kajian tindakan

80
BAB 1 MASALAH KAJIAN Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang pengenalan, latar belakang kajian, penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi istilah dan rumusan. 1.1 Pengenalan Pelajaran Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaannya amat meluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah membekalkan ilmu pengetahuan bahasa kepada responden untuk memperkembangkan kemahiran komunikasi dan pemikiran yang kreatif serta inovatif. Bertitik tolak dari inilah apabila guru mendapati murid-muridnya menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa ini terutamanya dalam aspek yang penting iaitu untuk menguasai kemahiran bahagian nilai murni maka guru haruslah mengambil suatu langkah yang bijak bagi menghadapi masalah ini, Masalah yang dihadapi oleh responden ini telah menyebabkan mata pelajaran ini seringkali menimbulkan kebimbangan bukan sahaja kepada 1

Upload: orga2477

Post on 12-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

BAB 1

MASALAH KAJIAN

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang pengenalan, latar belakang kajian,

penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan

kajian, definisi istilah dan rumusan.

1.1 Pengenalan

Pelajaran Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan

penggunaannya amat meluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Bahasa Melayu

yang diajar di sekolah membekalkan ilmu pengetahuan bahasa kepada responden untuk

memperkembangkan kemahiran komunikasi dan pemikiran yang kreatif serta inovatif. Bertitik

tolak dari inilah apabila guru mendapati murid-muridnya menghadapi masalah dalam

penguasaan bahasa ini terutamanya dalam aspek yang penting iaitu untuk menguasai

kemahiran bahagian nilai murni maka guru haruslah mengambil suatu langkah yang bijak bagi

menghadapi masalah ini, Masalah yang dihadapi oleh responden ini telah menyebabkan mata

pelajaran ini seringkali menimbulkan kebimbangan bukan sahaja kepada responden bahkan

guru-guru dan ibubapa. Justeru itu kaedah ‘IFAKETU’ ini dilaksanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran untuk meningkatkan prestasi responden.

1

Menurut Abdullah bin Al-Mubarak, seorang tabi’ut tabi’in yang juga merupakan ulama

hadis yang sangat terkenal, memberikan kepada kita enam perkara di dalam menuntut ilmu.

Pertama, husnu al-niyyah (niat yang ikhlas). Kedua, husnu al-fahm (kefahaman yang baik).

Ketiga, al-hifzhu(hafalan). Keempat, al-kitaabatu (penulisan). Kelima, al-‘amalu (beramal).

Keenam, an-nasyru (sebarkan).

Teknik yang dipilih ini berdasarkan kaedah pengajaran dalam islam dan mengikut

langkah-langkah yang ditetapkan bagi mendapatkan hasil yang optimum bagi responden

tersebut dalam meningkatkan keupayaan menjawab bahagian C dalam ujian format UPSR.

Di samping itu kecekapan seseorang guru mengapliksikan bahan bantu mengajar

adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau

merosakkan pengajaran dan pembelajaran seluruhnya. Rentetan daripada ini, pendekatan guru

dalam pengajaran perlu berubah daripada pengajaran tradisional kepada pengajaran yang

berpusatkan murid. Responden juga perlu digalakkan belajar secara koperatif, iaitu mereka

dapat berbincang, memberi pendapat dan membuat kesimpulan bersama-sama. Para guru

perlu inovatif dan kreatif dalam melahirkan murid yang cemerlang.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah luar Bandar.

Sekolah ini mempunyai murid seramai 1083 orang. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada

bangsa Melayu, CIna dan India. Guru-guru dan kakitangan sekolah ini adalah seramai 58

orang. Keseluruham guru-guru adalah berbangsa Melayu, tiga orang guru berbangsa Cina dan

seorang berbangsa India.

2

Kebanyakan pekerjaan waris-waris murid sekolah ini adalah bekerja sebagai operator

pengeluaran dan bekerja sendiri dan hanya sebilangan kecil waris sahaja yang bekerja sebagai

guru,tentera, peniaga, doktor dan juruterbang.

Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan ujian pra, ujian pos,

temubual dan pemerhatian sebagai alat untuk memungut maklumat serta data.  Kajian ini

dijalankan dalam kelas Tahun 5 Cerdik di mana muridnya adalah seramai 20 orang.  Fokus

diberikan kepada 5 orang murid dalam kelas ini. Responden tersebut tidak dapat mengingat

senarai nilai murni dengan baik dan seterusnya tidak dapat menjawab Bahagian C dengan

betul.. Ini adalah kerana masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan belajar

yang responden alami. Kebolehan beberapa orang responden yang mampu mengingat senarai

nilai murni yang dipelajari dalam pendidikan sekolah rendah dengan amat baik mewujudkan

suatu situasi yang membina. Hal ini seterusnya responden tersebut dapat menghasilkan

jawapan Bahagian C dengan amat cemerlang.

1.3 Penyataan Masalah

Apabila guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahagian nilai murni dan

menjawab Bahagian C (Ulasan) guru telah mendapati responden gagal untuk mencapai tahap

yang diharapkan oleh guru. Melalui kegagalan responden inilah suatu kajian tentang masalah

bagaimana untuk mengatasi hal ini telah dirancang dan dilaksankan di dalam kelas tersebut.

Bukti wujudnya masalah ini dapat dilihat melalui pencapaian responden melalui keputusan ujian

pra yang telah dilaksanakan di dalam kelas ini.. Melihat pentingnya kemahiran untuk mengingat

dan mengaplikasikan nilai ini maka kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

menyebabkan responden tahun 5 Cerdik di sekolah ini menghadapi masalah untuk mengingat

dan seterusnya mengaplikasikan nilai tersebut. Kamaruddin (1990) menyatakan bahawa

3

kelemahan responden dalam mengingat sememangnya menjadi masalah yang besar kepada

responden tersebut. Kelemahan-kelemahan itu boleh menimbulkan pelbagai kesukaran kepada

mereka untuk mengikuti proses belajar seterusnya. Responden yang berdepan dengan

masalah ini tentunya terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan berlaku gejala tersebut.

Oleh itu, kajian faktor masalah mengingat, mengaplikasi dan seterusnya menjawab Bahagian C

( Ulasan ) kepada responden perlu dibuat kajian dengan lebih terperinci.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dan masalah yang menyebabkan berlakunya

masalah mengingat, mengaplikasi dan seterusnya menjawab bahagian nilai ataupun ulasan

dalam kalangan responden di sekolah ini. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengetahui

faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini wujud di kalangan mereka walaupun sistem

pendidikan semakin maju dan bertaraf dunia.  Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk

mengubah amalan pengajaran guru dalam bahagian nilai atau pun ulasan ini ke arah

pendekatan yang lebih baik. Seterusnya kajian ini juga berperanan membantu pihak lain

mengetahui cara-cara mengenalpasti amalan pengajaran mereka dalam aspek pengajaran nilai

murni dan seterusnya menjawab bahagian tersebut dengan jawapan yang betul.

1.5 Objektif Kajian

1.5.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran mengingat,

mengaplikasi dan seterusnya menjawab bahagian nilai ataupun Bahagian C (Ulasan) yang

amat penting dalam sistem persekolahan murid-murid Tahap 2 sekolah rendah .

4

1.5.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini pula adalah untuk memastikan responden dapat mengingat,

mengaplikasi dan menjawab Bahagian C (ulasan) dengan betul. Selain itu dapat menarik minat

responden untuk memulakan proses pembelajaran yang lebih menarik di sekolah. Kajian ini

juga bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan bahan bantu mengajar dapat

mempertingkatkan pencapaian responden dalam mengingat, mengaplikasi dan seterusnya

menjawab Bahagian C dengan baik.

1.6 Persoalan Kajian

Objektif kajian ini akan menjawab persoalan berikut.

1.6.1 Adakah penggunaan teknik ‘IFAKETU’ mampu meningkatkan kemahiran

responden dalam menjawab soalan bahagian C Bahasa Melayu Penulisan?

1.6.2 Adakah 5 orang yang dipilih yang belajar di Tahun 5 Cerdik mampu menggunakan

teknik ‘IFAKETU’ ini untuk mengaplikasikan nilai murni dalam menjawab

Bahagian C dengan baik serta mendapat pencapaian yang cemerlang dalam

peperiksaan?

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi manafaat kepada semua pihak terlibat tidak kira guru,

murid, ibu bapa dan sekolah. Sesungguhnya melalui kajian ini diharap akan dapat membantu

melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

5

1.7.1 Guru

Setiap guru akan berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi latar belakang, pencapaian,

kebolehan, kekuatan dan kelemahan. Sebagai guru adalah wajar untuk kita menyediakan

strategi yang bersifat fleksibel untuk membantu para murid sebaik mungkin.

Perbezaan individu bukan sahaja satu aspek iaitu akademik tetapi juga dalam bidang

lain terutamanya pergaulan sosial, tingkah laku dan sebagainya. Guru perlu merancang

pengajaran dan pembelajaran agar dapat membantu para murid memperbaiki pencapaian dari

segi akademik dan juga pergaulan mereka dengan masyarakat.

Sebagai guru kita perlu mengetahui kesediaan para murid sebelum memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya dengan memberi motivasi agar mereka sentiasa

bersedia dan seterusnya merangsangkan pembelajaran. Guru juga perlu melihat

kecenderungan murid terhadap apa yang mereka suka, serta bahan apakah yang dapat

meningkatkan kecenderungan mereka untuk belajar. Sehubungan dengan itu, adalah amat

sesuai pengajaran dan pembelajaran imperatif bahan bantu mengajar ini dijalankan di sekolah

kerana pelbagai kemudahan yang telah sedia ada banyak terdapat di sana.

1.7.2 Responden

Responden mempunyai perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu.

Kemungkinan semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan mengakibatkan segolongan

mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran. Mereka mungkin gagal memperolehi

pendidikan yang perlu dan potensi sebenar mereka tidak dapt dicungkil. Justeru itu, melalui

penggunaan imperatif bahan bantu mengajar ini diharapkan dapat membantu memotivasikan

murid-murid. .

6

1.7.3 Pihak sekolah

Pihak sekolah akan dapat mengetahui sejauh mana pencapaian murid-murid dalam menguasai

kemahiran Bahagian C ini. Kajian yang diadakan ini akan dapat memastikan pihak sekolah

mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dan murid di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan itu, melalui kajian yang dijalankan ini membolehkan pihak sekolah

membantu bagi menjayakan kajian ini dan seterusnya apa yang dilaksanakan dalam kajian ini

dapat digunakan oleh para guru dan murid mengikut keperluan masing-masing.

1.8 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini ternyata mempunyai halangan atau batasannya yang tersendiri.

Antara perkara-perkara yang menjadi batasan bagi kajian ini ialah kajian yang akan diadakan

ini hanya tertumpu kepada 5 orang murid Tahun 5 Cerdik sahaja dan tidak melibatkan

keseluruhan murid-murid Tahun 5 Cerdik.

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah kategori luar Bandar yang terletak dalam

Daerah Kulai ,Johor. Sekolah ini adalah merupakan sebuah sekolah yang terletak di Kangkar

Pulai, Johor Darul Takzim. Responden rata-ratanya tinggal di kawasan berdekatan dengan

kawasan sekolah. Kajian ini adalah untuk mengesan mengapa murid tidak dapat mengingat,

mengaplikasi dan seterusnya menjawab soalan Bahagian C yang berkaitan dengan nilai.

Seterusnya guru dapat merancang dan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah ini.

7

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Mengingat

Ingatan bermaksud suatu proses mental yang menekankan pengalaman yang bermakna,

menyimpannya dan mengeluarkan kembali pengalaman tersebut ketika diperlukan untuk

menyelesaikan satu-satu masalah. Ini bermakna proses ingatan itu melalui tiga peringkat, iaitu

peringkat rakaman, peringkat menyimpan dan peringkat mengingat kembali. Selain itui ingatan

atau mengingat juga merupakan proses memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta atau

kejadian yang berlaku selepas beberapa lama. Ingatan sangat asas dan mustahak kepada

pemikiran dan tindakan . Pelbagai teknik, strategi dan cara untuk mengekalkan atau

memanjangkan tempoh ingatan .

1.9.2 Mengaplikasi

Mengaplikasi ialah suatu kemampuan untuk mengerjakan suatu tugas yang menguntungkan

pengguna. Aplikasi-aplikasi dalam suatu paket biasanya memiliki antara muka pengguna yang

memiliki kesamaan sehingga memudahkan pengguna untuk mempelajari dan menggunakan

tiap aplikasi. Sering kali, mereka memiliki kemampuan untuk saling berinteraksi satu sama lain

sehingga menguntungkan pengguna. Contohnya, suatu lembaran kerja dapat dibenamkan

dalam suatu dokumen pengolah kata walaupun dibuat pada aplikasi lembaran kerja yang

terpisah.

1.9.3 Bahagian C ( Ulasan )

Bahagian C merupakan bahagian yang wajib dijawab dalam Kertas 2 Bahasa Melayu

Penulisan. Bahagian ini mengandungi petikan sama ada bahan prosa (pantun, puisi dan sajak)

atau bukan prosa (cerita, dialog, ucapan dan sebagainya). Biasanya petikan yang diberi sekitar

8

150 – 200 patah perkataan. Masa menjawab ialah 20 minit. Pelajar dikehendaki mencari nilai

dalam petikan diberi dan mengulas nilai yang diperoleh. Panjang ulasan antara 50 – 60 patah

perkataan. Jawapan terbaik ialah jawapan yang dapat memberikan lima nilai atau pengajaran

yang betul berserta ulasan atau contoh yang tepat dan bersesuaian dengan petikan diberi.

1.9.4  Bentuk Soalan

  a.  Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan

       di bawah.

  b.  Tulis lima amalan baik yang dapat kamu peroleh daripada petikan

       di bawah.

  c.  Tulis lima nilai positif yang dapat kamu peroleh daripada petikan

       di bawah.

Nota Penting

Walau pun bentuk soalan berbeza namun kesemuanya menjurus kepada satu matlamat iaitu

nilai murni.

1.9.5 Teknik ‘IFAKETU’

Teknik yang diinspirasikan melalui kaedah pengajaran dalam islam. Merupakan akronim

kepada Ingat, Faham, Kenal, Tulis. Ianya disusun berdasarkan kepentingan responden untuk

menguasai setiap kemahiran mengikut susunannya.

1.9.6 Motivasi

9

Menurut Islam juga setiap pembelajaran harus ada keikhlasan dimana ianya dapat

diwujudkan melalui motivasi instrinsik dan ekstrinsik.

Perkataan motivasi adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris "motivation".

Perkataan asalnya ialah "motive" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu atau Bahasa

Malaysia kepada motif, yakni bermaksud tujuan. Pemberita kerap menulis ayat "motif

pembunuhan" di akhbar. Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan

yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan. Secara ringkasnya, perkataan motivasi

adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya

yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga

yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.

1.10 Rumusan

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat sejauh mana pengunaan teknik ‘IFAKETU’ ini

dapat memberikan motivasi kepada responden yang belajar di Tahun 5 Cerdik di sekolah ini.

Penguasaan kemahiran mengikut langkah-langkah yang ditetapkan merupakan satu usaha

untuk membantu murid-murid Tahun 5 Cerdik memantapkan kemahiran mereka dalam

pengusaan nilai dan cara menjawab Bahagian C menggunakan nilai yang telah dipelajari.

Justeru itu, kita sebagai guru hendaklah sentiasa berusaha mempelbagaikan kaedah

dan strategi pengajaran kita. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan lagu, jadual

penggunaan nilai, menyatakan nilai bertepatan dengan gambar, penghasilan buku skrap serta

contoh soalan dan jawapan berkaitan dengan nilai diharap akan dapat memotivasikan murid-

murid dalam usaha membantu mereka menguasai Bahagian C ( ulasan ) ini dengan lebih baik.

Kajian ini ternyata mempunyai banyak kepentingannya kepada murid, guru dan pihak sekolah.

Namun begitu, terdapat beberapa halangan yang membataskan kajian ini.

10

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan tentang pengenalan, definisi dan kategori bahan

bantu mengajar, ciri-ciri bahan bantu mengajar, leteratur berkaitan, kajian terhadap pencapaian

murid, kajian terhadap keberkesanan kaedah dan rumusan.

2.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu Kertas Penulisan Bahagian C menggunakan teknik ‘IFAKETU’ dan seterusnya dapat

menjawab soalan Bahagian C (Ulasan) dengan baik.

Menurut Abdullah bin Al-Mubarak, seorang tabi’ut tabi’in yang juga merupakan ulama

hadis yang sangat terkenal, memberikan kepada kita enam perkara di dalam menuntut ilmu.

Pertama, husnu al-niyyah (niat yang ikhlas). Kedua, husnu al-fahm (kefahaman yang baik).

Ketiga, al-hifzhu(hafalan). Keempat, al-kitaabatu (penulisan). Kelima, al-‘amalu (beramal).

Keenam, an-nasyru (sebarkan).

Berdasarkan pernyataan ulamak ini, satu idea untuk mengaplikasikan teknik ini begitu

juga bagi melihat adakah konsep susunan penguasaan kemahiran ini dapat meningkatkan

prestasi murid dalam menjawab soalan khususnya bagi murid menjawab bahagian C dalam

soalan Bahasa Melayu Penulisan.

Abdullah bin Al-Mubarak adalah merupakan ulamak terkenal. Beliau lebih dikenal

dengan namanya “Ibnul Mubarak”. Ayahnya berasal dari Turki dan ibunya dari Khawarizmi.

Beliau dilahirkan pada tahun 118 H. Gelar beliau sangat banyak, di antaranya: Al-Hafizh, Syekh

Al-Islam, Fakhr Al-Mujahidin, pemimpin para ahli zuhud, dan masih banyak gelar lainnya. Beliau

habiskan usianya untuk melakukan safar dalam rangka berhaji, berjihad, dan berdagang.

Karena itu, beliau dikenal dengan “As-Saffar” (orang yang rajin melakukan perjalanan).

11

Justeru itu, tujuan cadangan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran

mengingat, mengaplikasi dan menjawab Bahagian C (Ulasan) menggunakan nilai yang tepat.

Sebilangan murid Tahun 5 Cerdik ini masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran bahagian

nilai ini. Jadi, diharapkan dengan kaedah dan intrumen yang telah dirancang dan dilaksanakan

dapat menaikkan peratus kelulusan murid dalam peperiksaan semester dan seterusnya

peperiksan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan mereka hadapi pada tahun

2015 serta memberi motivasi yang tinggi kepada mereka.

2.2 Kaedah mengingat

Bagi responden menguasai kesemua nilai-nilai murni ini, cara yang digunakan ialah dengan

menggunakan teknik nyanyian. Murid akan mengulang-ulang nyanyian lagu ‘nilai murni’

sehingga mereka dapat mengingatinya. Berdasarkan teori behaviorisme pengulangan sesuatu

perbuatan dapat menjadikannya satu pelaziman. Penggunaan lagu adalah bagi mengelakkan

pelajar bosan.

2.3 Kaedah pemahaman nilai murni

Bagi responden memahami nilai-nilai murni ini guru menggunakan gambar dan video bagi

memberi gambaran sebenar setiap nilai yang telah diingati. Berdasarkan teori kecerdasan

pelbagai murid dapat memahami sesuatu perkara melalui banyak cara. Melalui persembahan

gambar dan video kebanyakkan pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam selain

daripada mereka mengamalkan sendiri amalan-amalan tersebut.

2.4 Mengenal nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan

Setelah responden faham tentang nilai-nilai yang dipelajari barulah mereka dapat

mengenalpasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang diberikan sepertimana dalam

kebanyakkan solan bahagian C Bahasa Melayu Penulisan.

12

2.5 Literatur Berkaitan

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling

berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan

kepada model , prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya; 

konkrit kepada abstrak 

mudah kepada kompleks 

keseluruhan kepada bahagian 

umum kepada spesifik (deduktif) 

spesifik kepada umum (induktif) 

dekat kepada jauh 

diketahui kepada belum diketahui 

Oleh yang demikian, keperluan bagi responden untuk mematuhi langkah-langkah dalam

menguasai sesuatu kemahiran adalah amat penting.

2.7 Kajian Terhadap Pencapaian Murid

Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan

oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antaranya

bahan bantu mengajar yang digunakan dapat memberi rangsangan dan mengekalkan minat

murid. Bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan dapat

meransangkan para murid untuk belajar. Para murid akan terangsang untuk mengetahui

dengan lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Disamping itu,

bahan bantu mengajar yang baik juga akan dapat mengekalkan minat para murid untuk terus

memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Dalam pengajaran nilai ini, bahan-bahan

seperti lirik lagu, bahan bergambar, jadual penggunaan ayat bertepatan dengan nilai, hasilan

13

buku skrap oleh murid dan contoh pelbagai soalan dan jawapan disediakan untuk melatih para

murid dalam menjawab soalan Bahagian C. Pelbagai bahan bantu mengajar yang digunakan

dalam pengajaran ini telah berjaya menarik perhatian murid untuk menguasai kemahiran nilai

tersebut.

Seterusnya Kamarudin Hj Husin (1988) juga menyatakan bahawa bahan bantu

mengajar dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak

pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.

Penggunaan bahan sokongan seperti gambar, lagu dan carta atau sebarang bahan sokongan

akan memberikan kesan peneguhan. Contohnya apabila murid dapat menghasilkan buku skrap

melalui sumber internet, majalah surat khabar dan sebagainya menjadikan banyak maklumat

yang akan diperolehi oleh murid, sekaligus internet akan mengurangkan gerak balas lisan yang

tidak perlu di kalangan para murid. Mereka akan memberikan tumpuan kepada bahan-bahan

atau maklumat yang sedang diterokai. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga

dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Melalui

bahan bantu yang sesuai akan memberi peluang murid berinteraksi dengan bahan tersebut

atau dalam kumpulan pembelajaran.

