kajian tindakan suraida pemulihan

48
1.0 Pendahuluan Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi. Tatabahasa merupakan aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika berbahasa kita menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu, maka demikianlah tatabahasa menjadi pedoman dan pegangan untuk menentukan betul salahnya sesuatu bentuk bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah, sistem tatabahasa merupakan salah satu aspek pengajaran dan pembelajaran yang paling penting. Guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan dengan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan, membaca atau menulis. Aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata, pembentukan kata dan pembinaan ayat. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa ini harus diajar secara berfokus dan terancang. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Aspek Tatabahasa yang disediakan. Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Tatabahasa merangkumi dua aspek yang terpenting iaitu morfologi dan 1

Upload: joekumbang

Post on 29-Sep-2015

90 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

1.0 PendahuluanSistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi. Tatabahasa merupakan aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika berbahasa kita menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu, maka demikianlah tatabahasa menjadi pedoman dan pegangan untuk menentukan betul salahnya sesuatu bentuk bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah, sistem tatabahasa merupakan salah satu aspek pengajaran dan pembelajaran yang paling penting. Guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan dengan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan, membaca atau menulis. Aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata, pembentukan kata dan pembinaan ayat. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa ini harus diajar secara berfokus dan terancang.Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Aspek Tatabahasa yang disediakan.Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Tatabahasa merangkumi dua aspek yang terpenting iaitu morfologi dan sintaksis (Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Semakan (2003). Kedua-dua aspek ini perlu dikuasai oleh murid sebelum membolehkan mereka menggunakan bahasa baku dengan baik bermula dengan penguasaan aspek morfologi. Hal ini kerana, morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina manakala sintaksis mengkaji binaan ayat (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008). Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan bahawa murid-murid telah menguasai aspek morfologi sebelum mereka mempelajari aspek sintaksis. Hal ini bertujuan supaya murid-murid dapat menggunakan perkataan dengan betul bagi menghasilkan ayat yang gramatis dalam berbahasa baku.Abdullah Hassan (2006), mengatakan bahawa dalam bidang morfologi, kata adjektif ialah kata yang memainkan fungsi utamanya bagi menerangkan kata nama dalam subjek dan predikat dan juga boleh berfungsi sebagai predikat.(hlm. 38). Banyak penyelidikan yang telah dilakukan bagi mengatasi masalah penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan penguasaan kata adjektif yang lemah akan memberi kesan terhadap kemahiran berbahasa baku seseorang. Kajian pengkaji ini menyentuh mengenai penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid tahun 4 yang belajar di kelas pemulihan khas melalui data yang diperoleh daripada instrumen yang akan pengkaji gunakan semasa kajian dijalankan. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan menggunakan data-data tersebut untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam penguasaan kata adjektif.Kajian ini menumpukan bidang morfologi yang mengkaji penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid pemulihan tahun empat . Kata adjektif ini merupakan antara golongan kata yang sukar dikuasai oleh murid. Kesukaran untuk menguasainya, menyebabkan sesetengah murid meminggirkan penggunaan kata adjektif dalam pembinaan ayat dan pertuturan. Sehubungan itu, masih lagi wujud masalah dalam penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid. Isu mengenai masalah pembelajaran kata adjektif pernah dijalankan olehHairani Sani, Siti Nurashikin Ajmain, dan Siti Suhaida Surir (2011) dari Sekolah Rendah Woodlands. Mereka telah menjalankan kajian terhadap murid tahun 5 tentang masalah tersebut dengan menggunakan kaedah bahan visual. Namun begitu, kajian yang pengkaji jalankan ini adalah untuk cuba menyelesaikan masalah yang sama tetapi dalam kalangan murid pemulihan tahun empat.Guru perlu memberi penekanan dalam proses pengajaran kata adjektif ini ialah kerana murid-murid tidak akan dapat mengetahui sifat sesuatu benda, keadaan, situasi, dan lain-lain lagi secara terperinci sekiranya mereka tidak mengenal kata adjektif. Selain itu, murid-murid juga tidak akan dapat membezakan antara kata nama atau kata kerja dengan kata adjektif kerana kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikut oleh kata penguat. Dalam ayat pula menurut Nik Safiah Karim et.al(2008), kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. Proses pengajaran dan pembelajaran kata adjektif yang baik iaitu dengan menggunakan kaedah yang sesuai serta bantuan bahan bantu mengajar yang menarik akan dapat meningkatkan lagi pemahaman serta penguasaan murid dalam mengenal kata adjektif ini. Tambahan pula, sekiranya murid tidak dapat menguasai kata adjektif, maka penerimaan murid dalam bidang sintaksis juga sukar dikuasai oleh mereka.Kesimpulannya, golongan kata adjektif merupakan salah satu golongan kata dalam bidang morfologi yang penting dan perlu dikuasai oleh murid dengan baik bagi melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa Melayu baku dan mempunyai ketepatan isi penyampaian semasa berkomunikasi. Kegagalan murid menguasai kata adjektif iaitu salah satu golongan kata dalam bidang morfologiakan menjadi punca kegagalan murid untuk menguasai kemahiran bahasa yang lain.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran LepasSeseorang guru yang prihatin, pada peringkat awalnya haruslah melihat dengan lebih mendalam dan membuat catatan tentang apa yang dilihat dalam bilik darjah dan membuat interpretasi tentang keadaan yang wujud dalam bilik darjah. Mereka boleh berbincang bersama murid, guru-guru lain dan dengan ibu bapa murid tentang fenomena yang menarik perhatian guru yang boleh diperbaiki (Othman Lebar, 2011). Pengkaji telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengajar 7 orang murid tahun 4 Ibnu Sinadi Sekolah Rendah Arab JAIM Jelatang, Alor Gajah Melaka. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah berbual dengan guru bahasa Melayu kelas tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai murid bagi memperoleh gambaran awal mengenai latar belakang murid, tahap pembelajaran dantingkah laku murid serta strategi yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, terdapat 7 orang murid yang masih berada pada tahap lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil daripada perbualan itu juga, saya mendapat maklumat awal tentang murid yang sering menunjukkan tingkah laku positif dan negatif dalam bilik darjah terutama semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, beliau mengatakan bahawa strategiyang sering digunakan oleh beliau semasa proses pdp ialah pendekatan berpusatkan guru dan murid. Beliau menggunakan buku teks sahaja sebagai bahan bantu mengajar. Hal ini disebabkan bebanan tugas yang lain sehingga beliau tidak mempunyai masa untuk menyediakan bahan yang bersifat mesra murid untuk digunakan semasa proses pdp. Maklumat dan bimbingan yang telah diberikan oleh guru tersebut diharapkan dapat membantu saya dalam mengurus dan merancang pdp untuk kelas tersebut dengan lebih baik.Hal ini bertepatan dengan nasihat yang diberikan oleh Hashim bin Deraman (2010) iaitu maklumat dan bimbingan awal itu dapat membantu guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan profesionalisme.Tindakan pertama pengkaji ketika kali pertama mengajar ialah pengkaji telah meminta murid-murid menghantar buku latihan mereka kepada pengkaji. Tujuan pengkaji berbuat demikian adalah untuk menyemak buku latihan mereka bagi mengetahui perkembangan pembelajaran murid dan mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh setiap murid. Hasil semakan itu, pengkaji mendapati tiga orang murid mempunyai tulisan yang buruk dan tidak kemas. Bagi pengkaji, tulisan adalah penting kerana bukan sahaja tulisan akan mempengaruhi markah murid-murid malah mencerminkan keperibadian seseorang murid. Contoh tulisan murid A adalah seperti di bawah:

