisan yang dikenal pasti. 1. Pegangan pensel: Cara memegang pensel adalah normal dan menggunakan tangan kanan. Walau bagaimanapun, menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan.2. Pembentukan huruf: Hanya sesetengah mengikut tatacara urutan pembentukan huruf yang betul, iaitu mula menulis huruf pada titik permulaan yang tepat dan terus menulis dengan menggunakan arah pergerakan yang betul.3. Saiz huruf: Saiz huruf tidak konsisten, saiz besar dan kecil bercampur aduk.4. Teknik penulisan: Perlu mengikut tata cara yang betul dalam menulis.

Jadual 1.Persamaan Melalui Pemerhatian Dan Perbandingan Ciri-CiriDisgrafia Hakim

Bentuk huruf dan tulisan tidak konsistenCiri-ciri terdapat pada murid

Penggunaan huruf besar dan huruf kecil masih bercampurCiri-ciri terdapat pada murid terdapat huruf besar pada isi ayat

Saiz dan bentuk huruf tidak seragamCiri-ciri terdapat pada murid

Perkataan yang ditulis tidak lengkapCiri-ciri terdapat pada murid

Pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan (Contoh: Sabtu sabut; Ada daa)Ciri-ciri terdapat pada murid

Tulisan banyak salah / terbalik / huruf hilang (Contoh: Paku pku)Ciri-ciri terdapat pada murid

Sukar menulis dengan lurus pada kertas yang tidak bergarisCiri-ciri terdapat pada murid barisan perkataan dan ayat yang ditulis adalah menurun dan menaik

Tiada penjarakkan tulisanCiri-ciri terdapat pada murid perkataan-perkataan yang ditulis bersambung di antara satu sama lain, menyebabkan tulisan amat sukar dibaca

Posisi badan yang tidak betul semasa menulis

Postur badan sangat bongkok semasa menulis dan kedudukan kepala sangat tertunduk dan rapat dengan buku / kertas

Tahap keyakinan diri yang sangat rendah terutamanya apabila diminta menulis di khalayak ramaiMurid mengelak apabila diminta menulis di papan putih

Sangat lambat dalam menyiapkan kerja penulisan

Murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja penulisan yang diberi, meskipun dengan menggunakan kaedah menyalin semula ayat / perkataan

Mudah penat apabila menulis

Murid kelihatan sering berhenti menulis dan bercerita dengan rakan sekelas yang lain sebelum meneruskan semula kerja penulisan yang diberi

Berdasarkan Lembaran Kerja yang telah diberikan kepada Hakim, pengkaji telah mengkategorikan dua aspek utama dalam melihat dengan lebih dekat masalah tulisan buruk yang dihadapi Hakim. Aspek yang dikategorikan ialah dari segi penulisan dan tulisan Hakim. Masalah penulisan yang ketara ini merangkumi masalah ejaan, penggunaan rangkap yang tidak betul serta penggunaan ruang pada setiap ayat yang tidak baik iaitu jarak antara setiap ayat amat dekat. Dari segi penulisan, beberapa masalah ketara yang dihadapi oleh Hakim adalah seperti berikut:1. Masalah ejaan: Dalam setiap aktiviti pada lembaran kerja yang diberikan, didapati satu daripada lima barisan ayat mempunyai masalah ejaan. 2. Pengunaan rangkap: Tidak tahu bila menggunakan rangkap yang sepatutnya.3. Ruang di antara perkataan: Ruang pada ayat yang disalin / dibina secara umumnya menunjukkan masalah ruang yang amat serius iaitu jarak antara dua perkataan amat dekat dan sukar untuk dibezakan.4. Perkataan tidak lengkap: Contoh panggilan ditulis penggila (Sila lihat Rajah 1)5. Pembalikan huruf : Contoh kita ditulis tika Rajah 1 hingga Rajah 6 menunjukkan tulisan tangan Hakim. Hasil pemerhatian daripada lembaran kerja ini menunjukkan berapa kelemahan yang diperolehi. Huruf tidak seragam, ruang yang tidak baik serta mempunyai beberapa kesalahan ejaan dan perkataan yang tidak lengkap.

