kajian kes-powerpoint dr kader

27
TUGASAN KUMPULAN : TUGASAN KUMPULAN : KAJIAN KES KAJIAN KES NAMA AHLI KUMPULAN : NAMA AHLI KUMPULAN : SITI RADZIAH BINTI CHE SOH SITI RADZIAH BINTI CHE SOH M20121000753 M20121000753 ASPAH ISNI BINTI ISHAK ASPAH ISNI BINTI ISHAK M M 20121000688 20121000688 ROSMAWATI ROSMAWATI M 2012 M 2012

Upload: samadalkhir-ben-alias

Post on 02-Aug-2015

330 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

TUGASAN KUMPULAN : TUGASAN KUMPULAN :

KAJIAN KESKAJIAN KES

NAMA AHLI KUMPULAN :NAMA AHLI KUMPULAN :SITI RADZIAH BINTI CHE SOHSITI RADZIAH BINTI CHE SOH

M20121000753M20121000753

ASPAH ISNI BINTI ISHAK ASPAH ISNI BINTI ISHAK M M 2012100068820121000688

ROSMAWATI ROSMAWATI M 2012M 2012

Page 2: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

o Kajian kes adalah reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan oleh seseorang penyelidik.

o Melalui kajian kes, maklumat yang amat teliti, banyak dan mendalam dikumpul untuk menjawab persoalan kajian.

o Kajian kes juga memfokus kepada penghuraian yang holistik atau menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994).

Page 3: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

o Kajian kes menjawab soalan ‘bila’, ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’

o Kajian kes terdiri daripada dua jenis iaitu penerokaan (explanatory) dan diskriptif (descriptive).

o Kajian kes melibatkan seorang individu, beberapa orang individu, kumpulan atau beberapa kumpulan dalam sesuatu organisasi seperti sekolah.

Page 4: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

3 Katogeri Kajian Kes

A) Kajian kes Intrinsik -dijalankan bila pengkaji ingin mengetahui

secara mendalam tentang sesuatu kes -dijlnkan utk kumpul maklumat ttg

sesuatu peristiwa yg menarik perhatian Contoh: Kajian kes intrinsik tentang

tekanan kerja seorang guru B) Kajian Kes Intrumental -dilakukan utk fahami teori atau masalah

yg berkaitan dgn teori

Page 5: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

-data yg dikumpul memainkan peranan sebagai data sokongan utk fahami sesuatu teori atau konsep

Contoh : keupayan seorang guru besar atau pengetua meningkatkan kepuasan bekerja di kalamnagan guru

Page 6: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

BILAKAH KAJIAN KES SESUAI DIGUNAKAN?

o Kajian kes sesuai digunakan apabila ada cerita atau peristiwa yang unik atau menarik untuk diberitahu.

o Kajian kes sering digunakan untuk menyediakan konteks untuk data lain seperti data keputusan, menawarkan gambaran yang lebih lengkap tentang apa yang berlaku dalam sesuatu program dan mengapa ia terjadi.

o Kajian kes digunakan untuk menjawab persoalan ‘bagaimana’ atau ‘kenapa’ dan sebagainya.

Page 7: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

KELEBIHAN KAJIAN KES

o Mempunyai lebih banyak maklumat terperinci dari apa yang terdapat melalui kaedah-kaedah lain.

o Kajian kes juga membolehkan seseorang untuk mempersembahkan data yang dikumpul daripada beberapa kaedah.

o Contohnya melaui kajian, wawancara, ulasan dokumen, dan observasi untuk memberikan cerita yang lengkap.

Page 8: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

KETERBATASAN KAJIAN KES

a) Kepanjangan (Can Be Lengthy) :

Hal ini disebabkan kerana mereka memberikan maklumat terperinci mengenai kes dalam bentuk naratif, mungkin sukar untuk pembaca jika ianya terlalu panjang.

Page 9: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

b) Kebimbangan bahawa kurangnya kesimpulan dalam kajian kes (Concern that case studies lack rigor) :

Dalam hal ini, kajian kes merangkumi fakta bahawa kajian kualitatif secara umum masih dianggap tidak saintifik oleh sebahagian orang dan dalam kebanyakan kes, kajian kes penyelidik kurang sistematik dalam pengumpulan data atau membiarkan bias dalam penemuan mereka.

