kajian tindakan

15
KEBERKESANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BACAAN AL- QURAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KOPERATIF Oleh Nor Hana bt Khairudin SK. Nikmat, 27090 Jerantut, Pahang Darul Makmur 1.0) PENDAHULUAN Pendidikan islam adalah satu proses mendidik akal, jasmani, dan roh manusia berasaskan nilai-nilai insaniah yang bersumberkan al-Quran dan Al-hadis bagi melahirkan manusia yang bertaqwa. Menurut Abdullah Jusuh, (1990), Pendidikan Islam melatih perasaan halus pelajar supaya sikap, tindakan dan keputusan mereka ditadbir oleh nilai-nilai kerohanian dan etika Islam. Melalui pemerhatian dan pengamatan saya, di dalam kelas, saya dapati beberapa murid tidak dapat memberikan tumpuan yang baik semasa sesi pengajaran bacaan Al-Quran dijalankan. Kebiasaannya saya menggunakan kaedah talaqqi musyafahah namun saya dapati keberkesannnya adalah semakin berkurangan dan murid kelihatan jemu dan kurang memberi tumpuan. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memperbaiki keadaan ini supaya keadaan ini tidak berterusan sehingga menjejaskan pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Dengan sebab itu, satu pendekatan pengajaran dan

Upload: nor-hana-hana

Post on 14-Aug-2015

48 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan

KEBERKESANAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BACAAN AL-QURAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

Oleh

Nor Hana bt KhairudinSK. Nikmat, 27090 Jerantut,

Pahang Darul Makmur

1.0) PENDAHULUAN

Pendidikan islam adalah satu proses mendidik akal, jasmani, dan roh manusia berasaskan

nilai-nilai insaniah yang bersumberkan al-Quran dan Al-hadis bagi melahirkan manusia

yang bertaqwa. Menurut Abdullah Jusuh, (1990), Pendidikan Islam melatih perasaan

halus pelajar supaya sikap, tindakan dan keputusan mereka ditadbir oleh nilai-nilai

kerohanian dan etika Islam.

Melalui pemerhatian dan pengamatan saya, di dalam kelas, saya dapati beberapa murid

tidak dapat memberikan tumpuan yang baik semasa sesi pengajaran bacaan Al-Quran

dijalankan. Kebiasaannya saya menggunakan kaedah talaqqi musyafahah namun saya

dapati keberkesannnya adalah semakin berkurangan dan murid kelihatan jemu dan

kurang memberi tumpuan.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memperbaiki keadaan ini

supaya keadaan ini tidak berterusan sehingga menjejaskan pengajaran dan pembelajaran

al-Quran. Dengan sebab itu, satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bacaan

al-Quran perlu dibuat. Diharapkan pendekatan ini dapat memperbaiki pencapaian, minat,

kebolehan dan kerjasama antara pelajar dalam mempelajari bacaan al-Quran.

2.0 ) FOKUS KAJIAN

Page 2: Kajian tindakan

2.1) ISU KAJIAN

2.2) TINJAUAN LITERATUR

3.0) OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

4.0) KUMPULAN SASAR

5.0) TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1) PERANCANGAN TINDAKAN

5.2) PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

a) TEMUBUAL

b) Pemerhatian

c) Ujian Pra dan Psca

d) Penelitian Dokumen

5.3) Perancangan cara menganalisis data

5.4) PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

5.4.1 JADUAL PELAKSANAAN

5.4.2 ANGGARAN KOS

6.0 RUJUKAN

Page 3: Kajian tindakan

7.0) LAMPIRAN

PERNYATAAN MASALAH

Pelajar telah mendapat pendedahan tentang ayat-ayat yang terkandung dalam dokumen

standard pembelajaran Tahun Empat. Surah-surah bacaan ini telah ditentukan oleh

Kementerian Pendidikan untuk murid-murid tahun 4 dengan tujuan pelajar dapat

membaca dengan makhraj yang betul, fasih dan mengikut hukum tajwid yang betul. Di

antara surah-surah tersebut ialah Surah al-Baiyinah, Surah al-Qadr, Surah al-Alaq dan

surah at-Tin.

