kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan...

28
KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI MAKLUMAT MENERUSI INTERNET DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DI SIBU, SARAWAK SEE CHING ING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doankiet

Post on 20-Aug-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI

MAKLUMAT MENERUSI INTERNET DI KALANGAN GURU-GURU

SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DI SIBU, SARAWAK

SEE CHING ING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan
Page 3: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan
Page 4: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

i

KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI

MAKLUMAT MENERUSI INTERNET DI KALANGAN GURU-GURU

SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) DI SIBU, SARAWAK

SEE CHING ING

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan
Page 6: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

iii

DEDIKASI

Buat insan yang disayangi,

Papa dan Mama

See Cheong Ten

Ho Siew Own

Terima kasih atas sokongan sekalung budi atas kesabaran dan pengorbanan dalam

mendidik dan membesarkan ku

Suami ku

Toh Wee Kong

Anak ku

Hannah Toh Hong Na

Inspirasi, dorongan, kesabaran dan pengorbanan yang telah diberikan

Penyeliaku

Prof Madya Dr. Zaidatun Tasir

Terima kasih atas segala bimbingan dan tujuk ajar yang diberikan

Semua ahli keluarga

Terima kasih di atas segala-galanya

Rakan taulan

Terutamanya Liew Hwi Fen…jasa anda terlalu besar sepanjang penulisan ini… dan

kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung…

Page 7: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

iv

PENGHARGAAN

Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya

tujukan khas buat penyelia saya, iaitu Prof Madya Dr. Zaidatun Tasir yang telah

banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya dapat menyempurnakan

projek ini.

Sekalung terima kasih juga buat yang teristimewa di hati dan sahabat handai

yang banyak membantu dan memberi idea ketika menyiapkan kajian ini terutamanya

saudari Liew Hwi Fen.

Selain itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

sekolah-sekolah di Bandaraya Sibu yang sudi memberi peluang kepada saya untuk

mengedarkan soal selidik di sekolah. Tanpa jasa baik daripada mereka, projek ini

tidak akan dapat berjalan lancar.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

yang terlibat dalam menjayakan projek ini sama ada secara langsung atau tidak. Saya

juga memohon jutaan maaf sekiranya terdapat kekurangan atau kesilapan yang

terdapat di dalam projek ini.

Page 8: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

v

ABSTRAK

Pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi Internet adalah penting

dan perlu dimulakan pada tahap asas. Oleh itu, guru-guru perlu menguasai

pengetahuan tersebut. Dalam kajian ini tahap pengetahuan terhadap mencari

maklumat dari Internet dibahagi kepada pengetahuan mencari maklumat daripada

Internet dan pengetahuan mengakseskan laman web. Terdapat lima pengetahuan

menilai maklumat yang dikaji iaitu ketepatan, kewibawaan, objektif, kekinian dan

liputan (Mat Jizat Abdol et al., 2005). Kajian ini juga mencari faktor-faktor yang

mempengaruhi guru tidak menggunakan Internet. Seramai 165 guru Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan Cina dari lima buah sekolah di Bandar Sibu telah diambil sebagai

sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan kaedah tinjauan secara soal selidik

dengan nilai kebolehpercayaan =0.78. Dalam kajian ini, bahagian B soal selidik

adalah menggunakan soalan berskala betul, salah dan tidak pasti manakala bahagian

C dan D pula berskala likert-5 mata. Semua data diproses dengan Statistical

Packages for Social Sciences (SPSS). Hasil daripada kajian mendapati tahap

pengetahuan terhadap mencari maklumat adalah pada tahap sederhana dengan

peratusan betul sebanyak 50%. Manakala tahap pengetahuan terhadap menilai

maklumat pula adalah agak tinggi (min=4.08). Min bagi ciri-ciri kekinian, liputan,

ketepatan, objektif dan kewibawaan ialah 4.28, 4.25, 4.08, 3.96 dan 3.79. Dapatan

kajian didapati masalah dihadapi adalah pada tahap sederhana (min=3.16). Min bagi

sikap, kekurangan pengetahuan, kekurangan perkakasan, pihak pentadbiran dan

kekangan masa masing-masing ialah 3.77, 3.38, 3.04, 3.00 dan 2.62.

