kajian tindakan

Upload: vanisha-vani

Post on 18-Jul-2015

2.809 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

MASALAH PENGGUNAAN PERBENDAHARAAN KATA DALAM PENULISAN BAHASA TAMIL DI KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH TAMIL

C.MURUGAYAH A/L CHINNIAH @ SINNIAH

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA BATU PAHAT 2009

MASALAH PENGGUNAAN PERBENDAHARAAN KATA DALAM PENULISAN BAHASA TAMIL DI KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH TAMIL, MELAKA.

C.MURUGAYAH A/L CHINNIAH @ SINNIAH

TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA KEGURUAN (KEPUJIAN) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA BATU PAHAT 2009

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh : 23 April 2009

Tandatangan : Nama Calon : C.Murugayah A/L Chinniah

@ Sinniah Nombor Matrik : 660805045139002

PENGHARGAAN

Segala pujian ditujukan kepada Tuhan Lord Ganesha kerana dengan izin-Nya penulisan kertas kajian ini yang bertajuk Masalah Penggunaan Perbendaharaan Kata Dalam Penulisan Bahasa Tamil Di Kalangan Murid-murid Sekolah Tamil, Melaka.

Di sini saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi buat Encik Vespanathan Supramaniayam selaku penyelia semasa menyempurnakan kajian ini.Saya mengucapkan terima kasih kepada guru besar, guru-guru dan murid-murid SJKT Ladang Diamond Jubilee,SJKT Jasin, dan SJKT Ladang Bukit Asahan untuk membantu memudahkan kajian saya.Tidak ketinggalan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri manakala anak-anak saya yang masih dalam alam kanak-kanak kerana sanggup mengorbankan masa mereka bersama saya dalam menghabiskan kajian ini.

ABSTRACT Each teacher has his or her style of teaching that provides the most effective way to help students grasp the desired learning method to improve their composition. The purpose of this study is to determine students vocabulary in year 4 and factors that influence in their composition writing. The study was conducted at SJK(T) Ladang Diamond Jubilee, SJKT Asahan and SJKT Jasin. Data was collected in quanlitative like the enquiry method and also qualitative like observation technics and interview with some experience teachers. Data collected from this research, help to concentrate in teaching technics of vocabulary by Tamil language teacher, students preparation for learning and also technics in carrying out the vocabulary in composition writing. Students vocabulary include, in three category of words like nouns,verb and adjective. Each of catecory was assessed in Tamil composition writing. Students ability to achieved their vocabulary and also factors that influence. This research also includate the progress from sex factor, technics of teaching and learning vocabulary, students academic achievement, students sosio-economic background and the relationship factors between towards the students vocabulary in composition writing. 30 students from year 4 taken as sample for this research. Sample comprised of 3 catecory which are good, average and poor in their study. As summary, this research give benefits to those who take early steps in composition writing among tamil students.

ABSTRAK Setiap guru mempunyai cara mengajar tersendiri yang berkesan untuk membantu murid-murid memperbaiki dan meningkatkan kemampuan menulis karangan. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menentukan sejauh mana murid tahun 4 memahami dan menguasai perbendaharaan kata dan faktor-faktor yang mempengaruhi dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Kajian ini telah dijalankan di SJK(T) Ladang Diamond Jubilee, SJKT Asahan dan SJKT Jasin. Data kajian ini akan diperolehi melalui kaedah secara kuantitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik dan juga secara kualitatif iaitu menggunakan teknik pemerhatian serta temu bual dengan guru-guru berpengalaman. Data-data Kualitatif akan digunakan sebagai data sokongan di dalam penyelidikan ini. Melalui penyelidikan ini, saya akan dapat menumpukan teknik pengajaran perbendaharaan kata guru Bahasa Tamil, kesediaan murid untuk belajar dan teknik pelaksanaan perbendaharaan kata dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Penguasaan perbendaharaan kata ini akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kata nama, kata kerja dan kata sifat. Setiap kategori perbendaharaan kata ini akan dijadikan bahan penilaian dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Kemampuan murid mengetahui dan menguasai perbendaharaan kata dan faktor-faktor mempengaruhinya akan dikaji dalam penyelidikan ini dan dilihat dari sudut akademik dari segi faktor jantina, teknik pengajaran dan pembelajaran perbendaharaan kata, kedudukan pencapaian akademik murid dan Latar belakang sosio ekonomi murid. Pertalian antara faktor -faktor di atas dengan tahap penguasaan perbendaharaan kata murid dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Sampel kajian ini terdiri daripada murid-murid tahun 4 seramai 30 orang murid di sebuah Sekolah Tamil di Kawasan Jasin. Murid yang akan dipilih terdiri daripada tiga kategori pencapaian iaitu kumpulan pencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Sebagai kesimpulan, dapatan kajian ini akan memberikan faedah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil khususnya di peringkat awal penulisan karangan.

i

KANDUNGAN Mukasurat Abstrak BAB 1 1.0 Pengenalan 1.1 Pernyataan Masalah 1.2 Objektif Kajian 3 1.3 Soalan Penyelidikan 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Batasan Kajian 8 1.6 Definisi istilah 1.7 Rumusan 10 1 2 4 6 9 i

BAB 2 Tinjauan Literature 2.0 Pengenalan 10 2.1 Tujuan Penguasaan Perbendaharaan Kata Dalam 11 Penulisan Karangan Bahasa Tamil 2.2 Faktor-faktor mempengaruhi Penguasaan Perbendaharaan kata 12 Dalam Penulisan Karangan Bahasa Tamil 2.2.1 Faktor Akademik 12 2.2.2 Faktor Disiplin 13 2.2.3 Faktor Peribadi 15

2.2.4 Faktor Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Perbendaharaan Kata 17 Dalam Penulisan Karangan 2.3 Kajian Barat Tentang Penguasaan Perbendaharaan kata 19 Dalam Penulisan Karangan 2.4 Rumusan 20 BAB 3 3.0 Pengenalan 3.1 Reka bentuk Kajian 3.2 Sampel Kajian 22 3.3 Instrumen 23 3.3.1 Soal-Selidik 24 3.3.2 Temubual 3.4 Pengumpulan data kajian 25 3.5 Penganalisisan data kajian 3.6 Rumusan 26 21 21

25 25

BAB 4 4.1 Pengenalan 4.2 Keputusan kajian 4.2.1 Pengusaan perbendaharan kata murid murid sekolah rendah 28 tahun 4 dalam penulisan karangan Bahasa Tamil 4.2.2 Pengusaan perbendaharaan kata murid- murid tahun 4 33 mengikut lokasi penempatan murid. 4.2.3 Pengusaan perbendaharaan kata mengikut jantina 37

27 27

4.3 Respon murid-murid 4.3.1 Bilangan adik-beradik 4.4 Sikap ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak 43 4.4.1 pengunaan multimedia terhadap pembelajaran murid 45 4.4.2 Faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada 3 pengusaan 47 perbendaharaan kata murid. 4.5 Respon guru-guru yang mengajar bahasa tamil 49 4.6 Penutup BAB 5 5.1 Rumusan Perbincangan dan cadangan 5.2 Cadangan-cadangan 5.3 Cadangan terhadap penyelidikan selanjutnya. Senarai singkatan kata Rujukan Lampiran Soal-selidik Lampiran Temu bual 65 ii 66

40 40

52 54 57

68 72

SENARAI SINGKATAN KATA

KN KK KS PIBG UPSR N BBM PPK

- kata nama - kata kerja - kata sifat - persatuan ibu bapa dan guru - ujian penilaian sekolah rendah - nilai - bahan bantu mengajar - pusat perkembangan kurikulum

ii

No.jadual

Senarai Jadual dan Rajah

Halaman

Jadual 1 :

Penguasaan perbendaharaan kata murid-murid sekolah rendah tahun 4

22 25 28 30 32 33 34 35

Jadual 2 : Penguasaan perbendaharaan kata murid-murid di sekolah rendah tahun4 mengikut lokasi penempatan murid. Jadual 3 : Penguasaan perbendaharaan kata mengikut jantina Jadual 4 : Bilangan adik beradik Jadual 5 : Sikap ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak Jadual 6 : Pengunaan multimedia terhadap pembelajaran. Jadual 7 : Mata pelajaran yang diminati Jadual 8 : Bilangan karangan yang telah ditulis.

iii

SENARAI RAJAH

Rajah 1 : Penguasaan perbendaharaan kata murid murid sekolah rendah tahun 4. Rajah 2 : Penguasaan perbendaharaan kata murid-murid di sekolah rendah tahun4 mengikut lokasi penempatan murid.

23 26

iv

BAB 1 1.0 PENGENALAN Henry Guntur Tarigan(1982), bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam kehidupan setiap insan. Kualiti kebolehan berbahasa seseorang jelas bergantung kepada

kuantiti perbendaharaan kata. Semakin kaya perbendaharaan kata yang kita miliki semakin besar kemungkinan kita fasih berbahasa

Pendapat di atas jelas menonjolkan kepentingan perbendaharaan kata yang mesti dimiliki oleh murid demi kelancaran berbahasa mereka. Memandangkan perkara ini, semestinya pengajaran bahasa Tamil dapat mengembangkan perbendaharaan kata murid dari segi kemahiran mendengar, berinteraksi, membaca dan menulis. Seseorang itu akan lebih menghayati, memahami dan menambahkan pengetahuannya jika ia berjaya

mengembangkan dan memantapkan lagi keupayaan perbendaharaan kata. Maka secara tidak langsung, murid akan lebih senang menulis karangan Bahasa Tamil. Maka aspek perbendaharaan kata memberi manfaat yang tinggi nilainya kepada setiap murid untuk memantapkan bahasa.

Kemahiran berbahasa menonjolkan pengetahuan seseorang itu sangat dalam. Maka kebolehan berbahasa akan meningkat bila kuantiti dan kualiti perbendaharaan kata semakin meningkat. Di sini guru merupakan model utama dalam memperkayakan perbendaharaan kata murid dari aspek pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan perbendaharaan kata dianggap sebagai inti kehidupan murid. Dengan penguasaan 1 perbendaharaan kata yang banyak murid dapat mengorak langkah dan mencetuskan idea yang bernas semasa berkomunikasi atau dalam penulisan. Sekiranya, guru memberi bimbingan yang baik dan jelas ke atas perbendaharaan kata di atas, maka murid juga tidak akan menghadapi sebarang kesukaran semasa mengaplikasikanya dengan makna yang

tepat dalam penulisan karangan. Sehubungan dengan itu, para guru haruslah menjadi role model kepada murid dalam memantapkan perbendaharaan kata dalam penulisan karangan bahasa Tamil.

1.1 PENYATAAN MASALAH PENYELIDIKAN Masalah penguasaan perbendaharaan kata dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil merupakan penghalang terbesar bagi murid-murid untuk menghasilkan sebuah dan pembelajaran penulisan karangan,

karangan yang baik. Dalam aspek pengajaran

perbendaharaan kata hanya merupakan satu sesi pengenalan bagi tajuk karangan. Semasa penulisan karangan murid akan menyelitkan perbendaharaan kata yang mereka faham atau sebaliknya. Jika ditinjau secara keseluruhan, bentuk perbendaharaan kata diajar dalam penulisan bahasa Tamil oleh guru hanya memberi penerangan secara langsung kepada murid makna perkataan sama ada ia baru atau sukar. Guru banyak memberi perhatian kepada isi untuk mengolah karangan berbanding perbendaharaan kata. Selain itu, masalah penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid di peringkat sekolah rendah sekaligus memberi kesan keatas penguasaan kemahiran asas seperti membaca dan menulis khususnya dalam penulisan karangan bahasa Tamil.

2

Smith (1983 : 4) dalam buku Understanding Reading ,

Once we get a word into common use, we like to give it as many meanings as possible, this is a characteristic of all the worlds languages and seems to reflect the way the human brain works best, using a few elements very productively rather than many elements in a restricted manner .

Kenyataan diatas memberi implikasi bahawa kecerdasan individu boleh diuji melalui cara seseorang menggunakan dan memahami makna perbendaharaan kata itu sendiri. Ini menjelaskan lagi bahawa perbendaharaan kata yang luas amat penting untuk menguasai sesuatu bahasa dari segi pertuturan dan penulisan.