Apabila pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan oleh guru dan murid dengan baik maka ini

dapat mengurangkan kaedah chalk dan talk, yang kurang digemari oleh para murid. Contohnya

dalam aktiviti menggunakan bahan rangsangan gambar tunggal, guru meminta para murid

memberikan idea berdasarkan gambar tersebut, disamping meramalkan kemungkinan-

kemungkinan yang lain. Tidak kurang penting, bahan bantu mengajar juga dapat memberikan

pengalaman yang menyeronokkan kepada para murid berbanding kaedah konvesional yang

lebih memfokuskan penggunaan kaedah syarahan dan buku teks .Dengan menggunakan

bahan yang menarik seperti gambar, pengajaran pendidikan Bahasa Melayu akan memberikan

14

keseronokan kepada para murid. Mereka akan rasa terhibur dan terangsang lebih-lebih lagi

sekiranya guru yang mengajar bijak memainkan peranan sebagai tukang cerita serta jalan

cerita juga tidak membosankan. Para murid juga boleh dilibatkan bersama-sama dan secara

tidak langsung pembelajaran secara interaktif dapat dilaksnakan .Kepentingan bahan bantu

mengajar bukan sekadar yang telah dinyatakan di atas sahaja, malah ia juga dapat membina

pemikiran yang berterusan ,membantu pemahaman dan perbendaharaan kata murid,

mendorong murid menyiasat sesuatu isu atau perkara melalui peningkatan lagi aktiviti bacaan

mereka dan dapat memberi pengalaman baharu serta menjadikan pembelajaran lebih

mendalam dan beragam.

Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Bahasa Melayu Tahun Lima

yang berkaitan dengan nilai murni iaitu Kertas Penulisan Bahagian C, guru memerlukan satu

bahan bantu mengajar yang sesuai dan dijangka mampu memberikan kesan pembelajaran

yang optimum kepada para murid. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks

semata-mata, tetapi juga dalam bentuk gambar-gambar warna. Gambar-gambar amat

berkesan untuk kefahaman dan mampu membantu daya ingatan para murid.

Menurut pendapat Mohd Daud Hamzah (1990) yang menyatakan bahawa semakin

banyak pancaindera yang dilibatkan semakin banyak pengalaman pembelajaran yang

diperolehi bagi mengembangkan keintelektualan murid dengan berkesan. Keputusan ini

menunjukkan bahawa guru bukan lagi menggunakan kata, suara, isyarat, papan tulis dan kapur

sahaja dalam menyampaikan pengajarannya terutama sekali kepada murid-murid dalam

menguasai kemahiran asas bacaan. Keputusan ini amat bersesuaian dengan pendapat Rasihidi

Azizan & Abdul Razak Habib (1998) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu

mengajar merupakan sebahagian daripada usaha guru bagi memberangsangkan minat dan

tumpuan pelajar terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan

dan kemahiran oleh murid. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat mempertingkatkan

prestasi murid

15

Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu

mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran adalah penting kerana ia dapat

mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran pengajaran

Bahasa Melayu. Menurut Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan bahawa seseorang guru

yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi muridnya

mempelajari sesuatu kemahiran dengan berkesan dengan menitik beratkan penggunaan bahan

bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu. Instrumen kajian yang

terlibat adalah temubual dan pemerhatian. Pemerhatian merupakan salah satu teknik yang

boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung. Manakala

menurut Louis, Lawrence dan Keith (2003), soal selidik ialah satu instrumen yang lazim

digunakan dalam kajian tinjauan. Menurut Grosshans dan Chelimsky (1999) pula, temubual

sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden yang terlibat secara langsung dan

terperinci.

2.7 Kajian Terhadap Keberkesanan Kaedah

Melalui kaedah yang telah dilaksanakan di dalam kelas Tahun 5 Cerdik ini guru telah dapat

melihat hasil yang begitu baik sekali. Ini dapat dibuktikan melalui senarai 17 nilai murni yang

boleh disebut oleh murid dengan baik. Murid juga dapat menyanyikan lagu nilai murni dengan

gembira dan yakin. Selain itu, murid dapat menyatakan secara lisan dan spontan tentang nilai

apabila guru menunjukkan gambar yang berkaitan. Murid juga dapat membina ayat dengan

penuh yakin tentang nilai murni apabila diminta oleh guru. Bukti yang lebih nyata lagi ialah

apabila murid dapat menghasilkan buku skrap melalui penggunaan teknologi maklumat,

majalah, surat khabar dan sebagainya. Dalam aktiviti ini murid diminta untuk mencari gambar,

menulis nilai, membina ayat dan seterusnya menulis jawapan Bahagian C berpandukan

maklumat yang diperolehi untuk membuat buku skrap . Akhir sekali bukti yang paling nyata

16

ialah apabila responden memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam Bahagian

C (Ulasan) .

Kaedah-kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan

dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana, guru

dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah yang digunakan ini guru dapat mencari

maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran yang lebih baik seterusnya dapat

menyampaikan kepada murid secara lebih berkesan.

Melalui penggunaan kaedah lagu nilai murni sebagai alat bantu mengajar membantu

guru menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik kerana murid-murid pada

usia ini akan berasa gembira belajar apabila sesekali diselitkan dengan unsur hiburan Melalui

cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah, ringkas

dan padat kerana murid akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta

mudah untuk di fahami. Justeru itu, murid tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam

menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan

yang ditunjukkan melalui lagu nilai murni tadi.

Sehubungan itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan

paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ).

Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu

mencipta dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar

dan berharap kepada orang lain. Selagi kita memikirkan kita bertaraf ‘pengguna,’ selagi itulah

kita tidak mampu merubah apa-apa.

2.8 Rumusan

Tinjauan literatur yang dipilih di dalam kajian ini merupakan pendapat pakar-pakar tertentu di

dalam bidang masing-masing terutamanya yang berkaitan dengan pelbagai bahan bantu

17

mengajar. Kesemua pakar-pakar ini memberi pandangan dan idea masing-masing. Pandangan

dan idea mereka ini sangat berguna dan boleh dijadikan sumber untuk cadangan kajian yang

akan diadakan.

Rumusannya langkah-langkah pembelajaran yang sesuai dan mengikut susunan

merupakan faktor yang membantu sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai

matkamatnya. Sebagai seorang guru yang berdedikasi aspek tersebut tidak boleh dipandang

ringan. Pengajaran guru yang menggunakan bahan bantu pengajaran berbanding dengan guru

yang mengajar secara tradisi tentu sekali mempunyai perbezaan yang ketara dari segi

penerimaan dan tumpuan murid, aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran

serta pencapaian murid. Apa yang penting, seseorang guru yang dedikasi perlu menyedari

hakikat bahawa pengajaran yang menggunakan langkah yang tersusun bantu mengajar lebih

diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu daripada gurunya.. Mengikut Taksanomi

Bloom terdapat enam aras kognitif yang berbeza. Justeru guru yang baik perlu menguasai

kemahiran membina bahan pengajaran untuk disesuaikan dengan kemampuan dan latar

belakang para murid, Kesimpulannya, sekiranya faktor di atas dapat diberi perhatian yang

sewajarnya oleh para guru, maka pembelajaran Bahasa Melayu akan mencapai matlamat

seperti yang diharapkan oleh pihak kerajaan. Mata pelajaran ini tidak lagi dilabelkan sebagai

mata pelajaran yang membosankan atau sebagai mata pelajaran suka-suka sahaja.

18

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Dalam bab ini pula, pengkaji akan membincangkan tentang pengenalan, reka bentuk kajian,

sasaran kajian dan tempoh kajian, batasan kajian, alat instrumen kajian, prosedur kajian,

prosedur pengumpulan data, prosedur analisis data dan rumusan.

3.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat adakah instrumen dan kaedah yang digunakan

dapat memberi motivasi kepada responden dalam meningkatkan prestasi mereka untuk

mengingat, mengaplikasi dan seterusnya dapat menjawab Bahagian C (Ulasan) ini dengan

lebih baik.

Bab ini juga akan membincangkan serta mengemukakan metodologi penyelidikan yang

digunapakai sepanjang kajian ini. Dalam bab ini, aspek yang disentuh dan dibincangkan adalah

reka bentuk kajian, lokasi kajian dijalankan, subjek dan populasi kajian, instrumen kajian,

prosedur kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur menganalisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif iaitu menggunakan bentuk kajian yang lebih

kepada bentuk Kajian Tindakan berdasarkan keputusan ujian pra ,ujian pos dan pemerhatian

yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang berlaku dalam kajian pengkaji semasa

pemupukan minat dan motivasi dilakukan dengan menggunakan pelbagai bahan bantu

mengajar. Berdasarkan kajian pengkaji ini pengkaji akan merancang secara sistematik untuk

menyelesaikan masalah ini.

Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan ujian pra, ujian pos,

temubual dan pemerhatian sebagai alat untuk memungut maklumat serta data. Kajian meliputi

19

kaedah pengajaran, penggunaan pelbagai alat bantu mengajar seperti lirik lagu, bahan

bergambar, penggunaan buku skrap, jadual pembinaan ayat dan nilai murni serta latihan dan

contoh bagaimana menjawab soalan dengan betul.

3.3 Sasaran Kajian Dan Tempoh Kajian

Kajian ini akan dijalan kepada sebahagian murid Kelas Tahun 5 Cerdik seramai 5 orang di

sebuah sekolah rendah yang dikategorikan sebagai sekolah kawasan luar Bandar yang terletak

di Kangkar Pulai, Johor Darul Takzim. Tempoh kajian ini dilaksanakan dalam masa dua bulan

iaitu selepas pemerhatian dibuat oleh guru melalui cara responden memberikan jawapan dan

selepas melihat keputusan ujian pertama mereka yang tidak memberangsangkan dalam Kertas

Penulisan terutamanya Bahagian C (Ulasan).

3.4 Batasan Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah kategori luar Bandar yang terletak dalam daerah

Kulai, Johor. Sekolah ini adalah merupakan sebuah sekolah yang terletak di Kampung Kangkar

Pulai, Johor. Jumlah responden dalam kajian ini ialah seramai 5 orang yang rata-ratanya tinggal

di kawasan berdekatan dengan kawasan sekolah. Kajian ini adalah untuk mengesan mengapa

murid tidak dapat mengingat, mengaplikasi dan seterusnya menjawab soalan Bahagian C yang

memerlukan jawapan yang bertepatan dengan nilai murni. Seterusnya guru dapat merancang

dan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk mengatasi

masalah ini.

20

3.5 Alat Instrumen Kajian

Untuk menjalankan kajian ini pengkaji menggunakan beberapa instrumen kajian iaitu :-

3.5.1 Pemerhatian

Pengkaji juga membina bahan ( borang ) bagi pemerhatian berstruktur berdasarkan item-item

pilihan yang telah ditetapkan. Pemerhatian dilakukan untuk mengesan di manakah punca

kelemahan murid dalam menguasai kemahiran nilai murni. Pemerhatian merupakan salah satu

teknik yang boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara

langsung.

3.5.2 Ujian Pra

Ujian Pra diberikan ketika mereka di dalam kelas biasa untuk menilai pencapaian mereka.

Melalui ujian itu murid-murid ini dikehendaki menjawab soalan Bahagian C selama 20 minit.

Keputusan ujian pra menunjukkan semua murid telah gagal. Keadaan ini menunjukkan mereka

belum menguasai kemahiran ini sepenuhnya. Dapatan kajian akan dipersembahkan dalam

bentuk jadual, peratusan dan carta bar.

