kajian kes rekaan pakaian coverall inovatif kes rekaan pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 analisis...

24
KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN "COVERALL" INOVATIF Sitti Darma Binti Patuhai Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka) 2012

Upload: vutruc

Post on 03-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN "COVERALL" INOVATIF

Sitti Darma Binti Patuhai

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka)

2012

Page 2: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

~usat IQidmat MakJumal Aka'fm~ VNlVERSm MALAYSIA SAHAWAK

P. KHID~IIT ~IIKLU~IIT IIKIIDE~IK

UNI~A5

UlIIIIIIIIIIII~ IIIII 1000273983

Sitti Darma Binti Patuhai

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dengan Kepujian

Teknologi Senireka (Tekstil dan Fesyen)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2012

Page 3: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

lUDUL : KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOV ATIF

SESI PENGAJIAN : 2011/2012

Saya SITTI DARMA BINTI PA TUHAI

mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 5. **sila tandakan 0

(mengandungi maklumat yang berdaIjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di

DSULIT dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah DTERHAD ditentukan oleh organisasiibadan di mana

penyelidikan dijalankan) o TIDAK TERHAD

Disahkan:...;o;..:-l______

(T ANDA TANGAN PENULIS)

Alamat tetap: lalan Menggaris Kampung Merotai Besar 91000 Tawau Sabah Tarikh : Tarikh :

Catatan: • Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda • Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 4: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

Projek bertajuk 'Kajian Kes Rekaan Pakaian Coverall Inovatif' telah disediakan oleh Sitti Darma Binti Patuhai dan telah disediakan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dengan

Kepujian (Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen).

(Cik Norhayati Binti Suleiman)

Tarikh:

It,ll>~1 !l. ­... .............. \........ ............... ...... . Morbyatf SuJebaa

P yarah lCaDaD Plkulti Seni au.an daD Kr f

UNlVHISm MAlAYS1ASARAWAlt.

Page 5: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertasi ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan samada kepada

universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.

~-- .••••••• • ••••••••••••Wf'•••• • •••••••••• • ••••••••••••••••

(SITTI DARMA BINTI PA TUHAI)

