kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm /...

40
KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKR PENGAUDITAN PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL BERA, PAHANG KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA/ JABATAN KERJA RAYA

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

30 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKR

PENGAUDITAN PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL BERA, PAHANG KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA/

JABATAN KERJA RAYA

Page 2: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

RUMUSAN AUDIT

Pengauditan terhadap Projek Pembinaan Hospital Bera Pakej 2 yang dijalankan pada bulan Mei hingga Julai 2016 mendapati pengurusan dan pembinaan projek tidak memuaskan di mana perancangan, pelaksanaan serta pemantauan projek kurang cekap menyebabkan projek tidak siap dan kontrak terpaksa ditamatkan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

2

Page 3: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

3

RUMUSAN AUDIT … (samb.)

ANTARA KELEMAHAN YANG DITEMUI:

1.

Kontraktor yang dilantik tidak berupaya melaksanakan projek walaupun setelah diluluskan tempoh lanjutan masa selama 690 hari / diberikan 20 amaran & peringatan / diberikan 3 Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor (NUTP) menyebabkan outcome projek pembinaan Hospital Bera tidak tercapai;

2.

Lanjutan masa melalui kelulusan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) selama 559 hari terpaksa diberikan kepada kontraktor kerana kelemahan perancangan di pihak KKM / JKR / perunding menyebabkan berlaku perubahan dan percanggahan dalam lukisan pembinaan;

3. Pemilihan kontraktor secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan (MoF) tidak layak kerana telah gagal dalam penilaian tender dan antara punca kontraktor tidak berupaya menyiapkan projek;

Page 4: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

4

RUMUSAN AUDIT … (samb.)

ANTARA KELEMAHAN YANG DITEMUI: …(samb.)

4.

Kontraktor gagal melantik Penyelaras M&E IBS berkelayakan dan pihak Independent Inspection Authority/Inspector Welder untuk mengesahkan kerja-kerja kimpalan kerangka bumbung selain kekurangan pekerja di tapak pembinaan berbanding norma yang ditetapkan yang telah menyumbang kepada kegagalan projek; dan

5.

Kerja pembinaan tidak dibuat mengikut lukisan dan spesifikasi serta tidak sempurna / Laporan Ketidakpatuhan (NCR) belum diambil tindakan pembaikan dan pembetulan menyebabkan kerja pembinaan seterusnya tertangguh / Penyimpanan bahan binaan di tapak projek tidak teratur. Ini disebabkan oleh penyeliaan dan pengawasan perunding/JKR kurang berkesan.

Page 5: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENEMUAN AUDIT

Tarikh siap asal projek pakej 2 ialah pada 9 Januari 2015. EOT telah diluluskan selama 690 hari. Tarikh siap semasa projek pada 29 November 2016.

Pencapaian fizikal projek tidak memuaskan sehingga kontraktor diberikan 20 amaran/peringatan dan 3 Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontrak (NUTP) oleh JKR Negeri.

Kemajuan di tapak pembinaan masih tidak memuaskan mendorong JKR Negeri mengeluarkan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor pada 8 Disember 2016 pada pencapaian fizikal projek 57%.

1

3

2

1. Prestasi Pembinaan

1.1. Pencapaian Fizikal Projek

Page 6: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

6 – PENGAUDITAN TERHADAP PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL BERA, PAHANG

PENDAPAT AUDIT

Kontraktor yang dilantik tidak berupaya melaksanakan projek walaupun setelah diluluskan EOT selama 690 hari selain telah dikeluarkan 20 surat amaran/peringatan dan 3 NUTP.

Lanjutan masa melalui kelulusan EOT selama 599 hari terpaksa diberikan kepada kontraktor kerana kelemahan perancangan di pihak KKM/JKR/perunding menyebabkan berlakunya perubahan dan percanggahan dalam lukisan pembinaan.