3.5.3 Ujian pos

Ujian pos akan diberikan selepas sesi rawatan selama 4 sesi pengajaran. Kandungan ujian pos

adalah sama seperti ujian pra.

3.6 Prosedur Kajian

Pengkaji akan menggunakan ujian pra untuk menilai pencapaian murid-murid Tahun 5 Cerdik

dan kemudian pemerhatian dijalankan. Seterusnya, ujian pos diadakan.

Pengkaji akan berbincang dengan Panitia Bahasa Melayu di sekolah kajian pengkaji

mengenai punca masalah pilihan pengkaji iaitu bagaimana hendak memotivasikan responden

21

yang tidak boleh menguasai 17 nilai murni dengan baik dan secara langsung murid-murid ini

tidak akan dapat menjawab soalan Bahagian C dengan betul. Guru telah bercadang

menggunakan bahan pelbagai bantu mengajar sebagai langkah menyelesaikan masalah ini.

Pengkaji berharap dengan penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat menarik minat

responden ini dalam pelajaran Bahasa Melayu.

Sebelum menggunakan kaedah ini pengkaji sebagai seorang guru perlulah mengambil

kira beberapa perkara untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

mampu menarik minat responden. Guru perlu mengetahui tahap-tahap kecerdasan murid.

Komunikasi guru juga penting dalam memastikan murid faham tentang apa yang perlu

dilakukan oleh mereka. Guru perlu memantau setiap tugasan yang diberikan

Berdasarkan kepada langkah-langkah bagaimana pemilihan kajian yang telah

dirancangkan oleh pengkaji di atas dan untuk melicinkan pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah

mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak pentadbiran sekolah pengkaji sendiri.

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

Proses seterusnya adalah peringkat bagaimana pengkaji akan mengumpul semua data untuk

kajian. Sebagai guru yang mengajar pelajaran Bahasa Melayu kelas tersebut yang menjadi

fokus kajian pengkaji, jadi proses pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan tidaklah

begitu menjadi masalah kepada pengkaji.

Maklumat yang diperolehi adalah dengan menggunakan data-data seperti data

pemerhatian, ujian pra dan ujian pos yang diadakan kepada responden kajian iaitu responden

secara langsung. Responden ini adalah terdiri dari 5 murid yang pengkaji dapati gagal untuk

menjawab soalan Bahagian C.

22

3.8 Prosedur Analisis Data

Data kajian dianalisakan seperti berikut :

3.8.1 Pemerhatian

Pemerhatian ke atas reaksi responden semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sentiasa

dilakukan oleh pengkaji. Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji terhadap perubahan tingkah

laku pembelajaran responden di dalam kelas dan juga semasa pengajaran dilakukan oleh wakil

pengkaji memandangkan pengkaji bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri.

Tujuannya untuk mengenalpasti minat belajar mereka dan bagaimana mereka memberi

respon terhadap pengajaran pengkaji bila pengkaji menggunakan pelbagai bahan bantu

mengajar ini. Catatan semasa pemerhatian pengkaji dicatatkan menggunakan pemerhatian

berstruktur berdasarkan item yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

3.8.2 Maklumat ujian pra

Ujian yang diberikan dalam kajian kepada semua responden dalam kumpulan tradisional dan

rawatan sebelum rawatan diberikan kepada kumpulan ini. Ujian pra dijalankan sebelum

pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Hal ini adalah

bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman responden terhadap tajuk yang telah

disediakan. Maklumat yang diperolehi daripada ujian pra ini akan digunakan untuk mengelas

murid-murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran nilai murni. Hasil ujian pra ini

menunjukkan ramai murid menghadapi masalah tidak dapat menyebut dan menggunakan nilai

ini sepenuhnya. Sepuluh daripada mereka ini terpilih secara rawak untuk menjadi kumpulan

kajian atau pun rawatan. Manakala sepuluh orang murid lain akan menjadi kumpulan kawalan.

Hasil ujian pra adalah seperti di dalam jadual di bawah.

23

NAMA GURU : WAN NORAZWAN BIN WAN MOHAMED

KELAS : 5 Cerdik

BIL NAMA MURIDUJIAN PRA UJIAN POS

M % M %

1 ALIFF ALIMI BIN AZMAN

2 MUHD HAZIQ BIN OSMAN

3 SITI ATHIRAH BT SAARI

4 ALIYA LIANA BT MOHD

5 NURDIANA BT ZAMRI

3.8.3 Maklumat ujian pos

Ujian pos dijalankan setelah murid-murid diajar dengan menggunakan kaedah penggunan

bahan bantu mengajar seperti kaedah nyanyian lagu, gambar, penghasilan buku skrap dan latih

tubi menjawab Bahagian C ( Ulasan). Maklumat yang diperolehi daripada ujian pos ini akan

dapat membuktikan murid-murid itu telah mencapai tahap menguasai bahagian nilai yang

dikehendaki oleh pengkaji. Adakah instrumen yang digunakan ini dapat membantu murid-murid

dalam penguasaan mereka terhadap bahagian nilai murni dan seerusnya diharapkan mereka

mampu memperolehi markah yang cemerlang dalam Kertas Penulisan Bahasa Melayu

terutamanya Bahagian C ( Ulasan ).

3.9 Rumusan

24

Dalam bab ini dapatlah dirumuskan bahawa kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk

kualitatif. Bahan kajian adalah seramai 5 orang murid Tahun 5 Cerdik. Alat kajian yang

digunakan adalah berbentuk pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Seterusnya data dan

maklumat akan dikutip oleh pengkaji sendiri. Adalah diharapkan data yang dikumpul akan

dapat membantu mencapai objektif kajian yang akan dijalankan nanti.

Sesungguhnya, adalah menjadi harapan agar pelbagai bahan bantu mengajar yang

digunakan oleh dalam kajian ini akan dapat meningkatkan minat responden serta menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Penggunaan pelbagai bahan bantu

mengajar ini juga diharap dapat memberikan motivasi kepada responden di samping membantu

“menghidupkan” mata pelajaran itu. Justeru itu, responden amat memerlukan satu pendekatan

yang berlainan dalam meningkatkan pembelajaran mereka bagi matapelajaran Bahasa Melayu

khususnya untuk menguasai kemahiran dalam mengingat, mengaplikasi dan menjawab

Bahagian C ( Ulasan ) menggunakan nilai murni dengan baik.

25

BAB 4

ANALISIS HASIL KAJIAN

Dalam bab analisis hasil kajian ini pengkaji akan membincangkan tentang pengenalan,

kaedah pengutipan data, profil responden, dapatan kajian dan rumusan.

4.1 Pengenalan

Pengkaji telah menjalankan kajian di sebuah sekolah rendah yang teletak di Kangkar Pulai,

Johor. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengesan keberkesanan penggunaan teknik

‘IFAKETU’ bagi murid-murid Tahun 5 Cerdik. Sampel kajian terdiri daripada 5 orang murid

Tahun 5 Cerdik sebagai kelas eksperimen dan juga kelas kawalan. Kumpulan eksperimen

atau pun rawatan dan kumpulan kawalan dipilih secara ujian.

Bab ini melaporkan analisis data dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang

membincangkan metodologi yang telah digunakan dalam kajian ini iaitu bagaimana

memotivasikan murid-murid Tahun 5 Elite dengan menggunakan pelbagai bahan bantu

mengajar agar dapat meningkatkan minat mereka dan memudahkan mereka mengingat,

mengaplikasi dan seterusnya menjawab Bahagian C menggunakan nilai murni dengan lebih

baik. Metodologi kajian merupakan tatacara teratur yang harus dilakukan mengikut

langkah-langkah tertentu yang telah diatur khas ( Ahmad Mahdzan Ayob. 1985: 3)

Bab ini juga merangkumi segala laporan tentang analisis dan dapatan yang

dikumpulkan serta diproses untuk melihat keberkesanan pembelajaran kaedah tersebut.

Maklumat-maklumat yang diperolehi melalui soal selidik serta keputusan ujian pertama dan

26

ujian kedua terhadap 20 orang murid yang dijadikan kajian iaitu 10 orang murid untuk

kumpulan kawalan dan 10 orang murid untuk kumpulan rawatan.

4.2 Kaedah Pengutipan Data

Kajian ini dijalankan dengan mengadakan ujian pra dan pos. Ujian pra telah ditadbirkan selama

empat sesi. Setiap murid dikehendaki menjawab Bahagian C mengikut format UPSR yang

sebenar. Bagi murid yang berjaya menjawab soalan bahagian nilai ini dengan betul akan diberi

markah dengan menggunakan skor M (menguasai) dan TM (tidak menguasai) mengikut

penguasaan murid dalam aspek nilai murni tersebut. Ujian pos pula telah ditadbirkan selama

empat sesi. Dalam ujian pos ini, setiap murid dikehendaki menjawab soalan yang sama yang

diberikan dalam ujian pra. Jawapan murid ini juga dinilai mengikut skor M danTM. Data-data

dikumpulkan dalam kajian tindakan ini berdasarkan tiga kaedah iaitu :

a) Borang Maklumat Diri Responden.

b) Borang Soal Selidik.

c) Ujian Pra dan Ujian Pos.

Berdasarkan data-data dan maklumat yang diperolehi pengkaji menjalankan penganalisisan

data dan menginterpretasikannya kepada bentuk jadual dan carta yang lebih mudah untuk

dianalisis dan difahami.

27

4.3 Profil Responden

Maklumat diri responden dapat memberikan gambaran tentang latar belakang responden

dalam kajian ini.

Jadual 1 : Maklumat Jantina Responden

Jantina Bilangan Peratusan %

Lelaki 2 40 %

Perempuan 3 60 %

Jumlah 20 100%

Walaupun analisis maklumat diri responden tidak memberi makna dalam kajian ini, ia dapat

menjadikan petunjuk kepada pengkaji lain yang mahu menggunakan laporan ini dalam kajian

akan datang.

Jadual 2 : Demografi Sosio-ekonomi keluarga

Jumlah Pendapatan Frekuensi ( Bil ) Peratus ( % )

RM 800 ke bawah 3 60

RM 801 hingga RM 2000 2 40

28

Jadual 2 menunjukkan 60% ibu bapa yang mempunyai jumlah pendapatan RM 800 ke

bawah, 40% berpendapatan antara RM 801 hingga RM 2000. Hal ini bermakna

responden yang diuji adalah terdiri dari golongan rendah dan sederhana dalam

kedudukan ekonomi dan kewangan.

Sehubungan itu tujuan demografi sosio ekonomi penjaga dibuat adalah hasil

daripada dapatan kaji selidik yang diberikan kepada murid-murid yang kebanyakan

daripada mereka menyatakan mereka tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa

untuk mengulangkaji di rumah. Situasi ini menunjukkan, ibu bapa yang berpendapatan

sederhana ini tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak ketika berada di

rumah. Anak-anak dibiarkan belajar sendiri yang akhirnya menjadi bosan dan terus

tidak belajar ketika berada di rumah. Ibu bapa yang berpendapatan sederhana ini juga

didapati kebanyakannya bekerja sendiri kerana mereka juga mempunyai taraf

pendidikan yang rendah untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik.