Pencapaian murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bukit Nikmat dalam bidang

bacaan Al-Quran adalah kurang memuaskan. Jika tiada sebarang tindakan diambil,

pengkaji menjangkakan keputusan ini akan berterusan. Oleh itu, satu pendekatan

pengajaran dan pembelajaraan al-Quran perlu diambil untuk memperbaiki kelemahan

tersebut di samping dapat menilai kebolehan, mencungkil bakat murid dan memupuk

kerjasama antara pelajar dalam mempelajari Al-Quran.

Daripada pernyataan masalah yang dikemukakan, pengkaji telah memilih pendekatan

pembelajaran koperatif bagi memudahkan pelajar mengenal dan memahami kalimah-

kalimah yang terkandung dalam pembelajaran bacaan al-Quran jika pembelajaran secara

berkumpulan dilakukan. Objektif pengajaran dan pembelajaran bacaaan al-Quran adalah

untuk membolehkan pelajar mengenal dan membaca ayat-ayat al-Quran dengan makhraj

yang betul, fasih dan mengikut hukum tajwid yang betul.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid membentuk nombor dengan mudah berdasarkan objek.

Page 4: Kajian tindakan

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang saya akan lakukan adalah bertujuan untuk membantu murid agar:1. Murid dapat menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan pembacaan al-Quran.2. Murid dapat mewujudkan dan meningkatkan kerjasama di kalangan ahli kumpulan dalam mempelajari surah-surah bacaan dan hukum tajwid yang berkaitan.

SOALAN KAJIAN

Antara soalan kajian ialah :1. Adakah terdapat peningkatan minat pelajar terhadap mata pelajaran Tilawah al-Quran?2. Wujudkah peningkatan nilai kerjasama dalam kalangan pelajar setelah pembelajaran koperatif dijalankan?

.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Penyelidikan

Penyelidikan ini mengaplikasikan model penyelidikan tindakan (model Kemmis dan Taggart, 1992) seperti gambarajah berikut :

Membuat tinjauan terhadap amalan menulis nota oleh pelajar

Membuat refleksi keberkesanan

tindakan yang diambil

Merancang untuk meningkatkan

keupayaan murid menulis dalam

nota

Page 5: Kajian tindakan

Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran terdiri daripada 2 orang murid Tahun 1 Arif, Sekolah Kebangsaan FELDA Rentam, Triang, Pahang.

Batasan Kajian

Kajian ini terhad kepada murid yang langsung tidak mengenal nombor sahaja.

Instrumen Kajian

Data dikumpul dengan menggunakan 2 kaedah iaitu :i. Ujian pra dan ujan pascaii. Soal jawab secara lisan.

Analisis Kajian

i. Ujian pra dan ujian post dianalis dengan melihat murid dapat membentuk nombor dengan betul.

ii. Soal jawab secara lisan dimana guru bertanya kepada murid bentuk nombor 1 hingga 9 secara rawak.

TINJAUAN AWAL

Saya telah membuat tinjauan awal masalah murid melalui

Mengumpulkan data dan analisis

Melaksanakan tindakan mengikut perancangan

Page 6: Kajian tindakan

i. Latarbelakang murid.ii. Mengadakan ujian pra.

Latarbelakang murid

Saya mendapati 5 daripada 35 orang murid Tahun 1 tidak pernah menghadiri mana-mana kelas Pra Sekolah atau Tadika. Selain daripada itu, walaupun ramai diantara mereka pernah mendapat pendidikan awal secara formal, tetapi masih terdapat murid yang lemah dalam mengenal nombor.