No. Matrik: 25687

Page 6: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

"usat Kbidmat MakJumat AkadtmiJ.: f) 'E . oS )1\ SA . V K

lSI KANDUNGAN

lsi Kandungan

Penghargaan v

Abstrak VI

Abstract VB

BAB 1 LATARBELAKANGKAJIAN

1.0 Pengenalan

1.1 Persoalan Kajian 2

1.2 Kenyataan Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 3

1.4 Kepentingan Kajian 3

1.5 Skop Kajian 4

1.6 Lokasi Kajian 4

1.7 Limitasi Kajian 4

1.8 Sorotan Kajian 5

1.9 Kesimpulan 6

BAB 2 METODOLOGI KAJIAN

2.0 Pengenalan 7

2.1 Metodologi Kajian 7

2.2 Data Primer 7

2.3 Data Sekunder II

2.4 Kesimpulan II

Page 7: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

BAB3 HASILDAPATAN KAJIAN

3.0 Pengenalan

3.1 Pemerhatian

3.2 Temubual

3.3 Analisa Data Soalan Kaji Selidik

3.3.1 Jawapan daripada bahagian A (demografik)

3.3.2 Analisa Jawapan Dari Bahagian B, Seksyen A

3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B

3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

3.5 Eksperimen dan persampelan (Mock Up)

3.6 Kesimpulan

BAB 4 PROD UK AKHIR

4.0 Pengenalan

4.1 Rekabentuk coverall

4.1.1 Rekaan pertama

4.1 .2 Rekaan kedua

4.1.3 Rekaan ketiga

4.1.4 Rekaan keempat

4.2 Kesimpulan

BAB 5 VALIDASI PRODUK AKHIR

5.0 Pengenalan

5.1 Proses Validasi

12

12

15

17

17

28

30

47

49

50

52

52

52

54

56

58

59

60

60

ii

Page 8: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

5.2 Kelebihan produk 66

5.2.1 Bukaan 66

5.2.2 Material 67

5.2.3 Wama Fabrik 68

5.3 Kelemahan produk 68

5.4 Batasan kajian 69

5.5 Kesimpulan 69

BAD 6 KESIMPULAN

Kesimpulan 71

Lampiran A

Harta Intelek

Lampiran B

Borang kaji selidik

Lampiran C

Analisa borang kaji selidik

Lampiran D

Rekaan Coverall Pertama

Rekaan Coverall Kedua

Rekaan Coverall Ketiga

Rekaan Coverall Keempat

Lampiran E

Paten Rekaan Coverall Pertama

Paten Rekaan Coverall Kedua

Paten Rekaan Coverall Ketiga

iii

Page 9: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

Paten Rekaan Coverall Keempat

Lampiran F

Costing sheet - Harga jualan coverall

Lampiran G

Borang validasi

Lampiran H

Analisa Borang Validasi

Rujukan

Glosari

iv

Page 10: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera ..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah dan kurniaNya dapat juga

saya menyiapkan penyelidikan saya yang bertajuk Kajian Kes Rekaan Pakaian Coverall

Inovatif ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan berjuta-juta ucapan terima kasih diberikan kepada

kesemua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan

penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas buat penyelia saya iaitu

Cik Norhayati Suleiman yang telah ban yak memberi tunjuk ajar, kata-kata semangat, dan

membantu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul sepanjang menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga saya terutamanya ibu bapa dan adik

beradik saya yang tidak putus-putus memberi dorongan dan semangat kepada saya

sepanjang berada di Universiti Malaysia Sarawak. Pengorbanan kalian amatlah saya hargai

dan tidak akan dilupakan.

Akhir sekali kepada rakan-rakan seperJuangan yang bersama-sama mengharungi

cabaran dalam menjalankan penyelidikan ini. Dengan kerjasama dan sikap saling

membantu yang diberikan, jasa kalian tidak dapat dilupakan hingga ke akhir hayat.

Sekian, terima kasih.

v

Page 11: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

ABSTRAK

Coverall merupakan gabungan baju berlengan panjang dan seluar yang bertujuan

melindungi badan pemakai dari kotoran dan unsur-unsur bahaya. Dari pemerhatian awal

kajian, masalah rekabentuk coverall yang sedia ada menyukarkan pengguna untuk ke

tandas terutamanya kaum wanita. Kajian ini bertujuan menyelesaikan masalah fungsi

bukaan coverall yang terhad tersebut dan akan memberi fungsi yang maksimum kepada

pengguna dalam menjalani tugasan di temp at kerja at au aktiviti.

vi

Page 12: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

ABSTRACT

Coverall is a combination of long sleeves shirt with trousers to protect the wearer

f rom dirty and elements of danger. From the early observation study, the problem of

existing coverall design makes it difficult to go to the toilet for the users especially the

woman. This study aims to solve the problem oflimited coverall aperture function and will

provide maximum functionality to the user in carrying out tasks at work or activity.

vii

Page 13: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

LO Pengenalan

Pakaian memainkan peranan yang penting bagi setiap pemakai. Penggunaan

pakaian ketika melakukan sesuatu kerja adalah penting bagi keselesaan pengguna.

Sesetengah perkara mungkin tidak dapat dilakukan sekiranya mempunyai masalah dengan

pakaian yang digunakan ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini adalah termasuk

rekaan pakaian tersebut, bukaan yang digunakan, saiz, ciri-ciri keselamatan yang terdapat

pada pakaian, material yang digunakan, dan kemudahan yang terdapat pada pakaian yang

digunakan.