Dalam menjalankan dan menulis kajian kes, semua yang terlibat perlu menggunakan kaedah yang sistematik dalam pengumpulan data dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan dalam sesuatu kajian.

Page 10: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

c) Tidak dapat digeneralisasikan (Not generalizable) :

Kajian kes adalah sukar untuk digeneralisasi dari satu kes kepada kes yang lain.

Yin, seorang penyelidik dan penganalisis terkemuka, menyarankan kajian kes untuk digeneralisasikan melalui penemuan teori-teori dari hasil eksperimen untuk teori.

Page 11: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

Ia dijalankan untuk mengutip maklumat secara sistematik dan sebagai satu langkah ke arah menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Mempunyai kepentingan kepada pihak-pihak tertentu iaitu lebih kepada aspek mengaplikasikan keputusan yang akan diperolehi kepada individu yang terlibat dalam kajian, institusi, penyelidik akan datang dan agensi yang berkaitan. Untuk meningkatkan kefahaman teori-teori yang sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru serta dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah harian. Ia juga dibuat untuk menyelesaikan masalah harian.

Page 12: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

Untuk mengelakkan kekeliruan tentang sesuatu permasalahan yang berlaku. Ia juga dapat mengaitkan dengan etika seseorang individu atau prosedur bagaimana hendak menyelesaikan sesuatu isu atau perkara yang dibangkitkan.

Ada nilai sumbangan kepada penambahan ilmu dan boleh digunakan untuk kepentingan organisasi dan perkhidmatan. Contohnya ia boleh digunakan untuk pelbagai isu iaitu termasuk penilaian program latihan, prestasi organisasi dan pelaksanaan projek.

Ia juga salah satu seseorang manusia atau penyelidik mencari kebenaran dan ketepatan untuk menyelesaikan sesuatu kes atau masalah yang dihadapi masyarakat.

Page 13: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

Kepentingannya juga disebabkan oleh suatu penyiasatan yang luas dan teliti terhadap semua bukti yang diperoleh.

Ekoran daripada masalah itu, sesuatu penjelasan dapat diketahui bahawa seseorang yang membuat kajian semestinya berusaha untuk menemukan kesimpulan atau rumusan tentang pelbagai pengertian yang saling berkaitan dengan fenomena yang diselidiki.

Ia juga boleh mengolah data bagi meramal kejadian-kejadian yang akan berlaku.

Page 14: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

JENIS REKA BENTUK KAJIAN KES

KAJIAN HISTORIKAL- @ kajian sejarah- Untuk membina semula masa silam

secara sistematik dan objektif dengan cara mengumpul, menilai, menguji kebenaran, menggabung kenyataan dan seterusnya membuat kesimpulan.

Page 15: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

KAJIAN DESKRIPTIF- Untuk memberi penerangan yang

sistematik mengenai fakta & ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta & tepat.

KAJIAN PERKEMBANGAN- Untuk menyiasat corak dan rentetan –

rentetan pertumbuhan atau perubahan-perubahan sebagai fungsi masa.

Page 16: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

KAJIAN KES DAN LAPANGAN- Untuk mencari secara intensif

mengenai latar belakang status masa kini dan interaksi persekitaran suatu unit.

KAJIAN KOLERASI- Untuk menyiasat setakat mana variasi

dalam satu faktor seimbang dengan variasi-variasi dalam satu atau lebih faktor lain berasaskan pekali kolerasi.

Page 17: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

KAJIAN TINDAKAN- Untuk membentuk kemahiran baru atau

kaedah baru dalam menyelesaikan masalah dengan aplikasi terus dalam bilik darjah atau setting lain.

KAJIAN KOMPARATIF- Untuk mengkaji perkaitan-perkaitan

yang mungkin antara sebab dan akibat dengan cara memerhati beberapa kesan yang wujud serta menyemak semula data-data sedia ada bagi mencari faktor-faktor sebab-akibat.

Page 18: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

KAJIAN EKSPERIMENTAL KUASI

- Untuk mengagak keadaan dan menentukan kebenaran kajian yang tidak membenarkan kawalan atau manipulasi semua variabel yang sepatutnya.