Taraf pendidikan yang rendah juga mempengaruhi mentaliti ibu bapa ini. Mereka

tidak mempunyai kesedaran untuk memajukan anak-anak dan lebih menumpukan

perhatian terhadap pekerjaan untuk mencari pendapatan bagi menyara keluarga.

Kebanyakan anak-anak dihantar ke sekolah dan diserahkan bulat-bulat kepada pihak

sekolah untuk memajukan anak-anak mereka.

Oleh itu, anak-anak yang menjadi mangsa kepada keadaan. Hasil pembelajaran

yang diperolehi di sekolah terpaksa dikongsi bersama kawan-kawan yang juga

mempunyai mentaliti yang sama seperti mereka. Jadi, mereka ini sentiasa akan

ketinggalan.

29

4.4 Dapatan Kajian

4.4.1 Ujian Pra dan Ujian Pos

Terdapat dua jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos yang dibuat untuk memantapkan

hasil kajian yang dibuat terhadap murid-murid Tahun 5 Cerdik dengan menggunakan

‘IFAKETU’ sebagai usaha untuk memotivasikan mereka yang tidak dapat mengingat,

mengaplikasi dan seterusnya menjawab Bahagian C(Ulasan) menggunakan nilai murni

dengan baik. Jenis ujian tersebut ialah :-

1. Ujian menjawab soalan dalam Bahagian C ( Ulasan ) mengikut format UPSR yang

sebenar.

Dalam ujian dan kecenderungan murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu,

murid-murid diberikan 10 persoalan yang menghendaki mereka menjawab Ya atau

Tidak. Keputusan akan dianalisa melalui kekerapan murid dalam menjawab Ya atau

Tidak. Semua soalan menyentuh tentang minat dan cara belajar murid dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu. Soalan-soalan yang sama akan diajukan dalam bentuk Ujian

Pra dan juga Ujian Pos. Di bawah adalah keputusan yang terhasil daripada kajian yang

dibuat :-

Jadual 3 : Ujian Pra Yang Menunjukkan Jumlah Kekerapan Ya Dan

Kekerapan Tidak Terhadap Persepsi Dan Kecenderungan

Murid Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Menggunakan bahan bantu mengajar.

30

BIL PERSOALANKekerapan

YA(%)

Kekerapan

TIDAK(%)

1 Saya amat meminati mata

pelajaran Bahasa Melayu.

2 Saya dapat memberi

tumpuan sepenuhnya ketika

guru sedang mengajar.

3 Saya suka belajar dengan

menggunakan teknik

nyanyian

4 Saya sentiasa membuat

latihan berkaitan nilai

semasa di rumah.

5 Saya sentiasa diberi

perhatian ketika belajar di

rumah oleh ibu, bapa dan

ahli keluarga yang lain.

6 Saya faham apa yang diajar

oleh guru semasa di dalam

kelas terutama ketika

mengajarkan bahagian nilai.

7 Saya boleh menyebut 17 nilai

murni secara lisan.

31

8 Saya boleh membina ayat

secara lisan menggunakan

nilai murni.

9 Saya boleh menjawab soalan

Bahagian Ulasan dengan

baik.

10 Saya sentiasa mempunyai

harapan yang tinggi agar

mendapat keputusan yang

cemerlang dalam

peperiksaan.

Berdasarkan Jadual 3 di atas, segala maklumat dan data ditunjukkan oleh responden

berdasarkan jawapan Ya dan Tidak terhadap persepsi dan kecenderungan mereka

terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum dan selepas pengajaran dan

pembelajaran pelbagai bahan bantu mengajar tersebut digunakan sepenuhnya.

Di bawah ditunjukkan graf peratusan persepsi murid terhadap Bahasa Melayu

sebelum penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti carta lagu, bahan

bergambar, penggunaan buku skrap, jadual penggunaan nilai murni dan lain-lain aktiviti

yang dijalankan.

32

Carta Bar 1 : Persepsi murid terhadap mata Pelajaran Bahasa Melayu

sebelum menggunakan bahan bantu mengajar sepenuhnya .

Berdasarkan soalan yang diutarakan dalam borang soal selidik, maklumbalas yang

positif telah diperolehi daripada responden. 90% responden amat berminat mempelajari

mata pelajaran Bahasa Melayu berbanding 10% yang tidak meminati mata pelajaran

tersebut. 80% responden menyatakan dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru

sedang mengajar manakala 20% menyatakan tidak dapat memberikan tumpuan

sepenuhnya ketika guru mengajar. 85% responden pula suka belajar menggunakan

teknik nyanyian.

33

Petunjuk

S1 Saya minat mata pelajaran Bahasa

Carta Bar 2 :Menunjukkan persepsi murid terhadap mata Pelajaran Bahasa Melayu

sebelum menggunakan bahan bantu mengajar sepenuhnya .

Berdasarkan soalan 4, didapati peratus responden yang sentiasa membuat latihan

berkaitan nilai semasa di rumah adalah sebanyak 40% berbanding 60% tidak membuat

latihan di rumah. Selain itu, pada soalan 5, iaitu tentang perhatian yang diberikan oleh

ibu bapa serta ahli keluarga lain semasa responden belajar di rumah juga tidak

memberangsangkan. 50% murid menyatakan mereka diberi perhatian manakala 50%

lagi menyatakan tidak. Keadaan Ini bermakna kebanyakan murid-murid ini hanya

dapat belajar dengan baik ketika di sekolah dengan perhatian guru. Soalan 6 pula

menguji kefahaman murid terhadap pengajaran guru di dalam kelas terutama ketika

guru mengajarkan bahagian nilai murni sewaktu aktiviti pengajaran pembelajaran

sedang berlaku. 70% mengatakan faham dan 30% mengatakan tidak. Walaupun

mereka menyatakan faham apa yang diajar oleh guru, tetapi sehingga kini masih ada di

antara mereka masih tidak dapat menyebut nilai murni dengan baik.

34

Petunjuk

S4 Saya sentiasa membuat latihan berkaitan nilai dirumah.

Carta Bar 3 : Persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu

sebelum menggunakan bahan bantuan mengajar sepenuhnya .

Melalui carta di atas, didapati hanya 40% responden menyatakan dapat menyebut 17

nilai murni secara lisan , sementara 60% lagi tidak boleh menyebut nilai ini sepenuhnya.

Hanya 70% sahaja responden yang boleh membina ayat secara lisan menggunakan

nilai murni berbanding 30% lagi yang tidak boleh membina ayat secara lisan

menggunakan nilai . Seterusnya soalan 9 pula, didapati hanya 40% daripada 60%

35

Petunjuk

S7 Saya boleh menyebut 17 nilai murni secara lisan..

S8 Saya boleh membina ayat secara

menyatakan dapat menjawab soalan dalam Bahagian Ulasan dengan baik. Akhir sekali,

semua responden didapati mempunyai harapan yang tinggi agar mereka mendapat

keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Hal ini dapat ditunjukkan di dalam

soalan 10 yang mendapati semua murid bersetuju dengan soalan tersebut.

Rumusan daripada dapatan soalan kaji selidik di atas, bolehlah dinyatakan

bahawa responden sememangnya amat meminati mata pelajaran Bahasa Melayu.

Walaupun ada responden menyatakan tidak dapat menyebut 17 nilai murni dengan baik

serta masih lemah dalam pembinaan ayat secara lisan menggunakan nilai tetapi semua

responden mempunyai harapan yang tinggi agar mendapat keputusan yang cemerlang

dalam peperiksaan.

Jadual 4 : Menunjukkan ujian pos yang dijalankan selepas proses pengajaran dan

pembelajaran selama 4 waktu dengan menggunakan bahan bantu

mengajar untuk meningkatkan motivasi murid dalam penguasaan nilai

murni.

36

37

BIL PERSOALANKekerapan

YA(%)

Kekerapan

TIDAK(%)

1 Saya amat meminati

mata pelajaran bahasa

Melayu.

20 100 0 0

2 Saya dapat

memberikan tumpuan

sepenuhnya ketika guru

sedang mengajar.

18 90 2 10

3 Saya suka belajar

dengan menggunakan

teknik nyanyian.

18 90 2 10

4 Saya sentiasa

membuat latihan

berkaitan nilai di rumah.

17 85 3 15

5 Saya sentiasa diberi

perhatian oleh ibu, ayah

serta ahli keluarga yang

lain ketika belajar di

rumah.

12 60 8 40

6 Saya faham apa yang

diajar oleh guru semasa

di dalam kelas terutama

ketika mengajarkan

nilai.

18 90 2 10

7 Saya boleh menyebut

17 nilai murni secara

lisan.

16 80 4 20

8 Saya boleh membina

ayat secara lisan

menggunakan nilai

murni.

17 85 3 15

Carta Bar 4 : Menunjukkan persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa

Melayu selepas menggunakan bahan bantuan mengajar

sepenuhnya .

Melalui perolehan carta di atas, dapat dilihat satu dapatan yang amat positif kesan

pengajaran menggunakan pelbagai bahan bantuan mengajar yang mampu

meningkatkan motivasi murid yang tidak mengusai kemahiran dalam nilai murni ini.

Sebelum kaedah ini dijalankan, didapati hanya 90% sahaja yang meminati, tetapi

selepas pelbagai bahan bantuan mengajar digunakan dalam pengajaran didapati

terdapat peningkatan sebanyak 10% responden yang meminati mata pelajaran Bahasa

Melayu. Ini bermakna guru telah berjaya menarik minat murid sepenuhnya dalam mata

pelajaran ini.iaitu telah menjadikan peratusnya meningkat kepada 100%.

Justeru, dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan sebanyak 10% responden

yang dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar berbanding

sebelum kajian ini dijalankan. Seramai 2 orang murid yang mengatakan ‘tidak’ adalah

juga terdiri daripada responden kawalan. Selain itu, 90% didapati amat suka

38

Petunjuk

S1 Saya meminati bahasa Melayu.

menggunakan teknik nyanyian untuk belajar menguasai kemahiran nilai murni

berbanding cara lama iaitu dengan menghafal.

Carta Bar 5 : Persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu selepas

menggunakan bahan bantuan pengajaran sepenuhnya .

Berdasarkan graf di atas, didapati bilangan yang berminat untuk belajar di rumah juga

meningkat daripada Ujian Pra 40% kepada 85% dalam Ujian Pos. Hal ini mungkin

kerana minat dan keyakinan mereka untuk belajar semakin bertambah. Bilangan murid

yang diberi perhatian oleh ibu bapa juga telah meningkat sebanyak 10% kepada 60%.

Keadaan ini terjadi mungkin kerana ibu bapa tertarik dengan minat yang ditunjukkan

oleh anak-anak mereka untuk belajar dengan menggunakan pelbagai bahan bantu

mengajar menyebabkan ibu bapa kembali memberikan tumpuan kepada anak-anak.

Sementara itu, dalam ujian pos didapati responden lebih faham apa yang diajar kerana

guru menggunakan teknik yang berlainan ketika mengajar. Situasi ini dapat ditunjukkan

39

PetunjukS4 Saya sentiasa Membuat latihan nilai murni di

dalam graf di atas pada soalan nombor 6 iaitu sebanyak 90% menyatakan lebih faham

berbanding 70% dalam ujian pra.