Coverall merupakan sejenis pakaian yang dipakai oleh pekerja dari jabatan atau

organisasi tertentu yang menjalankan tugasan dalam keadaan habuk, asap, gas,

penyelidikan sesuatu bahan dan penyelenggaraan mesin. Tujuan pamakaian coverall adalah

untuk melindungi diri mereka dari kekotoran dan juga untuk keselamatan. Coverall dipakai

untuk menjalankan kerja-kerja tertentu sahaja dan jarang dipakai. Oleh itu, rekaan coverall

juga berbeza untuk bidang-bidang tertentu. I

Kajian yang dijalankan telah membawa kepada rekaan coverall yang lebih inovatif.

Dalam rekaan ini, rekabentuk yang inovatif adalah penting bagi menambahbaikkan fungsi

pakaian coverall sedia ada. Langkah ini adalah penting agar pengguna berasa lebih selesa

'Oipetik dari : Vikneswery AlP Narayanasamy, Kajian Kes Rekaan Coverall luruteknik Unimas.

Page 14: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

menggunakan coverall semasa melakukan sesuatu kerja.

Kajian telah dijalankan kepada organisasi yang menggunakan pakaian coverall ini

iaitu bidang akuatik yang menggunakan coverall ketika melakukan kerja lapangan dan

menjalankan penyelidikan. Oleh yang demikian, kajian secara terperinci perlu dilakukan

kepada organisasi yang dipilih. Pelbagai kaedah kajian perlu dijalankan agar objektif kajian

dapat dilaksanakan dengan sempuma.

1.1 Persoalan Kajian

Kajian awal penyelidikan ini mendapati bahawa rekabentuk bukaan adalah perkara

yang penting untuk dipertimbangkan. Hal ini demikian kerana pengguna mengalami

masalah berkenaan bukaan apabila hendak membuang air. Antara persoalan yang

dibangkitkan adalah:

1. Apakah rekabentuk coverall dan bukaan yang bersesuaian yang dapat memudahkan

dan memberi keselesaan kepada si pemakai untuk ke tandas?

ii. Bagaimanakah rekabentuk penyimpanan yang bersesuaian untuk coverall?

1.2 Kenyataan Masalah

1) Berdasarkan pemerhatian (kajian melalui pemerhatian) dan soal jawab (kajian

melalui temubual) yang dilakukan, pengguna wanita terutamanya berasa sukar

untuk ke tandas kerana bukaan yang terdapat pada coverall adalah begitu terhad.

2

Page 15: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

Pengguna terpaksa membuka coverall tersebut sebelum ke tandas dan perkara ini

amat melecehkan dan membuang masa.

2) Celah paha di bahagian seluar juga memerlukan pengubahsuaian di mana celah

tersebut menyukarkan pengguna semasa menaiki bot ataupun semasa ingin

membuat langkahan yang besar.

3) Selain itu, tempat penyimpanan barang yang terdapat pada coverall adalah tidak

mencukupi dan perlu diubahsuai semula.

4) Pemantul cahaya juga tidak digunakan pada coverall menyebabkan pengguna sukar

untuk dilihat sekiranya menjalankan kerja lapangan pada waktu malam.

1.3 Objektif Kajian

I) Mengenalpasti masalah bukaan dan keselesaan yang dihadapi oleh pengguna

pakaian coverall.

2) Membuat eksplorasi rekaan pola dalam dalam penghasilan coverall yang inovatif.

3) Menghasilkan rekaan pakaian coverall yang lebih selesa, praktikal dan bersesuaian

dengan bidang tugasan.

4) Membuat validasi terhadap produk yang dihasilkan.

1.4 Kepentingan kajian

Penyelidikan mengenai pakaian coverall ini adalah penting bagi menghasilkan suatu

produk barn yang dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Keselesaan dan

lamatan adalah sangat penting ketika seseorang menjalankan tugas. Oleh itu,

3

Page 16: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

penyelidikan ini diharapkan dapat menghasilkan coverall yang amat berguna kepada setiap

penggunanya.

