kajian tindakan mas

Download Kajian Tindakan Mas

Post on 25-Nov-2015

70 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

BILPEMARKAHAN

1Rakaman 1

2Refleksi 1

3Rakaman 2

4Refleksi 2

5RPH

6Laporan KT

7Forum

Jumlah

KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2TAJUK

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KUMPULANJHR BHRU J02CAWANGAN KOLEJ ISLAM JOHOR

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

AMINAH BTE MOHD.AFANDI

012-7519176

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.OMAR HISHAM BIN MOHD.BAHARINTARIKH SERAH: 05 MEI 2012

1. PendahuluanKajian Tindakan adalah satu bidang soal selidik bidang dan kajian berbentuk refleksi kendiri yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik atau individu. Tujuan penyelidikan ini ialah untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan atau sosial. Di samping itu, kajian ini juga digunakan untuk meningkatkan kefahaman terhadap amalan pendidikan atau sosial, dan seterusnya membaiki keadaan amalan-amalan tersebut.Di bawah konteks perkembangan profesionalisme keguruan, kajian tindakan ini boleh digunakan untuk mengkaji masalah-masalah pendidikan dan membaiki keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Kajian tindakan dipelopori oleh Kurt Lewin pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Idea yang dikemukakan oleh beliau telah digunakan oleh para pendidik untuk menjalankan kajian seperti keadaan menggubal kurikulum dan peningkatan profesionalisme keguruan. Pada tahun 1973, di bawah Ford Teaching Project kaedah kajian tindakan pernah digunakan oleh John Elliott dan Clem Adelman untuk mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Konsep kajian tindakan ini seterusnya diperkembangkan oleh Kolb (1984), Carr dan Kemmis ( 1986 ) dan lain-lain penyelidik seterusnya. Idea kajian tindakan mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1988.2. Definisi Kajian TindakanDi dalam Simposium Antarabangsa yang diadakan di Brisbane, Australia, pada bulan Mac, 1989, peserta-peserta bersama berbincang dan berjaya menghasilkan definisi Kajian Tindakan seperti berikut:a. Kajian Tindakan wujud dalam situasi yang mana Orang membuat refleksi dan memajukan kerja mereka dalam situasi sendiri. Dengan menghubungkaitkan refleksi dan tindakan mereka secara erat-erat dan Juga mengumumkan pengalaman mereka secara terbuka bukan sahaja kepada peserta-peserta lain, tetapi juga kepada orang lain yang berminat dan memberi perhatian terhadap kerja dan situasi, iaitu teori, amalan kerja dan situasi mereka; danb. Apabila sesuatu situasi didapati bertambahnya Pengumpulan data oleh peserta-peserta mereka sendiri ( atau dengan bantuan orang lain) yang berkaitan dengan soalan-soalan mereka sendiri; Penyertaan ( dalam mengemukakan soalan dan menjawab soalan ) dalam membuat keputusan; Berkongsi kuasa dan mengelakkan amalan hierarki dalam kerja ke arah memupuk amalan demokrasi; Kolaborasi di antara ahli-ahli kumpulan sebagai komuniti kritikal; Refleksi kendiri, penilaian sendiri dan pengurusan sendiri oleh orang dan kumpulan yang bertanggungjawab dan mempunyai autonomi; Belajar secara progresif ( dan terbuka ) melalui kesilapan dalam sesuatu lingkaran refleksi kendiri daripada perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi, perancangan semula dan sebagainya; Refleksi yang menyokong idea daripada pengamal reflektif (diri).

3 . Tujuan Kajian TindakanKajian tindakan telah menjadi kajian yang amat penting untuk perkembangan-perkembangan kurikulum sekolah dan profesionalisme keguruan. Di antara tujuan-tujuan untuk menjalankan kajian tindakan di institusi pendidikan ialah: Menggalakkan guru dan pendidik membuat refleksi terhadap masalah-masalah pendidikan yang dijumpai semasa menjalankan aktiviti pengajaran, mengesan dan membaiki kelemahan dan kekurangannya, dan seterusnya mencapai tahap prestasi yang lebih baik serta berkesan. Oleh kerana kajian tindakan mengutamakan amalan pendidikan di dalam bilik darjah, maka ia dapat merapatkan jurang di antara teori dengan pratik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan dengan ini, guru dapat membina kemahiran mengajar dengan lebih sempurna serta berkesan. Hasil kajian yang diadapati melalui kajian tindakan bukan sahaja akan membolehkan guru meningkatkan kemahirannya dalam aktiviti pengajarannya, tetapi juga membolehkan guru berpulang mengubah kaedah dan teknik mengajarnya, supaya mencuba sesuatu kaedah mengajar yang baru yang lebih sesuai. Melalui kajian tindakan, guru dapat meneliti aktiviti pengajarannya secara terperinci dengan aktiviti refleksi. Tinjauan ini akan memberi keyakinannya apabila menjalankan aktiviti pengajaran pada masa hadapan. Kajian tindakan memberi peluang kepada guru menguji ramalan pencapaian dan keberkesanan pengajarannya di dalam bilik darjah. Dengan menjalankan kajian tindakan, guru dapat dilatih untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran perancangan, pemerhatian, mengumpul data, menganalisis, menilai, menginterprestasi, membuat refleksi serta merumus, demi meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan imejnya dalam profesion keguruan. Hasil dapatan yang diperolehi melalui kajian tindakan dan didokumentasikan dalam bentuk tulisan merupakan bahan rujukan yang penting bukan sahaja bagi guru sendiri, tetapi juga sebagai sumbangan idea baru untuk dirujuk oleh rakan sejawat dan guru-guru di sekolah lain. 4.Contoh-contoh Masalah Pendidikan Untuk KajianDi dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seperti masalah-masalah yang berkaitan dengan:1. Penggunaan bahan-bahan pelajaran;2. Penggunaan strategi, kaedah dan teknik mengajar;3. Pengurusan aktiviti kumpulan;4. Perancangan aktiviti pemulihan dan pengayaan;5. Penyediaan lembaran kerja dan penilaian;6. Pengurusan bilik darjah;7. Masalah disiplin.

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN DAN MENGEJA DUA SUKUKATA KONSONAN DAN VOKAL BERGANDING BAHASA MELAYU 1.0 ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran membaca perkataan yang mempunyai konsonan dan vokul bergabung bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 Dinamik.. Seramai 36 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan konsonan dan vokal bergabung dalam bacaan murid. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid tidak dapat menyebut dengan betul perkataan yang mempunyai konsonan dan vokal bergabung. Oleh itu saya telah menggunakan teknik warna pada setiap perkataan yang mempunyai dan konsonan bergabung untuk membantu murid boleh menyebut dan membaca perkataan tersebut. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid terhadap sebutan dan bacaan perkataan yang mempunyai konsonan dan vokul bergabung semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid-murid tersebut juga telah menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.0.PENGENALAN ( LATAR BELAKANG KAJIAN )

Pengalaman saya menjadi pendidik selama hampir 19 tahun banyak membantu saya dalam menghadapi pemasalahan yang sering timbul dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Selama 7 tahun saya berada di Prasekolah juga banyak membantu saya dalam menghadapi kerenah pelajar-pelajar kecil ini.Bermula dari KBSR dan kini KSSR menjelang Januari 2011 banyak memberi impak kepada kami.Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan. Namun setiap setiap kali latihan di dalam kelas, penilaian melalui sebutan dan bacaan, murid yang bijak pun kadang kala salah bila menyebut perkataan dua sukukata atau ayat yang mempunyai konsonan dan vokal bergabung.

Saya telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa Melayu Tahun 1 SK Taman Sutera.Lokasi sekolah kami terletak di pinggir bandar.Kelas 1 Dinamik yang seramai 36 orang murid dimana terdapat dua orang murid asli.Selain itu juga terdapat enam orang murid Melayu yang turut tinggal sekampung dengan penempatan orang asli.Pemerhatian di lakukan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Di dapati bahawa sebilangan pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Selain itu,rekod pencapaian sebilangan murid agak kurang memuaskan dimana mereka masih lagi menguasai sekurang-kurangnya band 2 sahaja.Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar saya telah merangka satu pelan tindakan yang bernama Simulasi Watak (Roleplay) supaya murid 1 Dinamik meminati untuk belajar iaitu dengan menarik minat pelajar untuk memahirkan mengeja perkataan yang mengandungi huruf konsonan dan vokal berganding seperti ng dan ai.. adn dapat mengenal antara ungu dan biru.

3.0.PERNYATAAN MASALAH

Sekolah Kebangsaan Taman Sutera ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Johor Bahru merupakan antara sekolah yang berada di pinggir bandar. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di tahap sederhana.Namun prestasi di kalangan pelajar-pelajar yang tinggal di perkampungan asli amat kurang merangsangkan.. Ramai pelajar yang masih gagal menguasai kemahiran membaca.Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi.

Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang merosot iaitu faktor persekitaran dan keluarga.

4.0 RASIONAL KAJIAN

Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa utama dan bahasa rasmi negara.Kemahiran membaca adalah asas kepada semua mata pelajaran.Semua mata pelajaran seperti matematik,sains dan pendidikan kesihatan memerlukan murid mahir membaca