1

2

1. Prestasi Pembinaan ... (samb.)

1.1. Pencapaian Fizikal Projek... (samb.)

Page 7: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

7

Alasan Mohon

EOT Selama 559 hari

Penanaman Cerucuk Di Kawasan Kritikal

Perubahan Dan Percanggahan Lukisan Pembinaan

- Pertambahan Keperluan Sistem Air Panas Di Jabatan Patologi - Pertambahan Bilik Server Dan TCR

- Perubahan Reka Bentuk Sistem Bekalan Air Bersih Di Kuarters F & G - Perubahan Jenis Kapasiti Tangki Air Di Blok Kuarters D - Perubahan Keperluan Air Cond Duct Dan Pertambahan Fire Damper - Pertambahan Keperluan Air Panas Dan Air Sejuk Di Jabatan Patologi

63

158

123

215

1. Prestasi Pembinaan ... (samb.)

1.1. Pencapaian Fizikal Projek... (samb.)

Page 8: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENEMUAN AUDIT

Kos kontrak asal – RM88 juta. Setakat bulan Mei 2016 terdapat 11 pelarasan harga kontrak yang diluluskan melibatkan pengurangan harga RM1.58 juta. Kos kontrak yang diselaraskan – RM86.42 juta.

Ketika penamatan kontrak pada bulan Disember 2016 dengan pencapaian fizikal projek sebanyak 57%, sebanyak 54.6% daripada kos kontrak yang diselaraskan telah dibelanja (RM47.19 juta).

Kos asal perkhidmatan perunding – RM10.67 juta. Lanjutan masa yang diberikan kepada kontraktor melalui kelulusan EOT menyebabkan kos perkhidmatan perunding meningkat sebanyak 22.6% kepada RM13.08 juta.

1

3

2

1. Prestasi Pembinaan ...(samb.)

1.2. Pencapaian Kewangan Projek

Page 9: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENEMUAN AUDIT

Bertujuan menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan dengan lebih cepat kepada 92,000 penduduk di Daerah Bera. Juga dapat mengurangkan kesesakan di Hospital Temerloh yang jaraknya 45km dari Bera.

Kegagalan menyiapkan Hospital Bera yang berlarutan selama 2 tahun daripada tarikh siap asal menyebabkan outcome projek pembinaan hospital tersebut tidak tercapai.

1

2

1. Prestasi Pembinaan ... (samb.)

1.3. Pencapaian Outcome Projek

Page 10: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

10

TARIKH PERKARA 23.06.2010 CKUB JKR kemuka permohonan mengenai cadangannya untuk laksana tender terbuka pra-

kelayakan kepada MoF. 16.08.2010 Mesyuarat JK Perolehan Menteri Kewangan Bil. 8/2010 meluluskan permohonan JKR.

29.09.2010 Namun, MoF sebaliknya keluar surat kepada JKR mengenai keputusan tidak meluluskan cadangan tersebut dan memutuskan perolehan projek dilaksanakan secara tender terhad di kalangan 7 syarikat yang disenaraikan oleh MoF.

11.01.2011 Surat Pelawaan Tender dikeluarkan oleh JKR. 25.01.2011 Taklimat dan lawatan bersama petender diadakan. 30.06.2011 Laporan Penilaian Tender disediakan oleh Jawatankuasa Penilaian Tender.

01.07.2011 Laporan Penilaian Tender dibentangkan kepada Lembaga Perolehan ‘A’ JKR dengan pengesyoran tiada petender layak kerana gagal dalam penilaian.

12.07.2011 Keputusan Lembaga Perolehan ‘A’ JKR dibuat dengan perakuan tiada petender yang layak dan mecadangkan supaya tender tersebut di tender semula secara tender terbuka.

14.07.2011 Laporan Penilaian Tender dikemukakan ke MoF untuk dimuktamadkan.

12.09.2011 BPK MoF menyediakan Memorandum Pertimbangan berhubung Perakuan Tender oleh Lembaga Perolehan ‘A’ JKR kepada Mesyuarat JK Perolehan Menteri Kewangan 1 (JPMK). Dalam memorandum, BPK MoF juga mengesyorkan di tender semula secara tender terbuka.

15.09.2011 Keputusan JPMK Bil. 8/2011 – bersetuju ditender semula secara tender terbuka.

21.09.2011 MoF melalui surat kepada JKR, bagaimanapun memutuskan pelaksanaan tender secara tender terhad dikekalkan di kalangan 7 syarikat yang disenaraikannya terdahulu. JKR diminta meneruskan penilaian teknikal.