1.2 OBJEKTIF PENYELIDIKAN Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana penguasaan perbendaharaan kata di kalangan murid Tahun 4 dan faktor-faktor menpengaruhinya dalam penulisan karangan bahasa Tamil dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

a. Melihat sejauh mana murid Tahun 4 dapat menguasai penggunaan perbendaharaan kata yang sesuai dalam konteks ayat yang lengkap dalam penulisan karangan bahasa Tamil. 3

b. Melihat penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil dalam penulisan karangan bahasa Tamil dan faktor-faktor mempengaruhinya dalam kalangan murid mengikut

jantina.

c. Menganalisis sejauh mana faktor-faktor sosio ekonomi mempengaruhi dan memberi kesan dalam proses penguasaan perbendaharaan kata dalam Bahasa Tamil dalam kalangan murid Tahun 4.

d) Mengenalpasti implikasi pengajaran dan pembelajaran guru yang megajar Bahasa Tamil yang memberi kesan ke atas perbendaharaan kata Bahasa Tamil dalam penulisan karangan bagi murid Tahun 4.

1.3 SOALAN PENYELIDIKAN Berdasarkan objektif-objektif di atas, kajian ini berikut: akan dapat menjawab soalan-soalan

Soalan Penyelidikan 1: Bagaimana penguasaan dan penggunaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil dalam

kalangan murid Tahun 4 dari aspek kata nama, kata kerja dan kata sifat dalam konteks ayat yang mempengaruhi semasa penulisan karangan Bahasa Tamil? 4

Soalan Penyelidikan 2 :

Adakah perbendaharaan kata yang digunakan oleh guru dalam penulisan karangan Bahasa Tamil disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami makna dan diingati oleh murid mengikut jantina?

Soalan Penyelidikan 3 : Adakah faktor-faktor sosio ekonomi mempengaruhi dan memberi kesan dalam penguasaan perbendaharaan kata dalam Bahasa Tamil dalam kalangan murid Tahun 4 ?

Soalan Penyelidikan 4 :

Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil yang memberi implikasi dalam pengajaran perbendaharaan kata Bahasa Tamil bagi murid Tahun 4 semasa sesi penulisan karangan?

5

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Penyelidikan ilmiah ini diharap akan dapat membantu menyempurnakan dan lebih memurnikan proses pendidikan Bahasa Tamil seperti berikut:

1. Hasil dari kajian ini akan dapat diketahui tahap penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil dalam kalangan murid Tahun 4 di SJK(T) Ladang Diamond Jubilee, SJKT Asahan dan SJKT Jasin. Disamping itu, penyelidikan ini juga akan dapat memberikan maklumat tentang pencapaian murid lelaki dan perempuan dalam penguasaan perbendaharaan kata. Dengan ini, faktor- faktor yang dikenalpasti akan membantu dalam proses pengusaan perbendaharaan kata semasa penulisan karangan Bahasa Tamil.

2. Penyelidikan ini juga, akan dapat mencerminkan kelemahan murid khususnya penguasaan perbendaharan kata dalam konteks ayat yang lengkap di mana

menyempurnakan sesuatu karangan. Dengan ini guru yang bertanggungjawab mengajar kelas berkenaan akan lebih mudah merancang strategi dan pembelajaran bagi mengatasi kelemahan tersebut. Manakala pihak Panitia Bahasa Tamil dan pentadbir sekolah akan dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan penguasaan bahasa murid. Maka guru dapat mencari teknik yang sesuai untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

3. Penyelidikan ini juga boleh dijadikan sebagai

panduan dalam menyusun dan

menyediakan bahan bacaan dengan memilih perbendaharaan kata yang sesuai dengan 6 peringkat umur murid. Kepentingan ini boleh dimanfaatkan pihak Pusat Perkembangan Kurikulum dalam merangka dan memperkemaskan kurikulum mata pelajaran Bahasa

Tamil di peringkat sekolah rendah mengikut tahap kecerdasan murid pada masa akan datang.

4. Penyelidikan

ini juga akan memberi manfaat kepada pihak penerbit buku dalam

mempertimbangkan pemeringkatan kesukaran perbendaharaan kata atau ayat yang hendak didedahkan dalam penulisan karangan kepada murid-murid yang berada dalam pelbagai peringkat kemahiran dan penguasaan bahasa.

5. Dengan pendedahan ini, ibubapa yang menjadi guru pertama akan menyedari tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam membantu meningkatkan penguasaan

perbendaharaan kata Bahasa Tamil kepada anak-anak mereka semasa berinteraksi secara langsung dalam kehidupan harian mereka.

6. Selari dengan penyelidikan ini, pihak Bahagian Pendidikan Guru ( BPG) juga boleh mengambil perhatian dalam menyediakan program yang sesuai kepada bakal guru. Segala teknik, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, penguasaan sistem tatabahasa yang sempurna dan penguasaan perbendaharaan kata yang lengkap perlu dijadikan titik tolak dalam menyediakan seorang guru Bahasa Tamil yang berjaya dan sempurna.

7

7. Dalam pada itu, penyelidikan ini diharap akan dapat memberikan panduan kepada murid-murid sekolah, tentang kepentingan mereka menguasai perbendaharan kata Bahasa Tamil yang luas untuk diaplikasikan dalam lisan, bacaan dan penulisan. Dengan ini, murid akan menggunakan perkataan yang sesuai dan tepat bagi mengolah isi dan gugusan idea yang jitu semasa penulisan karangan Bahasa Tamil.

1.5 BATASAN KAJIAN Di dalam penyelidikan ini, pengkaji akan memilih faktor sosioekonomi keluarga yang merupakan salah satu faktor yang dianggap memberi kesan dalam proses penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil pada peringkat awal. Ini adalah kerana ia merupakan penyumbang terbesar dalam menentukan pencapaian penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil dalam kalangan murid di sekolah rendah. Dalam kajian ini, pemboleubahpembolehubah adalah dibataskan kepada perkara-perkara seperti berikut:

1 .Latar belakang pendidikan keluarga 2. Pendapatan keluarga 3. Jumlah ahli keluarga yang besar atau kecil 4. Aspek kemudahan yang disediakan di rumah. 5. Bahasa interaksi ibu bapa.

8

Penyelidikan ini juga akan meninjau secara ringkas, faktor peribadi murid, disiplin, akademik dan persekitaran pembelajaran murid dalam menyumbang kepada pencapaian penguasaan perbendaharaan kata dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Maka pengkaji berhati-hati semasa menyediakan soalan soal selidik semasa penyelidikan ini. Ini adalah kerana setiap soalan yang dituju kepada murid kemungkinan menjadi sensitif kepada ibu bapa .

1.6 DEFINASI ISTILAH Terdapat istilah Perbendaharaan kata yang digunakan dalam penyelidikan ini. Istilah tersebut dijelaskan maksudnya sepertimana yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini.

1.6.1 PENGUASAAN PERBENDAHARAAN KATA Penguasaan Perbendaharaan kata merujuk kepada aspek atau bidang perkataan yang

dikuasai oleh para murid berdasarkan setiap perkataan yang disediakan. Ini merangkumi istilah-istilah dalam pelbagai bidang, bentuk kata dan rangkaian kata yang sesuai dengan keupayaan murid tersebut. Perkataan serta makna yang diketahui dan dikuasai boleh menggambarkan kepekaan bahasa setiap murid.

9 Perbendaharaan kata adalah satu istilah kelompok atau saiz perkataan yang dikuasai oleh murid dengan menguasai maksud yang tersurat dan tersirat. Makna pula merangkumi

makna menurut konsep, fungsi, jenis, penggunaan perkataan dalam pelbagai konteks bahasa seperti laras serta ragam bahasa.

1.7 RUMUSAN Bab ini telah menjelaskan tentang penyataan masalah penguasaan perbendaharaan kata dalam penulisan karangan Bahasa Tamil dalam kalangan murid Tahun 4. Objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian serta definasi istilah berkenaan dengan tajuk ini telah dibincangkan dalam bab ini.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.0 PENGENALAN Cadangan penyelidikan ini dibuat dengan melakukan tinjauan ke atas penyelidikan yang berkaitannya. Pengkaji akan memfokuskan kepada teori-teori dan konsep-konsep

berhubung dengan permasalahan penyelidikan dan dijadikan sebagai kerangka konsepsi atau conceptual framework. Perkara-perkara yang dibincangkan dalam bahagian ini adalah tujuan penguasaan perbendaharaan kata dalam penulisan karangan serta beberapa tinjauan literature berkaitan dengan masalah akademik, masalah disiplin, masalah

peribadi (sosioekonomi) serta persekitaran pembelajaran yang merupakan faktor-faktor mempengaruhi dalam penulisan karangan Bahasa Tamil dalam kalangan murid Tahun 4.

10

2.1 TUJUAN PENGUASAAN PERBENDAHARAAN KATA DALAM

PENULISAN KARANGAN BAHASA TAMIL Murid harus memperkayakan lagi penguasaan perbendaharaan kata dari masa ke semasa. Ini tergambar dengan jelas betapa perlunya faktorfaktor yang mempengaruhi dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Antara faktor-faktor yang boleh menjejaskan prestasi karangan Bahasa Tamil ialah faktor akademik, faktor disiplin murid, faktor peribadi dan persekitaran pembelajaran. Secara umumnya, penguasaan perbendaharaan kata penulisan karangan Bahasa Tamil akan dapat; a) memantapkan lagi bahasa dalam penulisan karangan. b) dapat mengolah isi dengan lebih baik . c) mempertingkatkan lagi laras bahasa dalam sesuatu tajuk. d) menguji minda murid dan keupayaan murid mencetus idea yang bernas. e) elakkan murid menamatkan karangan secara tergantung. dalam

Murid belajar perbendaharaan kata dengan penuh minat sekiranya guru dapat : a) menarik minat murid. b) menggalakkan murid memberi perhatian kepada perkataan atau penggunaan perkataan. c) memberi peluang kepada murid membuahkan karangan yang baik.

11 2.2 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGUASAAN PERBENDAHARAAN KATA DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA TAMIL.

2.2.1 FAKTOR AKADEMIK Menurut Professor Koddumudi Shanmugam 2001, Tamilnadu, murid menghadapi masalah perbendaharaan kata adalah kerana huruf-huruf Bahasa Tamil itu sendiri. Huruf bahasa Inggeris adalah hanya 26 huruf sahaja. Tetapi dalam Bahasa Tamil murid terpaksa menguasai 247 huruf secara terperinci. Kadang-kadang guru yang tidak arif dalam Bahasa Tamil memberi kesan kepada murid dari segi perbendaharaan kata. Maka Perbendaharaan kata yang dibina tidak sesuai mengikut kategori umur murid serta aras pamahaman yang tinggi. Murid yang tidak mengeja huruf menghadapi kesukaran dalam menguasai

perbendaharaan kata. Secara tidak langsung, murid tidak dapat mengaplikasikannya dalam pembinaan ayat serta dalam penulisan karangan.

Beliau juga melafazkan secara terperinci mengenai faktor akademik. Di mana pada mulanya guru harus mengetahui perkataan yang murid kenali semasa berinteraksi dengan murid. Dengan cara ini guru menuliskan perbendaharaan kata yang murid tahu dan hubung kaitkan perbendaharaan kata yang tidak ketahui di dalam pembinaan ayat. Pembelajaran ini nampaknya mudah iaitu hanya dengan menghubungkan perbendaharaan kata yang telah diketahui oleh murid melalui sesi perbincangan. Lebih-lebih lagi teknik ini memberi faedah besar kepada murid yang belum lagi mengetahui perbendaharaan kata. Pendek kata, faktor akademik dari segi penguasaan perbendaharaan kata ini dapat diatasi dengan cara mudah kepada abstrak. Maka sudah tentu lama kelamaan murid dapat lebih memantapkan lagi penulisan karangannya secara 12 tidak langsung. Ini menunjukkan kecemerlangan perbendaharaan kata adalah sangat

penting kepada murid untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam penulisan karangan

Bahasa Tamil. Penguasaan perbendaharaan kata memberi implikasi kepada murid dari segi pemahaman tajuk dalam penulisan karangan. Kemahiran perbendaharaan kata murid dapat menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang dalam penulisan karangan. Oleh itu, para guru perlu menjadi fasilitator kepada murid supaya mengelakkan mereka gagal mencapai kecemerlangan dalam penulisan karangan Bahasa Tamil.