Rajah 1. Contoh tulisan yang buruk dan tidak kemasBerdasarkan contoh tulisan di atas, jelas menunjukkan bahawa tulisan murid A ini buruk dan tidak kemas. Terdapat perkataan yang ditulis condong ke kiri dan ke sebelah kanan iaitu murid A tidak menulis pada arah yang sama. Selain itu, murid A juga tidak menulis huruf menggunakan bentuk huruf yang sempurna. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pengkaji telah menggunakan kaedah berstruktur iaitu menyalin semula ayat dengan menyambungkan titik-titik huruf dan seterusnya tanpa bantuan titik-titik huruf kepada tiga orang murid itu setiap kali waktu rehat. Namun demikian, kaedah tersebut tidak memberi kesan terhadap perubahan tulisan ketiga-tiga murid kerana murid terlalu bergantung kepada titik-titik huruf semata-mata untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas.Pendapat Fauziah Mat (2011) yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang Selangor bahawa arahan tidak tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak diulang-ulang akan menyebabkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan. Masalah melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan adalah kerana mereka tidak memahami arahan yang disampaikan oleh guru.Semasa memberi arahan pengkajiakan pastikan setiap arahan yang pengkaji berikan adalah terang, jelas dan mudah untuk difahami dan akan mengulangi arahan itu sebanyak tiga kali. Namun demikian, masih ada murid yang tidak memahami arahan yang telah disampaikan. Buktinya ialah semasa pengkaji menjalankan aktiviti pengukuhan iaitu membina ayat majmuk menggunakan perkataan yang diberikan, terdapat murid yang membina ayat majmuk menggunakan perkataan lain. Apabila ditanya, murid tersebut mengatakan mereka tidak memahami arahan yang disampaikan itu. Selain daripada itu, pengkaji telah mengesan satu lagi masalah iaitu 7 orang murid ini juga masih belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Masalah tersebut jelas kelihatan semasa pengkaji menjalankan aktiviti membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan. Objektif pengajaran dan pembelajaran pengkaji ialah pada akhir pelajaran muriddapat menyatakan perbezaan penggunaan laras bahasa antara berita dengan cerpen. Semasa aktiviti dijalankan, terdapat segelintir murid yang tidak dapat menyatakan perbezaan bagi kedua-dua genre penulisan itu apabila diminta oleh guru. Oleh sebab itu, pengkaji telah menyediakan lembaran grafik bagi meningkatkan kefahaman murid mengenai perbezaan bagi kedua-dua genre penulisan ini. Muhamad Hasan (2000), menyatakan bahawa penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas. Justeru itu, pengkaji telah menyediakan bahan bantu mengajar bagi meningkatkan kemahiran lisan murid. Sebagai contoh, pengkaji telah merancang aktiviti bertanya dan menjawab secara bertatasusila dengan mengadakan forum mengenai satu tajuk. Pengkaji telah menyediakan contoh video forum dan teks forum sebagai langkah satu dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji bagi mendedahkan kepada murid-murid cara berforum yang betul. Pengkaji juga mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid sahaja yang mengenali golongan kata bahasa Melayu. Buktinya, semasa pengkaji menjalankan aktiviti mengenal pasti kata adjektif, kata nama, kata kerja dan kata tugas yang terdapat dalam petikan teks, pengkaji mendapati terdapat banyak kesalahan jawapan yang diberikan oleh murid-murid (Rajah 2). Mereka menyenaraikan perkataan yang bukan dari golongan kata yang betul.

Rajah 2. Hasil kerja murid semasa menjalankan aktiviti mengenal pasti kata adjektif yang terdapat dalam petikan teks.Setelah beberapa sesi pengajaran telah dijalankan seperti yang dinyatakan di atas, dapat dirumuskan di sini bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Walau bagaimanapun, pengkaji hanya memilih masalah murid dalam penguasaan kata adjektif sahaja berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan. (Lampiran 2).

1.2 Refleksi Sorotan LiteraturMasalah murid dalam penguasaan kata adjektif semakin menonjol dalam kalangan murid di sekolah. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, ianya akan mendatangkan masalah kepada guru dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa dan juga mendatangkan masalah kepada murid untuk menggunakan kata adjektif dengan tepat semasa berkomunikasi. Oleh sebab itu, ramai pengkaji telah membincangkan masalah ini.Pengkaji yang telah membincangkan masalah ini antaranya ialah Mohamad Khair Johari, Noraini Abdullah Hee dan Zubaidah Zainal Abidin (2012),dalam kajian mereka yang bertajuk Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Kata Adjektif Melalui Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman. Dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas murid-murid darjah 3 dan 4 di Sekolah Rendah Rivervalemenunjukkan bahawa pembelajaran berdasarkan pengalaman konkrit, dan membuat pemerhatian serta renungan tentang pengalaman tersebut dapat memperkaya dan meningkatkan penguasaan menggunakan kata adjektif dalam kalangan murid.Hairani Sani, Siti Nurashikin Ajmain, dan Siti Suhaida Surir (2011), pula telah menjalankan kajian ke atas 34 orang murid tahun 5 di Sekolah Rendah Woodlands tentang pembelajaran kata adjektif yang seiras menggunakan bahan visual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan di dalam keputusan ujian pascapembelajaran kerana murid lebih yakin membina ayat menggunakan kata adjektif yang seiras. Murid juga menyatakan situasi bagi menonjolkan makna perkataan tersebut. Hal ini membuktikan bahawa gambar yang diberi dapat merangsang minat murid dan memudahkan mereka membina ayat bagi kata adjektif yang berkaitan.Kajian Caroline Anak Galin (2010) yang bertajuk Kesan Jigsaw Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kata Adjektif Bahasa Melayu Murid-Murid Tahun 4 telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Murni menggunakan teknik permainan bahasa iaitu permainan Jigsaw sebagai strategi bagi menyelesaikan masalah dalam aspek kata adjektif.Peserta kajian ini terdiri daripada 42 orang murid tahun 4C yang tidak tahu tentang jenis kata adjektif. Dapatan kajian mendapati teknik permainan bahasa menggunakan permainan Jigsaw dapat membantu murid-murid tahun 4C mengetahui jenis-jenis kata adjektif dan menghasilkan peta konsep berkaitan dengan kata adjektif.Data kemudian disemak melalui triangulasi sumber. Hasil analisis mendapati Jigsaw membantu murid-murid tahun 4C mengetahui jenis-jenis kata adjektif dan menghasilkan peta konsep berkaitan dengan kata adjektif.Abdul Wahib bin Muhammad Nasir (2010), telah menjalankan kajian yang bertajuk Penguasaan Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu Satu Kaedah di Sekolah Kebangsaan Rasa, Selangor dengan menggunakan kaedah penerangan secara mendalam mengenai aspek tatabahasa yang dipilih iaitu kata sendi nama, kata nama, kata adjektif dan penjodoh bilangan.Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini melibatkan 34 orang murid tahun 5. Hasilnya murid dapat menulis struktur ayat yang baik serta menggunakan sistem tatabahasa yang diajar kepada mereka.KajianChellamal Bagavathy (2005), bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam aspek tatabahasayang terpilih iaitu kata hubung, kata adjektif, kata seru dan kata tanya menggunakan permainan bahasakhasnya kuiz, latih tubi dan mencantum kad. Seramai 25 murid dari tahun 6 telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian terdiri daripada Ujian pra dan Ujian Pasca mengenai 4 aspek tatabahasa. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan telah membantu murid untuk menguasai aspek tatabahasa. Hasilnya hampir kesemua murid dapat menguasai aspek tatabahasa dalam tajuk Kata Tanya, Kata Seru, Kata Adjektif dan Kata Hubung. Menerusi kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini, dapatlah disimpulkan bahawa pelbagai kaedah yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid. Sebagai penyelesaian alternatif, kaedah yang diperkenalkan dalam kajian pengkaji ini juga dapat membantu meningkatkan penguasaan kata adjektif murid-murid pemulihan.

44

2.0 Fokus Kajian/ Isu KeperihatinanBerdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, pengkaji telah memilih masalah berkaitan golongan kata adjektif sebagai fokus kajian dalam kajian tindakan pengkaji ini. Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid kurang memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila penerangan tentang kata adjektif diberikan, segelintir murid asyik berbual-bual dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa mereka kurang berminat untuk mengikuti pembelajaran berkaitan kata adjektif ini. Pengkaji telah menyediakan nota bergambar mengenai kata adjektif dan diberikan kepada semua murid. Penerangan diberikan berkaitan kata adjektif secara terperinci merujuk nota tersebut. Apabila ditanya kepada murid adakah mereka memahami penerangan guru, mereka mengatakan bahawa mereka faham. Apabila guru meminta murid memberikan contoh kata adjektif yang lain secara lisan, terdapat 5 orang murid yang tidak dapat memberikan jawapan dengan betul. Mereka menyatakan bahawa perkataan dari golongan kata nama juga merupakan kata adjektif. Terdapat 2 orang murid yang hanya mendiamkan diri apabila diminta memberikan contoh kata adjektif. Hal ini menunjukkan bahawa 5 orang murid ini masih tidak memahami konsep kata adjektif. Oleh sebab itu, mereka tidak mengenali kata adjektif serta tidak dapat memberikan contoh kata adjektif yang lain secara spontan.Satu sesi temubual telah dijalankan bersama-sama 2 orang murid bagi mengetahui punca masalah penguasaan kata adjektif ini. Pengkaji telah menggunakan bentuk temubual separa berstruktur iaitu soalan disediakan pada peringkat permulaan tetapi soalan seterusnya adalah bebas mengikut keadaan. Tujuan pengkaji menggunakan bentuk temubual separa berstruktur ialah bagi mendapatkan punca masalah murid secara mendalam menggunakan soalan secara spontan. Rujuk lampiran 3 untuk transkripsi temubual. Dapatan daripada perbualan itu, punca bagi masalah penguasaan kata adjektif ialah kekurangan bahan rujukan mengenai kata adjektif.Berdasarkan semakan buku latihan murid-murid, pengkaji mendapati guru Bahasa Melayu yang mengajar sebelum ini tidak memberi penekanan dalam penguasaan kata adjektif. Oleh sebab itu, murid-murid seolah-olah tidak mengenali kata adjektif berbanding golongan kata yang lain. Golongan kata yang terdapat dalam buku latihan murid semasa semakan oleh pengkaji ialah kata nama, kata kerja dan kata hubung sahaja (Rajah 4). Mungkin guru sebelum ini hanya memberi penerangan secara lisan mengenai kata adjektif kepada murid-murid tanpa memberikan nota dan latihan pengukuhan mengenainya.

Rajah 4. Semakan buku latihan muridHasil pemerhatian pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji jalankan, terdapat 5 daripada 7 orang murid sahaja yang didapati sangat lemah dan kurang berminat dalam pembelajaran kata adjektif. Oleh itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah kelima-lima orang murid itu dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah dirancang selama beberapa sesi. Masalah penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid tahun 4 ini sepatutnya tidak lagi terjadi memandangkan mereka sudah berada pada tahap 2 dalam sesi persekolahan sekolah rendah. Kesan ke atas murid sekiranya masalah ini tidak diatasi ialah mereka tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik kerana dalam sistem bahasa Melayu, kemahiran bahasa digabungjalinkan dengan tatabahasa dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran harian.

2.1 Tinjauan dan Analisis MasalahLangkah PenyelesaianTujuan

1.Meninjau Melihat hasil kerja murid-murid dalam buku aktiviti mereka. Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti atau mengesan kawasan kelemahan murid-murid. Berbincang bersama-sama guru matapelajaran untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi pencapaian murid-murid. Mengetahui tahap penguasaan murid-murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mengetahui masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid semasa belajar.

2.Pemerhatian Memerhati murid-murid yang memerlukan lebih pemerhatian Bagi memeastikan murid-murid lemah yang perlu dibimbing oleh guru. Bagi mengenal pasti murid-murid yang sudah menguasai kata adjektif.

3.Rekod Data Pengumpulan hasil ujian diagnostik dan lembaran kerja murid-murid. Untuk menilai kelemahan murid-murid dalam menguasai kata adjektif.

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran lalu, pengkaji telah memilih masalah berkaitan golongan kata adjektif sebagai fokus kajian dalam kajian tindakan pengkaji ini. Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid kurang memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila penerangan tentang kata adjektif diberikan, segelintir murid asyik berbual-bual dengan rakan-rakan yang lain. Pengkaji telah meninjau segala aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah penguasaan kata adjektif terhadap murid-murid. Pengkaji telah melihat hasil kerja murid-murid dalam buku latihan atau aktiviti. Pengkaji juga nebjalankan ujian diagnostik terhadap murid-murid serta berbincang bersama-sama guru matapelajaran bagii mendapatkan maklumat tentang prestasi murid-murid.Berdasarkan semakan buku latihan murid-murid, pengkaji mendapati murid-murid seolah-olah tidak mengenali kata adjektif berbanding golongan kata yang lain. Golongan kata yang terdapat dalam buku latihan murid semasa semakan oleh pengkaji ialah kata nama, kata kerja dan kata hubung sahaja (Rajah 4).