1.5 Skop kajian

Kajian ini lebih memfokuskan mengenai keselesaan dan kemudahan dari segl

bukaan bagi membuang air kepada pengguna. Kajian turut dilakukan terhadap pola

potongan dan material yang digunakan dalam pemghasilan rekaan pakaian ini.

1.6 Lokasi kajian

Kajian ini dijalankan kepada warga Unimas iaitu tertumpu kepada pelajar-pelajar

yang mengikuti kursus-kursus tertentu yang menggunakan coverall semasa menjalankan

beberapa aktiviti. Antara bidang yang diberi perhatian adalah bidang akuatik di Unimas.

Selain di dalam Unimas, pemerhatian juga akan dilakukan di kawasan kerja lapangan

bidang akuatik iaitu di kawasan berair seperti kolam, sungai dan tepi pantair.

1.7 Limitasi kajian

Kajian ini adalah meliputi proses pengumpulan data, pemprosesan data dan mencari

idea rekaan terbaru dalam penghasilan coverall yang lebih praktikal. Faktor keselesaan dan

keselamatan amat dititik beratkan disamping menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika

menggunakan pakaian coverall ini .

4

Page 17: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

"'u~at Khidmar I b Jumal Akadrmik VNlVERSm MALAYSIA SARAWAK

Sasaran pasaran kepada produk yang akan dihasilkan adalah kesemua pihak yang

terlibat dalam bidang akuatik. Penghasilan produk ini akan menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh pengguna coverall dalam bidang akuatik.

1.8 Sorotan kajian

Sorotan kajian pertama yang dijalankan adalah berdasarkan kajian lepas yang

bertajuk Kajian Kes Rekaan Coverall lumteknik Unimas. Satu tinjauan dilakukan di

Unimas yang diterbitkan oleh Vikneswery AlP Narayanasamy pada tahun 2007. Kajian ini

menunjukkan penggunaan coverall yang diperlukan o]eh jumteknik di Unimas. Secara

khususnya, kajian ini bertujuan mengenalpasti rekaan coverall yang sesuai untuk jumteknik

Unimas. Berdasarkan kajian lepas ini, bukaan yang terdapat pada rekaan sedia ada adalah

kurang memuaskan. Oleh itu, rekaan bam dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang

dihadapi. Kajian ini tumt mendefinisikan pakaian coverall dengan jelas. Oleh itu, kat a

kunci coverall dalam kajian lepas dapat dikaitkan dengan kajian masa kini.

Kajian setemsnya dilakukan terhadap kajian lepas bertajuk Reka Bentuk Pakaian

Seragam Untuk Pekerja Pengumsan Sampah Dan Sisa Pepejal iaitu satu kajian kes yang

dijalankan di Syarikat Trienekens (Sarawak) SDN. BHD. Kuching, Sarawak. Kajian ini

diterbitkan pada tahun 2006 oleh Mohd Syaiml Bin Md Isa dari Fakulti Seni Gunaan dan

Kreatif Unimas. Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan penggunaan pakaian

overall di kalangan pekerja organisasi tersebut. Pengkaji tumt mengemukakan beberapa

masalah yang terdapat pada overall yang dikaji. Walaupun kajian lepas yang dilakukan oleh

5

Page 18: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

pengkaji adalah terhad kepada satu organisasi sahaja, maklumat kajian sedikit sebanyak

dapat dikaitkan dengan kajian yang dilakukan pada masa kini.

Kajian seterusnya dijalankan ke atas kajian lepas yang bertajuk Kajian Jaket Untuk

Penunggang Motorsikal. Kajian ini diterbitkan pada tahun 2006 oleh Siti Hajar Binti Abd

Ghani dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Pengkaji telah membuat kajian mendalam

terhadap penunggang motorsikal di sekitar kawasan kediaman Desa Ilmu dan jalan

menghala Unimas. Kajian secara terperinci terhadap bukaan jaket dalam kajian lepas telah

diambil kira dalam melakukan kajian pada masa kini.