Page 9: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

vi

ABSTRACT

Information searching and evaluation through the Internet are very essential

and should be started at fundamental level. Therefore teachers should master the

knowledge. In this research, the usage of the Internet is divided into knowledge of

searching and accessing information. There are five types of knowledge in assessing

information have been studied in the research, which are accuracy, authority,

objectivity, currency and coverage (Mat Jizat Abdol et al., 2005). In addition, this

research also investigates the factors that influence teachers for not using the Internet.

There are 165 primary teachers from five SJK(C) school in Sibu city were

participating this survey research. The data was collected using questionnaire method,

which the Alpha Cronbach of questionnaire is 0.78. A set of questionnaire which

consisted of part B (true, false and not sure scale), part C and D (likert-5-point-scale)

has been used to collect the related data. Then the data was processed using

Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). From the result of study, researcher

found that the knowledge of information seaching among these teachers was in

intermediate level (correct percentage 50%). Finding from this research showed that

the level of evaluating information was quite high with a mean of 4.08. where mean

for currency, coverage, accuracy, objectivity and authority are 4.28, 4.25, 4.08, 3.96

and 3.79. Nonetheless, the finding of this research showed that the problem faced by

teachers were at intermediate level (mean=3.79) where mean for teachers’ attitudes,

lack of knowledge, lack of facilities, school management and time constraints are

2.62, 3.77, 3.38, 3.04, 3.00 and 2.62.

Page 10: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI SIMBOL

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Rasional Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 12

1.8 Skop Kajian 13

1.9 Batasan Kajian 14

10.0 Definisi Istilah 15

11.0 Penutup 16

Page 11: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

viii

II SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Internet dalam Pendidikan 17

2.3 Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran 20

2.4 Penggunaan Internet di Kalangan Guru 21

2.5 Kemahiran Menggunakan Internet di kalangan 23

Guru

2.5.1 Kemahiran Mencari Maklumat 25

2.5.2 Kemahiran Mengakses Laman Web 26

2.6 Isu tentang Kesahihan Maklumat di dalam Internet 27

2.7 Proses Penilaian Maklumat Menerusi Internet 28

2.7.1 Ketepatan/ Accuracy 28

2.7.2 Kewibawaab/ Authority 29

2.7.3 Objektif/ Objectivity 29

2.7.4 Kekinian/ Currency 29

2.7.5 Liputan/ Coverage 30

2.8 Kekangan Penggunaan Internet di Kalangan guru 30

2.8.1 Sikap Guru 31

2.8.2 Kekurangan Kemahiran 32

2.8.3 Kekurangan Perkakasan 32

2.8.4 Kekangan Masa 33

2.8.5 Sikap Pentadbir 33

2.9 Isu tentang Penilaian Maklumat Menerusi Internet 34

2.10 Penutup 36

III METODOLOGI KAJIAN 37

3.1 Pengenalan 37

3.2 Rekabentuk Kajian 37

3.3 Prosedur Kajian 38

3.4 Pensampelan 40

3.5 Instrumen Kajian 41

Page 12: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

ix

3.6 Kajian Rintis 45

3.7 Analisis Data 46

3.8 Penutup 48

IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 49

4.1 Pengenalan 49

4.2 Keputusan Soal Selidik 49

4.3 Latar Belakang Responden 50

4.3.1 Bilangan Responden Mengikut Sekolah 50

4.3.2 Bilangan Responden Mengikut Jantina 51

4.3.3 Bilangan Responden Mengikut Bangsa 51

4.3.4 Taburan Responden Mengikut Umur 52

Taburan Responden Mengikut Pengalaman 52

Mengajar

4.3.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 53

Akademik

4.3.6 Taburan Responden Guru Pengajaran dan 53

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI)

