kajian tindakan
DESCRIPTION
Satu panduan melakukan Kajian Tindakan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolahTRANSCRIPT
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2007 HOTEL MERDEKA PALACE, KUCHING SARAWAK
TAJUK KAJIANMeningkatkan Keupayaan Mengingat Fakta untuk Menjawab Soalan Struktur dan Esei Sejarah Menggunakan Kaedah AKRONIM Dan MNEMONIC1
Kajian Tindakan:En. Zahari Bin Awang Ketua Panitia Sejarah SMK Kompleks Seberang Takir Kuala Terengganu.
2
LATAR BELAKANG KAJIANSejarah satu mata pelajaran teras di sekolah menengah. Kemahiran mengingat fakta sangat penting kerana pelajar perlu menjawab soalan struktur dan esei dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Sejarah. Pelajar selalu menghadapi masalah untuk mengingat dan menulis fakta semasa peperiksaan. Kajian ini hanya bersifat tempatan sahaja iaitu dalam konteks SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu. 3
SEJARAH KOMSTARMula beroperasi pada awal Jun 2002. Menerima pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 yang disenaraikan oleh sekolah yang berhampiran. Rata-rata pelajar mempunyai latar belakang pencapaian akademik yang sederhana. Memulakan kelas untuk peperiksaan awam pertama dalam sejarah sekolah pada tahun 2003.4
Objektif Umum Kajian Tindakan Untuk meningkatkan peratus kelulusan
mata pelajaran Sejarah di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah yang dianggap sukar dan membosankan kepada sesuatu yang menarik dan seronok untuk dipelajari.5
Objektif Khusus Membantu pelajar menggunakan cara yang
berkesan untuk mengingat fakta. Meningkatkan pencapaian pelajar galus
(gagal lulus) untuk mencapai minima lulus dengan gred 8E peperiksaan. Membantu pelajar berpotensi mencapai gred
1A, 2A atau sekurang-kurangnya 3B dalam peperiksaan SPM.6
Respondan 10 respondan ialah pelajar
Tingkatan 5 Arif yang mempunyai pencapaian sederhana dalam peperiksaan TOV.
10 lagi respondan ialah pelajar
Tingkatan 5 Dedikasi yang pencapaiannya rendah dalam peperiksaan TOV.
7
Soalan kaji selidik mudah (contoh)Sejarah ialah satu mata pelajaran yang luas kandungan sukatannya. ( Ya / Tidak ) Saya berpendapat bahawa Sejarah ialah satu mata pelajaran yang sukar dikuasai. ( Ya / Tidak ) Saya menghadapi masalah untuk mengingat fakta sejarah. ( Ya / Tidak ) Saya mempunyai satu kaedah yang dapat membantu meningkatkan pencapaian saya dalam Sejarah. ( Ya / Tidak ) Saya yakin guru anda dapat membantu mengubah dan meningkatkan pencapaian anda. ( Ya / Tidak )8
Pernyataan masalahPelajar tidak dapat menjawab soalan Sejarah disebabkan sukar mengingat fakta yang diperlukan. Teks Sejarah untuk Ting 4 dan Ting 5 mengandungi fakta yang banyak iaitu 19 bab. (10 bab Ting 4 dan 9 bab Ting 5) Bosan belajar Sejarah kerana sukar untuk mengingat fakta .9
Kepentingan kajianMengubah strategi pengajaran guru (murid membuat guru membimbing) Meningkatkan kemahiran dan teknik belajar serta menyediakan nota secara berkesan. Meningkatkan kemampuan mengingat fakta. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM. Memotivasi pelajar untuk belajar Sejarah secara berkesan.
