kajian tindakan sem8

62
1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia melalui pelbagai proses pembangunan sejajar dengan pesatnya pembangunan Negara.Tujuan utamanya adalah untuk memperkembangkan potensi sumber manusia agar lebih berkualiti dan progresif.Pada masa kini pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat penting sekali.Kaedah yang sesuai akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu murid murid mencapai objektif pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasan ilmu yang disampaikan.penggunaan pelbagai unsur pengajaran sememangnya dapat menarik minat dan perhatian murid serta memberikan kesan yang optimum,jika seseorang pelajar ingin memperolehi keputusan yang cemerlang maka mereka mestilah mahir dalam menghafal,mengira,membaca ,membina struktur ayat dan sebagainya.Seringkali pelajar meluahkan rungutan mereka terhadap masalah mereka .

Upload: amin

Post on 16-Nov-2015

103 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kajian tindakan sem8

TRANSCRIPT

1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia melalui pelbagai proses pembangunan sejajar dengan pesatnya pembangunan Negara.Tujuan utamanya adalah untuk memperkembangkan potensi sumber manusia agar lebih berkualiti dan progresif.Pada masa kini pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat penting sekali.Kaedah yang sesuai akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid.Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu murid murid mencapai objektif pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasan ilmu yang disampaikan.penggunaan pelbagai unsur pengajaran sememangnya dapat menarik minat dan perhatian murid serta memberikan kesan yang optimum,jika seseorang pelajar ingin memperolehi keputusan yang cemerlang maka mereka mestilah mahir dalam menghafal,mengira,membaca ,membina struktur ayat dan sebagainya.Seringkali pelajar meluahkan rungutan mereka terhadap masalah mereka .Menyedari hakikat kanak-kanak amat mengemari muzik dan nyayian maka saya telah mengambil satu inovatif baru.dengan menjadikan didik hibur sebagai satu kaedah dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains.Unsur didik hibur yang diterapkan ini di harapkan dapat mempertingkatkan ingatan dan kefahaman murid.Selain itu media pengajaran berasaskan interaktif didik hibur akan mempertingkatkan motivasi murid-murid saya.Kepentingan aspek nyanyian dalam pengajaran turut diwartakan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia(1983) iaitu nyanyian merupakan salah satu daripada cabang muzik.Muzik merupakan sebahagian daripada alam kehidupan dan budaya masyarakat keseluruhannya.Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal,serius serta bertumpu penguasaan ilmu semata-mata ,tetapi pada masa kini,perubahan yang ketara telah berlaku terhadap system pendididkan Negara.Menurut Fontana dalam kajian Edith & kamariati(2005)bertajuk keberkesanan Lagu dalam proses P&P,media perlu dilihat sebagai sesuatu yang dinamik yang dapat merangsang tindakbalas luaran atau dalaman yang seringkali mempengaruhi psikologi seseorang.Sebagai media pengajaran menghampiri konkrit,media yang digunakan secara sistematik dapat merangsang daya imaginasi dan perbincangan.Ia juga dapat menjamin proses Pdp berjalan lancer disamping dapat meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentaksiran salah.Justeru itu,dapat mewujudkan suasana Pdp yang aktif dimana dapat merangsang minat dan minda murid berbanding menggunakan kaedah chalk and Talk. Matapelajaran Sains merupakan matapelajaran yang menuntut ketekunan murid untuk mengingat banyak fakta.Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah pembelajaran secara didik hibur dapat meningkatkan pencapaian prestasi matapelajaran sains Murid tahun 5.Selain itu kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah kaedah pembelajaran secara didik hibur dapat meningkatkan prestasi sains dalam tajuk Kitar Air.kajian ini dijalankan keatas 10 orang murid tahun 5 di sekolah kebangsaan Ulu Dong Raub Pahang.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran Sejak kebelakangan ini prestasi sains kebanyakan murid tahun 5 semakin menurun akibat kegagalan sikap murid dalam pembinaan kendiri bagi mengingati fakta sains.semasa berbincang dengan beberapa orang guru yang pernah mengajar murid kelas ini saya diberitahu bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pdp.Pencapaian mereka dalam matapelajaran Sains juga sangat lemah berdasarkan markah akhir tahun ketika di tahun 4.Selain daripada itu,terdapat sebilangan murid yang masih belum menguasai kemahiran menulis dan membaca.Akibatnya murid ini tidak berminat menulis membaca dan juga mengingati fakta Mereka juga lebih banyak mendiamkan diri dan tidak aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.Salah satu kelemahan yang dikenalpasti ialah murid-murid lemah dan sukar memahami proses dalam tajuk kitar air dengan urutan yang betul.Murid murid ini menghadapi masalah menjawab soalan berkaitan konsep kitar air.Terdapat ramai murid yang tidak menjawab dan tidak memahami kehendak soalan dan takut untuk cuba menjawab.Oleh yang demikian,kajian ini dilaksanakan supaya murid dapat memahami dan mengingati serta menyatakan proses kitar air dengan betul.Di harapkan soalan-soalan yang akan diberikan mudah untuk dijawab seandainya murid mampu menunjukkan minat dan focus,kerana setiap pergerakan proses kitar air dipamerkan dengan jelas dalam slaid power pointdengan menggunakan kaedah didik hibur bagi menarik minat murid seteusnya ia dapat meningkatkan prestasi Sains tahun 5.Masalah kegagalan murid mengingati fakta sains tidak boleh dipandang ringan,ini kerana lama-kelamaan ia boleh menimbulkan perasaan bosan untuk belajar dan secara tidak langsung boleh menjurus kepada penurunan prestasi dalam peperiksaan.Matapelajaran sains tidak seharusnya menjadi satu perkara yang membosankan ,sukar bagi murid yang lemah dan hanya sesuai bagi pelajar yang pintar sahaja akibatnya murid yang lemah akan tercicir dan ketinggalan begitu sahaja.Dengan itu,pengkaji ingin membuktikan bahawa matapelajaran Sains adalah salah satu mataplejaran yang menarik dan menyeronokkan.Satu inovasi perlu dilakukan untuk menarik minat serta merangsang minda murid dalam matapelajaran sains terutamanya bagi murid yang lemah.Sebagai seorang guru perlulah bijak megambil peluang dengan mendekati murid dan memujuk murid untuk meminati matapelajaran sians dengan cara memahami minat dan kecenderungan murid. Lantaran itu,pengkaji telah menggunakan kaedah Dik buriaitu didik hibur (nyanyian dan gerakan) yang menyelitkan pelbagai kecerdasan.Antaranya menyanyi,menari(gerakan)dan lingguistik bagi membantu murid-murid mengingati fakta sains.Ini bersesuaian dengan kehendak Standard kurikulum Sekolah Rendah(KSSR) yang banyak menekankan aspek didik hibur dalam pelbagai cara iaitu nyanyian,bercerita ,lakonan,dan berpuisi dalam pengajaran dan pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan hati murid.Seterusnya membantu ingatan murid dengan lebih mudah dalam pembelajaran.Inovasi didik hibur yang akan diterapkan diharap akan dapat merangsang minda dan menarik minat murid yang lemah untuk mencintai matapelajaran sains.Rasionalnya adalah untuk membantu murid-murid lemah menguasai keseluruhan tajuk tersebut melalui sebuah lagu.Pengkaji telah membuat keputusan untuk mengaplikasikan kaedah didik Hibur dalam aspek nyanyian bagi tajuk keadaan Bahan dengan memfokuskan kepada proses kitar airKanak-kanak,malah hingga keperingkat dewasa merupakan golongan yang amat menggemari lagu dan nyanyian.Oleh itu,peluang ini digunakan untuk menyelitkan elemen seni dan lagu didalam pengajaran dan pembelajaran di Bilik darjah.cara ini bukan sahaja dapat membantu murid dalam mengingati fakta dengan mudah,malah boleh merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta menghiburkan murid-murid.