4.3.7 Taburan Responden Mengikut Penggunaan 54

Perkhidmatan Internet di Sekolah

4.3.8 Taburan Responden Mengikut kursus 54

Internet yang Pernah Dihadiri

4.3.9 Taburan Responden Mengikut Pihak yang 55

Menganjurkan Kursus Internet

4.4 Analisis Kemahiran Penggunaan Internet 56

4.4.1 Analisis Kemahiran Mencari

Maklumat daripada Internet

4.4.2 Analisis Kemahiran Mengakses Laman 59

Web

4.5 Analisis Tahap Penilaian Maklumat daripada 60

Internet

Page 13: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

x

4.5.1 Analisis Ciri-Ciri Umum tentang Tahap 61

Penilaian Maklumat dari Internet

4.5.2 Analisis Ciri-Ciri Ketepatan tentang Tahap 62

Penilaian Maklumat dari Internet

4.5.3 Analisis Ciri-Ciri Kewibawaan tentang 63

Tahap Penilaian Maklumat dari Internet

4.5.4 Analisis Ciri-Ciri Objektif tentang Tahap 64

Penilaian Maklumat dari Internet

4.5.5 Analisis Ciri-Ciri Kekinian tentang Tahap 65

Penilaian Maklumat dari Internet

4.5.6 Analisis Ciri-Ciri Liputan tentang Tahap 66

Penilaian Maklumat dari Internet

4.6 Analisis Faktor-Faktor Tidak Menggunakan 67

Internet

4.6.1 Sikap Guru 68

4.6.2 Kekangan Masa 69

4.6.3 Kekurangan Pengetahuan 70

4.6.4 Kekurangan Perkakasan 71

4.6.5 Pihak Pentadbiran 72

4.7 Penutup 74

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 75

CADANGAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Perbincangan 75

5.2.1 Profil Responden 76

5.2.2 Tahap Pengetahuan Guru-Gurub Sekolah 77

Rendah terhadap Kemahiran Menggunakan

Internet

5.2.2.1 Tahap Pengetahuan Guru-Guru 77

Sekolah Rendah terhadap

Kemahiran Mencari Maklumat

Page 14: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

xi

dari Internet

5.2.2.2 Tahap Pengetahuan Guru-Gurur 79

Sekolah Rendah terhadap

Kemahiran Mengakses Laman Web

5.2.3 Tahap Pengetahuan Guru-Guru Sekolah 80

Rendah terhadap Ciri-Ciri untuk Menilai

Maklumat Internet

5.2.4 Faktor-Faktor Mendorong Guru-Guru 82

Sekolah Rendah Tidak Menggunakan

Internet dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran

5.3 Kesimpulan 86

5.4 Cadangan Kajian 87

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88

5.6 Penutup 89

RUJUKAN 90

LAMPIRAN 96

Page 15: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pembahagian Reka Bentuk Kajian 38

Kuantitatif Berdasarkan Jenis Data yang

Dipungut

3.2 Jadual Populasi dan Sampel Responden 41

Guru-Guru Sekolah Rendah SJK(C)

3.3 Bilangan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 43

3.4 Kemahiran Menggunakan Internet bagi Soalan 43

dalam Soal Selidik

3.5 Penilaian Maklumat dari Internet bagi Soalan 44

dalam Soal Selidik

3.6 Faktor-Faktor Mendorong Guru-Guru Tidak 44

Mengggunakan Internet dalam Proses Pengajaran

dan Pembelajaran bagi Soalan dalam Soal Selidik

3.7 Pemeringkatan Skala Likert 45

3.8 Kaedah Analisis Data Mengikut Pembahagian 46

Persoalan Kajian

3.9 Min Keseluruhan bagi Ciri-Ciri tentang Tahap 47

Guru-Guru Penilaian Maklumat daripada Internet

3.10 Min Keseluruhan bagi Faktor-Faktor Tidak 48

Menggunakan Internet

4.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 50

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 51

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 51

4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 52

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 53

Page 16: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

xiii

Mengajar

4.6 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 53

Akademik

4.7 Taburan Responden Guru PPSMI 54

4.8 Taburan Responden Mengikut Penggunaan 54

Perkhidmatan Internet di Sekolah

4.9 Taburan Responden Mengikut Penggunaan 55

Perkhidmatan Internet di Sekolah

4.10 Taburan Responden Mengikut Pihak yang 55

Menganjurkan Kursus Internet

4.11 Analisis Kemahiran Mencari Maklumat daripada 50

Internet

4.12 Analisis Kemahiran Mengakses Laman Web 59

4.13 Analisis Ciri-Ciri Umum tentang Tahap Penilaian 61

Maklumat dari Internet

4.14 Analisis Ciri-Ciri Ketepatan tentang Tahap 62

Penilaian Maklumat dari Internet

4.15 Analisis Ciri-Ciri Kewibawaan tentang Tahap 63

Penilaian Maklumat dari Internet

4.16 Analisis Ciri-Ciri Objektif tentang Tahap 64

Penilaian Maklumat dari Internet

4.17 Analisis Ciri-Ciri Kekinian tentang Tahap 65

Penilaian Maklumat dari Internet

4.18 Analisis Ciri-Ciri Liputan tentang Tahap 66

Penilaian Maklumat dari Internet

4.19 Min Keseluruhan bagi Ciri-Ciri tentang Tahap 67

Guru-Guru Penilaian Maklumat dari Internet

4.20 Analisis terhadap Sikap Guru 68

4.21 Analisis terhadap Kekangan Masa 69

4.22 Analisis terhadap Tahap Pengetahuan 70

4.23 Analisis terhadap Kekurangan Perkakasan 71

4.24 Analisis terhadap Pihak Pentadbiran 68

4.20 Min Keseluruhan bagi Faktor-Faktor Tidak 74

Menggunakan Internet

Page 17: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

1 Borang Soal Selidik 9

2 Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan 106

Populasi Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W.