Carta Bar 6 : Menunjukkan persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu

Selepas menggunakan bahan bantu mengajar sepenuhnya. .

Merujuk graf di atas, didapati responden yang boleh menyebut 17 nilai murni secara

lisan semakin bertambah iaitu daripada 40% kepada 80% (pertambahan sebanyak 40%).

Responden juga telah boleh membina ayat secara lisan menggunakan nilai murni iaitu

bertambah daripada 70% kepada 85% (pertambahan sebanyak 15%). Responden yang

40

Petunjuk

S7 Saya boleh menyebut 17 nilai murni secara lisan.

S8 Saya boleh membina ayat secara lisan

dapat menjawab soalan Bahagian C ( Ulasan ) juga mengalami pertambahan daripada

40% kepada 80%. Keadaan ini mungkin disebabkan minat mereka kembali menebal

setelah seronok belajar menggunakan pelbagai bahan terutamanya apabila mereka

dapat menghasilkan buku skrap dengan usaha mereka sendiri. Akhir sekali, sama

seperti dalam ujian pra, responden juga amat berharap agar mereka mendapat

keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Oleh itu, daripada dapatan soal selidik setelah dijalankan penggunaan pelbagai

kaedah bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran, didapati terdapat

perubahan yang amat ketara dari segi minat dan pencapaian yang ditunjukkan oleh

responden berbanding sebelum penggunaan pelbagai bahan bantuan mengajar

dijalankan. Ini dapat dilihat kepada responden kawalan yang hanya mengalami

perubahan kecil dan tertumpu kepada murid-murid yang sama sahaja menunjukkan

minat untuk belajar. Manakala responden rawatan mengalami perubahan yang begitu

ketara dan amat positif untuk lebih maju. Perubahan-perubahan di atas mungkin

disebabkan oleh penggunaan pelbagai bahan bantuan mengajar dalam sesi pengajaran

yang dijalankan oleh guru. Kaedah lama iaitu teknik menerang dan membaca sahaja

mungkin membosankan responden. Ini kerana, penggunaan pelbagai kaedah dalam

pengajaran amat mempengaruhi responden dalam kehidupan seharian mereka.

Ternyata penggunaan pelbagai kaedah menggunakan bahan bantu mengajar ini

mampu meningkatkan motivasi murid-murid Tahun 5 Elite dalam penguasaan

kemahiran nilai murni.

4.4.2 Analisis Ujian

Berikut dibentangkan analisis ujian Pra dan Pos setiap murid pencapaian dalam

keputusan ujian menjawab soalan Bahagian Ulasan. Responden diberikan soalan

41

petikan Bahagian C ( Ulasan ) dan mereka dikehendaki mencari nilai dalam petikan

tersebut dan menjawabnya dalam bentuk format UPSR. Dalam bahagian ini markah

penuhnya adalah 20 markah dan pencapaian dinyatakan secara ‘menguasai’ bagi yang

boleh menjawab dengan betul dan memperoleh markah 10 ke atas dan ‘tidak

menguasai’ bagi responden yang tidak dapat menjawab dengan betul dan markahnya

adalah 10 ke bawah.

Jadual 5 : Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Pencapaian Responden) Menjawab

soalan Bahagian Ulasan (C) Bagi Kumpulan Kawalan Berdasarkan markah dan peratus.

BILRESPONDEN

MARKAH

(MENGUASAI)

PERATUS

(MENGUASAI)

PRA POS PRA POS

1 MUHD IMRAN BIN ZAINIZAM 50 60 60 65

2 MUHD RIDWAN BIN YUSOF 50 55 60 70

3 MUHD FARID BIN OSMAN 60 65 65 70

4 MUHD KHAIRUDDIN 55 60 70 75

5 MUHD IYADD BIN AHMAD 55 60 60 65

6 ALIYA LIANA BT MOHD 60 65 70 80

7 NURDIANA BT ZAMRI 50 50 60 70

8 NUR ALIA ARISYA 65 70 70 85

9 NURUL JAMALIAH 65 50 55 60

42

10 NURUL JANNAH 55 55 60 65

Jadual 6 : Analisis Markah Ujian Pra dan Pos Pencapaian Responden

mengikut Gred A, B, C, D dan E Kumpulan Kawalan.

BIL GRED

BIL RESPONDEN

PRA POS

1 A ( 80 – 100 ) 0 2

2 B ( 60 – 79 ) 9 8

3 C ( 40 – 59 ) 1 0

4 D ( 20 – 39 ) 0 0

5 E ( 0 – 19 ) 0 0

Berdasarkan ujian pra dan ujian pos didapati terdapat pertambahan bilangan murid yang

dapat menjawab soalan Bahagian C ( Ulasan ) dengan baik Ini dapat ditunjukkan

seperti pencapaian dalam gred C iaitu 40% hingga 59% daripada seorang murid pada

ujian pra akhirnya tiada calon yang mendapat gred C pada ujian pos di mana ini

menunjukkan peningkatan peratus. Gred D pula, iaitu 20% hingga 39%. tiada calon

daripada kumpulan kawalan yang mendapat gred ini Sementara bilangan responden

yang mendapat gred E iaitu 0% hingga 19% juga tiada calon yang mendapat gred ini..

Manakala untuk gred A responden daripada kumpulan kawalan yang berjaya mendapat

gred ini adalah seramai 2 orang iaitu 80% hingga 100%..Responden dalam kumpulan

kawalan ramai yang mendapat gred B iaitu 60% hingga 79% ialah seramai 8 orang. Ini

43

bermakna terdapatnya pengurangan seorang murid yang mendapat gred B pada ujian

pra yang mungkin telah berjaya mendapat gred A.

Jadual 7 : Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Pencapaian

Responden Menjawab Soalan Bahagian C(Ulasan) bagi

Kumpulan Rawatan Berdasarkan markah dan peratus.

Jadual 8 : Analisis Markah Ujian Pra dan Pos Pencapaian Responden

mengikut Gred A, D, C, D dan E Kumpulan Rawatan.

BIL RESPONDEN

44

BILRESPONDEN

MARKAH

(MENGUASAI)

PERATUS

(MENGUASAI)

PRA POS PRA POS

1 ALIF ALIMI BIN AZIZAN 40 60 70 85

2 MUHD HAZIQ BIN OSMAN 30 50 60 70

3 MUHD AIMAN BIN SALLEH 40 55 65 80

4 MUHD HADI BIN AHMAD 35 50 70 85

5 NUR MUHAMMAD B. ABDUL 30 45 60 75

6 NUR ALIYA BT ROSLI 35 45 70 80

7 NUR ANIS FATIHAH 30 45 70 90

8 NUR IKMAL BT HALIM 25 40 55 65

9 SITI IRDINA BT SYUIB 25 50 70 85

10 SITI ATHIRAH BT SAARI 40 55 70 90

BIL GRED PRA POS

1 A ( 80 – 100 ) 0 7

2 B ( 60 – 79 ) 9 3

3 C ( 40 – 59 ) 1 9

4 D ( 20 – 39 ) 0 0

5 E ( 0 – 19 ) 0 0

Berdasarkan analisa responden rawatan mengikut gred yang telah diperolehi adalah

seperti berikut. Terdapat pertambahan bagi gred A, iaitu daripada 80% hingga 100%

iaitu seramai tujuh orang daripada kosong. Gred B iaitu 60% hingga 79% pula

mengalami kekurangan daripada 9 orang menjadikannya seramai 3 orang pada ujian

pos. Ini adalah kerana pencapaian murid bertambah pada gred A. Pencapaian gred C

pula iaitu daripada 40% hingga 59% telah meningkat sebanyak sembilan orang

daripada seorang.

Seterusnya untuk gred D iaitu 20% hingga 39% tiada murid yang mendapat gred

ini sama ada pada ujian pra atau pun ujuan pos.. Untuk gred E iaitu dari 0% kepada

19% juga tiada murid yang mendapat gred ini sama ada pada ujian pra atau pun ujian

pos.

Keadaan ini bermakna terdapat pertambahan pencapaian yang amat

menggalakkan untuk responden rawatan yang diajar dengan menggunakan pelbagai

bahan bantuan mengajar seperti lagu dan bahan bergambar berbanding dengan

responden kawalan yang diajar dengan kaedah lama iaitu secara guru menerangkan

fakta dan murid menghafal . Walaupun terdapat sedikit pertambahan bilangan

pencapaian, tetapi tidaklah begitu memberangsangkan. Berikut ditunjukkan Carta Bar

45

bagi menunjukkan pencapaian responden kawalan dan rawatan dalam ujian Pos yang

telah diadakan.

Carta Bar 7 : Pencapaian Markah Ujian Pos Responden berbanding

Responden Rawatan

Berdasarkan Carta Bar 7 di atas, dapat dilihat lebih jelas perbandingan pencapaian

responden kawalan dan responden rawatan dalam ujian pos yang telah diadakan.

Bilangan responden rawatan telah mengalami peningkatan pencapaian yang amat

menggalakkan berbanding dengan responden kawalan.

Contohnya dapat dilihat dalam gred A, didapati calon daripada kumpulan rawatan

mengatasi kumpulan murid kawalan. Manakala jika dilihat pencapaian dalam gred B

pula didapati responden dalam kumpulan kawalan lebih ramai yang mendapat gred ini

berbanding responden daripada kumpulan rawatan. Keadaan ini adalah disebabkan

responden daripada kumpulan rawatan ramai telah berjaya mendapat gred A. Jika

dilihat pada gred C hanya responden daripada kumpulan rawatan sahaja yang ramai

mendapat gred ini berbanding dengan kumpulan kawalan. Ini adalah kerana responden

kumpulan kawalan ramai yang berjaya mendapat gred B.

46

Jelas di sini peratus responden yang tidak menguasai telah mengalami

pengurangan yang amat ketara untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Ini

dapat dinyatakan seperti berikut: gred D, tiada calon daripada kedua-dua kumpulan

yang mendapat gred ini. Begitu juga dalam gred E, tiada calon daripadan kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan yang mendapat gred ini. Kesimpulannya, penggunaan

pelbagai bahan bantu mengajar mampu meningkatkan motivasi murid-murid Tahun 5

Elite untuk menguasai kemahiran dalam mengingat, mengaplikasi dan seterusnya

menjawab soalan Bahagian C amatlah baik dan menggalakkan. Hal ini dapat dilihat

daripada analisa dan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji berdasarkan dapatan

melalui beberapa alat kajian yang telah dijalankan.

4.4.3 Pemerhatian

Daripada empat sesi pengajaran yang telah dibuat, berikut ditunjukkan analisa

pemerhatian yang telah dibuat terhadap responden tentang minat belajar, dapat kuasai

17 nilai murni, gembira semasa belajar, membuat kerja yang disuruh oleh guru dan juga

menguasai perkara yang diajar.

Jadual 9: Senarai semak pemerhatian yang telah dibuat setelah 4 sessi

pengajaran menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar.

Perkara yang diperhatikan

Bilangan Pelajar

Kumpulan

Kawalan

Kumpulan

Rawatan

Minat belajar 7 10

Dapat kuasai 17 nilai murni 5 8

Gembira semasa belajar 6 10

Buat kerja yang disuruh guru 5 10

47

Menguasai perkara yang diajar 5 9

Di bawah ditunjukkan dalam bentuk carta bar dapatan daripada jadual 10 di atas.

