kajian literatur kesalahan ejaan huruf besar kecil

18
Menurut Awang Sariyan (1983) dan Rahimah Hj Sarban (1988) aspek ejaan dalam penulisan merupakan aspek tatabahasa yang perlu diku asai oleh murid- murid sekolah. Kesalahan yang dilakukan oleh murid_murid pada peringkat awal akan berlanjutan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam bidang penulisan pula, kelemahan menguasai ejaan akan menjejaskankomunikasi bidang itu sendiri. Kesalahan ejaan akan terbawa-bawa dalam situsi penulisan Negara. Oleh hal yang demikian, kajian ini penting untuk mengkaji teknik yang terbaik untuk mengatasi masalah yang telah diutarakan ini. Kertas Kerja Cadangan: Penyelidikan Tindakan 1 MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH (A&B) Nama Pelajar: Syed Ahmad Fadzrool B Syed Mohd Fadzil No Kad Pengenalan: 890826-05-5495 Angka Giliran: 23571 Kumpulan / Unit PISMP G2 : BM/PJ/PSV Nama Pensyarah Pembimbing: Cik Hjh Nur `Azah Bt Hj. Ahmad

Upload: gidang

Post on 27-Oct-2015

497 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

Menurut Awang Sariyan (1983) dan Rahimah Hj Sarban (1988) aspek ejaan dalam penulisanmerupakan aspek

tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid sekolah. Kesalahan yangdilakukan oleh

murid_murid pada peringkat awal akan berlanjutan hingga ke peringkat yanglebih tinggi. Dalam bidang penulisan

pula, kelemahan menguasai ejaan akan menjejaskankomunikasi bidang itu sendiri.

Kesalahan ejaan akan terbawa-bawa dalam situsi penulisan Negara. Oleh hal yang demikian, kajian ini

penting untuk mengkaji teknik yang terbaik untuk mengatasi masalah yang telah diutarakan ini.

Kertas Kerja Cadangan: Penyelidikan Tindakan 1

MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN

HURUF B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH

(A&B)

Nama Pelajar:

Syed Ahmad Fadzrool B Syed Mohd Fadzil

No Kad Pengenalan:

890826-05-5495

Angka Giliran:

23571

Kumpulan / Unit

PISMP G2 : BM/PJ/PSV

Nama Pensyarah Pembimbing:

Cik Hjh Nur `Azah Bt Hj. Ahmad

Tarikh Serahan:

7hb Mac 2012

 a.    Pendahuluan

Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid

sekolah rendah. Hal ini amat penting  untukmereka mencapai kejayaan yang lebih

cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian  ini bertujuan

Page 2: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

untuk  mengenal pasti permasalahan tentang  kemahiran  membaca dan

menulis Bahasa    Melayu    dalam   kalangan    murid-murid     sekolah   rendah    di

luar bandar ( Abdul Rasid Jamian, 2011)

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling

melengkapi      antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis

merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara

bersistem    iaitu  mengambilkira matlamat, penggunaan bahasa,   audiens,  dan   gaya

penulisan. Sehubungan itu, keupayaan

membaca      dan   menulis    merupakan      suatu kemahiran

yang  menjadi  punca  atau  asas  dalam  proses  pengajaran  dan pembelajaran yang

berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang

tinggi  dalam  kemahiran  membaca dan  menulis  pasti  dapat  meningkatkan

penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.

(Abdul Rasid Jamian)

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai

kemahiran  membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya.

Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam

huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan b

betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan

perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.Ini menimbulkan pola

bacaan yang merangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami

maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak

berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan

yang diberikan oleh guru. 

Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009),cara memegang alat tulis

akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam

motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel,

memasang butang baju dan memasan manik. Kanak-kanak yang

menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor.

Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan

Page 3: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis

menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan

lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.

Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada

pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis

huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang

antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah

menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk

melahirkan idea melalui tulisan ynag cantik dan penuh dengan kesenian.

Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan

pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatumasalah.Contohnya, seperti

ketika mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan

alternatif bkepada pyang ditunjukkan. Selaindari masalah kekeliruan huruf terbalik,

kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dancontoh kekeliruan yang sering didapati

adalah kekeliruan antara huruf bdengan huruf d dan huruf pdenganq( Higgins et al.1996).

Satuanalisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak

tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran

memadankan bentuk huruf kecil sepertiu, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k .  Kajian Popp (1964)

juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam

usahamemadankan bentuk-bentuk huruf kecil sepertib-d,p-q, b-q, dan d-pyang dinamakan

masalah pembalikan huruf (reversal of letters).

Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan diatas, saya dapati

perkara yang dijelaskan mempunyai kaitan dengan pengalaman saya sepanjang

menjalani praktikal sebanyak tiga kali ini. Ini dapat lihat dalam masalah-masalah

yang  terdapat di setiap sekolah yang telah saya menjalankan sesi praktikal ini.

Bagi praktikal fasa pertama iaitu di Sekolah Kebangsaan Tasek Damai, saya

telah menghadapi cabaran dalam berhadapan dengan murid yang mengalami masalah

dari segi bentuk tulisan yang teruk.Ini dapat dilihat sepanjang sebulan saya

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut.Ia juga berlaku

dalam kalangan murid tahap dua. Ini secara tidak langsung saya dapat mengaitkan

masalah penulisan masih lagi menyelubungi diri murid-murid tahap dua.

Page 4: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

Selain itu, saya juga telah berhadapan dengan masalah murid tidak mampu

membezakan huruf kecil dan huruf besar.Ini dapat dilihat ketika saya menjalankan

praktikal fasa kedua iaitu disebuah sekolah kecil di tengah bandar iaitu Sekolah

Kebangsaan Seri Kepayang.Hampir kesemua murid dikalangan murid tahap dua

sekolah tersebut mengalami masalah ini.Ia dapat juga digambarkan sebagai masalah

dalam aspek penulisan yang juga dapat dikaitkan dengan kajian saya ini.

Pada kali ini, ketika menjalankan praktikal fasa ketiga ini, saya juga menghadapi

masalah yang hampir serupa dan ia merupakan masalah yang berat dalam kalangan

murid tahap dua. Masalah tersebut adalah tidak dapat membezakan penggunaan huruf

b dan p dalam menulis perkataan.

Justeru itu, saya mendapat gambaran awal bagaimana masalah ini masih lagi

berada disekeliling saya sedangkan kita sebagai pendidik sudah terlepas pandang akan

kelemahan dan kekurangan murid-murid tahap dua sepanjang tempoh kini. Justeru,

kajian ini adalah penting bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi dan

mengurangkan kesalahan dan kekurangan yang menyelubungi murid-murid tahap dua

ini.

 b.    Sorotan Literatur

Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu,

bidang penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat

dikaji melalui aspe penulisan ini. Seperti yang

Saya merujuk kepada bab tokoh yang telah mengkaji mengenai aspek penulisan.

Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan

seperti Politzer dan Ramirez (2006), Vongthieres (2006) dan Fox (2007).

Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose

Hamidah (2006:23) dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang

dituturkan oleh kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67

orang) dan bilingual (59 orang). Kanak-kanak ini ditayangkan filemanimated

cartoon sebanyak 4 kali kemudian mereka disuruh menceritakan semula jalan

ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis mengikut  peringkat-peringkat

aspek   yang   hendak dikaji,  iaitu morfologi dan sintaksis.

Page 5: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa sebanyak 50% adalah kesilapan

menggunakan  ‘simple past tense’, sementara 10% adalah kesalahan ‘preposition ’

sebelum frasa nama. Mereka menambah

lagi,  punca  kesilapan    bahasa    berlaku   di  kalangan    para   pelajar  berkenaan      

adalah   berpunca    daripada   pengaruh    bahasa  ibunda, dialek-dialek bahasa

Inggeris yang tidak standard dan   pengaplikasian   peraturan-

peraturan   tatabahasa   yang tidak sistematik.

         Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh Hjh   Dyg  Rose Hamidah,

2006: 24), iaitu kajian berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-

pelajar   Thailand   dalam   mempelajari   bahasa  Inggeris   di   Universiti   Ohio.   Hasil

kajian menunjukkan bahawa aspek yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar

tersebut

adalah   penggunaan   kata   kerja   mengikut   jenis   kata    ‘tense’  yang   berlainan.  S

ebanyak 44.8% kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut

jenis kata ‘tense’ yang dilakukan oleh para pelajar tersebut.

 c.    Fokus Kajian.

Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah menghadapi beberapa masalah

kajian yang dialami dalam kalangan murid Tahun 4 Jaya. Antara masalahnya adalah

masih lagi terdapat murid yang tidak mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan

lancar, murid keliru akan penggunaan huruf b dan p, murid masih lagi tidak mampu

membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk dan tidak boleh membina peta minda

dengan betul.

Hasil perbincangan dengan Puan Hayati (Guru Kelas Tahun 4 Jaya), antara

masalah utama dikalangan murid Tahun 4 Jaya ialah murid tidak dapat membezakan

penggunaan huruf b dan p ketika membina ayat atau karangan. Ini jelas kelihatan

apabila saya membuat semakan buku tulis dan karangan mereka.Terdapat kesalahan

yang dlakukan terutamanya perkataan yang mempunyai huruf b dan p dibelakang

perkataan.

Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 Jaya

yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2

bahagian B. Keadaan ini adalah kerana murid-murid ini sebenarnya mampu membaca

Page 6: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

dengan baik tetapi disebabkan mereka masih tidak mampu membezakan huruf b dan p

murid-murid ini sukar untuk mendapatkan markah yang baik dalam penulisan.Justeru

itu secara tidak langsung prestasi murid-murid ini semakin merudum.

Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi

masalah bagi mereka.Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang baik

di tahap satu dahulu dan mereka perlu mahir mengenai penulisan ini.Pada tahap dua

ini, penulisan adalah penting kerana mata pelajaran Bahasa Melayu kertas dua

memerlukan murid-murid yang mampu untuk menulis dengan baik.

 d.    Objektif Kajian

Dalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti

masalah dalam kekeliruan penggunaan huruf b dan p bagi murid-murid  sekolah

rendah  di luar bandar. Manakala  objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :

1.           Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p mempunyai perbezaannya.

 2.       Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan

dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Jaya.

 3.       Meningkatkan prestasi murd Tahun 4 Jaya dalam aspek

penggunaan huruf b dan p

 e.    Soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut :

1.         Mengenal pastipunca masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam kalangan

murid Tahun 4 Jaya.

 2. Apakah  kaedahA&B dapat digunakan sebagai satu kaedah menulis  huruf b dan p

dalam sesuatu perkataan.

3.      Sejauh manakah prestasi murid Tahun 4 Jaya meningkat setelah

menggunakan  kaedah  K&K

 f.     Kumpulan Sasaran.

Praktikal fasa 3 kali ini saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar

iaitu merupakan sebuah sekolah gred B dan juga merupakan Sekolah Kurang

Murid.Sekolah Kebangsaan Malim Nawar ini terletak berdekatan dengan Pekan Malim

Nawar.Ia merupakan sebuah pekan yang beradap di mukin Jeram dan daerah Kampar.

Page 7: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

Malim Nawar merupakan sebuah pekan kecil dipinggir bandar yang mana

kebanyakkan penduduknya merupakan masyarakat Melayu sebagai kaum yang utama

diikuti oleh masyarakat Cina dan India.Masyarakat Malim Nawar ini majoritinya

berpendapatan sederhana dan punca utama rezeki mereka adalah bertani dan

bercucuk tanam.Justeru itu, dapat dilihat bahawa murid-murid di Sekolah Kebangsaan

Malim Nawar ini berlatar belakangkan keluarga yang sederhana dan berpendapatan

rendah.

Dalam kajian yang dikaji, saya telah memfokuskan kepada murid-murid kelas

Tahun 4 Jaya.Ini adalah kerena saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran

Bahasa Melayu dalam kelas tersebut.Kelas Tahun 4 Jaya ini mempunyai 17 orang

murid yang terbahagi kepada 8 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan.

Bilangan ini tidak ramai kerana sekolah ini ditempatkan bilangan murid yang sedikit

dalam sesebuah kelas dan juga mempunyai pelbagai aras dan tahap pencapaiannya.

Oleh itu, secara tidak langsung prestasi murid Tahun 4 Jaya ini berada ditahap

yang sederhana dan lemah, akan tetapi mereka masih lagi berkebolehan dalam

mencapai tahap yang memberangsangkan jika dapat dibentuk awal dengan cara yang

betul.

 g.     Rancangan Tindakan

Beberapa rancangan tindakan telah difikirkan yang mana kemungkinannya mampu

untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan murid-murid sekolah SKMN untuk

membezakan penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan. Pelbagai kaedah

telah dirancangkan dan penyusunan tindakan yang akan dijalankan telah pun disusun

agar dapat membuat perlaksanaan dengan baik dan tersusun.Kaedah dan tindakan

yang dirancang disenaraikan dalam jadual berikut.