3 Kajian Rintis 107

4 Keputusan Analisis 108

5 Surat Pengakuan Pelajar dari Fakulti 109

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

6 Surat Kebenaran dari Bahagian Perancangan 110

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia

7 Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran 111

Negeri Sarawak

Page 18: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

xv

SENARAI SIMBOL

BBM - Bahan Bantu Mengajar

Bil - Bilangan

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

CAI - Computer Aided Instruction

ETeMS - English Teaching Mathematics and Sciences

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

IRC - Internet Relay Chat

JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KDPM - Kursus Diploma Perguruan Malaysia

LCD - Pemapar kristal cecair

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris

RMK-8 - Rancangan Malaysia Kelapan

RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

SJK (C) - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

S - Setuju

Sed S - Sederhana Setuju

SPSS - Statistical Packages For The Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

URL - Uniform Resource Locator

WiFi - Wireless

WWW - World Wide Web

Page 19: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi Maklumat mula berkembang berikutan apabila dunia sibuk

memperkatakan kehebatan komputer sekitar 60-an. Keadaan ini mula menimbulkan

kepentingan komputer dalam kehidupan sehingga pihak Kementerian Pendidikan

memperkenalkan komputer mikro di sekolah-sekolah awal 80-an. Kemudian

komputer telah mula dipelbagaikan dalam pendidikan seperti dalam program

pengajaran berbantukan komputer (Computer Aided Instruction,CAI) (Hashim,1998).

Media dan teknologi pembelajaran telah banyak mempengaruhi corak

pendidikan di seluruh dunia. Pada masa kini, perkembangan dalam program

komputer telah mula mengubah senario pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Adalah dijangkakan dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang baru ini,

ianya dapat memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran

di bilik darjah. Peranan guru pada peringkat ini adalah berfungsi sebagai pemudah

cara di antara media dan proses di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat Pembangunan Pendidikan 2001-2010 memberi penekanan kepada

pembangunan pendidikan tinggi bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang

berpengetahuan dan kemahiran. Matlamat ini selari dengan matlamat pendidikan

Page 20: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

2

kebangsaan untuk memenuhi keperluan individu, keluarga, masyarakat, dan negara

serta cabaran-cabaran terkini hasil daripada pengaruh besar globalisasi, liberalisasi,

dan k-ekonomi. Pembangunan Pendidikan 2001-2010 juga bertujuan

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK), iaitu meningkatkan kreativiti dan inovasi

di kalangan pelajar; meningkatkan budaya ilmu; membudayakan Sains dan

Teknologi; membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; menyediakan sistem

pendidikan yang lebih cekap, berkesan, dan bertaraf dunia; menjadikan Malaysia

sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serta meningkatkan martabat pendidikan

Malaysia pada peringkat antarabangsa (Pembangunan Pendidikan 2001-2010

Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan, 2001).

Dalam menuju abad ke-21, perubahan hala tuju dalam bidang ekonomi yang

berasaskan pengetahuan k-ekonomi ( knowledge economy ) amat mempengaruhi

sistem pendidikan di negara kita. Kemunculan penggunaan teknologi komputer

dengan kemudahan Internet memberi kesan yang mendalam kepada semua pelajar

agar dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok,

berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar (Rozinah Jamaludin, 2006).

Dari segi pendidikan, komputer menyediakan pelajar untuk hidup dalam

masyarakat di mana komputer digunakan untuk mencegah buta huruf dan

meningkatkan pengetahuan tentang dunia luar. Mengikut Mary Jo Langhore, et al.

(1989):

“Literasi komputer boleh dikonsepkan kemungkinan

kepada tiga komponen : pengetahuan berkaitan komputer,

pengetahuan berkaitan penggunaan komputer dan pengetahuan isu

sosial berkaitan dengan komputer.”

