kajian tindakan

23
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR PADA PERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHAS MENGGUNAKAN TEKNIK CB DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 3 OLEH: Rosmah Binti Mohamed Taat Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (2) Taman Puchong Utama 47100 Puchong Selangor. [email protected] 1.0 PENDAHULUAN Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murd- murid. Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid- murid melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan. Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas. Salah satu daripadanya ialah aspek tanda baca. Murid murid memandang remeh terhadap aspek tanda baca. Walhal, tanpa mereka sedari, aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi peperiksaan mereka terutama pada bahagian penulisan karangan. Saya telah mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah dalam segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. . Oleh yang demikian, saya akan menjalankan satu penyelidikan dalam salah satu aspek masalah yang sering dilakukan 1

Upload: suee-mohd

Post on 19-Nov-2015

96 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR PADA PERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHASMENGGUNAKAN TEKNIK CB DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 3

OLEH:

Rosmah Binti Mohamed TaatSekolah Kebangsaan Puchong Utama (2)Taman Puchong Utama47100 Puchong [email protected]

1.0PENDAHULUANKemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murd- murid. Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid- murid melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan. Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas.

Salah satu daripadanya ialah aspek tanda baca. Murid murid memandang remeh terhadap aspek tanda baca. Walhal, tanpa mereka sedari, aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi peperiksaan mereka terutama pada bahagian penulisan karangan. Saya telah mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah dalam segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. . Oleh yang demikian, saya akan menjalankan satu penyelidikan dalam salah satu aspek masalah yang sering dilakukan oleh murid murid iaitu dalam aspek tatabahasa. Kesalahan yang dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat.

Murid murid mengambil sikap sambil lewa terhadap kesalahan ini. Mereka tidak menggunakan huruf besar pada tempat yang betul. Sebagai contohnya, pada permulaan ayat, pada awal kata nama khas dan sebagainya. Penyelidikan ini dijalankan terhadap murid murid kelas 3 Kristal yang dikenal pasti berdasarkan ujian yang dirancangkan. Saya ingin meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan huruf besar ini supaya kesalahan ini tidak menjejaskan markah peperiksaan murid.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Masa LaluSaya mengajar di kelas 3 Kristal yang terdiri daripada 38 orang murid yang mempunyai sedikit masalah pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid murid yang berada di kelas pertengahan bagi tahap itu. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya mendapati kebanyakan murid melakukan kesilapan dalam penulisan huruf besar, sama ada dalam menulis perkataan, ayat mahupun karangan pada tempat yang sepatutnya.

Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid disebabkan muridkeliru dalam aspek penggunaan huruf besar serta keliru dengan konsep penggunaan kata nama am dan kata nama khas . Oleh itu saya telah melaksanakan teknik pengajaran berkumpulan, teknik warna dan latih tubi bagi mengatasi masalah murid.

Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik dan strategi yang sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh saya terhadap masalah penggunaan huruf besar yang pernah dilakukan oleh pengkaji terdahulu antaranya Zailan (2005), Meimon (2009), Noraini (2009), Madihah (2005), Zaridah (2006), Abdul Karim@ Husaini (2003), Senua@Senia Chundi (2003) dan Mahmud (2003).

Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (2) Puchong selangor.. Walaupun banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, namun masih belum ada kajian tentang masalah penggunaan huruf besar dilakukan di sekolah ini. Maka wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan Kemahiran Penguasaan Penggunaan Huruf Besar Dalam Kalangan murid Tahun Tiga Kristal ini.

Sorotan LiteraturMasalah berkaitan penggunaan huruf besar dalam kalangan murid sekolah rendah adalah salah satu masalah yang telah banyak dikaji dan dibincangkan oleh pelbagai pihak terutamanya yang terlibat dalam pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah yang pertama, Cristy Maikol (2012) dalam kajian beliau bertajuk Meningkatkan Penguasaan Penulisan Huruf Besar telah menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan Kampung Kandis, Pasir Puteh di negeri Kelantan. Di dalam kajian beliau, lima orang murid telah dikesan mengalami masalah memahami konsep dan fungsi huruf besar dalam penulisan. Dengan menggunakan strategi bimbingan, latihan ansur maju dan latih tubi, masalah murid berkenaan berjaya diatasi.Zailan (2005) turut menyentuh mengenai masalah penggunaan huruf besar dalam kajian beliau yang bertajukBesardanKecilyangtelahmembincangkanmengenaimasalah seorang murid tahun lima yang menghadapi masalah menulis huruf besar di tengah-tengah perkataan bagi sesetengah perkataan. Melalui pelaksanaan tindakan bimbingan secara intensif yangtelah dijalankan,murid berkenaantelahmenunjukan kejayaan dalam kemahiran menulis mekanis.