1.3 Refleksi Nilai pendidikanMengimbas kembali permasalahan yang diberikan,pengkaji meninjau semula amalan pendidikan yang seharusnya dipegang.Sebagai guru yang berdidikasi pengkaji perlu memahami nilai pendidikan yang dipegangi.Pengkaji percaya bahawa semua murid sepatutnya boleh belajar bersama-sama melalui interaksi yang penuh bermakna dan saksama dalam pembelajaran mereka.Sebagai seorang guru,Guru sepatutnya bersikap adil dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran tanpa menyekat mana-mana murid untuk menimba ilmu pengetahuan.Melihat kepada tindakan yang sebelumnya,pengkaji perlu kembali kepada pegangan dan kepercayaan amalan pendidikan untuk memastikan semua murid berpeluang mengikuti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan mereka yang pelbagai.pengkaji kurang mewujudkan suasana pembelajaran yang menghiburkan.Murid-murid kelihatan muram dan penglibatan mereka juga adalah pasif.beberapa orang murid bermain,tidak mengingati apa yang diajar serta tidak memberi tumpuan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Sekiranya keadaan ini berterusan,pengkaji akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar,iaitu kemerosotan minat dan penguasaan murid dalam matapelajaran sains.seterusnya akan memberi implikasi prestasi pencapaian murid dalam matapelajaran sains khususnya diperingkat sekolah,daerah ,negeri dan Negara.menjadi kesilapan besar dan kepincangan dunia pendidikan sekiranya tidak mampu melahirkan warga Negara yang berfikiran maju,kritis dan kreatif yang bakal menjayakan wawasan 2020 di era kemajuan dunia sains dan teknologi seperti diharapkan.Melihat impak yang begitu besar,pengkaji merancang satu kaedah yang bersesuaian untuk mencari jalan penyelesaian dan terus berpegang apad prinsip pendidikan bahawa semua murid berhak diberi peluang untuk mempelajari konsep baharu dengan apa jua kaedah yang bersesuaian dengan kecenderungan dan kebolehan mereka dan tidak mengabaikan hingga mereka keciciran dalam arena pendidikan ini.bagi tujuan tersebut,pengkaji telah memilih satu isu keprihatinan yang perlu dikaji punca dan perlu merancang cara penyelesaian yang dijangka mampu menyelesaikan masalah tersebut.2.0 Fokus kajian/isu keprihatinan2.1 Isu KajianBerdasarkan ujian pra yang telah dibuat dan disemak didapati hamper 70% murid tidak dapat menulis jawapan proses kitar air yang dikemukakan dengan betul.masalah ini timbul kerana murid-murid kurang membaca dan cetek pengetahuan serta pengalaman.murid asyik mengulangi proses yang sama dalam membina dan menulis ayat dalam gambar proses kitar air yang diberiOleh yang demikian,untuk mengatasi masalah ini,pengkaji telah menggunakan kaedah dik bur (didik hibur) dalam aspek nyanyian.teknik dikbur ini diharapkan dapat membantu menambahkan pengetahuan, pemahaman serta pengalaman murid.seterusnya dapat meningkatkan prestasi sains murid dalam membina dan melengkapkan proses-proses dalam tajuk kitar airdengan betulKajian yang dijalankan adalah berfokuskan kepada kemahiran menyebut,mengingati fakta dan melabel proses-proses dalam tajuk kitar air.Kemahiran mengingati fakta merupakan asas bagi mencapai keputusan yang baik dalam setiap matapelajaran yang diajar.Kelemahan dalam mengingati fakta menjadi kekangan untuk mendapatkan keputusan yang baik.Teknik dan kaedah yang direncanakandiharapkan dapat menarik minat murid nanti.Pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur dengan bantuan slaid interaktif dan permainan cuba jaya secara talian internet yang telah dijalankan diharap dapat menarik minat murid serta memudahkan murid untuk membina dan melengkapkan proses kitar air dengan lebih mudah dan seterusnya memberi keyakinan dalam diri murid.Bagi memastikan alat kajian ini berkesan,pengkajia telah menjalankan ujian pra dan pos (lampiran A)untuk menguji tahap penguasan dan ingatan murid terhadap tajuk diajar.Manakala soal selidik (lampiran C)diberi untuk mengenalpasti tanggapan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sains.Data yang telah diperolehi dianalisis secara kuantitatif menggunakan program MS Excell untuk mendapatkan rumusan.