10
Kaedah Akronim Dan MnemonicBukan kaedah baru tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dan pelajar. Sesuai untuk mengingat fakta. Mudah dan menarik untuk dipraktikkan. Hanya dicatat dalam bentuk nota kecil sahaja. Tidak perlu keluar kos .(Kos sangat kecil)11
Instrument/ Alat Buku teks sejarah Tingkatan 4
dan Tingkatan 5. Buku catatan pelajar/ nota Kad manila/ kertas mahjung Potongan kertas dalam ukuran
lebih kurang 2 inci x 2 inci
12
Jadual 1: Analisis Markah Tingkatan 5 Arif Tahun 2006 (Respondan terpilih sebelum menggunakan AKRONIM)(Data adalah daripada rekod ujian anjuran JPNT)
Bil Nama Respondan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Ahmad Huzaifah Bin Yusof Mohd Fakhri Bin Shamsul Bahri Mohd Shaharuddin Abdul Rahman Afidah Bt Abdul Wahab Aimi Suhaili Bt Ahmad Nadzirah Bt Mohamad Nur Hazwani Bt Hanapi Nor Kamaliah Bt Osman Nor Zuriati Bt Mohd Rani
TOV 22 ( 9G) 56 ( 5C) 42 ( 7D ) 50 ( 6C ) 54 ( 6C ) 68 ( 3B ) 56 ( 5C ) 56 ( 5C ) 37 ( 8E ) 56 ( 5C )
OTI
SPM 06
10 Nurhani Bt Azlan . ** TOV > Take Off Value
OTI > Operational Targeted Increment
13
Jadual 2: Analisis Markah Tingkatan 5 Dedikasi Tahun 2006 ( Respondan terpilih sebelum menggunakan AKRONIM.)(Data adalah daripada rekod ujian anjuran JPNT)
Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
Nama Respondan Ahmad Shariman Bin Alwi Mohd Nazrul bin Mamat Mohd Safarudin Bin Shamsudin Mohd Ziehafizan Bin Abd Rahman Muhammad Arsyad Bin Shafii Sufian Bin Rosli Nor Maslinda Bt Che Musa Nur Faznina Bt Ramli Nurul Faziha Bt Ismail Mohd Afendi Bin Ramli
TOV 23 ( 9G ) 17 ( 9G ) 17 ( 9G ) 31 ( 8E ) 19 ( 9G ) 44 ( 7D ) 26 ( 9G ) 11 ( 9G ) 14 ( 9G ) 09 ( 9G )
OTI
SPM 06
** TOV > Take Off Value
OTI > Operational Targeted Increment14
Metodologi TindakanCARA PELAKSANAAN KAEDAH AKRONIM Contoh soalan bercorak struktur. Nyatakan dua sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. ( 2 M) [ sifat-sifat nabi]
Langkah 1: Gunakan kaedah kajian teks. Baca teks ms 105 ( Buku teks Sejarah Tingkatan
4) tentang keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
Langkah 2: Gariskan isi/fakta .[ sifat-sifat nabi]
Langkah 3: Bina peta minda15
Membina Peta MindaSiddiq(berkata benar)
Fatanah(bijaksana)
SIFATSIFAT TERPUJI NABI
Tabligh(menyampaikan)
Amanah16
SIFAT NABI MUHAMMAD SAW
Siddiq ( benar) Tabligh (menyampaikan) Amanah Fatanah (bijaksana)AKRONIMNYA
STAF/FATS17
Pelajar boleh menjadikan STAF sebagai peringatan dalam buku kecil atau kepingan kertas yang kecil sahaja
Negara kota yang paling menonjol di dalam Tamadun Yunani(bab2 Ting 4)
Athens Sparta CorinthAkronimnya ASCo18
Negara kota yang paling menonjol di dalam Tamadun Yunani (bab 2 Ting4)
Sparta Athens CorinthAkronimnya SpACo/
CAS/SAC19
Nyatakan kesan kedatangan Islam dalam bidang kesenian di Malaysia (bab 8 Ting 4)
Pelajar hanya perlu ingat akronim UKM B Seni Ukiran U Seni Khat K Seni Muzik M Seni Bina B Akronim UKM B dapat dijadikan rangka asas jawapan bagi soalan ini.
20
Nama-nama batu bersurat yang mencatat tentang agama,pemerintahan, raja dan undang-undang .