Senia (2003) telah menjalankan kajian mengenai permasalahan huruf besar ini dalam kajian beliau yang bertajuk Menangani Masalah Mengenal Dan Menyebut Huruf Besar Seorang Murid Tahun Empat Dengan Pendekatan Latih Tubi di Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin. Hasil dapatan beliau menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang memberangsangkan daripada segi kebolehan menyebut dan meengingati huruf-huruf besar terhadap responden yang dikaji.

Seterusnya kajian juga dibuat oleh Zakariah (1994) yang bertajuk Mengatasi Masalah Kesalahan Tanda Baca Di Kalangan Murid Tahap Dua (Tahun 4). Dalam kajian beliau, beliau mendapati bahawa bimbingan, latihan dan ujian yang dilaksanakan amat membantu murid-murid untuk menguasai tanda baca dengan memuaskan. Kajian ini turut mengesanbahawa masalah ini timbul kerana guru tidak menerangkan kepada murid dengan sejelas-jelasnya fungsi sesuatu tanda baca.

2.0FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN Saya mendapati murid murid yang berprestasi rendah agak sedikit lemah dalam penulisan dan sering melakukan kesalahan, khasnya ketika membina ayat.Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapatimasalah yang kerap kali dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat.Oleh itu, murid murid perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat membantu mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali menulis.Justeru, perlu dilaksanakan satualternatif pengajaran dan pembelajaran yang lain bagi memastikan murid - murid dapat menulis huruf besar di tempat yang sesuai dan sepatutnya. Kesilapan yang dilakukan oleh murid murid boleh diperbaiki sekiranya menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan.

Saya mendapati tiga aspek murid murid gagalmenulis huruf besar dengan betul iaitu, menulis huruf besar pada pangkalkata nama khas, pangkal ayat danmenulis huruf besar di tengah perkataan. Hasil ujian diagnostik, saya mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi murid ialah tidak dapat menulis huruf pada pangkal kata nama khas. Berdasarkan dapatan tesebut, saya telah memfokuskan kajian saya terhadap masalah menulis huruf besar pada permulaan ayat dan pangkal kata nama khas sahaja. Untuk tujuan itu, saya telah melaksanakan satu pelan tindakan yang drastik lagi berkesan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut.

Hasil perbincangan bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu yang lain didapati punca murid - murid ini tidak dapat menulis huruf besar dengan betul adalah disebabkan mereka kurang faham tentang di mana perlu menulis huruf besar yang betul. Mereka kurang diberi penekanan tentang konsep menulis huruf besar dan kata nama khas. Maka, mereka akan membuat kesimpulan bahawa menulis huruf besar ini tidak penting ketika menulis ayat. Pemahaman tentang konsep tersebut perlu dijelaskan oleh saya agar mereka memahami konsep kata nama khas supaya mereka dapat membezakan kata nama khas dengan kata nama am.Selain itu, saya juga telah memberikan nota nota sampingan untuk menambah pemahaman murid.Di samping itu, didapati murid murid ini kurang diberi latihan yang berkaitan dengan menulis huruf besar. Hal ini disebabkan guru kurang menekankan aspek ini dalam menulis. Latih tubi terhadap latihan-latihan secara terbimbing danberterusan mampu memberipemahaman kepada murid murid tentang kepentingan menulis huruf besar dengan betul.

Sesungguhnya, saya percaya bahawa masalah ini bolehdiatasi berdasarkan kebolehtadbiran pelaksanaan pelan tindakan yang dilaksanakan. Untuk tujuan itu, saya telah merangka beberapa strategi, diperkukuhkan lagi dengan pemilihan kaedah yang berkesan dan dibantu oleh kekuatan teknik dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.

RAJAH 1: Kesalahan Penggunaan Huruf Besar Yang Sering Dilakukan

3.0OBJEKTIF KAJIANKajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakaan pelbagai kaedah dan pendekatan agar dapat mengatasi permasalahan kelemahan murid dalam pengunaan huruf besar dan seterusnya dapat meningkatkan peratus kecemerlangan murid dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.Objektif kajian dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif am dan objektif khusus.

Objektif UmumKajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan menulis huruf besar dalam kalangan murid semasa penulisan ayat dan kata nama khas.Objektif khusus Mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam penulisan huruf besar. Menilai keberkesanan teknik CB dan latih tubi yang dijalankan bagi membantu murid menguasai kemahiran menulis huruf besar dalam kalangan murid Tahun Tiga Kristal. Mengukur perubahan pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar.4.0KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan 38 orang murid Tahun 3 Kristal, SK Puchong Utama (2) yang terdiri daripada 33 orang murid berketurunan Melayu, 4 orang murid berketurunan India da seorang murid bukan warganegara berketurunan Myanmmar.