2.2 Tinjauan LiteraturMerujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000) edisi ketiga.Pengajaran merupakan perihal mengajar,segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar.Pengajaran adalah satu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.Pengajran yang dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti yang dilaksanakan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,serta dibimbing telah menggalakkan dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar.Demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.Menurut Hj.Mohd Ali(1994) perubahan paradigm dalam system pendidikan menuntut dan mengesa kaum guru membuat perubahan di mana satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti.Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kemahiran mengajarnya semata-mata,tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menabat hati murid untuk belajar malah dapat membantu mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam matapelajaran tersebut.selaras dengan kenyataan Yong &Biramiah(1996) iaitu seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai motivator dalam pembelajaran bagi para pelajar.Pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna menuntut guru menjadi seorang individu yang kreatif dan inovasi dalam pengajarannya.Noor Azmi (1998)menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logic,membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan focus pengisian kurikulum abad ke-21selain daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas.Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal atau yang mengalami masalah dalam pembelajaran biasanya sukakan muzik,maka pengkaji telah selitkan unsur didik Hibur (nyanyian dan gerakan) yang merupakan elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Selain meningkatkan minat murid untuk belajar,Didik Hibur juga dapat menguatkan ingatan murid terhadap apa yang telah dipelajarinya.Sesungguhnya Muzik adalah suatu ilmu yang mana muzik dan nyanyian itu sesuatu perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa melagukan sesuatu lagu.Jelaslah melalui lagu,ia dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan ingatan mereka.Melalui penggunaan lagu,murid-murid lebih cepat mengingati dan menghafaz sesuatu perkara berbanding dengan membaca sahaja.Menurut Noraini Ahmad (2003) iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan.Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj.Abdul Fatah Hassan (1990) yang menyatakan bahawa pada kebiasaannya maklumat yang disampaikan dengan emosi yang seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan.Kenyataan ini bolehlah ditafsirkan bahawa semakin menarik maklumat yang disampaikan kepada seseorang,maka semakin mudah maklumat itu disimpan dalam ingatan seseorang.Sehubungan dengan itu,pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur didikHibur melalui nyanyian adalah amatbertepatan sekali untuk membantu murid bagi meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pelajaran.Menurut Hermann,N(1991) hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian pelajar meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian dalam matapelajaran pelajar.Sehubungan dengan itu,pengkaji yakin penggunaan didik hibur atau nyanyian dapat membantu tahap perkembangan mental pelajar.Menurut Eisner (2003) pula,muzik penting dalam pendidikan kerana sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaannya.Ini turut dijelaskan oleh Hermann.N ((1991) yang menyatakan bahawa integrasi muzik dengan matapelajaran lainakan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.Otak kiri dan Kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza.Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa,matematik,sains logic dan lain-lain aktiviti akademik.Otak kanan pula,menguasai hal-hal seperti imaginasi,muzik,mengenal warna dan sebagainya.Apabila seseorang itu berusaha menggunakan sedikit masa untuk memperkembangkan aktiviti yang melibatkan otak kanan,otak kiri pula lebih aktif.Banyak kajian menunjukkan bahawa kebolehan untuk belajar akan mempertingkatkan kedua otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang sama dalam keadaan yang harmoni.Menurut Taufik Pasiak(2009) dalam bukunya Revolusi IQ.EQ.SQ.(m.s 90) kelas-kelas juga harus dijadikan tempat yang selesa dan menyenangkan dengan alunan muzik yang lembut dan merdu demi menghasilkan suasana serius dan santai untuk belajar,termasuk pekerjaan otak kanan adalah memperdengarkan muzik.Berdasarkan fakta tersebut,dapatlah disimpulkan bahawa penggabungjalinan antara otak kiri(fakta sains)dan otak kanan (muzik dan nyanyian) boleh menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna.Belajar akan menjadi seronok,daya pemusatan akan bertambah,dan daya ingatan akan bertambah kuat,pengambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik dan menyelesaikan masalah dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.Sebenarnya kaedah nyanyian muzik dapat membantu individu lebih efisyen dan meningkatkan pencapaian mental dan pemikiran.Ini kerana wujudnya hubungan antara pencapaian pembacaan dengan teknik nyanyian.Apa yang menarik ialah para pendidik dapat meluaskan penggunaan muzik dalam proses P&P serta mampu meningkatkan kualiti pembelajaran.Routier.W (2003) menyatakan kesan muzik Mozart terhadap kanak-kanak bahawa terdapat hubungan antara muzik dengan membaca,menulis,kebolehan menghafal dan kemahiran matematik.Oleh itu,Pengkaji telah menerapkan elemen didik hibur iaitu nyanyian dalam matapelajaran sains.Pengkaji juga menggunakan melodi lagu yang sememangnya biasa didengar oleh murid bagi mereka yang mudah mengingati lagu tersebut kerana menurut Savin C.F (2001) ,penggunaan lagu yang dikenali dalam pembelajaran di bilik darjah akan memberikan satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.Dalam kajian lain bertajuk penggunaan elemen muzik dan nyanyian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang menarik serta bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti muzik dan nyanyian.Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid-murid mengenali,menyebut dan mengingati fakta sains ,malah aktiviti P&P menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru tersebut.Ini terbukti apabila kebanyakan murid yang menjadi responden didalam kajian ini mampu mencantumkan gambar (puzzle) serta melabelkannya dengan betul.Ini dipercayai merupakan hasil aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh murid-murid tersebut dengan bimbingan guru sebelum ini.Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan muzik(nyanyian) dalam Proses P&P telah dijalankan selama ini telah membuktikan tindak balas yang positif.Walaupun banyak kajian telah membuktikan muzik meningkatkan keberkesanan P&P di bilik darjah.Namu ia tetap di pandang sepi oleh guru-guru sekolah.Justeru itu pengkaji telah mengambil inisiatif untuk melaksana kajianmengenai keberkesanan kaedah didik hibur dalam meningkatkan ingatan murid dengan fakta sains.Sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru yang lebih kreatif.Bagi murid-murid yang lemah,kaedah menghafal fakta dengan cara didik Hibur di dapati amat berkesan.Aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu murid menghafal fakta,malah dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan.

3.0 Objektif kajian /soalan kajian3.1 objektif umumTujuan kajian untuk melihat keberkesanan kaedah didik hibur dalam meningkatkan kebolehan murid mengingati fakta sains dengan menyebut,menulis dan melabel gambarajah kitar air dengan betul di dalam kalangan murid lemah tahun 5.

3.2 objektif khususa)pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur boleh menjadikan alat pengajaran yang berkesan dalam mengingati fakta sains dengan mudah bagi tajuk kitar airb)meningkatkan minat murid mempelajari tajuk kitar air menggunakan kaedah didik hiburc)mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan dengan penggunaan kaedah didik hibur dalam P&P terutamanya dikalangan murid lemah.

3.3 persoalan kajianBerdasarkan objektif kajian persoalan yang harus dijawab ialah :a)Adakah pengajaran secara Didik hibur dengan bantuan slaid power point dapat meningkatkan ingatan proses kitar air?b)Adakah pengajaran Didik Hibur dapat meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Kitar Air ?c)Adakah penggunaan kaedah Didik Hibur dalam P&P dapat mewujudkan suasana pembelajran yang menyeronokkan dan menghiburkan?

4.0 kumpulan sasaranBahagian ini memperihalkan latar belakang responden yang akan digunakan dalam pelaksanaan kajian ini.Ciri-ciri responden dijelaskan terperinci merangkumi bilangan ,umur,jantina,nama kelas ,sosio ekonomi dan lain-lain lagi.4.1 latar belakang sekolah dan muridKajian ini mensasarkan mrid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Ulu Dong Raub Pahang.Sekolah ini Merupakan sekolah kurang murid.Terletak di daerah Raub Pahang.seramai 10 orang murid semuanya.5 lelaki dan 5 perempuan.semuanya berketurunan melayu.latar belakang keluarga adalah pekebun dan penoreh getah.hanya 5 orang responden yang dipilih iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan.Responden berumur 11 tahun, kebanyakannya berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.semuanya mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan(RMT).Terdapat seorang anak yatim yang tiada ibu.keseluran ibubapa responden adalah pekebun,penaiga kecil-kecilan dan penoreh getah.tahap pencapaian responden didalam pelajaran adalah berbeza-beza. 5.0 Tindakan yang dijalankan Murid dipamerkan Gambar kitar Air dan guru bersoal jawab dengan murid secara ringkas untuk menguji sejauh mana pengetahuan sedia ada murid tentang tajuk tersebut.Hanya beberapa orang murid sahaja yang memberi respon tentang tajuk tersebut.Semua murid tidak menyatakan proses bagi kitar air yang berlaku ketika gambar di paparkan.Guru mengedarkan soalan ujian pra (Lampiran A)kepada semua murid.Ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pemahaman murid tentang tajuk yang diberi.