Page 21: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

3

Bekas Menteri Pendidikan Datuk Sri Mohd. Najib Tun Razak telah

mengumumkan bahawa semua sekolah di Malaysia akan menjadi Sekolah Bestari

menjelang tahun 2010. Sekolah Bestari ialah sekolah yang dapat menyediakan

pelbagai peluang untuk perkembangan pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

Sekolah Bestari merupakan sekolah yang dilengkapi dengan segala keperluan

termasuk saluran pengajaran seperti komputer dan kemudahan Internet yang boleh

digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran. Kaedah ini bukan sahaja dapat

melicinkan dan memaksimakan perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran

pemikiran tinggi, tetapi kepelbagaian kebijaksanaan dalam mata pelajaran yang

dipelajari. (Hamizer,1997)

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran

MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui

projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan

perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidikan bagi

membolehkan mereka memperolehi maklumat dari dalam dan luar negara,

pertukaran maklumat dan berkomunikasi secara elektronik.

Bagi meningkatkan penggunaan e-pembelajaran, Internet telah dibekalkan

(Zoraini, 1997). Penggalakan Internet dalam pendidikan telah dilancarkan pada 1997.

Internet telah dilihat sebagai satu alat untuk mengakses maklumat dan pengetahuan

secara global untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Ia merupakan

fenomena global yang baru yang akan mengubah cara dan norma kehidupan kita di

seluruh negara. Teknologi telah merevolusikan dunia pengkomputeran dan

komunikasi dunia pada hari ini dengan menggabungkan maklumat dalam bentuk

teks, video, suara dan animasi di mana media penyaluran di seragamkan kepada

Internet dan digunakan secara meluas. Dengan menggunakan Internet, ia akan

menukarkan bilik darjah yang ada menjadi sebuah bilik darjah maya dan global.

Di dalam bidang pendidikan, Internet berfungsi sebagai pembekal maklumat

seperti pusat sumber yang ada di sekolah. Menerusinya guru boleh mencari pelbagai

Page 22: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

4

maklumat yang berkaitan yang mungkin sukar atau tidak dapat diperolehi dari buku

yang ada di pasaran. Setelah menjumpai maklumat yang ingin dicari, guru boleh

memaparkannya di skrin menerusi projektor supaya ianya dapat dilihat oleh pelajar

(Baharuddin Aris et al.,2003).

Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2005), penggunaan Internet

dalam proses P&P adalah satu isu baru dalam bidang pendidikan. Internet merujuk

kepada kombinasi teknologi komputer dan telekomunikasi dan sehingga kini ianya

boleh dianggap sebagai kemuncak kecanggihan teknologi komputer masa kini. Ini

adalah kerana ia merupakan rangkaian telekomunikasi antarabangsa yang

membolehkan seseorang berinteraksi melalui komputer dengan bantuan talian

telekomunikasi dan seterusnya menjelajah dunia dengan hanya sentuhan jari pada

peranti-peranti input yang dipilih.

INTEL Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Kementerian Pelajaran telah

bekerjasama dalam Program Perintis Teknologi Wayarles fasa ketiga yang

membolehkan guru dapat mengajar dengan lebih berkesan dalam kelas melalui

Internet. Menerusi fasa tersebut, sebanyak 175 sekolah boleh mengakses 500

wireless ( WiFi) sehingga ke bilik guru, pusat penyelidikan dan makmal sains yang

memfokus kepada tempat pengajaran dan pembelajaran. Program tersebut diadakan

selaras dengan projek pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(ETeMS) yang diperkenalkan oleh kementerian terbabit. Pengajar boleh mengakses

nota menerusi Internet dan ia lebih berkesan berbanding dengan nota kuliah.

Menurut Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (2007), teknologi

tanpa wayar boleh meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar, seperti juga

pengajar boleh mengakses maklumat dan pertukaran idea dengan kumpulan lain di

seluruh dunia (Utusan Malaysia, 2007).