Rajah 4. Semakan buku latihan muridHasil pemerhatian pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji jalankan, terdapat 5 daripada 7 orang murid sahaja yang didapati sangat lemah dan kurang berminat dalam pembelajaran kata adjektif. Selain daripada itu, pengkaji juga telah menggunakan langkah pemerhatian iaitu memerhati jika terdapat murid-murid yang perlukan lebih perhatian daripada guru.Rekod data juga digunakan untuk pengumpulan hasil ujian diagnostik dan lembaran kerja murid-murid. Ini bertujuan untuk menilai dan mengesan kelemahan murid-murid dalam menguasai kata adjektif.Kesan ke atas murid sekiranya masalah ini tidak diatasi ialah mereka tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik kerana dalam sistem bahasa Melayu, kemahiran bahasa digabungjalinkan dengan tatabahasa dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran harian.

3.0 Tujuan Kajian, Objektif Kajian, Persoalan KajianTujuan KajianKajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid pemulihan tahun empat dengan menggunakan Kaedah Nyanyian Pancainderaku.

Objektif KajianSelepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap dapat mencapai objektif yang berikut:1,Meningkatkan penguasaan kata adjektif menggunakan kaedah Nyanyian Pancainderaku dalam kalangan murid pemulihan tahun 4.2.Mengenalpasti kesan kaedah Nyanyian Pancainderaku bagi meningkatkan penguasaan kata adjektif.3.Mengesan perubahan tingkah laku negatif murid dalam menguasai kata adjektif .

Persoalan Kajian1.Adakah penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid tahun 4 dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah Nyanyian Pancainderaku ?2.Bagaimanakah penggunaan kaedah Nyanyian Pancainderakudapat meningkatkan penguasaan kata adjektif ?3.Adakah terdapat perubahan tingkah laku negatif murid dalam menguasai kata adjektif?4.Adakah penggunaan kaedah Nyanyian Pancainderaku dapat meningkatkan minat murid ?

4.0 Kumpulan SasaranDalam kajian ini, kumpulan sasaran pengkajiialah murid-murid tahun 4 Ibnu Sina, Sekolah Rendah Arab JAIM Jelatang, Alor Gajah yang sangat lemah. Jumlah murid kelas ini yang dicadangkan oleh pihak sekolah ialah seramai 7 orang iaitu terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Jadual di bawah merupakan senarai nama kumpulan sasaran kajian pengkaji.Jadual 1. Senarai Nama Kumpulan SasaranBilNama Murid

1Abdul Musalif Bin Mohd Bokhori

2Alif Fahan Bin Saiful Bahri

3Hanim Syahirah binti Sobri

4Muhammad Ammar Izhan bin Yatim

5Muhammad Faqrul Naim bin Hairuddin

6Mohamad Naim Bin Mohamad

7Muhammad Syahid bin Muhammad Ridwan

Berdasarkan semakan buku latihan, hasil pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, semakan markah ujian UBB 1 & 2 (Lampiran 4) dan keputusan ujian diagnostik, seramai 5 orang murid sahaja dipilih sebagai sampel kajian iaitu tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Jadual 2 di bawah menunjukkan keputusan ujian diagnostik setiap sampel yang terlibat.Jadual 2. Keputusan Ujian DiagnostikBilampelMarkah

1Abdul Musalif Bin Mohd Bokhori40%

2Hanim Syahirah binti Sobri55%

3Muhammad Ammar Izhan bin Yatim57%

4Muhammad Faqrul Naim bin Hairuddin36%

5Muhammad Syahid bin Muhammad Ridwan40%

5.0 Pelaksanaan Kajian5.1 Perancangan Langkah-langkah TindakanMenurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Gelung 1Mereflek

MerancangMemerhatiGelung 2

Bertindak

Rajah 5. Gelungan kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988)Langkah 1:MereflekLangkah pertama yang dilakukan dalam model proses Kemmis & McTaggart (1988) ialah mereflek iaitu guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Berdasarkan analisis ujian diagnostik, pengkaji mendapati bahawa murid-murid tidak menguasai kata adjektif dengan baik. Setelah itu, pengkaji menjalankan refleksi bagi memahami kewujudan masalah tersebut. Pengkaji cuba mencari punca mengapa masalah tersebut wujud. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen iaitu semakan buku latihan murid, pemerhatian dan temubual separa berstruktur bagi membantu pengkaji mengetahui punca wujudnya masalah itu. Semasa sesi refleksi juga pengkaji telah dapat mengenal pasti murid yang terlibat dalam masalah tersebut. Justeru itu, berdasarkan analisis keputusan ujian diagnostik dan refleksi ini telah dapat membantu pengkaji memilih sampel kajian.

Langkah 2:MerancangKemmis & McTaggart (1988) menekankan tentang persediaan rancangan dalamlangkah seterusnya iaitu guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Hasil daripada pemerhatian dan analisis yang telah pengkaji lakukan, pengkaji mula membina satu rangka kerja bagi menyelesaikan masalah. Rangka kerjatersebut merupakan persediaan rancangan yang telah pengkaji tetapkan. Pengkaji telah merancang dua tindakan dalam usaha menangani masalah yang timbul. Pengkaji telah menyiapkan satu kertas cadangan atau proposal bagi memberi gambaran awalmengenai rancangan dan juga persediaan yang akan pengkaji jalankandalam mendalami masalah tersebut. Rangka kerja ini penting sebagai panduan kepada pengkaji untuk menjalankan tindakan.