PENEMUAN AUDIT

2. Pengurusan Pembinaan 2.1. Pemilihan Kontraktor Yang Dilantik Oleh MoF Tidak Layak

Page 11: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

11

TARIKH PERKARA 12.10.2011 Keputusan Mesyuarat Lembaga Perolehan ‘A’ JKR Bilangan 16/2011 supaya menyediakan

semula penilaian tender dan hasil keputusan penilaian dikemukakan semula kepada MoF.

13.10.2011 Surat daripada CKUB JKR kepada CKK JKR berhubung Keputusan Mesyuarat Lembaga Perolehan ‘A’ JKR Bilangan 16/2011 untuk penilaian semula tender oleh pegawai yang lain.

24.10.2011 Pengarah CKK JKR telah membuat perakuan terhadap penilaian tender bahawa tiada petender yang layak kerana gagal dalam penilaian tender.

25.10.2011 CKK JKR mengemukakan Laporan Penilaian Tender (Penilaian Semula) kepada urusetia tender, CKUB JKR.

28.10.2011 Surat daripada Pejabat PM yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit PM kepada Setiausaha BPK MoF yang memaklumkan mengenai catatan minit YAB PM pada 20.10.2011 supaya pelaksanaan tender secara tender terhad dikekalkan di kalangan 7 syarikat berkenaan.

29.11.2011 Laporan penilaian terhadap pengemukaan dokumen tambahan baru oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Arkitek) CKK JKR dengan perakuan bahawa tiada petender yang layak.

05.12.2011 CKUB JKR mengemukakan Laporan Penilaian Tender (Penilaian Semula & Berdasarkan Maklumat Tambahan Baru) kepada MoF.

06.01.2012 BPK MoF menyediakan Memorandum Pertimbangan kepada YAB Menteri Kewangan berhubung perakuan penilaian tender semula oleh JKR bahawa tiada petender yang layak.

10.01.2012 Melalui Memorandum Pertimbangan, YAB Menteri Kewangan memutuskan supaya perolehan projek ini dibuat secara rundingan terus dan ditawarkan kepada MJPSB, iaitu salah satu syarikat dalam kalangan 7 syarikat yang gagal dalam penilaian tender oleh JKR.

11.01.2012 Surat oleh MoF kepada JKR mengenai keputusan YAB Menteri Kewangan seperti di atas.

PENEMUAN AUDIT …(samb.)

2. Pengurusan Pembinaan...(samb.) 2.1. Pemilihan Kontraktor Yang Dilantik Oleh MoF Tidak Layak …(samb.)

Page 12: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENDAPAT AUDIT

Pemilihan kontraktor yang tidak layak oleh MoF kerana gagal dalam penilaian tender oleh JKR menjadi antara punca kepada kegagalan projek apabila kontraktor tidak berupaya menyiapkan projek dan kontrak terpaksa ditamatkan. Ini telah menyebabkan kerugian di pihak Kerajaan dari segi masa, kos dan kegagalan mencapai objektif projek.

Selain itu, tindakan JKR mengemukakan permohonan kepada MoF mengenai cadangan perolehan projek untuk dilaksanakan secara tender terbuka pra-kelayakan adalah tidak selari dengan garis panduan yang ditetapkan.

1

2

2. Pengurusan Pembinaan ... (samb.)

2.1. Pemilihan Kontraktor Yang Dilantik Oleh MoF Tidak Layak ... (samb.)

Page 13: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENEMUAN AUDIT

Kontraktor perlu sedia lukisan koordinasi kerja M&E bagi penyelarasan bersepadu kerja-kerja di tapak bina. Kontraktor perlu melantik Penyelaras M&E IBS yang mempunyai ijazah dalam bidang mekanikal atau elektrik serta berpengalaman 5 tahun dalam bidang pembinaan bagi memantau dan mengawasi kerja-kerja berdasarkan lukisan koordinasi. Penyelaras M&E IBS perlu dilantik daripada tarikh milik tapak projek atau selewat-lewatnya semasa kerja pembinaan ground beam dijalankan. Berdasarkan maklumat pelantikan Penyelaras M&E oleh kontraktor mendapati secara keseluruhannya Penyelaras M&E IBS hanya bertugas di tapak pembinaan selama 29 bulan (54.7%) daripada tempoh pelaksanaan kontrak selama 53 bulan.