Analisis Ujian Pra

Ujian Pra dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran pencapaian dan kebolehan murid untuk menulis nombor 1 hingga 9. Saya telah membuat satu ujian secara tidak langsung untuk mengetahui tahap asas pengetahuan murid pada nombor. Saya langsung tidak menunjuk dan mengajar mereka cara untuk menulis.Saya ingin mereka mengingat apa yang telah mereka belajar sebelum ini. Kemudian saya semak apa yang mereka tulis.Keputusan ujian pra adalah seperti berikut :

Pencapaian Bilangan muridMenulis dengan tepat dan betul nombor 1 hingga 9

33 orang

Tidak boleh menulis dengan tepat dan betul

nombor 1 hingga 9

2 orang(Afiq dan Najehah)

Hasi daripada ujian pra tersebut, saya mendapati bahawa 2 oarang pelajar saya gagal untuk menulis nombor 1 hingga 9 dengan tepat.Mereka tidak mempunyai pengetahuan asas dan tidak mengingati nombor. Terdapat 2 kertas ujian yang menunjukkan mereka tidak dapat menulis nombor dengan betul.

Kertas ujian Afiq (sebelum kajian)

Page 7: Kajian tindakan

Kertas ujian Najehah (sebelum kajian )

Kertas ujian Afiq (sebelum kajian)

Kertas ujian Najehah (sebelum kajian)PERANCANGAN TINDAKAN

Saya merancang untuk memanggil Afiq dan Najihah dibelakang kelas pada minit terakhir P&P Matematik Tahun 1. Saya akan menggunakan powerpoint sebagai alat bantu mengajar untuk mereka berdua sahaja.

PELAKSANAAN TINDAKAN

Pelaksaan tindakan adalah seperti berikut :

a) Mendapatkan gambar- gambar objek yang sesuai dengan bentuk nombor.

Gambar objek NomborPensil 1

Telinga 2Dua jari 3

Page 8: Kajian tindakan

Kerusi Terbalik 4Dacing / Mata kail 5

Wisel 6Cangkul 7

2 biji bola 8Payung 9

b) Guru menyediakan powerpoint berkaitan iaitu perbandingan objek dengan bentuk nombor. (Lampiran).

c) Guru menayangkan powerpoint kepada murid dan menerangkan kepada murid kaitan objek dengan bentuk nombor. Guru memperkenalkan nombor 1 hingga 9 dalam 3 peringkat (Peringkat 1 : nombor 1,2 dan 3) (Peringkat 2 : nombor 4, 5 dan 6) (Peringkat 3 : nombor 7, 8 dan 9) berasingan kerana murid-murid Tahun Satu mempunyai daya ingatan yang agak perlahan.

d) Kemudian guru menguji murid dengan menyebut objek yang menyerupai dan murid menulis nombor. Seterusnya guru juga menyebut nombor dan murid menulis nombor (Ujian Pasca).

e) Guru juga bertanya secara lisan kepada murid. Murid menyebut nombor atau objek yang berkaitan.

f) Akhirnya guru mendapati murid mudah untuk menulis nombor dengan tepat.

PENGUMPULAN DATA

Data dikumpul menggunakan 2 kaedah iaitu :

i) Menjalankan ujian pra dan ujian pasca untuk mengenalpasti tahap pengetahuan asas murid untuk menulis nombor 1 hingga 9.

ii) Guru bertanya kepada murid secara lisan objek berkaitan dengan nombor.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Analisis ujian pasca

Page 9: Kajian tindakan

Hasil kerja Afiq (Selepas tindakan)

Ini menunjukan bahawa Afiq dapat menulis nombor dengan betul. Di bahagian atas kertas ini menunjukkan dimana guru menyebut nombor dan murid menulis nombor dengan mengingat bentuk. Arahan daripada guru adalah seperti berikut :Guru : Afiq, tuliskan nombor lima, tiga, satu, empat, lapan, tujuh dan sembilan.