Langkah 3:TindakanLangkah ketiga dalam gelungan kajian tindakanKemmis & McTaggart (1988) ialah pelaksanaan tindakan iaitu guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan. Dalam langkah ini, pengkaji akan melaksanakan tindakan yang dirancang terhadap murid yang bermasalah. Pengkaji akan mengajar responden yang menghadapi masalah dalam menguasai kata adjektif dengan menggunakan kaedah Nyanyian Pancainderaku.

Langkah 4:MemerhatiLangkah seterusnya adalah pemerhatian. Pengkaji akan membuat pemerhatian keberkesanan pengaplikasian Nyanyian Pancainderaku. Selepas pengkaji mengaplikasikan Nyanyian Pancainderaku kepada responden, pengkaji membuat pemerhatian terhadap responden apabila mereka menyelesaikan soalan berkaitan kata adjektif.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul DataDalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan 6 instrumen pengumpulan data bagi menilai keberkesanan tindakan serta mengumpul maklumat bagi mencapai objektif kajian. Instrumen utama yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos. Manakala rekod pemerhatian berstruktur, senarai semak, analisis dokumen dan soal selidik digunakan untuk menyokong data utama.

Instrumen Ujian PraUjian pra dijalankan untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh sampel. Ujian pra yang telah disediakan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Dalam bahagian A sampel dikehendaki memilih kata adjektif yang tepat dengan sepuluh ayat yang diberikan. Markah penuh dalam bahagian A ialah 10 markah. Dalam bahagian B pula, sampel dikehendaki menulis kata adjektif yang sesuai berdasarkan sepuluh gambar yang diberikan. Markah penuh dalam bahagian B juga ialah sebanyak 10 markah. Dalam bahagian C, sampel dikehendaki mengenal pasti 5 kata adjektif yang terdapat dalam setiap petikan yang diberikan. Terdapat dua petikan yang diberikan, jadi murid perlu menyenaraikan 10 kata adjektif bagi setiap petikan.Kata adjektif yang mengandungi imbuhan juga diterima sebagai jawapan. Markah penuh untuk bahagian C ialah 10 markah.

Pemerhatian BerstrukturPengkaji akan menggunakan pemerhatian berstruktur menggunakan borang senarai semak kerana ianya lebih mudah untuk dianalisis dan memudahkan saya untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain. Pengkaji telah menyediakan item-item tingkah laku negatif dalam borang senarai semak pemerhatian. Justeru itu, tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh setiap sampel semasa ujian pra,kaedah satu dan dua serta semasa ujian pos dijalankan dicatat dalam borang senarai semak pemerhatian tersebut. Hasil pemerhatian diterangkan dengan jelas dalam bahagian analisis data.Ujian PosDalam ujian pos,bentuk soalan yang dijalankan adalah sama dengan ujian pra namun soalannya berlainan. Hasil keputusan ujian pos akan dibandingkan dengan ujian pra. Perbandingan keputusan ini menentukan sama ada terdapat peningkatan atau tidak dalam penguasaan kata adjektif sampel.

Senarai SemakSenarai semak akan digunakan ketika melakukan pemerhatian secara berstruktur ke atas tingkah laku negatif yang ditonjolkan oleh sampel semasa ujian pra,kaedah satu dan dua serta semasa ujian pos dijalankan (Lampiran 13). Selain itu, instrumen ini juga digunakan semasa penelitian dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sampel dengan menyenaraikan dokumen-dokumen yang dapat menyokong dapatan yang sedia ada .

Analisis DokumenPenelitian dokumen digunakan semasa pengkaji ingin mendapatkan data daripada dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sampel. Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan yang sedia ada. Data daripada dokumen diperoleh dengan menggunakan borang senarai semak . Pelbagai bentuk kutipan data diperoleh hasil daripada penelitian dokumen ini untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data bagi menjawab soalan kajian.

Soal SelidikPengkaji akan menggunakan soal selidik setelah tindakan kajian dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan persepsi sampel mengenai kedua-dua kaedah yang dijalankan. Item-item soal selidik yang digunakan menggunakan bahasa yang mudah, selaras dengan tahap sampel kajian.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis DataPengkaji akan mengumpul dan merekod data yang akan diambil sepanjang tempoh rawatan dijalankan. Seterusnya, pengkaji akan membuat keputusan kajian berdasarkan analisis dan interprestasi data yang telah dilakukan. Pengkaji akan menganalisis dan menghuraikan data dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan dan juga purata untuk melihat perubahan penguasaan kata adjektif terhadap murid atau responden. Dapatan kajian ini akan menentukan sejauh mana Nyanyian Pancainderaku memberi kesan dalam meningkatkan penguasaan kata adjektif. Skor yang diperolehi dianggap sebagai gambaran untuk pengkaji menyenaraikan penguasaan kata adjektif yang digunakan oleh murid sekolah. Melalui tindakan yang akan dijalankan dengan menggunakan instrumen senarai semak, pengkaji akan memindahkan data yang dikumpul ke dalam graf yang lebih mudah untuk dianalisis. Ini bertujuan untuk melihat perbezaan dan peningkatan responden dan juga keberkesanan Nyanyian Pancainderaku. Bagi memastikan keberkesanan kajian tindakan yang dijalankan, pengkaji juga akan menyediakan jadual senarai semak tindakan-tindakan yang dilaksanakan bagi memastikan tiada tindakan dalam kajian yang tertinggal oleh pengkaji. Pengkaji akan menanda pada ruang semakan sebagai tanda atau petunjuk bahawa tindakan yang dirancang telah dijalankan. Pengkaji akan memerhatikan setiap gerak-geri dan ytingkah laku responden sewaktu menjalankan aktiviti Nyanyian Pancainderaku bagi mengenalpasti kata adjektif dengan tepat.