PemerhatianPada peringkat awal aktiviti ini,murid-murid agak ragu-ragu untuk menjawab tugasan yang diberi.ramai murid hanya berdiam diri dan tidak memberi respon kerana tidak faham tajuk yang akan dipelajari.hanya beberapa orang murid sahaja yang menjawab tetapi tidak dalam keadan yang yakin.Walaupun murid memberi respon yang tidak baik dan ragu-ragu tetapi mereka tetap menjawab soalan ujian pra yang diberi.Dalam masa yang sama mereka suka bertanya kepada pengkaji untuk mengetahui proses yang berlaku.pengkaji memberitahu akan mengajar tajuk tersebut selepas ujian pra keran ingin mengetahui sejauh mana pemahaman murid dengan tajuk tersebut. Sebagai usaha mengenalpasti kelemahan murid, pengkaji telah menjalankan beberapa temubual lisan terhadap kelas tahun 5 setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran PdP. Soalan soalan lisan yang dikemukan adalah lebih berupa soalan kuiz yang berkaitan topik yang diperincikan.

6.0 cara pengumpulan data

Sebelum mengaplikasikan kaedah dan tindakan yang telah dicadangkan,pengkaji telah meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidak upayaan murid dalam mengingati fakta bagi matapelajaran sains.Pengkaji membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati fakta menjadi factor utama yang perlu diatasi dalam usaha membantu murid menjawab soalan peperiksaan.Tiga jenis instrument telah dirancang dan dijalankan untuk kajian ini iaitu a)ujian prab)Ujian posc)soal selidiksetiap ujian bertujuan mengukur objektif yang berbeza.semua kutipan data menggunakan jadual perbandingan dan perisian Excel untuk mengira peratus kenaikan dan penurunan dalam kajian yang telah dijalankan keatas responden.

6.1 ujian-ujian penilaian (ujian pra dan ujian pos)

Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk mengumpul data kuantitatif.Pengkaji menggunakan set soalan ujian pra dan post yang telah diberikan kepada murid tahun 5 (lampiran A).Soalan ujian pos adalah berdasarkan tajauk kitar Air yang telah diberikan selepas pengajaran dan pembelajaran.Ujian Pra pula sebelum P&P dimulakan.Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji.Pengkaji menjalankan analisis selepas menjalankan P&P dan Ujian pos.Pengkaji juga telah membuat analisis perbandingan peningkatan markah daripada ujian pra dan pos yang telah dijalankan.

6.2 soal selidik

Pengkaji telah mengedarkan Borang soal selidik (lampiran C) bagi mendapatkan reaksi responden berkaitan kaedah P&P yang telah dijalankan.Borang ini adalah berbentuk soalan tertutup yang menggunakan skala Likert dimana murid memberikan Skala 1 hingga 3 bagi stiap itemsoal selidik yang telah diajukan.Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada objektif kajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan menghiburkan.Tujuan pengkaji berbuat demikian adalah untuk mengetahui daripada responden keberkesanan kaedah yang telah dijalankan.Pengkaji juga menggunakan laras bahasa yang sesuai,jelas dan mudah difahami.Soalan ini tidak panjang dan tiada diskriminasi jantina mahupun agama.Semasa sesi soal selidik dijalankan,terlebih dahulu,pengkaji membantu membaca dan memperjelaskan setiap item soal selidik beserta skala responden.Pengkaji juga memberi penerangan yang lebih teliti setiap item bagi mengelakkan kekeliruan di dalam kalangan responden.Berdasarkan dapatan soal selidik tersebut,pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa kaedah didik hibur dalam P&P telah dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan menghiburkan bagi responden yang dikaji.

7.0 Dapatan kajian dan interprestasi data

7.1 Analisis ujian pra dan pos

Pengkaji telah menggunakan kaedah petunjuk Jadual gred dan markah ujian bagi ujian pra dan pos .Contoh jadual gred dipamerkan seperti jadual di bawah(jadual 1 )

JADUAL 1 :GRED DAN MARKAH UJIAN

GREDMARKAH

ABCDE80 10060 7940 - 5920 - 390 - 19

Jadual diatas menunjukkan cara skala pengredan diberi mengikut peratus markah.ini bertujuan untuk memudahkan guru mengetahui bilang murid yang telah memperolehi bilangan mengikut penggredan.Melalui skala gred ini,guru mengetahui perbandingan bilangan penggredan bagi ujian pra dan pos.

Jadual 2 : perbandingan prestasi murid dalam ujian pra dan pos NoNama MuridUjia praUjian pos

1AEZY IZHAM BIN AZMIN5070

2AHMAD IDHAM SHAH BIN AHMAD ROSLI1040

3MUAZ NURFAIZ BIN SAARI4060

4MUHAMMAD AKMAL BIN JAMALUDIN1540

5MUHAMMAD DANIES YUSRIZAL BIN AZIARIRAMAN1040

6FATIN MUNIRA BINTIMOHAMAD5070

7NURUL FATIHAH BINTI SALLEH5270

8NUR ALYSHA NABILA BINTI SHAHRULNIZAM2050

9NORSAFINA BINTI DAHLAN2050

10NURUL WAHIDA BINTI AFRIZAL5070

PURATA/MIN31.756.0

Jadual di atas menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan pos yang telah dijalankan bedasarkan tajuk kitar Airyang telah dilaksanakan ke atas sampel kajian.Ujian pra (lampiran A) telah dijalnakan sebelum sesi P&P bermula.Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji.Manakala ujian pos (lampiran A) telah dijalankan ke atas sampel kajian setelah selesai sesi P&P untuk menilai keberkesanan kaedah yang telah dilaksanakan dalam membantu murid mengingati fakta secara didik hibur.Hasil kajian membuktikan samaada kaedah didik hibur berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk kitar air dengan melihat kepada peningkatan markah dan gred yang diguna pakai di dalam kedua-dua ujian yang telah dijalankan.Berdasarkan jadual 2,dipaparkan peningkatan markah bagi setiap murid dalam ujian pos yang dijalankan.Ini membuktikan bahawa kaedah didik hibur telah memberikan pencapaian yang lebih baik.Hal ini mungkin disebabkan murid telah dapat menguasai kemahiran menguasai fakta sains melalui kaedah didik hibur.