Kemudian, afiq mengingat bentuk nombor berdasarkan obek yang telah ditunjukkan oleh guru sebelumnya. Akhir sekali, guru menguji sekali lagi dengan menyuruh Afiq menuls nombor satu hingga 9 seperti dalam gambar di atas.

Page 10: Kajian tindakan

Hasil kerja Najehah (Selepas tindakan)

Selepas Afiq, guru menguji Najehah untuk menulis nombor 1 hingga 9. Arahan guru kepada Najehah adalah seperti berikut :Guru : Najehah, tuliskan nombor tujuh, lapan, empat, satu, dua , lima dan sembilan.

Analisis soal jawab secara lisan

Soal jawab bersama Afiq

Guru : Afiq, bentuk nombor empat menyerupai objek apa?Afiq : KerusiGuru : Bentuk payung?Afiq : Nombor 9Guru : Bentuk pensil sama dengan nombor berapa?Afiq : Satu.

Soal jawab bersama Najehah

Guru : Najehah, bentuk nombor tujuh menyerupai objek apa?Najehah : CangkulGuru : Bentuk telinga?Najehah : Nombor 2Guru : Bentuk dua bola sama dengan nombor berapa?Najehah : Lapan.

Page 11: Kajian tindakan

Berdasarkan soal jawab bersama Afiq dan Najehah tersebut menunjukkan bahawa mereka berdua dapat mengingat dengan baik dan tepat bentuk-bentuk nombor 1 hingga 9.

Interpretasi Data

Hasil daripada ujian Pra dan ujian Pasca menunjukka perbezaan yang ketara. Pada permulaannya Afiq dan Najehah tidak mampu untuk menulis nombor dengan betul. Mereka tidak dapat membayangkan nombor-nombor yang perlu ditulis. Hanya beberapa nombor sahaja yang ditulis oleh mereka.

Setelah guru memperkenalkan teknik yang lebih mudah dengan mengaitkan objek dengan nombor, mereka dapat menulis dan mengingati bentuk nombor dengan baik.

Kini, semua murid Tahun Satu Arif dapat menulis dan mengingat bentuk nombor dengan baik.

REFLEKSI

Sepanjang kajian ini dijalankan, terdapat pelbagai masalah dan kelemahan yang terpaksa ditangani, diantaranya ialah kekangan masa semasa P&P untuk menumpukan perhatian kepada Afiq dan Najehah. Afiq dan Najehah diletakkan dalam kumpulan yang berbeza. Jadi mereka berdua perlu mengikut tahap rakan-rakan lain yang sama kumpulan dengan mereka. Selain daripada itu, Afiq selalu tidak hadir ke sekolah. Jadi apabila saya ingin membuat Ujian Pasca terpaksa ditangguhkan. Penyediaan bahan powerpoint juga makan masa untuk saya mencari gambar-gambar berkaitan. Gambaran objek perlu difikirkan kesuaiannya dengan nombor juga pemahaman murid dengan gamba tersebut.

Adalah diharap agar dengan cara yang diperkenalkan ini memudahkan murid-murid untuk mengenal nombor samada murid-murid Tahun 1 Arif ataupun dapat diguna pakai oleh bagi tujuan P&P Pra Sekolah.

PENUTUP

Kesimpulannya, dengan penyelidikan yang saya telah lakukan ini dapat membantu Afiq dan Najehah, murid Tahun Satu Arif, Sekolah Kebangsaan Felda Rentam, Triang dapat menulis dengan bentuk yang betul nombor 1 hingga 9 berdasarkan ingatan terhadap objek-objek berkaitan.Akhirnya diharap teknik yang saya perkenalkan inidapat dipraktikalkan semasa P& P akan datang.

BIBLIOGRAFI

Leinhardt, G., & Smith, D. A. (1985). Expertise in mathematics instuction: Subject matter knowledge. Journal of Educational Psychology, 77, hlm. 241-271.

Page 12: Kajian tindakan

Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Amir Awang. ( 1986 ). Teori-teori pembelajaran.Shah Alam: Fajar Bakti.