2.2.2 FAKTOR DISIPLIN Penguasaan Perbendaharaan kata yang banyak diperolehi oleh setiap murid ialah harta penting bagi mereka untuk menguasai kemahiran berbahasa, menambahkan pengetahuan, meluaskan pandangan dan mengembangan daya berfikir dalam penulisan karangan. Penguasaan perbendaharaan kata adalah perlu untuk semua murid, khususnya bagi murid yang lemah dari segi membaca dan menulis. Masalah tidak membuat kerja rumah iaitu tidak menulis karangan dengan sempurna , menulis karangan tergantung, ponteng sekolah mengakibatkan murid tidak bergiat dalam penguasaan perbendaharaan kata. Ini adalah kerana murid tidak faham maksud sesuatu perbendaharaan kata dalam sesuatu karangan. Walaupun ia dianggap tidak serius pada jangka masa pendek, tetapi pada jangka masa panjang masalah ini menjadi virus yang tidak dapat mencari vaksinnya.

Menurut Broom M.E ( 1951) Perkembangan dan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid adalah satu proses berterusan iaitu proses seumur hidup mengikut peringkat umur mereka. 13

Dalam pada itu, guru harus mencari alternatif lain untuk mengurangkan murid murid yang menghadapi masalah disiplin. Antara teknik yang guru boleh aplikasikan untuk masalah ini ialah toeri kecerdasan pelbagai(TKP) yang dipelapori oleh Howard Gardner. Dalam konteks TKP, Gardner (1983) mendefinisikan kecerdasan seperti berikut: An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural settings TKP bukan sahaja memperluas keluarga kecerdasan, malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Linda Campbell dan Dee Dickinson (1958) merumuskan definisi Howard Gardner seperti berikut : a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan. c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Di sini, pengkaji telah mengaitkan masalah disiplin dengan teori ini adalah kerana guru dapat menanggani murid yang bermasalah disiplin dengan mengaplikasikan teori ini. Di

mana, guru akan dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara berlainan. Misalnya, sekiranya guru telah mengenalpasti murid yang sering malas menulis karangan, guru dengan menggunakan kecerdasan verbal linguistic, boleh menyediakan permainan bahasa, teka silang kata dan perkataan. Dengan cara ini, secara tidak langsung guru boleh meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata yang menjurus kepada penulisan 14

karangan. Teknik ini akan dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid bermasalah. Maka murid seronok ke sekolah. Kadar ponteng kelas akan menurun. Pembelajaran di kalangan murid dari segi perbendaharaan kata akan berlaku secara langsung. Masa mengajar bagi penulisan karangan Bahasa Tamil tidak terganggu dan prestasi meningkat dalam mata pelajaran ini. 2.2.3 FAKTOR PERIBADI Dari segi perspektif rumah, murid menggunakan perbendaharaan kata Bahasa Tamil berunsur bahasa dialek atau bahasa pasar. Murid membawa bahasa pertuturan ini ke dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Murid menganggap bahawa Bahasa Tamil merupakan bahasa ibunda mereka. Maka tanpa disedari murid menggunakan perbendaharaan kata yang salah serta tidak sesuai dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Selain daripada faktor bahasa ibunda murid, terdapat beberapa faktor lain juga turut mendorong situasi kesalahan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Antara faktor tersebut ialah dari segi sikap dan budaya membaca. Dari segi sikap, jelas memperlihatkan murid mengambil mudah kerana pada asasnya Bahasa Tamil adalah bahasa ibunda dan bahasa pertuturan murid. Mereka menjangkakan bahawa sebagai penutur asli Bahasa Tamil, mereka menguasai sepenuhnya sistem dan bentuk Bahasa Tamil. Para murid seharusnya bijak menyesuaikan penggunaan perbendaharaan kata dalam bentuk penulisan karangan berbanding pertuturan. Komunikasi dalam domain yang tidak rasmi lazimnya berlaku pengguguran

perbendaharaan kata yang dibenarkan atas faktor penjimatan masa dan sebagainya. Meskipun begitu, perbendaharaan kata 15

atau unggapan tersebut dapat difahami oleh pendengar. Namun dalam konteks penulisan karangan, sistem dan rumus perbendaharaan kata itu harus tepat. Jika tidak, berlakulah kesalahan bahasa dari segi makna, kasalahan ayat yang tidak gramatis. Kesalahan perbendaharaan kata akan menyebabkan makna sesuatu ayat menjadi lain terutamanya dalam penulisan karangan.

Bagi mereka yang tidak mengetahui bahasa dan budaya sesuatu komuniti, informasi yang diterima akan dianggap betul tanpa mengetahui informasi tersebut sebenarnya mengandungi kesalahan perbendaharaan kata. Masalah lain yang membelenggu murid ialah masalah memiliki perbendaharaan kata yang terhad. Perkara ini bertitik tolak daripada kurangnya amalan budaya membaca karya-karya kreatif yang setentunya memiliki perbendaharaan kata yang luas. Seperti kata Munsyi Abdullah lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya belantara. Kekurangan budaya membaca bahan bacaan

bermutu akan menyebabkan kurangnya kematangan dalam penguasaan perbendaharaan kata dalam menjana idea semasa penulisan karangan Bahasa Tamil. Maka yang demikian, berlakunya pengulangan isi yang sama beberapa kali di dalam karangan. Ini menunjukkan murid kurang menitikberatkan bahan bacaan bermutu sehingga melemahkan penguasaan perbendaharaan kata dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Adalah baiknya murid membiasakan diri mereka membaca surat khabar, jurnal-jurnal serta mengikuti isu dalam dan luar negeri bagi memperkayakan lagi penguasaan perbendaharaan kata mereka. Melalui sumber-sumber bacaan yang berwibawa ini, para murid bukan sahaja memperolehi maklumat terkini malah juga berupaya menjana idea-idea yang membina dan kretif dalam penulisan karangan Bahasa 16

Tamil. Proses pembelajaran holistik menuntut murid khususnya menerokai dan mencari ilmu demi meningkat ilmu pengetahuan serta meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata serta kemahiran penulisan karangan mereka.

2.2.4 FAKTOR TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERBENDAHARAAN KATA Menurut Dr.Rasaram,UM (1987:169), Memperkayakan perbendaharaan kata akan

menjuruskan sesuatu bahasa itu menjadi bahasa Communicability kepada masyarakat. Selain itu, Khadijah Rohani(1982), dalam kajiannya menyatakan kesukaran

perbendaharaan kata

terletak pada jumlah suku kata yang terdapat dalam sesuatu

perkataan. Seandainya, perkataan tersebut panjang dan banyak suku kata, sudah pasti perkataan itu sukar bagi murid. Dengan ini, hanya murid yang cerdas sahaja dapat menggunakan perbendaharaan kata sedemikian. Maka hanya murid cerdas sahaja

menggunakan perbendaharaan kata yang susah serta kompleks dalam penulisan karangan.

Teknik pengajaran perbendaharaan kata yang lemah memyebabkan murid mundur dalam sesuatu bahasa. Lebih-lebih lagi, ada segelintir murid fasih dalam bahasa lain berbanding bahasa ibunda. Ibu bapa yang berpendidikan beranggapan anaknya perlu lebih arif dalam bahasa Inggeris. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris juga menjadi satu tanggapan kepada ibubapa supaya anak mereka berinteraksi dalam bahasa Inggeris sama ada di rumah ataupun di luar. Walaupun, satu idea yang baik tetapi bahasa ibunda mereka kian merosot. Sekiranya guru tidak 17

menggunakan teknik yang menarik semasa pengajaran perbendaharaan kata, sudah pasti pengetahuan perbendaharaan kata anak murid cetek seperti katak dibawah tempurung. Maka ia membawa implikasi terhadap penulisan karangan Bahasa Tamil.

Teknik pengulangan perbendaharaan kata merupakan teknik yang baik semasa penulisan karangan Bahasa Tamil. Guru harus memastikan setiap perbendaharaan kata perlu diingat oleh murid mesti diulang beberapa kali dalam jangka waktu berpatutan. Guru boleh mengaplikasikan kepelbagaian teknik dalam pengajaran perbendaharaan kata mengulang dengan cara berikut: untuk

a) latihan menyebut perbendaharaan kata berulang-ulang semasa menulis karangan. b) menjalankan latihan ejaan dengan teknik pengulangan perbendaharaan kata. c) memperkenalkan makna perbendaharaan kata semasa penulisan karangan. d) kerap menggunakan kamus untuk mencari sama makna bagi perbendaharaan kata . Dengan teknik begini, murid dapat memperkayakan lagi khazanah perbendaharaan kata serta mengaplikasikannya dalam penulisan karangan Bahasa Tamil tanpa diragui. Teknikteknik pengajaran yang pelbagai akan membantu murid mengenalpasti banyak perbendaharaan kata dan frasa. Murid mampu dan mahir menggunakannya dalam apa jua jenis penulisan karangan Bahasa Tamil. Murid tidak menghadapi masalah semasa menyusun isi dan menyampaikan hujah dalam penulisan karangan. Selain itu, murid juga akan lebih mahir mengubahsuai penggunaan perbendaharaan kata mengikut tajuk penulisan karangan.

18

2.3 KAJIAN BARAT TENTANG PENGUASAAN PERBENDAHARAAN KATA DAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHINYA DALAM PENULISAN KARANGAN .. Beberapa kajian yang telah dibuat di luar negara menunjukkan bahawa penguasaan perbendaharaan kata dapat memperkayakan teks karangan murid. Menurut Tarigan (1987) terdapat beberapa keuntungan jika guru menggunakan pelbagai teknik pengajaran perbendaharaan kata. Antaranya, guru dapat menjadikan pengajarannya lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Ini akan dapat mengorah langkah murid untuk mahir dalam bidang penulisan karangan Bahasa Tamil.

Antara beberapa kajian terhadap teknik pengajaran perbendaharaan kata dalam kemahiran menulis karangan ialah kajian Rinvolucri (1983) yang telah menggunakan surat kiriman sebagai satu teknik pengajaran. Hasil kajiannya, beliau mendapati bahawa murid menggunakan surat kiriman beliau sebagai model, meminjam perbendaharaan kata, frasa dan struktur ayat dan dapat memperkayakan teks karangan murid sendiri.

Dapatan kaedah kajian ini membuktikan murid memperolehi kemahiran menulis karangan melalui teknik ini. Berhubung dengan pautan ini, McCarthy (1954) telah melaporkan bahawa terdapat juga pertalian yang positif dan signifikan di antara kualiti karangan murid dengan status sosioekonomi keluarga mereka. Beliau mendapati, murid-murid yang datang dari status sosioekonomi yang tinggi telah menghasilkan penulisan 19

karangan yang lebih baik khususnya dalam aspek struktur ayat dan perbendaharaan kata. Ini menunjukkan bahawa faktor sosial mempengaruhi kualiti karangan.

Manakala menurut kajian Clark dan Shields (1997) dalam kajiannya mengenai masalah disiplin murid mendapati salah laku murid seperti ponteng sekolah dan malas membuat kerja rumah mempunyai perkaitan dengan masalah hubungan dan interaksi di antara ibu bapa dan murid tersebut. Ibu bapa yang sering meluangkan masa bersama anak-anak akan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid. Kajian oleh Clark dan Shields ini menunjukkan bahawa para murid yang menghadapi masalah disiplin adalah murid yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

2.4 RUMUSAN Berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dikemukakan, terdapat perkaitan di antara penguasaan perbendaharaan kata dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Tamil iaitu faktor akademik, faktor disiplin, faktor peribadi dan faktor teknik pengajaran dan pembelajaran perbendaharaan kata.Oleh itu, penyelidikan ini akan memfokuskan faktor-faktor tersebut dan akan cuba melihat perkaitannya dengan penulisan karangan Bahasa Tamil.