Kutei Sungai Mas / Kedah Tua Palembang
Akronimnya: KuSuT
bang
Berikan sebab mengapa orang Quraisy menentang Islam. (Contoh struktur) Pelajar hanya perlu ingat akronim
PAT B( ms 111 buku teks ting 4)
Perbezaan kepercayaan, Amalan persamaan taraf, Tanggapan salah terhadap tugas nabi Bimbang perusahaan berhala terjejas.22
Jelaskan mengapa orang arab Quraisy menentang penyebaran Islam? ( contoh soalan esei) ( 8 markah)
Pelajar hanya perlu ingat akronim PAT BContoh permarkahanF1 Perbezaan kepercayaan H1a Orang arab Quraisy mengamalkan kepercayaan animisme H1b Mereka juga menyembah berhala. H1c Penganut Islam menyembah Allah yang Maha Esa. F2 Amalan persamaan taraf H1a Islam mengajar manusia adalah sama taraf H1b Masyarakat arab Quraisy menentang amalan ini H1c Masyarakat arab Quraisy mengamalkan sistem hamba 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m23
Terangkan 4 faktor kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. (bab 2 Ting 5)
Pelajar membuat kajian teks berkait dengan soalan yang dikemukakan. (Bab 1 Tingkatan 5 m.s 14 hingga17) Menggariskan/ tanda isi / fakta yang terdapat dalam teks. Bina peta minda Bina Akronim24
Contoh peta minda yang dibina
Karya Kesusasteraan Pengangkutan Intelektual & -Kemunculan perhubungan Faktor Pemangkin Nasionalisme Di AT
Pendidikan -Pkembangan sistemnya
Media massa -Peranan
Luar -Pengaruh Luar AT
Agama -Pengaruh
Barat -Dasar pjajah25
Langkah 3: Membina AKRONIM Daripada peta minda yang dihasilkan pelajar diminta mereka satu singkatan atau akronim bagi memudahkan mereka mengingati faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.AKRONIM yang dicadangkan KIMBAL
PP.26
Contoh lain (Bab 6 Tingkatan 5 ms 138 - 140)
Faktor pembentukan Malaysia - Komunis (ancaman) - Barisan sosialis (Singapura) - Kependudukan (Imbangan) - Kemerdekaan - Dekolonisasi - Ekonomi (pasaran)
Akronimnya
KBKK DE27
Ciri-ciri Perjanjian Tanah Melayu 1948
Akronimnya : GPK KK
Gabungan 11 negeri Pesuruhjaya Tinggi Ketuai (sultan) Kuasa ( Perkongsian) Ketuanan MelayuBab 4 Tingkatan 5 ms 107- 10828
Kaedah Mnemonic: Mengumpul Isi/Fakta Dalam Satu AyatLangkah 1: Guru mahukan pelajar mengingat fakta penentangan Rentap di Sarawak. (ms 33 hingga 34 buku teks Sejarah Ting 5) Langkah 2: ( Sama seperti yang telah dijelaskan tadi) Langkah 3: Pelajar membina rangkai kata yang membawa makna bagi mengingat fakta mengenai penentangan Rentap.29
PEMIMPIN IBAN MENYERANG , BROOKE BAKAR BUKIT SEKALIRentap pemimpin orang Iban. James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap lanun. Rentap menyerang pasukan Brooke di Kubu Nanga Skrang. Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke. Tentera James Brooke telah membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok. James Brooke sekali lagi menyerang dan berjaya mengalahkan 30 Rentap.
Contoh lain: Sebab-sebab Tok Janggut Menentang British (Bab 2 Teks Ting 5 ms 41-42.) mnemonicnya:PENASIHAT PAKSA PELAKSANAAN CUKAI DILAYAN POLIS. British memperkenalkan sistem penasihat tahun 1910 di Kelantan. British paksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai. Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem tersebut. Tok Janggut enggan membayar cukai. Bantahannya tidak dilayan oleh pegawai daerah Pasir Puteh. Pihak polis diarah menangkap Tok Janggut tetapi gagal.31
BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN KAEDAH INI AGAR LEBIH EFEKTIFKLINIK MENJAWAB KEPADA PELAJAR MARI KITA LIHAT
32
PERINGATANGuru perlu menerangkan cara atau langkah yang perlu diikuti oleh pelajar. Konsep pelajar membuat dan guru membimbing perlu digunakan. Berikan kebebasan kepada pelajar untuk membentuk AKRONIM atau MEMBINA MNEMONIC tetapi perlu diawasi agar tidak timbul masalah seperti membina rangkai kata bercorak negatif atau ada unsur tidak bermoral.33
Boleh berjaya ke dengan Akronim dan Mnemonic?Pelajar tetap perlu mentelaah bagi mengolah jawapan dalam peperiksaan. Jawapan esei perlukan fakta, huraian dan contoh.Dapat bantu jadi klu untuk jawapan. Kaedah ini membantu menyelesaikan masalah mengingat fakta dan amat sesuai digunakan menjelang hampir peperiksaan.