Rajah 1Tulisan menunjukkan kesalahan ejaan seperti jenayah ditulis janayah, panduan ditulis penduanBerlaku pembalikan huruf/perkataan seperti kita ditulis tikaTulisan tidak seragam dan tidak mengikut peraturan penulisan seperti p kecil ditulis P besar.Huruf tertinggal seperti panggilan ditulis penggila.

Rajah 2Tulisan murid tidak kemas dan tidak tersusun dengan baik selain banyak kesalahan ejaan.Percampuran huruf besar dalam perkataan huruf kecil seperti kerja ditulis kerJa.

Tulisan Hakim menunjukkan ketidak seragaman dan huruf tidak konsisten mengikut saiz dan perkataan yang salah seperti kerja ditulis kerje. Ruang antara perkataan juga tidak sesuai dan ayat masih tidak lengkap.Hakim kemudian telah diberi tunjuk ajar cara penulisan huruf yang betul. Penggunaan jarak menggunakan pensel dan juga garisan lurus sebagai bantuan kepada Hakim menunjukkan keseragaman dalam jarak dan juga kecil besar huruf tersebut. Lembaran kerja yang diberikan oleh Hakim adalah amat panjang. Ini bagi memerhati sejauhmana kesalahan yang mungkin dilakukan oleh Hakim dan juga menilai tingkah lakunya semasa menulis. Hakim diminta menulis pada lembaran kerja yang diberikan menggunakan kaedah salin semula ayat tanpa bantuan guru.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASIRajah 3 menunjukkan kaedah yang digunakan untuk menjarakkan setiap perkataan yang ditulis menggunakan pensel atau sebatang kayu kecil. Rajah 3. Hakim menulis dan menjarakkan ruang menggunakan sebatang pensel.Hasil daripada pemerhatian mendapati Hakim kelihatan lebih selesa menggunakan pensel. Hakim kelihatan tidak janggal menggunakan kaedah ini dan menyatakan bahawa dia amat selesa menggunakan pensel dalam membantunya membuat ruang perkataan. Kesalahan ejaan dan juga perkataan yang tidak lengkap sering ditunjukkan oleh Hakim. Pengkaji telah mengunakan kaedah motivasi dan juga peneguhan positif bagi melihat sebarang perubahan tingkah laku pada Hakim terutamanya apabila menulis. Hakim didapati berhati-hati dengan apa yang ditulis terutamanya ejaan dan juga ayat yang tidak lengkap. Kaedah motivasi dan juga peneguhan ini banyak memberi kesan kerana jika Hakim dapat membuat kerja dengan baik iaitu penulisan amat baik dari segi ejaan dan perkataan yang sempurna, maka dia akan diberi peluang untuk bermain komputer riba. Graves (1983) mendapati bahawa fokus dan tumpuan boleh membantu dalam sesuatu perubahan tingkah laku. Ini bermaksud, Hakim memberi tumpuan yang lebih kepada kerja yang dilakukan jika ganjaran diberikan. Selain itu, pengkaji juga meminta Hakim membaca dahulu sebelum menyalin ayat atau perkataan dengan jelas. Hakim menyebut dengan jelas ayat atau perkataan dan menulisnya pada lembaran kerja. Kaedah ini amat berkesan dalam memberi pemahaman kepadanya tentang apa yang ditulis sama dengan apa yang disebut. Cara pegangan pensel yang betul seperti yang ditunjukkan serta tatacara penulisan huruf seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4 juga didedahkan kepada Hakim dalam setiap pengajaran agar dia dapat menulis abjad dengan lebih cepat dan tepat.

Rajah 4. Contoh tatacara menulis yang perlu dipatuhi oleh murid.Gabungan pegangan pensel dan tatacara yang betul menulis huruf banyak membantu Hakim daripada membuat kesalahan dari segi abjad dan juga keseragaman dari segi saiz huruf yang ditulis. Pensel mesti dipegang secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku hampir menyentuh pensel dengan seboleh-bolehnya ibu jari diletakkan bawah pensel. Graves (1983) menunjukkan kepantasan menulis mempunyai kaitan dengan cara memegang pensel. Selain itu, Graves mendapati terdapat empat kesilapan ketika memegang alat tulis iaitu posisi lengan, penggunaan ibu jari dan jari ketika menyokong dan mengerakkan alat tulis. Faktor ini mempengaruhi kualiti menggaris dan membentuk huruf. Daripada pemerhatian, didapati bahawa guru-guru jarang mengajar murid cara untuk memegang alat tulis.