.0 Perancangan Pelaksanaan Tindakan6.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan, Carta GanttTarikhAktivitiCatatan

4/8/2014 Pelajar menerima soalan tugasan. Menulis refleksi , fokus kajian dan sorotan literatur.Tindakan pelajar dan jumpa penyelia.

11/8/2014 Tulis tajuk, tujuan, objektif dan persoalan kajian. Mengenalpasti kumpulan sasaran, rancang tindakan, carta gantt dan kos.Pelajar jumpa penyelia.

23/8/2014 Merujuk kepada penyelia adakah tajuk yang telah dipilih bersesuaian untuk kajian ini. Pelajar jumpa penyelia.

30/8/2014 Rancang cara kumpul dan analisis data. Mereka bentuk instrumen. Menyemak kesahan dan kebolehpercayaan instrumen.Pelajar jumpa penyelia.

5/9/2014 Murni cadangan.Pelajar jumpa penyelia.

12/9/2014 VivaPelajar jumpa penyelia.

15/9/2014 Pelajar hantar satu salinan cadangan kepada penyelia untuk dinilai.Pelajar jumpa penyelia.

Carta Gantt

Bulan/MingguOgosSept

BilPerkara

12341234

1 Pelajar menerima soalan tugasan. Menulis refleksi , fokus kajian dan sorotan literatur.

2 Tulis tajuk, tujuan, objektif dan persoalan kajian. Mengenalpasti kumpulan sasaran, rancang tindakan, carta gantt dan kos.

3 Merujuk kepada penyelia adakah tajuk yang telah dipilih bersesuaian untuk kajian ini.

4 Rancang cara kumpul dan analisis data. Mereka bentuk instrumen. Menyemak kesahan dan kebolehpercayaan instrumen.

5 Murni cadangan.

6 Viva

7 Pelajar hantar satu salinan cadangan kepada penyelia untuk dinilai.

6.2 Kos KajianAnggaran KosBilPerkaraAnggaran perbelanjaan (RM)

1Fotostat10.00

2Ink printer10.00

3Gula Pasir3.00

4Kertas Pasir5.00

5Garam2.00

JumlahRM 30.00

LAMPIRANBORANG KAJI SELIDIK

Bahagian A :Borang latar belakang murid

Nama : ______________________Jantina:lelaki / perempuanKawasan tempat tinggal :a) Bandarb) Luar bandar Pekerjaan bapa : _______________________Pekerjaan ibu : ________________________Pendapatan kasar keluarga : kurang RM500RM501-RM1000RM1001-RM3000RM3001-500012345678910

Bilangan Adik Beradik : Tahap pendidikanBilangan

Belum bersekolah

Tiada kelulusan (tidak bersekolah)

Sekolah rendah

Sekolah menengah

IPTA / IPTS

Tahap pendidikan adik beradik :

BORANG SOAL SELIDIKKAEDAH I, NYANYIAN EHEM1. Adakah anda berasa seronok mengikuti kaedah ini?ya tidak

2. Adakah kaedah ini dapat menarik minat anda mempelajari kata adjektif?

yatidak

3. Adakah kaedah ini sukar dilakukan oleh anda?

yatidak

4. Adakah kaedah ini dapat membantu anda menguasai kata adjektif?

yatidak

5. Adakah anda mahu menggunakan kaedah ini dalam pembelajaran tatabahasa yang lain?

ya yatidak

KAEDAH II, PANCAINDERAKU:6. Adakah anda berasa seronok mengikuti kaedah ini?ya tidak

7. Adakah kaedah ini dapat menarik minat anda mempelajari kata adjektif?

yatidak

8. Adakah kaedah ini sukar dilakukan oleh anda?

yatidak

9. Adakah kaedah ini dapat membantu anda menguasai kata adjektif?

yatidak

10. Adakah anda mahu menggunakan kaedah ini dalam pembelajaran tatabahasa yang lain?

ya yatidak

BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN TINGKAH LAKU NEGATIFSEMASA PELAKSANAAN KAEDAH/UJIANNama sampel:_________________________________________Tarikh pemerhatian:_________________________________________Tempoh masa pemerhatian:_________________________________________BilItem-item tingkah laku negatifAdaTiada

1Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberikan

2Pemikiran di tempat lain sambil mencakar-cakar kertas (doodling)

3Berangan-angan (day-dreaming)

4Berjalan-jalan dari satu tempat ke tempat yang lain

5Membuat kerja lain

6Mengganggu murid lain secara fizikal

7Mencuba untuk menarik perhatian

8Mengasah pensel

9Mengambil masa yang singkat untuk menjawab ujian

10Lain-lain

Nama:__________________________________

Kelas:___________________________________

KEMAHIRAN 1: Menyatakan dengan betul.AKTIVITI 1: Nyatakan secara lisan golongan kata bagi perkataan yang ditunjukkan oleh guru.

keranilazatmengaum

wahSalmantengik

turundan

AKTIVITI 2: Berikan satu ayat secara lisan dengan menggunakan 4 pilihan perkataan di atas.

15

KEMAHIRAN 2: Mengenal golongan kata.AKTIVITI 1Arahan guru: Tulis perkataan yang disebut oleh guru mengikut golongan kata.

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

15

AKTIVITI 2Arahan guru: Tulis perkataan di bawah mengikut golongan kata.

merahNokianyamansekolah

cerdikbangungurukelat

berlariAidamakantidur

menangisbalaisenyum

Kata Adjektif

Kata Nama

Kata Kerja

15

AKTIVITI 3Arahan Guru: Senaraikan perkataan yang terdapat dalam petikan mengikut golongan kata.ARNAB YANG PEMALASDi sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi. Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.

Kata Adjektif

15

Kata Kerja

Kata Nama

KEMAHIRAN 3: MENGGUNAKAN KATAAKTIVITI 1Arahan guru: Lengkapkan cerita di bawah menggunakan perkataan yang tepat.ANAK IKAN YANG SUKA MENIPUDi sebuah ___________, terdapat seekor anak __________ yang ___________. Ia bernama Galak. Galak tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang __________, Galak akan menjerit, ___________! Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari _______ bersembunyi di celah-celah batu. Galak akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat __________ dengan jerung. Jerung yang _________ itu __________ memakan mereka tanpa belas kasihan.Sebab itulah mereka akan _________ ketakutan apabila Galak menjerit, Jerung! Jerung! Namun ___________ sungguh nakal. Ia berasa ___________ dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Galak, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Galak.

15 __________ suatu hari, Galak menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba _________seekor jerung menghampiri mereka tetapi Galak tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi ___________!, _________ ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari __________ bersembunyi di celah-celah _________. Galak tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Galak. Jerung itu berenang menghampiri Galak. Galak____________ sempat melarikan diri. Ia ____________ oleh jerung itu.

AKTIVITI 2Arahan Guru: Bina ayat menggunakan perkataan yang diberikan.

berlarimenyanyimerdukesatmotosikalpenyapu

1. __________________________________________________________________________.

2. __________________________________________________________________________.

3. __________________________________________________________________________.

4. __________________________________________________________________________.

5. __________________________________________________________________________.

6. __________________________________________________________________________.

12

A: Pilih kata adjektif yang tepat.

gopohtawarpayautinggipalsu

kempiskurusbusuklemaubesar

1. Pak Salim memanjat pokok kelapa yang _______________itu.

2. Tayar basikal Zahid_____________ kerana sudah lama tidak digunakan.

3. Songkok bapa yang dipakai oleh adik terlalu____________sehingga menutup kedua-dua belah matanya.

4. Gulai yang dimasak oleh Khadijah ___________kerana dia terlupa memasukkan garam.

5. Pekerja itu menyiapkan kerjanya dengan_____________.

6. Bau ___________dari kilang itu mengganggu kekusyukan kami.

7. Air perigi di rumah saya sangat ___________.

8. Aina kelihatan ____________sejak akhir-akhir ini akibat diserang demam seminggu yang lalu.

9. Keropok udang yang baru digoreng oleh kakak sudah____________kerana bekas yang digunakan untuk meletakkan keropok itu bocor di bahagian tepi.

10. Semua maklumat yang telah dinyatakan oleh saksi pertama itu adalah____________belaka kerana dia tiada di tempat kejadian semasa kejadian itu berlaku.

15

B: Tuliskan kata adjektif yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

1)

2)

3)

4)

5)

6)

7)

8)

9)

10)

10C: Petikan 1: Senaraikan 5 kata adjektif yang terdapat dalam petikan di bawah.Haikal, Johan dan Abu bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Tiga. Mereka sentiasa berlumba-lumbadalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas. Dalam Peperiksaan Akhir Tahun tempoh hari, ketiga-tiganya merupakan pelajar terbaik dalam kelas tersebut. Di dalam kelas mereka, Johan muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Abu mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga-tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu. Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat. Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

1.________________________2._______________________3._______________________4._______________________

55.________________________Petikan 2: Senaraikan 5 kata adjektif yang terdapat dalam petikan di bawah.

Matahari terlindung cuaca redup,Budak bermain senangnya hati;Ilmu itu pelita hidup,Harus dicari hingga ke mati.

Gembira sungguh di hari raya,Tetamu datang tiada henti;Kaya ada bermacam kaya,Ilmu di dada paling bererti.

Pak Lebai memakai kopiah,Sambil tersenyum melayan tetamu;Mencari ilmu bukannya payah,Asalkan rajin tak kenal jemu.

Hati gembira apabila bertemu,Setelah lama asyik berjauhan;Membaca itu jambatan ilmu,Rajin bertanya luas pengetahuan.

1.________________________________2.________________________________3.________________________________

54.________________________________5._______________________________