Tiada maklumat dikemukakan kepada pihak Audit bagi mengesahkan kelayakan serta pengalaman bertugas 3 Penyelaras M&E IBS yang dilantik.

1

3

2

2. Pengurusan Pembinaan ...(samb.) 2.2. Kontraktor Gagal Melantik Penyelaras M&E IBS Berkelayakan

Page 14: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENEMUAN AUDIT

...(samb.)

Berdasarkan rumusan penilaian kakitangan kontraktor oleh perunding arkitek bagi tempoh bulan Disember 2015 hingga November 2016 mendapati kontraktor melantik Penyelaras M&E IBS yang hanya mempunyai kelayakan Diploma Kejuruteraan Electrical Power.

Berdasarkan surat perunding arkitek kepada kontraktor bertarikh 10 Jun 2016 menyatakan hasil pemantauan daripada bulan Disember 2015 hingga Mei 2016 juga mendapati Penyelaras M&E IBS yang dilantik tidak arif mengenai cara-cara pengendalian dan tugas, terutamanya gagal menyelia kerja M&E di tapak dengan menggunakan lukisan koordinasi.

Setakat bayaran interim ke 56 mendapati sejumlah RM40,770 (45.3%) telah dibayar kepada kontraktor untuk pembayaran gaji Penyelaras M&E daripada kos keseluruhan berjumlah RM90,000. Kerajaan tidak mendapat value for money terhadap bayaran yang telah dibuat untuk kerja-kerja M&E IBS.

4

5

2. Pengurusan Pembinaan ...(samb.) 2.2. Kontraktor Gagal Melantik Penyelaras M&E IBS

Berkelayakan …(samb.)

Page 15: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENEMUAN AUDIT

The contractor shall appoint an Independent Inspection Authority/Inspector Welder to endorse the welder’s certification and also to approve the welding procedures and test procedures for welding works.

Minit-minit Mesyuarat Tapak Bilangan 34 serta Mesyuarat Pemantauan Mingguan Bilangan 29, 30 dan 31 menunjukkan antara perkara yang dibangkitkan dalam semua mesyuarat ialah mengenai kegagalan kontraktor melantik pihak Independent Inspection Authority/Inspector Welder.

Tiada pengesahan dibuat oleh pihak Independent Inspection Authority/Inspector Welder terhadap kerja-kerja kimpalan kerangka bumbung yang telah dilaksanakan di tapak pembinaan. Kerja-kerja pemasangan bumbung selanjutnya tidak boleh dilaksanakan selagi pengesahan tidak dibuat terhadap kerja-kerja kimpalan kerangka bumbung.

1

3

2. Pengurusan Pembinaan ...(samb.) 2.3. Kontraktor Gagal Melantik Independent Inspection

Authority/Inspector Welder

Page 16: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENEMUAN AUDIT

Norma bilangan pekerja bagi menyiapkan projek mengikut jadual adalah antara 175 hingga 272 pekerja. Bilangan ini dianggap wajar dan mencukupi berdasarkan kompleksiti dan tahap kemahiran melakukan tugas.

Analisis Audit terhadap data yang dikemukakan bagi tempoh bulan Januari 2015 hingga Mei 2016 menunjukkan kekurangan bilangan pekerja di tapak pembinaan projek antara 9.7% hingga 83.0% berbanding norma yang ditetapkan.

Isu kekurangan pekerja dibincang dalam Mesyuarat Tapak Bilangan 32, 33 dan 34. Kontraktor sedia maklum tentang keperluan pekerja di tapak yang masih belum mencukupi.

1

3

2

2. Pengurusan Pembinaan ...(samb.)

2.4. Kekurangan Pekerja Di Tapak Pembinaan

Page 17: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENDAPAT AUDIT

Kegagalan kontraktor melantik Penyelaras M&E IBS yang berkelayakan dan pihak Independent Inspection Authority/Inspector Welder serta kekurangan pekerja di tapak pembinaan menyumbang kepada kegagalan projek.

JKR kurang berkesan dalam menguatkuasakan pematuhan terhadap klausa kontrak.