Rajah 4 Murid menulis dalam keadaan terlalu membongkok Sebelum

Rajah 4Murid menulis dengan posisi badan yang sesuai dengan jarak mataSelepasPenggunaan garisan merupakan satu daripada teknik yang dicadangkan sebagai latihan berterusan kepada murid agar koordinasi tangan dapat dilakukan iaitu dari segi keseimbangan serta keseragaman penulisan tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan Hakim masih menunjukkan kelemahan seperti perkataan yang tidak lengkap. Namun begitu, ruang serta keseragaman penulisan huruf boleh dikatakan ada perkembangan yang baik.

Rajah 5. Tulisan Hakim semasa menjalani kaedah kajian dan selepas melalui pemulihan tulisan.

Rajah 5ATulisan menjadi semakin baik tetapi masih banyak kelemahan seperti huruf p kecil masih ditulis salah, percampuran huruf besar H dalam perkataan huruf kecil.5A (semasa kajian)

Rajah 5BTulisan murid menunjukkan kemajuan setelah menggunakan buku garis dua. Murid boleh menyalin semula perenggan dengan baik.5B (selepas pemulihan)

Rajah 6. Tulisan Hakim setelah melalui pemulihan tulisan.

Rajah 6Tulisan murid menunjukkan kemajuan setelah menggunakan buku garis dua. Murid boleh menyalin semula perenggan dengan baik. Berdasarkan Rajah 6, tulisan Hakim telah menunjukkan kemajuan seperti susunan huruf yang teratur, kemas dan mengikut peraturan huruf walaupun masih ada kelemahan lagi seperti keseimbangan huruf tinggi dan rendah dan kesalahan ejaan. KESIMPULANBerdasarkan kajian yang dijalankan, beberapa cadangan tindakan pemulihan berikut boleh dilakukan dalam kalangan murid-murid yang menghadapi isu kemahiran menulis dan penulisan.1. Isu Ruang: Menggunakan pensel sebagai alat menjarakkan setiap ayat.2. Keseragaman huruf: Menggunakan buku petak atau bergaris.3. Pembentukan huruf: Mengikuti kaedah tatacara yang betul dalam menulis (huruf besar dan kecil).4. Teknik pegangan pensel dan posisi badan: Memegang pensel mengikut kaedah yang betul dan selesa bagi murid.5. Masalah ejaan: Membaca sambil menulis.6. Perkataan tidak lengkap: Konsentrasi, motivasi dan memberi masa yang lebih kepada murid untuk menulis berbanding dengan murid yang lain.Antara motivasi yang digunakan dalam membimbing murid yang bermasalah pembelajaran ini adalah seperti:6.1 Pendekatan kasih sayangMenggunakan pendekatan kasih sayang seperti yang terapkan oleh Rasullullah saw dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan dakwah kepada umatnya. Pengkaji perlu bersikap lemah-lembut sesuai dengan murid seperti maksud Allah dalam firman-NYa dalam Surah Ali Imran : 159 yang bermaksud :Sesungguhnya dengan rahmat daripada Allah, engkau (Muhammad saw) bersikap lemah-lembut kepada mereka (orang beriman yang telah melakukan kesalahan itu), kerana sekiranya engkau bersikap kasar lagi keras hati tentu sekali mereka menjauhkan diri daripada sekeliling engkau. Maafkanlah mereka dan mintalah keampunan untuk mereka serta ajaklah mereka bermusyawarah dalam urusan (kehidupan) itu. Apabila hati kamu telah nekad, maka bertawakallah kepada Allah (kerana) sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal.Seorang pendidik mestilah bersikap lemah-lembut terhadap anak-anak didik supaya nasihat yang disampaikan berkesan terhadap murid. Berdasarkan kajian, murid-murid lebih sayang akan guru yang bersikap lemah-lembut terhadap murid mereka.6.2 Pendekatan one to one learning Selain itu, pengkaji juga menggunakan pendekatan one to one learning iaitu mengambil masa yang khusus dalam tempoh tertentu bagi menumpukan perhatian pengkaji dalam membantu murid. Pengkhususan seperti ini banyak membantu mengenal pasti kelemahan murid dan masalah lebih mudah diatasi. Hubungan dua hala dapat dijalinkan kerana murid lebih kerap bertanya guru dan guru banyak memberi pendapat dan cadangan agar murid menjadi lebih berkeyakinan.6.3 Ganjaran dan pujian; Teori SkinnerApabila murid telah menunjukkan perubahan sikap dan peningkatan dalam pembelajaran, pengkaji telah memberi pujian dan hadiah bagi mendorong emosi murid agar terus meningkatkan kecemerlangan diri. Murid kelihatan lebih ceria dan bersemangat dan telah menunjukkan kerajinan untuk menulis dengan lebih kemas.

PENUTUPTerdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang pengkaji dapati semasa menjalankan kajian ini. Kelebihan dan kekurangan ini akan membantu pengkaji dari segi penambahbaikan dan pencarian kaedah yang lebih baik untuk kajian lapangan pada masa hadapan. Kelebihan daripada kajian ini adalah masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dapat dilihat dengan lebih jelas dan masalah ini mungkin diabaikan oleh sesetengah guru. Kajian ini juga dapat membantu Hakim menangani masalah di dalam kelas dan membantunya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, latihan serta terapi yang sesuai boleh digunakan apabila masalah telah dikenal pasti bagi membolehkan pengkaji untuk memerhati dan melihat masalah lain yang mungkin wujud pada murid-murid yang lain.Beberapa kelemahan telah dikenal pasti dalam kajian ini. Antaranya ialah pengujian sebenar perlu dilakukan agar pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut masalah tulisan Hakim. Latihan demi latihan yang berpanjangan perlu dilakukan bagi membantu Hakim dalam menangani masalah yang dihadapi. Pelaksanaan yang berperingkat dan sistematik perlu dilakukan dalam membantu Hakim. Kaedah pemerhatian saja mungkin tidak cukup dalam melihat dengan lebih dekat. Maka adalah baik juga kaedah atau ujian-ujian diagnostik dijalankan. Persoalan mengapa penulisan dan tulisan tangan Hakim penting mungkin sesuai ditujukan kepada siapakah yang membimbingnya. Guru yang prihatin tentang muridnya pasti akan cuba membantu muridnya agar sentiasa berada di dalam gelung ilmu yang sebenar. Penulisan dan tulisan tangan Hakim merupakan satu daripada kaedah bagi menunjukkan pemahaman murid. Namun, apa yang lebih penting adalah ianya termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menjadi tanggunjawab guru untuk membantunya.

RUJUKAN1. Abdullah bin Yusof. (2006). Pengenalan kepada Pendidikan Khas. Open University Malaysia: Unitem.2. Adi-Japha, E., Landau, Y.E., Frenkle, L., Teicher, M., Gross-Tsur, V., & Shalev, R.S. (2007). ADHD and dysgraphia: Underlying mechanisms. Cortex, 43, 700-709.3. Auclair, L., Sieroff, E., & Kocer, S. (2008). A case of spatial neglect dysgraphia in Wilsons disease. Archive of Clinical Neuropsychology, 23, 47-62.4. Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia and motor skills disorders. Journal of Child Neurology, 10, Supp.1, S6-S8.5. Graves, D. (1983). Writing: Teachers and children at work.New Hampshire: Heinemann.6. Suppiah Nachiappan dan Kamarulzaman Kamarudin. 2012. Pembelajaran dan Perkembangan pelajar. Oxford Fajar Edisi Kedua. 7. Abdullah Nasih Ulwan. 1998. Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam. Jilid 1, 2 dan 3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

LAMPIRAN 1BIODATA MURID

NoNamaAhmad Hakim b Yahya

1No Sijil Kelahiran04072801/0831

2JantinaLelaki

3Tempat LahirHospital Penawar, Pasir Gudang Johor

4KeturunanMelayu

5Bilangan adik-beradik11 orang

6Anak ke berapaBongsu

7Alamat rumahNo. 24, Lorong Bunga Raya 14, Taman Tasik Jaya, 70400 Paroi, Seremban.

8HobiBermain bola dan bermain game internet

9Cita-citaSaintis

10Subjek yang diminatiMatematik (kerana tidak perlu banyak menulis)

11Nama bapaYahya bin Arshad

12Pekerjaan bapaBerniaga Kopi Oragano

13Umur Bapa55 tahun

14Nama ibuZuraidah bt Yusof

15Pekerjaan ibuBerniaga

16Umur ibu51 tahun

6