Selain itu, pengkaji telah mendapatkan butiran maklumat peribadi subjek kajian daripada guru kelas mereka, dan telah menganalisis latar belakang keluarga dan persekitaran mereka. Kebanyakan ibu bapa subjek kajian bekerja sebagai kakitangan kerajaan, dan mereka tinggal di kawasan bandar. Justeru, subjek kajian merupakan murid yang hidup dalam keluarga yang berpendapatan sederhana. Demi memastikan kajian dapat memberi manfaat yang baik, pengkaji akan menggunakan teknik CB iaitu cari dan bulat supaya subjek kajian dapat dibantu dalam proses intervensi nanti.

5.0PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKANPerancangan TindakanMenurut Gore dan Zeichber (1995), dengan mengendalikan kajian tindakan guru akan menjadi lebih bebas untuk mengawal keseluruhan kajian dan sayang ke atas amalan mereka sendiri tanpa bergantung kepada saya dari luar. Perlaksanaan kajian sememangnya perlu dilakukan dengan sistematik dan tersusun bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat. Dalam melaksanakan kajian, beberapa perkara perlu dititikberatkan agar perkara yang ingin dikaji dapat diteliti dengan sebaik mungkin.Dalam mengenal pasti beberapa aspek permasaalahan yang dihadapi oleh murid,terdapat beberapa langkah yang telah dirancangkan oleh saya. Antara siri tindakan tersebut adalah perancangan langkah-langkah tindakan, perancangan pengumpulan data dan perancangan penganalisaan data yang telah dikumpulkan.

Reka bentuk kajian ialah unsur penting dalam rancangan kajian tindakan agar kajian yang dilakukan dapat dilaksanakan mencapai objektifnya. Penggunaan model kajian tindakan memberi jalan yang lebih mudah untuk saya mengkaji masalah yang dihadapi dengan lebih sistematik dan tersusun agar obejktif kajian tercapai.

Model kajian yang telah dipilih dalam melaksanakan kajian ini adalah Model Kurt Lewin 1946 dan Laidlaw (1992). Terdapat lima peringkat dalam proses kajian tindakan iaitu mengenal pasti aspek amalan, perancangan, tindakan atau implementasi, melihat kesan tindakan dan refleksi. Masalah yang diuji dalam peringkat boleh disambung dan diteruskan ke pringkat kedua, ketiga dan seterusnya hingga masalah dapat diselesaikan secara berperingkat. Rajah 2 menunjukkan langkah-langkah yang dilakukan untuk proses kajian ini.

MENGENALPASTI ASPEK AMALANMengumpul data untuk mengenal pasti aspek amalan yang ingin diperbaiki.

PERANCANGANMerancang pelan tindakan untuk menambahkan amalan.Merancang pengumpulan data tentang kesan tindakan.

KITARAN SETERUSNYA

MEMBUAT REFLEKSIMenganalisis dan menilaiMembuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan data yang dikumpul.

TINDAKAN / IMPLEMENTASIMelaksanakan pelan tindakan

MELIHAT KESAN TINDAKANMengumpul data tentang kesan tindakanRAJAH 1

RAJAH 2 : MODEL KURT LEWIN (1946) DAN LAIDLAW (1992)

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan maka beberapa cadangan telah dikenalpasti bagi menjalankan kajian tindakan ini, iaitu;

A. Tinjauan masalahMengesan masalah daripada latihan yang diberi semasa pengajaran dan pembelajaran, latihan kerja rumah dan juga ujian bulanan.

RAJAH 3: MASALAH YANG SERING DILAKUKAN OLEH MURID B. Ujian Pra (Pre Test)Satu ujian pra atau ujian awal akan diadakan sebelum teknik-teknik yang dicadangkan dijalankan untuk mengesan setakat mana kebolehan murid dalam penggunaan huruf besar pada awal perkataan dan kata nama khas.

C. Menerangkan konsep penggunaan huruf besar pada kata nama khas.Saya akan menerangkan konsep penggunaan huruf besar dengan menyediakan kad yang menunjukkan penggunaan huruf besar pada kata nama khas dan diberi pada setiap orang murid supaya mudah untuk dibuat rujukan. Kada kata nama khas ini mestilah dibawa pada setiap masa (Rujuk lampiran 3)

D. Teknik CB (Cari dan Bulat)Teknik CB atau cari dan bulat, ialah suatu teknik di mana murid apabila diberikan latihan akan mencari huruf yang perlu menggunakan huruf besar terlebih dahulu dan murid akan membulatkannya dengan menggunakan pensel. Apabila huruf yang perlu menggunakan huruf besar telah dibulatkan, murid tidak akan melakukan kesilapan lagi. (Rujuk lampiran 1 dan 2)Untuk menambah kefahaman murid mengenai penggunaan huruf besar yang betul, murid boleh menggunakan kad huruf besar yang telah diberikan kepada semua murid sebagai panduan.

E. Ujian akhir (Post Test)Satu ujian sebenar akan dijalankan semula untuk menilai kefahaman dan penguasaan murid berdasarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan. Sekiranya 80 peratus murid pada kumpulan sasaran dapat menjawab dengan baik, maka jelaslah bahawa keberkesanan teknik yang akan diperkenalkan. Justeru itu, teknik ini akan dapat diaplikasikandan diperluaskan kepada kumpulan lain.

Perancangan Cara Mengumpul DataCara mengumpul data adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti sesuatu kajian tersebut. Alat pengumpulan data yang telah digunakan oleh saya adalah lembaran kerja dan ujian-ujian yang telah dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap masalah murid saya. Bagi mengenal pati masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya telah menjalankan ujian pra dan ujian pasca. Ujian-ujian ini dilaksanakan pada minggu kedua dan minggu kesembilan saya berpraktikum. Selain ujian, saya turut menggunakan buku latihan murid untuk mengumpul data. Hal ini kerana, melalui buku latihan tersebut saya dapat melihat dengan lebih jelas kekemasan penulisan murid tersebut. Maklumat yang diperoleh sememangnya banyak membantu saya. Selain itu, saya juga turut mengumpul maklumat melalui lembaran kerja murid. lembaran kerja yang diberikan dari semasa ke semasa juga dapat membantu saya mengumpul maklumat dengan lebih jelas. Lembaran kerja ini akan diberikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi memudahkan saya mendapatkan maklumat secara cepat. Murid akan menyiapkan lembaran kerja sebelum mereka pulang ke kelas. Secara tidak langsung, perkara ini memudahkan saya untuk membuat penyemakan mengenai tahap perkembangan murid.

Kaedah pemerhatian secara tidak langsung turut saya gunakan. Semasa membuat pemerhatian, saya melihat dan menilai sikap murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Adakah murid memberi perhatian dan fokus kepada pembelajaran atau sebaliknya.Sikap murid juga memberi impak yang besar dalam memberi keputusan kajian ini.

Perancangan Cara Menganalisis DataDalam menganalisis data yang dikumpul, saya telah melakukan semakan terhadap hasil kerja murid dalam buku latihan atau lembaran kerja. Saya meneliti data yang diperoleh dengan membuat tanda seperti bulatan tentang perkara yang penting yang berkaitan dengan fokus kajian saya mengenai penggunan huruf besar. Setelah itu, saya akan memilih kesilapan yang dilakukan dan menganalisis kesilapan tersebut dengan lebih mendalam.

Seterusnya, hasil semakan lembaran kerja dan ujian-ujian tersebut akan dianalisis sebagai data yang diperoleh untuk kajian yang dijalankan. Saya memindahkan data tersebut dalam bentuk jadual. Melalui jadual tersebut, kesalahan murid dapat dilihat dengan lebih jelas dan teliti. Saya menggunakan analisis bentuk deskriptif yang menggunakan frekuensi dan peratus untuk menganalisis data-data yang diperolehi.

Perancangan Pelaksanaan Tindakani. Jadual Pelaksanaan

Bil.AKTIVITITARIKH PELAKSANAAN

1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal.4 Ogos 2014

2.Menulis kerangka proposal kajian tindakan6 Ogos 2014

3.Merancang tindakan (individu/panitia)8 Ogos 2014

4.Melaksanakan tindakan aktiviti 111 Ogos 2014

5.Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 112 Ogos 2014

6.Melaksanakan tindakan aktiviti 215 Ogos 2014

7.Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 216 Ogos 2014

8.Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal17 Ogos 2014

9.Menulis kertas cadangan (proposal) kajian tindakan24 Ogos 2014

10.Merancang Tindakan 1,2,38 September 2014

11.Melaksanakan Tindakan 1,2,310 September 2014

12.Membincangkan masalah yang timbuldalam tindakan 1,2,3Ogos & September 2014

13.Ujian post untuk mengesan pencapaian Murid6 Oktober 2014

14.Refleksi Kajian13 Oktober 2014

15.Menulis Laporan Kajian20 Oktober 2014

16.Pembentangan dapatan kajianNovember 2014

ii.Kos Kajian

Bil.Item/PerkaraKuantitiHarga SeunitJumlah

1.Kertas Putih A43RM 10.00RM 30.00

2.Dakwat Printer1RM 50.00RM 50.00

3.Plastik Laminate1RM 48.00RM 48.00

4.Fotostat Bahan-RM 20.00RM 20.00

5.Fotostat Laporan Kajian-RM 50.00RM 50.00

6.Alat Tulis-RM 20.00RM 20.00

Jumlah KeseluruhanRM 218.00

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am, Selangor : PTS Professional, PTS Media Group Sdn Bhd

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 4 Jun 2008.

Abdul Rasid Jamian. (2008). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu

Asmah Hj Omar. (2008).Nahu Kemas Kini, Selangor : PTS Professional, PTS Media Group Sdn Bhd

Greene, T. C., Bell, P. A., & Boyer, W. N. (1983). Coloring the environment: Hue, arousal, and boredom. Bulletin of the Psychonomic Society, 21, 253-254.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Siti Nazifah Binti Mohd Nor (2009). Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah Nyanyi Dan Lukis. (1)

Zaridah binti Zuber (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna.

Lampiran (1)

BAHASA MALAYSIATAHUN 3Nama: Tahun 3:

Arahan: Salin semula. Tulis huruf besar di tempat yang sesuai.

manisa murid tahun 3 kekwa. manisa suka menabung. dia mempunyai dua buah tabung. sebuah tabung untuk menyimpan lebihan wang sakunya. sebuah tabung lagi untuk menyimpan wang yang telah dihadiahkan oleh saudara-mara.manisa juga bijak berbelanja. dia cermat semasa berbelanja. manisa bijak. semasa berkunjung ke kedai buku, dia membeli barang yang perlu sahaja. barang itu ialah alat-alat tulis. alat tulis itu ialah alat tulis tempatan. barang buatan tempatan lebih murah dan berkualiti.tabung manisa penuh dengan cepat. manisa ke bank.dia menyimpan wangnya di bank.

Lampiran (2)BAHASA MALAYSIATAHUN 3Nama: Tahun 3:

Arahan: Tulis huruf besar di tempat yang sesuai.

Pahlawan Melakaberundur datuk bendahara. jika dibiarkan buruk padahnya. selain itu, banyak orang kita yang akan terkorban, kata hang setia.------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------berundur kata kamu? tidak sama sekali. lukaku tidak seberapa. aku masih terdaya untuk mengangkat senjata, jawab datuk bendahara.------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------jangan bantah kata-kataku, hang setia. aku ada tanggung jawab. bawalah aku segera ke medan peperangan. biar aku mati di bumi melaka. aduh, sakitnya! datuk bendahara mengaduh kesakitan.------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR PADA PERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHASMENGGUNAKAN TEKNIK CB DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 3

NO. MATRIKULASI : 650203015726001NO. KAD PENGENALAN: 650203015726NO. TELEFON: 0149116295E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARANMELAKA LEARNING CENTRE

Lampiran (3)

KATA NAMA KHAS merujuk kepada sesuatu secara khas. menyebut benda, orang, binatang, tempat dan tumbuh-tumbuhan secara khas. huruf pertama mesti dieja dengan huruf besar.Kata Nama KhasContohAyat contoh

orangPak Cik Amin, Ahmad, Pengarah Maktab Perguruan Rajang, Mutusamy1. Pak Cik Aminsuka berkebun sayur.2. Ahmadjarang-jarang keluar rumah.

binatangSi Comel, Si Belang, Sang Kura-kura, Sang Buaya, Sang Kancil, Si Jalak, Raja Singa, Si Tompok1. Raja Singaitu kelihatan tangkas dan ganas.2. Si Tompoksedang bermain-main dengan seutas tali.

bendaKamus Dewan, Proton Wira, Honda, Sony, Sanyo, Dettol, Luna, Casio, Camy,Aiwa, Malay Mail1. Pak Abu menunggang motosikalHonda.2. Datuk menyuruh saya membeli sebuku sabunDettol.

tempatZoo Negara, India, Kuching, Kuala Lumpur, Pulang Pinang1. Abangnya menetap diPulau Pinang.2. Mereka pergi melawat keZoo Negara.

tumbuh-tumbuhanBunga Raya, Tongkat Ali, Durian Belanda, Carambola, Guajava,1. Bunga Rayaialah bunga rasmi negara kita.2. Datuk saya suka minum airTongkat Ali.

12