kajian tindakan

21
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan Kemahiran Penggunanan Imbuhan Yang Betul Di Kalangan Murid-murid Tahun 4 Oleh: Pn. Teh Siew Khim SJK (C) Lian Hwa, Muar, Kg. Teratai, 85200 Pos Jementah, Muar 2009

Upload: norhayati-ghazali

Post on 02-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mmm

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan

PROPOSAL

KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan Kemahiran

Penggunanan Imbuhan Yang Betul

Di Kalangan

Murid-murid Tahun 4

Oleh:

Pn. Teh Siew Khim

SJK (C) Lian Hwa, Muar, Kg. Teratai, 85200 Pos Jementah, Muar

2009

Isi Kandungan

Page 2: Kajian Tindakan

Penghargaan

Abstrak

1.0 Refleksi P & P yang lalu

2.0 Isu keperihatinan

3.0 Objektif kajian

3.1 Objektif Am

3.2 Objektif Khusus

4.0 Kumpulan Sasaran

Pelaksanaan Kajian 5.0

5.1 Tinjauan Masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.3 Tindakan yang dijalankan

5.4 Pelaksanaan Tindakan and Perhatian

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2

5.5 Refleksi Kajian

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Bibliografi

Lampiran

1. Penghargaan

1

Page 3: Kajian Tindakan

Penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Kementerian

Pendidikan Johor dan Pelajaran Daerah Muar kerana menganjurkan Kajian

Tindakan di peringkat Sekolah dan daerah.

Kerjasama daripada semua anggota sekolah yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung juga sangat bermakna dan dihargai, kepada

Guru Besar SJK ( C ) Lian Hwa, PN.Wan Soo Gay , Penasihat kajian

tindakan En. Wang Keng Mui dan semua guru Bahasa Melayu serta murid-

murid yang terlibat.

Semoga kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada semua

guru dan murid-murid. Akhir kata “ Selamat Maju Jaya” dan Cintailah

bahasa Kebangsaan Kita.

Proposal Kajian Tindakan

SJK ( C ) Lian Hwa, Muar, Kg. Teratai, 85200 Pos Jementah, Johor.

Teh Siew Khim

Meningkatkan kemahiran penggunaan Imbuhan yang betul di kalangan murid-murid tahun 4

Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu.

Sewaktu saya menanda karangan pelajar tahun 4. Saya rasa sungguh terkejut

kerana didapati ramai di kalangan mereka silap menggunakan imbuhan. Ada sebahagian

murid langsung tidak tahu menggunakan imbuhan. Mereka masih tidak dapat menguasai

penggunaan imbuhan yang betul walaupun telah berkali-kali diajar dan diulang dalam

pengajaran dan pembelajaran.

2

Page 4: Kajian Tindakan

Apabila saya tanyakan kepada para pelajar tentang masalah mereka, jawapan

yang diberikan oleh mereka mudah sahaja iaitu “tidak tahu” dan “tidak pasti” serta “lupa”

.

Apabila disoal selidik, saya mendapati ramai di kalangan murid-murid tidak

membuat ulang kaji dan latihan sendiri selepas P & P di sekolah. Justeru itu, mereka

tidak dapat menguasai penggunaan imbuhan dengan tepat. Selain itu, ada guru

menyatakan bahawa ramai pelajar hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa

sahaja yang diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab soalan.

Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini ?

Saya telah berusaha mempelgabaikan kaedah P&P, namun masih ramai pelajar

kurang cekap menggunakan imbuhan. Saya berpendapat kelemahan penguasaan imbuhan

di kalangan mereka disebabkan kekurangan penjelasan serta tumpuan terhadap

penggunaan imbuhan yang berbeza yang saya berikan sama ada semasa proses P&P atau

aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada

pengabaian guru termasuk saya. Sekirannya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya

pasti ramai pelajar tidak dapat menjawab, membina ayat and mangarang dengan baik. Ini

akan menyebabkan kemerosotan pencapaian BM kertas 1 dan 2 di sekolah saya.

Fokus Kajian

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi

oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap

masalah penguasaan imbuhan Pelajar saya mempunyai

penggunaan imbuhan yang sangat terhad. Mereka hanya mampu

menggunakan beberapa imbuhan yang biasa ditemui mereka

semasa di kelas sahaja. Mereka melakukan banyak kesilapan

penggunaan imbuhan apabila menulis ayat. Kesilapan yang sering

dilakukan oleh pelajar ialah :

- kesilapan penggunaan imbuhan dalam ayat

3

Page 5: Kajian Tindakan

- Tidak menggunakan imbuhan

- Salah taksir makna perkataan apabila berimbuhan .

Dengan membantu pelajar menggunakan imbuhan yang betul

saya yakin pelajar dapat membina ayat yang betul, tepat, jelas dan

gramartis serta membolehkan mereka menulis karangan dengan

lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu

mereka lulus dengan baik dalam kertas Bahasa Melayu ( UPSR).

Keaadaan ini juga pasti akan meningkatkan nilai GNP sekolah

saya.

Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif

berikut:

I. Objektif Umum

Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan Bahasa

Melayu

II. Objektif Khusus

- Meningkatkan bilangan penggunaan imbuhan semasa membina ayat dan

mengarang

- Meningkatkan keupayaan mengaplikasi perkataan selepas ditambah sesuatu

imbuhan

4

Page 6: Kajian Tindakan

- Membantu pelajar meguasai kemahiran belajar dengan merujuk kamus bagi

meningkatkan penggunaan imbuhan yang berbeza

- Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang bagi

Bahasa Melayu dalam penulisan karangan.

Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 12 orang pelajar tahun 4 yang terdiri daripada 5 pelajar lelaki dan

7pelajar perempuan.

Tindakan yang dicadangkan

I ) Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,

tinjuaan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami

dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data

seperti berikut.

- Ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang diberi bagi menganalisis

kelemahan penguasaan penggunaan imbuhan.

- Latihan membina ayat mengarang bagi mengesan kesilapan penggunaan

imbuhan dalam ayat/ karangan

- Ujian lisan berasaskan sekolah bagi mengesan penguasaan penggunaan

imbuhan.

5

Page 7: Kajian Tindakan

II )Analisis Tinjauan Khas

- Ramai di kalangan murid-murid amat lemah dalam kemahiran penggunaan

imbuhan

- Antara masalah yang dihadapi ialah: -

a) Tidak tahu maksud perkataan tersebut setelah ditambah sesuatu imbuhan.

3 orang = 23 %

b) Menyalahguna imbuhan ( tidak tepat pada masa & tempat ) 3 orang = 23%

c) Keraguan terhadap imbuhan yang patut digunakan dalam sesuatu ayat.

3 orang = 23%

d) Tidak tahu langsung tentang kemahiran penggunaan imbuhan.

2 orang = 15%

e) Tidak dapat menggunakan imbuhan dalam pembinaan ayat.

1 orang = 8%

- Bimbingan guru dan latihan tubi yang berterusan perlu diadakan untuk

mengatasi masalah-masalah di atas.

III) Program “Sehari Selembar Benang”

Cara pelaksanaan:

a) Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari dalam perhimpunan pagi.

b) Pelajar mencatat dalam buku catatan khas

c) Guru menampal perkataan pada papan kenyataan

d) Guru meminta pelajar mencari makna perkataan tersebut setelah ditambah dengan

imbuhan yang berbeza-beza.

e) Pelajar mengaplikasi penggunaan imbuhan yang berbeza dalam perkataan tersebut

dengan membina ayat.

f) Guru menyemak dan menganalisis ayat pelajar.

IV) Program 100-4 ( 100 perkataan dalam tempoh 4 minggu )

Cara pelaksanaan:

6

Page 8: Kajian Tindakan

a) Guru meminta pelajar mencatat perkataan sukar yang berimbuhan daripada teks

yang dibaca serta mencatat perkataan tersebut dalam buku catatan.

b) Pelajar merujuk kamus untuk mengetahui maksud dan mencatatkannya dalam

buku catatan.

c) Pelajar membina ayat berasaskan perkataan yang telah diberi maksudnya.

d) Selepas 4 minggu, guru mengabungkan semua perkataan yang dikumpul oleh

pelajar serta mencetakkannya untuk diedarkan kepada semua pelajar.

e) Guru menguji pengetahuan and ingatan pelajar dengan mengadakan ujian khas.

Aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan

tinjauan awal.

Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti

Tarikh Pelaksanaa

n Catatan1 Mengenal pasti masalah dan

pengumpulan data awal

24-JAN-09

 

2 Menulis proposal kajian 25-JAN-09  

3 Merancang tindakan ( individu/panitia) 26-Apr-09  

4 Melaksanakan tindakan aktiviti 1 27-JAN09  

5 Membincangkan masalah yang timbul

dalam tindakan 1 ( dalam panitia)

30-JAN-09

 

6 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 3-FEB-09  

7

Page 9: Kajian Tindakan

7 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 4-FEB-09  

8 Membincangkan masalah yang timbul

dalam tindakan 2 ( dalam panitia)

6-FEB-09

 

9 Melaksanakan tindakan aktiviti 3 9-FEB-09  

10 Membincangkam masalah yang timbul

dalam tindakan 3 ( dalam panitia)

12-FEB-09

 

11 Ujian untuk mengesan pencapaian

murid

13-FEB-09

 

12 Refleksi kajian 15-MAR-09  

13 Menulis laporan kajian 16-MAR-09  

14 Pembentangan dapatan kajian 18-MAR-09  

Kos Kajian

Bi

l Jenis Bahan Kuantiti X harga seunit Jumlah Kos

1 kertas A4 2 X RM 8.00 RM 16.00

2 Printer Cartridge 1 X RM 65.00 RM 65.00

3 Kamus Dewan 1 X RM 45.00 RM 45.00

4 Potostat Bahan dan laporan

kajian   RM 35.00

5 White Board ( 3' X 2" ) 1 X RM 45.00 RM 45.00

6 Buku Catatan guru 1 X RM 2.00 RM 2.00

8

Page 10: Kajian Tindakan

     

    Jumlah RM 208.00

Cadangan Kajian seterusnya

1. Menggalakan murid-murid membawa kamus Bahasa Melayu setiap hari.

2. Merujuk Kamus setiap kali menemui perkataan berimbuhan yang tidak difahami,

kemudian bina ayat daripada perkataan tersebut tanpa diarahkan oleh guru.

3. Guru menyemak buku catatan khas tersebut sekurang-kurangnya seminggu sekali.

4. Pertandingan boleh dijalankan untuk meningkatkan ingatan pelajar terhadap

perkataan berimbuhan yang telah dicatat.

5. Murid-murid dari tahap I juga digalakkan selalu merujuk kamus untuk meningkat

kemahiran pengunaan imbuhan.

6. Di samping itu, murid-murid tahap 1 harus juga mencatatkan perkataan

berimbuhan dalam buku catatan khas, termasuk cara pengunaan perkataan

tersebut ( iaitu contoh ayat) .

Refleksi Kajian

- Kedua-dua aktiviti amat berkesan untuk murid tahap II terutamanya murid-

murid yang lemah dalam kemahiran pnggunaan imbuhan.

- Program ini patut dijalankan dari masa ke masa untuk meningkatkan

kemahiran penggunaan imbuhan.

- Bimbingan guru amat penting dalam menjayakan program-program ini.

- Sudut “PAK” juga boleh diadakan untuk meningkatkan kemahiran

penggunaan imbuhan.

Bibliografi

9

Page 11: Kajian Tindakan

Dr. Tenku Iskandar, Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Bahasa Melayu Tahun 3 & 5, Kuo Liang Sdn

Bhd, 1998

Zaiton Nordin Sri Latihan Topikal Bahasa Melayu, Pan Earth Sdn Bhd 1996

Zul Azmi Saad Y.J.Bong, Tatabahasa Pintar, Inti Cemerlang Sdn Bhd, 1999

Lampiran

Lampiran A

Program “ Sehari Selembar Benang ”

Arahan: Cari Maksud setiap perkataan kemudian bina ayat

1. Sepak

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Disepak

Maksud: _____________________________________________________

10

Page 12: Kajian Tindakan

Ayat : _____________________________________________________

Menyepakkan

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Menyepak

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Bersepak

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Sepakan

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Sepak

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

2. Atur

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Teratur

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Mengatur

11

Page 13: Kajian Tindakan

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Beratur

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Peraturan

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Aturan

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Diatur

Maksud: _____________________________________________________

Ayat : _____________________________________________________

Program 100- 4

12

Page 14: Kajian Tindakan

( 100 perkataan

dalam tempoh

4 minggu )

13