1.9 Kesimpulan

Kesimpulannya, di akhir kajian ini penyelidik akan menghasilkan coverall dengan

rekaan terbaru yang mengikuti trend semasa dan merealisasikan objektif penyelidikan iaitu

menghasilkan rekaan coverall yang lebih inovatif dengan mengambil kira pendapat dan

cadangan responden. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah

yang dihadapi oleh pengguna terutamanya ketika hendak membuang air.

Page 19: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

BAB2

METODOLOGI KAJIAN

2.0 Pengenalan

Bab 2 adalah mengandungi metodologi kajian atau kaedah kajian yang digunakan

dalam menyiapkan penyelidikan ini. Metodologi kajian yang digunakan adalah

menekankan kepada beberapa soalan yang diajukan semasa proses temubual, dan yang

terdapat di dalam borang kaji selidik yang diedarkan kepada beberapa orang responden.

2.1 Metodologi kajian

Metodologi kajian kes rekaan coverall inovatif ini terbahagi kepada dua bahagian

iaitu secara primer dan sekunder. Data primer merupakan sumber maklumat yang utama

diperolehi daripada tiga jenis pengumpulan data iaitu melalui pemerhatian, temubual, soal

selidik dan eksperimen. Data sekunder pula merupakan sumber maklumat yang diperolehi

daripada pembacaan buku, tesis dan internet (Rujuk rajah 1).

2.2 Data primer

Kaedah primer adalah pengumpulan data melalui pemerhatian, temubual dan

pengedaran borang soal selidik, juga eksperimen bagi mendapatkan maklumat tertentu.

7

Page 20: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

Fasa 1

Fasa 2

Fasa3

Rajah! : Carta alir metodologi penyelidikan.

8

Page 21: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

2.2.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian akan dijalankan di kawasan anggota bidang akuatik melakukan

aktiviti kajian lapangan iaitu kawasan kolam, sungai, atau tepi pantai. Kaedah ini dilakukan

bagi memerhatikan gelagat pengguna ketika menggunakan coverall semasa menjalankan

tugas. Pengkaji juga akan memerhatikan segala aktiviti yang dilakukan sepanjang anggota

akuatik menjalankan tugas. Selain itu, ciri-ciri coverall juga dapat diperhatikan samada

terdapat kelrurangan yang boleh diperbaiki. Pemerhatian turnt dijalankan di kawasan

pembuatan seramik untuk memerhatikan keperluan mereka terhadap penggunaan coverall.

2.2.2 Temubual dan soal selidik

Kaedah temubual akan dijalankan terhadap pakar iaitu pensyarah dari program

akuatik, pembantu makmal program akuatik dan beberapa pelajar dari program Illl.

Temubual dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa

melalrukan kerja dan mengetahui ciri-ciri yang perlu ada pada rekaan coverall yang akan

dihasilkan.

Soalan yang diutarakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu demografik yang

meliputi nama, umur dan bahagian rekabentuk yang meliputi kelemahan pakaian sedia ada,

kesulitan yang dialami semasa menggunakan coverall, wama yang sesuai, material dan

kehendak mereka terhadap rekaan terbarn.

Borang soal selidik juga diedarkan bertujuan mengkaji dan mengetahui pendapat

pengguna terhadap pakaian coverall. Borang kaji selidik akan diedarkan kepada beberapa

orang responden dan rekaan coverall barn yang telah siap akan digunakan oleh responden

puan dan lelaki untuk mengetahui keupayaan rekaan terbarn mengatasi masalah yang

9

Page 22: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

telah dikenalpasti. Borang soal selidik ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu

bahagian demografi dan bahagian visual berkaitan coverall.