1

2. Pengurusan Pembinaan ... (samb.)

2.2. , 2.3 & 2.4... (samb.)

Page 18: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENEMUAN AUDIT

Kerja pembinaan hendaklah dilaksanakan menepati tahap piawaian yang diterima pakai supaya bangunan yang dibina boleh digunakan secara optimum, selamat dan kondusif. Kualiti pembinaan tidak boleh diabaikan di dalam mencapai sasaran penyiapan sesuatu kerja.

Kerja yang tidak mengikut spesifikasi dengan penggunaan bahan yang tidak berkualiti boleh menjejaskan kualiti pembinaan manakala kerja yang tidak mengikut lukisan dan tidak sempurna menyebabkan kecacatan reka bentuk bangunan.

1

3. Kualiti Pembinaan 3.1. Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi/Lukisan

Tender Dan Tidak Sempurna

Page 19: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

3. Kualiti Pembinaan ... (samb.) 3.1. Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi/Lukisan

Tender Dan Tidak Sempurna ...(samb.)

LOKASI KUALITI KERJA

BUTIRAN KERJA RUJUKAN GAMBAR

ULASAN

Blok A (Bangunan Utama)

Tidak Mengikut Spesifikasi/ Lukisan

Kemasan dinding jenis skimcoat tidak mengikut spesifikasi sepatutnya dari jenis barium plaster di Unit Pengimejan (X-ray).

- Penggunaan jenis barium plaster bagi kemasan dinding bertujuan untuk perlindungan radiasi.

Kerja-kerja penebukan dinding untuk laluan konduit tidak mematuhi tatacara kerja yang diluluskan.

3 Menjejaskan kekuatan struktur dinding.

Penebukan batu-bata melebihi ketebalan yang dibenarkan. 4

Tidak Sempurna

Trunking dibengkokkan pada sudut 90º. 5 dan 6

Sepatutnya dibengkokkan pada sudut 45º. Ia boleh menyebabkan tekanan ke atas kabel di dalam trunking.

Paip air diikat menggunakan tali. 7 -

Blok C (Bangunan Perkhidmatan

Sokongan Kejuruteraan)

Tidak Mengikut Spesifikasi/ Lukisan

Pemasangan bolt dan nut kerangka bumbung pada plat L-angle tidak mengikut spesifikasi dan bolt dipasang tidak selari.

8 dan 9 -

PENEMUAN AUDIT …(samb.)

Page 20: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

3. Kualiti Pembinaan ... (samb.) 3.1. Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi/Lukisan

Tender Dan Tidak Sempurna ...(samb.)

PENEMUAN AUDIT …(samb.)

LOKASI KUALITI KERJA

BUTIRAN KERJA RUJUKAN GAMBAR

ULASAN

Kuarters

Tidak Mengikut Spesifikasi/ Lukisan

Kerangka bumbung besi berkarat kerana menggunakan cat anti karat yang tiada kelulusan bahan.

10 dan 11 Menjejaskan kekukuhan kerangka bumbung.

Pemasangan konduit tidak menggunakan jenis besi bergalvani. 12 dan 13 -

Kotak soket jenis PVC digunakan untuk pendawaian konduit. Sepatutnya jenis besi bergalvani.

14 dan 15

Jenis PVC mudah pecah berbanding jenis besi bergalvani dan akan meningkatkan kos penyenggaraan.

Tidak Sempurna

Penebukan pada kemasan skimcoat dinding yang telah siap untuk laluan servis M&E.

16 dan 17 Menjejaskan kekuatan struktur dinding.

Link Way

Tidak Mengikut Spesifikasi/ Lukisan

Pembinaan rasuk bumbung untuk link way kuarters F dan G tidak mengikut lukisan. Tiada 450mm drop.

18 -

Tidak Sempurna

Honeycomb pada permukaan struktur konkrit di link way blok C & D.

19 Melemahkan struktur konkrit beam dan column.

Page 21: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENEMUAN AUDIT

…(samb.)

Kerja rektifikasi perlu diambil tindakan pembaikan dan pembetulan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kerja-kerja pembinaan seterusnya tidak tertangguh dan dapat dilaksanakan selari dengan jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.