Page 23: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan Internet pada masa kini berkembang dengan pesat di seluruh

dunia termasuk di Malaysia. Isu yang paling ketara dalam merealisasikan

pembelajaran melalui laman web ini di Malaysia adalah pemilikan dan akses kepada

teknologi dimana kadar akses ke Internet pada masa kini belum lagi meliputi

sebilangan besar penduduk Malaysia. Selain itu kemampuan menguasai teknologi ini

sepenuhnya dan kefahaman terhadap fungsi serta tugas laman web dalam

melaksanakan pembelajaran turut mengekang kepada perkembangan pantas sistem

melalui web. Literasi komputer bukan hanya sekadar pengetahuan menggunakan

komputer dan mengakses Internet semata-mata malahan kemahiran menyaring

maklumat yang diterima adalah keperluan utama untuk mengelakkan berlakunya

penyelewengan terhadap sumber maklumat yang diterima (Baharuddin Aris et al.,

2003).

Pengajaran berlandaskan Internet menjadi semakin penting pada masa kini.

Menurut Sunal et al. (1998) Internet merupakan satu medium yang memudahkan

komunikasi dan pemerolehan maklumat dan dapat memudahkan guru membantu

murid untuk membentuk pengetahuan sedia ada supaya pelajar dapat menerima

pengetahuan baru. Melalui pembelajaran aktif ini, pelajar boleh menggunakan

teknologi untuk membaca, menulis, meneliti dan menyelesaikan masalah. Ini

membawa perubahan daripada pembelajaran tradisional kepada pembelajaran yang

aktif, mengubah peranan guru dan pelajar ke arah pembelajaran konstruktif yang

membawa tumpuan pelajar kepada konteks dunia yang sebenarnya. Elemen

pembelajaran konstruktif muncul apabila pelajar terlibat secara aktif dalam

pembelajaran yang dapat mengintegrasikan pengetahuan baru dengan pengetahuan

sedia ada. Oleh itu, guru perlu terlebih dahulu bersedia untuk menguasai kemahiran

menggunakan Internet bagi menghadapi era Teknologi Maklumat.

Penggunaan Internet semakin meluas digunakan dalam pendidikan. Oleh itu,

guru-guru perlu tahu mengaplikasikan Internet supaya tidak ketinggalan dengan

Page 24: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

6

teknologi terkini. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan efektif antara pelajar

dan guru dengan adanya kemudahan Internet. Terdapat segelintir guru masih enggan

mendedahkan diri dengan komputer kerana faktor-faktor tertentu. Kajian Nohaini

Senu (1999), mendapati faktor masa menjadi permasalahan guru-guru dalam

melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan Teknologi Maklumat walaupun

mempunyai minat yang mendalam terhadap penggunaan komputer dan IT yang

tinggi.

Menurt Oliver et al., (1999) :

“ Sumber maklumat daripada Internet semakin berkembang pesat.

Walaubagaimanapun , kebanyakan maklumat masih belum dibuat penilaian. Oleh itu,

pengajar perlu menilai maklumat yang diambil daripada Internet dan mengajar

murid-murid menilai maklumat dari Internet.”

“Internet information sources are growing at an incredible rate;however,

much of that information has not yet been evaluated. Educators need to evaluate

Internet resources and teach their students to do the same”

Baule (1997) menyatakan maklumat daripada Internet adalah mudah dicari

tetapi tidak semesti betul. Pada masa kini, guru-guru sekolah semakin biasa

mendapatkan maklumat daripada Internet. Didapati masih terdapat banyak guru-guru

di sekolah rendah kurang mahir menentukan atau memilihkan kesahihan maklumat-

maklumat tersebut sedangkan kesahihan maklumat adalah penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran memilih maklumat amat perlu jika tidak

kemungkinan maklumat yang disampaikan kepada pelajar adalah tidak sahih. Oleh

itu, guru sebagai seorang pendidik adalah digalakkan memiliki teknik-teknik menilai

maklumat yang diperolehi daripada Internet.

Page 25: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

7

Menurut Ryder & Hughes (1997), kepantasan dan kemudahan meneroka

pelbagai sumber maklumat secara global melalui Internet membolehkan pelajar

menjana pengetahuan mengikut kebolehan mereka dan ini membantu kepada

pencapaian matlamat yang lebih bermakna dengan tidak hanya menghafal fakta.

Bentuk pembelajaran seperti ini memerlukan guru dan pelajar yang mampu melayari

dan memperolehi maklumat dalam Internet. Justeru, kejayaan mengunakan alat ini

bergantung kepada kebolehan guru dan pelajar meneliti dan memanfaatkan

maklumat yang dicapai serta menilai kesesuaian maklumat tersebut.