Page 19: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

• Proses untuk melakukan kajian kajian kes adalah proses umum yang sama seperti yang dilakukan untuk kajian lain iaitu : merancang, mengumpul data, menganalisis data, dan menyebarkan penemuan.• Langkah-langkah yang lebih terperinci adalah seperti yang di bawah :

Page 20: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

• Merancang- Keluarkan idea – idea yang bagus

tentang topik kajian kes yang ingin dikaji.

- Kenalpasti juga maklumat yang diperlukan dan dari siapa maklumat itu perlu didapati. Juga perlu lihat potensi maklumat tersebut iaitu dari mana datangnya sumber malumat tersebut .

- Pastikan kajian akan mengikuti standard antarabangsa dan etika penyelidikan kebangsaaan termasuk juga dilihat oleh jawatankuasa kajian etika.

Page 21: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

• Mengembangkan alat

- Mengembangkan survey dan protocol wawancara – iaitu peraturan yang memandu kepada pentadbiran dan pelaksanaan wawancara atau survey tersebut.

- Kembangkan wawancara atau kajian yang mengandungi senarai soalan atau masalah yang akan dieksplorasi

Page 22: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

Mengumpul data

- Kumpulkan semua dokumen yang releven.

- Kumpul semua maklumat dari pita rakaman, daripada hasil dapatan temubual dan sebagainya

Page 23: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

Analisis data

- Meninjau semua dokumen – dokumen yang releven.

- Meninjau semua apa yang telah ditemubual atau di wawancara/survey

Page 24: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

Sebarkan penemuan

- Menulis laporan ( lihat apa unsur dari kajian kes )

- Minta maklum balas- Semak- Sebarkan

Page 25: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

KESIMPULAN Dapatlah disimpulkan bahawa kajian kes

digunakan untuk pelbagai perkara yang dianalisis dan dibuat kajian contohnya seperti menilai hubungan antara individu, menilai prestasi organisasi, menilai pasukan atau jabatan dan pelaksanaan projek.

Ia digunakan juga apabila tiada peluang untuk mengawal atau memanipulasi pembolehubah-pembolehubah yang berlaku dalam sesuatu perkara. Dalam kajian kes juga penyelidik-penyelidik harus mengumpul pelbagai sumber bukti yang harus mengembangkan menjadi satu rangkaian bukti, data, analisis dan laporan kajian kes.

Page 26: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

Data untuk kajian kes selalunya diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk dokumentasi, arkib, temuduga-temuduga secara langsung atau pemerhatian.

Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan semasa melakukan kajian kes yang merangkumi beberapa proses seperti merancang, mengembangkan alat, mengenalpasti data, mengumpul data, menganalisis data, serta menyebarkan data.

Namun, terdapat juga beberapa batasan dan kekangan yang wujud dalam melaksanakan kajian kes. Jadi, setiap penyelidik mesti tahu menggunakan dan mengaplikasikan kaedah yang sistematik agar setiap proses dan reka bentuk kajian kes dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Page 27: Kajian Kes-powerpoint Dr Kader

BIBLIOGRAFIBIBLIOGRAFI

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2006). Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan : Teori, Menguasai penyelidikan dalam pendidikan : Teori, Analisis dan Interpretasi Data. PTS Publishing Sdn Analisis dan Interpretasi Data. PTS Publishing Sdn Bhd : Kuala Lumpur.Bhd : Kuala Lumpur.

Yahya Don (2006). Psikologi Sosial Dalam Yahya Don (2006). Psikologi Sosial Dalam Pendidikan. Pendidikan. PTS Publishing Sdn Bhd : Kuala Lumpur. PTS Publishing Sdn Bhd : Kuala Lumpur.

Diperolehi pada Ogos 26, 2010 daripada laman web Diperolehi pada Ogos 26, 2010 daripada laman web http://www.pathfind.org/site/DocServer/m_e_tool_series_case_study.pdf?docID=6302

Diperolehi pada September 3, 2010 daripada laman Diperolehi pada September 3, 2010 daripada laman web web http://www.coms.ch/frame_guidlines_nov_2002.htm..

Diperolehi pada September 20, 2010 daripada Diperolehi pada September 20, 2010 daripada laman web laman web http://researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/fohttp://researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/fokus-kajian-kes.htmlkus-kajian-kes.html

Diperolehi pada September 23, 2010 daripada Diperolehi pada September 23, 2010 daripada laman web laman web http://www.teachersrock.net/Kajian_kes.htmhttp://www.teachersrock.net/Kajian_kes.htm