20

BAB 3 3.0 PENGENALAN Bahagian ini akan menghuraikan beberapa perkara penting tentang reka bentuk kajian, sampel kajian dan alat kajian. Metodologi yang disarankan ini adalah untuk menjawab persoalan kajian dan melihat faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan

perbendaharaan kata dalam penulisan karangan Bahasa Tamil.

Menurut Mohd. Majid Konting (1990), penyelidikan perlu dilakukan secara sistematik dan saintifik. Kaedah yang sistematik memastikan fakta-fakta yang diperolehi untuk membuat keputusan yang jitu serta boleh dipercayai.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN Sebelum memulakan kajian ini, pengkaji akan mendapatkan kelulusan untuk bidang dan tajuk kajian yang Perancangan dipilih, daripada Kementerian Pelejaran Malaysia, Bahagian

Dan Penyelidikan Pendidikan. Penyelidikan ini merupakan satu kajian

bertujuan untuk mengkaji penguasaan perbendaharaan kata di dalam Bahasa Tamil yang menjadi faktor penghalang kepada murid tahun 4 dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif digunakan bagi mendapatkan data tentang kesediaan murid dari segi penguasaan

perbendaharaan kata mengikut kategori kata nama, kata sifat dan kata kerja, kesediaan guru dalam memperkayakan perbendaharaan kata murid Tahun 4 serta faktor-faktor

mempengaruhi dalam pelaksanaan penulisan karangan Bahasa Tamil. Data tersebut akan diperolehi secara triangulasi iaitu dengan menggunakan soal-selidik bagi 21

murid, temu bual dengan guru serta melalui pemerhatian di kelas. Temu bual pula akan digunakan oleh pengkaji bagi mengetahui keadaan sebenar sampel-sampel yang dipilih dan ini akan melengkapkan penyelidikan yang dibuat. Pengkaji juga akan menemubual beberapa orang sampel guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil untuk mendapatkan maklumat lanjut yang tidak diselidik melalui borang soal-selidik.

3.2 SAMPEL KAJIAN Sampel penyelidikan yang dikaji adalah melalui persampelan rawak mudah (PRM) atau simple random sampling. Kaedah secara rawak ini merupakan kaedah terbaik untuk memilih individu dalam sesuatu sampel. Dalam persampelan secara rawak, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dan setiap pilihan yang dibuat adalah bebas di antara satu sama lain.

Dalam penyelidikan ini responden adalah terdiri daripada 30 orang murid Tahun 4 dari tiga buah sekolah tersebut dan 5 orang guru di SJK(T) Ladang Diamond Jubilee. Sampel ini akan dipilih oleh pengkaji kerana murid-murid Tahun 4 yang merupakan sampel kajian mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih bagi menjalankan kajian rintis.

Seramai 30 sampel murid akan dipilh dalam pencapaian penguasaan penbendaraan kata murid dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Sepuluh sampel yang akan dipilih adalah daripada kelas pencapaian baik, sepuluh sampel lagi akan dipilih daripada murid kelas sederhana. Manakala, sepuluh lagi akan dipilih daripada murid yang berpencapaian lemah. Di sekolah ini, murid-murid dalam tahap 2, akan dikategorikan 22

secara pengkhususan ( streming). Maka pengkaji dengan mudah akan memilih secara rawak murid-murid mengikut tahap iaitu kumpulan murid pencapaian baik, sederhana dan lemah dalam penguasaan perbendaharaan kata dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. 3.3 INSTRUMEN KAJIAN Pengkaji akan membina sendiri instrumen penyelidikan berdasarkan kepada soalan-soalan penyelidikan. Satu set soal-selidik akan disediakan dan soal-selidik ini akan dijawab oleh responden yang dipilih secara PRM. Pengkaji akan menggunakan satu set soal-selidik yang mengandungi 20 item. Soal-selidik dibahagikan kepada tiga bahagian,iaitu bahagian A, B dan C. Penjelasan profile soal-selidik adalah bertujuan untuk mengetahui daripada siapa data penyelidikan akan diperolehi dan kepada siapa dapatan penyelidikan ini akan digeneralisasikan. Selain itu, pengkaji juga akan menjalankan sesi temubual secara formal dengan responden dan pentadbir sekolah. Data yang diperolehi melalui temubual ini akan dikumpul dan dianalisis selaras dengan soalan-soalan yang dikemukan dalam soal-selidik. ini

23

3.3.1 SOAL-SELIDIK

Borang soal-selidik akan diedarkan pada para murid untuk mendapatkan maklumat dari murid. Sebelum mengedarkan borang soal-selidik kepada murid, guru akan menjelaskan cara menjawab soalan soal-selidik. Borang soal-selidik ini terdiri dari tiga bahagian. Dalam bahagian A terdapat biodata responden. Bahagian ini terdiri daripada latar belakang responden seperti jantina responden dan latar belakang keluarga mereka. bahagian B pula, faktorfaktor mempengaruhi untuk menguasai perbendaharaan kata dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Bahagian ini akan terdiri daripada 4 konstruk faktor yang

mempengaruhi pembelajaran yang telah dipilih iaitu faktor peribadi, akademik, disiplin dan persekitaran pembelajaran.Setiap satu konstruk itu terdiri daripada 4 item berkaitan. Manakala bahagian C pula, mengenai prestasi keputusan PKSR 1, kertas penulisan

karangan Bahasa Tamil.Bahagian ini mengandungi 4 item berkaitan prestasi penulisan karangan Bahasa Tamil. Pengkaji akan memfokuskan juga keputusan PKSR, kertas Penulisan karangan Bahasa Tamil. Jenis soalan di dalam soal-selidik penyelidikan ini akan menggunakan Skala Likert yang memerlukan jawapan mengikut skala yang ditentukan iaitu :

1 2 3 4 5 3.3.2 TEMUBUAL

Sangat Tidak Setuju(STS) Tidak Bersetuju(TS) Kurang Bersetuju(KS) Bersetuju(B) Sangat Bersetuju(SB) 24

Setelah membuat soal-selidik, pengkaji juga akan menemubual 5 sampel guru. Tujuan temubual dijalankan adalah mengetahui beberapa maklumat yang gagal dikesan melalui borang soal-selidik. Temubual ini akan membantu pengkaji untuk mengetahui lebih

terperinci

faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan perbendaharaan kata dalam

penulisan karangan Bahasa Tamil. Pengkaji akan menyediakan 10 soalan sebelum menemubual guru-guru pakar Bahasa Tamil.

3.4 PENGUMPULAN DATA KAJIAN Pengumpulan data akan dilakukan dengan menggunakan soal-selidik dan temubual.

Sebelum soal-selidik diedarkan kepada responden, pengkaji terlebih dahulu mengenalpasti 10 murid cemerlang, 10 murid sederhana dan 10 murid lemah. Setelah itu,pengkaji akan mengedarkan soal-selidik kepada responden. Selain itu, pengkaji juga akan menjalankan temubual secara formal dengan responden. Data yang diperolehi melalui temubual ini akan dikumpul dan dianalisis selaras dengan soalan-soalan yang dikemukakan dalam soalselidik.

3.5 PENGANALISISAN DATA KAJIAN Data kuantitatif dianalisis dan diproses secara manual kerana jumlah item yang dikemukakan dalam soal-selidik tidak banyak. Sementara itu, data kualitatif akan dianalisis dan diselaraskan dengan soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal- selidik.

Penyelarasan ini akan dilakukan bagi memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat 25 analisis dengan tepat. Data kuantitatif diproses untuk mendapatkan peratusan sementara data kualitatif diproses untuk menyokong data kuantitatif. Data kualitatif diperoleh melalui temu bual dan pemerhatian. Data daripada temu bual dan pemerhatian ini akan digunakan sebagai data sokongan kepada data kuantitatif. Secara ringkas penyelidikan ini merupakan

satu penyelidikan deskriptif yang akan menggunakan satu set soal-selidik dan temu bual. Bentuk penyelidikan ini dipilih supaya pengkaji akan dapat memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta-fakta yang diperolehi dan menerangkan tentang sampel dengan tepat. 3.6 RUMUSAN Penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji merupakan satu kajian yang bertujuan mengkaji tahap penguasaan perbendaharaan kata dan faktor-faktor mempengaruhi dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Alat penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji adalah satu set soal-selidik yang mengandungi item-item berkaitan faktor-faktor mempengaruhi dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Seramai 30 orang murid dipilih sebagai responden kajian. Responden akan diberikan tempoh masa tertentu untuk melengkapkan borang soal-selidik. Pengkaji juga akan memberi tumpuan ke atas sesi temubual. Akhirnya, pengkaji akan mengumpul data dan menganalisiskan data yang diperolehinya.

26 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 PENGENALAN Secara khususnya bab ini memberikan perhatian pada analisis dan hasil kajian yang diperolehi daripada penyelidikan yang dilakukan . Tumpuan difokuskan dari segi objektif kajian iaitu menganalisis sejauhmana murid-murid Tahun 4, di SJK(T) Ladang Diamond

Jubilee, SJKT Jasin dan SJKT Asahan dapat menguasai penggunaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil dalam konteks ayat yang lengkap di dalam penulisan karangan. Kajian pengguasaan perbendaharaan kata meliputi kata nama, kata kerja, kata sifat yang

diringkaskan dan disebut sebagai KN(kata nama), KK( kata kerja) dan KS(kata sifat).

Di samping itu, kajian ini juga meninjau sejauhmana wujudnya perbezaan penggunaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil dalam penulisan karangan di kalangan murid-murid sekolah rendah khususnya Tahun 4 mengikut jantina. Secara keseluruhannya kajian ini juga meninjau sejauhmana faktor sosio ekonomi mempengaruhi dan memberi implikasi dalam proses pengguasaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil di kalanagan murid ini.

4..2 Keputusan Kajian Data daripada aspek yang dikaji memperlihatkan perbezaan pengguasaan perbendaharaan kata dari segi penggunaan kata nama, kata kerja dan kata sifat bagi murid-murid sekolah rendah khusus murid tahun 4. Keputusan kajian ini diberikan dalam bentuk jumlah dan (%) peratus. 27 4.2.1 Pengguasaan perbendaharaan kata murid-murid sekolah rendah khususnya Tahun 4 dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Pengguasaan perbendaharaan kata murid-murid sekolah rendah dapat diklasifikasikan kepada kata kerja, kata nama dan kata sifat. Dalam penulisan karangan Bahasa Tamil guru telah menyediakan jumlah kata kerja sebanyak 20 patah perkataan, kata nama sebanyak 20 patah perkataan dan kata sifat sebanyak 20 patah perkataan.

Keputusan pencapaian ini dapat dirujuk melalui jadual 1 di bawah.

28 JADUAL 1 PENGUASAAN PERBENDAHARAAN KATA MURID-MURID SEKOLAH RENDAH TAHUN 4

SAMPEL JUMLAH MURID 30 ORANG 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. JUMLAH (%)

KATA KERJA 20 8 6 5 12 3 16 13 6 11 6 9 10 14 4 12 13 6 3 14 7 8 0 2 14 5 6 11 15 9 10 320 (1.6 %)

KATA NAMA 20 6 6 4 15 6 14 12 7 13 7 8 11 17 6 15 14 8 5 15 9 8 3 6 12 6 5 12 11 6 8 275 (1.4 %)

KATA SIFAT 20 4 5 2 7 3 8 7 2 8 4 5 6 14 6 9 12 7 6 14. 6 5 1 1 5 3 2 6 4 3 4 164 (1.2.%)

JUMLAH N=60 18 17 11 34 12 38 32 15 32 17 22 27 45 16 39 39 21 14 43 22 22 4 9 31 14 13 29 30 18 22 759 (1.3 %)

PERATUS

30 % 28 % 18 % 57 % 20 % 63 % 53 % 25% 53 % 28 % 37 % 45 % 75 % 27% 65 % 65 % 35 % 23% 72 % 37 % 37 % 7 % 15 % 52 % 23 % 22 % 48 % 50 % 30 % 37 % 29

RAJAH 1 JUMLAH KESELURUHAN PENGUASAAN PERBENDAHARAAN KATA MURID-MURID SEKOLAH RENDAH TAHUN 4

Jumlah perkataan

400 350 320 300 250 200 164 150 100 50 0 KK KN KS Jenis Kata 275

30 Jadual 1 memperlihatkan penggunaan kata nama,kata kerja dan kata sifat di kalangan murid-murid Tahun 4 di sekolah SJK(T) Ladang Diamond Jubilee, SJKT Jasin dan SJKT Asahan. Daripada 30 sampel sebanyak 320 (1.6%) kata kerja, kata nama 275(1.4%) dan

kata sifat (1.2%) kata sifat dgunakan dalam konteks ayat yang lengkap dalam penulisan karangan Bahasa Tamil.