Page 8: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

h.    Tindakan yang dijalankan. 

Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi,

termasuk setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali

lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi

perhatian yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi

antara perkembangan dan persekitarannya. Walau  apa jua kaedah yang hendak

digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang

cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan

oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah

kekeliran penggunaan huruf b dan p ini akan dijelaskan.

Kaedah A&B iaitu kaedah atas dan bawah yang telah dicipta bagi mengatasi

masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam menulis sesuatu perkataan.

Kaedah A&B ini merupakan satu kaedah yang lebih memfokuskan kepada murid untuk

mengenal dan memahami penggunaan huruf b dan p dala menulis sesuatu perkataan

dan ayat.Berikut adalah langkah-langkah dalam menjalankan kaedah A&B ini.

 Langkah 1

Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk mengenal pasti

secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf b dan

p.Pemerhatian akan dilakukan dengan saya membuat pemerhatian terhadap hasil kerja

murid di dalam buku tulis mereka. Di situ dapat dilihat bahawa terdapat masalah

dimana murid sering kali salah dalam penggunaan huruf b dan p ketika menulis

perkataan.

 Selain itu, saya juga akan membuat Ujian diagnostik terhadap murid-murid.

Ujian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam pengejaan sesuatu

perkataan itu terutama sekali perkataan yang mempunyai huruf b dan p..Ini kerana

tahap kemahiran setiap murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan

memudahkan guru untuk merancang latihan yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini

juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan

murid tersebut.

Dalam langkah ini juga saya akan menjalankan sesi temu bual bersama guru kelas

Tahun 4 dan juga guru pembimbing mata pelajaran Bahasa Melayu. Temu bual ini

Page 9: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

adalah bertujuan untuk mengenal pasti kemampuan sebenar murid-murid di kalangan

Tahun 4 Jaya ini. Dalam temu bual ini pelbagai soalan akan ditanya dan fokus temu

bual ini adalah untuk menentukan tahap seseorang murid dalam mengenal perbezaan

diantara huruf  b dan p.

 Langkah 2                                

Setelah mendapat hasil keputusan ujian diagnostik dan juga temu bual bersama guru

kelas dan guru pembimbing, tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi

penerangan dan pengajaran teknik mengenal huruf b dan p.

Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid teknik menulis huruf b

yang betul iaitu dengan kedudukan bermula dari pangkalnya diatas terlebih dahulu.

Manakala bagi huruf p pula, kedudukan pensil bermula dari pangkalnya dibawah

dahulu. Cara ini secara mudah dapat difahami oleh murid-murid dalam tujuan mengenal

bentuk dan cara penulisan huruf b dan p dengan betul.

 Langkah 3

Langkah seterusnya,saya memberikan ujian pertama dengan murid dikehendaki untuk

mengenal pasti kedudukan huruf b dan p dalam sesebuah petikan yang diberikan

dengan cara menggariskan atau membulatkan. Cara ini bertujuan untuk membiasakan

murid dengan kedudukan huruf-huruf tersebut dalam sesuatu perkataan sekali gus

dapat memberi gambaran kepada murid tentang penggunaan huruf b dan p dalam

sesuatu perkataan itu.

 Langkah 4

Pada langkah keempat ini, saya akan menguji murid dengan cara menyenaraikan

perkataan-perkataan yang mempunyai huruf b dan p dengan ejaan yang betul. Murid

akan menggunakan pengetahuan yang mereka ada untuk menulis semula perkataan

yang telah dilihat dalam latihan sebelum ini. Cara sebegini murid akancuba mengenal

dan mengecam ejaan yang betul bagi sesuatu perkataan itu. Selain itu murid juga dapat

melatih diri dalam menulis sesuatu perkataan itu dengan menggunakan huruf b dan p

dengan betul.

 Langkah 5

Setelah melaksanakan ujian dalam langkah 4, saya akan membuat penilaian terhadap

hasil kerja murid tersebut. Berdasarkan penilaian yang dibuat, murid yang lulus atau

Page 10: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

mampu menyelesaikan ujian yang dilaksanakan dengan baik akan dibuat tindakan

selanjutnya, manakala murid yang masih lagi tidak mampu mengenal perbezaan huruf

b dan p dengan ujian dalam langkan 4 akan diuji semula. Dengan cara ini guru akan

mengulangi semula langkah 4 untuk memastikan bahawa murid-murid yang masih lagi

tidak melepasi tahap yang diinginkan itu dapat melaksanakannya dengan lebih baik.

Langkah 6

Setelah guru melaksanakan pusingan kedua bagi murid-murid yang belum mencapai

tahap di langkah 5, guru mula mengumpulkan hasil dapatan yang diperolehi. Hasil

tersebut direkodkan ke dalam penulisan kajian tindakah yang akan dihasilkan kelak.

Justeru itu, guru sendiri dapat merumuskan bahawa kaedah yang digunakan iaitu

Kaedah A&B berhasil untuk dilaksanakan atau pun tidak. Segala keputusan dan

tindakan yang dilaksanakan akan dijilidkan bagi.

 i.       Teknik Pengumpulan Data. (jadual)

Setelah memperoleh data-data yang dikehendaki dengan cara membuat pemerhatian,

ujian, temu bual serta latihan dan penilaian, teknik pengumpulan data juga perlu

bersesuaian dengan cara bagaimana sesuatu data itu hendak dikumpul atau

direkodkan. Berikut adalah beberapa teknik pengumpulan data yang dirancang dalam

merekod maklumat atau data yang diperolehi.

a.    Teknik Pemerhatian

Teknik pemerhatian merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang sesuai

digunakan bagi mengenal pasti masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang

proses tindakan. Dalam teknik pemerhatian ini boleh terbahagi kepada beberapa

bahagian antaranya pemerhatian di awal tindakan, pemerhatian ketika tindakan

berjalan dan pemerhatian di akhir tindakan.

Pemerhatian di awal tindakan adalah seperti membuat pemerhatian terhadap

hasil kerja murid yang lepas, antaranya membuat semakan terhadap buku latihan murid

dan ujian bulanan murid yang lepas. Pemerhatian ini adalah untuk mendapatkan

gambaran awal mengenai masalah yang dihadapi murid serta mengenal tahap prestasi

murid ketika itu. Berikut adalah contoh borang teknik pemerhatian di awal tindakan

dalam proses pengumpulan data.

Page 11: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

Teknik Pemerhatian Ketika Tindakan pula adalah pemerhatian yang akan

dilakukan sepanjang proses tindakan itu berjalan. Ini bermaksud bermulanya

penerangan sehingga tamat menjalankan kaedah yang dirancang, pemerhatian akan

sentiasa berlaku. Ia disebabkan guru ingin melihat dan meneliti sebarang

perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap prestasi murid ketika

menjalankan kaedah tersebut. Ini adalah penting kerana ia dapat mengenal pasti sama

ada murid mampu membuat perubahan yang positif dalam masa yang lebih singkat dari

jangkaan guru atau sebaliknya.

Bagi teknik pemerhatian di akhir pula, tindakan dijalankan selepas melaksanakan

kaedah A&B tersebut. Pemerhatian ini adalah bertujuan bagi memastikan murid-murid

dapat menerima dengan baik atau juga dapat menilai sama ada kaedah yang

digunakan itu mampu dilaksanakan dengan jayanya atau pun tidak.

.    Teknik Temu Bual

Temubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon berbentuk

verbal dan juga gerak badan. Temubual membolehkan guru mengkaji dengan lebih

terperinci akan masalah murid-murid tersebut. ini juga menurut Merriem (1998)

penggunaan temubual bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat sepeti

sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan

sebagainya.

Di sini guru dapat membuat temubual bersama guru pembimbing dan guru kelas

bagi mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh murid dan juga guru sendiri boleh

membuat tamubual bersama murid itu sendiri.

j.       Teknik Analisis Data.

 Analisis data adalah suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa, mempelajari,

membandingkan data yang ada dan membuat interpretasi yang diperlukan.Selain itu,

analisis data dapat digunakan untuk mengindentifikasi ada tidaknya masalah.Kalau

ada, masalah tersebut harus dirumuskan dengan jelas dan benar.