Kelewatan menyiapkan kerja rektifikasi yang besar menyebabkan tempoh penyiapan projek terjejas.

1

3. Kualiti Pembinaan ...(samb.) 3.2. Laporan Ketidakpatuhan Yang Belum

Diambil Tindakan ...(samb.)

Page 22: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENEMUAN AUDIT

…(samb.)

Sehingga 31 Mei 2016, 321 kerja rektifikasi dalam bidang arkitek, elektrik, mekanikal, sivil dan struktur yang dinyatakan melalui NCR, telah dikeluarkan. Sebanyak 207 (64.5%) NCR belum diambil tindakan oleh kontraktor. Daripada 207 NCR, 55 NCR merupakan kerja yang melibatkan Sivil & Struktur.

Antara NCR tersebut adalah reka bentuk kerangka bumbung tidak sama dengan lukisan, pemasangan anggota kekuda bumbung tidak mengikut lukisan pembinaan, kimpalan tidak berkualiti dan penebukan tiang sehingga menampakkan rasuk besi tetulang. Kegagalan kontraktor mengambil tindakan terhadap 27 NCR major yang dikeluarkan oleh perunding boleh melemahkan struktur bangunan.

3

3. Kualiti Pembinaan 3.2. Laporan Ketidakpatuhan Yang Belum

Diambil Tindakan

Page 23: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

PENDAPAT AUDIT

Kegagalan kontraktor melaksanakan kerja dengan sempurna dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan telah dan akan menjejaskan kualiti pembinaan.

Jumlah NCR yang tinggi dan belum diambil tindakan pembaikan dan pembetulan menunjukkan penyeliaan serta pengawasan perunding/JKR kurang berkesan.

1

3. Kualiti Pembinaan ...(samb.) 3.1. Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi/Lukisan Tender Dan

Tidak Sempurna & 3.2. Laporan Ketidakpatuhan Yang Belum Diambil Tindakan

...(samb.)

Page 24: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

24

SYOR AUDIT

Bagi memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan perkara dibangkitkan tidak berulang yang menyebabkan Kerajaan terpaksa menanggung kerugian, adalah disyorkan pihak yang terlibat memberi pertimbangan terhadap perkara berikut:

i. MoF hendaklah memastikan sebarang kontrak perolehan Kerajaan ditawarkan kepada kontraktor yang layak berdasarkan penilaian tender oleh JKR, berkeupayaan serta berpengalaman bagi mengelakkan kegagalan pelaksanaan projek yang akan merugikan Kerajaan dan rakyat;

ii. JKR hendaklah mengambil tindakan punitif terhadap pegawai yang bertanggungjawab dalam pentadbiran kontrak sehingga mengakibatkan Kerajaan mengalami kerugian;

iii. Meningkatkan tahap koordinasi dan kolaborasi di antara KKM, JKR dan perunding dalam mengenalpasti dan menentukan keperluan fungsi dan operasi kerja hospital supaya tidak berlaku percanggahan dan perubahan dalam lukisan pembinaan;

Page 25: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

25

SYOR AUDIT ….(Samb.)

iv. JKR dan perunding hendaklah memastikan penyeliaan dan pengawasan yang rapi serta berkesan terhadap pengurusan di tapak pembinaan. Kerja rektifikasi terhadap semua NCR hendaklah diambil tindakan pembaikan dan pembetulan dalam tempoh yang ditetapkan;

iv. JKR perlu menguruskan dengan segera pelantikan kontraktor baharu yang memenuhi kriteria penilaian tender, berkeupayaan dan berpengalaman bagi menyiapkan projek untuk mengelakkan struktur sedia ada mengalami kemerosotan bahan; dan

iv. Kerugian terhadap sebarang ketidakpatuhan yang ditemui/dikenalpasti semasa pemeriksaan oleh pihak ketiga yang dilantik Kerajaan hendaklah ditanggung oleh pegawai/perunding yang gagal menyelia/melaksanakan kerja-kerja tersebut.