Menurut Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Datuk Yusoff

Harun, BPT telah memberi kursus kepada semua orang, tetapi apabila mereka balik

ke sekolah, mereka tidak menggunakannya. Oleh yang demikian, masalah sebenar

adalah masalah budaya. Mereka tidak merasakan penggunaan teknologi ini

membantu pengajaran mereka (Utusan Malaysia, 15 April 2007).

Oleh yang demikian, kajian terhadap penggunaan serta tahap pengetahuan

guru terhadap Internet harus dilaksanakan. Dengan terlaksananya kajian ini maka

maklumat tentang penggunaan Internet di kalangan guru dapat diperolehi. Maka

daripada dapatan kajian ini pelbagai usaha boleh dijalankan untuk meningkatkan atau

memperkembangkan penggunaan Internet di kalangan guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan teknologi Internet didapati mendatangkan banyak kebaikan

kepada guru-guru di sekolah. Melalui internet guru dapat mencari maklumat terkini

untuk digunakan dalam proses P&P. Masalah timbul ialah adakah semua guru-guru

sekolah rendah mahir dengan teknik mencari maklumat dari Internet?

Page 26: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

8

Menurut Noraziah (2007), cabaran dalam menggunakan WWW kini adalah

terdapatnya terlalu banyak maklumat daripada jutaan sumber dari seluruh dunia. Kita

kini dibanjiri oleh maklumat yang kadangkalanya tidak berkualiti. Adalah menjadi

satu masalah untuk kita menilai maklumat yang disediakan di dalam Internet

memandangkan tiadanya sekatan atau tapisan untuk menyumbang maklumat ke

WWW. Timbul juga masalah untuk mendapatkan kembali maklumat memandangkan

terlalu banyak maklumat sedangkan masa kita untuk menggunakan sistem ini adalah

terhad. Tentunya amat mengecewakan jika hasil pencarian yang dibuat tidak seperti

yang diharapkan setelah berjam-jam duduk di depan komputer.

Dalam kajian Ting & Woo (2005) dengan temubual dengan beberapa guru

yang kurang atau tidak menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan

pembelajaran mereka didapati masalah utama yang dihadapi mereka adalah

kekangan masa untuk menghabiskan silibus kerana menurut mereka penggunaan

Internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun mereka

bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran. Sementara Wiburg (1997), pula

mengatakan bahawa untuk membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber

multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan menggunakan teknologi

dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang

terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital.

Menurut Chiero (1997) lagi, masa merupakan halangan yang utama dalam

penggunaan teknologi. Oleh yang demikian, guru akan menjadi lebih selesa

menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka sekiranya mereka diberikan masa

yang cukup untuk membiasakan diri. Kajian ini pula bertujuan untuk mengkaji

faktor-faktor yang mendorong guru-guru sekolah rendah untuk tidak menggunakan

perkhidmatan Internet yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Dalam kajian Ting dan Woo (2005) didapati tidak ramai para pendidik yang

memanfaatkan Internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada

pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan

Page 27: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

9

pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah

terutamanya penggunaan Internet atau WWW masih lagi rendah. Kajian yang

dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan

ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM

adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan

memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan

kemahiran.

Berdasarkan fenomena-fenomena dan dapatan-dapatan tersebut, pengkaji

berhasrat untuk mengenalpasti tentang tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah

terhadap kaedah mencari maklumat dari Internet, menilai bahan dapatan dari Internet

dan faktor-faktor mendorong mereka tidak menggunakan Internet dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah terhadap

mencari maklumat dari Internet.

1.4.2 Mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah dalam menilai

maklumat dari Internet berdasarkan :

i. Ketepatan

ii. Kewibawaan

iii. Objektif

iv. Kekinian

v. Liputan

1.4.3 Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong guru-guru sekolah rendah tidak

menggunakan Internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 28: KAJIAN TERHADAP PENGETAHUAN MENCARI DAN MENILAI … · i kajian terhadap pengetahuan mencari dan menilai maklumat menerusi internet di kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan

1.4 Persoalan Kajian

Dengan berpandukan objektif kajian di atas, persoalan yang ingin dijawab

dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah terhadap mencari

maklumat dari Internet?

ii. Apakah tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah terhadap ciri-

ciri untuk menilai maklumat dari Internet berasaskan elemen:

i. Ketepatan

ii. Kewibawaab

iii. Objektif

iv. Kekinian

v. Liputan

iii. Apakah faktor-faktor yang mendorong guru-guru sekolah rendah tidak

menggunakan Internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran?