kajian tindakan ii

20
KAJIAN TINDAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA MELALUI KAEDAH STESEN MURID TAHUN DUA S.K MANGGIS, PITAS DISEDIAKAN OLEH: JAMALI LEDUM

Upload: boonyi-unai

Post on 02-Sep-2015

247 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan BM Penggunaan Stesen bacaan

TRANSCRIPT

  • KAJIAN TINDAKANPENDEKATAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA MELALUI KAEDAH STESEN MURID TAHUN DUA

    S.K MANGGIS, PITAS

    DISEDIAKAN OLEH:JAMALI LEDUM

  • DAPATAN KAJIANProjek dilaksanakan bermula bulan Ogos 2014 hingga bulan Mac 2015. Dalam projek ini jadual projek telah dilaksanakan berdasarkan pelan tindakan projek yang disediakan.

  • Pelan Projek Stesen Pembelajaran

  • Hasil Soal selidikJumlah skor ideal untuk soal selidik yang diajukan kepada responden:Skor tertinggi: 28 x 4 = 112 (Sangat Tidak setuju)Skor terendah: 7 x 1 = 7 (Amat setuju)

    Bilangan MuridSangat Tidak setujuTidak SetujuSetujuAmat Setuju2817367

  • Ujian PraUjian ini dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui sejauh mana mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat asas. Setelah dianalisis keputusannya, majoriti murid-murid ini gagal menguasai kemahiran membaca peringkat asas terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata KV dan KVK

  • Keputusan Ujian Pra

    Markah %Jumlah MuridPeratusan10450%20225%30112.5%40112.5%50 10000%

  • Dapatan di atas menunjukkan:

    Sebanyak 50% murid mendapat markah 1025% murid mendapat markah 2012.5% murid mendapat markah 3012.5% murid mendapat markah 400% murid mendapat >40%

  • Dapatan daripada analisis ini jelas menggambarkan kepada kita betapa pentingnya rawatan segera dilakukan agar masalah ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, beberapa tindakan telah dilakukan bagi memulihkan murid-murid ini.

  • AKTIVI RAWATANSebanyak 5 aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran dengan menggunakan Kaedah Stesen Bacaan ini.Pada setiap minggu murid akan didedahkan kepada kaedah stesen ini sehinggalah aktiviti ini selesai. Masa yang diperuntukkan bagi menjayakan program ini ialah setiap aktiviti selama 90 minit. Aktiviti ini akan dijalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah mengikut kesesuaian perancangan aktiviti

  • Stesen BacaanPengkaji telah menyediakan Stesen Bacaan di salah satu sudut di dalam kelas. Di stesen ini, disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti :kad suku kataKad PerkataanKad AyatCarta Cerita Pendek

  • i) Stesen 1Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang menggabungkan KV dan KVK seperti tukul dan bajak. Murid-murid dikehendaki mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut.

  • ii) Stesen 2Di dalam stesen ini, pengkaji menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV dan KVK .Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut.

  • iii) Stesen 3Pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah .a) PengukuhanPengkaji meminta murid mengeja dan membatangkan suku kata. Kemudian murid dikehendaki menyebut suku kata berwarna dan membatangkan perkataan

  • b) PengayaanPengkaji meminta murid-murid membaca terus ayat tunggal yang diberi. Kemudian pengkaji bersoal-jawab untuk mengetahui tahap kefahaman murid terhadap ayat yang dibaca.

  • iv) Stesen 4Di stesen 4 ini, pengkaji menyediakan Big Book . Big Book adalah sebuah buku yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik.

  • Hasil Ujian PosDapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan ada peningkatan berlaku walaupun tidak secara keseluruhannya .

    Markah %Jumlah MuridPeratusan100020112.5%30225%40225%50337.5%60 10000

  • Perbandingan ujian Pra dan ujian Pos

    Markah %Ujian PraUjian Pos1040202130124012500360 10000Jumlah88

  • KesimpulanBerdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos,didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik di dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran pencapaian

  • Kaedah stesen merupakan satu kaedah yang berkesan dan harmonis. Kaedah ini juga membolehkan murid berinteraksi dalam suasana yang berkesan.Di samping itu juga membolehkan murid berasa gembira dan berminat untuk belajar di stesen yang telah ditetapkan.Aktiviti ini dapat memupuk keyakinan dan minat murid di dalam pengajaran Bahasa Melayu.

  • SEKIAN DAN TERIMA KASIH