Carta Bar 8 Analisa pemerhatian selepas 4 sesi pembelajaran menggunakan pelbagai

bahan bantu mengajar untuk menguasai Bahagian C( Ulasan ). .

Merujuk kepada Carta Bar 8 di atas, dapat diperhatikan dengan jelas bahawa responden

rawatan menunjukkan peningkatan positif terhadap kaedah yang dijalankan.

Responden kawalan juga mempunyai peningkatan atau pun perubahan tetapi tidak

boleh mengatasi responden daripada kumpulan rawatan yang mempunyai motivasi yang

begitu tinggi.

4.5 RUMUSAN

Berdasarkan maklumat dalam pengumpulan dan penganalisian data kajian ini, pengkaji

mendapati bahawa secara kaseluruhannya responden menunjukkan peningkatan dalam

48

Petunjuk

1. Minat belajar

2. Dapat

pembelajarannya samada secara kuantitatif dan kualitatif. Peningkatan min dalam

pencapaian antara ujian pra dan ujian pos adalah bukti peningkatan kuantitatif

responden. Sementara itu, berdasarkan analisis deskriptif soalan soal selidik, pengkaji

mendapati bahawa responden menunjukkkan persepsi positif terhadap peningkatan

kualitatif terhadap minat dan keinginan untuk belajar dan berjaya. Ini jelas menunjukkan

bahawa dengan imperatif bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam

pengajaran dan pembelajaran, murid-murid Tahun 5 Elite dapat memotivasikan diri

mereka untuk terus belajar dan berjaya dalam peperiksann terutamanya peperiksaan

UPSR yang menanti mereka.

BAB 5

REFLEKSI

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang pengenalan, refleksi kajian,

kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran menggunakan pelbagai bahan bantu

mengajar, cadangan kajian dan yang terakhir ialah kesimpulan.

5.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan

tahap pencapaian pembelajaran dengan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar

untuk meningkatkan motivasi murid-murid dalam proses mengingat dan mengaplikasi

nilai murni dan seterusnya murid dapat menjawab soalan Bahagian C( Ulasan) ini

dengan baik mengikut format UPSR yang sebenarnya di kalangan murid-murid Tahun 5

Elite di sebuah sekolah rendah yang terletak di Pekan Kepala Batas dalam Daerah

49

Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Perkara utama yang diberi perhatian oleh pengkaji

ialah keberkesanan mengaplikasikan kaedah pembelajaran tersebut bagi meningkatkan

prestasi dan penguasaan murid dalam menguasai kemahiran dalam nilai murni.

Melalui bab ini, dapatan kajian yang telah dianlisis dibincangkan oleh pengkaji.

Seterusnya, pengkaji merumuskan persoalan kajian tersebut secara keseluruhan

berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada pelbagai aspek supaya memberi

gambaran yang jelas tentang hasil kajian.

Kesimpulan tentang dapatan kajian serta cadangan-cadangan yang

dikemukakan diharap akan dapat membantu individu yang berminat untuk membuat

kajian dalam bidang ini pada masa akan datang. Semoga dapatan kajian ini boleh

dijadikan panduan kepada guru dan murid untuk meningkatkan pencapaian murid dalam

pelajaran Bahasa Melayu ke tahap yang maksimum.

5.2 Refleksi Kajian

Kajian ini merupakan suatu kajian bagi meningkatkan pencapaian murid untuk

mengingat dan mengaplikasika nilai murni serta murid dapat menjawab Bahagian C

(Ulasan) ini dengan baik dalam Kertas Penulisan mata pelajaran Bahasa Melayu

dengan menggunakan imperatif bahan bantu mengajar untuk meningkatkan motivasi

murid- murid Tahun 5 Elite yang tidak menguasai kemahiran nilai murni. Bahan

pengajaran yang digunakan dalam kajian ini ialah lirik lagu nilai murni, buku skrap yang

dihasilkan oleh murid, jadual pembinaan ayat yang bertepatan dengan nilai dan bahan

bergambar yang bertepatan dengan nilai murni serta pelbagai contoh bentuk soalan dan

jawapan yang memerlukan latihan murid yang berterusan.

Sehubungan itu, instrumen pengukuran yang digunakan dalam menentukan

peningkatan pencapaian responden ialah ujian pra dan ujian pos. Perbandingan

peratus pencapaian antara ujian pra dan ujian pos menjadi pengukur kepada kejayaan

50

kajian ini. Pengkaji mendapati bahawa terdapatnya peningkatan peratus pencapaian

dalam ujian pos berbanding ujian pra. Keadaan ini membuktikan bahawa penggunaan

imperatif bahan bantu mengajar ini mampu meningkatkan motivasi murid-murid yang

menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran nilai murni dalam kalangan murid

Tahun 5 Elite dan sekaligus dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam

proses mengingat, mengaplikasi dan seterusnya dapat menjawab Bahagian C (Ulasan)

dengan baik.

Seterusnya pengkaji juga menjalankan kajian kualitatif terhadap responden

dengan menggunakan instrumen soal selidik. Kajian kualitatif yang dilakukan

menunjukkan wujudnya peningkatan minat dalam diri murid-murid terhadap pelajaran

apabila penggunaan bahan pengajaran seperti lagu, buku skrap dan bahan bergambar

digunakan. Hasil daripada maklumat dan data yang diperolehi, pengkaji menganalisis

dan menginterpretasi hasil dapatan bagi melihat pencapaian kajian ini. Pengkaji

seterusnya menghasilkan laporan kajian secara keseluruhannya.

Berdasarkan analisis data dan maklumat daripada instrumen-instrumen yang

digunakan oleh pengkaji dalam Bab 4 yang lepas, kajian ini menunjukkan terdapatnya

maklum balas yang positif daripada responden. Berdasarkan perbandingan peratus

antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan di dapati kedua-dua kumpulan

menunjukkan peningkatan yang positif. Walaupun didapati responden dalam kumpulan

rawatan ramai yang berjaya mendapat gred A mengatasi kumpulan kawalan tetapi

kumpulan kawalan juga dapat menunjukkan prestasi yang agak baik iaitu pada ujian pos

yang akhir tiada calon yang mendapat gred C, D dan E.

Seterusnya, penganalisisan data kualitatif yang diperolehi juga menunjukkan

pencapaian yang positif. Melalui instrumen soal selidik yang dilakukan bagi

menganalisis persepsi responden terhadap minat, perasaan dan kepuasan responden

51

dalam kajian tindakan ini, pengkaji mendapati bahawa responden mempunyai persepsi

yang positif terhadap proses tindakan yang dilakukan.

Sehubungan itu, pengkaji mendapati lebih daripada 80% responden menyokong

bahawa kaedah pengajaran dengan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar

berupaya meningkatkan motivasi murid-murid tidak menguasai kemahiran nilai murni.

Begitu juga berdasarkan komen yang ditulis responden didapati 95% menyokong

kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pelajaran Bahasa Melayu di

dalam bilik darjah.

Peringkat awal pelaksanaan tindakan ini, didapati segelintir murid ada yang

kurang minat dan selesa dalam sesi pengajran dan pembelajaran yang dijalankan.

Keadaan berubah apabila mereka mengetahui tentang tujuan tindakan ini dan mereka

mula merasakan keberkesanan tindakan ini ke atas diri mereka. Sesungguhnya

peringkat ini, murid begitu gembira dan ceria apabila menyanyikan lagu nilai dan

keadaan bertambah seronok apabila mereka telah berjaya menghasilkan buku skrap

berkaitan dengan nilai murni , malah ada yang meminta untuk belajar terus dengan

kaedah ini. Ini adalah kerana murid-murid ini berasa puas apabila dapat melakukan

tugasan dengan baik. Keputusan kajian tindakan yang dijalankan menampakkan hasil

yang memberangsangkan dan boleh dibanggakan. Peningkatan peratus keputusan

dalam ujian akhir menunjukkan bahawa hasil usaha yang bersungguh-sungguh akhirnya

membuahkan hasil yang lumayan..

Berdasarkan data dan maklumat yang dianalisis, pengkaji mendapati kesan yang

positif diperolehi daripada segi kuantitatif dan kualitatif dalam diri responden seperti

yang dibincangkan dalam penulisan laporan kajian tindakan ini. Pengkaji menyimpulkan

bahawa kesan pengajaran dan pembelajaran menggunakan imperatif bahan bantu

mengajar mampu meningkatkan motivasi murid-murid Tahun 5 Elite dan seterusnya

menjadi satu semangat untuk mereka lebih fokus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

52

Bermula dengan kejayaan ini murid-murid ini telah berazam dan nekad untuk mendapat

keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan khususnya peperiksaan UPSR yang

akan tiba pada tahun hadapan.. Pengkaji telah mempelbagaikan kaedah mengajar

menggunakan bahan bantu mengajar seperti lagu yang dapat menceriakan murid, buku

skrap sebagai tugasan murid, bahan bergambar dan seterusnya pelbagai bentuk soalan

dan jawapan diberikan oleh guru bagi memantapkan penguasaan mereka dalam

Bahagian Ulasan menggunakan nilai murni. Dapatan kajian ini boleh dirumuskan seperti

berikut :

i. Murid gembira mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

ii. Murid mudah mengingat 17 nilai murni yang diajarkan.

iii. Murid mendapat pengalaman baharu yang menarik.

iv. Murid lebih berminat untuk belajar.

v. Keyakinan diri dan motivasi murid bertambah.

vi. Kelas ceria tidak lagi membosankan.

Aspek paling penting bagi pembelajaran secara ini ialah penggunaan pelbagai

bahan bantu mengajar mampu meningkatkan motivasi murid-murid Tahun 5 Elite iaitu

murid-murid paling mudah mengingat 17 nilai murni dengan lebih mudah. Mereka akan

sentiasa menyanyikan lagu nilai ketika ada masa lapang ataupun ketika bersama rakan-

rakan mereka. Tambahan pula, mereka juga telah menguasai dengan baik cara

menjawab Bahagian C( Ulasan ). Hal ini memberikan motivasi yang tinggi kepada murid-

murid Tahun 5 Elite ini.

Pengajaran dan pembelajaran secara lama iaitu memperkenalkan dan menyebut

senarai 17 nilai murni beramai-ramai perlu diubah kepada pengajaran dan pembelajaran

yang menggunakan pelbagai kaedah dan strategi yang melibatkan sama ada secara

kelas, kumpulan atau individu serta menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang

disediakan di sekolah. Akhirnya, pengkaji berharap supaya pelbagai bahan bantuan

53

mengajar yang digunakan dalam proses mengingat, mengaplikasi dan seterusnya

menjawab Bahagian Ulasan (C) ini dengan baik mampu meningkatkan motivasi dan

akan memberi lebih banyak kebaikan kepada murid untuk lebih berjaya pada masa

hadapan..