Page 26: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

26

Page 27: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

27

PERIHAL KATEGORI KELEWATAN BILANGAN HARI

EOT 1

• Penanaman Cerucuk Di Kawasan Kritikal • Perubahan Dan Percanggahan Lukisan Pembinaan • Kelewatan Penyerahan Tapak Untuk Kerja Luaran Dan Jalan

Masuk

283

EOT 2

• Pindaan Reka Bentuk Tetopi Cerucuk • Penutupan Jalan Utama Disebabkan Banjir • Penutupan Jalan Kerayong Temerloh KM111.50 Di FT10

Disebabkan Tanah Runtuh

69

EOT 3

• Pertambahan Keperluan Sistem Air Panas Di Jabatan Patologi

• Pelantikan NSC Bagi Skop Kerja Mekanikal Dan Elektrikal • Pertambahan Bilik Server Dan Terminal Control Room (TCR)

123

EOT 4

• Perubahan Reka Bentuk Sistem Bekalan Air Bersih Di Kuarters F & G

• Perubahan Jenis Kapasiti Tangki Air Di Blok Kuarters D • Perubahan Keperluan Air Cond Duct Dan Pertambahan Fire

Damper • Pertambahan Keperluan Air Panas Dan Air Sejuk Di Jabatan

Patologi

215

JUMLAH HARI 690

4 PERAKUAN KELAMBATAN DAN LANJUTAN MASA

Page 28: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

28

TARIKH PERKARA

27.11.2014 NUTP pertama dikeluarkan oleh JKR Negeri kepada MJPSB.

24.12.2014 MJPSB membuat rayuan kepada JKR Negeri agar tidak melaksanakan NUTP pertama.

29.07.2015 NUTP ke 2 dikeluarkan oleh JKR Negeri kepada MJPSB.

24.08.2015 MJPSB membuat rayuan kepada JKR Negeri agar tidak melaksanakan NUTP ke 2.

09.09.2015 JKR Negeri mengemukakan pengesyoran Notis Penamatan Kontrak kepada Ibu Pejabat JKR.

10.09.2015 Perbincangan antara Menteri Kerja Raya, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Pasukan Projek Hospital Bera dan MJPSB di Kementerian Kerja Raya.

25.09.2015 MJPSB mencadangkan APSB untuk membantu menyiapkan projek.

05.10.2015 JKR Negeri bersetuju dengan cadangan tersebut.

01.11.2015 APSB bersetuju untuk menyiapkan projek termasuk pengujian dan pentauliahan peralatan sehingga 29.11.2016.

17.10.2016 NUTP ke 3 dikeluarkan oleh JKR Negeri kepada MJPSB. 28.11.2016 Perakuan Tidak Siap Kerja dikeluarkan oleh JKR Negeri kepada MJPSB.

08.12.2016 Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor dikeluarkan oleh JKR Negeri kepada MJPSB.

KRONOLOGI PROSES PENAMATAN KERJA KONTRAKTOR

Page 29: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

29

Peningkatan Kos Perkhidmatan Perunding Berjumlah RM2.41 Juta (22.6%)

NAMA PERUNDING BIDANG

KOS PERKHIDMATAN

ASAL (RM Juta)

AS TENDERED DETAILED ABSTRACT ULASAN TERHADAP PENINGKATAN KOS

PERKHIDMATAN PERUNDING

PINDAAN NO.2

PINDAAN NO.3 PENINGKATAN KOS

(RM Juta) (RM Juta) JUMLAH (RM Juta)

PERATUS (%)

Taufik Aziz Architect Arkitek 5.51 0.30 0.75 1.05 19.1

• Pelarasan semula yuran ikhtisas perunding.

• Pertambahan yuran penyeliaan tapak sepanjang tempoh EOT.

• Pertambahan kos imbuhan balik bagi tempoh EOT.

Jentrik Sdn. Bhd. Elektrik 1.60 0.30 0.79 1.09 68.1 Pertambahan yuran penyeliaan tapak sepanjang tempoh EOT.

Emenea Engineering Services Sdn. Bhd.

Sivil dan Struktur 2.55 0.63 0.37 1.00 39.2

Pertambahan yuran penyeliaan tapak sepanjang tempoh EOT.

KH Alliance Quantity Surveyors Sdn. Bhd.

Juru Ukur Bahan 1.01 0.05 0.24 0.29 28.7 Pelarasan semula yuran

ikhtisas perunding.