Secara keseluruhan kata kerja mengatasi jenis kata yang lain. Secara keseluruhannya 759 (1.3%) penguasaan perbendaharaan kata telah digunakan oleh kesemua sample dalam penulisan karangan. Keterangan berhubungan dengan jumlah keseluruhan penguasaan perbendaharaan kata diperjelaskan dalam rajah 1. Jika meneliti lebih dekat lagi kata kerja mengatasi jenis kata yang lain.

Hasil kajian menunjukkan daripada 30 sampel, hanya 9 (30% ) orang sahaja dapat menggunakan 50% lebih daripada perkataan yang telah ditetapkan, manakala hanya 7 (23%) orang pula menggunakan perbendaharaan kata pada paras yang sederhana dan 14 (47%) orang murid hanya menggunakan bilangan perbendaharaan kata yang rendah. Ini menggambarkan sejumlah besar murid iaitu melebihi 50% belum dapat menguasai perbendaharaan kata dengan baik. Penguasaan perbendaharaan kata yang rendah ini

mungkin disebabkan oleh beberapa factor semasa kajian dijalankan seperti persekitaran kelas, motivasi, sikap murid, kekangan masa ketika menulis karangan, tumpuan fikiran dan persediaan murid yang tidak dirancang. Murid-murid sebenarnya kurang bersedia

31 jika dibandingkan dengan waktu peperiksaan yang sememangnya fokus utama mereka adalah untuk berjaya.

Walau bagaimanapun data menunjukkan 2 orang sampel dapat menguasai lebih daripada 40 patah perkataan yang merangkumi kata nama, kata kerja dan kata sifat., iaitu sample ke-13 dan 19. Manakala 2 orang sampel pula menunjukkan penguasaan rendah iaitu di bawah 10patah perkataan sahaja merangkumi kata nama, kata kerja dan kata sifat. Sampel tersebut ialah sampel ke 22 dan 23. Sebagai kesimpulannya hasil kajian menunujukkan daripada 30 sampel murid-murid Tahun 4, mereka lebih menguasai kata kerja berbanding dengan kata nama dan kata sifat.

Kelemahann murid murid dalam penguasaan perbendaharaan kata mungkin berpunca dari pelbagai faktor seperti pengaruh bahasa lisan, dialek daerah (telungu, Malayalam) serta kurang memahami makna perkataan. Kesimpulan ini jelas diperhatikan kerana dari 30 sampel, mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga, kaedah pengajaran yang berbeza serta motivasi terhadap pelajaran yang berlainan. Namun penguasaan perbendaharaan kata yang rendah ini boleh dipertingkatkan menerusi beberapa aktiviti pengayaan penguasaan perbendaharaan kata sama ada di sekolah mahupun di rumah.

32

4.2.2

Penguasaan perbendaharaan kata murid-murid Tahun 4 mengikut lokasi tempat tinggal murid-murid.

Penguasaan perbendaharaan kata murid-murid Tahun 4 mempunyai perbezaan yang ketara jika meninjau mengikut lokasi tempat tinggal murid-murid ini. Lokasi yang berbeza ini turut membantu perbezaan Penguasaan perbendaharaan kata murid-murid Tahun 4. Perbezaan ini dapat dilihat melalui data yang dipaparkan dalam jadual 2.

33

JADUAL 2 PENGUASAAN PERBENDAHARAAN KATA MURID-MURID MENGIKUT LOKASI PENEMPATAN MURID.

Sampel 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Lokasi tempat tinggal Kg Bukit Asahan Taman Mesra Rim Taman Mesra Rim Taman Maju Taman Mesra Rim Taman Maju Taman Maju Taman Mesra Rim Taman Maju Taman Mesra Rim Kg Bukit Asahan Kg Bukit Asahan Taman Maju Taman Mesra Rim Taman Maju Taman Maju Kg Bukit Asahan Taman Mesra Rim Taman Maju Kg Bukit Asahan Taman Maju Taman Mesra Rim Taman Mesra Rim Taman Maju Taman Mesra Rim Taman Mesra Rim Taman Maju Taman Maju Taman Mesra Rim Kg Bukit Asahan

Kata Kerja 8 6 5 12 3 16 13 6 11 6 9 10 14 4 12 13 6 3 14 7 8 0 2 14 5 6 11 15 9 10

Kata Nama 6 6 4 15 6 14 12 7 13 7 8 11 17 6 15 14 8 5 15 9 8 3 6 12 6 5 12 11 6 8

Kata Sifat 4 5 2 7 3 8 7 2 8 4 5 6 14 6 9 12 7 6 14. 6 5 1 1 5 3 2 6 4 3 4

Jumlah 18 17 11 34 12 38 32 15 32 17 22 27 45 16 39 39 21 14 43 22 22 4 9 31 14 13 29 30 18 22

Peratus (%) 30 % 28 % 18 % 57 % 20 % 63 % 53 % 25% 53 % 28 % 37 % 45 % 75 % 27% 65 % 65 % 35 % 23% 72 % 37 % 37 % 7 % 15 % 52 % 23 % 22 % 48 % 50 % 30 % 37 % 34

RAJAH 2 PENGUASAAN PERBENDAHARAAN KATA MURID-MURID MENGIKUT LOKASI PENEMPATAN MURID

Jumlah perkataan

200

150

100

50 0 KK KN KS Jenis Kata

Kg Bukit Asahan Taman Mesra Rim Taman Maju

35 Daripada jadual 2 dan rajah 2, memperlihatkan perbezaan penguasaan perbendaharaan kata murid-murid mengikut lokasi tertentu yang diwakili oleh SJK(T) Ladang Diamond Jubilee, SJKT Jasin dan SJKT Asahan. Murid-murid yang tinggal di Taman Maju memperlihatkan

penguasaan kata kerja paling tinggi 153 patah perkataan diikuti dengan kata nama 158 patah perkataan dan kata sifat 99 patah perkataan. Secara keseluruhan penguasaan perbendaharaan kata murid-murid yang tinggal di lokasi Taman Maju berjumlah 410 patah perkataan meliputi KK, KN dan KS. Bagi murid-murid yang tinggal di Kg Bukit Asahan pula, penguasaan perbendaharaan kata agak sederhana iaitu patah perkataan, 50 patah perkataan kata nama dan 32 patah perkataan kata kerja 50 kata sifat.

Jumlah keseluruhan penguasaan perbendaharaan kata murid ini adalah sebanyak 132 patah perkataan . Manakala, murid-murid yang tinggal di lokasi Taman Mesra Rim pula,

menguasai 44 patah perkataan kata kerja, 67 patah perkataan kata nama dan 38 patah perkataan kata sifat. Jumlah keseluruhan penguasaan 3 jenis perbendaharaan kata muridmurid ini meliputi 691patah perkataan. Jika dilihat dari data di atas terdapat satu perbezaan yang ketara dalam penguasaan perbendaharaan kata antara murid yang tinggal di lokasi Taman Maju, Kg Bukit Asahan dan Taman Mesra Rim. Secara wajarnya, kajian

membuktikan penguasaan perbendaharaan kata murid-murid yang tinggal di lokasi Taman Maju lebih tinggi daripada murid-murid yang tinggal di lokasi Kg Bukit Asahan dan Taman Mesra Rim.

Perbezaan penguasaan perbendaharaan kata yang agak ketara ini kemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor seperti sikap pelajar, lokasi tempat tinggal seperti 36 kawasan setinggan, motivasi dan dorongan ibu bapa, kemudahan belajar dan beberapa faktor sosio ekonomi yang lain. Murid-murid yang tinggal di Taman Maju yang

sebahagian besarnya terdiri daripada kumpulan keluarga status sosio ekonomi tinggi dan

sederhana. Maka ini menunjukkan penguasaan perbendaharaan kata yang lebih sesuai dengan kajian yang pernah dilakukan oleh Hawkins (1973: 92);

Kanak-kanak kelas menengah menggunakan lebih banyak kata nama..kanakkanak kelas pekerja lebih banyak menggunakan gantinama.

Sebagai kesimpulannya perbezaan penguasaan perbendaharaan kata antara murid-murid mengikut lokasi sememangnya wujud . Penguasaan perbendaharaan kata yang tinggi terhadap satu-satu jenis kata memperlihatkan adanya faktor-faktor tertentu yang boleh diambilkira sebagai membantu proses penguasaan perbendaharaan kata. Oleh yang demikian kajian seterusnya akan dibuat sama ada faktor sosio ekonomi menjadi salah satu faktor yang memberi kesan kepada proses penguasaan perbendaharaan kata. 4.2..3 Penguasaan perbendaharaan kata mengikut jantina Merujuk kepada objektif kajian untuk melihat perbezaan penguasaan perbendaharaan kata murid-murid mengikut jantina. Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauhmana faktor jantina memainkan peranan dalam proses penguasaan perbendaharaan kata. Kajian terdahulu yang dihasilkan oleh Robinson dan Susan (1978 : 265-280) mendapati; Kanakkanak perempuan pada ketika tertentu mempunyai penguasaan perbendaharaan kata yang baik dan ini membolehkan mereka mengemukakan soalan yang bernas. 37 Keadaan ini berlaku pada kanak-kanak nperempuan dari kelas menengah mahupun kelas pekerja Justeru itu, hasil dari kajian yang dijalankan maka dipaparkan data-data yang telah diperolehi dalam jadual 3 di bawah:

JADUAL 3 PENGUASAAN PERBENDAHARAAN KATA MENGIKUT JANTINA Dalam kajian ini sampel yang dipilih adalah secara sama rata mengikut jantina. Di mana sampel dibahagikan 15 lelaki dan 15 perempuan. Maka ini menyenangkan kajiannya

meninjau secara detail mengenai penguasaan perbendaharaan kata di kalangan mereka mengikut jantina. Hasil kajian yang telah dijalankan didapati keputusan menampakkan bahawa penguasaan perbendaharaan kata Jantina Lelaki Perempuan Kata kerja 283 365 murid perempuan lebih tinggi berbanding Kata sifat 109 134 Jumlah 558 733

Kata nama 166 234

dengan murid lelaki. Sampel murid perempuan menguasai 733 patah perkataan berbanding dengan sampel murid lelaki pula menguasai 558 patah perkataan sahaja. Penguasaan ini menunjukkan murid perempuan menguasai lebih 175 patah perkataan. Seterusnya perbezaan penguasaan perbendaharaan kata mengikut jantina juga dipengaruhi oleh

pelbagai keluarga yang mempunyai status ekonomi yang berbeza-beza.

38 Oleh itu, diyakini bahawa penguasaan perbendaharaan kata murid perempuan yang tinggi dapat dikaitkan faktor persekitaran dan pergaulan. Menurut Atan Long (1980:291) :

Selalunya kanak- kanak perempuan akan mempunyai kelebihan dalam tugas yang menekankan penggunaan bahasa.

Menurut Samsu Yaacob dan Marzukhi Nyak Abdullah (1998: 25) pula peranan rakan sebaya dan media massa banyak membantu proses penguasaan perbendaharaan kata. Komunikasi yang berlaku semasa bermain, menyebabkan proses pengambilan perkataan terjadi. Disamping itu, media massa juga banyak mempengaruhi penguasaan perbendaharaan kata, terutamanya televisyen. Bahasanya yang padat, ringkas dan bersesuaian dengan citarasa kanak-kanak dapat membantu kelebihan berbahasa seseorang.

Pada peringkat ini murid-muri berada I tahap operasi konkrit yang mengikut Jean Piaget (1955 : 145-154) mereka tidak lagi berfikir secara egosentrik, tetapi telah memahami seikit unsure-unsur pemikiran logik. Ransangan pemikiran secara logik ini membantu muri-murid kususnya murid perempuan untuk mencuba sesuatu yang baru dan tidak terkecuali penguasaan perbendaharaan kata. Sebagai kesimpulannya, penguasaan murid lelaki perlu mendapat perhatian yang serius dari pihak sekolah khususunya guru-guru. Ini boleh mengganggu cabang disiplin lain dalam penguasaan Bahasa Tamil dimana aktiviti seperti pemahaman, bacaan dan penulisan ayat hingga karangan.