Pengkaji amat berkeyakinan bahawa sekiranya pengajaran dan pembelajaran

dalam kelas menggunakan kaedah bantuan bahan, ini mampu meningkatkan

pencapaian murid daripada kumpulan sederhana dan lemah. Di samping itu, dengan

sokongan dan insentif daripada pelbagai pihak untuk menjadikan murid lebih berjaya

dapat menjadi pemangkin ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

5.3 Kekangan Dalam Pelaksanaan Dan Pembelajaran Menggunakan Pelbagai

Bahan Bantu Mengajar

Untuk memastikan kajian ini berjaya, pengkaji telah menjalankan perbincangan dengan

beberapa orang guru Bahasa Melayu serta guru besar sekolah sepanjang kajian

tindakan ini dijalankan bagi melancarkan lagi kajian ini. Walaupun kajian telah berjaya

dilaksanakan, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh pengkaji.

Pada peringkat awal kajian, responden kurang memberikan kerjasama kerana

merasakan diri mereka lemah untuk mengingat 17 nilai murni dan apatah lagi untuk

menjawabnya dalam bentuk UPSR. Walau bagaimanapun, situasi ini dapat diatasi oleh

pengkaji selepas memberikan panduan, motivasi dan kesedaran tentang tujuan kajian

ini dilakukan.

Wujudnya masalah responden yang tidak memberikan tumpuan semasa kajian

tindakan dilakukan. Selain itu, terdapat responden yang mengganggu kelas dan

menjawab soalan ujian dan soal selidik dengan sambil lewa atau bermain-main.

Namun, ini hanya melibatkan satu atau dua orang responden dan tidak menjejaskan

54

pengumpulan data dan maklumat. Responden ini juga telah dirujuk kepada guru kelas

untuk mendapatkan nasihat dan teguran.

Selain itu terdapat juga masalah murid mengambil masa yang agak lama untuk

menghasilkan tugasan buku skrap yang diberikan oleh pengkaji, mereka merasakan

tugas ini susah dan berat untuk dilakukan. Setelah diberikan panduan, bimbingan dan

contoh bagaimana cara menghasilkan buku skrap yang baik dan lengkap, akhirnya

responden rawatan ini berjaya menyiapkan sebuah buku skrap yang berkualiti dan

menepati kehendak soalan.

Responden kajian yang sedang belajar di sekolah ini juga merupakan mereka

yang rata-rata terdiri dari latar belakang keluarga yang sederhana dan agak lemah

daripada segi ekonomi. Oleh itu, perhatian daripada ibu bapa untuk menolong murid-

murid belajar ketika berada di rumah juga berkurangan kerana ibu bapa lebih

menumpukan perhatian terhadap pekerjaan untuk mendapat wang perbelanjaan.

Bagaimanapun, kekurangan dan kelemahan yang ada pada mereka bukanlah

bersifat kekal dan berpanjangan. Minat, iltizam dan kesungguhan yang telah sedia ada

dalam diri mereka memudahkan tindakan dan usaha untuk menggilap kemahiran dan

kebolehan sedia ada mereka. Selain asuhan, didikan, bimbingan dan latihan dalam

menentukan kejayaan tindakan ini, galakan dan perhatian amat diperlukan. Tindakan

susulan dan kepelbagaian dalam tindakan untuk mengukuhkan lagi tindakan yang telah

sedia ada perlu direncana dan dilaksanakan untuk menjamin kelangsungan kejayaan

yang digarap.

Pada keseluruhannya, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa terdapat perbezaan

yang signifikan dalam penguasaan murid dalam kemahiran nilai murni ini dan kaedah

yang terbaik digunakan oleh pengkaji untuk meningkatkan motivasi murid-murid. Guru

boleh memotivasikan dan mendisiplinkan murid melalui kaedah ini. Selain itu, guru juga

dapat mengenal pasti murid yang enggan bekerjasama atau murid yang menunjukkan

55

sikap mementingkan diri sendiri. Hubungan antara murid dengan guru dapat dieratkan

melalui kaedah ini.

5.4 Cadangan Kajian

Berdasarkan laporan dan kajian tindakan ini, jelas menunjukkan bahawa pengajaran

dengan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar mampu meningkatkan motivasi

murid-murid yang menghadapi masalah dalam penguasaan nilai murni. Pengkaji

menganggap kajian ini berjaya membuktikan bahawa kumpulan murid yang lemah

sekiranya diberi suntikan baharu dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mampu

meningkatkan diri dalam pencapaian akademiknya. Walau bagaimanapun, berikut

adalah beberapa cadangan kepada pengakaji-pengkaji lain yang ingin menjalankan

kajian seumpama ini bagi meningkatkan lagi mutu kajian pada masa akan datang

dicadangkan beberapa aspek iaitu :

a) Kajian ini dijalankan menggunakan populasi responden yang lebih luas daripada

pelbagai latar belakarng keluarga serta sekolah.

b) Dicadangkan juga supaya kajian ini diperincikan lagi skop kajian kepada melihat

faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi tahap kefahaman murid dalam pengajaran

dan pembelajaran menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai motivasi.

Seterusnya, pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan lain sebagai

maklum balas kepada kajian yang dijalankan. Namun begitu, pengkaji berharap agar

saranan dan cadangan ini diambil perhatian, seterusnya dapat membantu pihak yang

berkenaan dalam memartabatkan dan memantapkan kecemerlanagan dalam kalangan

murid-murid.

5.4.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah terus memberikan kursus

ataupun seminar-seminar kepada guru-guru Bahasa Melayu cara

56

menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai . Pihak kementerian juga

perlu mengeluarkan contoh pelbagai bahan pengajaran untuk dijadikan

panduan kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah mengajar

menggunakan pelbagai bahan yang menarik, terkini dan sebagainya yang

bersesuaian dengan murid-murid.

5.4.2 Sekolah

Pihak sekolah hendaklah sentiasa memberikan motivasi supaya murid-

murid berjaya dalam pelajaran mereka dan seterusnya menjadi murid yang

cemerlang.

Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan program-program yang

berunsur ilmiah bagi membantu murid-murid berjaya dengan cemerlang

dalam pelajaran.

Pihak pentadbiran sekolah perlulah memberi galakan dan dorongan

kepada guru-guru menggunakan cara-cara atau kaedah yang sesuai dalam

pengajaran Bahasa Melayu.

5.4.3 Peranan Ibu Bapa

Memberi perhatian dan dorongan kepada anak-anak untuk lebih maju

dengan cara mengajar di rumah ataupun membeli buku-buku latihan yang

sesuai dan menarik supaya murid ada keinginan untuk belajar dengan

lebih baik.

5.4.4 Pihak Guru

Guru-guru haruslah memahami latar belakang murid-murid dan berusaha

untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam pelajaran agar mereka

dapat berjaya seperti rakan-rakan yang lain. Guru-guru juga haruslah

mengaplikasikan kaedah dan teknik yang menarik seperti penggunaan lirik

lagu, buku skrap, bahan bergambar dan sebagainya dalam pengajaran dan

57

pembelajaran agar murid minat untuk belajar dan mereka tidak berasa

bosan.

5.5 Kesimpulan

Murid-murid Tahun 5 Elite ini adalah murid-murid yang cukup istimewa. Mereka amat

sensitif dalam menghadapi pembelajaran. Kesilapan daripada guru-guru yang mengajar

menggunakan kaedah-kaedah lama seperti latih-tubi mengeja, hafalan dan sebagainya

akan menyebabkan mereka mudah merasa bosan dan hilang minat untuk belajar.

Oleh itu, guru-guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi

mengembalikan minat murid untuk belajar. Contohnya, dalam kajian tindakan ini,

pengkaji telah menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar untuk memotivasikan

murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran nilai murni ini dengan baik.

Ternyata, penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar ini telah membuahkan hasil yang

cemerlang iaitu murid-murid amat berminat untuk belajar. Mereka juga dapat menyebut

17 nilai murni dengan mudah apabila diminta oleh guru. Di samping itu, mereka dapat

menyebut secara lisan jawapan Bahagian C ( Ulasan) menggunakan nilai murni dengan

penuh tertib dan mengikut format yang sebenarnya.

Akhir sekali, adalah diharapkan agar buku kajian tindakan ini akan menjadi titik

permulaan untuk dibuat kajian seterusnya bagi memantapkan kaedah mengingat,

mengaplikasi dan seterusnya murid dapat menjawab Bahagian C (Ulasan)

menggunakan nilai murni dengan lebih baik. Kajian Tindakan ini diharapkan dapat

digunakan oleh guru-guru lain untuk memotivasikan kejayaan anak-anak didik

kesayangan mereka.

58

RUJUKAN

Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran

bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur.

Alias Bin Puteh. (2008). Kajian Tindakan Di Sekolah. Pure Honey Enterprise. Jitra,

Kedah.

Atan Long. (1981). Pedagogi kaedah am mengajar.Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Atan Long. (1987). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Dr Ismail Zain. (2007).”Faedah Pembelajaran Koperatif dalam Sistem

Penilaian”.KTM.Kuala Lumpur.

Ee Ah Meng. (1993). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu.Penerbit Fajar Bakti

Sdn.Bhd.

Jamaludin Badusah; Muhammad Hussin dan Adbul Rasid Johar. (2000). Inovasi dan

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Publishing Enterprise. Banting

Selangor.

Kamaruddin Haji Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia

Sdn Bhd.

59

Khariah Ahmad. (1980). Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran bahasa

Malaysia.Kertas kerja khusus dan bengkel teknik pengajaran bahasa Malaysia. Jabatan

Pendidikan Bahasa Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Koh Boh Boon. (1987). Cabaran-cabaran Yang Dihadapi oleh Guru Khas Pemulihan.

Lee Shok Mee. (1985). Asas Pendidikan 2. Murid dan proses pembelajaran. Kuala

Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Daud Hamzah. (1990). Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan. Dewan Bahasa

dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan I: Pedagogi sebagai Suatu Proses. Terbitan

Kumpulan Budiman Bhd.Kuala Lumpur.

Ngui Kuang Sang. (1981 ). Penggunaan alat pandang dengar dalam pengajaran. Suara

Pendidik :Vol 7. Nombor 4.

Noraziah Abd Hamid. (1981). Alatan mengajar dalam pengajaran bahasa. Kertas kerja

seminar perguruan pada 28hb-30hb Dis, 1981, di Universiti Malaya.

Omardin Ashaari. (1998). Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di

Sekolah.K.Lumpur.Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Prof Madya Dr. Wan Zah Wan Ali. (2007). HBEF 3103 Prinsip Teknologi

Pengajaran.K.Lumpur.Meteor Doc. Sdn Bhd (OUM).

Prof Madya Dr. Othman. (2007). Pencapaian Pelajar Mengikut Gaya Belajar dan Bentuk

Pentaksiran.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Kemahiran

Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Rashidi Azizan dan Adbul Razak Habib. (1998). Pengajaran Dalam Bilik

Darjah Kaedah dan Strategi. Masa Enterprise. Kajang. Selangor.

60

Sharifah Alwiah Alsagor. (1994). Teknologi Pengajaran. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur.

Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas. Perkhidmatan

Pendidikan Pemulihan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Tajul Ariffin. (1987).Perlaksanaan KBSM di Malaysia.K.Lumpur.Prentice Hall.

http// cikguhaidi.wordpress com/ category // bahan-bahan bantu mengajar/

http// wwwkhspt.com bahan-bantu mengajar.html.

61