      Kegunaan analisis data adalah sebagai bahan masukan untuk pengambilan

keputusan, perencanaan, pemantauan, pengawasan, penyusunan laporan, penyusunan

statistik pendidikan, penyusunan program rutin dan pembangunan, peningkatan

program pendidikan, dan pembinaan sekolah. 

Page 12: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

Dalam menganalisis data, pelbagai cara yang boleh laksanakan, antaranya dari aspek

pemerhatian. Kajian saya ini akan menggunakan beberapa borang bagi teknik

pengumpulan data pemerhatian (seperti yang dijelaskan dalam teknik pengumpulan

data). Dengan borang tersebut, analisis dijalankan dengan mengenal pasti sama ada

murid-murid ini mempunyai masalah seperti yang dinyatakan. Berdasarkan

pemerhatian terhadap masalah murid itu, saya akan mengambil tindakan susulan

dengan mengklasifikasikan masalah-masalah murid ini kepada beberapa kategori iaitu

kategori peringkat 1, peringkat 2 dan peringkat 3.

Dalam peringkat 1, murid bermasalah ini berada pada tahap paling rendah. Ini adalah

kerana mereka langsung tidak  dapat mengenal dan membezakan huruf b dan p dalam

menulis perkataan.  Manakala peringkat 2 pula, murid-murid ini dikategorikan sebagai

bermasalah dari aspek fizikal seperti kesalahan cara memegang pensil, mempunyai

masalah penglihatan dan sebagainya dan peringkat 3 pula murid-murid ini boleh

diklasifikasikan dengan masalah ketidakprihatinan dalam diri mereka. Ini dapat

dijelaskan dengan murid-murid tersebut melakukan kesilapan dalam penulisan b dan p

atas sebab cuai dan lalai ketika menulis sesuatu perkataan atau ayat. Ini secara tidak

langsung akan memberikan kesan yang negatif kepada prestasi mereka kerana

kesalahan ini akan menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka jika tidak dibendung pada

peringkat awal.

 Seterusnya, analisis data juga boleh dilakukan pada pengumpulan data temubual.

Berdasarkan data yang diperoleh, teknik temubual boleh dianalisis dengan memastikan

beberapa masalah yang dihadapi oleh setiap individu dalam kelas tersebut. Dalam

temubual ini, saya akan berkomunikasi dengan guru kelas dan juga guru pembimbing

bagi mendapatkan maklumat serta bersoal jawab juga dengan murid itu sendiri. Dalam

kaedah temu bual ini, maklumat yang diperoleh akan dikenal pasti kesahihannya.

Bagi memastikan kesahihanya itu, saya akan membuat rujukan kepada pensyarah

penasihat bagi mengklasifikasikan murid-murid tersebut kepada beberapa kumpulan

yang berbeza tahap. Tujuan kumpulan ini diadakan kerana ia dapat memudahkan saya

melaksanakan kaedah A&B ini mengikut tahap dan prestasi. Dalam kumpulan murid

Tahun 4 Jaya tersebut mempunyai pelbagai tahap dan prestasi yang berbeza. Ini

secara tidak langsung membuatkan ujian yang diberi juga perlu mengikut

Page 13: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

perkembangan tahap murid agar dapat mengaitkan keputusan yang diperoleh dengan

persekitaran dan masalah pemebelajaran murid itu sendiri.

                          

    k.    Anggaran Belanjawan

 Bil

Item/Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah

1. Kertas Putih A4 1 RM 10.00 RM 10.00

2. Dakwat Printer 1 RM 80.00 RM 80.00

3. Buku Rujukan 2 RM 20.00 RM 40.00

4. Cetakan Bahan - RM 20.00 RM 20.00

5. Minyak Kenderaan - RM 50.00 RM 50.00

6. Alat Tulis - RM 20.00 RM 20.00

Jumlah Keseluruhan RM 220.00

7.0 Jadual Belanjawan

 l.      Senarai Rujukan

Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa

Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu.

 Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan

menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di

Konvensyen Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.

 Popp (1964), Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad .Melalui jurnal Fakulti Pendidikan

Universiti Pendidikan Universiti Malaya,Jilid 11, (1984/85)

 Noraini Ombi (2009: 215-227), Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2

dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja               

Page 14: Kajian Literatur Kesalahan Ejaan Huruf Besar Kecil

           Seminar Penyelidikan IPGM KBL.

 

Sasson, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun daripada

http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakan-

masalah.html. Pada 13 Februari 2012.