34
Jadual 3: Jadual perbandingan pencapaian sebelum, semasa dan setelah selesai mempraktik kaedah Akronim bagi responden terpilih tingkatan 5 Arif Bil Nama Respondan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Ahmad Huzaifah Bin Yusof Mohd Fakhri Bin Shamsul Bahri TOV 22 ( 9G) 56 ( 5C) OTI 27 ( 9G) 61 ( 4B ) SPM06 6C 1A 2A 2A 2A 1A 2A 2A 1A 1A35
Mohd ShaharuddinAbdul Rahman 42 ( 7D ) 48 ( 6C ) Afidah Bt Abdul Wahab Aimi Suhaili Bt Ahmad Nadzirah Bt Mohamad Nur Hazwani Bt Hanapi Nor Kamaliah Bt Osman Nor Zuriati Bt Mohd Rani 50 ( 6C ) 44 ( 7D ) 54 ( 6C ) 68 ( 3B ) 68 ( 3B ) 64 ( 4B ) 56 ( 5C ) 57 ( 5C ) 56 ( 5C ) 62 ( 4B ) 37 ( 8E ) 52 ( 6C ) 56 ( 5C ) 64 ( 4B )
10 Nurhani Bt Azlan .
Jadual 4: Jadual perbandingan pencapaian sebelum, semasa dan setelah mempraktik kaedah Akronim bagi responden terpilih tingkatan 5 Dedikasi. Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Nama Respondan Ahmad Shariman Bin Alwi Mohd Nazrul bin Mamat Mohd Safarudin Bin Shamsudin TOV OTI SPM 06 9G 8E 7D 6C 7D 4B 7D 7D 8E 9G36
23 ( 9G ) 27 ( 9G ) 17 ( 9G ) 39 ( 8E ) 17 ( 9G ) 26 ( 9G ) 39 ( 8E )
Mohd Ziehafizan Bin Abd Rahman 31 ( 8E ) Muhammad Arsyad Bin Shafii Sufian Bin Rosli Nor Maslinda Bt Che Musa Nur Faznina Bt Ramli Nurul Faziha Bt Ismail Mohd Afendi Bin Ramli
19 ( 9G ) 20 ( 9G ) 44 ( 7D ) 48 ( 6C ) 26 ( 9G ) 41 ( 7D ) 11 ( 9G ) 15 ( 9G ) 14( 9G ) 36 ( 8E )
09 ( 9G ) 21 ( 9G )
Refleksi Kajian Kaedah ini bukanlah satu kaedah baru dan pelajar
tiada masalah mempraktiknya dan tidak perlu kos.. Hasil yang didapati amat membanggakan. Pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah
ini telah meningkat dengan baik. Pelajar jadi minat belajar Sejarah kerana mereka dapat
mengingat fakta semasa peperiksaan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk beberapa mata
pelajaran lain.37
Perbandingan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah dalam Peperiksaan SPM di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu. Tahun 2003 (Pep SPM pertama) 2004 2005 2006 Peratus Kelulusan 42.31% 87.01% 87.80% 80.10%
PADA TAHUN 2006 BERLAKU PERUBAHAN FORMAT PERMARKAHAN
38
Cadangan/Syor Guru jangan abaikan metod-metod asas
dalam pengajaran & pembelajaran. Berfikir sejenak tentang cara yang mampu untuk
meningkatkan prestasi pelajar lebih baik daripada mengajar semata-mata. Galakkan guru-guru mencuba kaedah ini dan
sedia berkongsi dengan sesiapa sahaja bagi memartabatkan pendidikan . Galakkan pelajar mereka sendiri akronim dan
mnemonic bukan menyalin atau meniru hasil pelajar lain39
Catatan/ renungan Pelajar memang sudah terdedah kepada
penggunaan akronim dalam kehidupan seharian. Bukan semua inovasi perlukan peruntukan
kewangan. Kreatif, kritis dan inovasi merupakan modal terbaik untuk membentuk modal insan berminda kelas pertama. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah apabila
pelajarnya menyatakan cikgu memang hebat, terima kasih cikgu!40
Bukan mengajar itik berenang Bukan mengajar helang terbang Hanya sekadar berkongsi peluang Agar pendidikan terus terbilang
Salam hormat, ZAHARI BIN AWANG SMK KOMP SEBERANG TAKIR 21300 KUALA TERENGGANU.
41
Tak nak cuba ke?
42