Jenis ujian Purata min

Ujian pra31.7

Ujian pos 56.0

Perbezaan min24.3

Jadual 3 menunjukkan perbezaan min pencapaian murid.Min ujian ialah sebanyak 31.7 manakala min ujian pos ialah sebanyak 56.0.perbezan min yang ditunjukkan dalam jadual adalah sebanyak 24.7 iaitu peningkatan yang positif menandakan kajian tindakan yang dijalankan oleh guru secara signifikannya Berjaya menghasilkan pencapaian yang lebih baik.Ini membuktikan kaedah didik Hibur yang diguna pakai telah memberikan impak yang baik kepada prestasi murid dalam pembelajara sains.GredMarkahUjian praUjian posPeningkatan

A80-100000

B60 79 055

C40 59 55 0

D20 39 202

E0 19303

Jumlah-101010

7.2 analisis soal selidik Jadual 5:analisis boring soal selidikBil Item Tidak setujuSetuju Sangat setuju Jumlah

1Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran ini-3710

2Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini13610

3Saya berasa mudah untuk menghafal fakta 12710

4Saya berasa bersemangat untuk belajar sains22610

5Saya sangat suka dengan aktiviti yang diberikan oleh guru12710

6Saya akan menggunakan aktiviti nyanyian yang guru perkenalkan pada hari ini untuk tajuk lain22610

7Pengajaran guru membosankan82-10

Analisis peratusan soal selidik bagi setiap item Analisis peratusan soal selidik bagi setiap item yang diperolehi dapat juga dikaitkan dengan teori yang tersohor dalam pendididkan iaitu Teori Kecerdasan pelbagai(Gardner 1983 ) berdasarkan maklum balas murid dengan kaedah didik hibur tesebut dalam P&P guru.

Rajah 2

Berdasarkan rajah 2 borang soal selidik item satu menunjukkan seramai 7 orang murid berasa seronok mencapai sebanyak 70% murid sangat bersetuju berbanding 30% setuju dengan kaedah dididk hibur selepas mengikuti sesi P&P.peratusan tingkah laku yang sangat bersetuju menunjukkan minat mendalam murid untuk belajar menggunakan kaedah didik hibur diperkukuhkan lagi dengan peningkatan markah prestasi murid selepas ujian pos berbanding ujian pra.Ini bersesuaian dengan teori kecerdasan pelbagai dalam aspek kecerdasan verbal dan linguistic iaitu kemahiran mendengar ,berucap,menulis serta bercerita atau menerangkan semula apa yng murid dapat selepas pengajaran guru telah tercapai.

Item 2Bagi item ke dua,peratus sangat setuju diperoleh sebanyak 60% iaitu seramai 6 orang murid daripada 10 orang murid dan bersetuju iaitu 30 % iaitu 3 orang murid dan tidak setuju 10% iaiutu 1 orang murid.peratus ini menurun berbanding rasa seronok murid mungkin disebabkan minat murid .

Bagi item diatas,Menilai pengajaran guru bosan atau tidak.Hasil Soal Selidik Menunjukkan ramai murid tidak bersetuju iaitu sebanyak 80% iaitu 8 orang daripada 10 orang murid menyatakan bahawa pengajaran guru tidak membosankan.Dapatan ketika kajian dijalan pengkaji melihat majority murid merasakan terhibur dan seronok dalam semua aktiviti yang dijalankan.Aktiviti ini dapat diperkukuhkan adanya peningkatan markah murid yang mendadak dalam ujian pos.ini boleh dikaitkan dengan kecerdasan pelbagai Teori Howard Gardner dalam aspek Kinestetik menyatakan murid rasa terhibur dengan aktiviti nyanyian.Murid juga cekap menginterprestasi pergerakan anggota badan secara ekspersi diri sambil berkomunikasi dengan rasa terhibur.Rumusannya,kesoronokan melalui kaedah didik hibur murid dapat di kesan dalam mengingati fakta sainstelah terbukti melalui data soal selidik.

8.0 Rumusan8.1 rumusan keseluruhan

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci sebelum ini,dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah didik hibur (nyanyian)berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk kitar Air.Responden yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah Nyanyian menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pos lebih ketara setelah kaedah didik hibur digunakan.Peningkatan markah ujian pos menunjukkan responden mudah mengingati proses-proses yang terlibat bagi tajuk yang difokuskan iaitu kitar air.Secara tidak langsung kaedah yang digunakan juga turut membantu mereka untuk menjawab soalan ujian dengan mudah dan memperolehi markah dengan lebih baik.Terbukti nyanyian dapat membantu meningkatkan ingatan murid dalam menghafal fakta sains yang diajar.Melalui didik hibur juga membuktikan nyanyian dapat membantu murid menguasai bahasa atau bacaan yang diberkan melalui hafalan fakta.Pengkaji mendapati kanak-kanak adalah golongan yang mudah tertarik dengan muzik.Mereka merasa seronok apabila sesuatu pelajaran itu disampaikan di dalam bentuk nyanyian.Perasaan seronok untuk belajar yang timbul dalam diri mereka itu secara tidak langsung dapat memudahkan mengingati apa yang telah dipelajari.Maka dengan itu,penggunaan kaedah didik hibur dalam proses P&P sains adalah amat bertepatan bagi meningkatkan ingatan murid terhadap proses proses yang terlibat dalam kitar Air.Penggunaan kaedah didik hibur juga terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar.Kaedah didik hibur bukan sahaja menambahkan minat belajar,ia juga dapat mengurangkan kebosanan murid sebaliknya menggalakkan penglibatan murid secara aktif sepanjang sesi pengajaran guru.Kaedah didik hibur juga telah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan.Ini dibuktikan melalui dapatan awal soal selidikyang menunjukkan bahawa responden yang menjalani proses P&P kaedah didik hibur merasa terhibur dan amt seronok berbanding pengajaran guru sebelum menggunakan kaedah ini.Dapatan kajian juga menunjukan,bahawa secara keseluruhannya,responden menunjukkan reaksi positif terhadap matapelajaran sains.Responden juga mempamerkan rasa seronok untuk mengingati fakta sains melalui proses P&P yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian.Sehubungan dengan itu,prestasi dalam pembelajaran turut meningkat terutamanya dari aspek mengingati fakta-fakta sains.Kaedah didik hibur dalam P&P juga sekaligus dapat menarik minat murid untuk belajar.Berdasarkan analisis ujian pra dan ujian pos bagi responden,jelas menunjukkkan bahawa setelah menggunakan kaedah didik hibur berlakunya peningkatan gred markah setiap responden.Kaedah yang digunakan pengkaji memudahkan responden untuk megingati fakta dengan lebih mudah daripada pengajaran biasa sebelum ini yang sering menunjukkan markah yang dinilai amat rendah berbanding setelah menggunakan kaedah didik hibur.Di harapkan P&P yang menyeronokkan serta bermakna menuntut pendidik untuk menjadi seorang yang kreatif dimana dapat membantu perkembangan daya imaginasi dan ingatan murid dalam proses pengajaran.Secara keseluruhannya kajian ini menunjukkan bahawa pelajaran akan mudah diingati apabila fakta dijadikan lirik senikata lagu.khasnya matapelajaran sains.bagi beberapa tajuk yang bersesuaian.Melalui kaedah didik hibur ia akan lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran.Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa didik hibur dapat dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran guru.Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid mengenali,menyebut dan menghafal struktur,malah aktiviti P&P menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri.Ini selaras dengan dapatan kajian yang menunjukkan tindak balas yang positif apabila responden mampu menjawab soalan ujian pos dengan baik berbanding ujian pra.Ia juga menimbulkan perasaan seronok untuk belajar serta mendorong responden mengingati fakta dalam matapelajaran sains.Penggunaan rangsangan muzik dalam P&P adalah bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur.Sehubungan dengan itu,maka penggunaan rangsangan muzik dalam kaedah didik hibur menjadi satu alternative pengkaji menarik minat murid agar pengajaran tidak mendatar dan membosankan murid.Ternyata kaedah penggunaan didik hibur mampu memberikan keseronokan kepada murid seterusnya dapat meningkatkan minat murid untuk belajar.Apabila minat timbul maka secara tidak langsung murid dapat mengingati fakta denganlebih mudah dan dapat membantu meningkatkan prestasi ujian yang dijalankan.Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapatnya anjakan paradigma murid terhadap mata pelajaran sains.Secara tidak langsung dapat mengubah tanggapan murid yang negative(tidak minat)kepada positif (berminat)terahadap sains.murid juga teruja dan berminat dengan setiap aktiviti yang dipersembahkan melalui kaedah didik hibur ini.melalui kaedah ini murid dapat ditarik dengan mudah untuk mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan menyeronokkan dan terhibur.Selain itu juga motivasi untuk belajar dan mengingati fakta akan meningkat.motivasi dan minat yang mendalam tersebut telah menjadi pemacu kepada kejayan murid dalam pelajaran.Kaedah pengajaran kreatif dan menyeronokkan seperti kaedah didik hibur bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar malah terbukti berkesan dalam membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam matapelajaran tersebut.