39 4.3 Respon Murid-murid

Data yang didapati daripada soal selidik terhadap muri-murid didapati banyak perkara yang mempengaruhi penguasaan perbendaharaan kata dalam penulisan karangan Bahasa Tamil. Faktor persekitaran dan sosio ekonomi terutamanya bilangan adik-beradik, tahap

pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, pendapatan ibu bapa, sikap dan perhubungan dalam kelurga merupakan faktor utama yang banyak mempengaruhi penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil murid-murid.

4.3.1

Bilangan adik beradik.

Menurut Atan Long (1988:292-293), besar kecilnya keluarga iaitu sama ada keluarga mempunyai anak yang ramai atau seikit, kedududkan anak itu di antara anak-anak yang lain juga merupakan pengaruh yang besar bagi perkembangan penguasaan bahasa. Oleh itu, pengkaji mengambilkira faktor ini dalam melihat penguasaan perbendaharaan kata muridmurid di sekolah rendah. Data-data yang berkenaan dapat dirujuk dari jadual 4 di bawah.

40

JADUAL 4 BILANGAN ADIK BERADIK

SAMPEL JUMLAH MURID 30 ORANG 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Bil. Adikberadik 6 2 1 4 4 4 11 4 5 6 4 2 3 6 7 3 4 3 6 4 5 3 6 5 5 1 2 4 3 2

Kumpulan status pendapatan tinggi

Kumpulan status pendapatan sederhana /

Kumpulan status pendapatan rendah /

/ / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / 41

Secara keseluruhan, bilangan adik beradik sampel kajian ialah antara seorang hingga sebelas orang. Berdasarkan jawapan yang telah diterima menunjukkan sampel ke 3 dan 12

iaitu seramai 2 orang murid kumpulan kelurga berpendapatan tinggi mempunyai bilangan adik-beradik yang berbeza di antara satu sama lain iaitu seorang dan dua orang adik beradik. Manakala, 19 orang yang lain, terdiri daripada murid-murid kumpulan keluarga berpendapatan sederhana. Dari jumlah itu, 3 orang murid mempunyai 2 orang adik beradik, Manakala 7 orang murid mempunyai 4 orang adik beradik. Selain itu, jika dilihat kumpulan status pendapatan rendah, terdapat 3 orang murid mempunyai 6 orang adik beradik dan hanya seorang sahaja mempunyai 11 orang adik beradik. Huraian di atas menunjukkan bahawa murid-murid dalam status keluarga berpendapatan tinggi mempunyai bilangan adik beradik yang kecil jumlahnya berbanding dengan murid-murid dari status keluarga berpendapatan sederhana dan rendah. Saiz keluarga yang kecil membolehkan mereka menikmati tahap pendidikan yang sempurna berbanding dengan murid yang majoriti saiz keluarganya lebih besar. Dapatan ini membuktikan bahawa ada kebenaran dalam kajian yang dilakukan oleh Nisbet (1961 : 197), mana penguasaan perbendaharaan kata kanakkanak akan terjejas jika mempunyai saiz keluarga yang ramai.

Menurut Atan Long (1988 : 293) anak tunggal selalunya mempunyai penguasaan bahasa yang rendah. Ini bermakna saiz keluarga yang besar banyak membantu proses penguasaan perbendaharaan kata murid-murid. Interaksi ini akan membantu individu bercakap lebih awal serta memperkembangkan dan menambahkan perbendaharaan katanya. 42 4.4 Sikap ibu bapa terhadap pembelajaran Ibu bapa masih lagi bertanggungjawab untuk membantu pembelajaran anak-anak mereka mengulangkaji pelajaran. Komunikasi yang banyak membantu mereka untuk menguasai

perbendaharaan kata. Di samping itu, anak-anak akan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi hasil daripada sokongan moral yang diberikan oleh keluarga. Justeru, sikap positif ibu bapa terhadap pelajaran amat besar maknanya dalam membantu kejayaan cemerlang anak-anak mereka . Jadual 5 di bawah menunjukkan setakat mana ibu bapa 30 sampel ini membantu terhadap pembelajaran anak mereka masing-masing. Menurut pengaji teori moral, ibu bapa adalah orang yang paling peka terhadap perkembangan mental seseorang kanak-kanak pada peringkat awal.

Selain itu, seorang ahli antropologi,George peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat(Googe, hal 326). Maka faktor

kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan membantutkan penguasaan perbendaharaan kata. James Becker mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarag akan memyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ini akan menjejaskan perbendaharaan katanya.

43 JADUAL 5 SIKAP IBU BAPA TERHADAP PEMBELAJARAN ANAK-ANAK

SAMPEL JUMLAH MURID 30 ORANG 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Ibu bapa yang membantu murid mengulangkaji pelajaran / /

Ibu bapa yang tidak membantu murid mengulangkaji pelajaran /

/ / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / /

44

Data di atas membuktikan sebanyak 14 orang ibu bapa murid kerap membantu anakanaknaya mengulangkaji pelajaran berbanding 16 orang ibu bapa langsung tidak membantu anak-anak mereka dalam mengulangkaji pelajaran. Semasa pemerhatian ke atas 30 sampel ini sejak kajian ini, ibu bapa saiz keluarga yang besar tidak langsung berjumpa guru-guru yang bertanggungjawab untuk mengetahui prestasi pembelajaran anak-anaknya. Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan penting sebagai pembentuk perbendaharaan kata kepada anak-anaknya. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa anak-anaknya serta berfikiran terbuka semasa perbincangan. Ini akan mendorong kepada kewujudan penguasaan perbendaharaan kata secara telus.

4.4 .1 Penggunaan multimedia terhadap pembelajaran Satu lagi cara untuk meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata ialah melalui pendedahan terhadap penggunaan multimedia. Keupayaan memiliki peralatan multimedia membantu murid dalam meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata. Peralatan yang memberi informasi maklumat ini mempunyai kaitan yang rapat dengan status sosio ekonomi keluarga seseorang murid. Jadual 6 memperincikan lagi hal ini.

45 JADUAL 6 PENGGUNAAN MULTIMEDIA TERHADAP PEMBELAJARAN

Peralatan Multimedia Komputer Televisyen Radio Surat khabar Cd Player

Kerap

Kadang-kadang

Jarang

Tiada

6 26 30 8 12

2 4 8 12

14 9 4

8 5 6

Murid-murid mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mempertingkatkan penguasaan perbendaharaan kata melalui penggunaan multimedia. Sikap ibu bapa yang positif dalam menyediakan pelbagai kemudahan informasi di rumah seperti komputer, radio, televisyen,suratkhabar dan majalah membantu penguasaan perbendaharaan kata murid. Selain itu, program pendidikan khususnya perbendaharaan kata boleh di dapat dari

compact disc yang banyak dijual di pasaran. Sesuai dengan ledakan teknologi maklumat, para murid yang memiliki komputer boleh meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata mereka menerusi maklumat dari internet.

Justeru itu, murid-murid mempunyai lebih banyak peluang menerima rangsangan daripada pelbagai sumber. Keadaan ini juga jelas ditunjukkan apabila 20% murid kerap menggunakan komputer dan 87% murid menonton televisyen yang memberi peluang yang mempunyai pelbagai pilihan seperti program dari Astro, Mega TV dan lain-lain lagi. 46 4.4.2 Faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada penguasaan perbendaharaan kata murid.

Minat murid-murid terhadap satu-satu matapelajaran juga banyak membantu penguasaan perbendaharaan kata seperti dalam matapelajaran Bahasa Tamil terdapat banyak

perbendaharaan kata baru yang boleh ditemui. Merujuk kepada Jadual 7 menunjukkan: JADUAL 7 MATA PELAJARAN YANG DIMINATI Subjek Bahasa Tamil Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Jumlah 9 6 5 5 5 % 30 20 17 17 17

Berdasarkan jadual diatas jelas menunjukkan bahawa murid-murid meminati matapelajaran Bahasa Tamil. Soal minat menjadi fokus utama, kerana minat dapat membangkitkan semangat murid untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 21 orang iaitu 70% murid meminati matapelajaran lain. Pencapaian penguasaan

perbendaharaan kata sememangnya mempunyai kaitan dengan minat terhadap mata pelajaran Bahasa Tamil. Oleh yang emikian peranan guru dan pihak

47

sekolah seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk menarik minat ini. Matapelajaran lain seperti Sains, matematik dan Bahasa Inggeris juga boleh membantu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata kerana bahasa merentasi kurikulum.

Minat murid terhadap Bahasa Tamil seharusnya dipupuk oleh guru engan pelbagai cara seperti penggunaan Bahan Bantu Mengajar, kaedah pengajaran yang lebih menarik, pertandingan yang sesuai seperti menulis karangan banyak membantu murid menguasai perbendaharaan kata. Berdasarkan Jadual 8 dapat dilihat bilangan karangan yang telah dituls oleh para sampel melalui temubual dengan guru Bahasa Tamil dan pemerhatian. melalui

JADUAL 8 BILANGAN KARANGAN YANG TELAH DITULIS Karangan 1-3 buah 3-6 buah 6-9 buah Lebih daripada 10 buah Bil.Murid 7 5 10 8 Peratus 23 17 33 26

Seramai 5 orang murid menulis karangan antara 3 hingga 6 buah dalam satu penggal persekolahan. Manakala, 8 orang (26%) menulis lebih dari 10 buah karangan. Semakin banyak kuantiti karangan yang ditulis maka semakin baik penguasaan perbendaharaan kata mereka. Di samping itu, mereka juga dapat menguasai faktor-faktor lain dalam aktiviti penulisan karangan seperti pembinaan ayat, ejaan dan tanda bacaan. Secara

48 keseluruhan, corak pencapaian yang begini menunjukkan satu penguasaan yang masih berada di tahap sederhana sahaja. Walaupun demikian murid mempunyai hala tuju yang sama untuk berjaya dengan cemerlangnya dalam Bahasa Tamil di peringkat UPSR.

4.5 Respon guru-guru yang Mengajar Bahasa Tamil

Menerusi temubual bersama guru-guru Bahasa Tamil, dipilih dan menyenaraikan 5 orang guru yang mengajar Bahasa Tamil pada murid tahap 2. Dari jumlah 5 orang, 4 orang daripadanya adalah guru perempuan dan seorang guru lelaki. Jika ditinjau dari segi kesungguhan guru-guru wanita sering digambarkan oleh masyarakat sebagai guru yang rajin, tekun, berwibawa kerana elemen ini sesuai dengan sifat wanita yang lemah-lembut ,pengasih dan lebih memahami situasi murid. Dengan ini tidak bermakna guru lelaki malas, tidak serius dan kurang bertanggungjawab. Dari segi pengalaman mengajar sampel guru dari SJK(T) Ladang Diamond Jubilee dapat dibahagikan kepada 3 kategori.Dua orang guru mempunyai pengalaman mengajar melebih 10 tahun, 2 orang guru mempunyai pengalaman mengajar di antara 5 tahin hingga 10 tahun dan seorang guru pula mempunyai pengalaman mengajar di antara 3 tahun. Kedua-dua guru veteran tersebut adalah guru wanita. Jika ditinjau dengan lebih terperinci ternyata pengalaman guru bukanlah satu faktor yang boleh diambil kira. Kesungguhan dan keperihatinan guru terhadap tanggungjawabnya lebih utama dari faktor-faktor yang lain.

49 Tahap pengetahuan guru yang baik juga amat penting sebagai persediaan awal untuk berdepan dengan murid-murid di tahun 4 guru-guru perlu banyak membaca bahan-bahan berbentuk akademik bagi menambahan maklumat dn mencanai minda agar lebih kreatif dn

kritis. Berdasarkan pernyataan ini guru-guru

kerap membaca surat khabar, majalah

akademik. Berdasarkan data di atas dapat dibuat kesimpulan , guru-guru banyak bersedia untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka juga melatih pemikiran menjadi kreatif dan imaginative kerana banyak membaca buku cerita. Jika ditinjau daripada persediaan guru, menampakan bahawa penguasaan perbendaharaan kata pelajar-pelajar sekolah rendah yang baik bukanlah disebabkan faktor guru, keadaan ini disokong pula oleh kekerapan guru-guru membaca bahawa bacaan berbentuk akademik.

Tindakan membaca bahan-bahan akademik yang dilakukan oleh para guru ini wajar memandang guru-guru juga menghadapi masalah berhubungan dengan penguasaan perbendaharaan kata . Ini dijelskan oleh Haznah Binti Hamzah ( 1999. 114 ) dalam kajiannya bertajuk Penguasaan perbendaharaan kata berbahasa Malaysia dengan

kalangan pelajar Sekolah Rendah, Maka disimpulkan bahawa pada keseluruhan taraf penguasaan perbendaharaan kata yang diperlihatkan kumpulan bakal guru bahawa adalah memuaskan. Ini membawa implikasi yang penting, di mana bakal guru ini mungkin dapat memenuhi dengan cekap dan berkesan tugas mereka di sekolah kelak.

Oleh yang demikian adalah sesuai untuk guru meningkat professional mereka dengan menghadiri, kursus, kira berbentuk kaedah pengajaran walaupun motivasi secara jelasnya 50 berpeluang menghadiri kursus Bahasa Tamil yang dianjurkan oleh jabatan PPK , keadaan ini seharusnya dapat mempengaruhi penguasaan perbendaharaan kata pelajar menjadi lebih baik ditambah pula dengan pengalaman mengajar.

Guru yang hebat bukan bermakna bahawa menarik minat murid untuk belajar, tetapi guru hendaklah menggunahan pelbagai kaedah termasuk penggunaan Bahan Bantu Mengajar ( BBM ), Guru-guru keseluruhannya menggunaan carta, gambar, alat perakam kaedah pengajaran penguasaan perbendaharaan kata kerangan diberi perhatian yang serius. Pengajaran penguasaan perbendaharaan kata hanya merupakan satu sesi pengenalan bagi kegiataan bacaan dan kefahaman kurang lancarnya pengajaran guru ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengusaan penguasaan perbendaharaan kata pelajar, oleh yang demikian BBM juga bukanlah faktor utama dapat membantu pengusaan penguasaan perbendaharaan kata murid-murid. Tetapi ianya menjadi penting sebagai alat untuk menarik minat pelajar dengan lebih tekun dan daripada sikap ketekunan itulah nantinya penguasaan penguasaan perbendaharaan kata maka bertambah baik. Guru-guru juga bersetuju bahawa BBM penting dalam membantu proses pengajaran.

Jika sebelum ini guru mengadakan pelbagai usaha untuk menambah mutu pengajaran mereka, kini guru pula berusaha untuk menarik minat pada mempelajari Bahasa Tamil. Guru mencadangkan sebagai kepelbagaian teknik mengajar dijalankan penggunaan BBM yang lebih kerap dan bevariasi menggunan kemudahan televisyen pendapat ganjaran sebagai satu langkah yang wajar dilakukan. Di samping penguasaan perbendaharaan kata, 51 murid-murid boleh diperbaiki dengan memperkayakan aktiviti latih tubi, membawa muridmurid belajar di luar kelas, mengadakan lawatan sambil belajar, menubuhkan mini

perpustakaan dan melanggan majalah yang sesuai dengan tahap murid-murid. Kesemua

usaha ini dilakukan dengan satu tujuan supaya penguasaan perbendaharaan kata muridmurid semakin meningkatkan prestasinya.

Melalui penilaian ini tahap penguasaan perbendaharaan kata murid-murid di sekolah rendah berada pada tahap yang baik. Guru juga harus menyediakan pelbagai latihan, menggunakan kamus, menyenaraikan kosa kata baru di bawah aktiviti penulisan karangan. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti satu perkataan yang mempunyai dua makna setiap hari dan menggalakkan murid membina ayat sesuai dengan maknanya, pertandingan bercerita, kuiz, berpidato dan sebagainya. Keseluruhan aktiviti ini menuju satu destinasi akhir untuk menguasai perbendaharaan kata dalam penulisan karangan Bahasa Tamil.

4.6 Penutup Secara keseluruhan bab IV mengemukakan hasil dapatan kajian yang telah dianalisis berdasarkan hasil penulisan murid, jawapan soal selidik murid dan temubual dengan guru. Setiap maklumat dianalisis meliputi pembolehubah seperti latarbelakang sampel, latarbelakang ibu bapa, sikap dan galakan ibu bapa dalam kemudahan yang disediakan kepada anak-anaknya. Keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi tinggi merujuk kepada tahap pendidikan ibu bapa yang tinggi juga. Ibu bapa yang mempunyai tahap 52

pendidikan yang tinggi dapat membantu anak-anak mereka dalam mengulangkaji pelajaran jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai pendidikan yang rendah. Di samping itu, mereka dari kumpulan status sosio ekonomi tinggi mempunyai pandangan yang positif

dalam menyeiakan tempat, bahan bacaan dan galakan untuk belajar. Manakala keluarga dari status sosio ekonomi rendah mempunyai sikap sambil lewa. Begitu juga dengan penyediaan kemudahan multimedia para murid dapat menikmati kemudahan ini untuk meningkatkan martabat penguasaan perbendaharaan kata. Keadaan ini merujuk kepada keupayaan pendapatan keluarga. Sikap ibu bapa dalam menangani masalah pembelajaran anak-anak patut dipuji kerana sebahagian besarnya menunjukkan sikap yang positif dan ini sudah pasti menjadi pendorong kepada kejayaan anak-anak mereka. Dengan ini sebagai kesimpulannya, penganalisisan data secara terperinci menunjukkan bahawa semua pembolehubah sosio-ekonomi sampel kajian telah

menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tahap penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil di kalangan murid-murid. Walaupun begitu sindrom penguasan pendidikan bukan hanya sekadar berhentidi peringkat sekolah rendah, sekolah menengah tetap harus diteruskan dalam satu destinasi yang tiada noktah bagi setiap individu.

53

BAB 5 5.1 Rumusan perbincangan dan cadangan Melalui perbincangan dan analisis kajian yang telah dibuat dalam bab IV, dapat pencapaian penguasaan pendidikan Bahasa Tamil dikalangan peringkat sekolah rendah

masih belum mencapai ke tahap yang boleh dibanggakan. Kajian ini dapat memperlihatkan perbezaan penguasaan pendidikan dari ketigatiga jenis kata murid-murid darjah empat. Murid-murid didapati leih luas perkatakan maka berbanding dengan murid.perbezaan ini jelas kelihatan pada penggunaan ketiga-tiga jenis iaitu kata nama , kata kerja dan kata sifat. Dilihat dari segi penggunaan kata didapati pelajar-pelajar dikedua-dua kawasan lebih banyak menguasai kata kerja berbanding kata nama dan kata sifat seperti yang dijelaskan didalam Jadual 1 dan 2.

Selain daripada itu, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan peringkasaan pendidikan di antara murid-murid lelaki dan perempuan.Penguasaan pendidikan bagi murid lelaki lebih tinggi berbanding dengan murid perempuan. Walaupun terdapat perbezaan penguasaan pendidikan di antara murid.Hasil daripada soal selidik dengan murid dan guru bahasa tamil didapati kelemahan pelajar berpunca daripada beberapa faktor yang berkaitan dengan sosio-ekonomi keluarga sikap , motivasi dari ibu bapa dan kaedah pembelajaran. Perkaitan yang rapat antara faktor sosio-ekonomi keluarga dengan penguasaan pendidikan boleh diangap sebagai 2 elemen yang memerlukan . Namun terdapat juga faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pengusaan murid kata yang kurang cemerlang. 54 a) Faktor guru

Guru kurang memberikan penekanan terhadap pengajaran karangan kerana sehingga akhir April, murid-murid hanya menulis tidak lebih daripada 6 buah karangan guru- guru kurang peka terhadap pengajaran karangan yang sebenarnya banyak membantu penguasaan bahasa terutama pendidikan pembinaan ayat dan pelbagai perkara lagi.

b) Kekurangan ransangan fizikal murid-murid kurang dedahkan dengan suasana persekitaran membaca seperti menyediakan buku cerita,akhbar,majalah akaemik dan lain-lain didalam bilik darjah.Dirumah, ibu bapa juga sering menghadkan peruntukan untuk membeli bahan bacaan kerana dianggap membazir,walhal kita perlu sear bacaan pastinya mengandungi maklumat .Ibu bapa lebih menumpukan perhatian kepada keperluan hiburan seperti menyediakan home theatre dirumah daripada membina sebuah perpustakaan.Ini berlaku kerana sesetengah masyarakat Bandar menjadiakn keperluaan ini sebagai lambang status sosio-ekonomi tinggi.

c) Kekurangan ransangan psikologi sikap ibu bapa yang tidak menunjukan minat suka membaca. Ibu bapa menjadikan alasan bekerja dan waktu rehat yang seikit untuk tidak meransang anak-anak membaca. Bagi ibu bapa sering mengungkap bahawa daripada membeli bahan bacaan adalah lebih baik wang pendapatan yang ada digunakan untuk membeli keperluan lain yang lebih penting.Secara psikologinya,mereka yang terdiri daripada lingkungan masyarakat status sosio-ekonomi 55 rendah kurang meras kan bahawa peluang pelajaran adalah satu cara peningkatan taraf hidup ataupun mobility sosial. Rata rata mereka berpendapatan belajar hanya menjadi satu kemestian agar seseorang itu boleh mengenal 3M(membaca,menulis dan mengira) dan tidak lebih daripada itu.Apatah lagi untuk mendalami pengusaan peniikan yang di anggap mereka kurang mementingkan dan tidak berfaedah.

d) Budaya Membaca Jika ditinjau murid-murid sekolah pada hari ini telah didedahkan dengan berbagai-bagai aktiviti harian.Jesteru itu mereka mempunyai pelbagai alternative untuk mengisi masa lapang terutama sekali murid-murid di bandar, mereka mempunyai berbagai pilihan seperti bermain komputer,bermain skate board,go-cart dan berbagai-bagai lagi. Kepelbagaian aktiviti ini telah menghadkan tumpuan untuk membaca buku-buku yang bercorak akademik. Ditambah pula dengan keadaaan persekitaran yang tidak memaparkan budaya membaca.Apabila budaya membaca ini tidak menjadi sebahagian daripada corak kehidupan mereka maka penguasaan mereka terhadap bahasa khususnya perbendaharaan kata semakin menurun. e). Pengaruh Bahasa Daerah kebiasaan menggunakan bahasa daerah di rumah ketika berkomunikasi dengan ibu bapa atau masyarakat sekeliling berkemungkinan besar menyebabkan perlakuan ini terbawabawa ke sekolah. Komunikasi secara lisan yang dilakukan di rumah boleh menganggu gaya penulisan di sekolah dan kesannya penulisan karangan yang dihasilkan menjadi

56 kelam-kabut. Penggunaan Bahasa Dialek di kalangan murid menjadi dominant dan ketara dalam penulisan karangan mereka. Penggunaan Bahasa Dialek atau bahasa ibunda mereka ini banyak menghalang penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil.

Begitu juga dengan dialek telugu yang digunakan oleh murid-murid ketika berkomunikasi di rumah juga mengganggu penguasaan perbendaharaan kata ,Cuma pengaruhnya agak

kurang jelas dalam penulisan karangan. Keluarga dari status sosio- ekonomi tinggi pula kurang menggunakan bahasa daerah ketika berkomunikasi dengan

anak-anak namun berdasarkan kajian yang dijalankan ibubapa yang berkelulusan tinggi sering menggunakan konsep bilingual atau dwibahasa iaitu campuran Bahasa Tamil dengan Bahasa Inggeris. Keadaan sebegini banyak berlaku di kalangan keluarga status tinggi dan kesannya amat buruk kerana selain daripada Bahasa tamilnya terganggu, penguasaan perbendaharaan kata kedua-dua bahasanya juga menjadi kurang mantap.