JUMLAH 10.67 1.28 2.15 3.43 -

Pelarasan Internal Services - - (1.02) (1.02) -

JUMLAH SELEPAS PELARASAN 10.67 1.28 1.13 2.41 22.6

PENGAUDITAN TERHADAP PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL BERA, PAHANG

Page 30: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

30

KERJA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI/LUKISAN DAN TIDAK SEMPURNA

GAMBAR 3 GAMBAR 4

Blok A - Penebukan Dinding Untuk Laluan Konduit

Tidak Mematuhi Tatacara Kerja Yang Diluluskan (20.06.2016)

Tandas OKU Di Blok A - Penebukan Batu-bata Melebihi Ketebalan Yang

Dibenarkan (20.06.2016)

Page 31: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

31

KERJA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI/LUKISAN DAN TIDAK SEMPURNA

GAMBAR 5 GAMBAR 6

Blok A - Trunking Dibengkokkan Pada Sudut 90º

(21.06.2016)

Blok A - Trunking Telah Dibengkokkan Pada Sudut 45º

Selepas Teguran Audit (31.10.2016)

Page 32: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

32

KERJA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI/LUKISAN DAN TIDAK SEMPURNA

GAMBAR 7

Blok A - Paip Air Diikat Menggunakan Tali

(21.06.2016)

Page 33: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

33

KERJA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI/LUKISAN DAN TIDAK SEMPURNA

GAMBAR 8 GAMBAR 9

Blok C - Pemasangan Bolt Dan Nut Kerangka Bumbung Pada Plat L-Angle

Tidak Mengikut Spesifikasi Dan Bolt Dipasang Tidak Selari (20.06.2016)

Page 34: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

34

KERJA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI/LUKISAN DAN TIDAK SEMPURNA

GAMBAR 10 GAMBAR 11

Kuarters Jenis D - Kerangka Bumbung Besi Berkarat

(21.06.2016)

Page 35: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

35

KERJA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI/LUKISAN DAN TIDAK SEMPURNA

GAMBAR 12 GAMBAR 13

Kuarters Jenis F - Pemasangan Konduit Menggunakan Paip Jenis PVC. Sepatutnya Menggunakan Jenis

Besi Bergalvani (21.06.2016)

Page 36: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

36

KERJA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI/LUKISAN DAN TIDAK SEMPURNA

GAMBAR 14 GAMBAR 15

Kuarters Jenis F - Kotak Soket Jenis PVC Digunakan Untuk Pendawaian Konduit.

Sepatutnya Menggunakan Jenis Besi Bergalvani (21.06.2016)

Page 37: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

37

KERJA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI/LUKISAN DAN TIDAK SEMPURNA

GAMBAR 16 GAMBAR 17

Kuarters Jenis D - Penebukan Pada Kemasan Skimcoat Dinding Yang Telah Siap Untuk Laluan Servis M&E

(21.06.2016)

Page 38: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

38

KERJA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI/LUKISAN DAN TIDAK SEMPURNA

GAMBAR 18 GAMBAR 19

Link Way Kuarters Blok F & G - Pembinaan Rasuk Bumbung Untuk Link Way

Tidak Mengikut Lukisan. Tiada 450mm Drop (20.06.2016)

Link Way Di Blok C & D - Honeycomb Pada Permukaan Struktur Konkrit

(20.06.2016)

Page 39: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

39

BIDANG

BILANGAN LAPORAN KETIDAKPATUHAN

DIKELUARKAN SELESAI BELUM SELESAI % BELUM SELESAI

Arkitek 140 16 124 88.6

Elektrik 15 15 - -

Mekanikal 48 20 28 58.3

Sivil & Struktur 118 63 55 46.6

321 114 207 64.5

LAPORAN KETIDAKPATUHAN BELUM DIAMBIL TINDAKAN

Page 40: KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 KKM / JKRepsmg.jkr.gov.my/images/c/c6/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...kajian kes lkan 2016 siri 1 kkm / jkr pengauditan projek pembinaan hospital

40

PENYIMPANAN BAHAN BINAAN TIDAK TERATUR

GAMBAR 21 GAMBAR 22

Kuarters Jenis D - Besi Tetulang Dibiarkan Terdedah

(21.06.2016)