2.2.3 Eksperimen

Selain dari temubual dan soal selidik, kaedah eksperimen juga dijalankan bagi

memperolehi data primer. Kaedah ini dijalankan melalui penghasilan beberapa sampel

produk (toile) dengan mengkaji bukaan yang sesuai mengikut keperluan pengguna dan

material yang digunakan adalah bersesuaian dengan kehendak pengguna.

a) Bukaan

Penghasilan sampel dalam proses eksperimentasi yang dijalankan telah

memfokuskan pada bahagian bukaan yang amat penting bagi kemudahan ketika

hendak membuang air. Dalam rekaan yang dihasilkan, penyelidik mencuba

untuk mengaplikasikan beberapa jenis bukaan yang bersesuaian iaitu pada

bahagian sekeliling pinggang, bahagian sisi, dan juga pada bahagian belakang.

b) Celah Kelangkang

Selain itu, eksperimen turnt dilakukan dengan mengkaji bahagian celah

kelangkang. Penyelidik membuat beberapa sampel dengan membuat celah yang

lebih kecil dan lebih besar bagi menguji saiz yang terbaik bagi bahagian celah

kelangkang agar langkahan yang lebih besar dapat dilakukan tanpa sebarang

halangan.

10

Page 23: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

c) Tambah Nilai

Dalam proses 1m Juga, beberapa jenis tambah nilai turut diaplikasikan

seperti hood, reflector, padding, dan poket. Tambah nilai ini turut dititikberatkan

dalam rekaan kerana setiap tambah nilai ini mempunyai kepentingan dan kegunaan

bagi anggota bidang akuatik semasa melakukan aktiviti.

2.3 Data Sekunder

(a) Buku-buku dan laman sesawang

Data sekunder juga diperolehi melalui bacaan buku-buku yang berkaitan.

Antara data yang dicari melalui pembacaan adalah termasuk definisi, pola pakaian

coverall dan imej yang terdapat pada bahan bacaan tersebut. Selain daripada buku,

laman sesawang juga menjadi tempat untuk mendapatkan data yang berkaitan

dengan coverall.

2.4 Kesimpulan

Kesimpulannya, bab 2 adalah menerangkan secara terperinci mengenai kaedah

kajian yang digunakan oleh pengkaji sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan. Dengan

adanya data-data yang diperolehi melalui kaedah pemerhatian, temubual, mengedarkan

borang soal selidik, eksperimen dan bacaan, penyelidik dapat menghasilkan rekaan yang

lebih bertepatan dan bersesuaian berbanding produk yang sedia ada.

11

Page 24: KAJIAN KES REKAAN PAKAIAN COVERALL INOVATIF Kes Rekaan Pakaian... · 2017-07-20 · 3.3.3 Analisis Data Daripada Bahagian B, Seksyen B 3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi

BAB3

HASIL DAPATAN KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan mengenai ciri-ciri fizikal yang sedia ada pada coverall

dan pennintaan daripada penggunanya melalui borang soal selidik yang telah diagihkan

kepada 40 orang responden. Pemerhatian dan kajian juga dilakukan bagi mengenalpasti

apakah ciri-ciri yang perlu ada pada coverall yang memenuhi pennintaan responden dan

pengguna amnya. Hasil dapatan kajian ini diperolehi melalui temuramah, pemerhatian,

persampelan, dan borang soal selidik. Sebanyak 40 jawapan yang diperolehi daripada

responden telah dikumpulkan melalui kaedah soalan kaji selidik. Kemudian jawapan

dianalisa menjadi data agar keperluan dan kehendak pengguna terhadap coverall ini dapat

diketahui oleh penyelidik selain daripada ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi

oleh pengguna ketika menggunakan coverall semasa menjalankan kajian ataupun

menjalankan tugas.

3.1 Pemerhatian

Pemerhatian telah dilakukan oleh penyelidik pada 29 Oktober 2011 bertempat di

Siar Beach Resort, Lundu. Penyelidik memerhatikan cara pemakaian coverall oleh

penggunanya. Pengguna pakaian coverall ini adalah sangat minimum disebabkan oleh

kebanyakan penggunanya tidak menggemari penggunaan coverall yang agak menyukarkan

. segi pemakaiannya. Antara masalah yang dapat diperhatikan oleh penyelidik adalah,

12