5.2 Cadangan-Cadangan Bagi memperbaiki kelemahan murid-murid dalam penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil, langkah yang sesuai perlu diambil oleh para guru dan ibubapa : i. Pengajaran penguasaan perbendaharaan kata di sekolah mestilah dirancang dengan teliti dan teratur. Ini bermaksud perbendaharaan kata yang dipilih hendaklah sesuai dengan kemampuan dan peringkat umur murid-murid yang menggunakannya. 57

ii.

Pengajaran

perbendaharaan kata juga diajarkan secara langsung. Pengajaran

perbendaharaan kata secara tidak langsung adalah tidak sesuai dan tidak dapat membantu mempercepatkan penguasaan perbendaharaan kata murid. Harus diingat sesorang murid tidak akan dapat menguasai sesuatu perbendaharaan kata itu dengan

sekali baca atau sekali dengar sahaja, oleh itu, sesuatu perbendaharaan kata yang baru mestilah diperkenalkan dengan pelbagai cara dan situasi.

iii.

Pemilihan kaedah pengajaran perbendaharaan kata hanya sesuai dengan objektif pengajaran guru dan keadaan murid. Pelajaran dimulakan dengan aktiviti kerjasama kemudian barulah diikuti oleh aktiviti pembacaan dan penulisan. dalam usaha mencapat objektif pengajaran , tekanan perlu diberikan kepada aspek-aspek yang menjadi masalah dalam menguasai perbendaharaan kata yang abstrak

makagunakan pelbagai cara atau kaedah untuk mengatasinya seperti latih tubi.

iv.

Pendedahan kepada perbendaharaan kata hendahlah dilakukan dengan lebih kerap sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam ketiga-tiga aspek nkemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan,bacaan , kefahaman dan penulisan.

58

v.

Sebutan Bahasa Tamil hendaklah ditekankan sewaktu pengajaran dan elakan dari menggunakan dialek tempatan yang akan mengganggu perbendaharaan kata muridmurid.

vi.

Sewaktu pengajaran dijalankan guru hendahlah menggunakan perbendaharaan kata yansg sesuai dengan tingkat kebolehan murid-murid di samping menggunakan perbendaharaan kata yang dicadangkan dalam sukatan pelajran.

vii.

Guru perlu banyak menggunakan berbagai perkatanan yang berbeza tetapi mempunyai pengertian yang sama atai sinonim.Langkah ini dapat memperkayakan lagi perbendaharaan kata murid-murid.

viii.

Pengajaran Bahasa Tamil hendahlah dikaitkan denganmat perbendaharaan kata pelajaran yang lain supaya segal istilah yang digunakan dalam mata pelajaran bekenaan membantu penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Tamil.

1x.

Guru hendaklah menunjukkan cara bagaimana merujuk kamus yang betul sekiranya mahu mengetahui makna sesuatu perkataan dengan tepat.

59

x.

Guru merancang aktiviti seperti pertandingan berbalas pantun,perbahasaan , syarahan, kuiz dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata dan seterusnya Bahasa Tamil sama ada secara

lisan ataupun tulisan.

b.

Peranan ibubapa Daripada kajian ini didapati murid-muird menghadapi masalah yang hampir sama dalam penguasaan perbendaharaan kata. Di sini dicadangkan beberapa saranan kepada ibubapa :

i.

Ibubapa hendahlah menunujukkan sikap suka membaca atau bercerita kapada anakanak. Amalan ini dapat menambahkan perbendaharaan kata anak-anak. Budaya membaca bersama-sama ahli keluarga amat digalakkan terutama ketika musim cuti persekolahan ataupun cuti umum. ia juga boleh dilakukan bukan sahaja di rumah, malahan ketika berada di tempat-tempat percutian.

ii

Ibubapa hendaklah meluangkan masa untuk bermesra dengan anak-anak atau berinteraksi mengenai sesuatu perkara mengikut situasi tertentu. cara ini dapat melatih anak-anak menggunakan perkataan-perkataan yang jarang digunakan dalam percakapan seharian. Contohnya, perkataan meriah , perayaan ,dan lain-lain perkataan yang sesuai dengan situasi perayaan Deepavalli. 60

iii.

Semasa berbual-bual dengan anak-anak, seboleh-bolehnya gunakan Bahasa standard yang digunakan di sekolah. Ini merupakan rangsangan positif kea rah pembentukan sikap dalam pendidikan dan kehidupan setiap hari. Begitu juga bagi

mereka yang menggunakan bahasa Dialek harap dapat dikurangkan penggunaanya kerana kesannya amat buruk terutama dalam aktiviti bacaan dan penulisan.

iv.

Ibubapa seboleh-bolehnya menyediakan buku-buku, suratkhabar dan majalah yang bersesuaian di rumah supaya sumber pengetahuan tidak terhad kepada buku-buku pelajaran sekolah sahaja. Buku-buku yang baik kandungannya dapat meningkatkan penguasaan bahasa, seterusnya dapat memperluaskan perbendaharaan kata anakanak.Majalah-majalah akademik seperti Dewan Pelajar, Akhbar Didik, Utusan

Pelajar, Dewan Siswa boleh dugunakan untuk bahan bacaan umum terutama dalam mengisi masa lapang.

v.

Semasa cuti sekoalh, ibubapa boleh menggunakan kesempatan ini untuk membawa anak-anak bercuti di tempat-tempat peranginan. Selain daripada dapat berhibur dan mengeratkan kasih saying , anak-anak dapat pengetahuan baru khususnya maklumat mengenai sesuatu tempat dan ini juga sekaligus menambah penguasaan perbendaharaan kata mereka.

61

Kesemua cadangan

di atas ini mempunyai kaitan yang rapat dengan sosio-ekonomi

keluarga. Mereka yang datang dari status sosio- ekonomi keluarga.Mereka yang datang dari status sosio-ekonomi tinggi dan sederhana kemungkinan tidak timbul masalah dalam melaksanakan cadangan di atas tetapi bagi murid-murid yang datang dari keluarga status

sosio-ekonomi rendah sudah pasti ianya hanya menjadi satu impian semata-mata. Namun ibubapa dari status sosio-ekonomi rendah boleh mengubah trend bercuti ini ke tempattempat yang lebih murah dan dekat supaya kos yang digunakan tidak terlalu tinggi. Fokus utama yang paling penting ialah pengorbanan ibubapa dalam memberikan rangsangan positif untuk anak-anak menjadikan anak-anak lebih optimis terhadap pelajaran dan masa depan. Selain daripada guru dan ibubapa, pihak-pihak lain yang berkaitan dengan pendidikan juga perlu lebih peka bagi mengatasi masalah penguasaan perbendaharaan kata murid-murid sekolah rendah seperti Jabatan Pelajaran Daerah dan Negeri. c. Peranan Maktab Perguruan Pihak maktab sebaik-baiknya mengkaji semula kurikulum yang digunakan untuk pengajaran kepada pelatih-pelatih maktab sesuai engan keadaan hari ini. Murid-murid pada masa kini, lebih aktif, kreatif dan berdaya maju. Oleh itu, corak pengajaran guru akan ketinggalan sekiranya latihan yang mereka terima di maktab digubal sepuluh tahun yang lalu. Pengubahsuaian cara perlu dilakukan sesuaio dengan kehendak Falsafah Pendidikan hari ini.

62 d. Peranan pusat perkembangan kurikulum Segala permasalahan tidak harus diletakkan dibahu guru dan sekolah semata-mata sebaliknya PPK harus mengkaji semua sukatan pelajaran bahasa tamil diperingkat sekolah rendah supaya ianya sesuai dengan kehendak semasa pemilihan buku teks yang baik dari segi ejaan,perkataan perlu diambil kira sesuai dengan saranan kerajaan dalam konsep Zero effect.

e. Peranan pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedua-dua jabatan ini menjadikan tempat rujukan utama para guru dalam masalah yang berkaitan dengan proses P&P ,sesuai dengan tahap profesionalisme ,mereka perlu sentiasa bermotivasi untuk mengajar. Oleh yang sedemikian pihak jabatan perlu dari semasa ke semasa mengadakan kursus, bengkel ,seminar yang berkaitan dengan bahasa tamil agar mereka yang bukan dari opsyen bahasa tamil boleh mengajar dengan baik.

f. .Peranan persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sebagai satu organisasi utama di sekolah , pihak pibg perlu mengambil berat soal pencapaian akademik anak-anak mereka.keadaan ini lebih mendesak sekiranya penguasaan pendidikan murid-murid yang menjadi salah satu elemen penting dalam penguasaan Bahasa Tamil begitu merosot.Langkah yang baik , pihak PIBGperlu membantu pihak sekolah dengan menyediakan kemudahan ABM bagi tujuan pengajaran agar lebih berkesan.

63

g. Masyarakat sekeliling dan pihak swasta. Walaupun cemuhan diberikan kepada keupayaan Bahasa Tamil diperingkat antarabangsa namun sebagai ahli masyarakat.kita perlu sedar bahawa di atas bahu kitalah yang menentukan martabat bahasa tamil.oleh yang sedemikian semua masyarakat India harus bekerjasama dalam memertabatkan bahasa tamil sebagai contoh dengan menyediakan

semua papan tanda iklan iklan tertentu dalam Bahasa Tamil. Selain itu, pusat-pusat pengajian tinggi juga selain dariada penggunaan bahasa kedua,Bahasa Tamil perlu diiktirafkan penggunaanya agar semua pihak berusaha untuk mempelajarinya,

menghayatinya dan mengamalkannya.

Sesungghnya segala peranan yang dimainkan oleh semua pihak ini akan mendatangkan hatijah yang baik bukan sahaja kepada murid-murid malah kepada perkembangan Bahasa Tamil itu seniri.walaupun berbagai usaha dilakukan yang jelasnya murid-murid disekolah rendah sendiri perlu sear bahawa pengusaan pendidikan Bahasa Malaysia yang baik sahajalah akan membawa kepada penguasaan Bahasa Tamil yang sempurna.oleh itu sikap positif terhadap penguasaan pendidikan ini perlu ditunjukkan oleh muri-murid sejak dari awal lagi agar tidak timbul masalah di kemuian hari seperti kata pepatah suah terhantuk ,baru tergadah.

64

5.3 Cadangan terhadap penyelidikan selanjutnya. Dalam kajian ini, penyelidik hanya menumpukan perhatian kepada murid-murid tahun 4 sahaja. Perlu kita menyedari bahawa punca-punca kelemahan yang dikaji telah membuktikan bahawa permasalahan ini bukan sahaja wujud ketika murid-murid berada di

peringkat bangku sekolah rendah tetapi berlanjutan sehingga ke sekolah menengah.Ini menjelaskan kepada kita bahawa penekanan dan perhatian di peringkat menengah juga perlu dilakukan. Penyelikan ini dilakukan di SJKT Ladang Diamond Jubilee, SJKT Jasin dan SJKT Asahan. Dicadangkan agar penyelidikan yang lebih meluas perlu dilakukan di kawasan luar bandar. Perkara ini perlu dilakukan supaya kita dapat melihat persamaan dan perbezaan , punca masalah pengusaan perkataan di kawasan tersebut. Dengan ini, seterusnya membolehkan kita mengenalpasti punca-punca kelemahan secara lebih jelas dan berusaha untuk mengatasi masalah ini.

65

RUJUKAN1. Dr .David, Nor, Saat, Mohd, Alias dan Abdul. ( April 2007). Modul Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan ( Cetakan kedua) UNITEM Sdn.Bhd. 2. Kamus Dewan. (1996). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Mok Soon Sang. (2002). Psikologi Pendidikan untuk kursus Diploma Perguruan. semester 1, hlm 46. 4. M.A.Paramthamanar, (1999). Nalla Thamil Elutha Vendhuma, hlm 217-222. 5. Mok Soon Sang. (2003). Pedagogi untuk kursus Diploma Perguruan, semester 3, hlm 18-48. 6. Mohamad Majid Konting, (1990). Kaedah Penyelidikan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Naaingam Ulaga Thamil Maanaadu Malar. ( November 1987). Kuala Lumpur, Malaysia. hlm 15-19. 8. Naaingam Ulaga Thamil Aasiriyar Maanaadu. (1998). Chenai 9. Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia. 10. Rajagopalachariyar. (1991 ). Elagganam Vhilagam-Solliyal, Chenai.1