9.0 Refleksi akhirKajian tindakan ini bertujuan membantu para pendidik meningkatkan professionalism supaya proses P&P dapat dilaksanakan dengan lebih efisen dan efektif.Melalui kajian tindakanini saya dapat menimba banyak pengalaman dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang dikaji.Walaupun pengalaman menjadi guru mencecah 15 tahun tetapi melalui kajian tindakan yang dijalankan telah dapat meningkatkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek sepanjang kajian dijalankan.Semasa Kajian dijalankan ,saya sering membuat refleksi kendiri untuk mengimbas kembali dan mengenal pasti masalah yang dihadapi setiap kali tindakan dilakukan.Oleh itu,saya menyenaraikan pelbagai alternative untuk menyelesaikan masalah yang timbul ketika kajian dijalankan.Antara masalah yang dihadapi ialah murid bersifat pendiam,agresif,lambat dan pasif ketika P&P dijalankan.Justeru itu,saya menggunakan pendekatan mengajar responden dengan membimbing mereka secara kumpulan kecil bagi menghafal fakta melalui kaedah didik hibur dengan iringan muzik serta gerakan bagi menarik minat murid-murid tersebut dalam pengajaran guru.Disamping itu juga, saya memberi peluang kepada murid menunjukkan gaya ekpreasi yang bersesuaian dengan senikata agar teknik mengingati fakta sains lebih mudah lagi.Ini bertujuan murid rasa di hargai apabila gaya yang mereka kemukakan dipuji oleh pengkaji.Sepanjang kajian tindakan ini juga banyak memberi peluang kepada saya dalam meningkatkan kemahiran dalam pengurusan masa.Saya menggunakan masa dengan teratur dalam penyediaan bahan-bahan yang diperlukan sepanjang pelaksanaan kaedah didik hibur dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Kitar Air.Selain itu juga saya menyusun jadual pelaksanaan tindakan agar saya dapat menjalankan mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi setiap bab dalam perancangan saya.Menurut Rosinah Edinin (2011) sesuatu kajian atau penyelidikan yang dijalankan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu P&P.Melalui kajian tindakan ini juga saya berpeluang untuk meningkatkan lagi pengetahuan pedagogi dalam P&P.Saya banyah terdedah dengan penggunaan ABM yang bersesuaian tentang tajuk yang diajar kepada murid.Selain daripada itu,kaedah baru yang diperkenalkan telah menarik minat murid malahan ia dapat membantu murid menginagti fakta sains dengan lebih mudah dan menyeronokkan.Disamping itu juga kaedah didik hibur ini juga banyak memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi menerusi petmainan Puzzle dan menjawab kuiz.terbuka melalui internet dalam suasana yang bekerjasama dan bersepasukan.selain itu juga,tercapailah hasrat KPM iaitu matlamat keempat KPM(2011) iaitu memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Negara Malaysia.Saya sentiasa menitikberatkan kepada penglibatan semua murid dalam aktiviti yang dijalankan.Secara kesimpulannya,kajian tindakan ini banyak membantu saya meningkatkan kemahiran interpersonal dan intra personal.antaranya ialah meningkatkan kemahiran pengurusan masa,kemahiran refleksi kendiri dan juga kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.disamping itu saya dapat keyakinan diri yang tinggi dan memberi semangat dan motivasi bagi memartabatkan profesion keguruan.

10.0 cadangan kajian seterusnya

Secara keseluruhannya kajian ini Berjaya dan mencapai objektif yang ditetapkan.namun ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan pada masa hadapan.antaranya ialah:1)menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu,selain dapat menafaatkan keberkesanan kajian ini kepada murid-murid yang lemah2)mengaplikasikan kaedah didik hibur bagi tajuk-tajuk lain dalam matapelajaran sains sekolah rendah.3)mencipta lagu dan melodi baru bagi tajuk yang difokuskan tanpa menggunakan melodi sedia ada dalam usaha meningkatkan keterujaan murid untuk belajar.

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala lumpur (2000).Kamus Dewan (Edisi Ketiga)Selangor.Percetakan Dewan bahasa dan Pustaka

Edek & Kamariati Hussin (2005) keberkesanan lagu dalam proses pengajaran dan pembelajaran satu kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu ,Tawau sabah Muat turun pada 8 julai 2014 .http:www.docstoc.com/docs/33520737

Eisner,E.(2003) The Function Of Music In Education.Muat turun 10 julai 2014 http:www.isme.org/article/view/89/126

Haji Abdul Fatah Hassan (1990) penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.Skudai :UniversitiTeknologi Malaysia

Haji Abdul Fatah Hassan (1994) kecemerlangan minda dalam pembelajaran keseluruhan otak dan daya berfikir Kuala Lumpur Utusan publicator And Distributor Sdn.Bhd

Haji Mohd Ali Muda,(1994)Isu Kreativiti dan Tuntutan perubahan dalam pendidikan.Warta Pendeta.Jurnal Pendidikan Terengganu.1(1):53-60

Noor Azmi Ibrahim (1998) pembangunan kurikulum Abad ke -21.Berita kurikulum(9)-(1):6:7 Pusat perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Rosinah Edinin(PhD).(2011) Penyelidikan Tindakan.Kaedah dan Penulisan (edisi Kedua).Penerbit Freemind Horizons Sdn.Bhd ,Kuala Lumpur.

Routier,W.(2003) Read Me a Song :Teaching Reading Using picture Book Songs.Orland:International Reading Associations

Savin.C.F.(2001) Tune-In to Biologi :music In the Science Classroom.muat turun pada 27 julai 2014 http:www.science.subaru.com/teaching_ideas/carolsavin

Taufik Pasiak (2009)Revolusi IO.EO.SQ(m.s 90)PTS Millennia Sdn.Bhd.Batu Caves Selangor

Yong.L.M.S.&Biramiah.K.(1996) Guru yang Kreatif :isu-isu Teorikital dan Aplikasi Praktikal.Arena Buku Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.

Zainure Mohd Saad.(2003)Kajian Elemen Muzik dan Nyanyian Di dalam Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Biologi .SMK Buyong Adil.Tesis Diploma Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.Selangor